SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Tuesday, February 23, 2010

PEMUDA UMNO BACUL


Tindakan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) yang menolak Debat Perdana Rakyat 2010 dianggap sebagai pengecut.
Sebaliknya kumpulan itu menuntut untuk hanya berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu dakwaan peminggiran orang Melayu-Islam.


Menurut Setiausaha, Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Syed Mikael Rizal Aidid (kiri), alasan demi alasan yang diberikan oleh DPMMPP dan Pemuda Umno adalah mesej jelas mereka gentar dengan kebenaran.

“Sindiran Yang Dipertua DPMM Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen yang mengatakan dia tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' dan ejekan Norman Zahalan yang menuduh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang seperti 'kuda tunggangan' Ketua Menteri, semakin menampakkan siapa diri mereka yang sebenarnya,” katanya.

Syed Mikael berkata Debat Perdana Rakyat 2010 anjuran Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang bertajuk “Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran” adalah ruang yang terbaik kepada semua pihak memperjelaskan isu berkenaan.


“Jika mereka (DPMMPP dan Umno benar-benar mahu menjadi pejuang isu-isu rakyat di Pulau Pinang, ini peluang mereka.

“Bermula pada hari ini (22 Februari 2010) kami memberikan tempoh selama seminggu kepada mereka untuk mengumpul bahan debat dan seterusnya menyahut cabaran. Kemuncak kebenaran yang dinantikan oleh seluruh rakyat Pulau Pinang adalah di Debat Perdana Rakyat 7 Mac ini, di Seberang Jaya,” tambah Syed Mikael lagi.

Beliau juga menasihatkan golongan itu supaya tidak berlagak 'jaguh' di sebalik alasan lapuk yang dikeluarkan tetapi 'menikus' bila berhadapan dengan rakyat.


Menurut Syed Mikael lagi AMKPP bersama-sama dengan Pemuda Sosialis DAP dan Dewan Pemuda PAS menasihatkan DPMM-GPMS-UMNO supaya tidak bacul dan segera menyahut cabaran debat berkenaan.

“Buktikan anda adalah anak jantan dan bukan bacul. Jadilah 'juara rakyat' di saat rakyat memerlukannya, dan bukan hanya menjadi 'juara rakyat',” katanya.

Monday, February 22, 2010

HARGA MINYAK PETROL RON 95 NAIK 10 SEN LAGI

(The Sun) KUALA LUMPUR (Feb 21, 2010): Kerajaan akan mengumumkan kenaikan harga 10sen liter untuk bensin dan solar RON95 ketika mekanisma harga bahan bakar baru terungkap pada pertengahan Mac, Sin Chew Daily melaporkan hari ini.

Harga RON97 juga akan meningkat tetapi tidak ada keputusan belum di kuantum.
Saat ini RON95 runcit pada RM1.80 satu liter, di RON97 dan diesel RM2.05 dan RM1.70 satu liter masing-masing.

Sumber-sumber Jabatan Kewangan berkata, kerajaan telah memutuskan untuk menaikkan harga BBM karena tidak boleh memberikan subsidi lebih banyak diperlukan untuk mempertahankan harga BBM pada level saat ini menyusul lonjakan harga minyak mentah dunia.

Kerajaan yakin peningkatan 10sen liter boleh diterima oleh awam.

Para sumber juga mengatakan kepada harian kerajaan belum muncul dengan mekanisme harga bahan api yang boleh diterima oleh semua bahagian, dan sebagai hasilnya boleh menunda atau bahkan mungkin terpaksa meninggalkan langkah-langkah baru yang telah di paip.

"Rancangan itu sedang berlaku untuk pendaftaran kenderaan pemilik dan Mykad mereka melalui Maybank dan kios bensin bermula pada bulan April dicadangkan di bawah 'satu pemilik kenderaan, salah satu subsidi' mekanisme subsidi bahan api. Nampaknya rancangan tidak boleh pergi. "

Sumber mengatakan topi menjual 20 liter petrol untuk kereta asing di berhampiran sempadan Malaysia akan terus dilaksanakan.

Sementara itu, Petrol Dealers Association of Malaysia president Datuk Othman Hashim percaya bahawa pemilik kereta asing akan membayar harga pasaran saat mekanisma harga bahan bakar baru diperkenalkan bulan depan.

Dia mengatakan tujuan utama kerajaan ialah memberikan subsidi kepada mereka yang memenuhi syarat untuk itu, untuk melindungi kepentingan yang lebih rendah dan kumpulan berpendapatan menengah dan juga menjimatkan perbelanjaan.

Sumber Berita - Malaysia-today

ISTERI ADUN BEBAS TUNTUT CERAI...


Ramizah Mazlan, isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Klang, hari ini.

Wanita berusia 31 tahun itu membuat 24 tuntutan terhadap Badrul mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam Negeri Selangor tapi hanya lima tuntutan sahaja dipersetujuai bersama.

Ramizah diwakili peguam, Norrasyada Osman.

Badrul yang turut hadir di mahkamah, tidak diwakili oleh peguam.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Abdul Malik Soleh mengarahkan Badrul melantik peguam bagi mewakilinya untuk meneruskan perbicaraan tuntutan tersebut.

Tuntutan itu ditangguh pada 21 April depan.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 31 April 1993 dan dikurniakan lima anak tapi tidak lagi tinggal sebumbung.

Badrul sebelum ini dikecam hebat apabila mengisytihar keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi ADUN mesra Barisan Nasional (BN). TVS

Thursday, February 18, 2010

ZUL KE KOREA BUAT APA?JUMPA SIAPA?ARAHAN SIAPA?


Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak tahu menahu mengenai pemergian Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin ke Korea dan bukannya dihantar parti sebaliknya bersifat urusan peribadi.

Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussin Ali berkata, Zulkifli juga tidak pernah memaklumkan parti mengenai pemergiannya atau mencadangkan tarikh lain untuk pendengaran kes disiplin.

Beliau menganggap Zulkifli lebih mementingkan urusan peribadinya daripada hadir membela diri di hadapan Lembaga Disiplin untuk penyiasatan dan membela diri.

"Zulkifli tidak harus menyalahkan mana-mana pihak," katanya dalam satu kenyataan.

Syed Hussin menyifatkan ia cara biasa Zulkifli mengelak hadir mengikut tarikh yang ditetapkan Jawatankuasa Disiplin dan ia pernah berlaku sebelum ini apabila memberi alasan tidak berada di Kuala Lumpur.

Katanya, Lembaga Disiplin tidak mendapat jawapan daripada Zulkifli selepas tarikh akhir 15 Februari luput sedangkan surat tunjuk sebab dikirim pada 8 Februari 2010 melalui faks, emel dan surat berdaftar.

"Beliau diminta menjawab sebelum 15 Februari dan pilihan beliau untuk tarikh pendengaran kes yang dicadangkan oleh Lembaga, iaitu 18 atau 23 Februari 2010.

"Sebaliknya, Zulkifli pada 16 Februari memberitahu media yang beliau tidak dapat hadir kerana ke Korea," katanya.

Selain itu, Syed Hussin berkata, Lembaga Disiplin diminta oleh Biro Politik bahawa semua kenyataan media yang dibuat Zulkifli selepas diberi surat tunjuk sebab itu, akan diambil kira dalam siasatan disiplin itu.

Katanya, hal itu antara perkara yang dicapai dalam mesyuarat mingguan Biro Politik PKR semalam yang mengadakan mesyuarat mingguan, selain membincangkan beberapa perkara lain.

KEPUTUSAN YANG SUDAH DIJANGKA

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga 25 Mac depan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu sementara menunggu rayuan Anwar untuk mencabar keputusan beliau tidak mengundurkan diri daripada mendengar perbicaraan kes liwat ketua umum PKR itu.

Sebelum itu, Mohamad Zabidin berkata, beliau tidak akan mengundurkan diri kerana tiada bukti yang menunjukkan beliau menipu seperti yang didakwa oleh pihak peguam bela.

"Tiada sebab bagi saya melucutkan diri kerana dengan berbuat demikian akan dilihat sebagai melarikan diri daripada tanggung jawab dan amanah saya sebagai hakim," katanya.

Anwar membuat permohonan itu setelah mendakwa hakim berkenaan berat sebelah dan menipu kerana gagal bertindak ke atas akhbar Utusan Malaysia berhubung laporan perbicaraannya.

Perbicaraan ini dipantau oleh masyarakat antarabangsa dengan teliti berikutan tuntutan dari ahli parlimen Australia dan juga pemimpin dunia lain yang mahukan dakwaan berkenaan digugurkan.

Dengan keputusan tidak mengundurkan dirinya, perbicaran kes liwat yang membabitkan mantan timbalan perdana menteri itu akan bersambung dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat disoal siasat oleh peguambela Anwar.

Anwar, semalam juga gagal dalam permohonannya supaya kes liwatnya diketepikan apabila mahkamah rayuan membuat keputusan perbicaraan perlu diteruskan.

Sekumpulan penyokong Anwar termasuk mereka daripada Permatang Pauh tiba di perkarangan mahkamah Jalan Duta seawal jam 5.30 pagi tadi.

Perbicaraan hari ini juga menyaksikan kehadiran tiga pakar DNA dan forensik dari pihak pembelaan yang dipanggil untuk memberi keterangan. Mereka tiba sewal 8.40 pagi.

Mereka ialah Dr Brian McDonald, seorang pakar DNA expert dari Sydney, Australia, dan pakar forensik India, Dr C Damodaran, dari Chennai serta Dr David Wells dari Melbourne, Australia.

Anwar tiba pada jam 9.40 pagi dengan ditemani oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Kamaruddin Jaffar, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan pemimpin DAP Lim Kit Siang. -berita asal : malaysiakini.

Wednesday, February 17, 2010

ANTARA 700 DAN 7000 ORANG......

Sempat ke tempat ceramah DSAI di DEWAN MILENIUM BERTAM,kehadiran orang yang begitu ramai semestinya memningkan UMNO KEPALA BATAS hahaha.....Hampir 90 percent yang hadir terdiri daripada orang melayu dan selebihnya bukan melayu.Dari satu sudut dapat di nilai iaitu sokongan orang MELAYU sedikit pulih selepas perbicaraan kes liwat DSAI bermula.Umno merasakan dengan berlakunya kes liwat ini sokongan rakyat kepada DSAI akan berkurangan,ternyata ramalan itu merosot sama sekali.

Walaupun di PULAU PINANG ada sedikit krisis tetapi ia dapat di nilai oleh rakyat dengan bijak.Berdemolah para NGO umno itu dan ini,keputusan yang hadir di dalam demo yang di anjurkan tiadak sampai 50 orang.Terbaru NGO SEDAQ yang berdemo yana gagal mendapat sambutan,yang hadir hanyalah KELOMPOK 786 yang mengaku mereka melayu sejati..adeyyy porraahhhhh.

Terdapat juga ada pihak yang mempunyai DYNE SYNDROME tentang jumlah kehadiran di dewan tersebut..saya sertakan gambar dan nilailah sendiri jumlah hadirin yang hadir...di dalam,atas dan luar di penuhi manusia yang inginkan keadilan..





SIDANG MEDIA DI KAWASAN ZUL NORDIN



Semalam bertempat di dalam PARLIMEN KULIM BB di adakan satu SIDANG MEDIA,ia di lakukan untuk menunjukkan sokongan kepada DSAI dan PR.Sidang media tersebut di hadiri sekitar 30 orang aktivis dan pemimpin PKR CABANG PADANG SERAI dan KULIM BB.Di dalam SIDANG MEDIA tersebut desakkan agar semua ADUN dan AHLI PARLIMEN yag terlah berpaling tadah agar meletakkan jawatan dengan segera.Tidak ketinggalan juga isu ZUL NORDIN turut di ketengahkan....Seperti biasa sebelum SIDANG MEDIA di jalankan terdapat sedikit tekanan daripada SB dan lain-lain.Apa pun SIDANG MEDIA tersebut berakhir dengan program sesi penerangan ringkas oleh MP SG PETANI dan juga SENATOR ZAMBRY YUSUF.

Saturday, February 13, 2010

ZAHARIN SEBENARNYA YANG PARAH

VERSI DIN BINJAI UNTUK ZAHARIN HHEHEHE

Semalam saya terima banyak panggilan telefon dari sahabat2 P.Pinang mahupun dari Selangor dan KL hingga jam 2.06 pagi yang bertanyakan soal benarkah Zahrain akan umum keluar PKR.

Saya cuma katakan jika itu benar-benar terjadi...biarkanlah. Itu hak dia sebagai seorang pengkhianat.

Pengkhianat kepada parti, pengkhianat kepada rakyat.

Hari ini terbukti Zahrain umum keluar PKR dan jadi BEBAS.

Saya cabar Zahrain, jika dia benar-banar rasa dia hebat dan menang kerana namanya DATO' ZAHRAIN, sila letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru dan bertanding semula atas tiket bebas. Bukan melompat sebagai YB Bebas.

Dia ini jenis bangsat tak sedar diuntung. Macam musibat dan kamjat kata orang Penang. Dia muncul ketika Anwar sudah dibebaskan pada tahun 2004 dan saya percaya dia mungkin rasa Anwar akan terpenjara semula, sebab itu dia takut.

Dalam pertemuan pertama beliau dengan AMk P.Pinang, dia pernah menyatakan bahawa beliau tidak suka dengan demontrasi, ketika itu saya selaku Ketua AMK P.Pinang dan sahabat-sahabat seperjuangan yang lain sudah tidak senang dengan Zahrain.

Ye lah..tetapi apakan daya...siapa nak dengar cakap AMK ...beritahu pada Anwar Ibrahim pun macam buang garam ke laut saja ataupun umpama tuang air ke daun keladi.

Sudah ada gelaran Dato' nak gelaran Dato' Seri pula. Bukankah ini memalukan PKR sedangkan DAP tidak ambil sebarang gelaran pun.

Tidak cukup dengan itu, beliau membawa pula 4 orang taukeh-taukeh dari Gerakan dan MCA untuk menerima gelaran Dato'.

Ini yang menyebabkan 10 pimpinan berbangsa Tioghua dalam PKR mendesak supaya Zahrain ditukar sebagai Pengerusi PKR P.Pinang.

Beginikah sikap YB yang pentingkan rakyat. Rakyat kah atau pangkat hang yang utamakan.

Dalam pertemuan dengan Lim Guan Eng pad Khamis lepas, Lim Guan Eng berkata beliau seolah-olah menjadi barua Zahrain bila terpaksa bertemu dengan Anwar untuk menyatakan hasrat Zahrain yang mahukan gelaran Dato' Seri.

Akhirnya Anwar terpaksa akur dengan desakan 10 pimpinan PKR dan menggantikan dengan YB Mansor Othman sebagai Pengerusi PKR P.Pinang.

Di sinilah bermulanya Zahrain sudah merajuk. Macam budak-budak walapun badan besar macam badak.

Sebab itu beliau tidak hadir dalam roadshow yang Pertama Konvensyen " Menggilap Harapan Rakyat".

Saya sempat menelefon Senator Mustaffa (Pak Mus) sebentar tadi, beliau berkata "lega Din..senang kita nak buat kerja"...itulah ayat Pak Mus yang memang terkenal dengan sikap "Play Save". Pak Mus sudah turn 360% ...he.he..

Beliau menambah "setakat ini dia sorang sorang saja, tak dak siapa ikut dia di P.Pinang." Begitulah ayat Pak Mus yang pernah bersekongkol dengan Zahrain untuk memecat saya bila saya bongkarkan kes penipuan kuari orang kanan Zahrain.

Hari ini Zahrain mengesahkan khabar angin semalam. Beliau akhirnya isytihar bebas. Berita lanjut di sini.

Beliau berkata beliau jadi YB BEBAS yang tidak mesra BN...kah..kah..kah..

Zahrain..saya cadangkan pergi beli kuaci dan kacang goreng banyak-banyak, selepas itu bagi dekat budak-budak tadika KEMAS dan ceritalah pada kanak-kanak tersebut. Depa pasti percaya bulat-bulat pada Zahrain.

Saya dimaklumkan bahawa Zahrain sebenarnya memang telah bertemu Najib. Sebab itu jersi baru bolasepak Penang pun sudah ada logo 1 Malaysia dan saya difahamkan oleh orang kanan Zahrain, jersi itu sebenarnya ditaja oleh Najib.

Zahrain umpama JIN tidak bertuan dan saya percaya akhirnya beliau akan bertemu dengan JIN Altantuya dan akan berkahwin dengannya. Siapakah walinya...siapakah saksinya...berapakah hantarannya....saya yakin anda pun tahu jawapannya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

SELAMATKAN MALAYSIA

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2010

Tahun Baru Cina kali ini merupakan tahun harimau. Ianya melambangkan keberanian, kejujuran, tangkas, sedia bersaing dan siaga mempertahankan maruah. Kebiasaannya masyarakat cina akan mengambil pedoman dari kitaran tahun-tahun tersebut untuk mencipta dan merencana masa depan yang lebih cemerlang. Namun bagi semua rakyat Malaysia ciri-ciri baik seperti berani, jujur, bersedia untuk bersaing dan berani mempertahankan maruah ternyata bukanlah asing bagi kita yang mempunyai asas kepercayaan dan tradisi masing-masing. Kita semua mahukan yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara. Kita berhasrat Malaysia yang dicintai ini senantiasa makmur, bebas dari rasuah dan jenayah. Yakinilah, kita pasti dapat mengharungi segala rintangan demi mengembalikan Malaysia kepada maksud asal penubuhannya. Harapan kita agar negara ini adil serta saksama menjamin hak semua rakyatnya tanpa mengira kepercayaan dan ras.

Dengan kesempatan ini izinkan saya mengucapkan Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai kepada semua rakyat Malaysia berbangsa Tiong Hua. Adalah diharapkan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini lebih meriah dengan sambutan bersama oleh masyarakat Melayu, India, Iban, Kadazan dan lain-lainnya.

Selamat menyambut Tahun Baru Cina daripada kami, keluarga dan gerak kerja KeADILan di semua peringkat.

ANWAR IBRAHIM

Wednesday, February 3, 2010

MP KULIM BB SANGGUP LETAK JAWATAN HARI INI???

Walaupun biro politik PKR belum memutuskan tindakan yang sewajarnya yang sepatutnya dikenakan ke atas Zulkifli Noordin berhubung beberapa kenyataan kontroversi berhubung isu kalimah Allah, namun ahli parlimen yang lantang itu menyatakan kesediaannya meletakkan jawatan pada bila-bila masa.


Sambil mendedahkan beliau tidak mempunyai kedudukan di PKR, kecuali memegang kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulklifi berkata kerjaya politik bermula apabila ditawarkan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum lalu.

Zulklifi mengakui ketika itu, dia masih merupakan ahli PAS dan diberi notis singkat bagi menggantikan pemimpin PKR Sheih Azmi yang menghidap kencing manis. Malah dia langsung tidak menaruh harapan akan memenangi kerusi di kubu kuat Barisan Nasional itu.

Zulklifi menjadi terkenal apabila dia mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat bekas timbalan perdana menteri itu pada tahun 1998.

Dia dikatakan mengambil pendekatan konservatif khususnya dalam menangani isu-isu agama dan pendiriannya itu lazimnya pula bercanggah dengan dasar pelbagai kaumPKR.


Bagi Zulklifi, politik bukan keutamaannya dan dia sanggup meninggalkan PKR jika dilihat sebagai membawa masalah kepada gabungan pembangkang itu.

“Umum tahu, saya amat sayang dan hormati Anwar dan ini tidak pernah luntur..tetapi cinta saya kepada agama saya jauh melebihi segalanya dan ini saya tidak akan bertolar ansur.

“Jika ia mencapai peringkat saya menimbulkan masalah dalam membantutkan usaha Anwar dalam perjalanannya ke Putrajaya, saya akan menarik diri. Saya sanggup meninggalkan parti walaupun pada hari ini,” katanya.

Zulklifi diarahakan tutup mulut sebelum kesnya dirujuk kepada jawatankuasa disiplin PKR baru-baru ini kerana membuat laporan polis ke atas Khalid Samad berhubung cadangan ahli parlimen PAS itu untuk meminda enakmen agama Selangor yang didakwanya ketinggalan zaman.