SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Monday, August 31, 2009

BENARKAH BERITA INI?


Suasana politik negara semakin panas dan cukup meruncingkan mutakhir ini. Jika sebelum ini puak-puak UMNO dan BN heboh mencanangkan bahawa Pakatan Rakyat semakin retak menanti belah. Namun kini, segalanya bagai terkena atas batang hidung sendiri. Pakatan karat biru Barisan Nasional dijangka bakal karam dan terkubur layu dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang. Ia berdasarkan kepada senario politik semasa yang dilihat semakin menjurus ke arah itu. Malah, telahan semua pihak bahawa kerajaan pusat pimpinan UMNO hanya "tinggal nyawa-nyawa ikan" dan amat bergantung kepada "sokong rakyat di Sabah dan Sarawak" baik secara ikhlas atau pun menipu. Ini terbukti bila mereka hanya menang satu daripada lapan kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum ke-12 lalu. Malah, sokongan rakyat yang dikatakan semakn menurun kepada pakatan pembangkang nampaknya kian terhakis kini. Rakyat dari pelbagai lapisan agama dan kaum kini jelas lebih memberikan sokongan padu kepada parti yang ingin membawa perubahan iaitu PKR, PAS dan DAP. Mereka sudah bosan dan jemu dengan retorik politik yang dibawa oleh UMNO dan BN selama lebih 50 tahun ini. Kemerdekaan yang bakal disambut pada 31 Ogos ini (esok) tidak memberikan sebarang makna dan erti kemerdekaan langsung buat rakyat, selagi jiwa dan raga mereka terus terbelenggu dalam kerangka besi ciptaan pemerintah zalim seperti BN ini sejak sekian lama. Oleh itu, angin perubahan kian terasa kini. Tsunami pilihanraya bakal berlaku dan lebih banyak negeri yang diperintah BN pasti akan tumbang dalam pilihanraya umum akan datang.

Dua Ahli Parlimen BN Johor Bakal Sertai PKR

Kekuatan Pakatan Rakyat terutamanya PKR kini nampaknya semakin bertambah. Ia berikutan semakin ramai pemimpin BN bertindak menyertai parti itu. Terbaru, bekas Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Bakri (Johor) iaitu Datuk Chua Jui Meng. Kemasukan Chua ke dalam PKR memberi tekanan dan tamparan yang cukup hebat buat BN. Tambahan pula Chua dilihat salah seorang pemimpin MCA dan kerajaan yang lebih neutral dalam menangani isu-isu rakyat. Malah, beliau juga mempunyai wawasan yang jelas terhadap rakyat, hingga ditendang dari pemilihan agung MCA baru-baru ini. Kekalahan beliau, merupakan satu tekanan buat MCA dan keretakan jelas terlihat di sana sini. Kekuatan Chua Jui Meng terus menyemarakkan api perjuangan rakyat terutamanya kaum Cina di negara ini. Parti terbesar kaum Cina itu kembali dikejutkan dengan berita panas baru-baru ini. Ia berikutan tindakan lembaga displin parti memecat Timbalan Presidennya iaitu Datuk Chua Soi Lek (foto). Pemecatan Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan itu jelas sekali bakal mengundah padah yang besar buat parti tersebut. Ini kerana terdapat laporan yang bertiup kencang di Johor sekarang ini, bahawa terdapat dua orang Ahli Parlimen BN dari negeri itu bakal meninggal pakatan karat biru itu dan bertindak menyertai Pakatan Rakyat.

Soalnya sekarang siapakah ahli parlimen terbabit?. Buat masa ini terdapat tujuh orang Ahli Parlimen BN dari MCA di Johor yang dikatakan bakal keluar dari pakatan karat itu. Mereka ialah anak kepada Chua Soi Lek sendiri iaitu YB Chua Tee Yong - foto (Labis), YB Goh Tee Tee (Tangkak), YB Wee Sa Siong (Ayer Hitam), YB Ng See Tiong (Parit Yaani), YB Koh Chee Chai (Penggaram) dan YB Hou Chee Chung (Kluang). Terdapat kebimbangan yang ketara pada Kerajaan BN Johor tentang perkara ini. Malah terdapat maklumat bahawa Ketua Umum PKR sendiri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan perkara itu dalam sessi lawatannya ke negeri itu pada 6 September 2009 ini. Beliau dijangka mengadakan Pidato Ramadan di Pekan Parit Sulong, Batu Pahat bersama dengan Datuk Chua Jui Meng dan Saudara Hasmi Hashim. Sementara itu, kebimbangan tentang perkara ini menyebabkan BN Johor kini bagai "cacing kepanasan". Tambahan pula Timbalan Perdana Menteri iaitu Muhyiddin Yassin sendiri adalah dari negeri Johor. Apakah perkara ini tercetus hasil ketidakpuasan hati pihak terbabit terhadap pemecatan Chua Soi Lek itu. Mungkinkah Ahli Parlimen pertama yang bakal membuat keputusan drastik itu adalah anak beliau sendiri Chua Tee Yong agaknya. Kebimbangan jelas dapat dirasakan oleh puak-puak UMNO dan BN Johor, malah terdapat satu laporan yang mengulas perkara di blog umnojohor iaitu :-

"Terdapat beberapa sumber menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melawat sebuah daerah di utara Johor pada akhir bulan ini atau awal bulan hadapan. Lebih menggusarkan daerah terbabit terdapat 2 ahli parlimen yang kedua-duanya bukan daripada Umno. Salah seorang daripadanya anak kepada seorang pemimpin tertinggi yang baru di pecat dari parti komponen BN Ada kemungkinan Anwar akan mengumumkan sesuatu pada lawatannya itu. Adakah negeri Johor mula membuka ruang kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR)? Sepertimana kebimbangan yang dinyatakan Datuk Seri Najib Razak, pergolakan dalaman parti komponen BN memungkinkan menjejaskan BN. Tentunya parti komponen BN boleh beralih arah menyertai parti pembangkang pada bila-bila masa. Namun Umno sebagai tunjang komponen BN yang berjuang selama ini untuk mengekalkan BN sebagai parti pemerintah. Dalam masa Umno sudah membuat pelbagai transformasi untuk menarik hati rakyat, janganlah pula sikap parti komponen mengagalkan usaha tersebut!"
[Sekiranya apa yang dilaporkan ini ada kebenarannya, maka sudah pasti kem UMNO BN pasti akan "meraung sendirian" selepas ini. Nampaknya, kini satu persatu rakan pemimpin komponen BN meninggalkan pakatan karat itu. Kemungkinan besar hanya pemimpin UMNO sahaja yang akan menjadi yang terakhir meninggalkan BN selepas ini. Ternyata BN sudah tidak relevan lagi untuk politik negara pada masa akan datang. Justeru itu, adalah diseru supaya para penyokong BN peringkat akar umbi untuk membuat keputusan yang pantas bagi menyertai Pakatan Rakyat dalam hala tuju perjuangan mereka pada masa yang akan datang. Nasib dan masa depan mereka adalah lebih terjamin dengan Pakatan Rakyat. BN tidak lagi mampu untuk mengembalikan kepercayaan majoriti rakyat. Malahan rakyat bertambah bosan dan meluat melihat logo BN sejak akhir-akhir ini].

pahangdaily

PERANGKAP BARU UNTUK RAKYAT

Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok.

Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.

Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.

Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.

Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.

Hari ini, Ismail yang melancarkan petrol RON95 berkata, harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lalu kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini.

"Bagaimanapun harga ini adalah sama dengan harga minyak yang biasa dipakai pengguna sekarang iaitu RON97 (RM1.80 seliter).

"Sepatutnya harga RON95 jika mengikut pasaran dunia ialah RM1.89 seliter, tetapi kerajaan tak mahu rakyat rasa ada kenaikan jadi ditetapkan kepada RM1.80 sahaja," katanya, lapor Bernama.

Ismail Sabri berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengan pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter.

Menurutnya lagi, petrol RON97 pula masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukannya terutama kenderaan berkuasa tinggi.

PERHIMPUNAN AMAN DESAK RADZI SALLEH LETAK JAWATAN

Perhimpunan aman mendesak ADUN BEBAS LUNAS meletakkan jawatan berjalan lancar.Perhimpunan bermula seawal 9 pagi dan berakhir sekitar jam 10 pagi,tetapi terdapat juga penyokong yang masih berkumpul di tepi jalan untuk menandakan protes terhadap RADZI SALLEH.Bermacam sepanduk dan banner di bawa ke perhimpunan tersebut,kehadiran keseluruhan hampir seribu orang dan jumlah anggota keselamatan juga ratusan orang.Tidak ketinggalan FRU turut hadir bersama kenderaan WATER CANON.Tahniah dan syabas kepada orang ramai yang menyertai perhimpunan sebentar tadi...SAY NO TO RADZI.
















Sunday, August 30, 2009

SIDANG BAWAH POKOK KE 2


Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pakatan Rakyat Perak akan hadir ke Sidang Dun Rabu depan seperti notis panggilan yang telah dikeluarkan speaker V.Sivakumar kepada mereka.

DS Nizar memaklumkan bahawa persiapan Dun Perak kali ini telah dibuat lebih rapi, sejak enam bulan yang lalu.

Pihak Polis dan FRU tidak boleh lagi menghalang sidang Dun tersebut dari terus berlangsung, sebagaimana yang pernah mereka lakukan dalam peristiwa 'Perak Yang Gelita' (1Black Perak), 7 Mei lalu.

"Saya berasa ia (Perak Yang Gelita) tidak akan berlaku kerana Tuan Speaker (Sivakumar) telah membuat suatu persiapan yang lebih serius sejak enam bulan lalu. Sivakumar telah memohon daripada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya ianya (sidang dun) tidak akan dihalang Polis dan FRU."

"Kami (Pakatan) merasakan kalaulah kemasukan kami (ke Dun) itu dihalang kerana mahkamah tidak memberikan pengisytiharan, maka ia sesuatu yang bertentangan dengan peraturan Panel Kod 124 Kanun Keseksaan. Polis dan FRU tidak boleh menghalang atau mengkasari kami. Sebab itu, kami (Pakatan Rakyat) meminta perintah Mahkamah supaya manghalang Ketua Polis Daerah dan FRU mengkasari kami dari menghadiri sidang dun depan," ujarnya lagi.

Ditanya tentang sidang dun Rabu depan sudah mendapat perkenanan Tuanku Sultan atau tidak, Nizar menjelaskan bahawa bidang kuasa Tuanku Sultan untuk memanggil sidang Dun sebenarnya pada permulaan penggal kerajaan memerintah sahaja.

"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh diguna pakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama." tambahnya.

Semalam, sebuah akhbar arus perdana melaporkan, Ganesan mengarahkan semua Adun Perak tidak menghadiri sidang Dun Rabu depan. Beliau mendakwa Sivakumar cuba menyamar sebagai Speaker Perak dan seolah-olah cuba merampas kerajaan negeri dari genggaman Umno Barisan Nasional.

Mei lalu, Sivakumar mengeluarkan Notis Panggilan Sidang Dun Tergempar 11 hari lebih awal sebagaimana sah di diperuntukkan undang-undang, Perintah Tetap Dewan Negeri (PT)8(1).

Bagaimana pun, ianya dihalang dan terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok.Selepas kejayaan BN menghalang sidang Dun tergempar lalu, khalayak percaya Pakatan Rakyat akan berdepan cabaran yang lebih genting Rabu depan. -loveperak

HARI SELASA PENENTUAN KOTA SEPUTEH

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini bagi memutuskan status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh, Kedah iaitu sama ada perlu diadakan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan meneliti semua aspek dengan tumpuan kepada soal perundangan sama ada kerusi itu perlu dianggap kosong, sekali gus mengadakan pilihan raya kecil.

SPR mempunyai kuasa muktamad untuk mengisytiharkan kekosongan mana-mana kerusi dan diadakan pilihan raya kecil.

"Kita akan bincang semua aspek secara menyeluruh, mempertimbangkan dari segi perundangan dan dari segi moral tetapi lebih kepada soal undang-undang," katanya lagi.

Jika diputuskan wujud kekosongan sudah pasti pilihan raya kecil akan diadakan, kata beliau.

SPR telah mengadakan pilihan raya kecil yang kelapan pada 25 Ogos lalu - sejak selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Sehubungan itu, kata Aziz, pihaknya akan memaklumkan keputusan SPR kepada Speaker Kedah.

"Oleh kerana Speaker telah menulis surat kepada kami, kami akan memaklumkan Speaker hasil keputusan mesyuarat khas ini... mesyuarat ini hanya membincangkan isu kerusi Kota Seputeh," kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi.

Pilihan raya kecil itu menjadi sebutan banyak pihak ekoran kemungkinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif - dari Umno-BN - digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang DUNtanpa kebenaran Speaker.

Oleh itu, SPR telah meminta pandangan penasihat undang-undangnya dan juga Jabatan Peguam Negara mengenai isu berkenaan.

Pada 18 Ogos lalu, Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan The dari PAS menerima 7,665 undi.

Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melahirkan harapan agar SPR akan mempertimbangkan keadaan Abu Hassan yang kurang sihat dalam menentukan sama ada kerusi tersebut kosong atau sebaliknya.

Muhyiddin berkata, SPR yang mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan sesebuah bahagian pilihan raya, sebagaimana disaksikan di Perak Februari lalu, akan ambil kira pertimbangan itu.

"Bagaimanapun kita akan akur dengan keputusan SPR, kita selalu akur dengan keputusan SPR, mana ada yang kita tidak akur," kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN.

Dalam pada itu, Wan Ahmad ketika dihubungi pagi tadi memberitahu mStar Online bahawa semua dokumen berkaitan dengan isu berkenaan sudah sedia ada.

"Semua dokumen, pandangan dan maklum balas sudah diterima. Kita hanya perlu mengadakan mesyuarat dan menentukan status kerusi ini," katanya

GAMBAR MENARIK

Saturday, August 29, 2009

INI CERITA SEBENAR,PUAK UMNO YANG BUAT-BUAT TAK TAHU

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.

Maka, para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan. Malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO/BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.

Seperti yang diduga dan sepertimana biasa, kerajaan BN tidak melakukan apa-apa. Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan PR. Kami mengusahakan dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga terhasilnya cadangan kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23.

Sepatutnya Noh Omar mencerminkan diri sebelum mengeluarkan pendapatnya. Takut-takut meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri. Siap dengan kahak lagi! Sekiranya tapak di Seksyen 23 mahu dikatakan tidak peka dan tidak sensitif, kedudukan di Seksyen 19 mahu dipanggil apa? Mendera? Menyeksa? ataupun derhaka?

Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam”, kata mereka. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah pun menjadi bubur, mereka amat menyesal mengundi BN sejak dari dulu lagi. Akhirnya hasil perbincangan yang waras, mereka sanggup bertolak ansur. Sanggup berpindah, asalkan tidak terlalu jauh. Kuil ini dikunjungi penganut Hindu dari Seksyen 19, 20 dan 23.

Oleh itu, PKNS ditugaskan untuk mencari tempat yang sesuai. Tapak yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan. Cadangan dikemukakan kepada MBSA dan seterusnya kepada Exco kerajaan Negeri. Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.

Ini yang perlu kita perlu fahami. Tapak di Seksyen 23 bukan untuk kuil baru. Ianya adalah untuk memindahkan kuil yang sedia ada di Seksyen 19. Kedudukannya tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan, di mana terdapat Dewan orang ramai dan juga sebuah padang permainan di antara tapak kuil tersebut dengan kawasan perumahan. Ianya merupakan kawasan Industri. Kalau kilang boleh diletakkan di situ tanpa sebarang bantahan dari penduduk, mengapa tidak kuil? Sedangkan jarak kawasan Industri dari perumahan sudah mengambil kira terlebih dahulu semua aspek yang wajar dipertimbangkan.

Saya faham ada yang ingin mempolitikkan isu ini. Memang suku sakat Ketua Bahagian UMNO duduk di situ. Saya rasa Najib kena ‘mendidik’ ahli UMNO. Kikis semangat perkauman yang sempit yang diasaskan selama ini. Adakah beliau mampu lakukannya? Adakah beliau ingin lakukannya? Najib ke Batu Caves dengan begitu gah ceria, 1Malaysia katanya. Kita ingin lihat sejauh mana falsafah Najib difahami ahli partinya sendiri atau ianya semua hanya satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat?

Seorang penduduk Seksyen 23 memberitahu saya, “Jangan layan sangat YB, puak-puak ini, bukan sekadar kuil mereka bantah. Buat kuliyyah di Surau pun mereka bantah juga”. -YB Khalid Samad

KELUCAHAN MELAMPAU DI BULAN MULIA

PENDEDAHAN TERBARU


Ketua pegawai eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Datuk Seri Tiong King Sing mendakwa Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat pernah mengambil sendiri darinya sumbangan sebesar RM4 juta tahun lalu, lapor China Press semalam.

Menurut akhbar itu, maklumat mengenai sumbangan tersebut diperolehi dari satu salinan laporan polis Tiong ke atas Ong yang juga kepada Menteri Pengangkutan.

Malaysian Insider pula melaporkan, pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu juga mengulangi cabarannya supaya Ong mendedahkan berapa banyakkah yang dimiliki oleh beliau dan isterinya dalam akaun bank mereka.

Tiong mendakwa, wang RM10 juta yang sebelum ini didakwa beliau telah disumbangkan kepada Ong telah diberikan dalam tiga ansuran secara tunai, yang pertama sebanyak RM5 juta, kedua RM1 juta dan ketika RM4 juta.

Menurut laporan polis itu, Ong telah meminta sumbangan RM5 juta dari Tiong pada tahun 2008.

Tiong mendakwa, wang RM5 juta itu dimasukkan dalam dua beg dan ditemani dua kakitangannya, beliau telah memberikan wang itu kepada rakan Ong di Hotel Hilton Petaling Jaya.

Beberapa minggu kemudian, menurut laporan polis itu, Ong meminta RM1 juta lagi dari Tiong.

Wang yang diminta itu kemudiannya diberikan kepada wakil Ong di tempat letak kereta Hotel Armada di Petaling Jaya.

Menjelang akhir 2008, Ahli Parlimen Bintulu itu sekali lagi bersetuju untuk menyumbangkan RM4 juta lagi kepada Ong.

Ong sendiri didakwa datang mengambil wang tersebut di sebuat rumah tetamu kerajaan, menurut laporan polis itu.

Wang tersebut, kata bendahari Parti Demokratik Sarawak (SPDP) itu dalam laporan polisnya, diletakkan di tempat meletak barang kereta Ong, lapor China Press.

Ong membuat laporan polis, mengemukakan saman RM500 juta serta melemparkan tuduhan terhadap Tiong selepas Ketua Pegawai Eksekutif KDSB itu mendakwa memberikan RM10 juta kepadanya 12 Ogos lalu.

"Dia boleh cakap apa sahaja, tetapi saya rasa apa yang penting ialah keadilan dan kebenaran akan mengatasi segala-galanya dan bukan berasaskan cakap dengar oleh individu yang kredibilitinya dipersoalkan," Malaysian Insider memetik Ong berkata.

Tuduhan tersebutlah yang mendorong Tiong mengemukakan laporan polis terhadap Ong.

Tiong malah menyatakan beliau bersedia ke mahkamah dan menyatakan beliau mempunyai saksi untuk membuktikan beliau memberikan RM10 juta kepada Ong.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah pula berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali.

Faizal yang timbalan ketua Umno Bahagian Kapar seterusnya mendakwa, Ong "berhutang" kepada KDSB sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut.

Tidak ada penafian yang meyakinkan dari Ong terhadap dakwaan Faizal itu.

KDSB ialah syarikat yang disiasat dalam skandal PKFZ.

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh Price Waterhouse Coopers, syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.

Ahad lalu, bekas naib presiden MCA yang kini menyertai PKR, Datuk Chua Jui Meng mendakwa, jika didedahkan skandal itu, ramai pemimpin Umno yang terlibat.

Dakwaan itu tampil selepas dakwaan ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker baru-baru ini mendakwa bahawa ramai tokoh Umno dan MCA berada dalam "payroll" Tiong.-harakahdaily

KOTA SEPUTEH MENANTI

Pas akan memastikan momentum kemenangan Pakatan Rakyat (PR) akan berterusan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil di kawasan tersebut diadakan dalam masa terdekat.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, menjadi hasrat parti itu mahu melihat Barisan Nasional (BN) tumbang buat sekian kalinya setelah mengharungi lapan pilihan raya hanya sekali kemenangan.

“Pas tidak meminta pilihan raya itu, kerana kesilapan yang dilakukan wakil rakyat BN, kemungkinan terjadi pilihan kecil ada.

“Pas akan memastikan kerusi ini akan bertukar milik dari BN dan akan menjadi kekalahan yang kelapan buat parti itu,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas persiapan parti itu bagi menghadapi pilihan DUN Kota Siputeh jika SPR menetapkan pilihan raya kecil diadakan berikutan ketidakhadiran wakil rakyatnya dalam dua persidangan DUN Kedah.

Sebelum ini, SPR memutuskan pihaknya akan mengumumkan status kerusi itu sejurus tamat pilihan raya Permatang Pasir 25 Ogos lalu.

Salahuddin berkata, pihaknya kini sudah memperkemaskan jentera-jentera parti di kawasan itu dan hanya menunggu keputusan SPR.

“Yang jelas ‘mood’ rakyat akan berterusan di DUN Kota Siputeh, ia jelas mesej yang disampaikan Datuk Seri Najib, termasuk gagasan 1 Malaysia tidak diterima rakyat,” katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, Datuk Abu Hasan mewakili (BN) berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat selepas menewaskan calon Pas, Ismail Wan Teh. -SH

Friday, August 28, 2009

SEMOGA BERJAYA ADUN KULIM


Akhirnya SULTAN KEDAH perkenan perlucutan jawatan EXCO yang di sandang RADZI SALLEH dan di gantikan oleh ADUN KULIM LIM SOO NEE.Tahniah di atas perlantikan LIM SOO NEE sebagai EXCO KERAJAAN NEGERI KEDAH portfolio perlancongan dan sumber manusia.Inilah yang di katakan 'TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI,TUAH MANUSIA SIAPA YANG TAHU'.Jawatan yang di amanahkan kepada ADUN KULIM ini harus di susuli dengan kerja dan komitmen yang tinggi kepada KERAJAAN dan PARTI.Mungkin sebelum ini ADUN KULIM selalu merungut mengenai peruntukan yang kurang dan yang itu dan ini,kini rezeki beliau sudah tiba dengan perlantikan sebagai EXCO bolehlah ADUN KULIM ini membantu penduduk kulim dan juga mendapat peruntukan dengan kadar yang bersesuaian sebagai seorang EXCO.Janganlah pula di agihkan kepada kroni-kroni dan kontrak makan kepada kawan-kawan sahaja,jangan lupa rakyat yang susah di kulim memerlukan bantuan.

Jawatan dan kuasa sungguh berhantu jika tidak di jaga dengan baik,kuasa bukan untuk kita bermegah-megah dan kuasa bukan untuk menindas yang di bawah.Mungkin sebelum ini ADUN KULIM tidak dapat menjalankan tugas dengan baik kerana masalah birokrasi dan sebagainya,kali ini gunakanlah kelebihan sebagai seorang EXCO untuk membantu orang di bawah dan sekurang-kurangnya mengenang jasa orang yang membantu kita semasa susah,janganlah pula ungkapkan dengan ayat'YOU SAPA,SAYA TAK KENAL YOU..YOU BUKAN AHLI KULIM YOU AHLI PADANG SERAI,SAYA TAK KENAL YOU'.

Sudahlah dengan masalah yang di timbulkan oleh MP KULIM BB,ADUN KULIM di harap dapat memainkan peranan untuk memajukan NEGERI KEDAH dan rakyat di bawah.Dengan rakyat jangan terlalu kedekut sehinggakan tukar kereta boleh,untuk rakyat di lambat-lambatkan.Walaupun KERETA PA DAN ADUN SAMA jangan membina jurang di antara rakyat dan pemimpin.KERANA RAKYAT ADA KEKUATAN UNTUK HILANGKAN KUASA PEMIMPIN
SEMOGA BERJAYA ADUN KULIM


HIDUP HARAPAN

TERBONGKARLAH KONSPIRASI JATUHKAN KERAJAAN PR KEDAH

Assalammualaikum..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat berpuasa.

Kelmarin kita dikejutkan dengan pengumuman keluar parti oleh Adun Lunas Radhi bin Salleh.. Kononnya mengistiharkan sebagai Adun Bebas tetapi menyokong kepimpinan PM 1 Malaysia. Pemimpin gerombolan la tu...Kalau kita amati hal ini mirip pada lompatan katak2 di perak tempohhari. Keluar pakatan dan menjadi bebas tapi menyokong gerombolan. Sama saja. Mungkin mendapat arahan dari pengarah yang sama dan menggunakan skrip lapuk yang sama.Cuma di Perak 3 adun dalam sidang media tapi kali ini 1 adun dan 2 balaci beruk makyeh dikiri kanan adun lunas tersebut. Dalam soal jawab dengan wartawan bertanya adakah beliau dibayar untuk melompat dan dengan tergagap beliau menjawab behawa kalau beliau dibayar kenapa beliau memilih untuk menjadi bebas. Adun Lunas ni ingat orang malaysia ni bengong macam dia kot. Tak reti nak menilai sesuatu. Kalau tanpa dibayar masakan membuat sidang akhbar di hotel 5 bintang. Kenapa tak dibuat di bilik gerakan dia di lunas tak pun buat di rumah cikgu Mid. Kalau tak ada orang mengaturkan acara tersebut mana mungkin mangkuk hayun 3 ekoq tau hotel tersebut.

Saya telah beberapa kali menulis artikel tentang pemgkianatan adun2 Kedah terutama dari PKR ini. Sejak berakhirnya pilihanraya umum ke 12 yang lalu yang mana tak kurang dari 3 atau 4 artikel yang dihantar kepada kedahlanie apabila sahaja mendapat maklumat dari rakan2 terdekat serta sumber maklumat terus akan menaip dan mengwar warkannya agar pimpinan Negeri mengambil perhatian dan tindakan keraana tiada modium untuk menyampaikan maklumat kerana sebagai golongan marhain mana mungkin pimpinan akan mempercayainya,namun kini telah terbukti juga kebenarannya. Ini adalah satu permulaan dan ianya tak akan berakhir sampai disini sahaja kerana masih lagi pihak tertentu akan menjalankan kerja2 memujuk adun2 yang lain untuk bersama mereka dan seterusnya meranapkan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Kali ini alasannya adalah kerana hilang kepercayaan mereka kepada pimpinan tertinggi PKR dan perjuangan PKR telah menyimpang dari landasannya. Kononnya mereka tak marah pada PAS seeperti SMS terakhir Radhi kepada Setpol MB Kedah. Tapi pada hakikatnya seperti yang diperolehi dari adun lain yang di pujuk adalah kerana marahnya mereka kepada Pimpinan PAS negeri yang kononnya menganaktirikan mereka dari PKR dan juga ketidak retian MB yang ada memerintah Kedah.Aduhhh.....mana satu yang kita nak percaya ni. Begitulah bila nak melompat dan mengaut keuntungan duniawai jadi macam2 alasan diberi dan dijadikan hujah untuk menghalalkan tindakan mereka.
MUKA MACAM DUA BERADIK LA
Sebenarnya yang paling jahat antara katak be3 ini adalah si Elias aka songkok tinggi ini.Siapa yang tak kenal beliau di kawasan Lunas terutamanya di Taman Selasih,Kulim. Tengok songkok dia kita dah tau betapa karatnya dan tebalnya sifat2 keumnoan beliau. Bagi aktivis2 lama cukup terkejut bagaimana mudahnya dia menyusup masuk ke kem PKR Padang Serai bila barlakunya PRU lalu. Ramai yang terkejut beruk. Mengelinting pimpinan PKR Kedah sihingga dilantik menjadi ahli majlis.Pandai sungguh memperdayakan pimpinan. Dapat sahaja jawatan terus menjalankan kerja beliau dengan menusuk jarum bisa agar pakat2 menjadi pengkianat pada parti seperti di dedahkan perjumpaan segelintir pimpinan PKR Kedah dengan wakil Ameno di Pekan Danork. Berbincang sambil berhibur. Kata teman2lain kemain lagi dia di apit kiri kanan dengan jalang siam.Deklerasinya adalah kononnya untuk menekan Pimpinan Pas Negeri.Si Elias ni lah yang menjadi jurucakap kepada Adun Lunas sejak dari dulu. Yang pastinya keahlian PKRnya pun belum diluluskan lagi rasanya. Begitulah hebatnya pengkianatan terancang beliau sebagaimana kalau kita membaca Sinar Harian boleh dikatakan hanya beliau sahajalah yang menjalankan kerja sehingga setiap hari keluar mukanya. Sampai ada yang memanggilnya artis.Maka terpinggirlah ahli2 Majlis yang lain seolah tidak membuat kerja.Dan yang pastinya kecundanglah bekas Ketua Bahagian Padang Serai iaitu Cik Gu Mid akibat termakan hasutan si Elias Songkok tinggi ini. Maka jadilah kupang tembaga tekontang kanting seorang diri. Begitu juga kecudang seorang lagi ahli majlis Kulim iaitu Lan Gemuk juga mainan dan hasutan kononnya juga untuk memberi tekanan kepada Kerajaan PAS. Sehinggakan Cabang PKR Padang Serai digantung oleh PKR Negeri dan Pusat.


Dalam sidang media Keluar PKR tersebut pemangku Ketua Cabang Padang Serai memaklumkan bahawa Cabang Padang Serai dibubarkan...Kahkahkah... Lawak2. Nak bubar pasai apa sedangkan cabang Padang Serai telah di gantung dan diambil alih oleh PKR Negeri. Apa kuasa si Din Komando ni nak bubarkan parti. Kononnya 200 ahli dan 14 ajk cabang juga keluar bersama beliau. Piiiirah....hampa keluaqlah be3. Orang lain tak kelapaq nak ikut hampa. Hampa makan lah duit tu. Lepas ni hampa tau la orang dok maki dan sumpah hampa. Hampa ingat hampala yang memenangkan Adun Lunas tu......Hampa kena ingat kebangkitan Rakyat yang meluat dan menolak gerombolan Ameno. Kemana hampa nak pi lepas ni. Dengaq kata Adun lain walau pun termakan dengan hasutan hampa juga kabarnya juga tak kelapaq nak ikut hampa..........

Insyaallah Pakatan Rakyat akan semakin kuat selepas ini bila tak ada lagi musuh dalam selimut dan guntimg dalam lipatan. MB tak pening lagi dengan kerenah Adun Lunas ni. Banyak sangat skandal, kesalah lakuan dan lemah prestasi kerjanya. Buat tuntutan bulanan yang tidak munasabah. Sehingga tuntutan terakhirnya mencecah 44 ribu ringgit. Pelancong mai pun tak tara mana.Kononya dengan pengumuman keluaq parti ni ada serampang 2 mata iaitu nak menjatuhkan Lerajaan Pakatan Rakyat Kedah dan Nak Mengalahkan PAS di PRK Permatang Pasir. Tapi rakyat telah sedar dan tidak termakan dengan peristiwa tersebut. Dengan keizinan yang Maha Esa Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah Tetap Utuh dan Pas akan Menang Besar di PRK Permatang Pasir esok......Insyaallah.

Suara Rakyat Suara Keramat.



Jin Brabus.

CERITA CERITI KATAK


Semalam hujan lebat, yang lebat tu masa tengah dok sembahyang tarawikh belum pun lapan rakaat. Lama dah tak dengar katak berbunyi, almaklumla sebelum puasa dulu kan musim kemarau. Musim kemarau katak pi rehat di Dubai kot. Musim hujan macam ni musim katak mengawan. Lepas hujan bunyi katak bersahut-sahutan sana sini.

Dah jadi tradisi katak. Sahut menyahut dari kalangan katak. Kalau burung yang berbunyi, katak tak akan sahut. Bila katak yang relek dalam longkang berbunyi, katak yang dalam kolam pun mula menyampuk. Hanya katak yang akan menyampuk katak, sebab ada kesamaan dalam kejadian, rupa, keinginan dan cintakan fulus. Jenis spesis yang sama.

Agak bising juga bunyi katak di Kulim ni. Sahut menyahut bila dengar katak kat Lunas berbunyi. Katak Kulim berbunyi dengan nada membela katak Lunas. Tapi katak Kulim ni pandai menyamar, walaupun hati katak tapi body masih cover, orang tak sangka dia tu katak.

Mai kita pakat tengok lepas ni, katak Kulim nak buat apa. Aku rasa kalau ada offer fulus tebal katak Kulim akan lompat, lompatan yang lebih tinggi dari katak Lunas. Ada caya ka?

ADIOS....... alamak katak pun padai cakap sepanyol la.

JUNJUNGAN MULIA

Thursday, August 27, 2009

BUKTI PENDUDUK LUNAS TOLAK RADZI SEBELUM PRU 12

Untuk pengetahuan semua pada awal kemunculan RADZI di LUNAS sememangnya tidak di senangi oleh penduduk lunas,sehingga ke satu tahap mereka telah mengadakan bantahan di pekan lunas.Perkara ini berlaku setelah RADZI di namakan sebagai CALON DUN LUNAS dan RADZI bukan orang tempatan dan tidak disukai.Mungkin perkara ini tidak di ketahui umum tetapi hari ini saya akan paparkan gambar ketika bantahan di lakukan setahun lebih yang lalu.Tarikh saya dah lupa cuma yang pastinya tidak jauh dengan waktu pilihanraya KE 12.
wakil penduduk lunas BOON LANG sedang di temuramah wartawa akhbar cina...say no to radziKAMI TOLAK CALON LUAR,MERUJUK KEPADA RADZI ORANG JITRA.KINI NASI TELAH MENJADI BUBUR....INI ANTARA INDIVIDU YANG TELAH MENGHIDU NIAT TAK BAIK RADZI....

Wednesday, August 26, 2009

RADZI SALLEH DINYAHKAN DARI EXCO.....PERGI MAIN JAUH-JAUH

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas Ahad lepas, digugurkan daripada jawatan Exco berkuatkuasa semalam.

Titah perkenan Sultan Kedah itu juga diterima semalam, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan Exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di sini hari ini, lapor Bernama.

Ahad lepas, Mohd Radzhi yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.

Sementara itu, Azizan berkata Sultan Kedah turut memperkenankan pelantikan ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee untuk mengisi jawatan Exco yang kosong itu manakala majlis angkat sumpah akan diadakan minggu depan.

"Majlis angkat sumpah akan dilakukan minggu depan kerana ramai pegawaipegawai masih berada di luar negara dan kita kena tengok masa Tuanku," katanya.

Pada 24 Ogos, Azizan menyembahkan surat kepada Sultan Kedah bagi memohon perkenan baginda supaya perkhidmatan Mohd Radzhi ditamatkan dan digantikan dengan orang lain.

Azizan berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri sama ada akan melakukan penambahan atau perubahan portfolio Exco berkenaan."Buat sementara, saya akan pegang portfolio itu (Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia), sebelum majlis angkat sumpah.

Sementara itu, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim berkata pemilihan Lim untuk menggantikan Mohd Radzhi dibuat selepas mencapai persetujuan hasil perbincangan antara Menteri Besar dan Penasihat parti itu.

Katanya, pemilihan Lim juga mengambil kira faktor geografi kedudukan Lunas yang terletak berhampiran dengan Kulim.

SIAPAKAH INI??

inilah pencipta lagu terang bulan a.k.a negaraku?

ALAHAI D & R


Setiap kali PRK di MALAYSIA ini semestinya akan ada aktiviti keluar parti,terutama dari PKR ke UMNO.Kali ini ADUN LUNAS mengambil tindakkan yang cukup bijak bertindak keluar dari PKR dan menjadi ADUN BEBAS.Tidak ketinggalan PEMANGKU KETUA CABANG PADANG SERAI DIN KOMODO lagi bijak dari RADZI kerana beliau mempunyai kuasa ULTRAMAN membubarkan cabang PADANG SERAI.Meskipun pelbagai alasan dan poster yang di buat untuk menenjukkan perasaan kecewa kononnya sedikitpun tidak mempengaruhi kepututsan rakyat di PRK PERMAANG PASIR.

Bermulanya era keluar parti PKN(PKR) ketika PRK INDERA KAYANGAN hinggalah ke hari ini tidak pernah mematahkan semangat pencinta keadilan.Walaupun saya boleh di kira anak muda yang tidak banyak pengalaman politik tetapi individu-individu yang pernah mengkhianati PKR semuanya tidak pernah senang dan selesa di dalam meneruskan hidup.Lihat sajalah apa jadi kepada EZAM,masih tercari-cari platform untuk menaikkan semula karier politik beliau,sekarang cemburu pula kepada LOKMAN ADAM kerana hamba allah tu menang EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA.Kenapa insan seperti DIN KOMODO ini tidak pernah mengambil pelajaran apa yang berlaku dan iktibar.RADZI SALLEH tidak perlu di ceritakan kerana beliau menyertai PKR HAMPIR PILIHANRAY KE 12 bermakna RADZI SALLEH tidak melalui zaman reformasi mahupun zaman kesusahan PKR.Dengan kata lain jasad radzi tidak pernah kenal apa itu GAS PEMEDIH MATA mahupun AIR ASID hadiah FRU kepada REFORMIS dan PARA DEMONTRASI.

Sudah semestinya RADZI tidak akan balik ke LUNAS kerana rakyat LUNAS bukan mahukan ADUN BEBAS,rakyat lunas mahukan ADUN dari PKR dan pastinya bukan MIC.JAMARUDIN AKA DIN KOMODO pula akan keluar rumah pada waktu malam seperti DATO' NASA di perak satu ketika dahulu,tetapi jika din tak balik ke lunas sekalipun lagi 3 rumah ada untuk din.ALAHAI D & R......

REFORMASI TANPA ANWAR

Reformasi ’98 memperkenalkan rakyat kepada sekumpulan anak muda yang gigih bersama DS Anwar. Antara nama penting yang mula dikenali pada waktu itu ialah Azmin Ali, Ezam Mohd Nor, Saifuddin Nasution dan Lokman Noor Adam. Zahid Hamidi yang dibantai DS Dr. Mahathir pada Perhimpunan Agung UMNO 1997 beralih kesetiaan politik selepas dibebaskan. Ya, ada sebilangan nama lain juga.

Mereka-mereka ini adalah anak muda yang telah bersama DS Anwar untuk sekian waktu. Yang paling lama tentu saja Azmin Ali sebagai Setiausaha Sulit. Ezam pada waktu itu hanya sekitar 4 tahun bertugas sebagai Setiausaha Politik DS Anwar. Dia sebelum itu bertugas sebagai Timbalan Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD), sebuah institut yang dikaitkan rapat dengan DS Anwar. Di sanalah kelompok ‘elit’ anak muda dilatih sebelum Reformasi ’98, termasuk sebahagiannya menjadi YB baik untuk BN atau PR.

Saya hanya kenal Ezam dari jauh pada waktu itu tetapi saya dapat mengesan bahawa kehadiran Ezam diterima ramai sebagai ‘jelmaan’ DS Anwar. Umum menerima Ezam sebagaimana kata Anwar “jika seorang Anwar terpenjara, 1000 ‘Anwar’ akan bangkit”. Dari pidato, sosok yang cergas dan latar belakang sebagai Setpol DS Anwar – ia cukup untuk melonjakkan nama Ezam di persada politik Malaysia. Ezam mula dikenal sebaik ‘lari’ ke luar negara dan mengkritik DS Dr Mahathir secara keras.

Tentu ramai masih ingat bagaimana jentera kerajaan lekas memburukkan Ezam kerana memburukkan DS Dr Mahathir dari luar negara. Ezam lekas menjawab dengan mengambil petikan berita bagaimana DS Dr Mahathir telah lama memburukkan Tunku Abdul Rahman dari luar negara. DS Dr Mahathir, sebagaimana baru-baru ini juga mengatakan DS Anwar sebagai pencetus budaya demonstrasi. Ia hanya sekadar justifikasi bahawa DS Dr Mahathir kadangkala mudah lupa.

Ketika ‘aktif’ bergaul dengan kalangan aktivis mahasiswa (meskipun jujurnya saya reluctant untuk dipanggil aktivis mahasiswa, kerana saya percaya saya lebih banyak bergerak sebagai individu justeru sumbangan saya agak terhad), saya berpeluang bertemu dan berdialog dengan Ezam. Sebelumnya hanya sekadar pernah melihat. Saya kira, ia menguatkan pandangan saya bahawa masa depan politik Ezam sangat cerah.

Ia juga menguatkan pandangan ramai yang saya pernah dengar sebelumnya, bahawa Ezam lebih mudah didekati berbanding Azmin Ali. Namun, ada segmen dalam arus reformasi dan parti politik melihat sumbangan Azmin lebih strategik berbanding Ezam. Jarang kedengaran ada pihak yang melihat gandingan Azmin dan Ezam sebagai sinergi atau saling melengkapi.

Ezam, untuk saya mendapat kredit besar kerana mengekalkan hubungan mesra dengan kalangan reformis yang tentu saja kurang berkepentingan politik jawatan dan lebih lantang bersuara. Namun, dalam tempoh itu, lebih awal saya pernah bertemu Azmin dan pegawainya. Ia lantas mengukuhkan pandangan saya bahawa Azmin memang seorang strategis.

Ezam sebelumnya di penjara, dan ia dilihat sebagai pembeza pengorbanan Ezam dan Azmin. Namun, ada segmen berpendapat orang yang bijak berjuang tidak semestinya ditangkap. Saya difahamkan Ezam memang ada campur tangan dalam memastikan pemangkunya Saifuddin Nasution tidak dapat bergerak lancar menguruskan Pemuda Keadilan pada waktu itu. Khabar juga bertiup bahawa Ezam mengaturkan satu hijrah Pemuda Keadilan untuk menyertai UMNO.

Selepas itu, saya bertemu Ezam sekali lagi selepas menang Pilihan Raya Kampus. Perjumpaan itu hanya satu kebetulan ketika saya mahu mengambil beberapa buku daripada Amir Sari. Waktu itu Ezam ada bersama Tian Chua. Saya difahamkan bahawa Ezam mahu meletakkan jawatan Ketua Pemuda Keadilan, namun hajatnya ditolak oleh DS Wan Azizah. Tempoh 2 tahun diberikan di mana Shamsul Iskandar memang disebut sebagai calon pengganti. Keadilan memang berhajat untuk memiliki Ketua Pemuda yang berusia 35 tahun ke bawah.

Penggabungan PKN dan PRM (maksud saya tokoh-tokoh utama PRM) dalam tempoh itu telah memberikan wajah berbeza kepada fasa perjuangan reformasi melalui wadah parti. Muncul konflik baru di mana fraksi-fraksi dalam parti bergelut. Kelompok ABIM, JIM, PRM, NGO lain, bekas UMNO disebut sebagai terlalu rencam. Masing-masing mahu kepentingan mereka dijaga. Tidak ada kesungguhan yang jitu untuk duduk merumuskan keutamaan.

Saat Ezam keluar dari penjara, beliau berhadapan dengan serangan Lokman Noor Adam. Pertentangan dua peribadi ini tidak lain dan tidak bukan ialah soal duit!

Apabila Ezam mengambil keputusan meletakkan jawatan Ketua Pemuda Keadilan, saya kira ramai yang melihat itu sebagai zaman suram parti. Saya kira Ezam telah memberi justifikasi yang kuat untuk melepaskan jawatannya. Pengumuman Ezam untuk menubuhkan Gerakan Anti-Rasuah dan Korupsi (GERAK) disambut penuh tanda tanya – adakah parti gagal berfungsi untuk tujuan yang sama? Alasan Ezam mudah – untuk lebih fokus. Dalam siri pertemuan lanjut saya bersama Ezam, saya melihat Ezam mempunyai justifikasi yang jelas, terutama alasan memperkuat gerakan masyarakat sivil melalui GERAK.

Dalam Pilihan Raya kecil Ijok, Shah Alam menjadi penyelaras gerak kerja di sana. Di sanalah bermula ramai aktivis parti menghidu ada yang tidak kena dengan gerakan Ezam. Tidak nampak kesungguhan yang nyata bahagian Shah Alam menyelaraskan gerak kerja di sana. Pada waktu itu juga timbul fraksi kempen untuk Ketua Pemuda PKR yang baru dan ia cukup untuk memporak-perandakan gerakan parti.

Kerja tahan bas di Ijok juga dilihat sebagai wayang. Ezam hanya bercakap atas kapasiti Pengerusi GERAK, walhal beliau adalah Ketua Pemuda PKR dan calon PKR sedang bertanding di Ijok. Ketika sebilangan aktivis mendapat berita bahawa Ezam dan Khairy Jamaluddin sedang berada di dalam balai merundingi isu bas yang ditahan, mereka sudah menjangka bahawa kes ini tidak akan ada hasil lanjut kerana Ezam dan Khairy adalah ‘regu baru’ bagi mereka.

Dalam siri mesyuarat GERAK yang saya hadir, saya menemukan retorika yang berubah-ubah – dari kenyataan berprinsip kepada sikap politik peribadi. Jelas bahawa Ezam mempunyai ‘dendam peribadi’ kepada Azmin Ali. Ezam bertambah marah apabila PKR memutuskan hubungan dengan GERAK. Adu domba Ezam untuk memburukkan imej DS Anwar, Azmin dan PKR mula muncul dari cakap-cakapnya semasa mesyuarat. Saya juga tidak begitu selesa dengan persekitaran yang melihat GERAK sebagai batu loncatan semata-mata untuk transisi politik.

Dalam pertemuan awal kami, Ezam lekas mengatakan bahawa kenderaan yang dipakai sekarang adalah ‘pinjaman’ seorang tauke Cina untuk memudahkan beliau bergerak. Kebenarannya ada di luar sana.

Yang saya ingat, kenyataan saya dalam mesyuarat adalah jelas. Saya mengkritik pendekatan GERAK yang terlalu bersifat politik. Sebuah NGO seharusnya lebih menumpukan kekuatan kepada latihan dan penyelidikan.

Kali terakhir, saya mengaturkan satu pertemuan Ezam bersama aktivis-pemikir mahasiswa di Bangi. Ketika itu himpunan BERSIH hampir berlangsung dan Ezam minta pertemuan kami dibuat selepasnya. Dakwanya bahawa beliau diekori oleh Special Branch (SB) justeru beliau tidak mahu kami mendapat tempiasnya. Dan pertemuan terakhir itu saya masih ingat, tidak lama sebelum beliau mengumumkan keluar dari PKR dan memohon menyertai UMNO. Dan pertemuan terakhir itu beliau masih mengutuk UMNO….

Selepas Ezam menyertai UMNO, saya tidak menjawab panggilan dan sms beliau kepada saya. Yang terakhir, beliau memaklumkan bahawa kelompok mahasiswa telah menubuhkan GERAK di peringkat mahasiswa. Malam itu beliau pohon saya hadir bersama aktivis GAMIS. Saya tolak bukan kerana beliau menyertai UMNO, tetapi saya fikir tempelak arwah Adlan Benan ada benarnya tentang Ezam. Nyata, mantan Bendahari Pemuda Keadilan yang pernah di’import’ England mewakili pasukan debat mereka itu lebih dahulu mengenal Ezam.

Tulisan ini hanya memuatkan sebahagian perkara luar yang saya himpun sepanjang saya mengenali Ezam secara terhad. Sebahagian lagi saya simpan untuk pengetahuan peribadi semata-mata.

Ezam, untuk saya, hanya seorang lagi politikus. Beliau tidak mahu memilih menjadi seorang negarawan…

PERMATANG PASIR-TAHNIAH PKR KEDAH


PENGARAH PILIHANRAYA PKR KEDAH MEMBERI CENDERAHATI KEPADA CIK ROSLI KETUA JDM PKR KG PELET
DOK KIRA JUMLAH UNDI DI UPU KG PELET..KIRA MAJER JANGAN TAK KIRAKESATRIA PEMUDA UMNO PPIRAHHHHHHHHHHHHH..SEMUA BUDAK BAWAH UMUR TU...ANTARA HIDANGAN UNTUK BERBUKA PUASA...BILA DAH MENANG SEMUA JADI SEDAP HEHHEHEHPADA HARI TERAKHIR PKR KEDAH BRBUKA PUASA BERSAMA-SAMA PENYOKONG DAN JENTERA PRK PERMATANG PASIR

Dengan kemenangan PAKATAN RAKYAT di PRK PERMATANG PASIR saya mengucapkan tahniah kepada PKR KEDAH yang berkampung di UPU KG PELET.Hanya menggunakan sebuah rumah yang tidak jauh dari MARTEK POLIS DI RAJA MALAYSIA,PKR KEDAH dengan jawatan kuasa pilihanrayanya menjalankan tugas sebaik mungkin membantu PAS di UPU KG PELET.Hasilnya kemenangan di UPU KG PELET dengan majoriti 192 undi berjaya mengatasi BARISAN NASIONAL.Walaupun KG PELET di anggap kubu kuat UMNO tetapi itu bukan menjadi masalah kepada jentera PR untuk menang di UPU KG PELET.

Terima kasih juga di ucapkan kepada WANITA PKR KEDAH kerana bertungkus lumus berkempen dengan menggunakan kaedah BKS(BORANG KAJI SELIDIK) dan rumah ke rumah dengan jayanya.Berkat doa dan semangat kawan-kawan yang hadir menyebabkan jentera PKR KEDAH dapat mengekalkan semangat perjuangan hingga ke hari pengundian dan mencapai kemenangan.

HIDUP HARAPAN

Tuesday, August 25, 2009

PERMATANG PASIR-TAHNIAH USTAZ SALLEH MAN AKA (USM)

PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.

PERMATANG PASIR-TERKINI PERATUS KELUAR MENGUNDI

2.18 ptg : Ramalan dari seorang pensyarah yang tidak ingin di paparkan namanya, PAS dijangka akan menang dengan majoriti kurang sedikit daripada sebelum ini sekitar 4000 undi.

2.02 ptg : Calon kini masih lagi berehat di Kg Pelek dan dijangka bergerang ke Kubang Semang dalam pukul 2.30 petang. Ini merupakan pusingan kedua beliau melawat Pusat mengundi selepas melawat semua 8 pusat mengundi tadi.

1.15 ptg : Mengikut SPR, 10,812 atau 53.3% tlh keluar mengundi sehingga 1 ptg

1.14 tengahari : Terdapat beberapa pemuda Umno yang berang dengan tindakan ganas Pemuda Umno Kepala Batas itu. 2 orang yang dilaporkan cedera itu adalah Pemuda Umno Kepala Batas itu sendiri.

PERMATANG PASIR-TERKINI..UMNO TERDESAK


12.10 tengahari : Sekumpulan penyokong BN - berbaju kuning dan bermotor kuasa tinggi - yang sejak pagi tadi membuat kecoh kini dilaporkan berarak ke Sek. Keb Bukit Indera Muda untuk menunjukkan protes mereka kepada pihak polis yang menghalang mereka dari berkumpul di hadapan Sek. Keb Penanti pagi tadi.

Kumpulan penyokong ini - dilarang polis berkumpul kerana - berbaju kuning berlambang dacing BN.

12.02 tengahari : Ramai pengundi dari saluran 3 dan 4 di Sek. Keb Permatang Pasir keluar membuang undi.

11.47 pagi : sehingga kini sebanyak 5248 orang keluar mengundi mewakili 26 % jumlah keseluruhan pengundi.

11.40 pagi : Kehadiran terlalu ramai anggota polis di pusat-pusat pengundian menakutkan pengundi. Kelihatan seolah-olah ini pilihanraya polis. Di Sek. Keb Penanti polis bertindak semacam mahu mengambil alih tugas SPR.

11.24 pagi : Cuaca mendung awal pagi tetapi cerah kemudian. Laluan trafik masih terkawal walaupun kesesakan berlaku sepanjang jalan menuju ke pusat mengundi.

11.10 pagi : Di Kubang Semang - Kampung Semambu - BN dilaporkan terdesak hingga terpaksa menggunakan RM500 untuk membeli undi warga-warga emas disana.

11.06 pagi : Ketua jentera muslimat PAS Kelantan memberitahu, muslimat PAS sedang membuat gerak gempur - 1 petugas 1 pengundi.

11.01 pagi : Ustaz Salleh Man kini berada di Sek. Keb Permatang Pasir sedang meninjau proses pembuangan undi di sana. Beliau kini dalam perjalanan ke Sek. Keb Bukit Indera Muda.

10.55 pagi : Polis meleraikan ketegangan diantara penyokong kedua belah parti.

10.47 pagi : Calon PAS, Ustaz Salleh Man ketika ini dari Sek. Keb Penanti sedang menuju ke pusat mengundi, Sek. Keb Permatang Pasir.

10.40 pagi : Rohaizat & Ahmad Maslan kelihatran berada bersama penyokong di pusat pembuangan undi SMJKC Lay Keow.

10.41 pagi : Di Sama Gagah, pengundi saluran 2 dan 5 paling banyak keluar ketika ini. Penyokong Umno yang memakai seragam membawa lambang parti itu nyata salah dalam peraturan baru SPR dalam pilihanraya kecil ini, namun tiada kelihatan tindakan diambil keatas mereka oleh pihak berwajib.

10.30 pagi : Berhampiran perkuburan Cina, Kubang Semang, 150 orang berkumpul di sana. Mereka yang mengenakan jaket kuning yang tertera tulisan 'Pemuda Umno Kepala Batas' itu berkelakuan kasar terhadap pengguna jalan raya, lebih-lebih lagi mereka yang dilihat penyokong PAS. Mereka ini dipercayai kumpulan yang membu

PERMATANG PASIR-TERKINI PERATUS KELUAR MENGUNDI 28.5 PERATUS

10.26 pagi : Pengarah jentera pilihanraya kecil, Dato' Mahfuz bersama pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat berada di UPU Kampung Pelet.

10.25 pagi : Selawat yang tidak putus-putus, menjadi sumber kekuatan penyokong PAS berhampiran Sek. Men Sama Gagah. Manakala penyokong BN-Umno sibuk mengherdik dan menuding jari terhadap penyokong PAS - sengaja cetus provokasi.

10.20 pagi : Peratusan pengundi yang telah mengundi pada jam 10 pagi ialah 28.5% atau 5,775 orang.

10.15 pagi : Peratusan pengundi yang telah mengundi pada jam 9 pagi ialah 14% atau 2,966 orang

SEORANG PENGANALISIS POLITIK SOKONG RADZI??

Petang tadi saya berkira-kira untuk menulis mengenai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Mohd Radzhi Salleh yang mengumumkan keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin telah terlebih dahulu menulis mengenainya. Klik di sini untuk membaca tulisan beliau. Antara lain, Zulkifli menulis:

Saya mengambil sikap memahami tindakan YB Radzhi yang sejak daripada awal kemenangan pada 08 Mac 2008 telah membangkitkan beberapa isu yang beliau rasakan serius dan perlu tindakan segera.

Saya yakin tindakan yang diambil oleh YB Radzhi adalah atas dasar prinsip ... Saya ingin menegur rakan-rakan dalam PKR termasuk daripada Pakatan (Rakyat) supaya jangan cepat memfitnah, membuat tuduhan liar dan menuding jari.

Satu masalah serius yang difikirkan oleh YB Radzhi ialah mengenai perpecahan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia, yang semakin ketara sejak pilihanraya 08 Mac 2008. Beliau antara orang paling sedih apabila Kerajaan PAS diugut oleh wakil tunggal DAP dalam DUN Kedah dalam isu penutupan pusat penyembelihan babi di Kg. Berjaya, Alor Setar.

Beliau sangat teringin melihat pemimpin-pemimpin Melayu Islam daripada PAS, PKR dan UMNO duduk semeja untuk mencari kata sepakat demi ukhwah Islamiyyah dan maruah agama yang makin tercabar.

Malahan beliau pernah memberitahu cita-citanya agar dapat Tuan Guru Haji Hadi, Dato' Seri Anwar duduk berbincang dan bermuzakarah bersama dengan Pak Lah (PM masa itu).
Saya berkongsi pandangan dengan Zulkifli mengenai isu ini. Tidak ramai pemimpin politik yang mahu memahami orang lain. Seringkali, pemimpin politik merasakan mereka sajalah yang betul. Orang lain semuanya salah. Bukan setakat itu, malah mereka turut mengasuh minda pengikut sedemikian; bahawa orang yang keluar dari sesebuah parti politik (tak kiralah apa nama parti itu) ialah mereka yang ada masalah dan tidak mempunyai prinsip perjuangan.

Itu cara berfikir yang destruktif.

Saya sarankan pemimpin sesebuah parti politik bermuhasabah apabila ada ADUN keluar parti. Mungkin ada perkara-perkara tertentu yang menyebabkan dia membuat keputusan tersebut. Lihatlah isu ini secara positif dan ambillah tindakan pembetulan. Cuba belajar dari kesilapan.

Dalam hal ini, saya memuji Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Abd Razak yang walaupun ternyata kecewa dengan keputusan Radzhi, namun menegaskan bahawa Radzhi masih Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sehinggalah Sultan Kedah memutuskan mengenai kedudukan beliau. Begitu juga dengan sahabat lama saya, Pengerusi PKR Kedah Ahmad Kassim yang menyifatkan peristiwa itu sebagai "hari hitam" dalam politik PKR Kedah, namun tidak mencerca Radzhi.

Akhlak sebeginilah yang akan menjadikan orang mendekati sesebuah perjuangan; bukannya dengan mencerca orang yang tidak sebulu dan membuat pelbagai tuduhan.

Sementara kita mendesak orang lain mengiktiraf prinsip perjuangan kita, maka saya fikir elok juga kita sama-sama belajar untuk mengiktiraf prinsip perjuangan orang lain.

Bukan kita seorang saja yang ada prinsip, orang lain pun ada prinsip juga!

NOBISHA(NORIZAN SHARIF)

BERPRINSIPKAH RADZI?PEJUANGKAH RADZI?HANYA ORANG LUNAS MENGENALI SIAPA RADZI SEBENARNYA.

PERMATANG PASIR-TERKINI,TEGANG DAN PANAS

Lintas Lansung Permatang Pasir

9.58 pagi : 100 konvoi bermotor BN-Umno akhirnya beredar dari depan Sek. Keb Penanti dengan kawalan anggota FRU, keadaan masih hinggar dan kecoh di sana.

9.50 pagi : Calon PAS, Ustaz Salleh Man berada di Sek. Men. Sama Gagah - UPU keempat yang dilawati - beliau bangga Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng dan Exco-exco Kerajaan Negeri turut bersama beliau memberi sokongan.

9.50 pagi - Trak polis simpanan persekutuan (FRU) berderetan sampai di hadapan Sek.Keb Penanti, keadaan masih lagi kecoh.

9.46 pagi - Ketegangan yang berlaku di depan Sek. Penanti sejak jam 8 tadi masih belum reda. Geng bermotor dari BN Kelapa Batas masih lagi bertegang mahu berada di sana. Mereka mula membuat provokasi terhadap penyokong PAS yang berada di sekitar kawasan itu.

Dakwa seorang dari geng konvoi tersebut, mereka dibayar untuk berbuat demikian.

9.45 pagi - Ketua MP DAP, Lim Kit Siang hadir di pusat pembuangan undi Sama Gagah untuk berikan sokongan moral kepada calon PAS

9.30 pagi - UMNO menaikkan banner menuduh PAS Izinkan DAP Hina Islam di unit peti Sama Gagah

9.01 pagi - Penyokong BN dari kalangan Pemuda UMNO enggan berganjak dari berkumpul di sebuah pusat pembuangan undi sekalipun diberikan amaran oleh polis.

9.00 pagi - Sesakan Trafik di jalan utama Kubang Semang.

8.45 pagi - Datuk Seri Anwar berharap SPR akan bertindak adil dan saksama dan berharap juga semua pengundi dapat keluar mengundi

8.40 pagi - Pengundi-pengundi di sebelah pagi terdiri dari warga emas dna mereka yang telah berumur.

8.30 pagi - Calon PAS, Mohd Salleh Man dilihat mengiringi Datuk Seri Anwar dan isteri.

8.25 pagi - Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan isteri, Presiden PKR Wan Azizah tiba di SMK Penanti untuk membuang undi.

8.00 pagi - Gelanggang pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dibuka 8 pagi ini - bagi menentukan sama ada PAS berupaya mempertahankan kedudukannya ataupun Barisan Nasional (BN) pula boleh merampas semula kerusi yang terlepas tangan pada tahun 1999.

MP BLACKBERRY SOKONG RADZI SALLEH.

Salam 2 all.

Semalam sahabat saya YB Mohd. Razhi Salleh (Ahli Dewan Undangan Negeri N.34 Lunas) mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi ADUN Bebas.

Secara rasminya beliau menyatakan tidak dapat lagi menyokong kepimpinan PKR yang "perjuangan nya tidak lagi saperti perjuangan asal".

Bagaimanapun, YB Razhi mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah sebagai Exco Pelancongan dan Sumber Manusia memandangkan perlantikan beliau sebagai Exco dibuat oleh Sultan Kedah dan hanya Baginda yang boleh menentukan kedudukan YB Razhi.

Tindakan YB Razhi telah membawa spekulasi yang pelbagai. Ada yang menuduh beliau mempunyai masalah disiplin, ada yang mendakwa YB Razhi gagal menjalankan tugas portfolio exco beliau, ada yang menyatakan kerana beliau disiasat oleh SPRM, malahan ada yang memfitnah menyatakan YB Razhi menerima sogokan daripada UMNO (tadi saya dimaklum kononnya jumlah sogokan adalah RM4 juta!). Termasuk ada desakan menuntut YB Razhi meletakkan jawatan sebagai ADUN Lunas!

Saya mengambil sikap memahami tindakan YB Razhi yang sejak daripada awal kemenangan pada 08 Mac 2008 telah membangkitkan beberapa isu yang beliau rasakan serius dan perlu tindakan segera. Saya yakin tindakan yang diambil oleh YB Razhi adalah atas dasar prinsip dan bukan kerana masalah disiplin, siasatan SPRM, ataupun sogokan. Apatah lagi fitnah jahat yang menyatakan ianya berkaitan masalah wanita.

Saya ingin menegur rakan-rakan dalam PKR termasuk daripada Pakatan supaya jangan cepat memfitnah, membuat tuduhan liar dan menuding jari. Ingatlah setiap jari yang kita tuding kepada orang, tiga jari lagi menuding kepada kita.

Kalau kita menuduh YB Razhi konon tidak berdisiplin, saya melihat YB Razhi antara Exco yang sangat komited dan berdedikasi dengan amanah yang diberikan. Malahan awal-awal lagi beliau telah memanggil mesyuarat dengan pihak perhotelan yang terlibat di Pulau Langkawi kerana beliau mahu memberi jaminan kepada para penguasaha hotel antarabangsa di Langkawi bahawa Kerajaan pimpinan PAS Kedah tidak akan mengambil tindakan drastik yang boleh menjejaskan industri pelancongan khususnya di Langkawi. Ini kerana beliau menyedari industri perhotelan di Langkawi merupakan permata industri pelancongan bukan sahaja bagi Kedah, malahan bagi negara.

Malah beliau merancang untuk menjadikan Langkawi khususnya dan Kedah amnya sebagai kawasan pelancongan "syariah compliance" dan "halal tourism", demi untuk menarik pelancong khususnya dari Asia Barat yang semakin meningkat dan merupakan "economic tourist". Beliau sendiri telah pergi membuat lawatan kerja ke Dubai dan lain-lain tempat di timur Tengah. Beliau sangat menaruh minat dengan konsep "halal hotel" yang dilaksanakan oleh pengurusan Hotel De Palma, Ampang Selangor yang katanya memenuhi cita-cita beliau untuk melaksanakan "halal tourism" di Kedah. Beberapa pertemuan dan perbincangan telah diadakan dengan pihak pengurusan hotel De Palma untuk mempelajari konsep "syariah compliance hotel" ini.

Satu masalah serius yang difikirkan oleh YB Razhi ialah mengenai perpecahan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia, yang semakin ketara sejak pilihanraya 08 Mac 2008. Beliau antara orang paling sedih apabila Kerajaan PAS diugut oleh wakil tunggal DAP dalam DUN Kedah dalam isu penutupan pusat penyembelihan babi di Kg. Berjaya, Alor Setar. Beliau sangat teringin melihat pemimpin-pemimpin Melayu Islam daripada PAS, PKR dan UMNO duduk semeja untuk mencari kata sepakat demi ukhwah Islamiyyah dan maruah agama yang makin tercabar. Malahan beliau pernah memberitahu cita-citanya agar dapat Tuan Guru Haji Hadi, Dato Seri Anwar duduk berbincang dan bermuzakarah bersama dengan Pak Lah (PM masa itu).

Selain itu, YB Razhi juga menghadapi masalah untuk menyelenggara dan memantau kawasan DUN Lunas. Ini adalah kerana kami ADUN dan MP daripada Pakatan di Kedah, khususnya daripada PKR tidak mendapat sebarang bantuan atau peruntukkan kewangan untuk menjaga kawasan masing-masing. Kami bergantung sepenuhnya kepada elaun dan pendapatan sebagai ADUN dan MP. Ini ditambah pulak dengan masalah dalaman, jentera dan cabang PKR di Padang Serai yang tak habis-habis dilanda masalah dalaman. Termasuk ketiadaan kerjasama daripada beberapa orang pimpinan tempatan.

Walaupun YB Razhi menerima sokongan penuh Ketua Bahagian dan AJK PKR kawasan, namun terdapat segelintir pimpinan tempatan yang kerana keangkuhan dan ego masing-masing enggan mengiktiraf kepimpinan kawasan. Sebab itu saya tidak hairan apabila Pemangku Ketua Bahagian Sdr. Jamaluddin Abu Hassan berserta beberapa ratus ahli PKR cabang Padang Serai menyokong tindakan YB Razhi dan turut bersama beliau mengisytiharkan keluar daripada PKR.

Seperkara yang akhir-akhir ini sangat merisaukan YB Razhi ialah apabila ada persepsi timbul seolah-olah PKR khususnya, dan Pakatan Rakyat amnya sudah mula dikongkong oleh sekumpulan mereka yang mempunyai agenda tersendiri yang boleh menghakis dan mencabar kedudukan Islam dan bangsa Melayu. Mungkin persepsi beliau silap atau tidak, namun itulah yang beliau rasakan.

Apapun, saya menghormati keputusan sahabat saya YB Razhi. Saya seru rakan-rakan lain dalam PKR dan Pakatan supaya menghormati pendirian beliau. Sebagai pejuang hak asasi manusia, sepatutnya kita menjadi orang pertama menmghormati keputusan beliau kerana itu adalah hak asasi beliau untuk memilih dan menentukan parti mana yang beliau mahu sertai. Saya berpendapat desakan menyuruh beliau mengosongkan kerusi DUN Lunas hanya kerana beliau memilih untuk tidak bersama dengan PKR adalah satu desakan yang bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat yang menghormati, malahan kekadang sampai mempertuhankan prinsip hak asasi manusia. Ini jelas apabila YB Dato Nasaruddin (BN-Parit) memilih meninggalkan UMNO dan menyertai PKR, tapi lepas tu buat u-turn balik), kita tidak pulak mendesak beliau mengosongkan kerusi DUN Parit, sebaliknya kita telah berkompang sakan menyambut "penghijrahan" beliau. Jangan kerana terkena batang hidung kita sendiri maka kita kata ianya salah, tapi bila membawa faedah kepada kita baru jadi betul. Call a spade a spade-yang benar tetap benar walaupun pahit bagi kita.

Melainkan kita ini pengamal fahaman double-standard, saya berpendapat pendirian kita mesti istiqamah dan konsisten. Kalau kita boleh terima YB Dato Nasaruddin dahulu, mengapa kita tidak boleh menghormati keputusan YB Razhi. Jangan kerana terkena batang hidung kita sendiri maka kita kata ianya salah dan tidak betul, tetapi bila membawa menafaat dan faedah kepada kita baru jadi betul. "Call a spade a spade". Yang hak tetap hak walaupun pahit untuk kita menerimanya. Pada saya, sepatutnya apa yang terjadi memberikan kita peluang dan ruang untuk mencerminkan diri kita dan memperbaiki kelemahan yang ada.

Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada YB Razhi. Semoga ALLAH memberikan beliau petunjuk dan kekuatan dalam perjuangan beliau untuk Islam dan ummatnya, insyallah. Kepada YB Sdr. Razhi, mungkin beliau perlu menimbang untuk menyertai jemaah yang ada, dan dalam pertimbangan itu, jangan lupa kepada PAS, insyallah!

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
03 Ramadhan 1430
24 Ogos 2009
Read more...

PERMATANG PASIR-IKUT KAJIAN PAS MENANG


Kajian lapangan yang dibuat oleh sebuah firma kajiselidik mendapati, 64 peratus penduduk Permatang Pasir menjangka PAS akan menang dalam pilihanraya ini.

Hanya 20 peratus sahaja yang tidak bersetuju dan masih meletakkan harapan kepada Barisan Nasional, manakala 16 peratus lagi tidak dapat menjangkakan parti mana yang akan menang.

Kajian ini dibuat oleh Ilham Centre, sebuah firma penyelidikan lapangan bebas.

Ia berdasarkan temubual yang dibuat terhadap 200 pengundi berdaftar dan penduduk di Permatang Pasir dipilih menerusi kaedah pemilihan berstruktur dan ditemubual di samping pemerhatian secara terus dan penglibatan di lapangan.

79 peratus respondan mereka adalah pengundi Melayu, 12 peratus (25 orang) Cina dan 9 peratus (17 orang) India.

Kawasan kajian adalah sekitar DUN Permatang Pasir yang melibatkan kawasan bandar dan luar bandar di sembilan buah UPU (Sama Gagah, Permatang Ara, Permatang Pauh, Bukit Indera Muda, Kg. Pelet, Kubang Semang, Tanah Liat Mukim 8, Kampung Cross-Street 2 dan Permatang Tengah)•

Temubual dan observasi ini dijalankan dari 18 hingga 21 Ogos 2009 lalu.

Kajian ini dilaksanakan bagi melihat kecenderungan dan trend pengundian terhadap jangkaan kemenangan di antara parti yang bertanding, populariti calon, dan isu-isu sama ada isu tempatan mahupun nasional yang menjadi kemungkinan mendapat tumpuan dan mempengaruhi pengundi di kawasan ini.

Menurut kajian itu, rekod bekas Adunnya, Datuk Hamdan Abdul Rahman memberi kelebihan pada PAS manakala calon pilihan BN pula sangat bermasalah.

Sebilangan besar responden iaitu sebanyak 69 peratus menyatakan rekod dan kredibiliti Hamdan sangat memberikan kelebihan kepada PAS.

Ini berdasarkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Adun menunjukkan suatu reputasi kepimpinan dan prestasi yang sangat memberangsangkan sehingga membentuk satu legasi yang sukar dicari ganti.

Hanya 18 peratus sahaja responden yang tidak bersetuju dan 13 peratus selebihnya menyatakan tidak pasti.

Bagi calon Barisan Nasional, kajian dijalankan setelah calon Rohaizat Othman diumumkan sebagai calon setelah menyingkirkan empat orang calon yang lain.

Mereka adalah Timbalan Ketua Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Nasir Abdullah, Naib Ketua Bahagian, Rahim Man, Ketua Pemuda Bahagian Permatang Pauh yang dikenali sebagai Cikgu Zaidi dan seorang lagi Abdul Aziz Sheikh Ahmad, Ajk Bahagian Permatang Pauh. Namun begitu, setelah kaji selidik dilaksanakan, ia menunjukkan bahawa 53 peratus responden menyatakan calon pilihan BN sangat bermasalah kerana rata-rata pengundi percaya bahawa Rohaizat tidak berintegriti kerana terlibat dalam isu penarikan sijil guaman sehingga terlucutnya kelayakan dan isu peribadi beliau yang dikatakan beristeri dua.

Hanya 36 peratus responden menyatakan ia bersih dan 11 peratus sahaja yang tidak pasti.

Kajian ini juga menunjukkan, dalam pilihan raya kecil pertembungan melibatkan kekuatan parti lebih dominan daripada kekuatan calon.

107 responden mencatatkan 53 peratus memilih kekuatan parti berbanding kekuatan calon yang hanya 32 peratus. Baki selebihnya iaitu 15 peratus memilih jawapan tidak pasti.

Kajian ini juga mendapati, isu calon BN yang bermasalah menenggelamkan isu nasional/parti.

Berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh 15 penyelidik yang bertugas, para responden lebih responsif untuk memberikan pandangan berhubung dengan isu calon BN yang sangat bermasalah.

Isu peribadi yang dikaitkan dengan Rohaizat menyebabkan kepercayaan kepada beliau semakin merosot dan kredibiliti Umno-BN semakin dipertikaikan walaupun dikatakan pelbagai ‘durian runtuh’, peruntukkan yang turun dan strategi kempen yang digunapakai oleh BN akan membantu kemenangan parti itu.

Mengikut catatan kepada soalan “adakah isu-isu nasional/parti akan memberi kesan kepada pilihan raya kecil kali ini?”, hanya 17 peratus tidak berpuas hati dengan tindakan DAP hina Islam, 15 peratus menyatakan bahawa Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa, 16 peratus menyatakan bahawa tindakan Nik Aziz melabelkan Umno tidak masuk syurga adalah tidak wajar.

38 peratus respondan menyatakan bahawa calon BN sangat bermasalah, 6 peratus percaya kebarangkalian Hj. Salleh Man, calon PAS terlibat dengan isu penyelewengan dan hanya 8 peratus yang menyatakan kegagalan menyelesaikan isu PPSMI menunjukkan kegagalan kerajaan.

Menurut kajian ini, kesimpulan yang boleh dibuat adalah pengundi Permatang Pasir lebih cenderung menyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS) manakala Barisan Nasional (BN) menghadapi saingan yang sukar dan amat sengit untuk merampas kerusi N11 DUN Permatang Pasir ini.

Monday, August 24, 2009

MITOS MENGENAI MALAYSIA

MITOS PERTAMA:

Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Serawak, Singapura dan Pesekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Serawak.

MITOS KE DUA :

Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

MITOS KE TIGA :

Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Anakatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

MITOS KE EMPAT :

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

MITOS KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner. Tidak ada motif
Nusantara/Melayu – warna merah dan puteh – seperti bendera Singapura dan Indonesia.

MITOS KE ENAM :

Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

Mito perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan kerena gerombolan ini.

MITOS KE TUJUH:

Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

TEKNOLOJI PECAHKAN MITOS

Lihatlah betapa teknoloji dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemedekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai pecah. Dokument-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.

Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknoloji akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh mitos-mitos. Tanpa mitos manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional. (TT)

ADUN BEBAS ADA KES PECAH AMANAH

WAJAH YANG HAMPIR SAMA BUKAN
Akhirnya ADUN Lunas Mohd Radzi telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan mengistiharkan diri sebagai calon Bebas...

Saya teringat pesanan bapa saudara saya sebelum pilihanraya yang lepas...

Katanya cuba check nama Mohd Radzi yang khabarnya hendak bertanding disalah satu DUN di Negeri Kedah...

- saya cuba bertanya beliau "siapa dia ni,pak su kenalkah dia ni" katanya kalau PKR dapat halang dari dia bertanding lagi bagus...

- Ini dah semakin pelik dengan kata-kata beliau ini...

" Apa pasal pak su cakap macam tu" tanya saya

" Dia nii ada kes dengan POS Malaysia masa pak su kerja dulu (Pegawai Penyiasat POS Malaysia) kes dia ni tak selesai lagi dan ada cubaan dia ni cuba sembunyi diri ketika itu"katanya

Saya cuba bertanya lagi "Apa kes di nii "

" Kes songlap duit POS (wang Pos) masa dia bertugas di Pejabat Pos UUM kesnya pun tak habis lagi"kata Pak su saya

Menurutnya lagi "tolong bagi tahu kepimpinan parti jangan bagi dia bertanding nanti akan susahkan parti balik dan memalukan parti dia nii licik orangnya,make sure bagi tahu dia orang macam Azmin Ali ke mey kena bagi tahu cepat sebelum dia boleh bertanding" katanya...

Lalu saya mengadu kepada Yb Azmin Ali tentang perkara ini namun katanya dia akan lihat dan siasat tapi akhirnya Mohd Radzi bertanding juga bagi DUN Lunas...

Akhirnya saya terfikir balik apa yang dinyatakan oleh Pak su saya memang benar kini dan hari ini beliau mengistiharkan diri keluar parti ...

Saya berpandangan bahawa beliau keluar parti salah satu sebabnya ialah kes beliau yang masih belum selesai lagi hingga kini dan atas desakan dan ugutan ini beliau terpaksa mengambil keputusan segera untuk istiharkan diri sebagai calon bebas...

Halimey Abu Bakar

PERMATANG PASIR-GEMPAR!BAPAK RAFIZAH PULA HILANG

Kalau semalam, rakan kongsi Rohaizat hilang dan tiba-tiba muncul di Kuala Lumpur dan membuat sidang akhbar menyalahkan Pakatan Rakyat pula, kini bapa Rafizah pula hilang.Kami tidak menolak kemungkinan, selepas ini, bapa Rafizah pula akan membuat pengakuan menafikan apa yang dikatakan sebelum ini.

Umno semakin terdesak dan sanggup menggunakan apa saja untuk menang di Permatang Pasir. Dan sebelum En. Mohd. Ali membuat pengakuan yang dipaksa, kita dengar kembali perbualan telefon dengan En. Mohd. Ali sebelum ini dan juga rakaman perbualan dengan ibu saudara Rafizah sendiri yang boleh didengar di blog Nora.

BAGAIMANA RADZI SALLEH BOLEH JADI CALON LUNAS?

Perkara yang berlaku ke atas PKR KEDAH hari ini sudah ku jangka setahun yang lalu.Ini terjadi apabila seorang individu telah merestui RADZI SALLEH menjadi calon lunas ketika PRU 12 8 MAC 2008.Apa yang terjadi hari ini di jadikan sebahagian dari sejarah politik tanah air yang melihatkan seorang EXCO KERAJAAN NEGERI KEDAH telah keluar meninggalkan PKR.

Radzi salleh dikatakan hadir ke lunas dengan bantuan seorang pemimpin politik yang tak perlu saya nyatakan di sini,RADZI SALLEH pada mulanya nak bertanding DI PARLIMEN MERBOK tetapi mendapat tentangan dari BAHAGIAN PKR MERBOK.Selepas dari itu RADZI SALLEH datang pula ke LUNAS untuk mencuba nasib,Untuk pengetahuan semua aku sememangnya pengundi lunas di dalam PARLIMEN PADANG SERAI dan aku di antara pegundi yang memangkah PKR untuk PRU 12 2008.Setibanya RADZI SALLEH tiba di lunas ia terus di restui oleh KETUA BAHAGIAN PKR PDG SERAI iaitu CG HAMID dan telah membawa RADZI untuk di perkenalkan kepada orang LUNAS khususnya di kawasan kg keladi.Ada sebahagian AJK BAHAGIAN PADANG SERAI tidak bersetuju RADZI menjadi calon,termasuk aku yang ketika itu aku AJK BAHAGIAN dan juga TIMBALAN KETUA PEMUDA PADANG SERAI.Dari awal lagi aku dan kawan-kawan yang lain sudah sangsi dengan latar belakang RADZI yang penuh misteri.Bermula dengan USAHAWAN KILANG BAJU beralih pula ke peladang jagung,selepas itu beralih pula menjadi bekas guru dan pensyarah dan akhir sekali yang sebenarnya RADZI adalah seorang POSMASTER di UUM sintok.

Ketika tiba saat untuk menentukan calon PARLIMEN PADANG SERAI dan juga DUN LUNAS ketua bahagian telah membuat helah dan menukar tempat mesyuarat di saat akhir sehinggakan ramai AJK BAHAGIAN YANG DI PILIH gagal tiba tepat pada waktu kerana masalah tempat di tukar.Apabila aku dan kawan-kawan tiba di TEMPAT MESYUARAT KETUA BAHAGIAN dengan bangganya mengatakan mesyuarat dah habis dan bahagian menetapkan RADZI CALON DUN LUNAS dan GOBALAKRISNAN CALON PARLIMEN PADANG SERAI.Selepas itu semua berlaku aku juga di pecat dari jawatan pilihanraya sebagai penyelia DUN MERBAU PULAS yang calonnya ustazah AISYAH serta semua AJK BAHAGIAN yang tidak bersetuju dengan RADZI di pecat oleh CG HAMID dari jawatan pilihanraya.

Akibat daripada pemecatan tersebut beberapa orang termasuk aku pergi membantu calon PKR DUN KULIM LIM SOO NEE,memandangkan LIM SOO NEE tiada jentera langsung untuk membantu,jadi kami di dalam 5 orang sepakat membantu LIM SOO NEE dan LIM SOO NEE menang.Di takdirkan tuhan RADZI juga menang dengan MAJORITI 10 RIBU undi.Selesai sudah pilihanraya kami yang membantu LIM SOO NEE di gelar pengkhianat oleh KETUA BAHAGIAN PADANG SERAI dan di pecat dari jawatan bahagian.

Aku dan kawan terima semua itu sebagai dugaan orang berjuang dan kami percaya yang benar tetap benar .Tibalah PRK BUKIT SELAMBAU KETUA BAHAGIAN PKR PADANG SERAI KELUAR PKR DAN MENYOKONG CALON BEBAS,ketika itu kami yang di gelar pengkhianat sedang berkempen untuk CALON PKR MANIKUMAR.Termasuklah JAMALUDIN AKA DIN KOMODO turut bersekongkol di dalam melantik RADZI SALLEH menjadi CALON LUNAS.Aku dan kawan-kawan masih berjuang walaupun kami di katakan pengkhianat,namun mereka yang menuduh kami pengkhianat adalah pengkhianat sebenar.Segala yang berlaku hari ini berpunca DENGAN SATU PERSOALAN"BAGAIMANA RADZI SALLEH BOLEH JADI CALON LUNAS?"BERKATA BENAR WALAUPUN TIDAK DI BENARKAN..

HIDUP HARAPAN

Sunday, August 23, 2009

ADAKAH AKAN ADA PRK LUNAS??????

MANTAN PEMANGKU CABANG PKR PDG SERAI AKAN BERCERAMAH

Bekas pemangku ketua cabang JAMARUDIN ABU HASSAN AKA DIN KOMODO di jangka berceramah di pentas BN malam ini.Beliau yang di katakan tidak berpuas hati didalam berberapa hal termasuk kemarahan beliau apabila CABANG PKR PADANG SERAI di gantung oleh PKR KEDAH.Beginilah apabila tidak ada prinsip perjuangan menyebabkan kepentingan politik mengatasi segalanya.

Di khabarkan DIN KOMODO akan mendedahkan "SIAPA ANWAR IBRAHIM SEBENAR".Marilah kita loihat apa akan jadi kepada pengkhianat terbaru ini..

PKR KEDAH DESAK RADZI LEPAS JAWATAN ADUN

Kenyataan Akhbar : Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, PKR Negeri Kedah Darul Aman.

Pihak Parti Keadilan Rakyat menerima maklum bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)kawasan Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Mohammad Radzhi Salleh ADUN daripada PKR dan memegang portfolio Exco pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah telah mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

Bagi pihak Parti Keadilan Rakyat Kedah kita amat kesal dengan sikap yang tidak bertanggungjawab ini. Telah menjadi kebiasaan apabila ada pilihanraya kecil, akan ada isu-isu lompat parti. Kita menjangkakan ini adalah sebahagian daripada tindakan yang dirancang oleh Barisan Nasional untuk memanipulasi isu menjelang pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos nanti.

Prestasi lemah beliau dalam kerajaan negeri juga amat mengecewakan pimpinan parti, ini termasuklah tuntutan beliau yang tidak munasabah, dan maslah perkahwinannya kali keempat di Thailand yang kini sedang dalam proses di makamah. Kami juga telah memberi amaran keras kepada beliau untuk membuat perubahan prestasi kerja beliau dan khidmatnya di kawasan, namun beliau tidak bersedia untuk melakukan perubahan yang membuatkan ia mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Ekoran daripada itu juga Cabang Padang Serai telah di gantung oleh MPP dan diambil oleh pengurusan dan pentadbiranya oleh pimpinan negeri sehingga mesyuarat agung cabang yang akan di adakan nanti. Keputusan ini di buat pada mesyuarat MPP 26 Julai yang lalu.

Sehubungan dengan itu kepimpinan PKR Kedah berdiri teguh mendokong dan menyokong kepimpinan YAB Dato Seri Ustaz Azizan Bin Abd Razak sebagai Menteri Besar dan selanjutnya mencadangkan kepada YAB Menteri Besar untuk memohon perkenan KDYMM Tuanku Sultan kedah mengugurkan jawatan beliau sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri. Pimpinan Parti Keadilan Kedah juga dengan ini mendesak YB Radzi untuk meletak jawatan sebagai ADUN Lunas.

Sekian,

(YB HJ AHMAD BIN KASIM)
Pengerusi,
Majlis Pimpinan Negeri,

PERMATANG PASIR-ISU TERBARU CALON BN


PERMATANG PAUH - Calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman kini berhadapan dengan satu lagi pendedahan salah laku firma guamannya melibatkan penduduk kawasan Permatang Pasir sendiri.

Perkara itu didedahkan Pas membabitkan isu jual beli tanah yang tidak diselesaikan beliau pada tahun 2000 dan melibatkan 16 anak guamannya yang masih belum mandapat tanah.

Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar mendakwa, Rohaizat tidak menguruskan perjanjian jual beli tanah sehingga selsai dan sehingga kini geran tanah tersebut masih atas nama tuan tanah yang asal sedangkan wang telah dikeluarkan.

Menurutnya, beliau tidak mengatakan bahawa Rohaizat telah melakukan penipuan sebaliknya beliau meminta Rohaizat memperjelaskan situasi sebenar dan bagaimanakah status tanah yang dibeli oleh 16 anak guamannya.

“Pendedahan terbaru ini melibatkan perjanjian jual beli tanah yang tidak diselesaikan oleh Rohaizat sebagai peguam, walaupun setelah wang pendahuluan diberikan kepadanya .

“Saya tid:ak berkata Rohaizat menipu cuma saya mahu beliau bertanggungjawab dan memperjelaskan situasi yang sebenar bagaimanakah tanah tersebut tidak diberikan kepada pembeli,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Mahfuz juga turut menunjukkan surat pembeli yang bersetuju untuk membeli tanah lot 3, lot 662, Seberang Prai Tengah, dengan harga RM17,376 dan beliau turut merahsiakan nama pembeli tersebut atas dasar keselamatan.

Beliau berkata, surat yang ditandatangani oleh Rohaizat, turut tertera perjanjian pembayaran wang pendahuluan sebanyak 10 peratus kepada pemilik tanah yang diberikan kepada firma guaman Rohaizat.

“Sebanyak RM1,757 telah dikeluarkan sebagai wang pendahuluan oleh setiap seorang dari 16 pembeli dan diberikan kepada firma guaman Rohaizat untuk menguruskan perjanjian tersebut,” katanya.

Menurutnya, sehingga sekarang pembeli tanah masih lagi belum mendapatkan tanah mereka dan setelah dirujuk kepada pejabat tanah geran tanah tersebut masih diatas nama tuan tanah yang asal.