SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Wednesday, December 30, 2009

PANASSSSS........


Teka-teki kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock akhirnya terjawab apabila laporan kedua pakar patologi terkemuka, Pornthip Rojanasunand dari Thailand membuktikan kesasihan ujian forensik itu yang mensabitkan mendiang mati dibunuh Julai lalu.

Menurut sumber-sumber kementerian kesihatan Pornthip membuat rumusan itu setelah hadir sama pada bedah siasatan kedua mendiang Teoh pada 22 Novermber lalu di Hospital Sungai Buloh.

Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suara Keaadilan, sumber berkenaan juga mendakwa, Pornthip sudah menyerahkan laporan kepada pihak-pihak berkenaan, termasuk keluarga Teoh dan kerajaan negeri Selangor yang meminta bantuan kepakarannya selepas terdapat keraguan yang melampau terhadap kesan yang ada pada mayat mendiang.

Inkues kematian Teoh ini akan disambung pada 7 Januari 2010 selepas dua kali ditangguh.

Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Teoh mati dibunuh dan bukan membunuh diri atau pun menjadi mangsa kemalangan.

Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, di mana pejabat SPRM Selangor terletak, pada 16 Julai lalu selepas disoalsiasat sepanjang malam hingga ke Subuh oleh SPRM.

Mendiang disiasat berkenaan tuntutan RM3,000 kerana pembelian bendera sempena menyambut kemerdekaan negara

Memetik laporan-laporan terdahulu, tindakan SPRM itu adalah sebahagian daripada komplot atau konspirasi Umno-BN yang mahu menjatuhkan kerajaan PR di Selangor dengan membabitkan pemimpin-pemimpin PR di negeri itu.Tujuh lagi kes membabitkan exco dan pegawai mereka, kebanyakannya dari DAP juga sedang disiasat SPRM.

Namun pelbagai laporan yang dibuat kepada suruhanjaya itu, yang membabitkan pemimpin Umno-BN, termasuk mantan Menteri Besar Khir Toyo yang didakwa memiliki rumah ala-Bali bernilai lebih RM20 juta, menjadi ’sunyi’ dan ’sepi’ dalam peti simpanan SPRM.

Teoh mati pada hari yang sama beliau sepatutnya berkahwin dengan tunangnya yang mengandung tiga bulan.

Dalam keterangan pertama Pornthip di hadapan koroner, Azmil Muntapha Abas Oktober lalu, pakar forensik Thailand itu yakin 80 peratus kematian Teoh kerana dibunuh.

Beliau membuat rumusan itu berdasarkan gambar menunjukkan tanda bulatan merah pada tengkuk mendiang yang menjadi petunjuk Teoh dicekik. Kesan jari juga dilihat pada tengkuk mangsa.

Pornthip juga menyatakan dengan tegas, Teoh juga didera kerana ada kesan luka pada dubur mangsa akibat tusukan objek keras.

Di samping itu, tegas Pornthip tiada tanda-tanda akibat jatuh pada tengkorak kepala Teoh, sebaliknya lebih mirip kepada dipukul dengan kuat.

Selain Pornthip, autopsi kedua itu juga disaksikan oleh pakar patologi, Prof Dr Peter Vanezis dari Pusat Sains Forensik Cameron, United Kingdom bagi pihak SPRM, serta Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar.

Autopsi dilakukan oleh Ketua Jabatan Patologi dan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor. -FMT

Monday, December 28, 2009

KERAJAAN MALAYSIA DALAM KETAKUTAN


Kes kehilangan enjin jet F-5E baru-baru ini telah menjadikan banyak pihak tertanya-tanya: mengapa beriya-iya benar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyatakan tidak akan ada "cover-up" terhadap siasatan kes berkenaan.

Ini ikuti pula dengan kenyataan Peguam Negara, Abdul Gani Patail bahawa beliau memberi jaminan pejabat beliau akan berusaha habis-habisan bagi menyelesaikan kes itu.

"Ini perkara serius. Setahu saya, ia melibatkan dua enjin dan apa yang lebih teruk lagi ialah kehilangan itu hanya diketahui kira-kira setahun kemudian. Saya mahu siasatan penuh dibuat. Saya berpendapat orang ramai berhak mengetahuinya," kata beliau.

Uniknya, dengan usaha yang dilihat masih untuk melindungi pihak tertentu, Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi menyatakan tiada pegawai kanan terlibat dalam kejadian kehilangan dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik TUDM). Sebaliknya beliau menjelaskan, hanya Pegawai Lain-Lain Pangkat (LLP) yang didapati terlibat.

"Setakat ini yang kita tahu hanya Pegawai LLP terlibat, maknanya pangkat sarjan ke bawah, dalam siasatan tidak ada pegawai kanan yang terlibat", katanya.

Pihak Amerika Syarikat telah meminta Malaysia menyediakan laporan lengkap kehilangan dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik TUDM dua tahun lalu.

Difahamkan, permintaan dibuat atas kapasiti AS sebagai negara pengeluar pesawat dan mahu menggunakan laporan itu untuk siasatan kerana membabitkan isu keselamatan.

Pada Jun dan November 2007, dua enjin pesawat F-5E yang berpangkalan di Skuadron 12 Scorpion Butterworth, Pulau Pinang dilaporkan hilang ketika proses penyenggaraan rutin.

Kecurian itu dipercayai didalangi orang dalam syarikat penyenggaraan pesawat dan skuadron tersebut.

Kehilangan enjin pertama dilaporkan di Gudang Material Udara I, Sungai Besi manakala enjin kedua sebaik sahaja meninggalkan pangkalannya di Butterworth untuk ke ibu negara.

Ia dipercayai dijual sebagai komponen alat ganti kepada sindiket antarabangsa di luar negara.

Bagaimanapun, kehilangan kedua-dua enjin bernilai RM100 juta itu hanya disedari setahun kemudian sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada 4 Ogos 2008.

Jika Malaysia gagal untuk menyediakan laporan lengkap terhadap kehilangan jet enjin tersebut sepertimana yang diminta oleh pihak berkuasa Amerika, Malaysia akan menjadi negara yang diperhatikan.

Maka itu Najib, Gani Patail dan Zahid kini terpaksa seorang demi seorang keluarkan kenyataan tentang komitmen kerajaan membongkar kes itu, bukan untuk rakyat Malaysia mendengarnya, tetapi untuk AS!

Ada petunjuk Kerajaan Malaysia dalam ketakutan di dalam hal ini.

Selamat Menyambut Hari Natal dan Tahun Baru.

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh penganut agama Kristian dan Selamat Tahun Baru kepada rakyat Malaysia. Tinggal beberapa hari sahaja lagi, maka tahun 2009 akan melabuhkan tirainya manakala menandakan permulaan bagi tahun 2010. Adalah menjadi kebiasaan, menjelangnya tahun yang baru, kita akan memperbaharui tekad dan keazaman demi mencapai matlamat yang disasar serta dicita-citakan. Namun perlulah cita-cita dan keazaman itu disusuli pula dengan tindakan bagi menyempurnakan tekad itu.

Sepanjang tahun ini kita menyaksikan akibat buruk kesan dari krisis kewangan yang melanda dunia. Malaysia dan rakyatnya tidak terkecuali dari menerima kesan tersebut. Episod ini menyedarkan kita untuk menilai dan merenung setiap dari kesalahan dan kecuaian, bukan sahaja oleh mereka yang berada di Wall Street ataupun tempat lainnya, malahan juga untuk bermuhasabah kesilapan serta kecuaian kita sendiri. Ini mengingatkan saya kepada karya Charles Dickens yang terkenal; A Christmas Carol.

Watak Ebenezer Scrooge yang tamak dan sering menindas pekerjanya dikunjungi Ghost of Christmas Past, Ghost of Christmas Present dan Ghost of Christmas Yet To Come selepas tujuh tahun kematian rakan kongsinya. Karya Dickens itu sewajarnya menjadi peringatan bahawa ketamakan, pemborosan dan penindasan hanya membawa keburukan. Pun demikian ianya juga membawa maksud Perubahan tidaklah mustahil. Scrooge yang tamak haloba itu, pada pengakhiran novel tersebut berubah menjadi seorang yang berperikemanusiaan dan sanggup untuk membetulkan kesalahannya.

Selamat Menyambut Hari Natal dan Tahun Baru.

ANWAR IBRAHIM

Thursday, December 17, 2009

TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA...

TAHNIAH DI UCAPKAN KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA KERANA MERANGKUL PINGAT EMAS DI SUKAN SEA LAOS.SEBENTAR TADI PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA MENEWASKAN VIETNAM 1 0.KEJAYAAN INI MENAMATKAN PENANTIAN 20 TAHUN NEGARA MALAYSIA UNTUK MERAIH PINGAT EMAS DI DALAM ACARA BOLA SEPAK.

HIDUP HARAPAN

RAKYAT PERLU BANGKIT MNENTANG GST

Rakyat Malaysia disaran menentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang nyata terang-terangan menindas rakyat. Hal ini ditegaskan oleh ketua penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab dalam kenyataan akhbarnya hari ini.

Menurut beliau, rakyat tidak kira apa ideology, agama, bangsa dan budaya harus bersatu dalam menyatakan bantahan dan menggesa Kerajaan Pusat menghentikan usaha mereka untuk memperkenalkan GST ini.

“Orang Umno, MCA, MIC, PAS,PKR dan apa jua parti sekalipun akan terpalit dan sama-sama menanggung beban dan risiko jika GST ini diluluskan di Dewan Rakyat,” jelas Sofi.

Beliau yang juga ADUN PAS Bukit Katil pasti GST ini akan membebankan rakyat walaupun kerajaan telah membuat pelbagai janji manis. Kerajaan menabur janji yang rakyat tidak akan terbeban dengan GST ini sekiranya ia dilaksanakan kelak.

“Memang benar kerajaan BN yang memerintah kita pada hari tidak berhati perut dan tiada belas kasihan kepada rakyat. Pada saat dan ketika rakyat dihimpit dengan kesusahan dan penderitaan akibat kenaikan kos sara hidup tergamak mereka menambahkan lagi penderitaan tersebut,” jelas Sofi lagi.

Beliau sebagai berkata, sehingga kini Kerajaan Pusat masih gagal memberi alas an yang kukuh mengapa GST ini perlu dilaksanakan. Kebanyakkan pemerhati politik beranggapan bahawa kerajaan BN sudah kesempitan wang sehingga terpaksa memperkenalkan akta ini untuk ‘merompak’ duit rakyat secara terhormat tanpa memikirkan penderitaan rakyat.

Kerajaan sebelum ini bercadang untuk melaksanakan GST pada kadar 4 peratus dan pengecualian diberikan bagi barangan keperluan. Antara barangan keperluan tersebut termasuklah beras, sayuran, tepung dan gula.

“Persoalannya adakah rakyat hanya makan beras, sayuran, tepung dan gula sahaja, bagaimana dengan barangan keperluan harian lain, sudah tentu ia akan naik harga. Begitu juga dengan perkhidmatan, sudah tentu caj perkhidmatan tertentu akan naik dan membebankan rakyat,” tegas Sofi.

Terdahulu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah telah membentangkan rang undang-undang di Dewan Rakyat. Bacaan kedua dan seterusnya akan dilakukan Mac 2010.

Husni berkata kerajaan berhasrat untuk melaksanakan GST pada pertengahan 2011, untuk memberi masa yang mencukupi kepada semua pihak untuk bersedia sebelum dilaksanakan.

ERA PAKATAN

RM600,000 DIKIRIM BUAT ROSMAH DI DUBAI


Ahli parlimen PKR Tian Chua mendakwa individu yang tidak dikenal pasti telah menghantar RM600,000 melalui pengurup wang kepada Datin Seri Rosmah Mansor ketika isteri perdana menteri berada di Dubai, Ogos tahun lalu.

Tian Chua berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan berlakunya transaksi yang melanggar undang-undang tersebut.

Beliau bagaimanapun, tidak tahu tujuan wang itu digunakan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Tian juga mendakwa bahawa dua tokoh korporat melakukan kesalahan yang sama.

Beliau mendakwa Datuk Abu Sahid Mohamad telah menghantar RM22.2 juta ke United Kingdom antara Jun dan Ogos 2008, melalui pengurup wang Salamath Ali. Ia didakwa untuk membeli hartanah.


Tian juga mendakwa ahli perniagaan Syed Mohammad Syed Nursin pula menghantar RM1.19 juta ke UK melalui Salamath Ali, juga untuk tujuan membeli hartanah.

Syed Mohammed adalah adik kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Tian berkata, beliau mempunyai salinan surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Bank Negara kepada pengurup tersebut, memintanya menjelaskan mengenai pengiriman wang secara haram itu.

Ahli parlimen Batu menggesa Bank Negara supaya menyiasat orang yang menghantar wang tersebut dan bukan hanya memfokuskan siasatan kepada pengurup terbabit sahaja.

MKINI

CUKAI OH CUKAI

CUKAI AKAN SAMPAI – JAWABNYA LAWAN

Undang baru untuk mencukai 4% warga telah mula di baca pagi ini di Parlimen.

Satu ketika dahulu negara banyak duit.

Tetapi telah dibazirkann dengan membuat KLCC, Litar Sepang, F1, Monsoon Cup, Formula One , kapal selam, Altantuya, Sukhoi, stadium runtuh, hospital bocor, sekolah rahai dan seribu satu macam kerenah untuk merembat dana negara.

Yang terbaru Formula One : semuanya projek merembat duit rakyat !

Hari ini kerajaan telah habis duit.

Cara terpnatas : kenakan cukai.

Semua rakyat – kecik besar tua muda – tahun hadapan
jika membeli apa saja akan kena cukai 4%.

Justeru dari sekarang mulakan kempen GST = Ganyang Sampai Terbarai

GST BILL TABLES , FIERCE DEBATES EXPECTED

KUALA LUMPUR, Dec 16 — The government today tabled a law to introduce a controversial Goods and Services Tax (GST) which it says is necessary to broaden the tax base but the opposition claims will be a burden on ordinary Malaysians.

Under the proposal, the government is looking at a GST rate of four per cent.

Debate on the Bill will proceed next year. The government is expected to go on a major exercise next week to campaign for GST by explaining to the public the rationale for introducing the new tax.

The tabling of the GST Bill, however, did not proceed smoothly as Pakatan Rakyat (PR) lawmakers, who are opposed to its implementation, tried their best to delay proceedings.

Teluk Intan DAP parliamentarian M. Manoharan stood to object, saying that there were many other Bills left unresolved but his objection was shot down by Deputy Speaker Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar.

tt

Saturday, December 12, 2009

DEMO AMK PULAU PINANG


Kira-kira 30 anggota PKR mengadakan protes secara aman di luar Masjid Jamek Seberang Jaya di Pulau Pinang selepas solat Jumaat hari ini.


Protes tersebut, yang diketuai Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, mendesak kerajaan pusat membenarkan Mahkamah Syariah turut mendengar kes liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut mereka, prosiding Mahkamah Syariah boleh berjalan serentak dengan prosiding di mahkamah sivil.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketua umum PKR itu telah menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa ia merupakan 'satu lagi plot' kerajaan terhadapnya.


Shamsul membidas menteri di jabatan perdana menteri yang menjaga hal ehwal Islam, Datuk jamil Khir Baharum yang dilaporkan berkata perbicaraan di Mahkamah Syariah hanya boleh diadakan selepas selesai perbicaraan kes liwat Anwar di mahkamah sivil.

Ketua AMK itu mendakwa, kenyataan Jamil tersebut - ketika menjawab soalan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin di Dewan Rakyat - adalah menghina Mahkamah Syariah.

Menurutnya, jawapan menteri itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Mahkamah Syariah setaraf dengan mahkamah sivil.

Wednesday, December 9, 2009

SAH UMNO PARTI PERKAUMAN.....

Mantan Perdana Menteri mengakui UMNO adalah sebuah parti perkauman.

Pengakuan itu dibuat tatkala beliau menyerang-balas kenyataan Menteri di jabatan Perdana Menreri, Mohd Nazri Abd Aziz.

“Nazri menuduh saya sebagai rasis, betul kerana saya mempertahankan kursus BTN (Biro Tata Negara) daripada dirombak dan menuduh saya hanya bercakap pasal orang Melayu sahaja tanpa mengambil kira kaum lain.

“Beliau berada dalam parti yang bersifat perkauman tetapi dalam masa sama mengatakan bahawa beliau anti perkauman dan menuduh kursus Biro Tata Negara (BTN) bersifat perkauman,” kata Mahathir.

Pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Ekonomi Malaysia-Indonesia 2009 bertajuk “Peluang dan Cabaran Daripada Perspektif Media dan Perniagaan” semalam, Dr Mahathir berkata, Nazri perlu meninggalkan UMNO bagi membuktikan beliau bukan seorang yang bersifat perkauman.

“UMNO adalah parti yang bersifat perkauman pada asasnya kerana hanya mengambil ahli daripada kaum Melayu.

Saya cadangkan agar beliau keluar UMNO untuk membuktikan yang beliau antiperkauman. Beliau harus sedar kedudukannya dalam parti dan peka dengan kenyataannya yang menyentuh isu perkauman khususnya orang Melayu,” katanya.

Bekas Perdana Menteri berkata, BTN berfungsi dengan baik cuma segelintir yang tidak memahami nilai positif yang boleh dijayakan dalam kursus itu terutama untuk membangunkan negara.

“Setakat pengetahuan saya, tiada kepincangan dalam BTN, malah sebahagian besar modul adalah sesi penerangan mengenai sejarah negara kita. Isu BTN diperbesar-besarkan pembangkang dan menjadikan isu ini sebagai mainan politik semata-mata,” katanya.

Serang-menyerang diantara kedua-dua pemimpin UMNO itu juga telah diberikan sampukan oleh Timmbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata adalah agak terlampau untuk melabelkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai rasis.

Beliau berkata Dr Mahathir sudah banyak berjasa kepada negara dan masih mampu menyumbangkan idea.

"Jadi hendak menyebut beliau sebagai rasis itu agak terlampau. Dia (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz) kawan saya juga tetapi tidak tahu kenapa perkara itu terkeluar. Dalam situasi politik negara hari ini macam-macam pihak boleh menyalahtafsir," katanya kepada wartawan Malaysia di sini semalam.

GREENBOC

Tuesday, December 8, 2009

DREBAR MB HARAM DI CEKUP

Sang cengkerik bertanya pula:
Macamana serbuan dan tangkapan yang dibuat oleh pihak penguatkuasa JAIP terhadap drebar Zambry yang sedang syok minum minuman keras bersama rakan-rakan disebuah pub tetapi kesnya diletak dibawah polis pula?

Ada juga cubaan untuk melepaskannya daripada tangkapan malam itu juga. Tetapi pegawai Jaip tetap bertegas untuk membawa drebar Zambry dan rakan-rakannya kepejabat untuk diambil keterangan.

Tetapi malangnya, terdapat 'tangan-tangan ghaib' yang telah menyelamatkannya daripada didakwa oleh JAIP terhadap kesalahannya meminum arak. Bukankah perbuatan itu bermakna menyalahgunakan kuasa?

Sang cengkerik bertanya lagi:
Minum arak ini sudah sebati dengan orang-orang Melayu ke? Minum arak macam minum coca-cola saja ke? Mereka-mereka yang hidup disekeliling pemimpin kerajaan haram ni kebal daripada undang-undang ke? Mungkin pengikut dan penyokong kerajaan haram ini yang mereka anggap bebal? Ataupun memang mereka bebal kerana tetap menyokong walaupun tahu bagaimana perilaku pemimpin-pemimpin kerajaan haram yang mengamalkan 'Amal Munkar Nahi Maaruf' berbanding dengan kerajaan DAP di negeri Pulau Pinang yang membawa prinsip 'Amal Maaruf Nahi Munkar'.WARTA SG RAPAT

PARLIMEN SIASAT SETPOL NAJIB

Parlimen hari ini bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan seorang ahli parlimen PKR bahawa beliau "dihalang" setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di dewan itu semalam.

Penubuhan jawatankuasa khas itu dibuat ekoran usul tergempar Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), yang menggesa supaya tindakan diambil terhadap Datuk Shafie Abdullah kerana mengganggunya.

Bercakap kepada pemberita selepas usul itu diluluskan, Wee berkata, beliau telah didatangi setiausaha politik perdana menteri di lobi Parlimen sejurus selepas beliau membangkitkan isu yang membabitkan individu berkenaan dalam satu perbahasan.

Semalam, Wee mendakwa Shafie campur tangan dalam pelbagai keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan menyifatkanya sebagai "menteri de facto Wilayah Persekutuan".

"Selepas berbahasan tersebut, saya keluar dan menemui beberapa pegawai Wilayah Persekutuan apabila tiba-tiba seorang lelaki mendekati saya," kata Wee, sambil berkata lelaki itu kelihatan marah dan bersikap biadap terhadapnya.

Katanya, lelaki berkenaan bertanya mengapa namanya dibangkit dalam persidangan Dewan Rakyat.

Wee berkata pada mulanya dia tidak mengenali lelaki itu sehinggalah selepas dia melihat tanda nama yang dipakainya.


mkini

ANUAR ZAIN?


Memecah sunyi lama tak buat posting dengan posting yang bertajuk sensasi....

Membaca tajuk sudah tentu semua membayangkan ada Menteri membela artis seksi dengan beri kereta mewah.....itulah persepsi ramai bila baca tajuk ....

tapi kali ini lain...

petikan dari laman Umno



Ribut dan kalut ! Tabloid Suara Keadilan mendedahkan ada Menteri Kanan yang telah menghadiahkan kereta mewah kepada seorang artis lelaki. Menteri Kanan juga seorang lelaki dikatakan memberi kereta mewah tersebut dan ini menimbulkan banyak spekulasi. www.selamatkanumno.blogspot.com turut bertanya kepada kawan-kawan media siapa Menteri Kanan itu dan siapa artis terbabit.


TERKEJUT – menurut rakan media – Menteri Kanan itu adalah Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan artis itu adalah Anuar Zain kata rakan media. Alamat – kita tidak mahu meneruskan spekulasi ini dan meminta Menteri Kanan tersebut menafikan secepat mungkin sebelum PKR meneruskan spekulasi tersebut. Tindakan ini perlu dilakukan segera agar spekulasi itu tidak merosakkan Umno tambahan ini melibatkan Menteri Kanan – saudara Perdana Menteri – dah la Perdana Menteri penuh dengan spekulasi dan tuduhan penglibatan dengan kes Altantuya, SU Politiknya dengan rasuah, rakan baiknya Razak baru terbebas dari tuduhan membunuh, ini saudaranya pula dikatakan terlibat dengan skandal bagi Anuar Zain kereta mewah.

chegubard

JUMPA MB KEDAH



Hari ini dalam sejarah hidup AMK KEDAH membuat kunjungan hormat ke atas MB KEDAH YAB DAUK SERI AZIZAN ABD RAZAK di kediaman beliau.Pada mulanya rasa tak percaya apabila di beritahu tarikh untuk bertemu MB KEDAH,oleh kerana sebelum ini sudah beberapa kali di tunda dengan maslaah yang tidak dapat di elakkan.Bagi saya sebagai anak muda merasakan pertemuan ini sesuatu yang positif dari sudut politik dan KERAJAAN NEGERI KEDAH.Di dalam program kunjungan hormat tersebut wakil AMK KEDAH juga merupakan KETUA AMK KEDAH SAUDARA SAIFUL IZHAM RAMLI telah menyerahkan memorandum kepada MB KEDAH.

Antara perkara yang disebutkan di dalam memorandum tersebut,ia berkisar mengenai pendapat dan cadangan daripada anak muda untuk memantapkan KERAJAAN PR KEDAH.Termasuk soal pendidikan,PBT dan lain-lain lagi.Cuma yang tak berapa best sebab lupa bawak camera hehehee,guna camera talipon je la...belasah je la labu....

hidup harapan

Saturday, December 5, 2009

ADUHAI....ADUN ANGKAT LUNAS.....

Pemimpin politik di MALAYSIA hari ini kebanyakkannya mempunyai masalah untuk berbincang.Tidak kiralah apa jawatan sekali pun.Selepas itu jikan ingin berbincang atau berjumpa perlu ada protokol,jika protokol ini menyenangkan rakyat tak mengapa tetapi lebih kepada syok sendiri.Bab protokol bukannya tidak bagus untuk di laksanakan,cuma ia perlu di sesuaikan dengan keadaan.Sebagai contoh satu kumpulan ingin berjumpa dengan seorang YB di kawasan tertentu,setelah berbincang dengan orang perantara maka di tetapkan tarikh.Setelah di persetujui dan makin hampir dengan tarikh tersebut di tundanya dengan beberapa alasan,selepas itu di tundanya lagi untuk pertemuan yang berikutnya dan yang terakhir kena buat surat pula baru boleh jumpa.Semua itu mengambil masa hampir dua bulan.Ini yang di namakan protokol membawa rebah dan menyusahkan.Yang peliknya pihak yang ingin berjumpa adalah rakan di dalam PR itu sendiri,perkara yang hendak di bincangkan juga adalah masalah rakyat.

Sudahla wahai pemimpin politik yang terlalu protokol berlebihan,kadang-kadang menggunkan protokol untuk mengelakkan berhadapan dengan rakan dalam PR dan juga rakyat.Bagaimana hendak bekerjasama jika asyik mengelak.Kepada ADUN MERBAU PULAS yang merupakan ADUN ANGKAT LUNAS janganlah terlalu memberi alasan sehinggakan rakan kita di dalam PR itu sendiri menyimpan prasangka yang tidak baik.Ini tidak menguntungkan sesiapa dan rakyat,cubalah faham dan selami perasaan orang yang ingin berkerja untuk rakyat,jangan menghukum rakan kita kerana perbuatan orang lain.PARTI tidak salah yang salah hanyalah pemimpin yang merosakkan parti itu sendiri.Terlalu banyak perkara untuk di bincangkan,kenapa harus mengelak dan terus mengelak.Kini DUN LUNAS sudah ada PENYELIA,tugas ADUN ANGKAT antaranya menerangkan fungsi dan cara untuk bergerak membantu rakyat.Adakah itu menjadi masalah......

Marilah bercakap benar walaupun tidak di benarkan,jangan hanya berkata-kata tetapi tindakkan yelllekkkkk....

pemuda padang serai

BERSARA AWAL.....

Datuk Abu Kassim Mohamed dilantik sebagai ketua pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuatkuasa 1 Januari depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata pelantikan timbalan ketua pesuruhjaya itu berikutan permohonan bertulis Datuk Seri Ahmad Said Hamdan supaya khidmatnya dipendekkan kepada akhir tahun ini.

Tambahnya, Ahmad Said mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatannya yang sepatutnya tamat pada 25 Mei tahun depan dipendekkan kepada 31 Disember ini.

Susulan keputusan itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan supaya Abu Kassim dilantik sebagai penggantinya, katanya dalam satu kenyataan.

mkini

Thursday, December 3, 2009

KERAJAAN KEDAH DOK TUNGGU APA......

Kerajaan NEGERI KEDAH masih kabur di dalam pendekatan terhadap isu BTN(BIRO TATA NEGARA)hal ini perlu di pandang serius oleh kerajaan negeri KEDAH,memandangkan ada kakitangan kerajaan yang di hantar mengikuti kursus BTN.Tidak salah jika mengikut apa yang di lakukan oleh KERAJAAN SELANGOR dan PULAU PINANG.Sudah jelas sememangnya BTN menerapkan sifat perkauman yang tinggi di kalangan peserta.

UMNO akan menggunakan setiap jentera yang mereka perolehi untuk meracuni pemikiran anak muda dan amsyarakat MALAYSIA.Penuntut UNIVERSITI seluruh MALAYSIA menjadi satu kemestian mengikuti kursus BTN dengan alasan untuk membina diri dan sebagainya.Bukan setakat pelajar universiti tetapi orang perseorangan yang memesuki sesuatu persatuan yang pro KERAJAAN juga akan di hantar untuk mengikuti BTN.Janganlah ego di dalam mengambil tindakkan demi menyelamatkan rakyat kedah terus di belenggu sifat perkauman.

BTN merupakan agen jangka masa panjang kerajaan BN untuk merosakkan minda rakyat serta memburukkan PAKATAN RAKYAT.Ternyata program ini hanyalah menguntungkan UMNO dan bukannya RAKYAT serta negara.Biarpun apa alasan kerajaan BTN tetap merosakkan minda rakyat.KERAJAAN KEDAH perlu cepat membuat keputusan di dalam hal ini....JANGAN CHEROYYYYY

SIASAT PROKSI NAJIB TERLIBAT UBAH AKUAN BALA



Isu dua akuan bersumpah yang saling bercanggahan oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam berhubung kes Altantuya Shaariibuu, yang dikaitkan dengan "proksi" perdana menteri, dilaporkan kepada polis Bukit Aman hari ini.

Dalam aduannya, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyebut bahawa penyiasat tersebut, yang asalnya mendakwa Datuk Seri Najib Razak ada hubungan sulit dengan wanita Mongolia itu, berbohong apabila menafikannya dalam tempoh 24 jam.

"Maknanya sudah tentu salah satu akuan bersumpahnya adalah palsu.

"Membuat akuan bersumpah dengan maklumat palsu adalah salah di sisi undang-undang.

"Namun tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas Balasubramaniam," aduan polis itu dipetik.

Dalam kenyataan terbarunya, Balasubramaniam mendedahkan bagaimana wujud tekanan terhadapnya agar menukar akuan bersumpah pertamanya, 3 Julai tahun lalu, susulan pertemuan dengan beberapa individu – antaranya adik perdana menteri Datuk Mohamed Nazim Razak dan peniaga permaidani Deepak Jaikishan, yang didakwa rapat dengan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri.

Nama-nama ini bagaimanapun tidak dinyatakan dalam aduan polis SAMM di ibu pejabat polis persekutuan pagi ini, sebaliknya hanya disebut "proksi" Najib.


Penyelaras SAMM Badrul Hisham Shaharin (foto atas, berkaca mata), yang membuat aduan tersebut, menambah kenyataan terbaru Balasubramaniam – bekas anggota polis Cawangan Khas – boleh didapati dalam laman web termasuk rakaman video di Youtube.

"Rakaman yang tersebar dalam Youtube dan banyak laman lagi menyatakan dengan jelas, beliau diculik, diugut dan disogok untuk menutup, (dan) menarik semula akuan bersumpahnya yang pertama dan menghilangkan diri (ke luar negara)," katanya dalam aduan itu.

"Beliau mengakui semua kegiatan tersebut melibatkan polis, tentera dan beberapa individu yang bertindak bagi pihak (proksi) Najib Razak.”

Dalam aduan sama, Badrul Hisham yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR menyebut Balasubramaniam mendakwa menerima RM750,000 dan "dijanjikan RM5 juta sebagai habuan tambahan" selepas menafikan akuan pertama dalam akuan bersumpah kedua – yang dibuat 4 Julai tahun lalu.

Laporan SAMM diserahkan kepada pegawai perhubungan awam polis Bukit Aman, Inspektor Mohd Sail Hassan di hadapan pintu masuk ibu pejabat tersebut.

Semalam, Pemuda Pakatan Rakyat membawa isu ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

MKINI

Tuesday, December 1, 2009

ONE SUGAR ONE MALAYSIA

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mengkaji cadangan pelbagai pihak supaya menarik balik subsidi gula dalam usaha mengurangkan kadar pengambilan bahan itu di kalangan rakyat Malaysia.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian memandang serius cadangan tersebut dan keputusan sama ada mahu memansuhkan subsidi gula akan dibincangkan di peringkat kabinet tidak lama lagi.

"Kami masih membuat penelitian sama ada mahu mengurangkan atau memansuhkan terus subsidi gula yang diberi kerajaan.

"Kami akui subsidi gula yang diberi amat tinggi justeru kami sedang mengkaji cadangan beberapa pihak supaya memansuhkannya memandangkan gula bukanlah satu keperluan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata setakat ini kerajaan memperuntukkan RM720 juta setahun bagi menanggung kos subsidi gula bagi mengekalkan harga gula bertapis pada paras RM1.45 sekilogram.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata harga gula dijangka mencecah RM2.45 sekilogram tahun depan jika kementerian mengambil keputusan untuk memansuhkan subsidi gula.

Katanya, faktor cadangan pemansuhan subsidi itu dipertimbangkan antaranya kerana Malaysia satu-satunya negara yang membekalkan subsidi gula kepada rakyat.

Selain itu, katanya, ia sebagai menyokong usaha mewujudkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat negara ini.

Terdahulu, Presiden CAP SM Mohamed Idris turut menggesa kerajaan agar menghapuskan subsidi gula selepas beberapa persatuan pengguna lain turut mencadangkan usul yang sama baru-baru ini. BERNAMA

BN:BARANG NAIK

BERSEDIA SEBARANG KEMUNGKINAN


Negara MALAYSIA bakal mendapat malu dengan tindak tanduk institusi kehakiman hari ini.Pada sebelah pagi tadi DSAI hadir di dalam prosiding membatalkan tuduhan liwat dan mendapatkan bukti di MAHKAMAH TINGGI JALAN DUTA.Keputusan HAKIM seperti telah di duga iaitu terus menetapkan tarikh perbicaraan pada tahun hadapan bulan JANUARI 2009.Pihak pembelaan gagal mendaptkan bukti dan hakim terus menetapkan tarikh sebut kes,sememangnyanya lawak dan nampak bodoh.

Semestinya pelik apabila pihak pembelaan tidak di berikan bukti yang di ketengahkan,tak pernah terjadi kejadian selawak ini.Rancangan pihak yang berkepentingan berada di landasan.Segala kemungkinan bleh terjadi selepas ini.Mungkin DSAI tidak dipenjarakan tetapi beliau akan di denda melebihi 2 ribu ringgi MALAYSIA dan hilang kelayaakn sebagai AHLI PARLIMEN dan juga UNTUK BERTANDING di dalam PRU 13.Kita dapat menduga apa yang mereka rancang dengan harapan PR akan kucar kacir ketika PRU 13.Lihatlah apa yang berlaku pada PRU 11 2004,BA tersungkur dan PKR hanya tnggal satu kerusi PARLIMEN SAHAJA.

Sekarang apa tindakkan MP-MP PR terutama MP PKR? sibuk beli kereta baru lagi?nak tambah rumah baru?jika berlaku sesuatu kepada DSAI baru kita dapat lihat yang mana intan dan yang mana kaca.Bersedialah sebarang kemungkinan....

RANCANGAN JAHAT BERJALAN

Rancangan jahat Peguam Negara Tan Sri Abd Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan nampaknya tidak dapat dibendung apabila Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam permohonan untuk menggugurkan pertuduhan liwat yang dikemukakan terhadapnya di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa.

Mahkamah menetapkan 25 Januari hingga 25 Februari depan untuk perbicaraan.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan , 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, Anwar, 62, boleh dipenjara sehingga 20 tahun di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Beliau kini bebas dengan ikat jamin seorang penjamin sebanyak RM20,000.

Ramai para peguam menyifatkan keputusan mahkamah hari ini jelas merupakan satu episod malang di dalam institusi kehakiman kerana pihak defenden sebenarnya telah berjaya untuk membuktikan wujudnya keraguan yang menasabah sedangkan pihak pendakwa pula gagal untuk membuktikan sebarang asas yang kukuh bagi mengesahkan wujudnya kes liwat seperti yang dituduhkan.

Dalam pada itu Anwar menyatakan rasa kesal dengan tindakan hakim menetapkan tarikh perbicaraan walaupun permohonannya mendapatkan bahan bukti untuk menyiapkan pembelaan beliau masih belum diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

“Hakim telah menetapkan perbicaraan dengan membelakangkan sama sekali rayuan kami bersabit perkara ini,” Anwar memberitahu pemberita.

“Beliau seharusnya menghormati keputusan yang dibuat sendiri untuk memberikan kami dokumen berkenaan dan memberi masa kepada Mahkamah Persekutuan memutuskan perkara ini,” tambah Anwar.

Mohd Zabidin sebelum ini meluluskan permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen tertentu daripada pendakwaraya selaras dengan peruntukan undang-undang.

Bagaimanapun keputusan itu ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan kini dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.

Terdahulu, Mahkamah tinggi pagi tadi menolak permohonan Anwar untuk menggugurkan pendakwaan liwat yang dihadapi beliau.

Anwar berkata, keputusan tersebut menjadikan kes berkenaan sebagai kes pertama dalam sejarah kehakiman yang menyaksikan mahkamah menyebelahi pendakwaan seks dan mengenepikan bukti-bukti perubatan.

“Ini adalah kes yang pertama dalam sejarah di mana mahkamah menyebelahi pendakwaan seks dan mengenepikan bukti-bukti perubatan yang menunjukan tiada kesan liwat," katanya.

GB