SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Sunday, December 21, 2008

APA AKAN JADI KEPADA IJN??

Apa sudah jadi kepada IJN(INSTITUT JANTUNG NEGARA) sehingga kepentingan di dalam IJN di ambil alih oleh kumpulan konglomerat iaitu SIME DARBY,walaupun hasrat untuk menguasai IJN di tangguh kerana desakan dari pihak yang tidak berpuas hati khususnya parti2 dari PAKATAN RAKYAT.Rakyat khususnya akanterbeban sekiranya IJN di kuasai oleh badan koprat yang semestinya mementingkan keuntungan dari berbakti kepada rakyat walaupuan sebelum ini ia tidaklah sangat nampak semacam membela rakyat namun apabila di kuasai oleh SIME DARBY sesungguhnya rakyat aakn terus di perbodohkan.Jika kita lihat nama hanya INSTITUT JANTUNG NEGARA tetapi IJN tidakberkhidmat seperti yang di harapkan, itu sebelum di ambil alih oleh SIME DARBY jika terjadinya pengambil alihan semestinya semakin teruk kita di tipu dan di aniaya.Saya ada pengalaman berurusan dengan IJN.Pada 2002 ayah saya pernah di masukkan ke IJN akibat daripada masalah jantung dan memerlukan pembedahan yang segera untuk memulihkan kembali saluran jantung yang tersumbat,ketika itu ayah saya tiada insuran peribadi untuk di guna pakai, jumlah kos pembedahan di anggarkan sekitar rm 13000.Keluarga saya bukan dari keluarga yang senang ketika itu dan kami merayu untuk di kurangkan kos tersebut.Setelah berbincang dengan pihak pemngurusan IJN akhirnya di kurangkan sebanyak 50 peratus dari RM 13000.Bermakna kami perlu mengeluarkan sekitaR RM6500 UNTUK MENJALANKAN PEMBEDAHANAYAH SAYA.Setelah berbincang dengan adik beradik makan usaha di jalankan untuk mencukupan jumlah RM6500 tersebut. Dalam pada waktu itu ayah saya sudah berada di WAD IJN di dalam bilik CCU(CARDEOLOGI CARE UNIT)Hasil daripada bantuan adik beradik dapat di kumpulkan sebanyak RM6000 sahaja tak cukup lagi RM500.Nak di jadikan cerita pada malam itu ayah saya kembali sakit dalam keadaan duit masih tidak mencukupi pihak IJN tidak melakukan pembedahan alasan mereka inginkan duit yang mencukupi baru pembedahan dapat di jalankan,pendek kata selagi tak ada duit tak akan di jalankan pembedahan walaupun apa keadaan sekali pun ini menunjukkan pihak IJN ketika 2001 hanya mengutamakan duit tanpa mengira nyawa manusia.Cuba kita bayangkan jika SIME DARBY berjaya mengambil alih IJN,apa akan jadi kepada IJN??adakan rakyat akan di utamakan?selepas di ikhtiar untuk mencukupkan wang untuk pembedahan ayah saya akhirnya saya menggunakan wang simpanan saya untuk mencukupkan kos tersebut,wang yang saya gunakan itu tujuan asalnya untuk melunaskan ansuran bulanan motosikal saya yang tertunggak namun saya korbankan demi ayah saya.Setelah duit mencukupi baru pihak IJN menjalankan pembedahan tetapi cuba kita bayangkan sekiranya ada rakyat yang tidak dapat menyediakan wang yang mencukupi?Setelah selesai menjalankan pemedahan ke atas ayah saya kami pun pulang ke rumah setelah hampir seminggu saya sekeluarga berada di KL,apabila tiba di rumah motosikal saya di tarik oleh pihak kedai kerana gagal melunaskan bayaran bulanan.Apakan jaminan kepada rakyat sekiranya SIME DARBY mengambil alih?

No comments: