SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Friday, April 30, 2010

GAMBAR TERAKHIR ADIK AMINULRASHID


SHAH ALAM, 29 April — Rakan Aminulrasyid Amzah, remaja yang ditembak mati polis di Seksyen 11 di sini Isnin lalu, ada memohon maaf kepada keluarga mangsa kerana tidak dapat membantu kawannya ketika insiden meragut nyawanya.

“Saksi ada datang berjumpa saya dan meminta maaf kerana tidak dapat melindungi anak saya,” kata Norsiah Mohamad, ibu kepada Aminulrasyid.

Saksi itu yang hanya dikenali sebagai Azam ada bersama Aminulrasyid (gambar) dalam kereta yang mereka naiki tetapi meninggalkan tempat kejadian semasa insiden.

Azam menemui Norsiah di rumahnya Isnin lalu. Norsiah tidak dapat ingat masa pertemuan mereka.

Menurut Norsiah, dia hanya dapat memeluk Azam sebagai memohon maaf.

Dia tidak mahu mengatakan hasil perbualan kerana tidak mahu Azam, yang merupakan saksi utama kejadian, diganggu.

Menurut Norsiah, saksi merupakan kawan baik kepada arwah sejak dari sekolah rendah lagi.

“Saksi dan anak saya merupakan kawan baik anak saya sejak dari sekolah rendah lagi.

“Lagipun kedua-dua mereka aktif dalam sukan seperti bola sepak dan olahraga,” kata Norsiah kepada The Malaysian Insider hari ini.

Norsiah berkata, hubungan allahyarham dengan keluarga saksi juga amat rapat seperti keluarga sendiri.

“Arwah baik dengan keluarga saksi begitu juga dengan jiran-jiran di sini.

“Kadang-kadang arwah akan ke rumah kawan-kawan untuk makan ataupun bermain,” katanya lagi ketika ditemui di rumahnya di Seksyen 11 di sini.

Azam juga berusia 15 belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 11 manakala Allahyarham Aminulrasyid merupakan pelajar SMK Seksyen 9.

Azam telah memberi keterangan kepada polis kira-kira tiga jam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi Isnin lalu Aminulrasyid berusia 15 tahun mati terkena tembakan polis manakala rakannya itu melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda polis berhampiran dengan rumah mereka.

Aminulrasyid, anak bongsu daripada lapan beradik dilaporkan terkena tembakan yang dilepaskan oleh anggota polis peronda apabila dia disyaki cuba mengundurkan kenderaan yang dipandunya untuk melarikan diri daripada satu sekatan jalan raya.

Norsiah berkata, kerana tidak mahu melukakan hatinya arwah sanggup berhenti daripada bermain bola sepak untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran.

“Tahun ini arwah akan menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan arwah mahu memperoleh 8A kerana tidak mahu kecewakan saya.

“Arwah juga cakap mahu berhenti bermain bola buat sementara waktu kerana hendak memberi tumpuan terhadap pelajaran.

“Selain itu, arwah juga bercita-cita untuk menjadi angkasawan seperti angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muzaffar Shukor,” katanya.

Dalam pada itu Norsiah memberitahu, sebelum kejadian malang yang menimpa arwah, anaknya itu ada berkelakuan pelik sama ada di sekolah ataupun rumah.

“Hari Khamis lalu, sekolah arwah ada membuat latihan praktikal bagi cara-cara memandikan jenazah dan Aminulrasyid dengan sukarela meminta untuk menjadi jenazah.

“Selain itu, arwah juga ada bersalaman dengan kawan-kawan semasa di sekolah sebelum pulang.

“Di rumah pula arwah menjadi lebih manja dengan saya dan keluarga selain kadang-kadang akan termenung, sebelum ini tidak pernah berlaku,” katanya.

Allahyarham dikatakan sempat bergurau senda dan menyakat anak saudaranya pada malam sebelum kejadian.

CiLiK©: Baju kuning ini jugalah yang akhirnya dipenuhi darah akibat kesan luka tembakan di belakang kepalanya

LAPORAN POLIS KAWAN AMINULRASHID




Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

(Pokok dihadapan rumah jiran dipangkal jalan masuk kerumah keluarga Amin yg pecah di belah kereta yg dipandu Amin semasa dikejar polis.)



(Jiran2 yg sangat terkilan dan sedih dgn kematian Amin, menceritakan bagaimana mereka mula2 sampai ketempat kejadian dan melihat sekujur tubuh tertiarap atas seat kereta da kaki terjulur keluar tanpa menyedari itu adalah jenazah anak remaja jiran mereka.)

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan
tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan
beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dari belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya

DR. LO'LO' BT DATO' HJ. MOHAMAD GHAZALI


Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Thursday, April 29, 2010

TUKAR TIUB DI TASEK GELUGOR PULAU PINANG

BERKUMPUL DI BANGUNAN SUHAKAM ESOK....


ESOK SESUDAH SEMBAHYANG JUMAAT – JAM 2.30 PETANG
SEMUA WARGA MALAYSIA YANG PRIHATIN TERHADAP KEGANASAN

DI JEMPUT MENGARAH UNTUK BERKUMPUL KE BANGUNAN SUHAKAM

DIANTARA JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN/ JALAN RAJA LAUT.

SILA TUNJUKKAN SIMPATI TERHADAP AMINULRASHID YANG TEWAS
DI SHAH ALAM DUA HARI DAHULU.

sumber TT..

Wednesday, April 28, 2010

SELAMATKAN PENDUDUK FELDA

SETUJU atau tidak, kita mungkin terpaksa akui betapa kita masih belum berkesan di dalam menarik sokongan di kalangan pengundi-pengundi Melayu terutamanya di Felda. Tidak keterlaluan jika kita andaikan bahawa penduduk-penduduk di Felda ini seperti terkongkong pemikiran mereka umpama berada di dalam dunia yang asing. Mereka tidak boleh disalahkan seratus peratus sekiranya mereka gagal memahami agenda perjuangan PR.

Kita masih bernasib baik kerana pengundi-pengundi di felda ini tidak menggunakan kaedah mengundi pos sebagaimana warga tentera atau Polis walaupun kebebasan berpolitik seperti dikawal. Mereka seolah-olah tidak bebas atau takut untuk mengundi PR sebagaimana yang berlaku di dalam tentera dan Polis. Mereka mengundi seperti kita semua juga, tetapi mengapa kita lihat begitu sukar untuk mereka memilih kita sedangkan mereka sedar kehidupan mereka tidak sesempurna mana.

Adakah kita tidak melakukan sesuatu untuk meyakinkan mereka bahawa kita mampu mengubah nasib mereka? Atau, mungkin kita telah lakukan untuk kebaikan masa depan mereka cumanya kita terlewat untuk bertindak? Cukupkah apa yang telah kita lakukan di dalam perancangan dan aktiviti kita untuk mendekati dan merakyatkan penghuni felda ini?

Itu semua mungkin akan difikirkan oleh pimpinan kita di dalam merumus segala masalah dan faktor-faktor mengapa golongan ini seolah-olah tidak berani mendampingi perjuangan kita. Masa belum terlambat lagi untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Semua penghuni di felda amat memerlukan kehadiran kita untuk membantu mereka agar lebih terbuka mindanya menerima perubahan. Kita tidak boleh biarkan mereka sentiasa diperkotak-katikkan oleh Umno/Bn. Mereka orang Melayu yang perlu dibebaskan dari kongkongan Umno/Bn.

Tamatnya pilihanraya di Hulu Selangor ini tidak bererti tamatnya riwayat atau pengaruh Apco. Selagi Umno/Bn masih wujud, selagi itulah kita wajib berjuang. Bebaskan negara ini dari pengaruh mereka agar keadilan dapat terus dinikmati bersama. Teruskan usaha kita bersama, jangan menuding jari kepada sesiapa sebaliknya merenung kembali apa yang kurang kita lakukan khususnya kepada penghuni-penghuni felda ini. InsyaAllah, suatu hari nanti golongan ini akan lebih terbuka minda mereka dan akan lahirlah peneroka felda yang bijaksana.

- Wan Fauzdin

DAP UMUM CALON PRK SIBU


Ketua DAP Sarawak, Wong Ho Leng secara rasmi diumum sebagai calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada satu majlis makan malam.

Beliau sebelum ini pernah bertanding dua kali menentang calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hoi Chew yang menyandang kerusi itu selama lima penggal tetapi tewas.

Wong adalah adalah antara enam pemimpin DAP yang berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri Sarawak 2006.

Beliau bakal bertembung Robert Lau Hui Yew, 45, calon BN yang juga Bendahari cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Hui Yew dan Hoi Chew adalah saudara dua pupu.

Pengumuman Hui Yew sebagai calon BN dibuat Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 Mei sebagai hari penamaan calon dan 16 Mei ialah hari mengundi.

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya Robert Lau, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lalu.

Tuesday, April 27, 2010

BERITA YANG PERLU DI BACA


Berita 1
Kakak, rakan yakin remaja ditembak polis bukan penjenayah

Norazura Amzah, 39, yang ditemui di perkarangan masjid di kawasan perumahan Seksyen 11 di sini berkata beliau hanya mengetahui adiknya Aminulrashid, 15, yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mati ditembak ketika ingin membuat laporan kehilangan adiknya yang tidak pulang sejak malam tadi.

“Ibu telefon pagi tadi memaklumkan adik tidak pulang ketika keluar dengan sebuah kereta Proton Iswara milik seorang lagi kakaknya.

“Saya mula tidak sedap hati dan terus bergegas ke rumah ibu kemudian kami sekeluarga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini dan dimaklumkan terdapat kejadian tembak membabitkan seorang remaja berdekatan rumah ibu di Seksyen 11,” katanya di sini hari ini.

Kejadian tembak itu juga dipercayai berlaku pada kira-kira pukul 2 pagi tadi hanya kira-kira 100 meter dari rumah mangsa.

Norazura yang beberapa kali terhenti bercakap kerana menahan sebak berkata mereka bergegas ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dekat sini namun tidak dibenarkan masuk.

Beliau berkata seorang daripada pegawai bertugas di bilik mayat itu kemudiannya mengesahkan mayat remaja berkenaan menyamai paras rupa adiknya yang merupakan anak bongsu daripada lapan adik-beradik dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 di sini.

“Maaf, saya sangat kecewa dan sedih, apalah salah seorang remaja seperti adik saya, jangan membuat tuduhan melulu dan cuba fikirkan apa rasanya andai dia berlaku kepada kita,” katanya.

Tinjauan Bernama di perkarangan masjid di Seksyen 11 di sini mendapati lebih 200 rakan Allahyarham dan saudara mara berkumpul untuk menunaikan solat jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada mangsa.

Turut kelihatan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin, timbalannya Supt M. Chandara serta Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad.

Van jenazah polis turut disediakan bagi membawa jenazah ke tanah perkuburan yang diiringi unit kawalan motosikal polis.

Jenazah Aminulrashid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini selepas solat Maghrib tadi.

Sementara itu, Khalid berkata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar memberikan jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian itu.

“Allahyarham seorang remaja yang dikenali di kawasan ini dan kemungkinan melakukan jenayah adalah tidak mungkin sama sekali,” katanya.

Seorang pemilik kafe siber, yang dikenali sebagai Amin berkata Allahyarham ialah seorang remaja yang mudah didekati dan penyayang serta sering mengunjungi premisnya.

“Kali terakhir saya menemuinya petang semalam ketika dia melayari Internet di sini dan bergurau dengan anak-anak saya, kemudian selepas bermain bola di padang berhampiran dia sempat melambaikan tangan ke arah saya dan isteri,” katanya sebak.

Pada kejadian itu, Aminulrashid mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan seksyen 11 di sini. — Bernama

Monday, April 26, 2010

OH RUMAH BARU KU

salam to all

Terlebih dahulu nak ucapkan tahniah kepada semua petugas PR yang bertungkus lumus di hulu selangor.Sudah pasti ada yang bergolok bergadai untuk datang ke HULU SELANGOR dan mungkin juga da yang nak datang tetapi orang rumah tak bagi itu pun harus di ucapkan tahniah,sekurang-kurangnya ada perasaan dan rasa nak turut serta tetapi apakan daya.Apa pun kita memang tahu petugas PR semestinya datang dengan kerelaaan bukan paksaan seperti petugas BN.Ada yang datang dari selatan dan ada yang datang dari utara tetapi matlamat mereka satu hanya inginkan PR tumbangkan regim BN.Terima kasih juga kepada para penyumbang yang mampu menghantar agung asalkan kawan2 dapat pergi dan selamat kembali..TAHNIAH....

Di sini saya ingin berkongsi sedikir perasaan tak puas hati,bukannya tak puas hati kalah tetapi tidak berpuasa hati dengan seorang YB yang tidak turut serta di hari pembuangan undi di HULU SELANGOR malah tidak nampak batang hidung ketika tempoh berkempen di HULU SELANGOR.Lebih menyakitkan hati apabila YB ini telah membuat perasmian rumah baru pada tarikh 25 hb april 2010.Iaitu hari yang sama PRK HULU SELANGOR di adakan,siap pula di jemput kawan-kawan yang lain.Sdangkan kawan-kawan yang di jemput berada di HULU SELANGOR untuk berkempen.Mungkin alasa yang di beri kerana ia sudah di PLAN,tak boleh ubah?tarikh mengundi di HULU SELANGOR telah lama di ketahui mana mungkin alasan sebodoh itu di beri,ini yang di namakan YB PENTING DIRI SENDIRI.

Prestasi YB ini juga tidak memuaskan,ia hanya tahu geset kulit sahaja tanpa turun ke padang membantu apa yang patut.YB ini juga mempunyai sebuah MERCEDES BENZ dan RUMAH BARU yang besar.Inilah bibit yang perlu di halang agar tidak merosakkan PAKATAN RAKYAT dan PKR.Adakah patut kawan-kawan lain bertungkus lumus berkempen,YB ini asyik sibuk dengan rumah baru.Amatlah tidak wajar kerana YB ini sebelum menang dalam PRU12 di anggap hero tetapi selepas menang sibuk mengumpul kekayaan.Harap pimpinan PKR memantau kelibat YB ini kerana ia juga di khabarkan ada hubungan dengan pimpinan BN.Di fahamkan PIMPINAN NEGERI tidak akan membenarkan YB ini bertanding lagi di dalam salah satu negeri di utara,ada pla yang sanggup meletakkan jawatan jika YB ini masih berada di dalam negeri yang berada di utara.Ini yang dinamakan cakap tak serupa bikin punya YB.......BOLEH TEKA SENDIRI LA SIAPA YB INI........1111


merak buih

CHEGU BARD PERLU HADIR KE MAHKAMAH KUALA KUBU PADA 9 MEI 2010


Polis 1 malaysia 1 Israel ternyata memang terbijak setelah mendapat nasihat apco.

Mereka berjaya mematahkan gerakan Chegu Bard dan rakan-rakan lain berkempen dan merayu undi pada hari pengundian.

Chegu Bard dan anak-anak muda pergi ke felda Kg Sg Buaya pada hari mengundi namun setelah mereka mahu bergerak ke tempat lain, tiba-tiba mereka di kepong dan di halang oleh pemuda rempit BN bersenjatakan parang.

Mereka menendang kereta dan menyekat konvoi 5 buah kereta Chegu Bard di pertengahan jalan. Apa lagi anak-anak buah Chegu Bard mula bertindak setelah salah seorang pemuda rempit BN keluarkan parang.

Tindakan pantas anak buah Chegu Bard telah berjaya menghalang pemuda bn tersebut mencederakan anak buah Chegu Bard.

Chegu Bard kemudian pergi balai polis Serendah untuk membuat laporan polis. Salah seorang anak buah Chegu Bard bernama Muru cedera ringan di lengan tangan.

Ija dan Ita pula kereta mereka dilanggar oleh mat rempit bn sebelum mereka berhenti dan berlaku pertengkaran dengan Muru.

PELIK BIN AJAIB setelah laporan polis dibuat oleh Chegu Bard, manakala Ija dan Ita tunjukkan bukti gambar bagaimana mat rempit bn mengekori dan keluarkan parang, mereka pula akhirnya ditahan dan mat rempit tersebut tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Chegu Bard, Azizi, Muru, Ita dan Ija akhirnya ditahan polis setelah pihak polis sendiri membuat laporan polis mengatakan Chegu Bard dan rakan-rakan membuat kecoh di Kg Sg Buaya.

Manakala Ija dan Ita pula ditahan atas tuduhan kerana berkonvoi bersama Chegu Bard.

Ayat apa yang paling sesuai untuk polis seperti ini...POLIS BABI...itulah ayat yang paling sesuai.

Akhirnya semua mereka dibebaskan setelah diikat jamin mulut sebanyak RM3,000 seorang pada pukul 9.00 malam.

Isteri saya, Marina, Zaheera dan isteri YB Amirudin telah menjamin Chegu Bard dan rakan-rakan dan mereka dikehendaki hadir ke mahkamah Kuala Kubu Baru pada 9 mei 2010.

Manakala Saiful Idham Ramli (Ahli MPP Keadilan) bertindak sebagai peguam bagi kes tersebut.

Polis 1 Malaysia 1 Israel....polis babi...

BN KALAH DI 2 DUN

Perdana Menteri Najib Razak telah membelanjakan sejumlah RM64 juta untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Meskipun begitu UMNO Barisan Nasional sekadar menang tipis dengan 1725 undi sahaja.

Lebih dari itu Barisan Nasional kehilangan 2 kerusi Dewan Undangan Negeri, Kuala Kubu Baru dan Batang Kali.

Bekas Menteri Undang- undang Datuk Zaid Ibrahim berkata Pakatan Rakyat tidak redha dengan kemenangan UMNO Barisan Nasional yang diraih dengan cara kotor dan dipalit rasuah.

“Perdana Menteri Najib Razak belanja lebih daripada RM64 juta untuk menang pilihan raya kali ini. Kita berdepan dengan keadaan dimana pembelian undi berleluasa,“ kata Zaid.

Beliau juga kesal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menutup mata, enggan mengambil sebarang tindakan terhadap rasuah undi yang disuakan kepada pengundi parlimen itu.

“Kita tewas kerana amalan membeli undi itu halal dinegara kita. Jika kita tidak atasi masalah ini, kita akan berdepan dengan masalah besar dimasa- masa akan datang,” ujarnya lagi. -TVS




P'raya Hulu S'gor: BN menang, MCA tewas

"Perubahan" dalaman yang ditegaskan kembali oleh BN dalam pilihan raya Hulu Selangor sepanjang tempoh berkempen sepanjang minggu lalu perlu bermula dengan mengenalpasti kelemahan ketara MCA.

Walaupun pada permulaan kempen, BN bergelut dengan masalah dalaman MIC ekoran pemilihan calon kompromi P Kamalanathan, tetapi kemerosotan undi Cina kepada BN sebenarnya menggambarkan kerapuhan semangat dalam MCA.

Keputusan pilihan raya kecil semalam memihak kepada BN.

Pengerusinya Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kemenangan itu sebagai peralihan sokongan masyarakat kembali kepada BN.

Namun BN masih di belakang dalam usaha mendapatkan sokongan daripada kaum Cina, sedangkan golongan India dan Melayu sudah mula beralih sokongan kepada parti itu bagi pilihan raya kecil semalam.

Najib melihat keputusan dengan kelebihan 1,725 undi berbanding 23,272 undi yang diraih calon PKR sebagai pencapaian signifikan kerana pertandingan berlangsung dalam negeri Pakatan Rakyat.

Pilihan raya semalam turut menyaksikan BN kehilangan 30 peratus sokongan masyarakat Cina berbanding pencapaian mereka dalam pilihan raya umum dua tahun lalu.

Beliau juga mengaitkan keputusan itu dengan usaha perubahan yang dilakukan BN, seperti yang diuar-uarkan sepanjang kempen pilihan raya berlangsung.

Kamalanathan anak kampung

Sepanjang lapan hari tempoh berkempen, banyak poster bertulis "BN mampu berubah" dikesan di serata tempat - dilihat bertujuan mengembalikan kepercayaan pengundi.

BN sebelum ini ditolak oleh pengundi dalam pemilihan Mac 2008, antaranya kerana sikap 'angkuh' yang ditunjukkan parti pemerintah itu. Kali ini mereka cuba kembali ke gelanggang Hulu Selangor dengan rendah hati.

Ia cuba menonjolkan kepada pengundi bahawa parti itu "mampu berubah" dan cuba mendekati rakyat Hulu Selangor dengan kelebihan sumbernya.

Imej Kamalanathan juga cuba dipotretkan sebagai anak kampung, berbanding perwatakan 'urban dan liberal' calon PKR Datuk Zaid Ibrahim.

Jika janji-janji pembangunan - yang didakwa melebihi RM 64 juta - lanskap Hulu Selangor mungkin akan berubah sepenuhnya. Imbuhan-imbuhan tersebut tidak dinafikan mampu memikat sebahagian pengundi, terumanya golongan Melayu.

Kerja keras BN apabila Najib sebagai presiden Umno sendiri turun sejurus selepas sahaja pulang daripada luar negara juga menunjukkan kesungguhannya.

Umpama ayam tiada kepala

Malah, Najib masih berada di Hulu Selangor bagi bertemu dengan masyarakat Cina melalui lawatan rumah ke rumah, di hari terakhir kempen kelmarin.

Kelmarin juga, dalam perbualan tidak formalnya dengan Malaysiakini di pusat media, Najib sejak awal lagi memberitahu, masyarakat Cina tidak banyak memberikan undi kepada BN disebabkan masalah dalaman regu utama MCA.

Seorang pemimpin tempatan Datuk Zainal Abidin Sakom pula berpendapat pertikaian di kalangan pucuk pimpinan parti Cina itu - yang lama berlarutan - menimbulkan masalah penyelarasan jentera sokongan kepada BN.

"(Jentera) mereka seolah-oleh seperti ayam tak ada kepala," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya mengenai prestasi jentera MCA.

Zainal yang juga bekas Adun Batang Kali bagaimanapun akur, proses pemulihan MCA akan mengambil tempoh yang lebih lama sebelum dapat dinilai sepenuhnya.

"Pemilihan (MCA) pun baru lagi, baru sangat lagi," tambahnya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan pemilihan di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Baharu malam semalam.

Senario ini juga diakui presiden MCA sendiri Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang membayangkan bahawa masyarakat Cina lebih memandang kepada faktor kepemimpinan, berbanding soal kehendak dan keperluan asas mereka sendiri. -mk

OH FELDA SG BUAYA

Selepas mengetahui keputusan di hulu selangor ada juga kawan-kawan yang mengeluh dan tak kurang juga yang sedih.Tetapi apa pun keputusan kita perlu teruskan perjuangan ini walaupun mengalami masalah dan rintangan.Tanyalah mena-mana petugas dan juga pimpinan parti pkr semestinya kecewa.Namun apa yang dapat di lihat jumlah undi kepada PR meningkat sebanyak 100 UNDI.

Lagi menyedihkan bagi saya apabila penduduk felda yang terdiri daripada orang MELAYU masih menyokong BN walaupun terang-terang di tipu.Ternyata jasa BN ke[pada mereka kononnya tiada tolok bandingnya walaupun kes tanah mereka sudah terbiar selama 16 tahun.Apabila datang NAJIB ONE MALAYSIA bagi seorang seribu dalam bentuk cek terus mereka terlupa akan masalah tanah mereka sendiri.Meamng tiuada siapa berani siasat NAJIB kerna kesalah memberi sogokan kepada pengundi,comfirm tak ada yang berani.

Terutama generasi pertama sememngnya bagi mereka jasa BN banyak walaupun KERAJAAN BN merampas tanah mereka.Jika kita masuk ke FELDA terutama FELDA SG BUAYA semeamngnya sudah bayak penduduk yang keluar dan yang tinggalk hanyalah penduduka yang masih menaruh harapan agar masalah tanah mereka di selesaikan.Di fahamkan NAJIB ONE MALAYSIA berjanji akan menyelesaikan masalah mereka dalam masa 2 penggal pilihanraya baru boleh selesai,BOLEH PERCAYA KA SEMUA INI?tetapi orang melayu felda banyak yang telah percaya terutama felda SG BUAYA.

FELDA OH FELDA

JANJI NAJIB KETIKA PRK HULU SELABGOR KEPADA FELDA SG BUAYA
RM1000 DALAM BENTUK CEK
RM9000 AKAN DI BERI SELEPAS 3 BULAN
RM40000 AKAN DI MASUKKAN KE DALAM ACC TABUNG HAJI...


Jika ini benar adakah BN dapat tunaikan segala janjinya walaupun menang di hulu selangor?

Friday, April 23, 2010

PENEROKA FELDA SG BUAYA TERUS DI TIPU


PM ONE MALAYSIA hari ini masuk ke felda sg buaya pada tengahari tadi.Apa yang di fahamkan setiap peneroka di janjikan rm50k setiap seorang peneroka.Yang menjadi tanda tanya bagaimana 50k tersebut di agihkan.

Selepas PM ONE MALAYSIA tiba ia berjanji akan menyelesaikan masalah peneroka FELDA SG BUAYA akan di selesaikan selepas 2 penggal pilihanraya,ini bermakna tiada jalan penyelesaian yang di ambil.Selepas itu pula PM ONE MALAYSIA telah menyerahkan rm1000 setiap seorang peneroka.Tetapi janji 50k?selebihnya lagi 9k akan di beri selepas 3 bulan,lagi 40k akan di masukkan di dalam tabung haji setiap seorang peneroka.Namun 40ki tersebut hanya boleh di keluarkan selepas 10 tahun....hmmmmm memang penipu la BN nie....

hidup harapan

TERBARU

SEBENTAR TADI DI KHABARKAN DUA LAGI AKTIVIS IAITU DARI GROUP CHEGUY BARD DI TANGKAP SEBENTAR TADI...MEREKA DI KHABARKAN KE BALAI POLIS UNTU BERTEMU CHEGU BARD,MEREKA TURUT DU TAHAN SELKEPAS ITU

CHEGU BARD DI TAHAN




Chegu Bard dan rakan-rakan sedang dibawa berjumpa dengan pegawai penyiasat

Sebentar tadi Chegu Bard dan rakan-rakan SAAM di tahan polis berkenaan 1 laporan yang di buat oleh polis semasa penamaan calon tempoh hari.

Thursday, April 22, 2010

GEMPAR..CALON BN MENIPU

IJAZAH BOHONG - KAMAL NATHAN - BUKAN PELAJAR NEW ZEALAND

Mula mula warga Hulu Selangor ingat malaon ini ada ijazah.
Rupa rupanya malaon ini sama macam Akias Omar bekas datuk bandar kuala lumpur.
Kalau tak belajar cakaplah tak belajar.

Bodoh di malaysia ini bukan satu jenayah. Malah bodoh digalakkan dan sering
dinobatkan sebagai warga contoh.

Orang Melayu Hulu Selangor akan kena tipu lagi. Dulu ditipu Toyo.

Sekarang ditipu oleh ahli MIC - yang mengaku dirinya bijak dan pandai. Setakat kolej di petaling street itu bukan ilmu - itu tempat kelentong.

KAH KAH KAH..

woit... MELAYU TAK AKAN TAK SEDAR SEDAR.... kah kah kah..

woit...MELAYU HULU SELANGOR BERAPA LAGI NAK KENA TIPU...kah kah kah..

woit... TAKKAN TAK DAPAT BEZAKAN YANG MANA AUTA DAN YANG MANA FAKTA...kah kah kah


nota:
hairan negara kita ini
terlalu ramai orang suka menipu
ijazah tipu - kalau tidak bocor
mesti satu malaysia anggap malaon ini
belajar d new zealand.

ada tipu ada phd
ada tipu jadi datuk
ada tipu belajar luar negara

tapi hebat ada tipu
badan janda tapi klim dara
kah kah kah


TT

CG FARIZ KETIKA DI TAHAN


Cikgu Faris bersama 4 amk yang ditahan semalam telah dibebaskan oleh mahkamah Kuala Kubu Baru.

Semalam kelima-lima mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 47 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) dan Seksyen 8 Akta Senjata dan Bahan Letupan.

Agak lucu dakwaan yang kena ke atas mereka hanya sebab pisau lipat dan tidak ada kena mengena langsung tuduhan atas kesalahan akta pilihanraya.

Mereka akhirnya dibebaskan tanpa syarat. Shamsul Iskandar dan Saiful Idham Ramli bertindak sebagai peguam mewakili mereka berlima. (gambar ehsan Saiful Idham Ramli.)

CABANG PKR SIK(KEDAH) PALSU AKAN DI BUBARKAN PADA BILA-BILA MASA

Berita yang baru di terima,PKR CABANG SIK akan di bubarkan dalam masa yang terdekat.Di fahamkan oleh KETUA CABANG PKR SIK iaitu PAK HABIB bahawa kumpulan yang ingin membubarkan cabang sik itu adakah mereka yang kecewa dan melantik diri sendiri menjadi AJK CABANG SIK..Kata beliau lagi PKR CABANG SIK telah melantik PAK HABIB sebagai ketua cabang dan dia tidak mengetahui rancangan untuk membubarkannnya,PAK HABIBN yang ketika ini berada di HULU SELANGOR untuk membantu jentera PKR KEDAH berkempen.

Meraka ini adalah serpihan kumpulan pengkhianat parti PKR KEDAH yang telah bersarang di PADANG SERAI satu ketika dahulu,kini mereka semua telah keluar dengan sendirinya....semua petugas teruskan bekerja....lawan tetap lawan

USIR ZIONIS DARI TANAH AIR


Himpunan Anak Muda "Usir Agen Zionis dari Tanahair"
Srikandi KEADILAN dan SAMM menjemput semua ke Malam 'Tangisan Gaza'
23 April 2010, 8.45 malam, Stadium Mini Kuala Kubu
bersama YB Nurul Izzah, cheGuBard, Aisyah (Ketua Srikandi), YB Amirudin, YB Nik Nazmi, YB Gan Pei Nei dan ramai lagi pemimpin muda
menampilkan persembahan khas A.Samad Said, Mael Wings, Blank GAMMA, Pyanhabib

MELAYU FELDA SG BUAYA AKAN TERUS DI TIPU

Di khabarkan esok PM ONE MALAYSIA akan membuat lawatan ke FELDA SG BUAYA,kedatangaan NAJIB semestinya di sambut dengan BANNER dan kain rentang yang menuntut wang yang di janjikan oleh kerajaan negeri SELANGOR yang dahulu kepada mereka.Sebentar tadi kedengaran pengumuman yang di buat oleh petugas BN ke seluruh kampung.Yang menjadi perhatian apabila petugas BN tersebut membuat pengumuman menggunkan pembesar suara,dengan bangga mengatakan'PM AKAN MEMBERI SEORANG PENEROKA RM50 RIBU dalam bentuk cek.

Melihat kepada suasana felda tersebut BN semestinya mereka merasa mudah untuk memperbodohkan orang felda,tetapi kali ini orang felda harus berubah dan tidak trus di tipu dengan janji palsu BN.PM ONE MALAYSIA akan bersembahyang jumaat di masjid BUKIT SENTOSA...KEDUDUKAN TERKINI KEMBALI PR 51% BN 49%..TERUSKAN KERJA SEMUA PETUGAS PKR(PR) LAWAN TETAP LAWAN

TUKAR MINYAK ENJIB PERCUMA


Pada 24 hb APRIL 2010 JAM 4 PETANG di JDM KG SUNGAI BUAYA DUN BATANG KALI AKAN DI ADAKAN PROGRAM BERSAMA BEKAS JUARA CUB PRIX YASIR SAID,DI DALAM PROGRAM TERSEBUAT AKAN DI ADAKAN PERKHIDMATAN MENUKAR MINYAK ENJIN SECARA PERCUMA.DALAM PADA ITU JUGA DI TEMPAT YANG SAMA AKAN DI ADAKAN PERASMIAN GELANGGANG TAKRAW DI KG SUNGAI BUAYA...

ORANG RAMAI DI JEMPUT HADIR..SEBARKAN

Penerbit ntv7 letak jawatan


Penerbit kanan ntv7 Joshua Wong mendakwa terdapat campur tangan melampau daripada pihak kerajaan dan juga penapisan yang keterlaluan.


Wong (kiri), yang menerbitkan rancangan popular bahasa Mandarin 'Editor's Time', berkata 'larangan yang tidak munasabah' dikenakan ke atas rancangannya yang sering-kali membincangkan isu sosio politik di negara ini.

“Pihak pengurusan tertinggi ntv7 bersikap tidak munasabah. Kebebasan disekat dan mereka yang engkar akan dihukum sehingga menjejaskan sikap profesionalisme kakitangan,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, hari ini.

Wong berkata masalah bermula daripada aduan SMS yang dihantar oleh seorang pengadu ke Jabatan Perdana Menteri kepada ketuanya selepas episod pertama ranvcngan itu ke udara.

Episod itu adalah forum membabitkan pemimpin BN dan Pakatan Rakyat dengan dua penganalisis politik berhubung pencapaian kedua-dua gabungan itu sejak pilihan raya umum 2008.


Pengadu berkenaan mendakwa rancangan itu menghina polisi kerajaan BN dan perbincangan politik menjadi sesuatu yang “membahayakan”.

Wong juga mendakwa SMS itu berbaur perkauman dan ia memberi amaran bahawa masyarakat Cina “semakin biadap” dan “Melayu perlu berperang”.

Wong, yang telah menjadi wartawan lebih 16 tahun juga mendakwa SMS pengadu itu dihantar kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kepada ketuannya.

Sehubungan itu, pengurusan tertinggi ntv7 menuntut Wong dan juga pengacara program berkenaan Lee Siad Huey untuk memberi penjelasan.


Sejak aduan itu, Wong berkata cadangannya selaku penerbit untuk membawa MP DAP, Tony Pua ke rancangan itu juga ditolak.

Malah, mereka diberi amaran bahawa rancangan itu akan ditamatkan, jika arahan tiidak dipatuhi.

Selain itu, Wong berkata cadangan bagi memaparkan perjalanan kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor juga tidak mendapat restu.

“Akhirnya, semua perbincangan politik diarah dihentikan. Selain itu, kami dilarang menjemput tokoh pembangkang sebagai tetamu,” katanya.

Wong berkata lebih mendukacitakan bahawa ketua-ketuanya gagal mempertahankannya atau menyiasat aduan itu atau juga membuat laporan polis mengenai SMS itu yang mempunyai unsur-unsur hasutan.mkini

Mintak maaf kepada semua pembaca blog hidup harapan,kerana di lokasi yang saya berada sukar mendapat akses internet..ini pun terpakasa ke cyber cafe untuk update blog dan lain-lain lagi....

Wednesday, April 21, 2010

BARU TIBA DI HULU SELANGOR


Baru tiba sebentar tadi di kawasan hulu selangor,keadaan cuaca agak baik.Kebetulan penginapan yang di anugerahkan amat baik.Di fahamkan akan ada pertandingan sepak takraw di antara petugas PKR KEDAH dan penduduk kampung.Maklumat yang di terima sebentar tadi kehadiran PKR KEDAH di SG BUAYA kurang di senangi oleh pihak BN,itu adalah fenomena biasa di dalam setiap pilihanraya.

Petugas PKR KEDAH telah nenyiapkan serba sedikit bagi mnelicinkan perjalanan program ayanga akan di langsungkan petang nanti.Apa yang dapat di lihat ketika ini perang bendera adalah kurang memberangsangkan,kalau nak di bezakan dengan PRK yang lalu...

Tuesday, April 20, 2010

WANITA PKR PULAK KELUAQ...CEPAT-CEPAT KELUAQ


Lebih ramai pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpaling tadah dan mengumumkan tindakan mereka keluar parti itu dan menyertai UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Kali ini giliran pemimpin wanita Perak yang terdiri daripada Ketua Penerangan Wanita, Soraya Sulaiman dan Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai, Roshanita Mohd. Basir.


Soraya, yang juga Ketua Wanita PKR Tanjong Malim dan Roshanita membuat pengumuman itu di Rumah Wanita Umno Perak di Hulu Selangor yang terletak di Kampung Masjid Sungai Selisik

Kedua-dua mereka menjelaskan tindakan itu didorong oleh rasa tidak puas dengan kepincangan pentadbiran parti selain tidak dapat menerima kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menentukan hala tuju parti secara bersendirian.

Turut keluar parti ialah suami Roshanita, Saghazali Abdul Kadir.

Majlis pengumuman itu turut disertai oleh Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Semalam, PKR dikatakan menerima tamparan hebat apabila Bendahari Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.


Dr Halili Rahmat merupakan seorang pakar bedah saraf dan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi doktor peribadi ketua umum PKR itu.

Sebelum ini, beliau disebut-sebut antara yang disenaraikan untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Melompat parti adalah sesuatu yang lumrah khususnya ketika pilihan raya kecil tetapi sejauh ia mempengaruhi keputusan tidak diketahui.mkini

JADUAL PENASIHAT EKONOMI SELANGOR

MAKLUMAN MEDIA

Tarikh: 19 April 2010

Saudara dan saudari,

Sukacita dimaklumkan YB Penasihat Ekonomi Negeri Selangor menjemput saudara/saudari ke program-program berikut dan kehadiran saudara/saudari akan memeriahkan lagi majlis.

1. MAJLIS PERASMIAN LADANG DOLE SEBIRO OLEH Y.A.B TAN SRI DATO’ SERI ABD KHALID IBRAHIM DATO’MENTERI BESAR SELANGOR

Tarikh: 20 April 2010 (Selasa)

Masa: 2.30 Petang – 6.00 Petang

Tempat: Di Laman 9, PKNS Bernam Jaya, Hulu Selangor

Pada majlis tersebut, YB Dato’ Seri Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bersama YAB Dato’ Menteri Besar akan membuat lawatan kerja ke Ladang Pisang Dole Sebiro yang merupakan ladang pisang terbesar di Malaysia. Dole Sebiro adalah wakil pengeluar tunggal tempatan yang dipilih oleh Dole Inc yang merupakan syarikat pengeluar pisang dan buah-buahan terbesar di dunia yang menguasai saluran pasaran dan tekonologi pertanian .

Majlis dianjurkan untuk melancarkan dan meraikan hasil tuaian pertama Ladang Pisang Dole Sebiro yang merupakan ladang pisang terbesar di Malaysia. Majlis akan menghimpunkan pekerja-pekerja Ladang Dole serta rakyat tempatan yang dijangkakan seramai 2,000 orang akan hadir.

Kit media akan diedarkan kepada pihak media sebaik sebelum majlis bermula.

2. MAJLIS PERHIMPUNAN PIMPINAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR

Tarikh: 21 April 2010 (Rabu)
Masa: 9 pagi
Tempat: : Auditorium Dato’ Abdul Hamid, Bandar Utama, Batang Kali, Hulu Selangor

Pada majlis tersebut, YB Dato’ Seri Penasihat Ekonomi Negeri Selangor akan menyampaikan ucaptama dalam menjana ekonomi melalui inovasi pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan turut menerima memorandum dari pimpinan PBT yang menyenaraikan masalah utama PBT untuk diberi tumpuan khas oleh Kerajaan Negeri selepas ini.

Majlis ini akan dihadiri oleh 300 jemputan terdiri daripada Pimpinan Tertinggi Majlis Daerah/Perbandaran/Bandaraya serta Ahli-ali Majlis Pihak Berkuasa Tempatan daripada seluruh Negeri Selangor.

Kit media akan diedarkan kepada pihak media sebaik sebelum majlis bermula.

Sekian, terima kasih.

PEJABAT PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR

Semua mantan PM kecuali Pak Lah minum arak


BN digesa menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak - kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.


Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.

"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.

"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.

Bercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."


"Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.

Bagaimanapun, Mustafa memberi jaminan, PAS tidak akan mengikut rentak parti lawan dengan mengambil pendekatan yang sama kerana strategi tersebut "orang PAS tidak pernah buat".

"Tidak, tidak, tidak. Maknanya nak beri tahu, kalau PAS nak main isu ini, dah lama dulu PAS boleh main. Tetapi PAS tak buat, kita jaga etika.

"Tetapi saya nak bagi tahu, kamu (Umno) main isu Zaid ini, kalau kita (PAS) hendak main, kita boleh sebut.

"Ini apa yang kamu buat dulu, sekarang pun kamu masih terus (terlibat)," katanya ketika disoal sama ada PAS akan mengikut rentak yang sama dengan Umno selepas ini.

Ditanya sama ada PAS mahu menjadikan isu tersebut sebagai "peluru terakhir" dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor kali ini, Mustafa sambil ketawa berkata:

"Tengoklah kalau (mereka) agas (sombong) sangat."

Katanya, isu melibatkan peribadi silam Zaid sengaja dimainkan Umno kerana parti itu tidak mempunyai sebarang lagi itu untuk "memukul" Zaid. mkini

tu dia aihhh

PARTI SNAP SERTAI PAKATAN RAKYAT


Parti Nasional Sarawak (Snap) secara rasmi menjadi anggota keempat Pakatan Rakyat, - menjelang pilihan raya kecil parlimen Sibu pada 16 April ini.


Mengumumkan kemasukan Snap hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tugas pertama parti itu ialah menyokong calon DAP yang akan bertanding di kerusi berkenaan.

Pengumuman calon Pakatan itu akan dibuat pada 27 April.

Snap adalah antara parti tertua di Sarawak dan pernah menjadi anggota parti pemerintah Barisan Nasional sebelum menjadi parti pembangkang.

Mereka tidak mempunyai sebarang kerusi di dewan undangan negeri Sarawak.

Ahad lalu, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan berjumpa di Sibu bagi memeteraikan kerjasama berkenaan.

Pada pilihan raya umum 2008, kekurangan penyelarasan menyaksikan pertandingan lebih dua penjuru di antara Snap, DAP dan PKR - satu tindakan yang memberi kelebihan kepada BN.

MP BN DI HADAPKAN KE MAHKAMAH SYARIAH


Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mukhtar Radin dan isteri Zizie Ezzete mengaku salah di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, atas dakwaan bernikah tanpa kebenaran.

Bung didakwa kerana berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, manakala Zizie didakwa dengan tuduhan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah terlebih dahulu.

Mahkamah menetapkan 18 Mei ini untuk hukuman. Kedua-dua mereka diikat jamin RM500 setiap seorang.

Pasangan pengantin baru itu hadir pada jam 8 pagi, turut didakawa lima saksi pernikahan termasuk dua saudara lelaki Zizie, atas dakwaan bersubahat dalam pernikahan itu.

Bung yang juga seorang ahli perniagaan bernikah dengan pelakon jelita itu pada 16 Disember lalu. -SH

KALAU NAK JADI CALON BN MESTI KENA CIUM TANGAN HAHHA

AYUH ANAK MUDA RAPATKAN SAF


Gambar sidang media Dr. Halili, keluar parti, jika diteliti gambar ini hahahaaa.... jelas ia sidang media orang di sebelah Halili bukan dia.....

Bila dapat sms subuh semalam menyatakan Halili akan keluar parti, selamba sahaja cheGuBard jawab 'Alhamdunillah...'

Siapa yang siap kata konon kata Dr. Halili ialah calon terbaik Hulu Selangor...? Kononya Anwar silap pilih Zaid dan kalau pilih Halili senang nak menang... hahahaaa... senang apa senang lompat ? Ingat kemenangan ramai sebelum ini kerana rakyat bukan kerana siapa dan siapa.... Jika kita rasa individu lebih besar dari perjuangan maka silalah cari pintu keluar.... alasan tidak susah pakailah alasan apa sahaja. Sudah tersedai buku menu alasan gunakan sahaja salah satu ada ambil beberapa seperti Anwar tidak bela Islam dalam isu Allah, Anwar anti Melayu atau paling tidak Anwar tidak tanya sudah sarapan atau belum hahahaaaaa....

Sebelum ini cheGuBard dan kawan - kawan sering dituduh tak ada disiplin.... hahahaaaa sekurang kurangnya time perang cheGuBard faham untuk fokus dan tak lari balik sebab tak dapat makan..... tak apa simpan dulu lepas pilihanraya kita sembur....

Biarlah ini proses pembersihan cuma kesian dekat Anwar, cheGuBard bukan 'Anwaris', cheGuBard sering bertelagah dengan Anwar dalam banyak perkara dalam mesyuarat pusat bukan menikus macam sesetengah orang dan hanya banyak cakap belakang Anwar itu dan Anwar ini tetapi bila depan Anwar cium tangan tetapi bila 'offer' besar blah.... cium tangan Anwar bodek tetapi kerja tak buat.....

Kepada Anak Muda Malaysia ayuh kita rapatkan 'saf' perjuangan kita kayuh juga walau payah... bukan kerana Anwar tetapi kerana 'perubahan' yang kita sama citakan demi masa depan negara.

cuma siapa lagi nak istihar keluar yer...??? lepas pilihanraya Hulu Selangor ini jumlah keluar akan lebih ramai dari jumlah ahli nampaknya..... hahahaha

Najib dinasihati APCO guna tema BN Mampu berubah di Hulu Selangor...hahaha berubah apa ? Kempen beli pun tetap sama cuma berubah dari segi nilai kali ini besar sikit.

TERKINI PR 51% BN 49%

Kedudukan dia antara BN dan PR tidak jauh bezanya,dengan isu arak dan lain2 lagi menyebabkan peratus semakin mengecil.Faktor isu dan taktik saat akhir memainkan peranan yang mampu merubah peratus sokongan pengundi.Jika peratus sokongan ini kekal hingga ke hari pengundian nescaya PR mampu menang dengan majoriti 1000 undi.Tetapi jika ia berubah dan terus berubah sehingga hari pengundian maka ia akan menyebabkan keadaan genting akan berlaku.

Bagi saya faktor isu dan perang saraf saat akhir mampu merubah keadaan.Ia bergantung juga kepada kecekapan PENGARAH STARTEGI di dalam mencorak.Jika salah percaturan buruk padahnya kepada PKR(PR).Angka ini senentiasa berubah-ubah mengikut keadaan semasa.

Kerja kempen untuk PKR perlu di pertingkatkan dan pendekatan mengikut kesesuaian semasa.KATA TUN MAHATHIR 'MENANG SATU UNDI PUN DI KIRA MENANG JUGA'

hidup harapan

DUN KEDAH AKAN DI BUBARKAN

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak khuatir jika masih ada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada pakatan pembangkang bertindak keluar parti sehingga menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PAS itu.

Sebaliknya beliau telah bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ianya benar-benar berlaku.

"Saya dengar macam-macam cerita sehingga sudah ada di antara Adun Umno yang bercakap siapa bakal menteri besar, tetapi saya langsung tidak khuatir, kerana jika ini (lompat parti) benar-benar berlaku, saya akan bubar DUN dan kita pulang semula kepada rakyat untuk menjadi hakim," katanya kepada Bernama hari ini.

Azizan diminta mengulas desas-desus yang semakin kuat kedengaran bahawa beberapa lagi wakil rakyat pakatan pembangkang di Kedah akan keluar parti sehingga menyebabkan kerajaan negeri hilang majoriti.

Sehingga kini kerajaan yang dipimpin pakatan pembangkang itu sudah kehilangan dua wakil rakyatnya apabila dua Adun daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Mohammad Radzhi Salleh (Lunas) dan Tan Wei Shu (Bakar Arang) bertindak keluar parti.

Kedua-duanya mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas.

Kerajaan Kedah kini menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN. Daripada jumlah itu PAS menguasai 16 kerusi, PKR (3 kerusi) dan DAP satu kerusi.

Barisan Nasional mempunyai 14 kerusi termasuk Kota Siputeh yang masih berada pada peringkat Mahkamah Rayuan selepas Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail tidak mengiktiraf Datuk Abu Hasan Sarif sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Mahkamah Tinggi sebelum itu memutuskan DUN Kota Siputeh sebagai kosong berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah selepas Abu Hasan didapati gagal menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut.

Monday, April 19, 2010

BOLEH JALAN LA......


"Kami telah jangkakan beliau keluar parti, sebab itu kami tidak memilihnya sebagai calon".

Ia adalah reaksi spontan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat (gambar) mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.

"Kami telah menjalankan kaji selidik mengenai latar belakang dan kami dapati beliau bukan seorang calon yang baik. Kenapa bukan calon yang baik? ..saya tidak bercadang mendedahkannya. Sebab itu kenapa kami tidak memilihnya," kata ketua penerangan PKR, Latheefa Koya.

Latheefa berkata, mereka sudah mendengar khabar angin bahawa pakar bedah itu mahu keluar daripada parti itu apabila bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim diumumkan sebagai calon parti bagi pilihan raya kecil ini Selasa lalu.

"Kami tidak terkejut. Jadi kami telah membuat keputusan yang tepat untuk tidak memilih beliau," katanya di Kuala Kubu Baru di sini hari ini.

Dr Halili, anak jati Hulu Yam di sini dan pernah menjadi doktor peribadi kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tetapi sebaliknya kepimpinan parti itu memilih Zaid.

Keputusan Dr Halili itu adalah perkembangan terbaru dalam rentetan tindakan pemimpin bahagian dan wakil rakyat PKR untuk keluar parti itu tahun ini.

Bagaimanapun, Latheefa berkata, tindakan keluar parti itu tidak memberi sebarang kesan kepada PKR dalam menghadapi pilihan raya kecil Hulu Selangor. - Bernama

PECAH TEMBELANG

Plan Datuk Salehuddin Hashim sebenarnya ialah ialah supaya Dr Halili Rahmat dicalonkan sebagai calon PKR, kemudian meminta Halili melompat agar BN menang tanpa bertanding. Tetapi plan itu gagal kerana telah dibocorkan ke pengetahuan pemimpin PKR lebih awal. Siapa yang bocorkan? Cakap siang pandang2, cakap malam dengar2, Salleh.

FB/AZIZI

PAMERAN GAZA

TERKINI....

Menurut sumber terbaru KETUA CABANG PKR HULU SELANGOR akan menuruti jejak DR HALILI...berita ini belum dapat di sahihkan tapi makin bertiup kencang....berita terbaru akan menyusul.....

PM CONTOH ONE MALAYSIA




PM ONE MALAYSIA...

Tuhan Selamatkan PKR Dari Dikencing Halili

TUHAN Maha Kaya dan Maha Mengetahui. Kalau Tuhan ingin menolong sesuatu pihak mudah saja, cukup bagi-Nya dengan mengatakan kun fayakun, jadi maka jadilah. Pengumuman Dr Halili Rahmat keluar darip PKR dan menyertai Umno hari ini adalah atas kehendak Tuhan.

Langkah Dr Halili dilihat pahit untuk ditelan, tetapi kalau diselami ia bertimbun dengan rahmat. Tuhan mengawalkan Halili menyertai Umno sebelum beliau menjadi ahli parlimen atau dalam keadaan beliau sudah menjadi ahli parlimen.

Apa kata, kalau beliau dipilih jadi calon Hulu Selangor dan kemudian menyertai Umno, tentu luka hati pentoyong dan ahli PKR makin parah. Sungai Coh, Ampang Pecah di Kuala Kubu Baru akan menjadi merah kerana disimbah darah kekecewaan ahli. Ahli akan menangis atas tindakan itu kelak.

Apabila Tuhan mengawalkannya membawa Halili ke dalam Umno ini bermakna Tuhan tidak mahu ahli PKR dan Pakatan Rakyat merasai kesedihan atasnya lebih parah lagi. Sekurang-kurangnya dengan Tuhan membuka pintu hati Halili menyertai Umno ia membolehkan ahli PKR cepat mencaari ubat membaluti kelukaan itu. Terima kasih kepada Halili.

Saya cukup yakin dan dari sumber yang diperolehi kenapa beliau tidak dipilih sebagai calon kerana sudah ada keraguan dan kesetiaan beliau kepada parti. Itulah yang menjadi dilema kepada Anwar Ibrahim dalam menimbangkan Halili dan calon lain menjadi calon. Anwar juga sudah tahu ke mana sahabat akribnya itu. Dan ia tidak menghirankan kalau Ezam Mohd Noor yang dikembangbiakkan oleh Anwar pun boleh meninggalkan dan mencerca Anwar sambil berlari ke rumah Umno apa dengan Halili dan orang-orang sejenis dengannya.

Apa lah Halili berbanding dengan Ezam dan lain-lain. Seorang pakar bedah saraf boleh dan pakar membedah tetapi dia tidak pakar dalam menilai saraf politik. Saya sebelum ini pun tidak pernah menulis dan mencatat nama Dr Halili ini menunjukkan nama itu hama dalam kamus politik saya.

Yang tinggal dalam Keadilan adalah mereka yang kental. Mereka yang suci hati dan nekad berjuang untuk melakukan perubahan demi rakyat. Pun begitu kesetiaan seseorang tidak boleh diukur. Hari ini mungkin setiap esok mungkin memungkiri segala persetriaan. Itulah manusia. Mereka yang rapuh, lemah semangat dan tidak tahan diugut dengan api perjuangan, akan menggeletar dan mengaku kalah kepada musuh.

Terima kasih kepada Halili kerana bersikap gentlemen menyertai Umno tidak dalam mendapat mandat rakyat. Pasti ahli PKR akan lebih kecewa kalau beliau bertindak seperti beberapa yang lain setelah berjaya memasuki ke parlimen yang dihampar karpet merah oleh rakyat kemudian berak dan kencingnya atas laluan itu.

Dalam usaha menganggui semangat dan jentera PKR saya percaya selepas ini calon bebas Melayu itu akan mengistyharkan diri dan menyokong Umno. Hari ini Chandran sudah berbuat demikian. Membatalkan niat dan menyatakan sokongan kepada MIC. Dari awal sudah diduga kenapa dan mengapa Johan Mat Diah menyertai pilihan raya berkenaan ia adalah strategi dan motif yang jelas.

Orang sudah tahu di mana akar politiknya. Ia bertunjang di Shah Alam Selangor. Kalau akar tunjuang sudah buruk sudah pasti akar cabang, akar rambut dan ranting serta daun-daun pokok berkenaan semuanya akan buruk dan akan layu yang mana akhirnya pokok itu akan menyembah bumi.

Saya percaya ahli PKR dan Pakatan Rakyat sudah memahi tribulasi ini. Makanya hadapilah hari-hari mendatang yang tersisa selama enam hari saja lagi dengan penuh semangat dan keyakinan kepada perjuangan yang tidak berbelah bahagi. Percayalah apa yang berlaku hari ini, esok dan lusa itu semua menandakan kedudukan UBN hari ini sdah benar-benar terdesak.

Ahli PKR dan penyokong Pakatan Rakyat perlu menjadikan tindakan berpaling tadah Halili itu sebagai penyunting semangat abru untuk berkerja lebih kuat lagi demi kemenangan PKR.

Ingatlah kemenangan sejati ialah bila kita mampu mempertahankan prinsip dan setia janji kepada rakyat bukannya bersikap hipokrit untuk melepaskan diri dan membalas dendam atas kekecewaan kerana sesuatu sebab. [*** 12:15 t/hati 18/04/10]

mso

GAMBAR PANAS....PECAH RAHSIA 25 TAHUN DULU



Masa nie aku baru umur setahun hahahah...inilah yang di katakan one beer for umno

BEKAS SU AGOUNG PKR JADI DALANG?

Mengikut sumber yang baru masuk,bekas SU AGUNG PKR terlibat di dalam proses keluar PKR pagi ini.Sebentar tadi BENDAHARI PKR HULU SELANGOR HALILI RAHMAT telah keluar PKR dan masuk UMNO...keluar cepat lagi bagus......

CALON BEBAS TARIK HAND BREAK...........


V S Chandran, bekas Timbalan Ketua MIC Hulu Selangor, sebagaimana dijangka dikatakan memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Chandran dijangka akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini, sekali gus mengurangkan persaingan kepada pertemuan tiga penjuru.

Mana-mana calon yang hendak bertanding perlu memaklumkan pendirian mereka kepada SPR sebelum 12 tengah malam ini.

Berdasarkan maklumat SMS diterima The Malaysian Insider, beliau dijadual mengadakan sidang media selepas itu.

Bagaimanapun usaha mendapatkan pengesahan langsung daripada Chandran gagal tetapi pembantu-pembantunya mengesahkan perkara ini.

“Ya, betul Chandran telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding kerana sebab-sebab tertentu,” kata sumber.

PANASSSS...FRUST TAK JADI CALON KOT...

Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat mengumumkan keluar parti dan menyertai Umno.

Mujur mamt nie tak jadi calon,kalau jadi calon menang semestinya dia pun jadi katak...lagipun selepas 1999 dia nie dah sloop.Biasa la tak tahan dolat keekek

Sunday, April 18, 2010

KEMBALI UPDATE....BAJU T-SHIRT BERHANTU..

Kalau di ikutkan sememangnya tidak mempunyai kesempatan untuk update blog,tetapi atas rasa tanggungjawab makan segala urusan biz akan di bekukan selama hari berkempen PRK HULU SELANGOR..sealam baru balik dari pusat penamaan calon.....

Terdapat satu cerita untuk di kongsi untuk kawan-kawan yang tidak berkesempatan untuk pergi.Cerita dimana saya dan kawan-kawan semalam hampir di tangkap bersama CG BARD di pusat penamaan calon PRK HULU SELANGOR.

Kami sekumpulan bersama SAAM(SOLADIRITI ANAK MUDA MALAYSIA) bergerak daripada tempat kami berkumpul sekitar jam 7.45.Tibanya kami ke KUALA KUBU BARU lebih kurang 8.30 pagi dan disambut dengan kesesakkan jalan raya yang baru terjadi.Bergerak di dalam kumpulan sebanyak 10 buah kereta menyebabkan perjalanan kami di ekori oleh individu yang tidak di kenali.

Setibanya kami di sana kami memasuki kawasan penamaan calon secara beramai an di perhatikan oleh pihak polis dari awal lagi.Kami semua memakai baju hitam dan di baju tersebut tertulis 'SIAPA ARAHBUNUH ALTANTUYA' sememangnya kami tahu risiko yang bakal di tangung.Semasa kami berkumpul ada seorang pemuda telah memberitahu kami bahawa ada sekumpulan polis sudah bersedia untk menangkap kami,yang utama akan di berkas adalah CG BARG.Kami terus di kepung oleh polis yang memakai vest hijau dan berpakaian biasa..

Tak semua penyokong PR sedar bhawa kami telah di kepung,CG BARG di arahkan supaya menanggalkan baju ataupun terbalikkan baju tersebut.Tetapi kami semua tetap berdegil dan mepersolkan tindakkan polis.Selepas itu kejadian tersebut telah di sedari oleh penyokong yang lain dan suasan menjadi tegang,acara memaki polis telah bermula.Suasanaenjadi panas dan terus panas.Kami terus di kepung dan kami juga mengepung cg bard agar tidak di tangkap,ramai orang terus menghimpit anggota polis berlaku tolak menolak.

Akibat tidak tahan dengan laungan 'reformasi' dari penyokong pakatan,polis cuba merampas pembesar suara dan pasa masa yang sama kami memebawa cg bard bergerak ke satu pentas ceramah iaitu di atas jeep.Suasan tegang memuncak apabila polis di halang dan di tolak.Satu keadaan yang tidak kami duga apabila orang ramai telah menghalang dan menolak polis,jumlah polis lebih 30 orang itu telah di tolakdan hampir terjatuh.Terdapat juga seorang penyokong yang bertengkar dgn seorang polis dan hamir berlaku tumbuk menumbuk.Memang tidak di duga tindakkan berani penyokong PR menyebabkan polis di usir dan di halang.Selepas kejadian itu keadaan terus panas dan acara ceramah di mulakan dengan penuh semangat.....

Rakyat sudah berani menghalang polis,mak cik-mak cik dan kakak-kakak juga sudah menjadi naik sheik dan memaki polis tanpa belas kasihan,kadang-kadang fikir padan muka juga heehe...

Liputan secara live dari HULU SELANGOR akan di lakukan






Friday, April 9, 2010

PENGUMUMAN

Salam to all.

Untuk makluman kawan-kawan blog ini akan di update semula dalam masa 2 minggu akan datang...Terima kasih..