SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Friday, October 31, 2008

Bapak bunuh anak

Dalam keadaan ekonomi yang sedang meruncing maka berlakulah perkara yang buruk ke atas kontraktor2 umno di PULAU PINANG,walaupuan sokongan mereka kepada UMNO masih mendalam tetapi mereka juga di politikkan oleh pihak yang kerajaan yang di terajui oleh PARTI UMNO itu sendiri.Antara projek yang mengalami masalah pembayaran kepada kontraktor2 yang empunyanya penyokong kuat UMNO.Mereka juga di jadikan mangsa balas dendam kerajaan kepada kerajaan NEGERI PULAU PINANG iaitu ingin menampakkan kepada rakyat bahawa PULAU PINANG tiada kemajuan sedangkan semua projek dibawa ke negeri lain dengan itu kontraktor UMNO gigit jari lama2 jangan bunuh diri sudah la.Ini masalh yang membelenggu para kontraktor UMNO di PULAU PINANG.Ada satu projek pembinaan sekolah rendah di kawasan PAYA KELADI dalam KAWASAN PINANG TUNGGAL tak silap iaitu ADUN nya ADNAN SAIDIN,banggunan empat tingkat serta kantin di bina untuk kemudahan pelajar mengalami masalah terbengkalai kerana masalah pembayaran masalah timbul gara2 pihak JKR tidak membayar kepada kontrakor secara penuh dan ada extend payment menyebabkn pihak kontraktor gagal menyiapkn banggunan dan kantin mengikut masa yang di tetapkan sehingga sekarang ia telah melebihi seratus hari dari tarikh yang di persetujui.Hasil rundingan dengan pihak yang terbabit iaitu payment akan di buat dengan kaedah membahagikan wang sejumlah lima ratus ribu di bahagi kepada lapan projek,kenapa lima ratus ribu di bahagi lapan projek?kerana pihak JKR mempunyai banyak itu sahaja dana untuk projek yang sedang berjalan di PULAU PINANG,itu dana yang ada pada JKR PULAU PINANG tak lihat lagi kepada dana JKR KEDAH sememstinya kering kontang.Demi politik untuk menjatuhkan kerajaan PR maka UMNO PULAU PINANG akan terus di samakn demi matlamat POLITIK UMNO NATIONAL.Kasihan nasib kontraktor kelas F yang tidak di berikan krja,kita sedia maklum UMNO sukakan subsidi sehingga kontraktor perlu di suap untuk makan.umpama bapak bunuh anak,anak mati tiada bernisan

Saturday, October 25, 2008

KULIM OH KULIM

Kulim adalah satu DAERAH yang terletak di selatan negeri KEDAH dan terlalu hampir dengan NEGERI PULAU PINANG,dari segi kemajuannya ada sedikit sebanyak tempias kemajuan PULAU PINANG datang ke KULIM ini.Satu masa ketika era MAHATHIR KULIM terkenal denga adanya HI TECH yang terletak di dalam kawasan kulim.Dengan adanya kawasan perindustrian seperti HITECH ketika itu banyak juga pelabur2 dari luar negara membuka kilang di HI TECH seperti kilang INTEL yang cukup terkenal seluruh dunia dengan membuat perisian komputer sememangnya KULIM ketika itu agak maju dari daerah2 lain di KEDAH,walaupun ketika itu saya masih di bangku sekolah namun perbezaan keadaan sekarang dan dahulu jelas berbeza.Satu ketika di awal pemerintahan PAK LAH KULIM di penuhi oleh KEDAI2 NASI KANDAR yang tumbuh bagai cendawan di pagi hari tetapi sehinggan kini ada juga KEDAI NASI KANDAR YANG TUMPAS atau gulung tikar.Warna warni kehidupan di kulim cukup menceriakan di tambah pula ketka mana pada tahun 2000 pilihanraya LUNAS berlaku menyebabkan KULIM Bertambah terkenal walaupun DUN LUNAS tidak terletak di dalam parlimen kulim tetapi sebahagian DUN lunas di dalam kawasan KULIM.Dari segi MPKK agak bagus walaupun ketika BN memerintah KEDAH denan sedikit sebanyak kelonggaran yang di berikan kepada peniaga kecil menyebabkan MPKK boleh dikatakan ok laa.Itu sedikit sebanyak cerita mengenai DAERAH KULIM mungkin sedikitsebanyak memberi input kepada kawan2 yang membaca blog ini tahu akan kewujudan KULIM dan di mana KAWASAN KULIM berada.Berbeza sekali jika kita mengikut proses pensempadanan semula yang di lakukan oleh SPR sebelum pilihanry 2004 mneyebabkan kawasan PARLIMEN KULIM mnejadi celaru dan luas tak tentu hala.PARLIMEN KULIM ada dua DUN iaitu DUN KULIM dan DUN BANDAR BHARU,DUN BANDAR BHARU begitu hampir dengan negeri perak menyebabkan banyak orang kjeliru dan tidak arif mengenai PARLIMEN KULIM dengan MP KULIM yang unik dan penuh dengan rahsia pohon cemara.Kawasan kebanyakkannya orang melayu terletak di DUN BANDAR BHARU dan DUN KULIM becampur2 antara MELAYU,CIAN dan sedikit india.Baru2 ini PARLIMEN KULIM sekali lagi menjadi kontrovesi dengan petisyen yang di buat oleh calom BN AZIZI SHEIKH FADZIR ke atas MP KULIM ZUL NORDIN dan keputusan yang sungguh mengejutkan apabila petisyen itu di tarik balik walapun peluang untuk BN memenangi dalam pertisyen itu cerah tetapi keputusan yang sungguh baik dan mulia di ambil.Seluruh BAHAGIAN PKR KULIM BANDAR BHARU terkejut dengan penarikkan itu dalam pada waktu yang sama MP KULIM dan PA tetap tenang apa jua.SUNGGUH SUCI hati BN menarik balik petisyen yang mempunyai harapan untuk mereka menang dan kosongkan kerusi untuk di adakan pilhanraya semula DI PARLIMEN KULIM.Sepanjang tempoh petisyen itu MP KULIM turun ke padang dengan menyatakan bahawa beliau punya elaun di tahan sehingga petisyen selesai menyebabkan beliau kurang bersaam rakyat di KULIM itu alasan beliau hehhe..Nak berkhidmat pun kira elaun ada ke tak de kalu mcm nie ssh la den.ehheheehhe

Tuesday, October 21, 2008

SELAMAT KEMBALI

Salam pejuangan,salam reformasi kepada semua dan belum terlambat untuk ucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir dan batin.Minta maaf kurang membuat update kerana kesibukkan urusan tahunan.Sepanjang bulan syawal banyak cerita yang di kumpulkan untuk di kongsi bersama terutama cerita2 di plitik di utara.Di dalam kesibukkan kita menyambut syawal tempoh hari kita perlu menilai diri kita adakah puasa kita pada tahun ini diterima oleh ALLAH,atau pun sekadar puasa menahan lapar dan dahaga tidak mendapat keberkatan.semoga puasa kita semua mendapat keberkatan oleh ALLAH TAALA.Cerita di KEDAH ada yang menarik untuk di ketahui mengenai usaha yang berterusan yang di lakukan oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan kerajaan PR di KEDAH.Dalang semua ini bermula dari beberapa ahli PKR BAHAGIAN SELATAN KEDAH yang kebanyakkannya tidak berpuas hati dengan apa yang di berikan oleh KERAJAAN NEGERI kepada mereka,di antara mereka ini telah menjadi AHLI MAJLIS dan juga ahli mesyuarat beberapa anak syarikat kerajaan negeri (GLC).Biarpun usaha mereka ini sudah di ketahui pucuk pimpinan PKR negeri namun tindakn belum menampakkan kesiriusan perkara ini,ini benda bukan main2 dan bukan cobaan tetapi benar sehingga ada di kalangan MPT ada bukti yang jelas untuk memecat mereka ini sebelum menjadi petualang kepada PKR KEDAH khususnya.Mereka2 yang terlibat ini ada di antaranya sudah lanjut usia tetapi meletakkan kepentingan peribadi di hadapan sanggup bersekongkol dengan mereka yang ingin merosakkan PKR dan hubungan dengan PAS.Saya sedia maklum sememanagnya PAS ada buat silap dalam beberapa hal tetapi kita perlu berbincang di dalam mencari jalan penyelesaian bukan mengugut dan sebagainya.Semoga mereka ini dapat meninggalkan PKR secepat mungkin bagi menyucikan PKR dari najis2 yang di bawa oleh mereka ini...