SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Wednesday, November 25, 2009

KETUA KAMPUNG OH KETUA KAMPUNG

Setelah KEDAH berjaya di rampas oleh PR daripada tangan BN,PR telah melantik MKK(MAJLIS KETUA KAMPUNG) sebagai perantaraan rakyat dan kerajaan negeri KEDAH.Bukan hanya di kampung sahaja adanya MKK walhal di taman-taman perumahan juga di wujudkan ketua kampung yang di gelar KETUA KAMPUNG KOMUNITI.Maka setiap kampung di lantik seorang wakil samaada ahli PAS,PKR atau DAP dengan harapan mereka ini boleh membantu KERAJAAN NEGERI.Di tambah pula baru-baru ini KEDAH di landa bencana banjir,ketika inilah KETUA KAMPUNG perlu berfungsi sebagai jambatan untuk menghulurkan sumbangan KERAJAAN NEGERI kepad mangsa banjir.Ketua kampung bukan setakat menjadi tukang cop borang tetapi sebagai mata dan teling untuk PR dan juga KERAJAAN NEGERI KEDAH itu sendiri

Secara realitinya hari ini kelihatan KETUA KAMPUNG mahupun KETUA KAMPUNG KOMUNITI masih tercari-cari cara untuk menjalankan tugas.Tugas KETUA KAMPUNG bukan sekadar meminta bantuan tetapi juga sebagai satu entiti yang melancarkan program serta menguruskan segala mak nenek permohonan di dalam kawasan kampung tersebut.Tetapi yang mengecewakan dan meyedihkan KETUA KAMPUNG tidak mempunyai borang untuk mengambil data penduduk ataupun untuk membantu mangsa bencana mendapatkan bantuan.SIAPAKAH HARUS DI PERSALAHKAN?apabila di tanya kenapa tidak ada borang khusus,jawapannya SAYA TAK TAHU.Huyyyooooo sudah 2 tahun jadi KETUA KAMPUNG tak ada sebarang borang dan juga tidak tahu cara untuk memohon apa2 bantuan.

Selepas itu ada pihak yang cuba memperbetulkan keadaan dengan mengambil inisiatif sendiri membuat borang sementara,yang menyedihkan ada di kalangan KETUA KAMPUNG mengatakan borang ini salah dan tidak boleh di gunakan,dan boleh di report kepada polis.KETUA KAMPUNG PAS marah sebab ada ahli PKR cuba menyelesaikan masalah.Apala bengap sangat wahai ketua kampung oi...itu inisiatif bagi menyelesaikan masalah dan menyimpan data untuk di hantar pihak yang berwajib supaya dapat bantuan,ada pula yang dengki .Masalah apabila ketua kampung yang di lantik terlalu ortodog dan slow.Masalah rakyat tidak selesai juga,bising pula apabila tak dapat elaun. Tetapi keja tak buat.

Cubalah kerajaan negeri memberi tunjuk ajar kepada KETUA-KETUA KAMPUNG yang bermasalah,jangan hanya makan elaun buta saja.Jangnan jadikan jawatan untuk bermegah-megah, sekiranya tidak mampu buat keja serahkan kepada yang mampu.Apabila KETUA KAMPUNG lesu dan mandom bagaimana nak mengetahui apa yang di lakukan KERAJAAN NEGERI sedangkan KETUA KAMPUNG TIDAK MEMAINKAN PERANAN.Perkara ini perlu dianggap serius dan jangan terlepas pandang.KETUA KAMPUNG perlu faham fungsi dan tugas mereka sebelum menjadi KETUA KAMPUNG,jangan biarkan JKKP mengambil tugas KETUA KAMPUNG.Faedah akan di perolehi oleh UMNO bukannya PR.

Jawatan ketua kampung ini seharusnya di lantik di kalangan aktivis parti dan juga orang tempatan kawansan tersebut,jangan pula di lantik ahli umno kononnya untuk berbuat baik,sedangkan UMNO tidak pernah hendak berbuat baik kepada kita

No comments: