SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Monday, December 29, 2008

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH

SEMOGA KEHADIRAN TAHUN HIJRAH YANG BARU KITA SEBAGAI RAKYAT YANG SAYANGKAN TANAH AIR SUPAYA LEBIH DEDIKASI DI DALAM MEMBUAT PERUBAHAN,JANGAN TAKUT MEMBUAT PERUBAHAN KERANA PERUBAHAN UNTUK KEBAIKAN SEMUA.MASALAH PENAYALAHGUNAAN KUASA DAN RASUAH MASIH BERLELUASA DI NEGARA KITA DI BAWAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL,TIAP SEORANG RAKYAT MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB KEPADA NEGARA DEMI MEMASTIKAN TIADA PENYELEWENGAN DAN RASUAH DI DALAM NEGARA KITA INI.

Sunday, December 21, 2008

APA AKAN JADI KEPADA IJN??

Apa sudah jadi kepada IJN(INSTITUT JANTUNG NEGARA) sehingga kepentingan di dalam IJN di ambil alih oleh kumpulan konglomerat iaitu SIME DARBY,walaupun hasrat untuk menguasai IJN di tangguh kerana desakan dari pihak yang tidak berpuas hati khususnya parti2 dari PAKATAN RAKYAT.Rakyat khususnya akanterbeban sekiranya IJN di kuasai oleh badan koprat yang semestinya mementingkan keuntungan dari berbakti kepada rakyat walaupuan sebelum ini ia tidaklah sangat nampak semacam membela rakyat namun apabila di kuasai oleh SIME DARBY sesungguhnya rakyat aakn terus di perbodohkan.Jika kita lihat nama hanya INSTITUT JANTUNG NEGARA tetapi IJN tidakberkhidmat seperti yang di harapkan, itu sebelum di ambil alih oleh SIME DARBY jika terjadinya pengambil alihan semestinya semakin teruk kita di tipu dan di aniaya.Saya ada pengalaman berurusan dengan IJN.Pada 2002 ayah saya pernah di masukkan ke IJN akibat daripada masalah jantung dan memerlukan pembedahan yang segera untuk memulihkan kembali saluran jantung yang tersumbat,ketika itu ayah saya tiada insuran peribadi untuk di guna pakai, jumlah kos pembedahan di anggarkan sekitar rm 13000.Keluarga saya bukan dari keluarga yang senang ketika itu dan kami merayu untuk di kurangkan kos tersebut.Setelah berbincang dengan pihak pemngurusan IJN akhirnya di kurangkan sebanyak 50 peratus dari RM 13000.Bermakna kami perlu mengeluarkan sekitaR RM6500 UNTUK MENJALANKAN PEMBEDAHANAYAH SAYA.Setelah berbincang dengan adik beradik makan usaha di jalankan untuk mencukupan jumlah RM6500 tersebut. Dalam pada waktu itu ayah saya sudah berada di WAD IJN di dalam bilik CCU(CARDEOLOGI CARE UNIT)Hasil daripada bantuan adik beradik dapat di kumpulkan sebanyak RM6000 sahaja tak cukup lagi RM500.Nak di jadikan cerita pada malam itu ayah saya kembali sakit dalam keadaan duit masih tidak mencukupi pihak IJN tidak melakukan pembedahan alasan mereka inginkan duit yang mencukupi baru pembedahan dapat di jalankan,pendek kata selagi tak ada duit tak akan di jalankan pembedahan walaupun apa keadaan sekali pun ini menunjukkan pihak IJN ketika 2001 hanya mengutamakan duit tanpa mengira nyawa manusia.Cuba kita bayangkan jika SIME DARBY berjaya mengambil alih IJN,apa akan jadi kepada IJN??adakan rakyat akan di utamakan?selepas di ikhtiar untuk mencukupkan wang untuk pembedahan ayah saya akhirnya saya menggunakan wang simpanan saya untuk mencukupkan kos tersebut,wang yang saya gunakan itu tujuan asalnya untuk melunaskan ansuran bulanan motosikal saya yang tertunggak namun saya korbankan demi ayah saya.Setelah duit mencukupi baru pihak IJN menjalankan pembedahan tetapi cuba kita bayangkan sekiranya ada rakyat yang tidak dapat menyediakan wang yang mencukupi?Setelah selesai menjalankan pemedahan ke atas ayah saya kami pun pulang ke rumah setelah hampir seminggu saya sekeluarga berada di KL,apabila tiba di rumah motosikal saya di tarik oleh pihak kedai kerana gagal melunaskan bayaran bulanan.Apakan jaminan kepada rakyat sekiranya SIME DARBY mengambil alih?

Tuesday, December 16, 2008

Tinggal kenangan


Hari ini dua pasukan rally dunia(WRC) MENARIK DARI DARI PENYERTAAN RALLY AKAN DATANG,semestinya masalh ekonomi menyebabkan dua paskan ini menarik diri iaitu subaru dan suzuki kedua2nya syrikat dari japan.Kesan kemelesetan ekonomi turut melanda dunia permotoran namun ada pula negara seperti MALAYSIA tidak mengakui bahawa ekonomikita akan menerima kesan semua ok katanya.Sekarang dalam WRC tinggal 5 pengeluar yang tinggal untuk mneruskan musim 2009 maka muramlah suasana WRC nanti.Dalam keadaan sekarang jiak ada negara seperti MALAYSIA masih tidak mengakui ada kesan kepada negeara ini menunjukkan PEMERINTAH BEE END penipu dan ego untuk mengakuinya.Tahun depan akan menjadi makin parah ekonomi tapi kerajaan hanya berkata kita masih ok apasalahnya mengaku bukan susah sgt

Friday, December 12, 2008

ADAKAH KERAJAAN KEDAH MASIH LEMBAB?

KERAJAAN KEDAH hari ini telah berusia 9 bulan bermakna jika seorang bayi berumur 9 bulan bayi itu boleh berdiri sedikit sebanyak dan menapak beberapa langkah,begitulah perumpamaan apabila berusia 9 bulan seorang bayi baru lahir,lain pula dengan kerajaan kerana kerajaan bukan bayi dan di dalam kerajaan banyak kaki tangan dan bukan hidup secara sendirian.Sehingga hari ini KERAJAAN kedah menjadi kerajaan yang paling lemah dan lembab di dalam memajukan negeri berbanding 4 negeri PR yang lain.Kita loihat negeri SELANGOR hari2 di serang oleh media terutamanya TV3 SUKU yang menyerang habis habisan elepas itu pula kerajaan PERAK juga di serang selepas itu PULAU PINANG sedikit sebanyak tetapi kedah baru kena 2 kali iaitu kes BABI di BUKIT SELAMBAU dan juga isu MB NAIK KAPAL TERBANG YANG MAHAL,yang terbaru kes BALAK JUGA kedah kena tetapi tak seteruk PERK dan SELANGOR KENA HENTAM.Antara alasan yang di berikan kenapa KEDAH SLOW kerana tidak mahu lakukan keputusan yang drastik untuk mengelak di serang,tapi di serang juga walaupun tak drastik.Suara akar umbi mengenai kelemahan KERAJAAN NEGERI terutama MB KEDAH yang susah untuk di tegur amat menduka citakan.KENAPA INI BERLAKU?ADAKAH INI PUNCA KERAJAAN KEDAH LEMBAB?Jika kita sebagai seorang pemimpin tidak boleh di tegur bagaimana kita hendak bekerja dengan rakyat sedangkan kita ada ego,lebih baik berikan jawatan MB itu kepada ORANG LAIN!Perkara ini selalu di bualkan oleh ahli pas sendiri mengatakn MB susah nak di tegur,adakah ini benar?dari sumber rapat sememangnya benar MB KEDAH sukar untuk di tegur,adakah ini sikap pemimpin PAS?KALAU TAKU DI TEGUR JANGAN MASUK POLITI LEBIH BAIK,ORANG MENGKRITIK BUKAN ADA NIAT YANG TIDAK BAIK CUMA HANYA UNTUK KEBAIKKAN PAKATAN RAKYAT.Ada di kalangan pegawai krajaan sendiri mengkui sememangnya MB KEDAH TEMPEL.Saranan saya kepada MB KEDAH janganlah bersikap sedemikian kerana ia akan merosakkan PR itu sendiri,jika tidak mampu serah kepada orang lain yang lebih layak jangan hendak mempertahankan jawatan yang tidak mampu kita buat.Imej PAS di mata rakyat kedah juga akan rosak dan jangan terkejut suatu hari PARTI KEADILAN akan menduhului di KEDAH bukan PAS.Itu hakikat dalam keadan sekarang,jika tidak di ubah pada pru 13 PR kedah akan menghadapi kekalahan. Sanggupkah anda???

Monday, December 8, 2008

SALAM AIDILADHA

Di dalam kita mengharungi kehidupan yang kian mencabar ini kita perlu manghayati erti pengorbanan dan penghayatan ke atas peristiwan diantara NABI IBRAHIM dan NABI ISMAIL.Negara kita juga baru di timpa musibah iaitu tragedi tanah runtuh di BUKIT ANTARABANGSA semoga peristiwa tersebut di jadikan ikhtibar kepada seluruh rakyat MALAYSIA.SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.

Wednesday, December 3, 2008

ZAID IBRAHIM DI PECAT DARI UMNO


Begitulah nasib pemimpin UMNO yang berperinsip di pecat dan di cemuh gara2 menegur dan memberi pandangan mengenai ISA,ZAID membuat teguran kepada KERAJAAN BEE END mengenai penangkapan TERESSA KOK dan juga RPK namun teguran dan pandangan di salah tafsirkan menyebabkan beliau berhadapan dengan tindakkan disiplin,di tambah piula kehadiran ZAID ketika PERASMIAN KONGRES PARTI KEADILAN RAKYAT pada hari sabtu yang lalu menyebabkan ZAID TERUS DI PECAT DARI UMNO.PAK LAH pula berkata tiada ruang untuk rayuan di buat oleh ZAID ini menunjukkan UMNO sebuah parti yang ego dan bongkak di dalam membuat keputusan.Kehadiran ZAID semasa perasmian kongres hanyalah bersifat persahabatan dan juga atas dasar minat beliau terhadap dunia politik,kita di dalam berpolitik di pisahkan dengan perbezaan pendapat dan juga ideologi namun UMNO mungkin buta dan tidak dapat melihat perkara ini.Dalam pada itu juga KETUA BAHAGIAN UMNO PJ SELATAN juga di gantung 3 tahun mengkritik UMNO dan membuat laporan polis ke atas TIMB PERDANA MENTERI atas kes rasuah.Inilah UMNO sebuah parti yang di katakan menjadi payung kepada orang MELAYU tapi hampeh dan tak boleh di harap.