SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Friday, October 29, 2010

SEPAK MULA SUDAH DI LAKUKAN......PILIH JANGAN TAK PILIH

Pemilihan pucuk pimpinan PKR bermula hari ini dengan 10 cabang di Kedah dan Kelantan - dari jam 10 pagi hingga 4 petang ini.

Mereka terdiri daripada lima cabang di Kedah dan lima lagi di Kelantan.

Di Kedah, cabang yang mengundi hari ini ialah Langkawi, Kubang Pasu, Alor Star, Kuala Kedah dan Pokok Sena.

Manakala di Kelantan ialah Tumpat, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang dan Pengkalan Chepa.

Ahli di 69 daripada 222 cabang PKR mengundi esok, lusa dan hari Ahad ini. Mereka ialah ahli tujuh cabang di Kedah, Kelantan (10), Pahang (14), Negeri Sembilan (8), Perak (17), Perlis (3), Pulau Pinang (6) dan Melaka (4).

Di Langkawi, proses pengundian berjalan lancar. Cabang itu mempunyai 3,313 ahli PKR yang layak mengundi hari ini.

Ketua cabangnya, Wan Salleh Wan Isa ketika dihubungi Malaysiakini berkata, sehingga jam 11.40 pagi tadi, kira-kira 200 sudah keluar mengundi.

Beliau menjangka, lebih ramai akan keluar mengundi selepas solat Jumaat hari ini.

Pengundin cabang Langkawi berlangsung di dewan orang ramai di Ulu Melaka.

"Kalau ahli yang keluar mengundi hari ini antara 800 hingga 1,000 kita menjangka keputusan akan diketahui kira-kira jam 7 malam untuk semua jawatan," katanya.

Mereka akan mengundi memilih timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengekalkan jawatan presiden tanpa bertanding.

Manakala ahli Pemuda dan Wanita akan memilih ketua, timbalan, naib dan exco masing-masing. Menurut pekeliling ibupejabat PKR, proses pengundian untuk memilih pucuk pimpinan parti itu akan berlangsung pada hujung minggu.

Pemilihan bagi jawatan timbalan presiden menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara dua naib presiden - Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub - serta penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

Bagi naib presiden pula, 17 calon layak bertanding jawatan tersebut, manakala 132 calon akan bersaing kerusi MPP.

Thursday, October 28, 2010

7 MISI ANSARI ABDULLAH


Sesungguhnya saya dengan ini menyatakan bahawa sekiranya diberi kepercayaan mewakili para pengundi Batu Sapi sebagai Ahli Parlimen P.185 Batu Sapi, bertekad akan melaksanakan misi-misi berikut:

Menyampaikan suara dan keluhan rakyat Batu Sapi ke Parlimen tanpa mengira agama, bangsa, kaum dan kedudukan.
Membela rakyat di Batu Sapi daripada berterusan menjadi mangsa penindasan oleh pelbagai pihak dan pemimpin yang tidak bertanggungjawab.
Bersama-sama dengan rakyat berusaha dan menuntut pembangunan kawasan Parlimen Batu Sapi mengikut keperluan dan kemampuan semua.

Merancang pelbagai program dalam usaha membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat di Batu Sapi.

Memastikan pelajar-pelajar di luar bandar dapat menikmati kemudahan yang terbaik bagi tujuan peningkatan tahap pendidikan mereka.

Membantu sedaya upaya mengurangkan tahap kemiskinan dan gejala sosial di kalangan masyarakat.

Berterusan berkhidmat penuh dedikasi dan sepenuh hati serta memberikan layanan yang terbaik untuk rakyat Batu Sapi tanpa pilih kasih dalam apa jua yang diperlukan.

Wan Azizah Bidas Umno-BN Hanya Pentingkan Rakyat Ketika Pilihan Raya


SANDAKAN 27 Okt – Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membidas sikap menindas kerajaan Umno-Barisan Nasional yang hanya memberi sedikit nikmat kepada rakyat apabila terpaksa mengadakan pilihan raya kecil disebabkan kekosongan sesebuah kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Merujuk kepada PRK Batu Sapi dan Galas yang akan diadakan serentak pada 4 November depan Dr Wan Azizah bagaimanapun yakin rakyat sudah matang dan bijak memikirkan sikap hipokrit BN terhadap kebajikan mereka.

“Adakah wakil rakyat perlu mati dahulu baru rakyat berpeluang merasa sedikit bantuan, kemudahan dan projek yang selama ini dinafikan kepada mereka oleh BN?

“Tanya dada tepuklah selera. Saya datang dari Semenanjung untuk berkempen dan bertemu dengan saudara dan saudari kemudiannya saya akan pulang. Keputusan terletak di tangan saudara, saudari sendiri untuk menentukan masa depan dan nasib yang lebih baik bagi anak-anak dan keluarga,” kata Dr Wan Azizah dalam ceramah kelompok yang diadakan di Kampung Karamunting Baru di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Karamunting semalam.

Beliau juga menyentuh mengenai konspirasi Umno-BN untuk menghalang kemenangan Pakatan Rakyat memperjuangkan keadilan bagi rakyat dengan melemparkan fitnah liwat terhadap Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali kedua.

“Kali pertama ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, mungkin kita faham kerana ada pihak yang hendak jatuhkan beliau. Saya masih ingat anak-anak saya masih kecil masa itu dan mereka tanya, ‘apa itu liwat mama’ tapi kali ini mereka semua sudah besar dan faham apa yang terjadi.

“Inilah kezaliman Umno-BN yang tidak henti-henti menabur fitnah dan tohmah. Sistem kehakiman dicarikkan tetapi kita mesti lawan dan mengemukakan hujah kita supaya rakayat akan tahu perkara yang sebenar.

“Allah tidak akan beri pertolongan saja-saja, sebab itu di pilihan raya ini kita akan terus berkempen dan berusaha kuat dan mendoakan kejayaan bagi pihak Pakatan Rakyat,” jelas beliau pada kira-kira 50 penyokong.

Mengimbas kembali ketika beliau bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada tahun 2004, Dr Wan Azizah berkata BN akan menggunakan apa sahaja untuk mengalahkan KEADILAN termasuk taktik kotor dan jahat.

“Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya akhirnya mengaju secara peribadi beliau membuang undi saya teapi alhamdulillah Allah bantu dan saya menang 400 undi. Ketika itu penyokong KEADILAN tidak tidur menjaga peti undi walaupun SPR bertegas mahu mengira semual undi keesokan harinya tapi kita tidak setuju. Berkat kesungguhan kita berjuang akhirnya kita berjaya jua.

“Begitu juga di Batu Sapi, walaupun payah saya berharap rakyat akan sokong kita dan penyokong dan semua petugas bekerja kuat untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat. Saya berharap perubahan di Sabah dan Malaysia bermula di Batu Sapi,”
tegas beliau lagi.

Tuesday, October 26, 2010

MENGGALAS BATU SAPI


LAPORAN LANGSUNG Proses penamaan bermula jam 9 pagi bagi pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah dan DUN Galas di Kelantan.

8.00am - Di Batu Sapi, lalulintas sesak di sekitar dewan masyarakat Sandakan, yang menjadi pusat penamaan calon kerana sebelah laluan jalan ditutup.

Penyokong BN yang membawa bendera berhimpun di depan dewan. Tempat penyokong BN berhimpun ialah di Padang Besar Sandakan, kira-kira 500 meter dari pusat penamaan calon.


Di Galas, lalulintas lancar. Cuaca juga baik. Ratusan penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di depan Masjid Tengku Faiz Petra, yang terletak tidak jauh dari pusat penamaan calon.

8.15am: Penyokong bukan Islam berkumpul di luar masjid menuggu solat hajat selesai.
Perarakan ke pusat penamaan calon akan bermula selepas solat hajat.

8.20am: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di masjid diikuti oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz.

8.45am: Lebih 5000 penyokong telah hadir dan berbaris sepanjang jalan bermula dari masjid menuju ke pusat penamaan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, kira-kira 700 meter dari masjid.


9.00am: Nik Aziz menangis ketika membaca doa selepas selesai solat hajat diikuti laungan amin oleh para penyokong.

9.02am: Pusat penamaan calon di Batu Sapi dibuka dengan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya bersedia menerima kertas pencalonan daripada mereka yang berhasrat bertanding.

9.05am: Di Galas, calon BN Abdul Aziz Yusof tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi Setiausaha Agung BN Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, Naib Presiden MCA Datuk Dr Ng Yen Yen dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


Turut mengiringi Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

9.06am: Di Batu Sapi, calon PKR Ansari Abdullah adalah yang pertama tiba untuk menyerahkan borang penamaan. Sambil tersenyum, beliau melambai kepada penyokongnya sebelum menuju ke kaunter pencalonan.

Seminit kemudian, ketua SAPP, Datuk Yong Teck Lee pula memasuki dewan untuk menyerahkan borangnya.


9.10am: Calon PBS yang mewakili BN Linda Tsen menyerahkan borang pencalonannya. Semua ketiga-tiga calon utama kemudiannya bersalaman.

9.11am: Di Galas, penyokong Pakatan yang dianggarkan kira-kira 1,000 orang mula berarak dari masjid dengan diketuai oleh naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang diiringi pemimpin Pakatan yang lain.

Sebelum itu, dengan diimamkan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mereka menunaikan solat hajat di masjid berkenaan.

Kehadiran mereka disahut dengan takbir oleh penyokong di sepanjang jalan berkenaan menuju ke pusat penamaan calon.

9.19am: Penyokong Pakatan di Galas dihalang oleh sekatan, namun mereka terus berselawat dan melaungkan takbir.

9.22am: Di Batu Sapi, semua tiga calon utama - Ansari Abdullah (PKR), Yong Teck Lee (SAPP) dan Linda Tsen (BN-PBS) - telah mengemukakan borang masing-masing dan menikmati minuman ringan. Masih belum ada calon Bebas yang tampil mengemukakan borang pencalonan meskipun sebelum ini SPR melaporkan lebih 27 borang pencalonan sudah dibeli.


Di Galas, berlaku ketegangan seketika apabila sekatan berkenaan menyukarkan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad yang cuba ke pusat penamaan calon di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Daerah Gua
Musang. Ia diburukkan lagi dengan ribuan penyokong yang membanjiri kawasan sekitar. Polis kemudiannya menggunakan pembesar suara meminta orang ramai supaya memberi laluan kepada Dr Zulkefli.


9.23am: Dr Zulkefli Mohamad akhirnya berjaya melepasi sekatan polis. Beliau diiringi oleh presiden PAS - Datuk Seri Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS - Nasharudin Mat Isa, naib presiden PKR - Azmin Ali, Menteri Besar Selangor - Tan Sri Khalid Ibrahim dan supremo DAP supremo Lim Kit Siang.

9.30am: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad memasuki dewan.

9.39am: Penyokong PAS dan beberapa pemimpin Pakatan cuba memasuki dewan penamaan calon, tetapi polis hanya membenarkan mereka yang mempunyai pas sahaja masuk. Antara mereka yang tidak dibenarkan masuk ialah ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.


9.44am: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim keluar dari kawasan VIP dan membuat ucapan ringkas kepada penyokong Pakatan. Beliau menggesa mereka bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon Pakatan pada 4 November ini.

9.48am: Di Batu Sapi, keadaan lebih tenteram di luar pusat penamaan calon. Penyokong dan pemimpin ketiga-tiga parti yang bertanding bergaul dengan satu sama lain tanpa sebarang ketegangan.

10am: Pegawai pilihan raya SPR di Batu Sapi memaklumkan bahawa tempoh penamaan calon telah berakhir.


Hanya tiga calon mengemukakan borang mereka.

Mereka adalah Ansari Abdullah (PKR), Yong Teck Lee (SAPP) dan Linda Tsen (BN-PBS).

Nama mereka dipamerkan di papan kenyataan untuk semua pihak membuat bantahan jika ada. Tempoh masa untuk berbuat demikian adalah dari 10 hingga 11 pagi.

Di Galas, pegawai pilihan raya juga membuat pengumuman yang sama. Katanya, hanya dua calon yang telah mengemukakan borang mereka.

Mereka adalah - Dr Zulkefli Mohamad (PAS) dan Abdul Aziz Yusof (BN-Umno).


10.10am: Di Batu Sapi, penyokong ketiga-tiga parti memulakan kempen dengan melaungkan slogan dan kata-kata semangat masing-masing.

Yang paling lantang adalah, penyokong Pakatan dengan jeritan "Batu Sapi, kita tawan" dan "Reformasi", menenggelamkan teraiakan oleh pihak BN, yang kebanyakannya mereka terdiri daripada ahli Puteri Umno.

Penyokong SAPP pula dilihat kurang memberi reaksi dalam 'perang mulut' itu dan lebih berminat mengibarkan bendera parti sahaja.

10.14am: Di Galas, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat ucapan ringkas dengan laungan takbir oleh penyokong Pakatan. BN pula membalas dengan paluan gendang mereka.


Membuat ucapan politik serta membawa peralatan muzik adalah antara perkara yang dilarang semasa penamaan calon oleh SPR.

Polis kemudiannya mengarahkan Khalid berhenti membuat ucapan kerana tempoh berkempen belum bermula. Beliau mematuhi arahan berkenaan, namun paluan gendang daripada BN dibiarkan terus bergema.

10.31am: Seorang komander Pasukan Gerak Am yang berpakaian tentera memeriksa kedua-dua sekatan yang didirikan oleh PAS dan juga Umno.


Beliau disindir oleh penyokong PAS yang memberikan tepukan dan berkata "Datuk jadi calon!" dan " Baju dah hijau tu" sambil disambut dengan gelak ketawa oleh mereka yang hadir.

Bagaimanapun bahang matahari yang berterusan akhirnya menyaksikan penyokong PAS mula keletihan dan berehat seketika. Paluan gendang BN juga mula lesu sebelum berhenti seketika juga.

Zon penampan 180m yang didirikan bagi mengelakkan kedua-dua parti itu daripada bercampur berjaya mengurangkan ketegangan. Ia berjaya penyokong kedua-dua pihak mengejek satu sama lain yang mungkin boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini.


11.00am: Tempoh bantahan berakhir.

11.15am: Di Batu Sapi pula, pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan mereka yang layak bertanding adalah Linda TsenAnsari Abdullah (BN-PBS), (PKR) dan Yong Teck Lee (SAPP).

Tiada bantahan yang diterima.

11.32am: Di Galas, pegawai pengurus pilihan raya Wan Mustapha Wan Abdul Hamid mengumumkan nama kedua-dua calon itu - Dr Zulkefli Mohamad (PAS) dan Abdul Aziz Yusof (BN-Umno) layak bertanding.

Meskipun terdapat satu bantahan, namun ia ditolak oleh Wan Mustapha.

Pengumuman itu disambut dengan sorakan bergemuruh para penyokong kedua-dua parti itu.

Monday, October 25, 2010

ANSARI CALON PR DI BATU SAPI


Ansari Abdullah,56, diumumkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat untuk menggalas tugas besar dalam Pilihanraya Kecil P185 Batu Sapi.

Beliau merupakan seorang peguam yang banyak membela kes-kes tanah di Sabah.

Menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi PKR dan Ketua Cabang Tuaran. Ansari yang lahir pada 11 Ogos 1954 mengambil jurusan Undang-undang di Universiti Malaya.

Anwar mengumumkan perkara demikian pada jam 5. 03 petang di Dewan Hakka Batu 6 Sandakan di sini.

Turut bersama dalam pengumuman ini ialah Presiden PAS ,Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan pimpinan Pakatan Rakyat. Serentak dengan pengumuman itu hadirin memberikan tepukan dan sokongan kepada calon yang diumumkan bagi membawa misi besar Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Bawah Bayu ini.

Tegas Anwar calon yang diumumkan akan membawa perjuangan membela rakyat Sabah terutamanya isu tanah ke peringkat lebih tinggi.

Hadi dalam ucapannya menegaskan walaupun pilihanraya 4 November di Batu Sapi merupakan satu pilihanraya kecil namun memberi makna besar kepada Sabah dan negara.

Tegas Hadi Awang, walaupun pilihanraya ini pilihanraya kecil namun memberikan makna yang besar kepada Sabah dan negara.

“Rakyat diberi peluang untuk menjadi hakim siapakah yang akan memimpin kerajaan. Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi merupakan pilihanraya ke-13 sejak Pilihanraya Umum ke-12 pada Mac 2008 lepas.,”kata Hadi.

Sebelum itu pimpinan Pakatan Rakyat Sabah memberikan ucapan yang senada dan komitmen untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dan memberikan kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat.

Lebih 5,000 orang memenuhi dewan yang terletaknya lebih kurang 10 kilometer daripada pusat bandar Sandakan.

Sementara itu, Dewan Masyarakat Sandakan akan dijadikan pusat penamaan calon pada Selasa 26 Oktober dan pusat penjumlahan rasmi 4 November ini.

Sebanyak 12 pusat mengundi iaitu enam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong dan enam lagi di DUN Karamunting dibuka, dan sebuah bot akan disediakan untuk kegunaan petugas ke satu pusat mengundi yang terletak di sebuah pulau, iaitu Pulau Timbang.

Pengundi berdaftar yang digazetkan bagi kawasan Parlimen tersebut sehingga 9 Oktober lepas ialah 25,582 orang iaitu 24,047 pemilih biasa dan 1,535 pengundi pos.

Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong selepas penyandangnya dari Barisan Nasional (BN) Datuk Edmund Chong Ket Wah terbunuh dalam satu nahas jalan raya pada 9 Oktober lepas.

Pada perkembangan lain,Datin Linda Tsen Thau Lin, isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah yang juga Timbalan Ketua Wanita PBS Elopura diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) .

Friday, October 22, 2010

CALON PR DUN GALAS

GUA MUSANG, 21 Okt – PAS memilih Timbalan Yang Dipertuanya bagi kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad sebagai calonnya mewakili Pakatan Rakyat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil bulan depan.

Beliau pernah bertanding di kerusi Parlimen menentang Tengku Razaleigh Hamzah pada 8 Mac 2008 tetapi tewas.

Nama bakal calon itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan di sini malam ini.

Turut hadir Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan 4 November ini dan hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Oktober ini.

Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima dari PAS akibat kanser usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Che Hashim berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi. MI

Thursday, October 21, 2010

HMMMMM.....LIDAH BIAWAK DI KEDAH.

Oleh: Mandor


SETELAH dihentam oleh beberapa blog, akhirnya YB Gobala menyebut beliau bukan berniat untuk keluar parti apabila mengkritik JPP di dalam pemilihan pimpinan PKR baru-baru ini. "Belum terfikir buat masa ini untuk keluar parti', begitu lebih kurang kata-kata YB Gobala. Buat masa ini? Masa akan datang, belum tahu.

Apa pun kata beliau, kita lihat dahulu setakat mana pendiriannya terhadap parti. Sejarah ada bukti orang yang bercakap begitu, akhirnya `lidah menjadi biawak'. YB Zul Kulim dahulu pun pernah sebut tidak akan tinggalkan parti, tetapi beliau terus mencari jalan untuk `dikeluarkan' dari parti. Akhirnya `doa' YB Zul Kulim dimakbulkan. Mungkinkah YB Gobala telah berguru dengan MP Kulim Bandar Baru itu? Jika tidak, bagus lah dan jika benar pun bagus juga./mandor.blogspot.com

Monday, October 18, 2010

AIR SEJUK SAHAJA


Ketika kawan-kawan yang bertanding sibuk berkempen,terasa pula untuk membuat sedikit ulasan.Ia bertitik tolak daripada proses PENCALONAN tempoh hari yang memperlihatkan DEMOKRASI itu subur.Di dalam suasana medan di buka seluas2nya iaitu setiap calon di benarkan berucap selama 3 minit tiap seorang,maka bergegak gempitalah stage yang di sediakan oleh PARTI KEADILAN RAKYAT pada hari itu.Ada yang secara terang terangan menyokong si polan dan si polan dan tidak terlepas juga ada yang mengkritik JPP(JAWATANKUASA PEMILIHAN PUSAT) sehingga ada yang terperanjat dibuatnya.Ada yang pasang BANNER dan ada yang menghasilkan lencana tanda sokongan kepada seseorang calon.Inilah fenomena yang baru untuk di abadikan sebagai sejarah POLITIK MALAYSIA.

AMK juga tidak kurang hebatnya,dengan memperlihatkan pertandingan 2 penjuru di antara SHAMSUL ISKANDAR dan CHEGU BARD.Senario pemilihan KETUA AMK MALAYSIA kelihatan ada keunikkan,ia kerana keputusan last minit KETUA AMK MALAYSIA ingin mempertahankan jawatannya amatlah sesuatu yang surprise buat ahli keadilan.Sebelum ini beliau telah mengumumkan untuk bertanding NAIB PRESIDEN,mungkin malam kini panjang mimpi pun bermacam-macam akhirnya pertandingan 2 penjuru untuk jawatan KETUA AMK PUSAT.

Semalam saya sempat ke MAJLIS MEMPERKENAL CALON MPP dan TIMBALAN serta NAIB PRESIDEN di PULAU PINANG.Program yang boleh di anggap berjaya.Mesej setiap calon sampai kepada hadirin yang hadir serta istimewanya di luar dewan hanya ada AIR SEJUK sahaja yang di hidangkan.Jangan kita lupa KOD ETIKA pemilihan,iaitu di larang membuat majlis makan.Tetapi sebelum ini di benar kerana adanya MAJLIS BUKA PUASA dan HARI RAYA,apa pun sekrang PUASA dan RAYA dah habis maka tiadalah alasan yang sesuai untuk berkempen sambil makan.

Berputar dan bergeraklah semua calon bertebaran seluruh MALAYSIA untuk berkempen,untuk jawatan MPP sahaja jumlah calon yang menawarkan diri seramai 130 lebih,cuma 20 yang terteinggi sahaja yang terpilih.Nilailah dan renungkanlah siapa yang akan anda pilih.SELAMAT BERKEMPEN KEPADA SEMUA CALON

HIDUP HARAPAN

Friday, October 15, 2010

TAIB MAHMUD PULAK..


Bekas pekerja empayar firma perniagaan yang dimiliki oleh keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijumpai mati Ahad lalu di sebuah bilik hotel di Los Angeles dengan sebuah beg diikat di kepalanya.

Ross J Boyert, 60, adalah bekas ketua pegawai operasi Sakti International - firma hartanah yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang dimiliki oleh keluarga Taib.

"Menurut spekulasi, dia mungkin membunuh diri, tetapi pihak koroner masih menangguhkan keputusan sementara menunggu siasatan lanjut,” kata laman sesawang anti-Taib Sarawak Report, yang sebelum ini banyak mendedahkan berita 'mengejutkan' berhubung keluarga ketua menteri itu.

Menuruk Sarawak Report, Boyert telah berkhidmat selama 12 sebagai pengurus yang mengendalikan beberapa blok pejabata dan unit kediaman yang dimiliki oleh keluarga Taib di San Francisco dan Seattle.

Sakti International dianggarkan memiliki hartanah bernilai US$80 juta (RM258 juta). Antaranya adalah Bangunan Abraham Lincoln yang setinggi 14 tingkat yang didakwa mempunyai sistem keselamatan yang canggih. Bangunan ini menempatkan pejabat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) cawangan Seattle dan unit pencegahan pengganas - Washington Fusion Centre.

Boyert adalah pegawai yang bertanggungjawab bagi membantu Sakti International memujuk FBI menempatkan cawangannya itu di bangunan berkenaan pada 1998.

Selain Bangunan Abraham Lincoln, hartanah utama Sakti yang lain termasuk 260 California Street, San Francisco, yang penyewanya termasuk Citibank.

Boyert mengambil-alih pengurusan Sakti International yang tenat pada 1994 daripada anak Taib - Sulaiman - yang ketika itu seorang pelajar di California.


Sulaiman, yang sekarang ini adalah ahli parlimen mengambil-alih kerusi bapanya di Kota Samaharan. Beliau meletak jawatan sebagai timbalan menteri pelancongan tahun lalu dengan alasan faktor peribadi. Menurut khabar angin, Sulaiman sekarang menghadapi masalah kesihatan.

Diketepikan keluarga Taib

Menurut Sarawak Report, Boyert meninggalkan Sakti International pada 2006 setelah persaingan yang tidak sihat berlaku di kalangan keluarga Taib.

"Butiran berhubung apa yang terjadi ke atasnya boleh didadapti daripada rekod samannya di mahkamah di California. Rekod berkenaan membekalkan beberapa maklumat di sebalik pendedahan kepentingan hartanah yang dimiliki oleh Taib yang dibuat oleh Sarawak Report,” lapor laman sesawang itu.

Taib, yang memerintah Sarawak sejak 1981, disebut sebagai antara rakyat Malaysia yang terkaya dan mempunyai kepentingan perniagaannya baik secara langsung ataupun melalui pihak ketiga di dalam dan juga di luar negara.

Antara konglomerat yang menonjol kepunyaan keluarganya adalah Cahaya Mata Sarawak Bhd, yang banyak diberikan kontark membina infrastruktur di Sarawak.

Menurut notis saman yang dikemukakan oleh Boyert, Sulaiman menjanjikan beliau 50 peratus keuntungan Sakti International jika berjaya menyelamatkan syarikat itu.

Namun, Sulaiman yang kurang cekap kemudiannya digantikan sebagai pengarah tunggal dengan menantu Taib yang berbangsa Kanada, Sean Murray - suami kepada seorang lagi anak Taib - Jamilah. -mk

Wednesday, October 13, 2010

IBRAHIM ALI HILANG GELARAN 'DATUK'

Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.


Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'Datuk' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan.

Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

“Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.


Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka,” katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini.

Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bagi.

“Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,” katanya.

Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.

MALAYSIAKINI

Monday, October 11, 2010

PANASS......ABD RAHMAN PALIL


Apabila terdapat dakwaan menyatakan wujudnya seorang Ahli Dewan Undangan Negeri melindungi suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, maka pelbagai tandatanya timbul, yang yang utama: Siapa ADUN tersebut?

Di dalam beberapa kes "orang hilang" dan kes terbaru iaitu pembunuhan Datuk Sosilawati bersama dengan tiga yang lain, didapati ianya menunjukkan tentang penglibatan suspek dalam urusan tanah dan malaysikini hari ini mendedahkan tentang wujudnya penglibatan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Abdul Rahman Palil di dalam sekurang-kurangnya satu syarikat yang di jalankan oleh suspek pembunuhan kejam berkenaan.

Penglibatan Abdul Rahman Palil sebagai seorang Pengarah di dalam syarikat yang dijalankan suspek menimbulkan persoalan sajuh manakah perlindungan politik yang telah dinikmati oleh suspek sebelum penahanannya.

Malaysiakini hari ini ada melaporkan:




The involvement of a former Selangor exco member in the business dealings of at least one of the suspects in the Banting murders has raised questions of how much political backing the lawyers implicated in the case enjoyed before their arrest last month.

According to Companies Commission of Malaysia (CCM) documents obtained by Malaysiakini, former Selangor exco member and Sementa state assemblyperson Abdul Rahman Palil was a director in Ample Quality Sdn Bhd along with one of the suspects in the murder of cosmetics millionaire Sosilawati Lawiya and three others.



Abdul Rahman Palil pernah di dalam tahun 2006 diberikan notis bankrap sewaktu beliau masih seorang exco Selangor.

Selain itu Abdul Rahman Palil dikatakan telah mengaut keuntungan berlipat kali ganda di dalam kes penjualan tanah di dalam kes PKFZ. Hal ini pernah didedahkan oleh Exco Dewan pemuda Pas Perak.



Exco Dewan Pemuda PAS Perak, Saudara Mohd Hafez Sabri mendakwa tidak mustahil Umno mengaut rasuah yang lebih besar dari skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dinilaikan RM12 billion sekarang, bersandarkan pada beberapa kes yang melibatkan ‘orang penting dalam Umno dan MCA sebelum ini.

Menurut beliau , “Sebelum ini, kita banyak membincangkan watak-watak pemimpin MCA, sehingga menenggelamkan watak sebenar (serta) kepentingan politik Umno itu sendiri. Keyakinan saya, Umno lebih banyak mendapat faedah dari skandal PKFZ terbabit berdasarkan beberapa pendedahan sebelum ini.”

“(Antaranya) membabitkan Dato’ Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor/Umno) iaitu Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) menjual tanah hanya RM3 sekaki persegi kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB). Kemudian, beliau (Rahman) juga selaku Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) bersetuju untuk membeli (semula) tanah tersebut daripada KDSB dengan harga RM25 sekaki persegi.” jelasnya.

“Ini bermakna dia (Rahman) dapat keuntungan 8 kali ganda (lebih kurang RM1.8 billion, termasuk faedah) dari skandal pembelian tanah tersebut.” jelasnya.

Beliau juga mempersoal kengganan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas demi membongkar penyelengan serta rasuah di PKFZ itu.

“Kalau Dato’ Najib serius, seharusnya ia mendahulukan laporan PAC dalam sidang Parlimen depan seterusnya membentuk sebuah suruhanjaya diraja yang bebas. Skandal rasuah itu melibatkan beberapa individu dalam Lembaga (PKA) sendiri, bagaimana sebuah jawatan kuasa di bawahnya boleh melaporkan sesuatu tentang ‘Tuan Lembaga’nya sendiri. Ia sesuatu yang mustahil dan diragui.”


Malah di dalam pilihanraya yang lalu, Abdul Rahman Palil telah didakwa bahawa beliau telah membeli calon PKR bagi membolehkannya menang tanpa bertanding di DUN Sementa pada hari pencalonan tersebut. Ketua Pemuda PKR Kapar Suzaimi Salam yang diumumkan untuk bertanding di kerusi DUN Sementa melawan Abdul Rahman Palil gagal hadir dan dikatakan bercuti di Port Dickson.

Justeru itu, rakyat seluruhnya mengharapkan satu siasatan penuh dilakukan untuk mempastikan setakat mana wujud perlindungan politik yang diberikan oleh bekas exco kerajaan Selangor berkenaan kepada suspek sehingga sudah sekalian ramai menjadi mangsanya.

GREENBOC..

Thursday, October 7, 2010

PEMILIHAN 2010:KELEMAHAN YANG BOLEH DI PERBAIKI

Ketika ini berakhir sudah pemilihan PKR 2010 yang mempeliihatkan beberapa kecacatan yang boleh di perbaiki.Apa pun pemilihan kali ini mencipta satu sejarah tersendiri di dalam lanskap politik MALAYSIA.Mahu tidak mahu PARTI KEADILAN RAKYAT adalah parti yg pertama melakukan proses pengundian bersifat satu ahli satu undi,ia dapat di jalankan walaupun ada kelemahan yg perlu di perbaiki.

Berakhirnya pemilihan perngkat cabang,maka bermulalah era baru kepimpnan yg di plih di setiap cabang.Ujan dan homework yang perlu d selesaikan oleh KETUA CABANG yang baru,KETUA PEMUDA dan tidak ketinggalan KETUA WANTA yang baru akan di perhatikan oleh setiap ahli dan pimpinan cabang masing2.Soal pengurusan cabang dan juga pentadbiran perlu di titik beratkan agar ketua-ketua yang baru ini di lihat berkesan d dalam mentadbir.Soal menang kalah sudah menjadi kenangan,kepada yang menang teruskan kerja kerana banyak mata akan memerhati.

Berbalik kepada isu kontroversi perjalanan pemilihan yang di lihat perlu di perbaiki dengan kadar yang segera.Sememangnya PARTI KEADLAN RAKYAT menyediakan saluran untuk membuat bantahan tetapi adakalanya tidak dapat memuaskan hati banyak pihak.Terdapat beberapa kelemahan di dalam pemilihan PART KEADILAN RAKYAT yang perlu di ambl perhatian agar tidak berulang,seperti kekurangan pengawas ketika proses pemilhan,maksudnya di sini pengawas pemilihan dari luar kawasan yang bertandng,adalah lebih baik dari negeri yang lain.Masalah ini berlaku di beberapa cabang yang mengadakan pemilihan,iaitu pengawasnya terdiri daripada AJK cabang yg bersebelahan cabang yang membuat pemilihan.Sebangai CONTOH pemlihan cabang PADANG SERAI diadakan,pengawas yang bertugas pula kebanyakkannya daripada CABANG KULIM BB.Untuk mudah d fahami cabang PADANG SERAI dan KULIM BB berjiran,semestinya ia menmbulakn ketidakpuasan hati.Ditambah pula ada beberapa dakwaan yang tdak perlu di jelaskan di sini.

Ketegasan pengawas adakalanya di persoalkan,mungkn ini kali pertama dan kita dapat menerima ni sebagai proses pembelajaran yang berguna di masa hadapan.Ini dua perkara yang perlu di ambl perhatan oleh JPP untuk d perbetulkan semoga pemilihan yang akan datang bertambah kualiti dan tersusun.Banyak lagi kelemahan yang tidak perlu saya jelaskan di sini mungkin akan menimbulkan kontrovesi bagi sesetengah pihak.Bagi saya sekalung perhargaan kepada semua AHLI KEADILAN di seluruh MALAYSA yang menjalankan tanggungjawab sebagai ahli dengan baik.

Untuk KETUA-KETUA CABANG yang baru,selamat bekerja dan jangan lupa bahawa barisan andalah yang akan mengharungi PRU13 bersama pmpinan cabang masing-masing....

AKAN DI KEMASKINI SEPERTI BIASA MULAI 8 OKTOBER 2010