SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Saturday, November 29, 2008

PRK K TERENGGANU


Kematian DATO ROZALI membuka satu babak terbaru di dalam dunia politik MALAYSIA.Kerusi K TERENGGANU pada 8 MAC dahulu iaitu tempat dimana calon popular PAS iaitu MAD SABU bertanding,dalam pada itu juga kehadiran MAK CIK MAIMUN menjadi duri dalam daging kepada MAD SABU.MAD SABU kalah dengan majoriti tak sampai 1000 undi biar pun kemenangan kepada DATO ROZALI tetapi pengacau kepada MAD SABU adalah MAK CIK MAIMUN.Di dalam ceramah MAD SABU MAK CIK MAIMUN di jadikan sasaran kerana mengganggu beliau semua orang mengetahui MAK CIK MAIMUN barangkalinya di taja oleh BEE END.Itu strategi BEE END untuk memalapkan karier politk MAD SABU dan berjaya di dalam perancangan mereka kali ini.ADAKAH KALI INI MAK CIK MAIMUN BERTANDING LAGI??Di kalangan peminat MAD SABU semestinya mengharapakan MAD SABU juga akan bertanding mungkin untuk mendengar lawak jenaka yang tidak dapat di tiru sesiapa pun di kalangan tokoh politik di MALAYSIA ketika ini.ADAKAH MAD SABU MASIH SESUAI KALAU INI MENJADI CALON K TERENGGANU?Keadaan landskap poltik di MALAYSIA RATA2nya berubah selepas 8 MAC,penyokong PAS khususnya harus menerima kenyataan iaitu iklim politik sekarang berubah dan dunia politik sekarang mahukan pemimpin yang fakta dan bukan lawak jenaka,andai kata MAD SABU bertanding semula dan menang selepas itu MAD SABU akan masuk DEWAN RAKYAT sudah tentu MAD SABU tetap MAD SABU akan menjadi sahabat baik kepada MP PDG SERAI yang sentiasa melakukan tindakkan di luar dugaan dan juga tidak patut.Dari segi seronok melihat kekecohan dan juga lawak jenaka mungkin sesuai MAD SABU menjadi calon sekali lagi tetapi sampai bila kita hanya bergelak ketawa tetapi tiada pengisian dan fakta untuk di hadam.MAD SABU ada kelebihannya tersendiri tetapi keadaan sekarang bagi saya tak sesuai untuk MAD SABU.K TERENGGANU mempunyai 4 dun satu dun di menangi oleh PARTI MCA,ini menunjukkan kawasan itu mempunyai campuran kaum(mix area) mengikut keputusan pada PRU 12 menunjukkan rakyat TERENGGANU khususnya menjadi fobia dan takut untuk memilih calon pas PADA 8 MAC yang lalu.Semoga majlis syura PAS dapat memutuskan calon yang terbaik untuk di ketengahkan untuk PRK K TERENGGANU.Dengar kata parti AKIM pun nak masuk jgk eheheheh haji p haji p.....

Friday, November 21, 2008

MASIHKAH ADA SINAR UNTUK KAK PIDAH MENANG

Sebuah parti yang mengambarkan bahawa parti itu adalah demokrasi mestilah di buktikan dengan adanya pemilihan.Dalam keadaan sekarg PARTI KEMELAYUAN UMNO akan mengadakan pemilihan pucuk pimpianan yang baru bag menggantikan galang yang berhabuk kepada galang ganti yang baru tetapi selalunya galang yang berhabuk selalunya tak sedar diri akan betapa berhabuknya badan dia.Maka galang yang baru akan datang meminta izin untuk mengambil tempat tapi malangnya galang lama dan berhabuk berkata tggu la dahulu tahun depan tukar bulan jun.Itu lah yang berlaku antara KAK PIDAH dgn KAK JAD YANG MASIH MANTAP TU akhirnya KAK JAD tetap nak BERTARUNG dengan KAK PIDAH apakah KAK PIDAH dah bersedia untuk kalah di dalam merebut jawatan KETUA WANITA UMNO.Di atas Kertas sememangnya kemenangan akan berpihak kepada KAK JAD tapi di dalam UMNO ini segalanya mungkin terjadi..MASIHKAH ADA SINAR UNTUK KAK PIDAH MENANG?

Thursday, November 20, 2008

DI TANGGUH KE BULAN FEBUARI 2009

Penagguhan kes DSAI ke tahun hadapan menampakkan satu konspirasi yang akan berlaku untuk menghancurkan karier politik DSAI.Keputusan yang di lengah-lengahkan supaya di bawaka ke tahun hadapan adalah bertujuan merangka strategi baru untuk menidakkan kebenaran di dalam proses kehakiman ke atasa DSAI.Kita akan mendapat PM yang baru pada bulan MAC 2009 di sebabkan pelan peralihan kuasa akan di lakukan pada bulan MAC di antara PAKL LAH dan juga NAJIB RAZAK dan seterusnya NAJIB akan di lantik PM ke 6 MALAYSIA.Menampakkan bahawa pihak pendakwa telah tewas untuk berhujah kerana bukti telah membuktikan DSAI tak bersalah maka mereka terpaksa menggunakan kuasa VETO pemimpin NO 1 negara supaya mencamppuri urusan penghakiman terhadap DSAI,apabila tiba bulan FEBUARI 2009 mungkin mahkamah akan menunda sekali lagi ke bulan APRIL 2009 pada ketika itu NAJIB telah menjadi PM jika di izinkan ALLAH.Semoga kebenaran berpihak kepada mereka yang hak

Friday, November 14, 2008

MACAM-MACAM ADA

Permasalahan ini saya tujukan kepada pimpinan PR di KEDAH khususnya ada jongkang jongkit berlaku atau dengan kata lain berlaku ketirisan serta sifat kroni berlaku di dalam pengurusan oleh seorang ADUN di nun di selatan KEDAH.Menurut sumber yang di ketahui bahawa sikap UMNO di bawa masuk dan juga di rosakkan oleh orang yang baru murtad UMNO kerana KEADILAN MENANG di tempat tersebut.Peruntukkan untuk seorang ADUN sebanyak RM30.000 telah habis di gunakan dalam masa yang singkat,tak usah di ceritakan secara terperinci ke mana duit itu mengalir tetapi BAKI RM8000 akan di ambil oleh sebuah syrikat pakaian untuk di buat jersi bola dan juga kelengkapan sukan di fahamkan juga bahawa syarikat yang mengambil peruntukkan baki RM8000 itu adalan syrikat anak ADUN ITU sendiri.Paku dulang paku serpih kata orang dia yang lebih.Begitulah ceritanya seorang ADUN yang selama ini menjadi harapan dan juga kebanggaan sesetengah orang telah membuktikan bahawa perlu ada post mortem yang segera untuk menyelamatkan keadaan yang kian lama kian nazak akibat ketidak pedulian untuk menjalankan tugas dengan baik.

Monday, November 10, 2008

HIMPUNAN BERSIH GENAP SETAHUN


Tanggal 10 nov 2007 mempunyai sejarah tersendiri apabila satu himpunan rakyat dengan kehadiran sekitar 60 ribu orang membanjiri KUALA LUMPUR,tujuannya di adakan himpunan tersebut untuk mendesak supaya SPR telus didalam menjalankan proses pilihanraya.Satu badan bukan kerajaan iaitu BERSIH menganjurkan satu himpunan raksasa bagi mendesak dan mendesak pihak KERAJAAN JUGA PERLU TELUS di dalam menjalankan proses pilihanraya.Rakyat yangberhimpun memakai baju serba kuning bagi menandakan protes dan juga mendesak kerajaan.Pada hari tersebut sememangnya menggemparkan seluruh MALAYSIA kerana lautan manusia yang berbaju kuning memenuhi KUALA LUMPUR.Sungguh pun himpunan ini telah berusia setahun tetapi bermula di sinilah perubahan rakyat dan di terjermahkan pada 8 MAC 2008 melalui PRU 12.

Friday, November 7, 2008

KES DSAI KEKAL DI MAHKAMAH SEKSYEN


Kes DSAI akhirnya kekal di mahkamah seksyen KUALA LUMPUR,tandatangan yang di turunkan oleh GHANI PATAIL adalah tidak sah.Keputusan yang sebegini yang kita harapkan kerana peguam negara itu masih di dalam siasatan berikutan laporan polis yang di buat oleh DSAI kepada GHANI PATAIL.Dengan keputusan ini di harapkan KEADILAN dapat di tegakkan di MALAYSIA.

JAM 4 PETANG INI RPK BEBAS DARI ISA


RAJA PTERA KAMARUDIN akan di bebaskan dari ISA pada jam 4 petang ini,arahan mahkamah TINGGI SHAH ALAM supaya membebaskan beliau adalah satu berita menggembirakan rakyat MALAYSIA.Semoga pembebasan ini akan diikuti dengan pembebasan tahanan yang lain dan ISA di MALAYSIA dapat di mansuhkan dalam pada itu di harapkan di gubal akta yang baru menggantikan ISA.HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA

Wednesday, November 5, 2008

TAHNIAH OBAMA


Senator BARACK OBAMA akhirnya berjaya memenangi kerusi di WHITE HOUSE menjadikan beliau menjadi PRESIDEN AMERIKA yang ke 44,kemenangan ini meletakkan OBAMA menjadi PRESIDEN AMERIKA pertama dari kulit hitam.Kemenangan OBAMA bukan sahaja di sambut di negara UNCLE SAM sahaja malah di sambut di negara kelahirannya iaitu di KENYA.OBAMA mendapat 270 undi melepasi jumlah untuk mendapat kemenangan dan berjaya mengatasi pencabarnya SENATOR JOHN MC CAIN.Jumlah undi yang di perolehi oleh OBAMA pada kiraan terakhir sebelum mengumukan kemenangan ada 338 undi.Perubahan yang berlaku di dalam politik AMERIKA SYARIKAT sedikit sebanyak dapat mengimbangi keadaan ekonomi dunia dan juga hubungan AMERIKA dengan negara islam dapat di perbaiki.

Tuesday, November 4, 2008

Takut hilang kuasa...

Kuasa adalah suatu benda yang semua orang ingin miliki dan juga perolehi,namun tidak semua kuasa boleh di gunakan sewenang-wenangnya.Tetapi di dalam politik hari ini kita lihat ketakutan yang menyelubungi pemerintah hari ini hanyalah kerana takut kehilangan kuasa dan juga suku sakat yang akan terabai sekiranya pemerintah hilang kuasa ini yang berlaku dalam pada itu kita dapat lihat sekarang musim mesyuarat agung dan juga pemilihan di dalam parti UMNO.Bermacam2 berlaku seperti pergaduhan,cerca mencerca,tuduh menuduh dan sehingga ada yang sanggup menyimbah asid ke muka pesaing politik semata2 kerana kuasa.Parti bukan kerajaan pun tidak dapat lari dari masalah kuasa yang menjadi rebutan cuma ia tidak ketara tetapi ada sdikit keadaan yang kurang enak.Fokus kita kepada parti buka kerajaan walaupun saya meyokong DSAI dan KERAJAAN PR namun tidak menhalang saya untuk mengkritik yang tak betul.Baru2 ini berlaku di selatan KEDAH di mana seorang ADUN telah merasakan diri beliau terancam dan bimbang hilang kuasa kerana kemasukkan beberapa ahli baru untuk membantu BAHAGIAN beliau tetapi di halang dan di gunakan perlembagaan untuk sekat sedangkn mereka yang ingin membantu beliau adalah mereka yang sepenuh masa membantu ADUN itu sediri ketika kempen pilihanraya,mereka itu datang ketika ADUN itu tiada petugas dan dengan rela hati mereka ini membantu tanpa meminta wang atau penghargaan tetapi baru2 ini sikap ADUN itu amat di luar dugaan.Hantu mana yang telah turun sebelah beliau untuk memberi hasutan dan bermacam lagi tohmahan yang tidak berasas kepada kawan2 yang ingin mmebantu beliau sekali lagi.Ini antara perkara baru yang berlaku di dalam parti BUKAN KERAJAAN.Semoga selepas ini tiada mana2 ADUN akan mengikut jejak langkah ADUN selatan kedah ini dalam pada waktu yang sama MP kawasan itu juga bermasalah dan dengar ura2 akan menyertai UMNO...FENIN FENIN