SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Friday, September 26, 2008

Adakah PAK LAH?

Di dalam keadaan masyarakat MALAYSIA terutama yang beragama ISLAM sedang sibuk membuat persiapan menjelangnya hari raya kita janganlah lupa kepada mangsa2 kekejaman ISA yg masih merengkok di dalam penjara tanpa perbicaraan dan apakah perasaan anak2 mereka ketika ini,semestinya kerinduan kepada ayah2 mereka sukar di bendung lagi.Selain itu juga kita sebagai rakyat MALAYSIA PERLU berfikir apakah pada malam raya akan datang adakah PAK LAH yang berucap seperti kebiasaan nya di MALAYSIA PERDANA MENTERI akan berucap sempena hari raya pada malam raya,tetapi kali ini adakah kita akan lihat PAK LAH jua akan berucap atau sudah di ganti dengan orang yang baru sebagai PERDANA MENTERI,adakah yang berucap pada malam raya adalah DATO NAJIB TUN RAZAK? ATAU DATO SERI ANWAR IBRAHIM? atau pun PAK LAH juga..sebelum hari raya akan ada detik bersejarah sama2 kita tunggu dengan penuh sabar..

Wednesday, September 24, 2008

CUB PRIX


Baru2 ini saya berkesempatan untuk menonton rancangan rakaman perlumbaan cub prix di tv9,perlumbaan berlangsung di hadapan stadium SULTAN MIRZAN ZAINAL ABIDIN TERENGGANU.Sepanjang perlumbaan agak menarik dengan aksi2 pelumba jatuh yang saya nantikan,cuma kehadiran penonton agak kurang.Pelumba kebanyakkannya berlumba untuk team yang di taja oleh syrikat2 besar yang terkenal seperti dari PETRONAS,SHELL dan lain2.HARIAN METRO juga tidak ketinggalan untuk menaja para pelumba dan juga pasukan.Walaupun sukan bermotor ini tidak sama seperti bidang politik dan perniagaan tetapi ia juga menerima kesan daripada kelemahan pengurusan hasil negara jesteru itu melemahkan ekonomi MALAYSIA dan membebankan rakyat.Saya mengulas dari sudut kos selenggara meningkat menyebabkan orang yang tidak mempunyai dana yang cukup untuk menyertai cub prix contohnya,ketika tahun 1996 dan 1997 ekonomi MALAYSIA NAIK dengan baik.Pada ketika itu suasana industri permotoran sememangnya bagus dan ketika saya sekolah menengah dapat melihat para pelumba dari pasukan2 kampung ataupun di katakan pasukan(persendirian)banyak menyertai dan kehadiran penonton sememangnya ramai.Sekarang sukan permotoran di monopoli oleh mereka yang berduit dalam kata lain yang kaya terus kaya yang susah papa kedana,begitulah MALAYSIA sekarang. Biar pun ia hanya sukan CUB PRIX tetapi ia tetap memberi kesan kepada industri permotoran di negara kita.Pengurusan yang tidak cekap dan banyak kebocoran menyebabkan kita semua menghadapi masalah bah kan anak muda yang berminat dengan sukan permotoran juga terbatas apabila hasil negara tidak di uruskan dengan baik.

Sunday, September 21, 2008

KG LINDUNGAN RAJA

Kelmarin seharian saya masuk ke kawasan kampung untuk memberi bantuan kepada fakir miskin menjelang hari raya,bebekalkan bantuan yang di taja oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu YAYASAN AMAN.Badan bukan kerajaan ini begitu sinonim dengan PERTI KEADILAN RAKYAT(PKR) kerana presidennya adalah BEKAS AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH.Program berjalan lancar seperti yang dirancangkan,bantuan di sampaikan oleh KETUA ANGKATAN MUDA KEDAH,KETUA KAMPUNG LINDUNGAN RAJA danAHLI MAJLIS MPKK.Selain program bantuan kepada fakir miskin di adakan juga sumbangan duit raya kepada kanak2 di KAMPUNG LINDUNGAN RAJA SEDIM KEDAH DARUL AMAN.Setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat di dalam program tersebut.

Wednesday, September 17, 2008

SUDAH TUKAR KA.........

Beginilah senario politik MALAYSIA yang di ancam taufan IKE dan taufan itu akan menyerang BARISAN NASIONAL tidak lama lagi.Hari ini terjadinya proses ayam peralihan kuasa menteri sesama menteri,mungkin tukar suka sama suka iaitu MENTERI KEWANGAN MENJADI MENTERI PERTAHANAN dan MENTERI PERTAHANAN MENJADI MENTERI KEWANGAN,menarik bukan..banyak muslihat di dalam penukaran potfolio menteri masing2.Dalam pada itu juga mungkin PERDANA MENTERI ingin melihat proses penukaran kerajaan OLEH PR di dalam keadaan aman dan makmur,mungkin kerana apabila kuasa PERTAHANAN terletak di tangan TIMB PERDANA MENTERI sedangkan TIMB PERDANA MENTERI tak akan menjadi PERDANA MENTERI kerana ia terlepas kepada DSAI.Orang yang marah selalunya hilang pertimbangan dan akan melakukan benda yang pelik2...ini pendapat saya sajalah.

Tuesday, September 16, 2008

Yang ini makin celaru

Perbalahan di dalam PARTI PAS agak kritikal dalam keadaan sekarang,dalam kegelisahan UMNO dan BEE END PAS juga tak kurang juga semak samun perut aku di buatnya.Masalah yang di timbulkan oleh pesuruhjaya PAS TERENGGANU AL SYEIKH MUSTAFA ALI dengan mengeluarkan kenyataan meragukan ketulusan beliau bersama PAS.Saya sempat mendengar luahan akar umbi mengenai kenyataan yang di keluarkan oleh AL SYEIKH MUSTAFA ALI tak kurang juga akra umbi PAS MEMAKI HAMUN sampai saya pun terkejut.Begitu marah meeka dgn MUSTAFA ALI.Sedangkan TOK GURU sendiri pun mengeluarkan kenyataan mengkritik MUSTAFA ALI dengan kenyataan ini.Namun ada juga pihak yang kurang senang dengan tindakkan TOK GURU sehinga sanggup mengata yang bukan2 di dalam BLOG PERSENDIRIAN.Ada pula yang mempertikaikan kuasa TOK GURU SEBAGAI MURSIDUL AM PAS,buakn orang lain orang PAS yang agak terkenal juga berkaitan penulisan dan BLOG.Yang di pertahankan individu yang ada tanjak menghancurkan dan menggagalkan usaha MEMBENTUK KERAJAAN oleh PR dalam pada itu TOK GURU juga di persalahkan.Pada pendapat saya sikap iri hati di kalanagn pimpinan PAS menyebabkan terjadinya suasan tak tenteram dalam PAS.Terjadi dua kumpulan sekarang di dalam PAS yang pertama kumpulan yang PRO ANWAR IBRAHIM dan REFORMASI dan kumpulan ke dua pro kepada PRESIDEN PARTI,kedua2 kumpula ini ada ramai pengikut dan perbezaan cara pemikiran dan tindakkan amat menyerlah,kumpulan yang pro ANWAR agak muda dan segar bugar dan kumpulan yang kedua ini kebanyakkan pangkat TOK dan TOK WAN.Orang muda selalu tidak sependapat dgn ORANG YANG TUA selalu terjadinya perbalahan.Semoga perbalahn mereka ini tidak berlarutan dan berpanjangan walaupun GOLONGAN TOK dan TOK WAN kureng senang dengan tidakkan ANWAR PERINTAH MALAYSIA TAPI GOLONAGN TOK WAN LA AKAN OFER DIRI NAK JADI MENTERI KABINET DAPUR NANTI...SAMA2 KITA TUNGGU...

Monday, September 15, 2008

MAKIN CELARU


Semakin hari PARTI UMNO MAKIN CELARU begitulah impian PARTI BUKAN KERAJAAN supaya UMNO terus reput dan lumpuh di dalam arena politik MALAYSIA.Hari ini MENTERI PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyerahkan keputusan sama ada mengekalkan beliau di dalam kabinet atau memecatnya susulan kenyataan berani dari menteri berkenaan.Keadaan UMNO kian parah apabila TIMB PERDANA MENTERI menyatakan isu peralihan kuasa di serahkan kepada bahagian UMNO untuk menentukan proses ini,memberi tamparan yang hebat kepada PAK LAH seolah2 ada pakatan menjatuhkan beliau di antara MUHYIDIN DAN JUGA NAJIB RAZAK.ZAID IBRAHIM juga menimbulkan masalah dengan mengeluarkan kenyataan bahawa ISA hanya untuk pengganas dan komunis sahaja,sememangnya kenyataan ini menampakkkan kecelaruan mereka kian parah menyebabkan tokak menokak di antara mereka,ZAID IBRAHIM juga ingin meletak jawatan juga sekiranya beliau di anggap menentang dasar kerajaan mengenai kenyataan beliau. Sekarang pakat2 letak jawatan lebih senang PR ambil alih..TAK GITU........

Saturday, September 13, 2008

MENGAPA DI TANGKAP WARTAWAN SIN CHUI DAILY?

Persoalan ini timbul gara2 penahanan wartawan akhbar sin chui daily di bawah akta keselamatan dalam negeri semalam,walaupun kita semua sedia maklum yang mensensasikan isu ini adalah KETUA BAHAGIAN BUKIT BENDERA DATO AHMAD ISMAIL.Ini yang di tangkap adaah wrtawan yang melaporkannya.Ini yang dikatakan MALAYSIA melalui suatu zaman GELAP dan menjalankan hukum rimba.Individu yang mencetuskanperbalahan politik di biarkan tanpa di ambil tindakkan yang sewajarnya,DATO AHMAD ISMAIL di gantung keahlian selama 3 tahun dalam UMNO itu adalah hukuman dalam parti beliau tetapi di mata masyrakat apa hukumannnya?Adegan cabar mencabar oleh orang politik harus di hentikan danmereka inilah yang patut di tahan,pergeseran UMNO PP dan PARTI GERAKKAN SEHINGGA UMNO PP MENGAMBIL TINADAKKAN MENGOYAK GAMBAR BEKAS KETUA MENTERI PULAU PINANG KHOO SOO KOON ADAKAH INI PERKARA BIASA?sudah tentu ini menimbulkan keadaan kurang senang masyarakat cina di MALAYSIA.Sepatutnya DATO AHMAD ISMAIL juga perlu di dakwa dan di humban ke dalam ISA kerana membangkitkan isu perkauman.Jelas sekali tindakkan KEMENTERIAN DALAM NEGERI lebih kepada menakutkan rakyat bawahan yang saban hari di buli dan di bodohkan oleh SURAT KHABAR UTUSAN dan TV3 SUKU.

Friday, September 12, 2008

RPK D TAHAN BAWAH ISA


Raja blogger RAJA PETRA KAMARUDDIN di tahan di rumah beliau sekitar jam 1.30 tghr,RPK di tahan di bawah akta keselamatan dala negeri(ISA)..sehingga sekarang masih belum tahu ke mana beliau di bawa pergi...

Wednesday, September 10, 2008

TERDESAK....

Betapa terdesaknya pihak kerajaan untuk menghalang perancangan parti bukan kerajaan untuk ambil alih kuasa pada 16 SEPT 2008,cubaan memindahkan kes liwat DSAI ke mahkamah tinggi dan campur tangan dari peguam negara iaitu GHANI PATAIL di dalam kes DSAI.Ini menunjukkannya bahawa tindakkan terdesak untuk menggagalkan program 16SEPT 2008.Kes DSAI d tangguhkan ke tarikh 24SEPT 2008.

ADAKAH KITA DIUJI LAGI?

Pagi nanti DSAI akan ke mahkamah untuk mendengar sebutan semula kes liwat,pada jam 10 pagi satu MALAYSIA akan tertumpu ke satu tempat iaitu mahkamah yang mengadili DSAI.Samalah kita menunggu keputusannya, adakah kita akan di uji lagi?

Tuesday, September 9, 2008

GERAKKAN APA LAGI YANG DI TUNGGU

Suatu keadaan yang memihak kepada parti bukan kerajaan iaitu berlakunya pergeseran di antara PARTI GERAKKAN dan UMNO PULAU PINANG,saya berkata PARTI GERAKKAN dan bukan PARTI GERAKKAN PULAU PINANG kerana UMNO PULAU PINANG khususnya bermasalah dengan PARTI GERAKKAN MALAYSIA dan isu yang di mainkan UMNO PP sememangnya tidak patut sama sekali mungkin inilah sebenarnya sikap UMNO.Dikatakan pemimpin UMNO adalah pemimpin MELAYU tetapi kenyataan itu nyata tersimpang jauh menyebabkan UMNO sekarang bermasalah.Contoh yang tidak baik di tunjukkan oleh UMNO iaitu dengan mengoyak gambar pemangku presiden PARTI GERAKKAN membuktikan UMNO sebenarnya telah menunjukkan diri beliau yang sebenarnya,rakyat seperti kita jangan tertipu dengan mainan UMNO yang akan kehilangan kuasa,mereka akan melakukan apa saja demi kuasa dan kedudukkan mereka yang diambang kemusnahan.Sikap sengaja melaga2kan pimpinan selain melayu dan mungkin mereka ingin melihat negara kita tidak tenteram dan mengharapkan orang MELAYU kembali kepada umno.Percaturan ini mejoroti rakyat MALAYSIA faham dan kita sebagai rakyat perlu bijak menilai dan menimbang di dalam membuat keputusan.PARTI GERAKKAN telah memutuskan hubungan dengan UMNO PP TAPI ADAKAH TINDAKKAN ITU MEMADAI?BAGI SAYA KELUAR SAJA DARI BARISAN NASIONAL...

RAKYAT MENGHARAP....

Sebelum melelapkan mata saya sempat juga masuk ke laman web you tube untuk melihat sekiranya ada sahabat yang upload rancangan hujah tv9 sebentar tadi kerana saya ketinggalan menonton rancangan tersebut,tidak mengapa kerana belum ada tetapi saya memilih untuk melihat dan mendengar rancangan hujah d tv9 minggu lepas kerana seorang sahabat telah upload rakaman tersebut ,merujuk kepada rancangan hujah yang minggu lepas membawa dua orang ahli penal seorang penganalisis politik yang tak ingin saya ingat namanya dan seorang lagi iaitu profesor AHMAD FAIZ dari uum.Saya tertarik untuk mengulas kerana di dalam perbincangan dalam rancangan hujah itu bertajuk (fanatik penyokong kepada pemimpin).Dalam sudut parti politik sememangnya ada penyokong yang fanatik dan ada penyokong yang sekadar menyokong tetapi tidak fanatik dalam pada itu ada yang tidak menyokong dan semestinya tidak fanatik tetapi hanya simpati.Hujah daripada penganalisis politik yang tak ingin saya ingat nama beliau berkata DSAI tidak bertanggung jawab apabila mengeluarkan kenyataan kerana mengumumkan 16 SEP 2008 pakatan rakyat memerintah MALAYSIA,bagi saya kenyataan DSAI itu bersifat mewakili rakyat bawahan dan membawa sejuta harapan rakyat untuk melihat perubahan,adakah ini tindakkan tidak bertanggungjawab?masalah kerajaan BEE END tidak kuat sekarang itu persoalan lain tetapi kenyataan yang di buat oleh beliau amat memalukan saya sebagai rakyat biasa melihat seorang penganalisis politik berkata begitu mungkin kerana betapa sayang beliau kepada UMNO mungkin.Rakyat bukan fanatik kepada DSAI bagi saya kerana DSAI antara pemimpin yang di harapkan rakyat,bukan fanatik cuma rakyat mengharapkan DSAI dapat melakukan perubahan sedangkan kita juga mengakui untuk merubah MALAYSIA bukan di bahu DSAI sahaja tetapi kepada pemimpin2 lain juga namun rata2 rakyat mengharapkan DSAI mengepalai pakatan rakyat untuk merubah MALAYSIA.Kenyataan2 yang dangkal oleh sesetengah pemimpin amat meloyakan saya kerana mereka menghalakan cara untuk mencapai matlamat.Pada PRU12 rakyat telah menunjukkan bahawa mereka tidak ingin lagi hidup di bawah BEE END namun ada juga penipuan mereka kekal juga di PUTRAJAYA walaupun tidak mendapat 2/3.Pengundi akan melakukan proses pemilihan 4 tahun sekali di MALAYSIA tetapi KERAJAAN sekarang ternyata hampeh(bahasa org selatan)menyebakan kita tak mampu lagi tunggu 4 tahun akan datang.Jadi proses 16 SEPT 2008 ini di harapkan berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan dari pihak yang hilang kuasa.

Sunday, September 7, 2008

EZAM DI TV9?

Sebentar tadi saya terbuka chanel tv9 mungkin kebetulan ketika saya membuka siaran tersebut ada iklan rancangan yang selalu di tunggu oleh orang politik iaitu rancangn HUJAH.Rancangan itu di adakan setiap hari isnin pukul 9 mlm tak salah saya,untuk hari isnin 8HB SEPT 2008 rancangan HUJAH bertajuk MELAYU DALAM KETAKUTAN dan ahli panel yang di jemput adalah EZAM MD NOOR,pada mulanya saya tak berapa nak endah tetapi apabila terdengar nama EZAM sebagai ahli panel terus saya rasa mahu menonton rancangan itu esok dan tidak akan melepaskannya.Dengan gaya hujah yang akan di berikan oleh EZAM tidak menghairankan saya tetapi saya ingin melihat apa isi atau intipati yang di bawa oleh EZAM sebagai ahli UMNO.

Thursday, September 4, 2008

PANTUN TIMBALAN PERDANA MENTERI

TUAI PADI ANTARA MASAK
ESOK JANGAN LAYU LAYUAN
INTAI KAMI ANTARA NAMPAK
ESOK JANGAN RINDU RINDUAN


PANTUN YANG DI UTARAKAN OLEH TIMBALAN PERDANA MENTERI KETIKA MENYAMPAIKAN UCAPAN DI SUATU MAJLIS DI PEKAN PAHANG.

0.70SEN SELITER

DSAI akan menurunkan harga minyak secara berperingkat sehingga 0.70SEN seliter,dalam keadaan tersebut kita semua cuba bayangkan kita menikmati harga petrol yang tidak pernh di impikan oleh rakyat MALAYSIA tetapi kali ini mukgkin kita semua akan merasainya.Walaupun ada sesetengah pihak kurang percaya tapi tidak mengapa itu hak masing2 cuma perlu kita ingat bahawa setakat hari ini banyak perancangn oleh pakatan rakyat banyak di permudahkan oleh tuhan walapun di tengah2 ada rintangannya.Keadaan politik yang tidak menentu ini banyak individu2 tertentu merasakan diri mereka umpama mimpi dalam mimpi kerana kerajaan BEE END yang di anggap seperti tembok CHINA ini akan runtuh sebelum hari raya insyaallah.Sesedar saya di dunia ini minyak petrol seliter RM1.00 seliter itu seingat saya namun dengan perkhabaran yang baru ini harga minyak akan di kurangkan jauh lebih banyak dari apa yang saya pernah rasai,semasa RM1.00 seliter pun kita semua berasa cukup nikmat dan keadaan ekonomi ketika itu cukup baik walaupun pada ketika itu saya masih bersekolah,itu hakikat.Cuba kita bayangkan harga seliter lebih rendah dari RM1.00 Seliter betapa ekonomi kita akan melonjak,kuasa beli rakyat bertambah,proses jual beli berjalan dengan pesat,inflasi akan menjadi rendah dan macam2 lgi kelebihan dapat kepada rakyat,adakah perkara sebegini rakyat tidak mahu?fikir2kan lah.

TERENGGANU?

Dari sumber yang di percayai bahawa MP dari TERENGGANU hampir kesemuanya setuju menyertai PAKATAN RAKYAT,kecuali dua tiga MP antaranya SHABERY CHIK yang tidak mengikut jejak kawan2nya yang lain.Sumber yang saya perolehi ini dari MP PANTAI TIMUR dari PKR.Pada masa sekarang rundingan masuk ke tahap peralihan kuasa kerajaan negeri pula,kita jangan terkejut bukan setakat KERAJAAN PUSAT yang tumbang tetapi KERAJAAN NEGERI yang di kuasai BEE END pun akan terlepas dari tangan mereka.Sedangkan kerajaan N9 yang tidak mendapat majoroti 2/3 senang2 akan terlepas dari tangan BEE END menjelang 16SEPT.Satu lagi kejutan yang berlaku di TERENGGANU antara yang setuju menyertai PAKATAN RAKYAT adalah seorang MENTERI KABINET sekarang...FIKIR2 KAN LAH SIAPA GERANGANNYA..

Wednesday, September 3, 2008

KRONOLOGI MENUJU 16 SEPTEMBER 2008

5 SEPTEMBER:SEMUA PARTI KOMPONEN BN DARI SABAH SARAWAK ISTIHAR KELUAR
BN.

6 SEPTEMBER:SEMUA KOMPONEN BN DARI SEMENANJUNG KELUAR BN KECUALI MCA
DAN MIC,10 AHLI PARLIMEN BN UMUM PINDAH KERUSI KE PAKATAN
RAKYAT

7 SEPTEMBER:5 MENTERI DAN TIMB MENTERI BN LETAK JAWATAN

8 SEPTEMBER:SIDANG TERGEMPAR PARLIMEN DI PANGGIL

9 SEPTEMBER:PM UMUM LETAK JAWATAN

10SEPTEMBER:SIDANG TERGEMPAR USULKAN DSAI MEMBENTUK CARE TAKER
GOVERMENT

12SEPTEMBER:PENGISTIHARAN DSAI PEMBENTUKKAN KERAJAAN BARU

15SEPTEMBER:DSAI MENGADAP DYMM AGONG PUKUL 6;15PTG
DSAI MOHON RESTU AGONG 9;20 MLM

16SEPTEMBER:DSAI ANGKAT SUMPAH SEBAGAI PM 10;00PG.




ADAKAH KRONOLOGI INI BENAR?MARI KITA TUNGGU SAAT DAN KETIKANYA...

Tuesday, September 2, 2008

TERIMALAH KENYATAAN

Terimalah kenyataan bahawa rakyat MALAYSIA telah muak dengan BARISAN NASIONAL,baru2 ini saya menonton rancangan hujah di tv9 bersama bekas calon P44 PERMATANG PAUH iaitu DATO ARIF SHAH B OMAR SHAH dari bee end dan seorang lagi profesor daripada UITM dan di pengerusikan oleh AGUS YUSOF.Di dalam progarm tersebut lebih jelas bahawa ARIF SHAH sendiri kurang mempertahankan bee end sendiri,mungkin kekalahan beliau kepada DSAI menyedarkan beliau bahawa bee end memang di tolak oleh rakyat secara keseluruhannya.Kesimpulan dari rancangan hujah itu menampakkan bee end harus menerima kenyataan dan menerima kekalahan di PERMATANG PAUH dengan rasa penuh keinsafan dan harus memperbetulkan kesilapan,secara jujur saya katakan UMNO khususnya berada di penghujung usia dan tunggun masa untuk di talkin kan.ARIF SHAH sendiri mengakui jentera bee end kali ini lemah dan kurang strategi,ulasan daripada profesor dari UITM itu mengatakan PKR mempunyai strategi yang berkesan dan taktik yang gagal dikesan oleh bee end khususnya UMNO.ARIF SHAH sendiri mengakui beliau tidak memainkan isu peribadi tetapi TIMB PRESIDEN UMNO sendiri memainkan isu peribadi DSAI di tambah dengan si mamat EZAM yang melalak sekitar PERMATANG PAUH sampat berbuih MULUT BOLEH KAWAN DENGAN SHABERI CHIK.Di dalam beberapa ceramah ARIF SHAH semasa kempen memang beliau tidak menyentuh peribadi tetapi pendekatan NR MENYERANG PERIBADI seperti tuduhan liwat dan sumpah laknat si seyyfooll.Mereka menyerang peribadi seolah2 DSAI dah bersalah dan sepatutnya di jatuhi hukuman,melebihi kuasa mahkamah menentukan dan menjatuhkan hukuman.Tetapi rakyat PERMATANG PAUH tidak bodoh da tidak termakan dengan dakyah sampah dari bee end.Terima sajalah kenyataan bee end di akhir hayat.

Monday, September 1, 2008

CABARAN PAKATAN RAKYAT DI BULAN RAMADHAN

Sempena bulan puasa ini umat islam di seluruh dunia berlumba2 membuat amal kebajikan untuk mendapat keberkatan dari tuhan yang maha esa,walaupun kita di dalam bulan puasa tetapi percaturan politik tetap berjalan.Geo politik MALAYSIA sememangnya tidak menentu dengan pasca pru kecil PERMATANG PAUH memberi kesan yang mendalam kepada parti pemerintah,adakah segala rancangan untuk menghalang PR untuk mengambil alih tampuk pemerintahan akan berjaya?adakah rancangan PR untuk ambil alih tampuk pemerinyahan juga akan berjaya?segalanya menjadi teka teki sekarang.Orang yang kehilangan kuasa akan lakukan apa saja demi mengembalikan kuasa mereka semula.Jangan kita semua lupa bahawa TIMB PERDANA MENTERI adalah MENTERI PERTAHANAN. Gerun rasanya bila nak berbicara soal ini kerana persedian telah ada untuk mengganggu PR di dalam proses peralihan kuasa.Dari sumber2 tertentu mengatakan bahawa akan ada suatu keadaan yang munkin tidak pernah difikirkan oleh rakyat akan berlaku,samaada benda ini betul atau tidak saya pun tidak pasti tetapi perancangan ini akan di lakukan oleh orang yang hilang kuasa demi menjaga perut dan kroni serta menantu.Di dalam bulan yang penuh keberkatan semoga allah melindungi pihak yang benar dan membinasakan pihak yang melakukan kebatilan.Sesungguhnya kerajaan yang ada hari ini perlu menghitung hari untuk menjadi pembangkang,dan sebagai rakyat MALAYSIA selalulah buka TV1 jangan terkejut sekiranya DSAI akan berucap sebagai PM BARU YANG KE 6.