SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Tuesday, June 30, 2009

BN=BINI NAJIB


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mencipta gelaran baru untuk Barisan Nasional dengan label “bini Najib” - alasannya Rosmah Mansor seolah-olah menerajui negara ini disisi suaminya dan adalah wanita pertama negara yang berpengaruh luas.

“Dulu kita dengar BN (ertinya) ‘barang naik’. “Itulah dijaja oleh orang ramai tapi hari ini satu istilah baru telah dicipta oleh mereka yang mahir menamakan singkatan perkataan iaitu ‘Bini Najib’,” kata Mahfuz.

Mahfuz berkata demikian di majlis makan malam di Sungai Chenaam, Nibong Tebal

Rosmah Mansur and Lee Kuan Yew 160609 Tambahnya, istilah itu “jika dikaji, ada kebenaranya” apabila Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yu ketika melawat Malaysia awal bulan ini juga bertemu dengan Rosmah, selain Najib.

Pertemuan itu, Mahfuz dilaporkan berkata lagi, “tindakan terbaru yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara” dan “tidak pernah dilakukan olah mana-mana pemimpin negara luar”.

“Kalau dikaji ada kebenaranya. Bila Lee Kuan Yu melawat Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Najib, Lee juga mengadakan pertemuan dengan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Itu yang menghairankan masyarakat kenapa dan apa motif perjumpaan itu. Lazimnya, pertemuan isteri diadakan berasingan itupun dengan isteri pelawat sahaja,” Mahfuz dipetik berkata.

“Bukan sahaja timbul kehairanan di kalangan rakyat bahkan di kalangan wartawan yang membuat liputan pertemuan tersebut.

“Jika Datin Seri Rosmah mahu membersihkan isu ini beliau perlu menjawab hasil pertemuan itu.

“Adakah tindakan Rosmah itu membuktikan bahawa Najib bukan mengemukakan wawasan sendiri malahan mempunyai kaitan dengan isterinya yang cuba campur tangan terhadap pentadbiran negara.”

KETUA PEMBANGKANG HEPOKRIT

Ketua Pembangkang Pulau Pinang dua minggu lepas telah membangkitkan 'fitnah' kononya kerajaan Pulau Pinang mengedarkan borang bantuan warga emas dengan logo DAP. Azhar Ibrahim juga mengatakan bahawa warga emas diberikan syarat masuk DAP untuk dapat bantuan.....

Ketika 'mendedahkan' perkara tersebut Azhar kononya bersimpati dengan warga tua yang menjadi mangsa terpaksa masuk DAP.

Di bawah ini ialah contoh borang skim bantuan warga emas yang dimaksudkan :
tidak ada logo DAP.


Lim Guan Eng, Ketua Menteri P.Pinang dalam kenyataan balasnya menyatakan dengan jelas tidak wujud logo DAP dalam borang yang dimaksudkan dan tidak ada syarat seperti yang difitnah Azhar.

Azhar ialah 'spesis' biasa Umno yang hipokrit. Tahukah dia bahawa itu perangai orang Umno nak bagi bantuan suruh orang masuk Umno.

Tekun contohnya terang terang setiap pemimjam mesti ahli Umno..... itu apa cerita buta mata Azhar mengenai perkara itu.

HIMPUNAN 100 RIBU MALAM INI

Rakyat terutamanya penyokong Pakatan Rakyat dijemput hadir beramai-ramai bagi menjayakan himpunan 100, 000 rakyat anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya malam ini.



Menurut Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub himpunan malam ini diadakan bertujuan menjelaskan pelbagai isu berhubung Pakatan Rakyat dan isu-isu semasa.

Himpunan ceramah perdana malam ini akan dibarisi pimpinan utama Pakatan Rakyat antaranya; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu.

KAPITALIS DI KULIM

Kini bandar kulim di hiasi oleh sebuah pasaraya besar GIANT.Pasaraya tersebut di buka pada 26 hb jun 2009 hari jumaat yang lalu.Dengan adanya pasaraya GIANT ini semestinya mendatangkan masalah kepada para peniaga di sekitar KULIM.Paling terkesan adalah kedai-kedai runcit yang berhampiran dengan pasaraya tersebut.Kebanyakkan para peniaga kedai runcit telah beroperasi sekian lama di sekitar kulim terutama TAMAN SELASIH dan TAMAN KEMUNING yang pastinya terjejas sama sekali.

Dengan harga barang yang jauh lebih murah daripada KEDAI-KEDAI runcit yang berhampiran akan menarik lebih ramai pembeli ke pasaraya GAINT berbanding kedai runcit yang sedia ada.Rungutan telah kedengaran daripada pekedai-pekedai yang merasai kekurangan pengunjung atau pembeli berbeza dengan sebelum pembukaan GIANT.

Inilah keburukkan kapitalis yang menindas pekedai kecil.Sistem kepitalis yang di amalkan selama ini merosakkan pasaran dan menjadi pemusatan.Ini menyebabkan akan ada satu pihak sahaja yang kaya dan pihak-pihak lain akan terus merana.Keupayaan pasaraya GIANT yang mempunyai modal yang besar menyebabkan pasaraya tersebut boleh mengusai pasaran dalam pada masa yang sama menindas peniaga atau pekedai yang mempunyai modal yang sedikit.Sebagai contoh GIANT akan membeli sesuatu barang dengan kuantiti yang banyak dianggarkan bernilai RM100.000,berbeza dengan pekedai kecil yang hanya mempunyai modal yang kecil.Maka pasaraya GIANT akan menjual dengan harga yang murah kerana pusingan pembayaran oleh pemodal yang besar biasanya mengambil masa 6 bulan sekali.Cukup berbeza dengan kedai runcit yang membuat bayaran setelah barang tiba dari pembekal.

Beginilah nasibnya peniaga kedai runcit atau minimarket sekitar kulim terutamanya di kawasan TAMAN SELASIH KULIM.Kesesakkan juga berlaku apabila pasaraya GIANT tersebut menapak di KULIM.Setiapa malam akan berlaku kesesakan yang teruk dan mengganggu kelancaran pergerakkan kenderaan.

DUA PELAJAR DI TAHAN

Dua pelajar Universiti Malaya ditahan polis sejak minggu lalu berhubung contengan "C4", "puaka" dan "Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Izuddin Hilmi Mohamad Zaini ditahan 7 pagi Rabu lalu, hari lawatan wanita pertama negara untuk menutup kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam.

Sementara rakannya Mohd Sharuddin Ahmad Rosli pula ditahan Jumaat lalu di Petaling Jaya, kata seorang pemimpin pelajar kepada Malaysiakini hari ini.

Kedua-dua pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam - yang ditahan di ibu pejabat polis Brickfields - belum dibebaskan, setakat ini.

PENJAJA LUNAS SUSAH HATI,MANA YB LUNAS?

Di saat ini di kawasan LUNAS para peniaga dalam kesusahan,bukannya kesusahan kerana kurang pendapatan tetapi susah hati apabila perniagaan mereka di ganggu,ada yang dah berniaga hampir 15 tahun di LUNAS telah di arahkan berpindah oleh MPKK KULIM KEDAH.Semua peniaga di arahkan berpindah supaya berniaga di kawasan jin bertendang yang di sediakan oleh MPKK di rumah murah lunas.Memang tidak masuk akal langsung apabila semua peniaga di arakan supaya berpindah sedangkan peniaga telah membuat rundingan,namun arahan tetap arahan peniaga semua hendaklah berpindah.

Mereka ini di arahkan berpindah kerana untuk menyelaraskan peniaga,kalau nak longgokkan semua penjaja ke kawasan rumah murah semestinya ia tidak startegik dan dia anggap merepek idea MPKK.Semua berkumpul di situ jadi pasar malam la di situ?siapa yang beli apabila terpaksa bersusah payah nak parking,dan kawasan itu pula ke dalam dan susah untuk di lihat oleh pembeli.Yang merana sekarang penjaja kecil,mahu tidak mahu terpaksa ikut cakap MPKK,selepas itu sale merudum yang rugi penjaja atau peniaga.Yang untung MPKK KULIM jugak sebab boleh ambik cukai.

Kenapa sekarang baru MPKK KULIM nak ambil tindakkan?kenapa era BARISAN NASOANAL MPKKKULIM tak bertindak begini?kenapa tidak mengarahakan semua penjaja ambil lesen?bukan dengan berpindah ramai-ramai an meniaga ramai-ramai.Selepas itu hang tengok aku aku tengok hang.Tak ada orang nak beli penjaja bungkus atau gulung tikar.Apa salahnya arahkan mereka semua ambil lesen? mengapa perlu pindah?untuk meramaikan tempat yang di sediakan MPKK KULIM?Semua tempat yang di sediakan MPKK termasuk projek yang melibatkan tempat penjaja kecil atau peniaga semuanya ta jalan.Tak ada orang nak masuk kawasan yang di sediakan MPKK.Idea ini semacam nak memperburukkan KERAJAAN PAKATAN RAKYAT sahaja.Bukan setakat MPKK sahaja yang membuat arahan pelik-pelik termasuklah MBAS yang di katakan merampas perakatan penjaja.Ini akan menyebabkan RAKYAT marah dan marah kepada kerajaan PR tidak membantu,yang buruk siapa?KERAJAAN KEDAH.

Apa EXCO KERAJAAN KEDAH BUAT?LENA?fikir la sedikit macam mana nak selesaikan masalah rakyat,bukan asyik dok kira beli kereta baru saja,masa undi pandai berjanji dah menang rakyat pun tk tolong.Patut ka macam ni?ADUN LUNAS buat apa?rakyat lunas susah hati kena pindah tempat meniaga di mana ADUN LUNAS?LANGKAWI?JITRA?mai la tolong penjaja lunas dalam kesusahan nie,susah sangat ka?1 JULY 2009 semua penjaja sekitar lunas kena pindah,ADUN LUNAS TAHU KA?apa nasib penjaja selepas ini?apa yang ADUN LUNAS BOLEH TOLONG?Muka selalu masuk SURAT KHABAR SINARHARIAN,nak tolong penjaja tak boleh kah?dala surat khabar bantu sana bantu sini,awat bila penjaja kena pindah atas ARAHAN MPKK KULIM AWAT ADUN LUNAS DIAM?p la tengok apa yang patut boleh buat,mintak tangguh ka.Tak kan yang tu nak kena ajaq kot.Kalau sampai 1 HB JULY 2009 ADUN LUNAS tak mampu buat apa,kira KOMAN LA.FIKIRKANLAH MACAM MANA NAK TOLONG PENJAJA KECIL LUNAS WAHAI YB RADZI SALLEH.TOLONGLAH MEREKA...

- Merak Buih
26.06.2009

M@RHAEN Twitter Updates

PECAH RAHSIA

TUAN AZIZ PILIHAN TERBAIK PEMGUNDI –PM – berita hairan

Pemilihan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan adalah pilihan terbaik untuk para pengundi di kawasan itu, kata Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, ini berdasarkan kemampuannya dalam melaksanakan tugas sebagai pegawai Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan daya kepimpinan beliau selama ini yang mengatasi calon Pas berdasarkan rekod perkhidmatan dan kemampuannya.

"Calon kita ini terbukti kemampuannya sebagai pegawai Kesedar dan dia ni banyak berurusan dengan orang ramai dan orang tempatan.

KAH KAH KAH…

Kah kah kah… BETUL KE NI ?...kah kah kah…

Kah kah kah….. SILA BACA BAWAH INI….kah kah kah…


CALON BN NAFI DAKWAAN SALAHGUNA KUASA DAN RASUAH -malaysiakini

Calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat hari ini menafikan dakwaan yang disebarkan melalui internet bahawa "beliau pernah menyalahguna kuasanya dan terbabit dalam rasuah".

Dakwaan itu tersebar tidak sampai 24 jam selepas beliau diumumkan semalam sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Dakwaan di internet itu menyebut Tuan Aziz hidup melebihi kemampuannya ketika menjadi CEO Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (KPSB) - jawatan yang disandangnya sebleum dilantik menjadi pengurus di Kesedar.

Lamanweb itu mendakwa ekoran Tuan Aziz gagal menjelaskan mengenai gayahidup mewah itu, maka beliau diturunkan pangkat menjadi pengurusan bahagian bersama potongan gaji dan elaun.

Beliau juga didakwa melakukan lawatan yang 'meragukan' ke luar negara serta membawa bersama pegawai-pegawai yang tidak berkaitan ke negara Asean seperti Vietnam dan Thailad untuk tujuan pemasaran.

Juga terdapat dakwaan bahawa beliau menyalahguna kuasanya dalam pemberian kontrak-kontrak KPSB dan melobi untuk pembekal baja sewaktu bertanding untuk jawatan ketua Pemuda Umno Kuala Krai.

KAH KAH KAH…

Kah kah kah… BELUM SEMPAT TANGGAL SELUAR… SUDAH KANTOI…kah kah kah…

Kah kah kah…PAHLAWAN SIBER TELAH BERJAYA… kah kah kah…

Kah kah kah….MEMBUKA PEKONG DAN BALA….kah kah kah…

Kah kah kah... MENGELUAR DATA... BUKTI DAN CERITA...kah kah kah

Woit… NAK BUAT CAM MANA….INTERNET DAH ADA...KESIAN…KESIAN…kah kah kah

Monday, June 29, 2009

HIMPUNAN UP

HIMPUNAN PERPADUAN RAKYAT

BILA : Selasa - 30 haribulan Jun 2009-06-29

TEMPAT : Stadium MPPJ Kelana Jaya

WAKTU : 9 Malam

PIDATO UTAMA :

Saudara Anwar Ibrahim
Saudara Lim Kit Siang
Tok Guru Nik Aziz

Semua warga di jemput datang. Sila bawa payong kalau hujan macam petang ini.

TUN MAHATHIR MARAH ORANG AMBIK RASUAH

MUHYIDDIN PERLEKEH CALON PAS


Ketika mengumumkan calon BN. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sempat untuk mengeluarkan kata-kata penghinaan kepada calon PAS, Fauzi Abdullah.

Beliau telah dilaporkan berkata:

"Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi."

Kata-kata tersebut jelas ditujukan kepada calon PAS yang merupakan seorang pemborong ikan dan kata-kata Muhyiddin tersebut

Banyak pihak menyifatkan kata-kata Muhyiddin itu menghina kebanyakan peniaga-peniaga Kelantan yang tidk mempunyai kelulusan yang tinggi dengan memperlekehkan calon PAS yang diumumkan ileh parti berkenaan kelmarin.

"Adalah tidk wajar Muhyiddin sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri boleh mengeluarkan kata-kata penghinaan sedemikian rupa di hadapan orangrmai sedangkan di dalam UMNO sendiri ramai peniaga yang tidak berkelulusan tinggi yang sentiasa menolong partinya termasuklah Che Jalal Muda, seorang peniaga getah yang telah diketepikan oleh UMNO sebagai calon sekalipun beliau adalah seorang calon favorit di kalangan UMNO sendiri," kata seorang pemerhati politik.

"Sikap Muhyiddin itu ternyata angkuh dan keterlaluan, dan pengundi Manek Urai bakal memberikan tindakbalas negatif terhdap kenyataannya itu," tambahnya.

Seorang pengundi Manek Urai berkata, kata-kata Muhyiddin tersebut pasti akan dihukum dengan kekalahan BN nanti kerana ia benar-benar satu penghinaan kepada rakyat Kelantan yang kehidupan mereka sekalipun ditekan dan ditindas oleh kerajaan pusat tetap dapat meneruskan kehidupan dengan berdikari melalui bercucuktanam, berniaga, menjadi nelayan dan sebagainya.

"Lagipun usahlah angkuh sangat, Tuan Aziz, 39, hanyalah merupakan sorang pengurus bahagian pemantauan projek Kesedar, bukanlah tinggi mana sangat pun seperti yang nak dibangga-banggakan oleh Muhyiddin sampai nak merendah-rendah calon lawan," kata beliau.

Turut hadir di dalam pengumuman tersebut ialah Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil Manek Urai Datuk Mustapa Mohamed, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Puteri Datuk Rosnah Rashid Shirlin, pimpinan Umno dan parti komponen tempatan.

UMNO MAIN KOTOR

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa PAS akan mengekalkan kerusi DUN Manek Urai dalam pilihanraya kecil 14 Julai ini walaupun BN didakwanya aktif menjalankan kempen memburukkan Pakatan Rakyat.

Anwar yang juga ketua Pakatan berkata, BN mencemarkan nama baik Menteri Besar yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menarik sokongan pengundi.

Katanya, kempen memburuk-burukkan nama baik Nik Aziz tidak sepatutnya berlaku dan Anwar menjangka perbuatan tersebut akan bertambah sepanjang kempen pilihanraya kecil itu nanti.

Perbuatan tersebut, tegas ahli parlimen Permatang Pauh itu, menunjukkan bahawa BN merasa terancam dengan kehadiran Nik Aziz.

Semalam BN menamakan ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Man, 39a, sebagai calonnya dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Anwar bercakap kepada pemberita di Putrajaya di mana kes rayuannya terhadap keputusan memindahkan kes liwatnya, dijadual didengar pagi ini. Bagaimanapun, kes itu ditangguhkan hingga esok.

Anwar merayu terhadap keputusdan untuk memindahkan kesnya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Perkara itu akan didengar di MahkamahTinggi pada 8 Julai depan.

EZAM KETUA PENERANGAN CAWANGAN UMNO.

Mengikut satu sumber yang sahih BEKAS KETUA AMK EZAM MAT NOOR di terima menjadi KETUA PENERANGAN di salah satu cawangan di dalam bahagian PETALING JAYA SELATAN.Ketika ezam menyampaikan ceramah beliau di hadapan kira-kira 800 ribu yang hadir..ehh betul ka 800 ribu?

Ketika berceramah EZAM telah mencabar PAS supaya menerima kerajaan perpaduan,jika PAS bersetuju dengan kerajan perpaduan BELIAU AKAN MASUK PAS.PAS mahu ka orang macam nie?begitulah EZAM orang dah tak nak,buat muka tak malu offer diri masuk PAS.Ezam akhirnya di terima sebagai ketua penerangan cawangan dan di raikan di dalam program UMNO PETALING JAYA SELATAN.Mungkin inilah tempat ezam yang sesuai sebagai ketua penerangan cawangan sahaja, kata chegu bard ketika berceramah di KULIM semalam.Perjuangan lebih kecil dari EZAM.

Sunday, June 28, 2009

CALON BN DI PRK MANEK URAI


Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilhan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Pemilihan beliau yang juga pegawai kanan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Pusat Operasi BN manek Urai, sebentar tadi.

Awal-awal lagi nampaknya UMNO bakal menghadapi tentangan dari ahli-ahli partinya sendiri dimana calon pilihan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Che Jalal Muda telah dicicirkan.

Sementara hasrat Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Krai Rohani Majid untuk menjadi calon turut berkecai.

PAS menampilkan Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan yang terkenal di Kuala Krai.

Fauzi yang berusia dalam lingkungan 40-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan.

Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggung sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai

SENARAI KABINET PARTI PAS KEDAH SESI 2009-2011.

Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kedah hari ini telah meluluskan pembentukan kabinet baru PAS Kedah bagi sesi 2009-2011. Mesyuarat diadakan di Seri Mentaloon , Kediaman rasmi Menteri Besar Kedah.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Kedah bagi sesi 2009-2011

Pesuruhjaya : YAB Dato' Seri Ust Hj Azizan Bin Abd Razak
Timbalan Pesuruhjaya I : YB Dato' ir. Hj. Phahrolrazi bin Hj Zawawi
Timbalan Pesuruhjaya II : YB Dato' Hj Mahfuz bin Omar
Timbalan Pesuruhjaya III : YB Ust Hj Taib Azamudden bin Md Taib
Setiausaha : YB Senator Hj Muhamad Yusuf bin Husain
Bendahari : YB Dato' Hj Taulan bin Mat Rasul
Ketua Penerangan : YB Dato' Hj Amiruddin bin Hamzah

AHLI JAWATANKUASA TAMBAHAN YANG DILANTIK:

1. Ust. Hj Abu Kassim bin Abdullah
2. Sheikh Ismail bin Kamis
3. Ust. Mohamad @ Fauzi bin Husin
4. Hajjah Zaakiah binti Baharom
5. Tuan Hj Sobri bin Osman
6. Tuan Haji Che Had bin Dhali
7. Tuan Haji Mohamed Hisham bin Mohd Nordin

KETUA DAN SETIAUSAHA DEWAN

1. Dewan Ulamak
Ketua : Sheikh Mohamad bin Abdullah
Setiausaha : Ust. Mohd Zainal Asri bin Ramli

2. Dewan Muslimat
Ketua : YB Ustazah Hajjah Aishah bin Ghazali
Setiausaha : Ustazah Fatimah binti Wan Teh

3. Dewan Pemuda
Ketua : Ust Ahmad bin Yahya
Setiausaha : Ust. Mohd Rosli bin Azmi

YDP DAN SETIAUSAHA PAS KAWASAN

1. LANGKAWI
YDP : Sdr. Zuber bin Ahmad
SETIAUSAHA : Tuan Haji Nasharuddin

2. JERLUN
YDP : YB Ust Abd. Ghani bin Abdullah
SETIAUSAHA :Sdrzhar bin Ibrahim

3. KUBANG PASU
YDP : YB Dato' Abd Isa bin Ismail
SETIAUSAHA : Tuan Hj Zuki bin Yusuf

4. PADANG TERAP
YDP : Ust Hj Zawawi bin Ahmad
SETIAUSAHA :Ust. Mohd Azam bin Abd Azaz

5. POKOKS SENA
YDP : YB Dato' Hj Mahfuz bin Omar
SETIAUSAHA :Sdr. Zuhairi bin Zubit

6. ALOR SETAR
YDP : YB Dr. Ismail bin Salleh
SETIAUSAHA :Sdr Zulkifli bin Yahya

7. KUALA KEDAH
YDP : YB Dato' Ir. Hj Phahrolrazi bin Hj Zawawi
SETIAUSAHA : Tuan Haji Aris bin Awang

8. PENDANG
YDP : Tuan Guru Hj Abd Rahim bin Abdullah
SETIAUSAHA : Tuan Hj Sobri bin Awang

9. JERAI
YDP : YAB Dato' Seri Ust Hj Azizan bin Abd Razak
SETIAUSAHA : Sdr. Muzaini bin Azizan

10. SIK
YDP : YB Yahya bin Abdullah
SETIAUSAHA : Sdr Anuardi bin Abu Bakar

11. MERBOK
YDP : Tuan Hj Mat Akhir bin Talib
SETIAUSAHA : Ust Azizan bin Hamzah

12. SUNGAI PETANI
YDP : YB Hj AbdullAh bin Jusoh
SETIAUSAHA : Sdr. Rosli bin Darus

13. BALING
YDP : Tuan Guru Hj Abdahab bin Hassan
SETIAUSAHA : Tuan Yusuf bin Ahmad

14. PADANG SERAI
YDP : Tuan Haji Fauzi bin Mat Tahir
SETIAUSAHA : Tuan Hj Nabil bin Putih

15. KULIM BANDAR/ BAHARU
YDP : Ust Hj Hassan bin Abd. razak
SETIAUSAHA :Sdr Hussain bin Saad

- Petikan dari - http://warta-utara.blogspot.com

AMK KEDAH DAN KULIM CARE



Pada 27 hb jun 2009, KETUA AMK KEDAH SAIFUL IZHAM bersama KULIM CARE telah membuat lawatan mengejut ke atas saudara HISYAM yang di timpa musibah pada awal bulan jun 2009.Rumah hisyam hangus dalam terbakar dan juga melibatkan 2 buah rumah yang lain .Kejadian tersebut menyebabkan beliau sekeluarga hilang tempat berteduh,buat masa sekarang saudara hisyam terpaksa menumpang di rumah ibu bapa beliau.Dalam pada itu juga saudara hisyam adalah AJK AMK PADANG SERAI dan di antara petugas PARTI PKR ketika PRU 12.

PRK PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK?


Desas desus mengatakan bahawa MB SELANGOR TAN SRI KHALID IBRAHIM akan meletakkan jawatan sebagai MP BANDAR TUN RAZAK kian di perkatakan.Adakah ini benar?sekiranya ini benar semestinya ia akan memeningkan kepala BN dan UMNO.Perkara ini timbul apabila ada dakwaan mengatakan laluan akan di berikan kepada bekas MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DATUK ZAID IBRAHIM,ia selari dengan cadangan PARTI PKR untuk melantik DATUK ZAID IBRAHIM sebagai MAJLIS PIMPINAN PUSAT PKR.Mari kita nantikan selepas ini lebih banyak PRK akan di berlaku,di mana dan bila menjadi rahsia...

NASIB LA ORANG MELAYU

PUTRAJAYA 27 Jun – Kerajaan akan mewujudkan satu kategori khas biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dikenali Biasiswa Nasional yang kelayakannya 100 peratus berdasarkan merit mulai tahun depan.

Mengumumkan perkara itu malam ini, Najib n Razak berkata, kajian semula pengagihan biasiswa JPA itu menetapkan hanya pelajar yang meraih keputusan peperiksaan terbaik sahaja akan memperoleh biasiswa tersebut tanpa mengira kaum dan agama.

‘‘Jadi, siapa yang dapat biasiswa ini nanti adalah pelajar terbaik di antara yang terbaik. Inilah hasrat kerajaan yang mana rakyat didahulukan, kita mesti mengambil kira pertimbangan rakyat (seluruhnya),” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam meraikan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri keenam anjuran MCA dan pertubuhan-pertubuhan komuniti Cina di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.

KAH KAH KAH…

kah kah kah…. BARU DIJAMU SATU MAKAN MALAM….BOLEH HAPUS KETUANAN MELAYU…. kah kah kah..

kah kah kah… KALAU DUA KALI MAKAN MALAM….PADAM HIDUP MELAYU..kah kah kah…

kah kah kah… KALAU DAPAT AMOI…. LUPA TERUS PADA MELAYU….kah kah kah..

woit… MANA PROWARIS… MANA PERKASA… kah kah kah…

(tt)

DAH AGAK GAH

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin yang memohon supaya rayuan beliau didengar di hadapan sidang 11 hakim.

Mahkamah Persekutuan bagaimanapun tidak memberi alasan mengapa sidang 11 hakim tidak dapat diadakan, kata peguam Leong Cheok Keng.

"Tiada sebab atau penjelasan diberikan mengapa permohonan kami ditolak," kata Leong.

Mahkamah Persekutuan menetapkan kes rayuan Nizar akan didengarkan di hadapan sidang lima hakim.

"Ini adalah tempat terakhir untuk rayuan klien kami. Jika permohonan Nizar nanti juga ditolak oleh sidang lima hakim, maka tamatlah litigasi klien kami," kata Leong.
Nizar memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan samada beliau atau Zambry Abdul Kadir adalah menteri besar yang sah.

Permohonan ini dibuat selepas Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah.

Leong menjelaskan sidang 11 hakim adalah penting bagi menyakinkan rakyat bahawa sistem kehakiman negara tidak mengamalkan amalan berat sebelah, selain memastikan prosiding mahkamah yang bebas.

"Penolakan ini amat mendukacitakan kepada semua rakyat Malaysia yang percaya kepada konsep kehakiman yang adil dan saksama," kata leong.

"Selagi ada unsur-unsur yang menampakkan amalan berat-sebelah, rakyat tidak akan menerima keputusan mahkamah tertinggi di negara ini sebagai keputusan muktamad," kata leong.

BERANIKAH NAJIB?

Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput Najib Razak mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno-PAS.

Menteri besar Kelantan itu juga berkata draf surat jemputan rasmi kepada perdana menteri untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat..

"Jemputan itu sengaja dibuat memandangkan kekecohan yang berlaku dalam politik hari ini, terutama antara PAS dan Umno," beliau dipetik berkata selepas mengimamkan solat sunat dhuha di perkarangan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu pagi ini.

May Allah be with you Michael

Hari ini diberitakan beliau telah meninggal dunia. The King of Pop is dead: Michael Jackson passes away - aged 50 - after being rushed to hospital in a coma

Dan ini adalah kenyataan resmi oleh abang Micheal, Jermaine Jackson yang juga seorang muslim....Michael Jackson's Brother Jermaine Remembers?

Michael Jackson’s family has issued their first statement on the passing of the entertainment legend.

Jackson’s older brother Jermaine spoke briefly to reporters at UCLA Medical Center on Thursday, just hours after Michael’s passing.

“This is hard,“ he said tearfully before reading a brief statement outlining the events surrounding his brother’s death.

Jermaine Jackson said that it is believed that Michael suffered a heart attack and added that his personal physician, who was with him at the time, immediately attempted to resuscitate him.

When paramedics arrived on the scene he was not breathing and was rushed to the hospital.

“May Allah be with you Michael, always. Love you,“ Jermaine said at the conclusion of the prepared statement.

Saturday, June 27, 2009

MANEK URAI-WAJAH CALON PAS


Seperti yang diramalkan seorang peniaga ikan yang juga AJK PAS Kawasan Kuala Krai, Mohd. Fauzi Abdullah telah diumumkan sebagai calon PAS untuk N41 Manek Urai.

Pengumuman itu dilakukan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebenatar tadi di dalam satu majilis yang dihadiri oleh pemimpim-pemimpin PAS Pusat dan negeri kelantan juga disertai oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Presiden PAS Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang turut bersama di dalam majlis berkenaan berserta Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Fauzi yang berusia dalam lingkungan 40-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan.

Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggung sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai.

Sementara itu, BN pula dijangka mengumumkan calonnya Ahad ini.

Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dianggap calon yang paling sesuai untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Tuan Aziz antara tiga nama yang dicadangkan oleh Umno bahagian. Dua lagi ialah naib ketua Umno bahagian, Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan.

Friday, June 26, 2009

JOHARI DI PECAT..

Usaha terakhir PKR Pulau Pinang untuk 'menyelamatkan' Johari Kassim daripada dipecat sebagai ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) melalui mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) tidak berhasil apabila PAS dan DAP turut menyokong keputusan kerajaan negeri untuk memecatnya minggu lepas.
.
Keputusan mesyuarat semalam, kemudiannya disahkan melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri hari ini.
.
Johari pada 4 Jun lepas bertindak mengetuai tujuh ahli majlis MPSP dari PKR memboikot majlis angkat sumpah perlantikan Yang Dipertua MPSP Mokhtar Mohd Jait, yang sebelumnya Pegawai Daerah Seberang Perai Utara.
.
Dalam sidang medianya, Johari mendakwa kerusi berkenaan sepatutnya diperuntukan kepada pemimpin politik PKR.
.
Tindakan Johari itu, dilihat banyak pihak sebagai mempunyai agenda peribadi, apabila Ketua Menteri Lim Guan Eng mendedahkan Johari mengidam kerusi tersebut sepertimana dimaklumkan oleh Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Zahrain Hashim kepadanya.
.
Zahrain kemudiannya menafikan kenyataan Guan Eng itu.
BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

BABI PUN PENING

Hari ini agak terkejut apabila pembaca berita TV3 telah menukar penyakit H1N1 itu kepada nama selsema babi.Pada awal sememangnya ia di namakan selsema babi tetapi arahan kerajaan supaya menukar nama penyakit tersebut kepada H1N1.Pening di buatnya,kenapa dari awal biarkan sahaja nama selsema babi itu digunakan.Tidak ada pihak yang akan terasa cuma mungkin UMNO nak jaga hati la.

Ramai orang tidak faham maksud H1N1,termasuk tok khatib di masjid,semasa memberi khutbah sebentar tadi tok khatib pun berkata dia pun tak faham apa maksud H1N1.kata tok khatib lagi,tuhan telah menghalang supaya jangan kita memakan babi inilah akibatnya,tegas tok khatib.Guna nama(SELSEMA BABI)LEBIH MUDAH DAN FAHAM.

Mungkin nama H1N1 ini kurang senang di dengar kerana ada pihak yang menamakan H1N1 itu sebagai HISHAMUDIN ONE NAJIB ONE.Kreatif sungguh puak-puak ni,bermula hari ini kita boleh menggunakan perkataan SELSEMA BABI.

MICHAEL JACKSON ISLAM?

Penyanyi pop kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, yang sebelum ini dikatakan telah memeluk Islam telah meninggal dunia pada usia 50 tahun karena diduga menderita gagal jantung.

Dia dilarikan ke Pusat Perubatan UCLA setelah paramedik dari Jabatan Bomba Los Angeles dipanggil ke rumahnya di kawasan Bel Air, Los Angeles, sekitar pukul 12.30 waktu tempatan.

Dalam perjalanan paramedik memberikan bantuan pernafasan kepadanya namun rupanya usaha tersebut tidak berjaya.

Penyanyi pop ini dijadualkan akan mengadakan satu siri jelajah peresembahan di Arena 02 London yang akan dimulai pada 13 Julai.

Michael -- anak ke 7 dari 9 bersaudara-- bergabung dengan saudara-saudaranya dalam The Jackson Five. Dia langsung menarik perhatian dan menjadi penyanyi utama.

Thriller sering disebut sebagai album yang paling laris terjual

Jackson kemudian memulai karir solo dan Tahun 1978 mengeluarkan album Off The Wall yang berhasil terjual 10 juta kopi di seluruh dunia.

Tahun 1982 Michael Jackson melepas album masterpiece, Thriller, yang telah disebut menampilkan gaya baru dalam video musik.

Thriller sering disebut sebagai album yang paling laris terjual sepanjang masa dan menurut Guinness Book of World Record terjual adalah 65 juta salinan.

Setahun kemudian, penyanyi berbakat ini kembali menggempar dunia dengan melakukan aksi moonwalk dalam acara TV.

Namun belakangan Michael Jackson terlibat sejumlah masalah, antara lain didakwa melakukan pelecehan seksual atas seorang anak laki-laki berusia 14 tahun.

Bintang pop ini kemudian menyerahkan diri kepada pihak berkuasa dan setelah proses pengadilan selama 5 bulan pada Tahun 2005, dia dinyatakan tidak bersalah.

Beliau pernah dilaporkan memeluk agama Islam dalam satu majlis di rumah seorang rakannya di Los Angeles.

Pencipta lagu dari Kanada Michael, David Wharnsby dan penerbit album, Phillip Bubal, dilihat berada bersama-sama Michael sepanjang majlis itu berlangsung.

“Mereka mula menerangkan kepada Michael mengenai Islam dan bagaimana kehidupan mereka berubah menjadi lebih baik selepas memeluknya. Michael lebih tenteram selepas itu,” kata sumber berkenaan.

“Seorang iman dipanggil dan Michael kemudian melafaz dua kalimah syahadah,” tambahnya.

Kata sumber berkenaan, Michael memilih untuk menggunakan nama Mikaeel iaitu salah satu malaikat dalam Islam dan menolak satu lagi nama yang diberikan kepadanya iaitu Mustafa yang bermaksud orang yang terpilih.

Turut berada dalam majlis untuk bersama-sama meraikan detik bersejarah saudara baru itu ialah penyanyi Yusuf Islam, 60 yang dahulunya dikenali sebagai Cat Stevens.

UITM DAN UMNO


gambar banner dihantar oleh teman dari Johor, UITM buat program dengan Umno...bukankah salah dari segi AUKU pelajar terlibat dengan parti politik ?

BAPA NAIB PRESIDEN PAS MENINGGAL

BAPA Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub telah kembali ke Rahmatullah tengah malam tadi. Menurut Sallahuddin yang ketika itu dalam perjalanan ke Kota Bharu menerima pemakluman daripada adiknya.

Beliau yang ketika itu sudah sampai di Raub membatalkan perjalanannya ke Kota untuk bergegas pulang ke Batu Pahat bagi menguruskan jenazah ayahnya.

Menurut Sallahuddin ayahnya sakit sejak beberapa waktu lalu akibat satu kemalangan jalan raya dan pernah dimasukkan ke ward ICU.

Jenazah akan disempurnakan selepas solat Jumaat hari ini. Tahziah diucapkan kepada Sallahuddin serta keluarganya. Semoga roh Allahyarham dicucuhi rahmat. Al Fatihah

MICHEAL JACKSON DIED.


Michael Jackson, the sensationally gifted child star who rose to become the “King of Pop” and the biggest celebrity in the world only to fall from his throne in a freakish series of scandals, died Thursday. He was 50.

Jackson died at UCLA Medical Center in Los Angeles. Ed Winter, the assistant chief coroner for Los Angeles County, confirmed his office had been notified of the death and would handle the investigation.

The circumstances of Jackson’s death were not immediately clear. Jackson was not breathing when Los Angeles Fire Department paramedics responded to a call at his Los Angeles home about 12:30 p.m., Capt. Steve Ruda told the Los Angeles Times. The paramedics performed CPR and took him to the hospital, Ruda told the newspaper.

AUGUST 29.1958-JUNE 25 2009

MANEK URAI-WAJAH CALON BN???


bekas Adun Mengkebang, Azizzuddin Hussein.

MANEK URAI-UMNO GUNAKAN TENTERA UNTUK RAIH UNDI

Parti UMNO akan turun bertanding pada pilihanraya kecil Manek Urai bulan depan dengan taktik baru: membawa masuk Angkatan Tentera Darat untuk meraih undi daripada penduduk, Naib Presiden PAS Mahfuz Omar mendedahkan.

“Projek Jiwa Murni,” akan meyaksikan anggota tentera diberi misi melaksanakan beberapa projek kebajikan di kubu kuat PAS di DUN Manek Urai untuk menyakinkan pengundi memberi sokongan kepada UMNO, kata Mahfuz.

Beliau memberikan bukti dalam bentuk salinan dokumen Kementerian Pertahanan yang memberi arahan khusus tentang perlaksanan projek itu.

“Bersama saya surat dari staf perisikan di Kementah kepada Panglima Angkatan Tentera, yang mengarahkan satu projek awam mesti dibuat di bawah Angkatan Tentera Darat di kawasan-kawasan peti undi kelabu dan hitam dimana BN mampu memperkukuh tahap sokongan berdasarkan kepada keputusan PRU12,” kata Mahfuz.

Beliau berkata walaupun angkatan tentera melaksanakan projek-projek itu seolah-olah untuk membantu rakyat, dokumen berkenaan jelas menunjukkan tentera turut “diseret ke dalam kempen politik bagi menjayakan kemenangan bagi Barisan Nasional”.

“Ini ayat cukup jelas hasil dari Bahagian Risik dan dipersetujui oleh Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan yang telahpun mengeluarkan arahan melaksanakan projek Jiwa Murni,” tambah Mahfuz.

Mahfuz berkata Projek Jiwa Murni dilancarkan bagi memberi kemenangan kepada UMNO pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai nanti.

Menurut Mahfuz, antara kawasan yang disasarkan di bawah projek itu adalah Lata Rek, Laloh, Sungai Perial, Sungai Sok, Temalir, Chuchoh Puteri, Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru.

“Ini semua berkaitan dengan kajian kekuatan dan kelemahan BN yang dibantu oleh Bahagian Perisikan Tentera. Mengheret angkatan tentera untuk menjayakan kemenangan BN adalah diluar dari bidang tugas tentera,” kata Mahfuz.

Sebelum itu di Dewan Rakyat, barisan menteri dan wakil-wakil rakyat Umno-BN diam ketika diajukan pertanyaan dari Mahfuz mengenai dokumen Kementerian Pertahaanan itu. .
Mahfuz menggesa supaya Umno supaya tidak bersikap bacul dengan menyalahgunakan sumber-sumber ketenteraan dalam pilihanraya.

“Saya bukan menghalang mereka buat projek membantu masyarakat. Disini jelas menyatakan arahan supaya projek itu tidak dibuat dekat dengan penamaan calon nanti akan dilihat mengatakan pihak tentera terlibat secara langsung," kata Mahfuz.

Ini jelas satu taktik untuk mengabui mata rakyat dan Pakatan Rakyat. Hakikat ialah ini adalah projek pilihanraya. Kami tidak membantah sekiranya mereka buat selepas pilihanraya,” kata Mahfuz.

Thursday, June 25, 2009

H1 TERSASUL DI PARLIMEN


Menteri Dalam negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein gagap dan tersasul beberapa kali ketika menjawab soalan mengenai pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat telah menanyakan soalan bertubi-tubi kepadanya menyebabkan Hishamuddin tidak mampu untuk menyembunyikan fakta bahawa beliau adalah menteri tidak mempunyai jati diri untuk berdepan dengan pelbagai rasa tidak puashati ahli-ahli parlimen terhadap jawapan yang tidak meyakinkan yang diberikan di dalam Dewan Rakyat hari ini.

Hishamuddin yang satu ketika pernah menjadi fokus negara tatkala beliau memegang Menteri Pelajaran yang menyebabkan isu PPSMI tidak berjaya diselesaikan kini telah ditukarkan sebegai Menteri Dalam Negeri juga menampakkan beliau lansung tidak mempunyai kapbiliti dan kaliberiti untuk menjadi seorang menteri di dalam kabinet Malaysia.

Menurut beliau sebanyak 33 akta di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk amalan buang daerah akan dinilai dan dikaji semula bagi melihat kesesuaiannya dengan perkembangan semasa, sebelum dipinda.

Sedangkan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat meminta akta-akta yang dinyatakan tersebut terutama Akta Keselamatan Dalam Negeri bukan sepatutnya sekadar dipinda malah mesti dihapuskan.

Di dalam keributan itu, Hishamuddin kemudian tersasul dengan menyatakan..

"kita nak jawab usaha-usaha kerajaan untuk pinda kerajaan.."

yang kemudian diperbetulkan menjadi "usaha-usaha kerajaan untuk pinda Akta".

Kali kedua beliau tersasul lagi dengan menyatakan:

"beberapa perkara yang sedang difikirkan... tempoh tahanan selama 60 tahun"

yang kemudian diperbetulkan menjadi "tempoh tahanan selama 60 hari".

Hishammuddin berkata, beliau berharap dapat membawa usul pindaan ISA pada sidang parlimen akan datang selepas kajian mengenainya selesai

MATI DALAM LOKAP,SALAH SIAPA?

Isteri A. Gnanaprakasom, yang mati dalam lokap polis awal bulan ini mahu satu inkues dijalankan terhadap kematian mengejut suaminya.

M. Manamegala berkata suaminya, Gnanaprakasom, yang bekerja sebagai pendawai, 53, tidak pernah mempunyai masalah kesihatan sebelum meninggal dunia secara mengejut.

Gnanaprakasom telah ditahan pada 10 Jun atas tuduhan pecah rumah di Sungai Buloh.

“Beberapa hari selepas ditahan oleh polis, dia mati dalam tahanan, duit dan telefon bimbitnya kepunyaan dia hilang.

“Siapa yang mahu bertanggungjawab atas kematian dia. Sekarang siapa yang mahu menjaga anak-anak saya,” kata ibu kepada tujuh anak ini di lobi Parlimen hari ini.

Dia bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jelaing Mersat.

Turut serta menyerahkan memorandum tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan Elizabeth Wong dan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa.

PANGGILAN SAIFUL KE MINDEF-SK

Sebuah laman web yang didaftarkan atas nama Pahangdaily.blogspot.com melaporkan Saiful Bukhari Azlan sentiasa berhubung dengan pihak tertentu di Kementerian Pertahanan sebelum membuat laporan polis berhubung dengan dakwaan liwatnya.
Menurut blog itu, Saiful membuat sekurang-kurangnya enam panggilan ke Mindef sebelum laporan polis berkenaan dibuat pada Jun 2008.Rekod panggilan tersebut turut mendedahkan Saiful berhubung secara langsung dengan pihak tertentu di Kementerian Pertahanan sejak Februari tahun lalu, iaitu sebulan sebelum beliau bekerja dengan Anwar Ibrahim, menurut blog itu.Rekod panggilan itu turut mengesan Saiful sebagai berhubung dengan pihak tertentu di Mindef hampir setiap hari ketika beliau bekerja sebagai pembantu Anwar.

Ini menguatkan hujah bahawa ada tangan-tangan tersembunyi yang merencanakan ulangan konspirasi 1998 dalam satu lagi cubaan untuk menjatuhkan Anwar.Rekod panggilan ke Mindef itu tentunya menimbulkan lebih banyak persoalan dan menguatkan teori konspirasi di peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Anwar.
Blog Pahangdaily berkata Saiful tidak harus terlalu angkuh semata-mata kerana mempercayai beliau dilindungi oleh pihak-pihak tertentu.“Kebenaran pasti akan terserlah jua nanti. Malah sumpah yang dipermainkan oleh Saiful juga banyak dilihat telah memakan dirinya sendiri dan menambahkan kekalutan kes ini,” ujar blog berkenaan.SK

JANGAN BENARKAN BN JARINGKAN GOL DI SEMENANJUNG

JANGAN PANDANG RENDAH KEUPAYAAN BN-TPM.Itu lah kata-kata TIMBALAN PRESIDEN UMNO yang mengingatkan bahawa BN masih ada kekuatan.Walaupun untuk menang sesuatu yang sukar TETAPI sejarah PRK PENGKALAN PASIR harus di ambil kira.BN seumpama pasukan underdog,prestasi yang tak menentu kadang-kadang suka buat keputusan upsate.

Contoh keputusan upsate yang hampir seperti keputusan separuh akhir piala konfederasi,apabila AMERIKA berjaya tundukkan JUARA EROPAH SEPANYOL dengan jaringan dua kosong.Semestinya pasukan SEPANYOL over konfiden untuk menang,tetapi selepas wisel permulaan di bunyikan segalanya berubah.Pagi nanti BRAZIL pula menentang AFRIKA SELATAN,jika BRAZIL mengambil mudah mungkin nasib BRAZIL sama dengan SEPANYOL.

Begitu juga PAS jika terlalu over konfiden dan ambil mudah,keputusan UPSET akan berlaku.BN berjaya menjaringkan GOL di SEMENANJUNG MALAYSIA.

ADUN PKR KEDEKUT??

Pada PRU 12 yang lalu kita di hadiahkan dengan satu kemenangan yang tidak disangka oleh semua pihak, apabila memang pakat-pakat dabik dada"I AM THE BEST IN KEDAH". Bermula dari hari kemenangan PR KHUSUSNYA DI KEDAH telah menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Ketika kempen orang yang bersusah payah semestinya jentera di bawah, yang dok kena maki, yang dok kena buat keja, yang dok pasang bendera, yang dok lekat poster calon dan lain-lain lagi. Semua kerja tersebut diamanahkan kepada orang bawah dan juga anak muda yang bersemangat. Anak muda bersemangat apabila mereka terlalu benci akan UMNO DAN BARISAN NASIONAL. Maka anak muda sanggup buat apa sahaja asalkan calon mereka menang. Orang seperti anak muda hanya inginkan kemenangan yang boleh dijadikan sebagai penglaman hidup, anak muda yang menyokong PR semestinya ingin melihat BN dan UMNO berkubur hasil daripada kerja kuat mereka. Mereka ini inginkan jiwa dan roh semangat mereka dimasukkan di dalam lipatan sejarah antara individu yang menjahanamkan UMNO dan BARISAN NASIONAL.

Apabila seseorang itu menang di dalam pilihanraya, beliau mesti mengucapkan terima kasih kepada jentera di bawah, bukan kepada jentera yang makan angin tetapi jentera yang bekerja bersungguh-sungguh untuk memenangkan calon mereka. Tetapi ada sesetngah calon yang menang terus jadi bangga diri dan lupa orang di bawah yang bekerja untuk mereka. Ini yang dinamakan kedekut untuk berterima kasih, sebagai contoh seorang calon telah memenagi PRK di kedah langsung tidak mengucapkan terima kasih kepada orang di sekeliling beliau mahupun pimpinan parti. Baru menang dah tunjuk belang, ceramah pun kadang-kadang melalut ke lain, ceramah jadi macam tempat berleter. Nak mintak sumbangan kepada parti? emmmm susah nak cakap. Sebelum jadi calon wah cakap macam obama, lepas menang semua jadi bahana. Kita perlu ingat bahawa setiap apa yang kita kecapi hari ini bukan bermakna kita boleh dapat kecapi selamanya.

Dalam pada itu saya rasakan bahawa MP PKR atau ADUN PKR di kedah ini adakalanya kedekut. Kedekut maksudnya tidak membantu PARTI SENDIRI atau pun sumbangan untuk sesuatu program. Bukan semua MP PKR KEDAH dan ADUN PKR KEDEKUT tetapi ada segelintir yang kedekut tahap melampau sehinggakan naik meluat. Ada yang dah jadi EXCO pendapatan 17 RIBU SEBULAN, tetapi untuk PARTI YEELLLLEEEEEKKKKKK. Nak bantu organisasi parti jauh lagi la. Ada exco yang masih muda tetapi sumbangan kepada pemuda tak da jugak, sebelum jadi YB ada tetapi bila JADI YB habuk pun tak dak. Nak tolong kawan-kawan? Tolong kawan yang tolong lobi ada la. Janganlah kita terlalu berkira di dalam membantu parti dan kawan-kawan dalam perjungan yang belum selesai ini. Janganlah dirasakan kerusi empok yang anda duduk itu tak akan hilang dalam sekelip mata. Beringatlah kepada orang bawah yang memerlukan bantuan anda, jangalah membawa budaya kedekut di dalam PKR KEDAH.

Ingatan kepada MP PKR KEDAH mahupun ADUN PKR KEDAH usahlah terlalu berkira untuk memberi sumbangan UNTUK membantu parti. Jangan menganggap yang meminta itu pengemis.


25.06.2009

M@RHAEN Twitter Updates

KAKI CUCI

PENDUDUK KG PALA@ HIGH CHAPPARAL PULAU PINANG DI HALAU

Di dalam satu keputusan yang mengejutkan, Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan penduduk Kampung Buah Pala atau High Chapparal di Pulau Pinang untuk menggantung keputusan Mahkamah Rayuan mengarahkan penduduk mengosongkan segera kampung tersebut.

Keputusan itu membuka laluan kepada syarikat yang telah diberikan konsesi untuk tanah itu oleh kerajaan Umno-BN yang lalu untuk mengusir keluar penduduk berkenaan bagi tujuan komersil.

Pakatan Rakyat telah menubuhkan sebuah badan petugas khas dalam usaha menyelamatkan kediaman 400 penduduk berkenaan yang rata-rata golongan berpendapatan rendah yang kebanyakkannya bekerja sebagai buruh.

Tiga hakim Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tersebut setelah berpendapat penduduk Kampung Pala tidak layak mencabar keputusan Mahkamah Rayuan kerana kononnya mereka menduduki tanah itu secara haram.

Mahkamah menolak hujah peguam penduduk Kampong Pala bahawa tanah itu milik kerajaan persekutuan dan mereka menetap di situ dengan kebenaran daripada pihak berkenaan.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengejut itu walaupun tidak dibekalkan keputusan bertulis oleh Mahkamah Rayuan.

Keputusan hari ini memberi tamparan hebat kepada usaha penduduk menuntut hak milik tanah yang mereka duduki sekian lama tetapi dijual oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2007 kepada Syarikat Pembangunan Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd dengan nilai RM3 juta

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Mohammad Yusoff yang mengetuai badan petugas Pakatan Rakyat itu melahirkan kekecewaannnya terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang dianggap terlampau menekan penduduk terbabit.

Menurutnya, hakim boleh menangguhkan keputusan mahkamah rayuan atas dasar keprihatinan terhadap isu rakyat tetapi keputusan sebaliknya menyebabkan arahan pengosongan berkuat-kuasa serta merta.

“Keputusan mahkamah bermakna penduduk Kampung Pala sudah kehilangan hak dan ruang untuk mencari keadilan di mahkamah sivil namun begitu, para penduduk boleh mencuba mencari jalan jain seperti membawa isu ini ke mahkamah jenayah” ujarnya kepada TVAntara hari ini.

Yusmadi berpendapat mahkamah sewajarnya memberi peluang perbicaraan penuh kepada isu ini kerana terdapat banyak persoalan berkaitan kesahihan pemilik tanah Kampung Pala.

“Peguambela penduduk Kampung Pala berhujah bahawa tanah Kampung Pala merupakan hak milik kerajaan persekutuan tetapi disangkal peguam lawan yang menjelasakan tanah tersebut milik kerajaan negeri” kata Yusmadi lagi.

Katanya, perbezaan fakta tersebut perlu diteliti secara mendalam terlebih dahulu kerana ia melibatkan kepentingan rakyat yang tertindas.

Bagi Yusmadi keputusan mahkamah tersebut merupakan perkembangan falsafah perundangan yang tidak baik kerana mengetepikan hak rakyat.

Justeru beliau memohon kerajaan negeri Pulau Pinang bertindak segera membantu menyelesaikan kemelut yang membelenggu penduduk Kampung Pala bagi membuktikan komitmen mereka membantu rakyat.

SIAPA SEBENARNYA HENRY GURNEY?

'Chin Peng anak kelahiran Tanah Melayu, ketika membesar telah terserap dengan mood anti penjajah yang amat kuat. Mood anti penjajah yang ada pada beliau bukan setakat membebaskan negara tetapi lebih tinggi menjadi mood fahaman pengurusan ekonomi menentang fasis kapitalisme dan menghanyutkan beliau ke fahaman komunisme dengan dalam. Chin Peng percaya dengan fahaman Komunisme negara ini mampu di urus dengan lebih baik kerana pada kepercayaannya Komunisme lebih humanis dan menjamin hak sama rata bukan seperti kapitalis yang hanya menjamin hak pemodal besar Lantas atas kenyakinan kuatnya beliau menentang penjajahan British dengan sepenuh daya dan pemikiran beliau.'

Pada 21 Jun yang lepas telah di adakan satu majlis yang kononya 'amat bermakna' di tepi jalan, Jalan Kuala Kubu – Bukit Fraser.

Pegawai Daerah tersebut, Nor Hisham Dahlan (yang mungkin sudah siap menangani semua aduan penduduk dan pembayar cukai setempat) telah hadir bersama dengan anggota Persatuan Bekas Perajurit Tentera Malaysia untuk memotong reben merasmikan terletaknya papan tanda lokasi pembunuhan Henry Gurney di Batu 56 ½, Jalan Kuala Kubu – Bukit Fraser.

Maka sesiapa yang melalui jalan tersebut pada waktu itu pasti akan terkejut dengan kehadiran anggota agak ramai polis dan tentera yang turut diarahkan hadir meraikan perletakan papan tanda tersebut yang mewirakan Henry Gurney. Mana tidaknya jalan yang sehari – hari sunyi dan lengang tiba – tiba kelihatan ramai anggota beruniform bukan kerana kemalangan tetapi kerana meraikan sebuah pana tanda.

Sudah tentu bersungguh – sungguh lagi majlis ini apabila ia dibuat ketika semangat menolak Chin Peng pulang ke Malaysia.

Pertama sekali, siapa dia Henry Gurney yang nak diagungkan kematiannya ini? Henry Gurny ialah warga kelahiran British. Dia dibesarkan dalam keluarga bangsawan yang percaya bahawa bangsa mereka gagah dan kuat serta berdaulat. Maka semua bangsa lain perlu tunduk kepada kekuasaan bangsawan British. Di besarkan dengan persekitaran Eropah masih dipenuhi hamba abdi dari Asia dan Afrika.

Sebelum dihantar bertugas di Malaysia beliau merupakan Ketua Pentadbiran Inggeris di Palestin (1946 – 1948). 'Jasa' beliau yang harus kita tidak lupa ialah menjadi antara perancang membawa masuk bangsa Yahudi khususnya yang berfahaman Zionis untuk menjadikan Palestin sebagai kawasan perlindungan. Tanah rakyat Palestin dirampas untuk menjadi perlindungan Yahudi yang kononya dizalimi di Eropah. Dari hanya kawasan perlindungan, 'berkat' usaha gigih Henry Gurney pada tahun 1948 tertubuhlah negara zionis Israel lakhanat.

Atas kecekapan beliau memperdaya arab Palestin dan menubuhkan negara Israel maka, Henry Gurney telah dinaikkan pangkat menjadi Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Tanah Melayu pada 13 September 1948.

Perlantikan beliau ke jawatan nombor satu di Tanah Melayu oleh British dengan harapan mampu terus memperdaya penduduk Tanah Melayu untuk terus mempertahankan sistem kapitalis dengan menolak unsur komunisme yang anti imperialis serta paling penting mematahkan gerakan kemerdekaan anti penjajah yang tidak seiring dengan kapitalisme amalam British.

Sejak September 1948 bukan sedikit pejuang kemerdekaan ditangkap, dipenjara dan dibunuh oleh Henry Gurney dengan menabur fitnah bahawa mereka pengganas dan menentang negara.

Ingat negara atau kerajaan pada masa itu ialah kerajaan penjajah British. Banyak kumpulan yang bangkit menentang penjajah dilabel komunis dan pengganas. Memang tidak dinafikan fakta sejarah ada kumpulan yang membuat keputusan membebaskan negara dengan memikul senjata dan masuk ke dalam hutan.

Itupun atas perbagai faktor. Bayangkan pertubuhan atau gerakan kemerdekaan negara diharamkan,ramai pemimpin gerakan kemerdekaan ditangkap dan ada yang mati dan hilang tanpa dikesan. Selaku pemimpin pada masa itu hanya ada 3 pilihan, bergabung bersama badan siasah yang direstui penjajah atau menanti ditahan (mungkin dibunuh) atau masuk ke hutan pikul senjata pertahankan prinsip.

Untuk memutuskan bantuan kepada pihak yang menentang dari dalam hutan. British memperkenalkan sistem kampung baru, masyarakat dipaksa pindah ke dalam kawasan penempatan baru yang berpagar duri dan di bawah kawalan senjata.

Ada rekod kebun orang asal dan penduduk di pinggir hutan dibakar kerana takut menjadi sumber makanan pasukan bersenjata menentang penjajah. Orang asal dan penduduk kampung dipinggir hutan diugut jangan bekerjasama dan dimainkan ilusi bahawa pasukan bersenjata di dalam hutan yang menentang penjajah jahat dan ganas.

Tanpa menafikan memang ada juga rekod keganasan dari pasukan bersenjata yang menentang penjajah.

Tidak cukup dengan itu didatangkan tentera upahan dari luar negara yang turut dijajah British untuk mempertahankan 'keamanan' dan 'kestabilan' kerajaan penjajah British. Maka wujudlah tentera Gurkha dan perbagai tentera luar yang sama membelasah pasukan bersenjata yang anti penjajah tidak kira mereka berideologi apa.

Dari 1948 – 1951, British bangga dengan Henry Gurney yang berjaya bukan sahaja mengekang tentangan bersenjata malah berjaya memainkan 'psywar' untuk mengheret sama anak tempatan mempertahankan Kerajaan penjajah British dengan perang anti Komunis nya, sedangkan kita perlu tahu dan sedar ada juga guru agama yang menanam sentimen anti penjajah turut ditangkap dan dikatakan terlibat dalam kegiatan komunis.

Ini tidak dapat dinafikan sehingga sekumpulan mereka yang berpendidikan agama juga telah membuat keputusan masuk hutan menyertai Regimen ke 10 menentang penjajah British.

Henry Gurney begitu menikmati zaman kegemilanganya di Tanah Melayu. Dia dipuja dan dikawal umpama 'Presiden Tanah Melayu'. Bergerak ke mana – mana dengan koleksi kereta mewahnya seperti Rolls Royce yang bangga terkibar Union Jack (bendera penjajah) didepanya.

Pada 7 Okotober 1951, semua kemegahan Henry Gurney musnah apabila beliau mati dengan tembakan dalam satu serang hendap oleh pasukan bersenjata Parti Komunis Malaya yang serangan itu dikatakan diketuai oleh Chin Peng.

Tepat 12 kilometer sebelum sampai pusat peranginan mewahnya di Bukit Fraser beliau ditembak mati, namun isterinya yang turut berada di dalam kereta tidak dicederakan.

Sejurus selepas itu semua tentera baik anak watan mahupun tentera upahan asing digerakkan secara besar – besaran memburu 'pengganas' komunis. Digambarkan ganasnya komunis ini sehingga saggup membunuh Henry Gurney.

Lupakah kita Henry Gurney ialah antara manusia yang mencipta negara Israel yang sehingga kini menjadi masalah dunia.

Di bawah ini diperturunkan ayat di perenggan ke dua di papan tanda yang dengan bangga diletakkan mengenang tempat kejadian pembunuhan Henry Gurney.


“Henry Gurney bersama isterinya dan setiausaha peribadi D.J Stapler bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Bukit Fraser untuk urusan rasmi dan berehat. Apabila kereta Rolls Royce yang membawa rombongan Gurney itu dengan kibaran bendera 'Union Jack' oleh Konstable Mohd Din sedang mengambil selekoh s di bt. 56 ½, kira – kira 8 batu dari Bukit Fraser tiba – tiba Rolls Royce menjadi sasaran peluru pengganas komunis”

Ayat di atas menggambarkan kita tidak pernah belajar untuk menulis sejarah sendiri. Tulisan penjajah yang merakam sejarah kita salin bulat – bulat. Kita bangga dengan kibaran Union Jack. Ada rekod Henry Gurney mati dan isterinya selamat tetapi apa nasib Mohd Din yang diperdaya menjadi pemandu lantikan penjajah, kita tidak kisah.

Bukankah sebagai anak Malaysia kita harus bangga antara manusia yang menyebabkan tertubuhnya negara Zionis Israel mati dan darahnya dipaksa menyimbah bumi kita.

che'GuBard bukan penganut komunisme, tetapi tidak hairan lepas membuat posting ini ada juak yang membuat tuduhan che'GuBard komunis kerana mereka mewarisi taktik Henry Gurney.

Wednesday, June 24, 2009

BAGUS LA KALAU MACAM NI


Kerajaan Malaysia hari ini membuat pengakuan telah memperuntukkan RM1 juta untuk bekas pengurus Formula 1 Ferrari, Datuk Seri Jean Todt sebagai duta Tourism Malaysia selama dua tahun.

Demikian dinyatakan oleh menteri Pelancungan Datuk Seri Ng Yen Yen di Dewan Rakyat hari ini menjawab soalan Ahli Parlimen Gombak yang juga Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Azmin telah meminta kerajaan menjelaskan urusjanji kerajaan mengenai perundingan dengan Todt bersama tunangnya Datuk Michelle Yeoh, seorang aktes Malaysia dengan mendakwa RM1 juta telah dibelanjakan untuk rakyat Perancis itu.

Menteri berkenaan berkata satu juta di Eropah tidak mempunyai apa-apa nilai sekarang attkala mempertahankan perlantikan Todt. Beliau menambah Jean Todt seorang yang amat dikenali. Beliau meyakini Malaysia. Todt mempunyai rangkaian luas dan dikenali pada peringkat antarabangsa.

Azmin juga ingin tahu kebenaran dakwaan bahawa Todt dan tunangnya telah ditawarkan untuk memiliki tanah bagi mendirikan rumah mereka di di Pulau Besar di negeri Terengganu.

Yen yang juga Naib Presiden MCA menafikan dakwaan tersebut sebagai sebahagian dari urusjanji kerajaan dengan Todt dan menafikan Todt memiliki tanah di Terengganu.

Azmin menyatakan beliau mempunayi dokumen untuk membuktikan kerajaan telah menawarkan tanah di Pulau Besar kepada Todt sebagai sebahagian dari perundingan perlantikannya sebagai duta pelancongan.

Walau bagaimanapun Azmin enggan untuk mendedahkan samada Todt ada membuat sebarang pembayaran untuk memiliki tanah berkenaan atau ianya diberikan secara percuma atau pada akadar diskaun.

Azmin berkata beliau menunggu dahulu jawapan penuh dari kerajaan sebelum mendedahkan butiran tersebut dengan lebih terperinci.

DAH PEMAIN IMPORT PUN TAK ADA

Sudah jatuh di timpa tangga hidung kena tahi ayam,mungkin itulah peribahasa yang sesuai kepada pasukan bola sepak negeri kedah.Kelmarin KEDAH telah di belasah oleh kelad dari VIETNAM 8 BERBALAS 2.Ini sebenarnya memalukan negara MALAYSIA kerana pasukan dari MALAYSIA di belasah macam perlawanan budak sekolah menengah.

Itulah hakikat yang di tanggung seluruh peminat bola sepak MALAYSIA semestinya pening melihat pa yang terjadi.Sudahlah mutu bola sepak negara kian serabut selepas itu di perkenalkan peraturan merapu yang menghalang pasukan yang bertanding di dalam LIGA SUPER mahu pun LIGA PERDANA mengambil khidmt pemain IMPORT.Tindakkan yang merapu dan pelik di terjemahkan oleh keputusan KEDAH DI BELASAH 8 berbalas 2.Kelab dari VIETNAM di barisi pemain IMPORT yang berkualiti dari BRAZIL dan menjaring gol hatrik ketik membenam KEDAH semalam.

Isu pemain IMPORT ini serupa isu PPSMI yang sekian lama jadi bualan dan perdebtn hangat.Tiada ada yang dapat di banggakan dengan menghalang pengambilan pemain IMPORT,jumlah kehadiran penonton merosot,mutu permainan jauh ketinggalan dan PASUKAN yang mewakili NEGARA kita di kejohanan di luar negara di aibkan.

Beginilah jika persatuan bola sepak FAM di pelopori oleh orang politik seperti KJ yang tak tahu mengenai bola sepak negara.Membuat keputusan tanpa mendapat padangan pengaml sukan atau peminat bola sepak di MALAYSIA.Ketika adanya pemain IMPORT beraksi jumlah kehadiran penonton meningkat dan jumlah kutipan tiket juga meningkat,apabila kutipan dan keuntungan persatuan bola sepak negeri meningkat,tak timbul masalah pembayaran gaji kepada pemain.Letih sebenarnya peminta bola sepak tanah air untuk membincangkan masalah FAM ini,mungkin jalan terbaik BUBARKAN FAM tubuhkan satu badan yang di urus tadbir oleh bekas-bekas pemain bola sepak negara atau penggiat sukan yang tidak terlibat dengan politik mahupun mana-mana golongan istana.

HIMPUNAN PERDANA 30 JUN 2009

Pakatan Rakyat akan menganjurkan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat pada 30 Jun nanti.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, program tersebut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

Beliau yang mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat menyeru orang ramai hadir ke program tersebut yang akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya bermula pukul 9.00 malam.

"Program ini diadakan bagi menerangkan kepada orang ramai terhadap fitnah dan konspirasi yang dimainkan oleh Umno-BN yang bertujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakah.

Satu ceramah perdana akan diadakan pada malam tersebut dimana kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.

Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tokoh DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti.

KEDAH AKAN TERLEPAS KE TANGAN UMNO JIKA PAS MASIH MEMERINTAH KEDAH?

Pas Kedah memang bermasalah. Jika perlu negeri Kedah harus menukarkan corak pemerintahannya. Dasar pemerintahan yang terlampau ekstrem, menekan dan sedikit menindas memberikan masalah yang besar kepada masyarakat pelbagai kaumnya.

Begitu seperti yang diujarkan oleh dua orang yang dikatakan rakyat Kedah kepada MKini di ruangan Vox Populi.

Ruangan tersebut mengutip pelbagai pendapat rakyat Malaysia berdasarkan artikel-artikel yang disiarkan di situ.

Salah seorang dari mereka berkata, “[s]aya harap perkara ini dapat dibawa kepada Anwar Ibrahim yang kemudiannya meminta (pimpinan) PKR Kedah mengambil alih pentadbiran negeri sebelum Pas memusnahkan keseluruhan Kedah.”

Sebelum itu Fairus Hazli juga turut berkata, “[w]alaupun kuota bumiputera telah dinaikkan sebanyak 30% ke 50% ia ‘membunuh’ kontraktor Melayu di mana terdapat jumlah projek perumahan yang agak kurang di Kedah pada masa ini. Ini bermakna kurangnya pekerjaan sub-kontrak buat kami.”

Turut berkongsi pendapat yang sama ialah Suresh. Beliau berkata,”Pakatan Rakyat akan kalah di PRU akan datang jika Kedah masih dibawah Pas.”

Katanya lagi, kaum India di Kedah telah dipinggirkan oleh kerajaan negeri.

“Saya tabik dengan idea dari Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang yang mengatakan bahawa PKR dan DAP patut kerjasama dengan BN”.

“Tetapi PKR dan DAP mesti diberi peran utama di dalam kerajaan negeri Kedah.”

Pendapat mereka berdasarkan artikel Kedah PKR, DAP told to abandon PAS yang ditulis oleh Athi Veeranggan dan tersiar pada 23 Jun yang lalu.

SAM AHMAD,PERAK EXPRESS

SISTEM EKONOMI KAPITALIS DAN SOSIALIS

SISTEM EKONOMI KAPITALIS

Inilah sifat asli kapitalis. Inilah sifat kaum pemodal kapitalis. Dalam sistem ekonomi kapitalisma tujuan utama ialah untung.

Kapitalisma adalah sistem ekonomi yang tujuan asasnya mencari untung. Ini hakikat. Tidak perlu berdolak dalik.

Kaum kapitalis akan melakukan apa sahaja asalkan dapat untung.

Dalam sistem kapitalis – apa yang boleh di jual akan di jual. Asalkan ada untung.

Dalam sistem kapitalis – apa yang boleh di beli akan dibeli. Asalkan ada untung.

Dalam sistem kapitalis – agama, ibu, ayah, anak – semua boleh di jual – jika mendapat untung.

Kapitalisma adalah sistem ekonomi yang tidak mengira agama, bangsa atau wilayah.

Sistem kapitalis bersifat uninversal – melintasi benua, daerah dan wilayah.


SISTEM EKONOMI SOSIALIS

Sistem ekonomi sosialis ini berbeza dari sistem kapitalis.

Dalam sistem ekonomi sosialis yang diutamakan bukan untung tetapi perkhidmatan.

Dalam sistem ekonomi sosialis yang diutamakan ialah kebaikan ramai bukan keuntungan pribadi.

Dalam sisstem ekonomi sosialis pembangunan dilakukan bukan kerana ianya boleh mendapat untung – pembangunan dilakukan kerana ianya membawa manafaat untuk orang ramai.

Dalam sistem sosialis hospital percuma – kerana ianya baik untuk menjaga kesihatan semua warga. Hospital bukan untuk membuat untung tetapi memberi khidmat. Khidmat terbaik diberi bukan kerana si sakit kaya tetapi pesakit memerlukan khidmat itu.

Dalam sistem sosialis pembelajaran –sekolah/universiti – diberi percuma kerana ianya akan melahirkan warga yang berilmu. Ini perlaburan yang dananya dikeluarkan dari kantong negara. Pembelajaran bukan perniagaan. Pembelajaran ialah untuk mendidik warga berilmu. Warga yang berilmu akan berbudi dan berbahasa. Warga yang berilmu tidak membawa porak peranda.

Dalam sistem sosialis perumahan didirikan untuk semua. Membuat rumah kediaman bukan untuk mencari laba tetapi untuk memberi keselesaan kepada penduduk. Kenapa yang kaya perlu 4 bilik dan yang miskin duduk berhimpit-himpit?

Kalau dalam sistem ekonomi sosialis syarikat kapal terbang adalah milik negara. Harga tiket ke umrah atau ke mana sahaja akan dijual semurah mungkin. Bukan bermakna penjualanan tiket kapalterbang akan merugikan tetapi niatnya BUKAN untuk keuntungan maksima.

Untung yang didapati bukan akan masuk ke dalam poket individu pemegang saham. Dalam ekonomi sosialis pemegang saham ialah semua warga. Bottom Line sosialis bukan ringgit dan sen. Bottom Line sosialis ialah khidmat untuk orang ramai.

Nota:

Mereka yang menentang sistem sosialis kerana mereka tahu dalam sistem ini mereka tidak dapat melabor modal untuk memeras dan menindas kaum buruh.

Negara sosialis selalu di serang kerana kaum kapitalis tidak dapat membuat untung dan merompak harta kekayaan.

Negara sosialis diserang kerana punca-punca ekonomi negara - minyak, bijeh, sawit,emas, besi dan segala hasil bumi - tidak boleh dimiliki oleh Exxon, General Motors, IBM, Chevron, ITT, Douglas McDonald, City Bank atau HSBC.

Memang betul dan saheh di Cuba tidak ada MacDogal. Betul di Cuba tidak ada KFC. Betul di Cuba tidak ada Coca Cola.

Tetapi di Cuba – ada sistem perubatan awam yang terbaik dalam dunia. Ianya diberi percuma untuk semua warga.

Di Cuba ada sistem pembelajaran yang terbaik di dunia. Sekolah perubatan Cuba memberi kuliah percuma untuk pelajar dari negara-negara dunia ketiga termasuk dari Amerika.

Di Cuba ada sekolah sukan yang tebaik. Negara kecil yang penduduknya berjumlah 11,451,652 ini saban kali di sukan Olimpik akan mengondol berpuluh pingat emas – lebih dari India yang rakyat 1 bilion atau Saudi Arabia yang dikatakan kaya raya.

Fakta :

Paling menyedihkan ada gulungan yang menentang sistem sosialis ini bukan dari kaum kapitalis yang kaya raya tetapi dari mereka yang miskin papa kedana. Mereka ini di beri ajaran dan ditakut takutkan bahawa kaum sosialis ini tidak bertuhan.

Ini adalah hasil dari sistem pembelajaran kapitalis yang telah membuatkan orang-orang ini bebal – tidak dapat berfikir. Dalam sistem kapitalis amat-amat diperlukaan orang-orang bebal lagi bodoh agar mereka boleh terus menjadi buruh dan hamba tanpa memiliki ketinggian fikrah dan keupayaan intelek.

Sistem kapitalis ingin melahirkan kaum buruh yang setia, tidak berfikir dan tidak dibenarkan berpersatuan. Dalam sistem sosialis kesatuan buruh adalah rukun pertama.

Dalam sistem sosialis pembelajaran percuma tidak memungkinkan lahirnya orang –orang bebal. Kebebalan adalah musuh utama sosialisma.Kebebalan dan kebodohan akan dilawan hingga ke akar umbi.

Dalam sistem sosialis tidak akan timbul isu PPSMI - kerana dari segi keilmuan telah diketahui bahawa untuk mengajar satu- satu bahasa BUKAN melalui maths dan sains tetapi melalui sastera.

Hanya dalam sistem kapitalis wujudnya manusia bebal yang mencadangkan cara mempelajari satu-satu bahasa adalah melalui maths dan sains.

Hidup jangan jadi bebal. Fikirkan siapa yang tidak percaya kepada Yang Maha Esa - kaum sosialis atau Kapitalis Yang Menjual Gambar Kaabah?.

TAK CUKUP KE DENGAN BANTUAN TV 3?

Ni satu lagi benda pelik tapi benar,tak cukupkah dengan propaganda dan kempen untuk UMNO yang di siarkan dalam TV?UMNO nak berceramah juga?UMNO kan sudah ada TV1,TV2,TV3,TV9 dan seangkatan dengannya.ASTRO AWANI?BOLEH GAGAH LA.Ingatkan dengan ada siaran KHAS untuk UMNO tak payah ceramah dah,nak ceramah jugak.Panggil la EZAM lagi bagus,sebab di ceramah best o....kalau untuk di kedah nie panggil la BEKAS KETUA AMK KEDAH KHAIRUL ANUAR RAMLI.Banyak lagi bekas bekas bekas PKR gian ceramah,gian jadi calon dah belambak.

KENAPA DI HADKAN 10 MATA PELAJARAN?



Kenapa di hadkan hanya 10 subjek untuk SPM?

Pelik tapi benar,itulah hakikat yang perlu di tanggung oleh setiap pelajar di seluruh MALAYSIA.Banyak anak melayu yang kecundang dan gagal mendapat keputusan baik dalam SPM,bilangan subjek nampaknya di hadkan kepada 10 sahaja mulai tahun hadapan.Alasannya untuk memberi penumpuan penuh pelajar untuk subjek yang di ambil dan dapat fokus.Bagi saya seorang pelajar itu ada hak untuk memilih di dalam menentukan mata pelajaran yang harus di ambil,bukannya di hadkan ataupun di kawal.Kita nak belajar pun di kawal?nak belajar macam-macam ilmu pun di kawal?pelik la macam ini.

Mari kita lihat satu sudut,dengan apa yang di perkenalkan ini semestinya memberi masalah kepada sekolah menengah agama.Kerana sekolah menengah agama ada subjek bahasa arab atau subjek yang jarang ada di sekolah menengah kebangsaan.Apabila kita bersekolah di sekolah menengah agama atau sekolah agama rakyat,kita akan melihat kebanyakkan pelajar akan mengambil lebih dari sepuluh mata pelajaran.Jika di laksanakan had 10 mata pelajaran semestinya pelajar akan mengenepikan mata pelajaran yang lebih dari 10 walaupun seseorang itu meminati subjek tersebut,tetapi dengan had yang di kenakan terkorbanlah satu subjek atau lebih yang pelajat itu minati.

Kebelakangan ini PELAJAR CEMERLANG hanya lahir dari sekolah aliran agama dan bukan dari aliran SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN,apabila di hadkan 10 subjek, ini akan ada ramai yang dapat 10A1,bermakna bukan sekolah memengah agama sahaja yang ada pelajar cemerlang sekolah menengah kebangsaan pun ada juga.Maka akan di siarkan sekolah menengah kebangsaan sekian sekian mempunyai banyak pelajar cemerlang,sekolah menengah agama tak di siarkan.Tahun 2008 pelajar cemerlang adalah dari sekolah menengah agama bukan sekolah kebangsaan.ADIK MADIHAH mendapat 20A1 berasal dari terengganu.Jika di lihat rumah beliau sememangnya usang tetapi adik madihah tetap menghasilkan keputusan yang cemerlang walaupun dalam keadaan keluarga yang serba kekurangan.

Di zaman MAHATHIRISME banyak sekolah agama rakyat di tekan sehinggakan cikgu-cikgu aliran kebangsaan dari sekolah agama rakyat tersebut di pindahkan ke sekolah menengah kebangsaan lain.Di tukarkan dengan cikgu yang baru masuk ke dalam sekolah agama rakyat.Sebenarnya niat MAHATHIR ketika itu hendak mengurangkan pengaruh PAS di dalam sekolah agama rakyat,sehingga sanggup memberi tekanan dengan pelbagai tohmahan dan sebagainya.Ketika 1998 gelombang reformasi melanda sememangnya pelajar sekolah agama bersimpati dengan DSAI dan menyokong reformasi,termasuk saya ketika itu baru tingkatan 2 pada tahun 1998 dan bersekolah di sekolah agama rakyat.

Sudah la PPSMI memeningkan pelajar selepas itu hadkan SUBJEK dalam SPM,kini BAHASA INGGERIS pula perlu lulus untuk meluluskan seseorang pelajar dalam SPM.Nampak gayanya nanti MALAYSIA JADI FILIPINA,ramai boleh berbahasa inggeris tapi banyak yang susah dan merempat.Banyak la nanti pelajar melayu akan gagal dalam SPM,kerana pelajar melayu lebih minat jadi MAT REMPIT daripada menjadi insan berguna.Ini semua IDEA siapa?UMNO LA..

MENGAKU JUGA AKHIRNYA



Akhirnya mengaku juga bahawa PPSMI sebenarnya tidak ke mana boleh di anggap gagal,tapi dah berapa tahun baru hendak mengaku,dari tahun 2003 hingga sekarang baru nak mengaku.Berjuta yang telah di sebat oleh pembekal alat bantuan pembelajaran PPSMI.Ada yang membekalkan LAP TOP,projector dan lain-lain lagi.Nampak sangat projek untuk membekal alat bantuan belajar hanya untuk kroni UMNO sahaja.Sistem PPSMI ini lebih cenderong kepada bagi projek kepada kroni daripada untuk membangunkan atau memajukan rakyat sendiri.Klim yang melampau oleh pembekal di dalam menyediakan LAP TOP(komputer riba) amatlah mengejutkan banyak pihak,mungkin ada juga yang buat-buat terkejut pun ada.

Makcik-makcik di kampung mungkin kurang mengetahui masalah ini tetapi ini yang di lakukan oleh lanun-lanun terhormat di dalam merosakkan negara MALAYSIA hari ini.Pada masa ini pembekal kenyang,pelajar yang tak dapat apa.Cikgu dapat juga lap top,tapi itu pun HAK MILIK KERAJAAN MALAYSIA,KALAU BAGI HILANG KENA BAYAR BALIK.Nasib nasib....

APA YANG BERLAKU DI IRAN SEKARANG

APA DIA YANG SEDANG BERLAKU DI IRAN SEKARANG

Adalah salah kalau kita mengatakan bahawa tunjukan perasaan di Tehran dan kota-kota lain di Iran sebagai protest hanya tentang pilihanraya sahaja.

Hakikatnya Mahmoud Ahmadinejad telah menang.

Adalah juga salah untuk mengatakan bahawa tunjukan perasaan ini antara gulungan liberal yang menentang gulungan konservatif/kolot. Hakikatnya ke dua-dua kumpulan yang sedang bertelagah sama-sama mewakili theocracy yang kolot.

Mir Hossein Mousavi sebelum ini pernah menjadi Perdana Menteri dari 31 Oktober 1981 hingga 3 Ogos 1989. Kemudian jawatan perdana menteri ini telah dilupuskan.

Memang betul Amerika Syarikat semenjak dari zaman George W Bush telah menganjurkan dan mengeluarkan dana untuk membuat kerja kerja jahat terhadap Iran. Amerika telah menyokong kumpulan-kumpulan dan parti politik yang menentang kerajaan di Tehran. Ini memang tugas kuasa imperial Amerika.

Tetapi Mousavi dan Ahamadinejad TIDAK pro Amerika. Ini amat jelas. Mereka bukan boneka Amerika.

Amerika Syarikat masih dianggap sebagai Setan Dunia oleh kelas pemerintah di Iran. Tidak ada pemimpin politik Iran secara terang terangan yang akan berani membuat dasar pro Amerika. Ini kerana sebab sejarah.

Pada tahun 1953 Mohammed Mosaddeq telah menang pilihanraya dan dilantik sebagai Perdana Menteri Iran. Mosaddeq yang menjalankan dasar nasionalis telah memilik negarakan semua telaga minyak Iran. Mosaddeg akhirnya telah ditendang keluar.

Rampasan kuasa menendang Mosaddeq ini adalah perancangan CIA. Setelah Mosaddeq ditendang syarikat minyak Anglo-Amerika telah dibawa masuk kembali. Untuk gantinya Shah Ahmad Reza Pahlavi telah di nobatkan oleh CIA sebagai Raja sehingga tahun 1979 apabila revolusi Iran melupuskan sistem beraja di Iran.

Ini fakta saheh. Pada 4hb Jun 2009 yang lalu Barack Obama sendiri telah mengakui pekara ini dalam ucapan di Cairo. Ucapan Obama kepada ‘warga Islam’ dibuat dalam usaha Amerika ingin berbaik kembali dengan Iran.

Mari kita memahami siapa penyokong Ahmadinejad dan siapa pula penyokong Mousavi.

Semua yang menyokong Mousavi dan Ahmadinejad adalah orang Iran – Parsi. Mereka semua beragama Islam – Shiah. Hanya wujud kumpulan kecil di beberapa wilayah seperti di Baluchistan yang bermazhab Sunni. Mereka ini amat bersedia untuk menjadi khadam Amerika. Dua minggu sebelum pilihanraya di jalankan ada letupan bom di Zehdan – ibu kota Baluchistan. Ini kerja barua Amerika. Hakikatnya mazhab Sunni amat kecil untuk dapat melakukan apa-apa perubahan sosial.

Jadi apa sebenarnya yang berlaku di Tehran?

Semua analisa akhiranya menjurus kepada kepentingan ekonomi dan kelas.

Ahmadinejad mewakili gulungan bawahan – kaum tani di kampong-kampong dan kaum buruh di kota. Wajib difahami bahawa Iran bukan Tehran sama seperti Kuala Lumpur bukan Malaysia. Kaum tani dan kaum buruh ini telah dimanifestasikan melalui organisasi Basij. Basij asalnya adalah kumpulan anak-anak muda kampong dan anak muda msikin kota yang di rekrut ketika Iran dan Iraq berperang – 1980-1988.

Basij berasal dari kumpulan sukarela tetapi dua tahun lalu ianya telah diserap ke dalam pentabiran Ahmadinejad. Basij ini telah mendapat kontrek pembangunan, lesen-lesen dan menjawat lembaga-lembaga dibeberapa pusat pentabiran kerajaan yang ditubuhkan oleh Ahmadinejad. Lembaga ini samalah seperti SEDC ( State Economic Development Cooperation) yang ditubuhkan oleh PM Razak Hussein dahulu.

Ahmadinejad juga mendapat sokongan Pasdaran atau Soldadu Penjaga Revolusi. Ini adalah pasokan soldadu yang muncul di zaman Ayatolah Khomeini. Pasokan ini muncul sesudah revolusi untuk membersihkan tentera Iran dibawah Shah yang banyak menjadi talibarut Amerika. Pasokan Pasdaran ini mendewasa di kancah perang Iran/Iraq.

Basij dan Pasdran kini adalah asas sokongan yang amat kuat untuk Ahmadinejad di kawasan luar bandar dan kawasan miskin dalam kota. Kuasa ekonomi baru Basij yang telah dilembagakan ini mula menghakiskan dua kumpulan kelas ekonomi lama.

Kumpulan pertama adalah kelas borjuis industri/borjuis nasional yang di wakili oleh Rafsanjani seorang multi bilionaire. Rafsanjani – wakil kelas borjuis nasional - melihat dasar Ahmadinejad telah mengetatkan lagi sekatan ekonomi yang dilancarkan oleh Amerika terhadap Iran.

Rafsanjani towkay kacang Pastichio ini sedang melihat bertan-tan kacangnya tidak dapat di eksport. Kelas ini juga ingin berkembang luas – dari borjuis nasional untuk menjadi pemodal yang besar – multinasional - untuk mencari pasaran di dunia. Mereka juga bercita-cita untuk menjadi kelas industri tetapi telah gagal kerana wujudnya sekatan ekonomi.

Kumpulan kedua pula adalah apa yang dikenali sebagai Bazaari – ini kelas lama yang mucul dari zaman feudal. Bazaari adalah peniaga tradisional. Kalau di Malaysia mereka ini adalah peniaga-peniaga China yang memiliki jaringan kedai-kedai perniagaan. Bazaari muncul sebagai kelas ekonomi yang kuat kerana mereka memonopoli dan mengendalikan jual beli di Iran. Ketika gerakan anti-Shah dahulu kumpulan Bazaari ini telah menyokong Ayatolah Khomeini sehinggkan Iran menjadi lumpuh dan Ahmad Reza Pahlavi lari.

Kelas Bazaari ini juga memiliki pertalian yang amat kuat dengan struktur Shiah yang berpusat di Qum. Mereka memerlukan satu sama lain. Gulungan agamawan di Qum memerlukan sokongan ekonomi/duit kelas Bazaari. Kelas Bazaari memerlukan fatwa untuk ‘menghalalkan’ apa sahaja perniagaan mereka - termasuk pelacuran yang ditafsirkan sebagai ‘nikah sementara’.

Kelas peniaga kecil ini melihat perniagaan di bazar mereka terbantut dan kelas mereka tidak dapat berkembang. Pelancung tidak masuk. Permaidani mereka tidak terjual dan tidak dapat di eksport. Kelas Bazaari/komprador - yang bergantung perniagan dengan peniaga luar - kini melihat barangan untuk jualan amat susah untuk di impot atau diekspot kerana sekatan ekonomi.

Justeru amat jelas ada pertentangan kelas disini. Ada pertentangan kepentingan ekonomi. Kumpulan borjuis lama - borjuis nasional dan kelas komprador yang di wakili oleh Rafsanjani/ Mousavi sedang bertempur dengan kumpulan ekonomi kelas baru – kapitalis daulah/ state capitalism - yang diwakili oleh Ahmadinejad.

Justeru ini membuktikan bahawa apa yang berlaku di Iran sekarang tidak ada sangkut paut dengan Islam, dengan mazhab Shiah atau dengan agama. Krisis di Iran hari ini adalah pertentang kelas dan perebutan ekonomi.

Jangan kita lupa - ada lagi satu kumpulan – kumpulan monarki – saki baki dari penyokong Shah Ahmad Reza Pahlevi. Mereka ini kelas feudal yang sedang mengelabah seperti polong tidak bertuan. Tuannya – Reza Pahlavi anak Shah – kini tinggal di Cairo kerana telah menjadi menantu Anwar Sadat.

Kumpulan feudal kelas elit atasan ini bersarang di bahagian utara Tehran – kawasan ini samalah seperti Bukit Kenny di Kuala Lumpur atau di Country Height Kajang. Kumpulan ini berkumpul di bawah tv satelit yang dimiliki oleh Reza Pahlavi yang dipancar dari Cairo.

Kelas feudal dan elit atasan – kumpulan Gucci dan Louis Vuitton - ini tidak ada sangkut paut dengan demokrasi. Mereka ini lintah darat yang hidup senang lenang bershopping dihujung minggu di London dan Paris di zaman Shah dahulu. Mereka ini sama dengan kaum keluarga anak beranak kroni-kroni Mahathir Muhamad. Mereka melihat ‘gaya hidup’ mereka menjadi kacau bilau sesudah berlakunya revolusi tahun 1979.

Jadi siapakah pula yang berdemo di jalan raya yang membantah keputusan pilihanraya?

Semua yang kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka tidak selari dengan dasar Ahmadinejad sedang turun bermandi darah di jalan raya. Mereka bersatu dibawah bendera dan slogan - Undur-Undur Ahmadinejad. Ini sama seperti slogan dizaman Reformasi (1998) ketika rakyat satu Malaysia berdemo untuk menjatuhkan Mahathir Muhamad.

Awas ! Dari semua kumpulan ekonomi ini adalah lagi satu kumpulan. Ini kumpulan anak-anak muda yang tidak memiliki kepentingan ekonomi atau kelas. Mereka inilah yang gugur di tembak oleh peluru Basij. Mereka inilah yang sedang bertempur dengan tentera dan polis rusuhan.

Anak- anak muda ini datang dari semua kelas. Mereka adalah kaum pelajar muda. Mereka juga adalah ‘penanam anggor’ yang tidak memiliki kerja dan masa depan. Mereka melihat Ahmadinejad sebagai musuh yang menggangu gugat gaya kehidupan muda mereka. Mereka adalah Mat Rock dan Mat Kool dari utara Tehran. Mereka juga adalah Mat Rempit dari kawasan miskin wilayah selatan Tehran.

Mereka sedang mendobrak segala nilai-nilai kolot yang menyusahkan kehidupan harian mereka. Mereka adalah generasi Myspace, Facebook dan Friendster. Ibu bapa mereka adalah Siti Internet dan Lebai Google. Bapak saudara mereka adalah Blogspot Dot Com. Mereka adalah pembuat filem di YouTube. Mereka adalah wartawan Sms dan Twitter. Mereka bermazhab Ali Shahriati. Mereka menganuti fahaman Mao, Lenin, Bakunin dan Che.

Seperti biasa anak-anak muda inilah yang menjadi barisan hadapan untuk membawa perubahan. Mereka jugalah yang sedang bermandi darah membuka harapan baru untuk Iran. Mereka ingin membebaskan Iran dari theocracy yang kolot.

Hakikatnya dasar Ahamadinejad dan dasar Mousavi tidak ada bezanya. Dasar ini ingin mentuakan naluri muda mereka. Ditahap sejarah pada June 2009 ini - anak-anak muda ini sedang berpayung dibawah lambang Mousavi kerana pekikan perjuangan yang dilaungkan oleh Mousavi.

Untuk sementara waktu ini Ahmadinejad adalah Presiden Iran yang terbukti telah menang dalam pilihanraya. Ahmadinejad akan terus berkuasa. Amerika Syarikat dibawah Barack Obama – untuk kepentingan berjangka panjang - tidak akan menggugat Iran.

Waspada! Iran memiliki tradisi perjuangan dan tamadun yang lama. Iran memiliki tradisi Tudeh yang memimpin kaum buruh di industri minyak. Iran memiliki tradisi Fedayeen Al-Khalaq. Iran memiliki tradisi Mujahideen Al-Khalaq. Iran memiliki tradisi tempur Shiah yang dinobatkan sebagai Islam Kiri oleh Ali Shariati. Tiga kumpulan inilah penyusun dan penjana awal revolusi Iran 1979 dahulu sebelum di ‘hijack’ oleh Ayatollah Khomenei yang dilihat oleh kuasa Anglo-Amerika pada ketika itu sebagai kuda yang lebih selamat.

Akhirnya anak-anak muda ini akan mengundur dan menilai kembali garis perjuangan mereka. Yakinlah dalam masa yang tidak lama akan muncul kembali satu pertempuran yang lebih tersusun. Anak-anak muda dimana sahaja didalam dunia ini akan berkumpul apabila terdengar pekikan perjuangan. Ini adalah sifat dan naluri anak muda. Anak –anak muda di Iran memiliki waktu untuk menunggu.

Tuesday, June 23, 2009

SAMSENG AKAN SAMPAI DI MANIK URAI


Ahli UMNO Manek Urai merasa tidak selesa dengan kehadiran Ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di kawasan mereka.

Kahiry dilaporkan akan mengetuai jentera Pemuda Umno bagi program Pemuda Masuk Kampung di Manik Urai selama tiga hari bermula Khamis ini.

Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kelantan Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata program yang akan turut dihadiri semua Exco Pemuda Umno Pusat termasuk Ketua dan Naib Pemuda setiap negeri itu bertujuan mendekatkan golongan muda di Manik Urai dengan Umno.

Di setiap kali pilihanraya kecil, Khairy dilihat sebagai "pengacau" oleh ahli-ahli UMNO malah ada yang menyifatkan ia membawa bencana kepada UMNO setiap kali Khairy turun padang.

"Ini kerana bayangan Sang Menantu dan Samseng Pemuda akan diketengahkan bukan oleh parti lawan tetapi oleh beberpa fraksi di dalam UMNO sendiri," kata seorang pemerhati politik.

"Apatah lagi di dalam pemilihan UMNO yang lalu, beliau telah disahkan sebagai calon yang terlibat di dalam gejala politik wang yang tidak dikenakan tindakan," tambahnya lagi.

Malah kekalahan teruk UMNO Kelantan pada pilihanraya umum ke 13 pada tahun lalu adalah disebabkan dengan campurtangan Khairy di dalam mencaturkan politik di negeri tersebut yang rata-rata telah ditolak oleh rakyat Kelantan.

Penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai itu akan diadakan pada 6 Julai dan jika ada pertandingan hari pengundian pada 14 Julai.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas.

JAGA-JAGA KJ MASUK KAMPUNG

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin akan mengetuai jentera Pemuda Umno bagi program Pemuda Masuk Kampung di Manik Urai selama tiga hari bermula Khamis ini.


KAH KAH KAH…

kah kah kah…. AWAS ! ORANG ORANG KAMPUNG ! ….kah kah kah…

kah kah kah…. JAGA JAGA AYAM DARA… kah kah kah..

kah kah kah….. JAGA JAGA BUAH PISANG…. kah kah kah..

kah kah kah.. JAGA JAGA KAMBING DI KANDANG...kah kah kah..

kah kah kah.. JAGA JAGA LEMBU DI SAWAH.....kah kah kah

kah kah kah… PENYAMUN TARBUS SUDAH MARI…. kah kah kah..

TT

SYABAS PKR PERLIS

PKR Perlis berjaya menubuhkan 21 cawangan baru menjadikan jumlah kesemuanya 26 setakat ini, kata pengerusi perhubungannya Johari Shafie.

Beliau berkata, bahagian-bahagian Kangar dan Padang Besar masing-masing 10 cawangan baru, sementara satu cawangan dibuka di Arau.

“Kami juga ingin mengumumkan kemasukan 52 ahli baru termasuk bekas pengarah jabatan Pelajaran Perlis, Zakaria Jap dan Dr Suraya Sudin, bekas AJK Wanita Umno bahagian Kangar.

Kedua-dua mereka turut menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PKR kepada ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dalam satu majlis di Kangar, Sabtu lalu, kata Johari ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, PKR juga akan cuba menggerakkan semula enam cawangan parti yang ketika ini tidak aktif.

Menurut Johari, PKR Perlus telah melakukan rombakan terhadap kepimpinan parti peringkat negeri tetapi tidak boleh mengumumkannya kerana belum mendapat kelulusan pucuk pimpinan PKR. -Malaysiakini.com

TEKSI DI IRAN


Di negara IRAN trdapat beberapa perkara yang unik untuk di kongsi bersama,perkara yang unik ini saya dapati dari rancangan NATIONAL GEOGRAFI sebentar tadi yang mengisahkan kehidupan rakyat iran.Memandangkan konflik pasca pilihanraya iran semestinya dunia memerhati negara republik islam itu.

Perkara yang menarik bagi saya adalah adanya siatem teksi khas untuk wanita sahaja.Teksi untuk wanita sahaja di sediakan memandangkan banyak masalah berlaku apabila pemandu lelaki penumpangnya wanita,banyak masalah kes pencabulan di laporkan.Jesteru itu kerajaan iran menyediakan teksi khas untuk wanita di gelarkan (WOMEN TAXI).Warna teksi untuk wanita berbeza dari teksi biasa,teksi untuk wanita berwarna hijau berbanding teksi biasa berwarna kuning.Teksi tersebut tidak di benarkan lelaki menjadi penumpang,pemandunya juga seorang wanita.Dengan adanya perkhidmatan seperti ini kes-kes pencabulan turun dengan mendadak.

Terdapat satu lagi keunikan bagi saya,mengenai PARLIMEN IRAN.Di dalam ramai-ramai ahli parlimen iran terdapat seorang AHLI PARLIMEN IRAN BERBANGSA YAHUDI.Bagi mereka ia tidak pelik, tetapi bagi kita sebagai orang luar dari negara iran merasakan suatu info atau pemngetahuan yang bagus untuk di kongsi.Di negara iran terdapat sekitar 25ribu orang yahudi dan mereka juga di benarkan beribadat tanpa ada sebarang masalah.Keadaan ini cukup berbeza dari apa yang di propagandakan oleh barat.Seorang AHLI PARLIMEN IRAN BERBANGSA YAHUDI bernama MERCEDE,beliau berkata ia menjadi AHLI PARLIMEN MEWAKILI PENDUDUK YAHUDI 25RIBU DI IRAN DAN SAYA TIDAK PERNAH MERASAKAN GANJIL KERANA IRAN JUGA NEGARA SAYA.BELAU JUGA MENGKRITIK NEGERA ISRAEL KERANA MEMBUNUH RAKYAT PALESTINE YANG TIAK BERDOSA.TAMBAH BELIAU LAGI,ITULAH BEZANYA ANTARA YAHUDI DAN ZIONIS.

UNTUK PEMIMPIN UMNO,BERANI KE TEGUR PEMIMPIN UMNO?BEZAKAN DI ANTARA AHLI UMNO DAN PEMIMPIN UMNO.

HIDUP HARAPAN

KUBUR DI SINGAPURA..

Berikut adalah Kawasan Perkuburan Islam di Singapura

Hakikat yang tak dapat ditolak, pusara ni semua memang sangat cantik.
Malah teramat-amat cantik. Tentu ada antara korang yang terniat nak ada
kubur macam ni bila dah KO nanti. Tapi mengapa kubur-kubur sebegini
dikatakan haram? Baca artikel di bawah.


Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:


Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,


“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur
(di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan
diatasnya.”


(Hadith Riwayat Imam Muslim)


Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama
jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam
kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam
upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh
mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan
berbangga..


Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar
(marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah
shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang
ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat
dimurkai Allah subhanahuwata’ ala.


Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.


wALLAHua’lam. .