SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Thursday, July 31, 2008

WAN AZIZAH

Saturday, December 19, 1998 Published at 08:54 GMT World: Asia-PacificAnwar's wife pleads for Ramadan release Anwar: Focus of a Malaysia's pro-reform movement The wife of Malaysia's sacked deputy Prime Minister, Anwar Ibrahim, has appealed to the government to release him on bail during the Muslim holy month of Ramadan.
Mr Anwar's wife, Wan Azizah Ismail, made the plea while submitting an application to register a new group that will press for political reform.
Signing up: Wan Azizah registers new groupWan Azizah announced the creation of the Movement for Social Justice - Adil - on 10 December, the fiftieth anniversary of the UN Declaration of Human Rights. She says the group is not a political party and would not contest elections.
"The objective is to fight for the freedom of people along democratic lines for all strata of society," she said.
"It's not a springboard. It's a movement to bring about social justice."
Under Malaysia's Societies Act, Adil must be registered with the authorities otherwise meetings or gatherings under its name could be deemed illegal.
Reform movement
The group is the first step towards establishing a formal role for the spontaneous movement known as "reformasi" that sprang up around Mr Anwar after his dismissal in September.
Mr Anwar is currently on trial on charges of corruption related to sodomy and sexual misconduct. He has denied all charges and says they are part of a politically motivated conspiracy to end his political career.
He is being held in a prison outside the capital, Kuala Lumpur.
Ramadan is scheduled to start in Malaysia on Sunday exactly 13 weeks after Mr Anwar was arrested under the Internal Security Act.
Advanced options Search tips
Back to top BBC News Home BBC Homepage ©
var si = document.location+"";
var tsi = si.replace(".stm","").substr(si.length-10, si.length);
if (!tsi.match(/\d\d\d\d\d\d/)) {tsi = 0;}
document.write('');


Africa Americas Asia-Pacific Europe Middle East South Asia
Relevant Stories 16 Dec 98 Asia-Pacific Witness: Anwar did not father illegitimate child15 Dec 98 Asia-Pacific Mattress shown in Anwar trial10 Dec 98 Asia-Pacific Double blow for Anwar team10 Dec 98 Asia-Pacific Anwar's wife launches reform group
Internet Links
Adil (Malay and English)Malaysian Prime Minister's OfficeAnwar OnlineReformasi.com
The BBC is not responsible for the content of external internet sites.
In this sectionIndonesia rules out Aceh independence DiCaprio film trial begins Millennium sect heads for the hills Uzbekistan voices security concerns From BusinessChinese imports boost US trade gap ICRC visits twelve Burmese jails Falintil guerillas challenge East Timor peackeepers Malaysian candidates named North Korea expels US 'spy' Holbrooke to arrive in Indonesia China warns US over Falun Gong Thais hand back Cambodian antiques

PILIHANRAYA KECIL


Ada pengemuman penting oleh DSAI dan PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT sebentar lagi....

Wednesday, July 30, 2008

ADAKAH PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU PILIHAN TEPAT

P18 KULIM-BANDAR BAHARU Jumlah Pengundi: 52,127 Peratusan Kaum: M:69.47% C:18.60% I:11.76% L:0.18% 1. Zulkifli Nordin (PKR) (22,255) 2. Datuk Abdul Aziz Syeikh Fadzir (BN) (16,672) Majoriti: 5,583 Jumlah undi: 39,949 Peratus mengundi: 76.64% Undi rosak: 1,022
P104 KELANA JAYA Jumlah Pengundi: 79,648 Peratusan Kaum: M:41.88% C:38.72% I:17.92% L:1.48% 1. Gwo-Burne Loh (PKR) (30,296) 2. Datuk Lee Hwa Beng (BN) (25,267) 3. Lim Peng Soon (Bebas) (1,895) Majoriti: 5,029 Jumlah undi: 58,523 Peratus mengundi: 73.48% Undi rosak: 1,065

SEJARAH PENUBUHAN HOSPITAL PUSRAWI

Hospital PUSRAWI Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Rawatan Islam Sdn Bhd didaftarkan sebagai sebuah syarikat pada 10 Januari 1984 dengan modal dibenarkan sebanyak RM 2.5 juta dan modal berbayar sebanyak RM 200,000. Pengasas dan Lembaga Pengarah pertama ialah:-
PengerusiTuan Haji Hussein bin Mohd Rejab
AhliDr. Kamaruddin bin AhmadDr. Suhaimi bin Haji Abd. HalimTuan Haji Fahro Rozi bin Mohdi
PUSRAWI telah memulakan perkhidmatan klinik pesakit luar di Wisma Baitulmal pada Jun 1984. Perkhidmatan pesakit dalam dimulakan sebulan kemudian dengan 14 katil. Dalam tahun 1985 jumlah katil meningkat ke 41 katil. PUSRAWI telah dirasmikan pada 25 Januari 1985, oleh Y.B. Datuk Sharir bin Abdul Samad, Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan yang juga merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.Tahun 1984 hingga 2005 telah banyak menyaksikan pencapaian yang membanggakan di Hospital PUSRAWI di Jalan Ipoh. Pada bulan Oktober 2000, Hospital PUSRAWI di Jalan Tun Razak telah mula di bangunkan bagi menunjukkan peranan dan tanggungjawab yang cemerlang dalam konteks merealisasikan penubuhan Hospital yang menerapkan nilai-nilai Islam. Kejayaan yang utama ialah dalam memperkukuhkan sistem pengurusan bagi menjamin wujudnya kepercayaan dan keyakinan pelanggan, menyediakan peralatan perubatan dengan teknologi terkini dan pakar klinikal dalam pelbagai bidang kepakaran untuk terus memajukan wawasan PUSRAWI.

PUSRAWI

Hospital PUSRAWI telah mengeluarkan kenyataan sebanyak 5 perenggan mengenai laporan perubatan yang di keluarkan dari hospital PUSRAWI,PIHAK HOSPITAL MENAFIKAN BAHAWA LAPORAN ITU DI KELUARKAN OLEH MEREKA.Sememangnya perkara ini di jangka berlaku kerajaan akan menggunakan kuasa mereka untuk mengubah keputusan yang telah di keluarkan dari HOSPITAL PUSRAWI.Seorang doktor yang bertugas di HOSPITAL PUSRAWI telah melakukan pemeriksaan keatas SAIFUL BUKHRI AZLAN dan mendapati tiada tanda2 di liwat oleh sesiapa pun.Mana mungkin seorang doktor yang terpelajar tidak dapat membezakan samaada seseorang itu di liwat atau tidak.Menurut laporan yang di dedahkan di dalam internet semalam menunjukkan bahawa tiada sesiapa ingin meliwat SAIFUL BUKHARI AZLAN.Kenyataan pihak kerajaan mengatakan laporan yang di keluarkan oleh HOSPITAL PUSRAWI tidak boleh digunakan kerana laporan itu bukan laporan dari pada HKL(HOSPITAL KUALA LUMPUR),satu persoalan adakah ilmu doktor2 yang bertugas di HKL tidak sama dengan ilmu2 doktor2 yang lain,menyebabkan hanya laporan dari HKL sahaja di terima untuk siasatan.PELIK BUKAN?mana2 laporan dari hospital di seluruh negara samaada swasta atau kerajaan mengikut kebiasaan di terima oleh polis atau mana2 pihak yang ingin melakukan sisatan.Banyak bukti2 mungkin akan timbul selepas ini memandangkan pihak pelapor semakin tersedak untuk menyelamatkan konspirasi untuk menjatuhkan karier DSAI.Kita tunggu apa yang akan terjadi selepas ini..

Tuesday, July 29, 2008

TIMBALAN MENTERI KESIHATAN


Itu luar tabie Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif ketika dihubungi Agendadaily menyifatkan, laporan Malaysiakini yang mendakwa ada laporan perubatan tiada kesan liwat ke atas Saiful berniat jahat bagi memberi gambaran tidak berlakunya perbuatan liwat. “Laporan ini mempunyai unsur mala fide . Apa juga bentuk laporan sama ada kesan calar ada atau tidak, tiada siapa boleh buat kesimpulan liwat tidak berlaku selagi perkara berkenaan tidak dibicarakan di mahkamah,” katanya. Lagi pun jelasnya, prosedur pemeriksaan juga mestilah mengikut prosedur siasatan sekiranya ia melibatkan aduan jenayah . KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT - 28/7/2008 ulasan seorang TIMB MENTERI KESIHATAN...APA PENDAPAT ANDA?

LAPORAN PERUBATAN SEYYYEFOLL

Dalam keadaan bengang bercampur sakit hati kerana talifon bimbit saya tidak boleh cas menyebabkan hati ini bertambah meluat melihat permainan para konspirator yang tidak habis2 menghentam DSAI dan juga PAKATAN RAKYAT.Hari ini sudah jelas bahawa dakwaan yang di lakukan oleh budak saiful tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mendakwa DSAI,dengan terdedahnya laporan perubatan yang di lakukan oleh SAIFUL sendiri menunjukkan beliau tidak di liwat bebeza dengan apa yang di laporkan beliau kepada pihak polis.Suatu cubaan pebohongan yang dasyat cuba di lakukan oleh segelintir kumpulan yang tidak suka kepada DSAI dan PAKATAN RAKYAT khususnya PARTI KEADILAN RAKYAT,itu pun ada orang yang nak muzakarah dengan kumpulan ini.Semakin pecah tembelang mereka untuk memusnahkan karier politik DSAI dan menghalang beliau menjadi PM.ITU PUN ADA YANG NAK MUZAKARAH ISH ISH SUDIN SUDIN...

Friday, July 25, 2008

SELEPAS DI SOAL SIASAT

gg
Gambar di ambil ketika R SIVARASAH keluar daripada BUKIT AMAN,beliau di siasat selama 4 jam oleh pegawai penyiasat pertanyaan berkisar tentang P BALASUBRAMANIAM yang membuat akuan bersumpah mengenai ALTANTUYA dan NTR.

SIVARASAH DI PANGGIL

Peguam DSAI merangkap naib presiden PARTI KEADILAN RAKYAT di panggil ke balai polis BUKIT AMAN sebentar tadi jam 10 pagi bagi memberi keterangan mengenai AKUAN SUMPAH BALASUBRAMANIAM ke ats NTRZK.Kita tunggu perkembangan selanjutnya....

NASIB V6


Kasihan rasanya mendengar keluhan kerajaan2 negeri mengenai kereta rasmi para exco2 iaitu proton perdana V6 exc banyak meragam,yang tu rosak yang ini pun rosak itu agaknya luahan beberapa exco kerajaan negeri sama ada dari BARISAN NASIONAL atau PAKATAN RAKYAT.Ideologi politik sememangnya berbeza tetapi bab GEAR BOX untuk kereta PROTON PERDANA V6 kebanyakkannya sependapat.Kita sememangnya mengakui bahawa kereta proton perdana mempunyai masalah gear box yang memeningkan para makenik seluruh MALAYSIA tetapi apa pun masalah kereta ini dia tetap kereta nasional kita semua,mahu tidak mahu itu lah yang kita ada,seperti juga sukan contohnya bola sepak negara kita punya liga bola sepak tidak sehebat liga JEPUN atau EPL tetapi itulah yang kita ada mahu tidak mahu terpaksa juga kita tonton di tv atau di stadium.Macam itu jugalah mengenai kereta perdanav6 tak baik sekiranya kita terlalu memperlekehkan kereta nasional kita sendiri malahan kita tidak menggunakanya jangan CONTOHI KERAJAAN MAT SAID kerana mereka ini boleh di label sebagai kerajaan terhegeh hegeh,nak menunjuk kepada rakyat di kampung dengan kereta mewah MERCEDEZ E200 KOMPRESOR mereka yang sebenarnya di bayar oleh rakyat.Jika kakitangan kerajaan sendiri tidak mempertahankan kereta nasional kita siapa lagi nak mempertahankan kereta keluaran negara kita sendiri takkan kita nak suruh presiden ZIMBABWE guna kereta proton perdana V6,semestinya exco kerajaan negeri menggunakannya.Kos penyelenggaraan yang tidak masuk akal iaitu menukar gear box sebuah kereta proton perdana V6 berharga RM69000,HARGA PROTON PERDANA BARU SEKITAR RM90000 ADAKAH TIDAK MASUK AKAL WARAS KITA harga sebuah gear box bernilai hampir sebuah kereta perdan v6 baru.Ini semua kos penyelenggaraan kerajaan TERENGGANU!gear box di kedai potong rasanya baru RM 2500 tak sekali pasang la jika sekali pasang mungkin sekitar RM3000 lebih,kan membazir namanya.Kerajaan KELANTAN pula merungut tentang masalah proton perdana v6,mungkin selepas ini kerajaan negeri patut guna kenderaan dari keluaran PERODUA sebab kos rendah dan juga jimat minyak.Begitulah para pemimpin di MALAYSIA yang kita cintai.

Thursday, July 24, 2008

TELUR DI HUJUNG TANDUK

Keadaan politik semakin terumbang ambing di MALAYSIA ini,para diplomat asing pun perlu memilih satu sesi untuk DSAI menceritakan keadaan politik dan ekonomi di MALAYSIA,perjumpaan DSAI bersama duta2 asing berlangsung di MERCHANT SQUARE head quaters PARTI KEADILAN RAKYAT.Komunikasi diantara DSAI dan duta2 asing di MALAYSIA amat baik sekali menampakkan keyakinan mereka kepada DSAI akan menjadi PM.Di dalam kesibukkan kita mendaki anak2 tangga ke putra jaya kita jangan terlupa negeri2 pakatan rakyat iaitu PERAK,KELANTAN,PULAU PUNANG,KEDAH dan SELANGOR kemungkinan akan terlepas dari tangan pakatan rakyat,bukan kesemua negeri pakatan rakyat akan hilang tetapi RATING yang tinggi di berikan kepada negeri2 di utara tanah air.Tangan2 yang menjadi penyumbang kepada komplot bukannya orang luar tetapi kemungkinan orang dalaman yang tamakkan kuasa dan jawatan,tangan2 yang kotor ini tidak di ketahui ramai siapa gerangannya kerana kita semua akan terkejut dan mungkin jadi separuh gila apabila mengetahui siapa gerangannya.Sikap tamak tidak pernah hilang di dalam jiwa tangan2 kotor ini menyebabkan sanggup menggadaikan maruah dan parti demi duit.Kejatuhan negeri PAKATAN RAKYAT di utara hanya menunggu masa untuk rebah menyembah bumi dalam keadaan yang cukup memalukan dan hina ketika itu tiada apa yang mampu di lakukan nasi telah menjadi bubur.Ketika itu di utara ada seorang insan harus di persalahkan dan juga seorang insan di peringkat bahagian perlu di singkirkan segera kerana insan itu menjadi penyebab utama kejatuhan negeri pakatan rakyat di utara.

Wednesday, July 23, 2008

SUARA HATI AHLI BAWAHAN PAS

Dalam keadaan Pas bersama Pakatan Rakyat hanya menunggu masa untuk menguasai Putrajaya, terdapat beberapa pimpinan Pas yang menjadi 'pengkhianat' untuk menggagalkan rancangan yang berkenaan.
Kenapa Tuan Guru Haji Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Dato Dr Haron Din, Dato Harun Taib dan Dato Mustafa Ali sanggup berbuat demikian? Isu ketuanan Melayu, mendakwah Umno dan sebagainya yang dihujahkan oleh mereka hanyalah untuk menguatkan hujah dangkal mereka semata-mata.
Mereka berlima orang ini perlu bersedia dengan jawapan kerana kami ahli-ahli Pas di peringkat bawahan ini akan ke Muktamar Pas di Ipoh tidak lama lagi.
Dan kami akan pastikan Tuan Guru Haji Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Dato Dr Haron Din, Dato Harun Taib dan Dato Mustafa Ali kalah dalam Pemilihan Pas tahun hadapan!
Kiriman Saiful SUMBER MARHAEN......

Tuesday, July 22, 2008

SETIAKAH PAS DALAM PAKATAN RAKYAT?

Setiakah PARTI PAS?jawapannya ada kepada saudar saudari yang membaca artikel ini,semua sudah maklum pertemuan di antara pemimpin PAS dan UMNO d ketahui umum.Perkara ini tidak dapat di sorok lagi kerana PAK LAH sendiri telah mengesahkannya tentang pertemuan mereka bersama PAS.Pada mulanya ustz NASARUDDIN MAT ISA menyangkal dakwaan sesetengah pihak mengatakan beliau ada berjumpa DSNTR,tetapi kelmarin rahsia telah terbongkar mengatakan bahawa mereka ada berjumpa.Selepas itu pula dari sumber yang di percayai DR HASSAN ALI ada hubungi KHIR TOYO untuk berbincang mengenai gabungan untuk menubuhkan kerajaan di negeri SELANGOR,TERKEJUT BETUL!adakah ini semua benar?sekiranya benar mcm mana.Pertemuan di antara pemimpin PAS dan UMNO telah berjalan di LONDON,antara pemimpin PAS yang menyertai adalah KHALID SAMAD,DR MUSTAFA ALI,NASARUDIN MAT ISA dan seorang ahli parlimen PAS.isi kandungan perbincangan mereka tidak ramai yang mengetahui tetapi orang politik kebanyakkannya telah mengetahui isi kandungan perbincangan iaitu tawar menawar jawatan kerajaan kepada pimpinan PAS.Penyebab utama peralihan kuasa agak tergendala sebenarnya punca dari pada beberapa kerat pemimpin PAS yang kurang senang dengan perangan DSAI menyebabkan mereka mencari helah dan terus mecari helah untuk melengahkan peralihan kuasa yang di tunggu2 oleh rakyat termasuk ahli PAS bawahan yang saban hari bertanya bila peralihan kuasa berlaku sedangkan pemimpin mereka yang kurang prinsip.Masalah sekarang PAS bukan DAP atau PKR kerana ketamakkan jawatan itu menjadi punca walaupu dalam PARTI PAS yang seharusnya berlandaskan islam seperti mana yang di war2kan oleh pimpinan mereka dahulu.Kini saya lihat ahli POLITIK PAS tidak seperti zaman ALMARHUM FADZIL NOOR kerana para pempolitikus PAS banyak politik dari berjuang,pada era 1998 ketika DSAI masuk penjara yang mempertahankan DSAI hanyalah ALMARHUM FADZIL NOOR dan bebrapa pemimpin PAS SAHAJA tetapi yang lain hanya melihat dan berpeluk tubuh.Jangan di jadikan perjuangan untuk kesenangan beberapa kerat pemimpin terutama orang politik PAS.

Monday, July 21, 2008

PAS PELUK UMNO

PARTI PAS sekali lagi mendapat publisiti kerana ada 3 orang wakil mereka berjumpa pemimpin UMNO tanpa pengetahuan TGNA,menampakkan bahawa 3 orang ini nak menjadi hero hindustan kononya menjadi penyatu antara PAS dan UMNO.Banyak ahli PAS telah sangsi dengan perjuangan mereka sendiri sehingga satu tahap ada ahli PAS yang tidak mahu untuk melibatkan diri lagi bersama PAS dan tidak mahu hadir ke mesyuarat sedangkan dia seorang AJK pemuda kawasan,alasan ahli PAS tersebut kerana sangsi dengan pendekatan dan juga cara mereka menangani ahli di bawah,mungkin kita akan lihat pepecahan di dalam PARTI PAS kelak jika perjumpaan demi perjumpaan terus di jalankan oleh 3 orang yang kononya ikhlas tapi jauh.Mari kita teka siapakah 3 orang ini yang menjadi tali penghubung supaya PAS PELUK UMNO.Samalah kita fikirkan siapakah gerangan mereka bertiga ini....

Saturday, July 19, 2008

MUZAKARAH PAS ATAU MUDAH KERAH PAS

Parti PAS sebuah parti yang seusia dengan UMNO,walaupun terdapat perbezaaan matlamat dan juga idoelogi namun titik pertemuan di antar PAS dan UMNO tetap tidak perbak tertimbus oleh pasir sungai golok.Banyak fakta dan bukti mengatakan PAS akan bergabung dengan UMNO,seluruh rakyat tentunya terkejut denagn fenomen yang baru ini walaupun PAKATAN RAKYAT berjaya memberi tekanan kepada BARISAN NASIONAL(UMNO).Mengikut sejarah politik MALAYSIA bahawa PAS pernah bergabung dengan perikatan,walaupun sejarah tetapi ia juga dapat mengimbau persaudaraan PAS dan UMNO, ketika itu secara terang mempermainkan PAS,selapas itu pula PAS pernah bergabung bersama PARTI S46 yang di ketuai oleh KU LI(TENGKU RAZALEIGH HAMZAH) ketika mana TUN MAHATHIR telah mengharamkan UMNO lama yang di tubuhkan pada 1946 dengan membuat pendaftaran semula mendapat tentangan dari pada KU LI termasuk juga PAK LAH.Selepas itu apabila S46 kalah pada PRU 9 menyebabkan S46 rujuk semula kepada UMNO.Maka PAS tinggal besendirian semula,pada 1999 PAS bergabung pula bersama KEADILAN NASIONAL ketika itu, sekarang PKR dan satu parti lagi iaitu DAP,ekoran peristiwa REFORMASI menyebabkan rakyat terutama orang melayu bangun tolak BARISAN NASIOANAL menyebabkan PAS memperolehi keputusan yang selesa di banyak tempat walaupun faktor reformasi yang kuat membantu PAS mencapai peningkatan.Pada 2004 BARISAN ALTENATIF yang di naungi oleh PARTI KEADILAN NASIONAL,PAS dan juga DAP tewas teruk pada PRU 11,NAMUN PADA WAKU ITU PAS MASIH KUKUH TIDAK GOYANG SEPERTI SEKARANG.PAS sebuah parti yang agak tua sekiranya mengikut umur selalu membantu parti2 yang lemah menyebabkan PAS di war warkan akn bergabung semula seperti zaman 70an,PAS seperti EZAM kerana EZAM dia akan membantu golongan yang lemah,oleh sebab itu abang izam menyertai UMNO kerana UMNO sememangnya lemah maka EZAM akan membantu UMNO pula.Begitu juga seperti PAS yang masih terlalu baik tak bertempat sehinggakan mengundang perasaan kurang percaya PAKATAN RAKYAT terhadap PAS.Sejauh mana kesahihan bahawa USTAZ NASARUDDIN pernah bertemu NAJIB TUN RAZAK belum kita ketahui lagi namun ini di jadikan sebagai sandaran untuk ahli PAS di bawah semakin gelisah dengan tindak tanduk pemimpin atasan mereka.Seandainya PAS bersatu dengan UMNO dan PARTI PAS akan terbahagi dua kumpulan,akan ada kumpula yang pro ANWAR IBRAHIM dan akan ada kumpulan pro pimpinan PAS.Dengan ini sama2 lah kita melihat sejauh mana rancangan rujuk seorang suami kepada isteri yang di tinggalkan hampir 20 tahun ini berakhir,mengikut hukum dah masuk 20 tahun lebih bercerai tidak boleh di rujuk semula tetapi di benarkan angkat nikah semula...

Wednesday, July 16, 2008

Takhziah

Pemergian seorang tokoh yang di segani dalam bidang sukan khususnya bola sepak terutama bagi pasukan kenari iaitu KEDAH DARUL AMAN amat di rasai oleh pecinta bola sepak seluruh tanah air.Beliau rebah ketika perarakkan sempena menyambut jubli emas 50 tahun pemerintahan sultan KEDAH.Jasa beliau ketika menjadi pengurus pasukan KEDAH era awal 90an amat banyak dan sukar di nilai.Kembalinya DATO' PADUKA HJ AHMAD BASRI B MOHD AKHIL ke rahmatullah amat menyedihkan penyokong hijau kuning termasuk saya dan teman2 yang lain menjadi penyokong setia sang kenari.Pergimu tiada pengganti..AL-FATIHAH

Tuesday, July 15, 2008

7 KOTAK EZAM

Keadaan politik MALAYSIA yang tak berapa stabil ini mengundang banyak masalah khususnya malah ekonomi.Keadaan badan pencegah rasuah(BPR)semakin cekap mencari musang berjanggut menyebabkan rakyat bingung dengan keadaan rasuah di malaysia,dalam keadaan kenyataan PERDANA MENTERI mengatakan rasuah di negara kita kurang dalam masa yang sama banyak kakitangan kerajaan di cekup oleh BPR yang telah cekap ini.Dahulunya BPR umpama tidak wujud kerana badan tersebut kurang aktif mungkin tiada langsung kes rasuah di negara kita.Semasa BPR agak lesu timbul satu NGO di gelarkan GERAK iaitu tujuannya unutk menentang rasuah kononnya la,di ketuia oleh saudara abg IZAM@EZAM MAT NOR yang satu ketika terlibat dalam parti politik PARTI KEADILAN RAKYAT.Saya juga berkesempatan beberapa kali bertemu EZAM secara live di beberapa tempat di KL dan kawasan utara MALAYSIA semenanjung sekitar tahun 2005 2006,setelah beliau keluar dari PARTI KEADILAN saya pun dah kurang mood untuk bersua orang yang kurang prinsip ini,Masa zaman reformasi EZAM telah memberitahu bahawa beliau mempunyai 7 kotak berisi dokumen rasuah pemimpin negara tapi samapi ke saat ini 7 kotak tersebut mungkin telah di serahkan kepada PAK LAH SEKALI DENGAN KOTAK tau kotak2 itu sebenarnya virtual sahaja tiada apa sebenarnya.Meskipun benar sekiranya ada mengapa tidak di dedahkan sekarang mengapa pula orang lain yang punya hal nak di dedahkan pula itu pun tunggu orang tersebut menuduh beliau baru hendak dedah,kalau dah betul mengapa perlu tunggu.Itulah masalah orang yang bernama EZAM yang selali bersumpah2 dan terus menjadi sesumpah,Orang UMNO semestinya terpukau dengan pidato EZAM ini tetapi di mata saya dan orang keadila semestinya kami menjadi muak dan loya rengkong melihat gelagat beliau di pentas,kehadiran beliau setelah 2minggu reformasi jalanan berlaku menyebabkan di kalangan kawan2 beliau tertanya kenapa ezam tiba lewat untuk menyertai reformasi.Mungkin sekarang kawan2 beliau telah mendapat jawapan mengapa EZAM tiba lewat ketika zaman reformasi jalanan.EZAM perlu jelaskan mengapa 7 kotak itu tidak di dedahkan kalau betul benar dakwan beliau,banyak cerita yang saya dengar menganai EZAM tetapi sejauh mana kebenaran itu saya pun tidak dapat nak di pastikan cuma banyak yang benar dari tak benar..Sama2 lah kita lihat apakah kesudahan cerita sandiwara semasa spektra rashdan baba EZAM ini.

Monday, July 14, 2008

DATO SERI ANWAR IBRAHIM TIDAK HADIR KE BALAI POLIS

Surat Peguam Menjelaskan Intimidasi tehadap keluarga Anwar
PDF
Emel
14 Julai 2008
Our client Dato Seri Anwar Ibrahim will not appear at IPK KL today as reported in the press yesterday. On Saturday 12th July, AFTER our client has voluntarily agreed to present himself to IPK KL on Monday 14th July at 2 pm, the police in contravention of the voluntary agreement, went about harassing and intimidating his staff members and family members the next day, in attempting to serve an order under Sec 111 CPC. This was totally unnecessary given that we were all in an unconditional agreement, in advance, that our client will appear at IPK KL at 2pm today. Our client has duly protested the uncalled for behaviour of the police and have sent a letter indicating the same, to the police yesterday at 5 pm. Below is a copy of the same for your reference. Sankara Nair Counsel for Dato Seri Anwar Ibrahim __________________________________________________Ruj. Tuan: Ruj. Kami: SNN/DSAI/08 (Crim) Tarikh : 13-7-2008 Ybg DATUK MOHD BAKRI BIN MOHD ZININ PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA BUKIT AMAN 50560 KUALA LUMPUR Faks: 03-22731326 Ybhg Datuk, PER: DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM Dengan segala hormatnya kami merujuk perkara di atas di mana kami mewakili penama di atas. 2. Kami telah diarahkan bahawa lebih kurang pada lewat pagi 12-7-2008 (Sabtu) DSP Jude Pereira dari pejabat tuan telah menghubungi peguam kami Encik S N Nair meminta anakguam kami Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menghadirkan dirinya ke IPK Kuala Lumpur pada 13-7-2008 (Ahad) untuk tujuan pengambilan keterangan. 3. Peguam kami Encik S N Nair selepas berbincang dengan anakguam kami yang berada di Pulau Pinang telah memberitahu DSP Jude bahawa anakguam kami akan hadir pada 14-7-2008 (Isnin) jam 2.00 petang di IPK Kuala Lumpur dan oleh itu suatu persefahaman baik telah dicapai oleh kedua-dua pihak seperti yang dipersetujui dari awal. 4. Tetapi, kami telah dimaklumkan oleh DSP Jude lebih kurang jam 9.30 malam pada 12-7-2008 (Sabtu) bahawa pihak polis telah pergi ke rumah anakguam kami di Segambut Dalam Kuala Lumpur dan telah cuba untuk menyerahkan suatu perintah di bawah s. 111 Kanun Acara Jenayah di bawah nama anakguam kami kepada salah seorang yang berada di rumah anakguam kami. 5. Peguam kami Encik S N Nair membantah kepada DSP Jude bahawa ianya adalah suatu serahan yang tidak teratur dan tiada keperluan untuk mengeluarkan perintah tersebut kerana anakguam kami telah akujanji untuk hadir seperti persefahaman baik yang telah dipersetujui di perenggan 3 di atas. 6. Walaupun perkara di perenggan 5 di atas telah diberitahu kepada pihak polis, kami telah dimaklumkan sekali lagi oleh anak kepada anakguam kami bahawa lebih kurang pada tengahari 13-7-2008 (Ahad) sepasukan pegawai polis telah pergi ke rumah anakguam kami di Segambut Dalam dan telah mengganggu (‘harrass’) dan telah menuntut keluarganya menerima penyerahan perintah tersebut walaupun telah diberitahu bahawa keluarganya tidak mempunyai kuasa untuk menerima perintah tersebut kerana perintah tersebut telah dialamatkan secara kediri anakguam kami. Sepasukan pihak polis tersebut juga telah enggan untuk meninggalkan rumah anakguam kami dan oleh itu telah menyebabkan keluarga anakguam kami berada di dalam ketakutan dan intimidasi yang mana secara keseluruhannya adalah tidak perlu. 7. Berdasarkan kepada di atas, anakguam kami merasa terlalu kecewa dengan sikap tidak professional dan tindakan-tindakan intimidasi pihak polis walaupun telah mencapai persefahaman baik untuk bekerjasama sebelum ini. 8. Anakguam kami sekarang ini ingin menyatakan bahawa kecuali pihak polis bertindak secara professional dan mematuhi persefahaman baik tersebut dan undang-undang, anakguam kami bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis. 9. Walau apa pun, anakguam kami mengulangi kedudukan beliau bahawa anakguam kami bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis sekiranya pihak polis tidak mengganggu beliau atau mengintimidasi keluarganya dan tidak memungkiri persefahaman baik tersebut. 10. Kami selaku peguambela anakguam kami akujanji akan mengemukakan anakguam kami sekiranya kesemua syarat di perenggan 9 di atas dipenuhi oleh pihak polis dan kami memohon agar suatu tarikh baru ditetapkan supaya anakguam kami boleh hadir ke IPK Kuala Lumpur untuk memberi keterangan di bawah keadaan yang tidak membahayakan mana-mana pihak. Di dalam keadaan intimidasi yang dilakukan oleh pihak polis seperti ini, anakguam kami tidak dapat menghadirkan ke IPK Kuala Lumpur pada 14-7-2008 sehingga keadaan intimidasi ini lenyap sama sekali. Anakguam kami ingin memaklumkan bahawa beliau pada hari Rabu 16-7-2008 akan hadir ke pejabat Agensi Anti-Rasuah untuk memberi keterangan. 11. Sekali lagi kami mengulangi bahawa anakguam kami bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis tetapi tidak di dalam keadaan adanya intimidasi dan gangguan dari pihak polis. Kami memohon agar pihak polis bertindak secara professional selaras dengan slogan baru Polis Diraja Malaysia. Sekian, terima kasih. Yang benar, S N NAIR & PARTNERS s.k. anakguam Menteri Kementerian Dalam Negeri, Malaysia Putrajaya Faks: 03-88891713 SUMBER;www.partikeadilarakyat.org

Friday, July 11, 2008

ANTARA DEBAT DAN 2010

Adakah debat diantara DSAI dan SHABEREY CHEEK dapat di adakan?itu yang menjadi persoalan samaada program debat itu diteruskan atau di batalkan dalam masa terdekat.Dari satu sudut pihak kerajaan cuba mencabar DSAI supaya menyatakan formula yang dikatakan mampu untuk menurunkan harga minyak.Tajuk debat pada hari tersebut adalah(HARI INI TUBUH KERAJAAN,ESOK TURUN HARGA MINYAK)satu MALAYSIA sedia maklum bahawa siapakah DSAI seorang yang bijak menjawab pelbagai soalan dan mahir dalam pidato,tak guna kita menyangkal kehebatan DSAI dengan pidato yang hebat,dari satu sudut apabila DSAI muncul di TV political millage DSAI akan terus meningkat kerana sebelum ini rakyat susah untuk melihat berliau berucap panjang di dalam TV kalau ada pun mungkin setengah minit,berbeza ketika era DSAI menjadi TIMBALAN PERDANA MENTERI tidak menghairankan kita apabila beliau muncul di TV. Dalam keadaan BARISAN NASIONAL menggap DSAI ini sebagai ancaman tetapi dalam pada itu juga beliau di jemput untuk berdebat di TV,ADAKAH INI SUATU BENDA YANG PELIK??Implikasinya apabila DSAI muncul di TV sememangnya rakyat akan lihat perbezaan antara DSAI dan juga MENTERI PENERANGAN,semestinya ada perbezaan dari segi pertuturan,ketokohan dan karisma sebagai pemimpin.Di atas kertas sememangnya MENTERI PENERANGAN akan kalah apabila berdebat di tambah pula tajuk yang di kenakan sememangnya menjadi buah mulut rakyat mengenai keyakinan mereka di atas janji DSAI.Seakan memberi ruang kepada DSAI untuk memberi penjelasan dan meyakinkan rakyat dengan apa yang di bawa sekarang khususnya wadah PKR.DI pihak SHABERY CHEEK pula mungkin MENTERI PENERANGAN ini ingin menjadi hero dikalangan pemimpin kerajaan dengan berdebat dengan PEMIMPIN reformasi dan PAKATAN RAKYAT.MENTERI PENERANGAN ini juga di khabarkan menperjudikan jawatan beliau sekiranya kalah di dalam debat tersebut,kalau kita survey dari sekarang rakyat akan mengatakan DSAI akan menang.Adakah gila menperjudikan jawatan semata kerana kekalahan di dalam perdebatan.Mungkin SHABERY CHEEK sememangnya tidak lagi mahu menjadi MENTERI PENERANGAN atau sengaja mengadakan progarm ini supaya rakyat tidak akan terkejut apabila DSAI menjadi PM selepas PAKLAH,ini semua bukan mustahi!Mengenai pengemuman PAK LAH untuk menyerahkan jawatan PM kepada DSNTR pada buln JUN 2010 memberikan gambaran bahawa keberatan untuk melepaskan jawatan oleh PAK LAH sememangnya di kesan,ataupun ada insan lain yang akan menggantikan PAK LAH dalam masa terdekat,jika ada insan lain yang akan menjadi PM maka terkuburlah hasrat DSNTR menjadi PM,sesungguhnya kerusi TIMBALAN PERDANA MENTERI panassssss.Setiap apa yang berlaku di dalam poltik negara sama ada di rancang atau pun di takdirkan ia berlaku.

Tuesday, July 8, 2008

PROTES

PROTES,PROTES,PROTES.adakah tercapai matlamat?setiap apa yang berlaku harus dijadikan iktibar oleh semua pihak dan juga menjadi pengajaran kepada semua.TURUN,TURUN,TURUN BN.

Friday, July 4, 2008

KENYATAAN ANGKATAN MUDA KEADILAN

KENYATAAN MEDIA4 Julai 2008
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berterusan mengulangi pembohongan beliau kepada rakyat mengenai hubung kait beliau dengan mendiang Altantuya Sharibuu dan juga keterlibatan beliau sebagai dalang di dalam fitnah terbaru melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Setelah pendedahan menggemparkan yang dibuat oleh penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Abdul Razak Baginda, P. Balasubramaniam mengenai hubungan Najib dan Altantuya dan ditambah pula dengan penarikbalikan Akuan Bersumpah yang dikatakan berlaku pada hari ini di dalam masa kurang daripada 24 jam telah membangkitkan lebih banyak tandatanya daripada jawapan mengenai kesahihan penafian Najib Razak bahawa beliau tidak kenal Altantuya.
Keengganan isteri Najib pula, Rosmah Mansor untuk mengheret Raja Petra Kamaruddin ke mahkamah di atas Akuan Bersumpah yang dibuat Raja Petra mengenai keterlibatan Rosmah di dalam pembunuhan mendiang Altantuya juga mewujudkan spekulasi yang sangat serius, apakah benar yang beliau sememangnya terlibat.
Pengakuan Najib bahawa beliau juga turut bertemu Saiful Bukhari Azlan beberapa hari sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful juga sekaligus membenarkan dakwaan AMK sebelum ini bahawa konspirasi untuk memalitkan imej dan kareer politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut melibatkan Najib dan kuncu-kuncunya.
Justeru, siri-siri penipuan ini adalah satu petanda negatif bagi imej seorang Timbalan Perdana Menteri yang kelihatan seringkali cuba melarikan diri daripada persoalan-persoalan yang melibatkan integriti dan maruah negara.
Berdasarkan kepada perkembangan terbaru ini, AMK ingin menggesa agar Najib meletakkan jawatan kerana integriti dan kewibawaan beliau dipertikaikan dan pastinya akan memberikan implikasi negatif kepada imej Negara di mata dunia dan pelabur-pelabur asing.
AMK juga mencabar supaya Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambil tindakan sewajarnya dengan menggantung tugas Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. agar beliau boleh disiasat dan didakwa jika terbukti beliau bersalah.
AMK mendesak supaya tindakan yang disarankan diambil pada kadar segera agar imej negara tidak terus terpalit dengan pelbagai masalah kerana kepimpinan yang lemah dan bankrap moral.
SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKINKetuaAngkatan Muda KeADILan Malaysia........SUARAKEADILAN 4 JULY 2008

Wednesday, July 2, 2008

LAPORAN POLIS DSAI TERHADAP MUSA HASSAN DAN GHANI PATAIL

Saya, Anwar bin Ibrahim, (No K/P: 470810-07-5095), sesungguhnya di sini membuat laporan polis berikut berdasarkan maklumat yang telah saya perolehi baru-baru ini.
1. Laporan ini adalah berkaitan dengan siasatan terdahap serangan fizikal yang dilakukan ke atas saya oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor (“Rahim Noor”) pada 20hb September 1998. Saya percaya Tan Sri Rahim Noor, selepas didakwa, telah mengaku bersalah atas tuduhan serangan fizikal tersebut. Saya telah membuat laporan polis berkenaan serangan fizikal tersebut pada 27.9.98.
2. Berkaitan dengan penyiasatan terhadap serangan fizikal tersebut, saya percaya bahawa Pegawai Penyiasat, ACP Mat Zain bin Ibrahim (sekarang Datuk Mat Zain) telah melakukan satu penyiasatan yang mendalam dan menyeluruh dan menyediakan satu kertas siasatan (“IP”) yang telah kemudiannya pada Oktober 1998, menyerahkannya kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Mokhtar Abdullah (“Tan Sri Mokhtar”) serta pasukannya yang antaranya termasuklah Peguam Negara sekarang Tan Sri Gani Patail untuk tindakan lanjut.
3. Kertas siasatan tersebut telah menyimpulkan bahawa Tan Sri Rahim Noor adalah pelaku serangan fizikal tersebut ke atas saya. Kertas tersebut telah membuat kesimpulan setelah siasatan menyeluruh dilakukan, dengan mengambilkira laporan perubatan daripada pakar forensik daripada Hospital Kuala Lumpur seperti Dr. Ab. Halim Haji Mansar dan Dr. Zahari bin Noor dan kenyataan dari sekurang-kurangnya 60 orang saksi. Laporan perubatan tersebut menyimpulkan bahawa kesan kecederaan yang dilakukan ke atas saya adalah konsisten dengan satu serangan fizikal.
4. Walaupun kandungan kertas siasatan dan lapuran perubatan yang tersedia, Tan Sri Mokhtar dengan bantuan Peguam Negara hari ini dan, Tan Sri Gani Patail telah mendapatkan khidmat seorang pegawai perubatan bernama Dr. Abdul Rahman bin Yusof (Dr. Abdul Rahman).
5. Dr. Abdul Rahman dalam satu laporan tidak bertarikh menyediakan laporan kedua yang menyentuh “lakonan semula tempat kejadian” pada 14 Disember 2008. Saya percaya bahawa “lakonan semula tempat kejadian” tersebut tidak pernah berlaku.
6. Adalah satu fakta yang tidak disangkalkan bahawa laporan perubatan Dr Abdul Rahman berhubung serangan yang dilakukan terhadap saya disediakan tanpa langsung melakukan pemeriksaan fizikal ke atas saya terlebih dahulu.
7. Walaupun sudah ada kertas siasatan dan laporan kesihatan yang lengkap, Tan Sri Mokhtar dalam kenyataan akhbarnya bertarikh 5 Januari 1999, menerima pandangan yang diberikan oleh Dr. Abdul Rahman mengenai apa yang dikatakan sebagai “perkara-perkara tidak konsisten” dalam laporan perubatan doktor-doktor lain yang telah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas saya.
8. Kenyataan akhbar Tan Sri Mokhtar juga menyatakan siasatan yang telah dijalankan tidak dapat mengenalpasti individu atau mereka yang menyebabkan kecederaan ke atas saya. Ini sesungguhnya bercanggah dengan laporan siasatan yang selesai dilakukan menjelang Oktober 1998 yang menyimpulkan bahawa Rahim Noor menyerang saya. Tan Sri Mokhtar dan pasukannya dengan itu telah secara sengaja mengelirukan masyarakat. Apabila siasatan polis menjadi tidak lengkap, orang ramai menjadi resah dan menuntut ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja. Tan Sri Mokhtar juga telah membuat kenyataan palsu bahawa kertas siasatan telah diserahkan kepada beliau hanya pada 19.11.98. Saya percaya Tan Sri Gani Patail ada makluman penuh tentang kenyataan palsu yang terkandung dalam kenyataan akhbar tersebut.
9. Saya juga percaya Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail telah hadir di Bukit Aman pada 20 September 1998 dan mengetahui mengenai serangan Tan Sri Rahim Noor terhadap saya. Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani selanjutnya menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadap saya dari pengetahuan umum sehinggalah mata saya yang lebam dan kecederaan yang saya alami didedahkan di mahkamah.
10. Saya percaya kedua-dua Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani Patail secara aktif terlibat dalam menyediakan lapuran kedua tidak bertarikh oleh Dr. Abdul Rahman yang telah membuat kesimpulan palsu dan pelik seperti “the pattern and nature of the injuries are not consistent with a direct blow” [“bentuk dan ciri kecederaan adalah tidak konsisten dengan pukulan secara langsung”], “accidental nature of the injuries could not be ruled out” [“kemungkinan kecederaan ini disebabkan oleh kemalangan tidak boleh ditolak”] dan “self-inflicted nature of the injury should be considered” [kemungkinan kecederaan disebabkan perbuatan sendiri harus diberikan pertimbangan”]. Mereka mengarahkan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan lapuran kedua ini dan bertindak di bawah pengarahan dan/atau bersama Tan Sri Mokhtar Abdullah.
11. Semua fakta-fakta ini menunjukkan Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Gani Patail dan SAC II Datuk Mat Zain bin Ibrahim (individu, yang menurut Dr. Abdul Rahman dalam lapurannya, telah mengiringi beliau ke sel di Bukit Aman di mana saya ditahan dan terlibat dalam apa yang didakwa ‘lakonan semula tempat kejadian’) telah berpakat dengan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan lapuran kedua ini. Ini telah dilakukan agar lapuran polis saya bertarikh 27.9.98 mengenai serangan tersebut akan dikira sebagai lapuran polis palsu dan saya boleh didakwa, atau sekurang-kurangnya merosakkan kredibiliti saya bagi memberi kesan buruk terhadap pembelaan saya dalam kes-kes jenayah yang mana saya telah didakwa melakukan ‘korupsi’ dan liwat bagi membolehkan saya didapati bersalah.
12. Saya ingin menyatakan bahawa Tan Sri Gani Patail adalah pegawai pendakwa kanan yang membantu Tan Sri Mokhtar dalam membuat pendakwaan ke atas saya. Tan Sri Musa Hassan adalah Pegawai Penyiasat dalam pendakwaan terhadap saya. Saya juga percaya, satu tindakan yang tidak pernah dibuat sebelum ini telah diambil apabila satu bilik operasi khusus telah disediakan di Bukit Aman untuk menguruskan pendakwaan saya dan di mana mereka akan berjumpa secara kerap.
13. Ini bukanlah kali pertama dakwaan mengenai pemalsuan bukti dibuat berkaitan Tan Sri Gani Patail. Saya dimaklumkan bahawa dalam keputusan Mahkamah Persekutuan Zainur bin Zakaria v Public Prosecutor [2001] 3 MLJ, Steve Shim, Hakim Besar, dalam penghakiman beliau menyatakan bahawa “… was he not justified, on a prima facie basis, in complaining that Tan Sri Gani Patail’s conduct at the meeting on 2.10.1998 was an attempt to get Nalla to fabricate evidence in order to perfect charges against him for other alleged sexual offences?”
Perkataan “he” dan “him” dalam ayat di atas merujuk kepada diri saya.
14. Berkenaan perkara di atas, saya merujuk kepada dokumen berkenaan bagi membantu siasatan polis:
1. Kenyataan akhbar Tan Sri Mokhtar yang dibuat pada 5.1.99. 2. Nota prosiding dalam lapuran Suruhanjaya DiRaja berkaitan keterangan Dr Abdul Rahman 3. Laporan Kesihatan kedua yang dibuat oleh Dr. Abdul Rahman yang terkandung dalam lapuran Suruhanjaya.
15. Saya memohon diadakan satu siasatan baru terhadap pemalsuan bukti yang mana saya telah dinasihati sebagai satu kesalahan di bawah seksyen 192 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 7 tahun. Saya memohon agar setiap individu yang terlibat dalam menyediakan laporan kedua oleh Dr Abdul Rahman ini iaitu Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Dr. Rahman dan Datuk Mat Zain bin Ibrahim disiasat secara terperinci agar kebenaran diperolehi dan sebarang salah laku dihukum.
ANWAR BIN IBRAHIM
1 Julai 2008
(M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com )

Tuesday, July 1, 2008

KENYATAAN EZAM

Mengulas dakwaan dan siasatan kes liwat bekas ketuanya itu, Mohamad Ezam berkata "hanya penuduh, tertuduh dan Allah sahaja yang mengetahuinya." Bagaimanapun beliau tidak bersetuju tindakan mengaibkan seseorang dalam kes seumpama ini, tambahnya SUMBER MALAYSIA KINI 01 JUL 08 /11.50AM

Adakah ini konspirasi?

Satu MALAYSIA terkejut dengan berita kemungkinan DSAI akan di tangkap,itulah yang di katakan kuasa sms(sistem pesanan ringkas)kerana berjaya memberi input yang cepat dan berita sensasi semalam dengan begitu pantas satu MALAYSIA gempar.Itulah telekomunikasi yang canggih menyebabkan seluruh rakyat malaysia mengetahui berita ini.Persoalan timbul di kotak fikiran saya bahawa adakah ini suatu pakatan jahat atau konspirasi ke dua dalam sejarah MALAYSIA setelah pada tahun 1998 berlaku konspirasi jahat menyebabkan DSAI di humban ke dalam penjara selam 6 tahun.Kali ini saya menerima berita di dalam keadaan yang berbeza iaitu adakah ini konspirasi BARISAN NASIONAL atau konspirasi hendak menjatuhkan NAJIB TUN RAZAK sendiri.Pada pendapat saya kebanyakkan masyarakat akan menuding jari kepada NAJIB TUN RAZAK menjadi mastermind di dalam kisah seorang pembantu khas DSAI melaporkan kepada pihak polis bahawa dia telah di liwat oleh de factor PARTI KEADILAN itu.Semua orang akan mengatakan bahawa NAJIB yang mengatur segalanya kerana beliau ingin menjadi perdana menteri selepas PAKL LAH.Adakah benar najib yang menjadi mastermind??ini menjadi persoalan.Atau ada pihak dari dalan UMNO sendiri mahupun telah mengatur untuk memburukkan NAJIB di mata masyarakat.Kerana budak saiful bergambar di PEJABAT TIMB PERDANA MENTERI itu di rancang atau pun kebetulan?Selain itu pula gambar budak SAIFUL ini bersama AZALINA OSMAN,ini juga kemungkinan orang najib.Gambar bersama SHAHRIL SAMAD mungkin ini orang NAJIB juga.Pandangan masyarkat kepada NAJIB akan menjadi negatif termasuk dakwaan RPK dengan kenyataan bersumpah mengenai pembabitan ROSMAH di dalam pembunuhan ALTANTUYA dan di campur dengan cerita liwat yang hangat di perkatakan bahkan bukan sahaja di kedai kopi malah tempat suri rumah membeli ikan di lorong belakang rumah turut menceritakanhal ini.Ini sebagai teori atau andaian oleh saya terhadap isu liwat ini.Apa pun badan kehakiman perlu lebih adil di dalam mengadili sesuatu kes yang berprofil tinggi.