CERAMAH PERDANA PAKATAN RAKYAT

TARIKH:11 DISEMBER 2009

HARI :JUMAAT

WAKTU :9 MALAM

TEMPAT:STADIUM MINI KELADI,KULIM KEDAH DARUL AMAN`

PENCERAMAH:DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

YB DATO MAHFUZ OMAR

YB TENG CHAN KIM

YB SAIFUDIN NASUTION

SEMUA LAPISAN MASYARAKAT DI JEMPUT


Monday, November 30, 2009

PULAU PINANG IKUT JEJAK SELANGOR

Selang beberapa hari kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil keputusan melarang pegawainya mengikuti program Biro Tata Negara (BTN) hari ini kerajaan Pulau Pinang pula mengambil langkah sama.

Menurut Ketua Menteri Lim Guan Eng, beliau tidak nampak ada keperluan untuk pegawai kerajaan negeri berkenaan menjalani program tajaan Barisan Nasional itu yang disifatkannya sebagai propaganda politik semata.

Kata beliau program itu dianjurkan hanya untuk kepentingan BN bagi mempengaruhi pegawai kerajaan termasuk penuntut institusi pengajian tinggi awam atau swasta menyokong BN.

Guan Eng berkata berdasarkan maklumat yang diperolehi dari pegawai kerajaan yang pernah mengikuti program BTN ia tidak lebih dari saluran proses doktrinisasi BN bagi melahirkan fenomena perkauman yang melampau.

Beliau berkata kenyataan pemimpin Umno yang cuba menepis dakwaan keputusan kerajaan Selangor itu adalah semata-mata untuk mengaburi mata semua pihak terhadap BTN.

Wednesday, November 25, 2009

MANA WARTA KEDAH?

Kerajaan NEGERI KEDAH hari mempunyai satu akhbar yang di uruskan oleh PENERANGAN KEDAH bagi menerangkan apa yang di lakukan oleh KERAJAAN NEGERIKEPADA RAKYAT KEDAH.Surat khbar tersebut di khabarkan akan di terbuitkan seminggu sekali dan di serahkan kepada SELURUH PBT dan PEJBAT DAERAH untu di agijhkan kepada rakyat KEDAH dengan percuma.Surat khabr yang di beri nama 'WARTA KEDAH' ini secara kesuluruhannya menceritak perjalanan pentadbiran negeri dan apa yang di lakukan oleh KERAJAAN NEGERI dan MB KEDAH.

Sampi ke saat ini saya percaya masih ada yang tidak mengetahui apa itu WARTA KEDAH dan bagaimana rupa surat khbar tersebut.Tindakkan penerangan KEDAH yang terdiri daripada individu-individu 3 PARTI PR ini gagal menguruskan serta mengedarkan WARTA KEDAH dengan bijak.KENAPA TIDAK SERAHKAN KEPADA SEMUA KETUA KAMPUNG SELURUH KEDAH?yang di serahkan hanya kepada PBT seluruh kedah,mahu dapat pula KAKITANGAN PBT yang pro UMNO KARAT, semestinya ia akan di tongsampahkan WARTA KEDAH ITU.Ini adalah instrumen penting di dalam proses penerangan,jangan buat kerja melepaskan batuk di tangga.Apa salahnya WARTA KEDAH ini di letakkan di masjid-masjid dan juga tempat tumpuan ramai.Mujur ada INTERNET BERJAYA MENYELESAIKAN MASALAH MAKLUMAT.Tetapi pak cik-pak cik dan makcik bedah di kampung bukannya ada INTERNET,surat khabarlah INTERNET MEREKA.Mahu pulak kiblat mereka UTUSAN MELOYA dan berita hairan lagi susah.Penerangan kedah perlu aktif di dalam memikirkan cara untuk mengagih WARTA KEDAH agar ia sampai ke tangan makcik bedah dan pakcik mat dol di kampung.Tolanglah kreatif untuk membantu KERAJAAN NEGERI KEDAH.

TOLONGLAH SEBARKAN WARTA KEDAH AGAR IA DAPAT DI MANFAATKAN SEBAIK MUNGKIN....

KETUA KAMPUNG OH KETUA KAMPUNG

Setelah KEDAH berjaya di rampas oleh PR daripada tangan BN,PR telah melantik MKK(MAJLIS KETUA KAMPUNG) sebagai perantaraan rakyat dan kerajaan negeri KEDAH.Bukan hanya di kampung sahaja adanya MKK walhal di taman-taman perumahan juga di wujudkan ketua kampung yang di gelar KETUA KAMPUNG KOMUNITI.Maka setiap kampung di lantik seorang wakil samaada ahli PAS,PKR atau DAP dengan harapan mereka ini boleh membantu KERAJAAN NEGERI.Di tambah pula baru-baru ini KEDAH di landa bencana banjir,ketika inilah KETUA KAMPUNG perlu berfungsi sebagai jambatan untuk menghulurkan sumbangan KERAJAAN NEGERI kepad mangsa banjir.Ketua kampung bukan setakat menjadi tukang cop borang tetapi sebagai mata dan teling untuk PR dan juga KERAJAAN NEGERI KEDAH itu sendiri

Secara realitinya hari ini kelihatan KETUA KAMPUNG mahupun KETUA KAMPUNG KOMUNITI masih tercari-cari cara untuk menjalankan tugas.Tugas KETUA KAMPUNG bukan sekadar meminta bantuan tetapi juga sebagai satu entiti yang melancarkan program serta menguruskan segala mak nenek permohonan di dalam kawasan kampung tersebut.Tetapi yang mengecewakan dan meyedihkan KETUA KAMPUNG tidak mempunyai borang untuk mengambil data penduduk ataupun untuk membantu mangsa bencana mendapatkan bantuan.SIAPAKAH HARUS DI PERSALAHKAN?apabila di tanya kenapa tidak ada borang khusus,jawapannya SAYA TAK TAHU.Huyyyooooo sudah 2 tahun jadi KETUA KAMPUNG tak ada sebarang borang dan juga tidak tahu cara untuk memohon apa2 bantuan.

Selepas itu ada pihak yang cuba memperbetulkan keadaan dengan mengambil inisiatif sendiri membuat borang sementara,yang menyedihkan ada di kalangan KETUA KAMPUNG mengatakan borang ini salah dan tidak boleh di gunakan,dan boleh di report kepada polis.KETUA KAMPUNG PAS marah sebab ada ahli PKR cuba menyelesaikan masalah.Apala bengap sangat wahai ketua kampung oi...itu inisiatif bagi menyelesaikan masalah dan menyimpan data untuk di hantar pihak yang berwajib supaya dapat bantuan,ada pula yang dengki .Masalah apabila ketua kampung yang di lantik terlalu ortodog dan slow.Masalah rakyat tidak selesai juga,bising pula apabila tak dapat elaun. Tetapi keja tak buat.

Cubalah kerajaan negeri memberi tunjuk ajar kepada KETUA-KETUA KAMPUNG yang bermasalah,jangan hanya makan elaun buta saja.Jangnan jadikan jawatan untuk bermegah-megah, sekiranya tidak mampu buat keja serahkan kepada yang mampu.Apabila KETUA KAMPUNG lesu dan mandom bagaimana nak mengetahui apa yang di lakukan KERAJAAN NEGERI sedangkan KETUA KAMPUNG TIDAK MEMAINKAN PERANAN.Perkara ini perlu dianggap serius dan jangan terlepas pandang.KETUA KAMPUNG perlu faham fungsi dan tugas mereka sebelum menjadi KETUA KAMPUNG,jangan biarkan JKKP mengambil tugas KETUA KAMPUNG.Faedah akan di perolehi oleh UMNO bukannya PR.

Jawatan ketua kampung ini seharusnya di lantik di kalangan aktivis parti dan juga orang tempatan kawansan tersebut,jangan pula di lantik ahli umno kononnya untuk berbuat baik,sedangkan UMNO tidak pernah hendak berbuat baik kepada kita

Monday, November 23, 2009

GEMPAR........UST NASA MASUK WAD


Timbalan Presidn PAS Ust. Nasharuddin Mat Isa telah dikejarkan ke Intitut Jantung Negara (IJN) pagi ini selepas mengadu sakit dada ketika menghadiri sidang Parlimen.

Ahli Parlimen Bachok ini dilihat dibawa dengan kerusi roda kira-kira 11.45 pagi tadi ke kereta beliau.

Beliau diiringi oleh Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan bekas Setiausaha Agung Datuk Kamaruddin Jaafar..

Bercakap kpada pembrita kemudiannya, Mahfuz menyatakan Nasharuddin mrasa sakit di dada sebelah kanannya.

"Setelah mengadu kesakitan itu, beliau telah di bawa ke klinik Parlimen dan menjalani pemeriksaan electrocardiogram (ECG), di mana doktor tidak dapat mengenal pasti punca sakit dadanya.

Nasharuddin yang juga ahli parlimen Bachok, kemudiannya dirujuk ke IJN.

SATU LAGI PRK DALAM MASA KURANG 100 HARI SELEPAS BN MENANG DI BAGAN PINANG

MAHKAMAH ARAHKAN SPR ADAKAN PILIHANRAYA KECIL DALAM TEMPOH 60 HARI DARI 16 NOV DAN KERUSI DUN KOTA SEPUTIH DIISTIHARKAN KOSONG.PR SEPAKAT SOKONG CALON PAS BERTANDING..SK

CERAMAH ANWAR IBRAHIM DI HALANG OLEH GEROMBOLAN......PANASSSSSSSSS


CERAMAH ANWAR DI HENTIKAN

Ceramah Saudara Anwar Ibrahim di Batu 31 Kg. Ayer Manis Kulai telah diberhentikan setelah 10 minit Anwar berucap. Polis telah memberi kata dua. Keadaan tegang telah berlaku kerana pemuda gerombolan telah mengadakan tunjuk persaaan ditempat yang sama.

Pergaduhan telah tercetus. Pihak gerombolan telah melaung-laungkan slogan Pengkhianat dan Kaki Bontot.

Untuk menenangkan keadaan Saudara Anwar Ibrahim telah bersetuju untuk membatalkan ceramah pada jam 10.30 malam.

Seramai hampir 5000 warga Johor dari pelbagai pelusuk telah datang untuk mendengar ucapan Anwar Ibrahim. Hanya dua pemimpin Pakatan Rakyat yang sempat berceramah – Saudara Tian Chua dan pemimpin Pas Saudara Mazlan Alimin.

Orang ramai - warga Kulai dan Johir - yang datang untuk mendengar ceramah ini merasa amat kecewa. Majoriti yang datang hendak mendengar ceramah ini adalah ahli gerombolan sendiri. Ini kerana Kulai adalah sarang dan kubu gerombolan.

Awalnya pihak polis telah pun memberikan permit untuk ceramah pada malam ini.

Beberapa hari sebelum ceramah ini dibuat pihak gerombolan telah cuba melakukan sabotage. Kain rentang dan poster -menentang ceramah ini - telah kelihatan bertaburan di kawasan Kulai.

Angkatan Muda Johor esok – Isnin – akan membuat laporan polis tentang kes ini. Menurut sumber AMK, kelihatan pihak polis telah di tekan oleh seorang gedebe gerombolan yang bernama Adam Hamid yang mengakui dirinya sebagai ketua gerombolan Kulai. ( Wartawan TT Johor)

BERITA AWAL

BERITA DARI JOHOR: UMNO BERTINDAK BANGSAT (Bt 31 Kg Ayer Manis Kulai)

Nampaknya UMNO Johor semakin terdesak, sepanjang malam semalam kami AMK Johor terpaksa berjaga sepanjang malam akibat perangai KEJI UMNO, mereka membuat operasi menggantung benner yg tertulis dengan perkataan dan ayat kotor dengan niat ingin mensabotaj Program PKR yg bakal berlagsung esok. AMK johor keseluruhannya telah menurunkan hampir 30 benner yg digantung oleh PEMUDA balaci UMNgOk ni.

Namun dengan semangat tabah dan menghoramati tatasusila politik di negara Malaysia ini, AMK Johor mangambill keputusan utk tidak membuat kacau di dalam sepanjang urusan mereka mengantung benner tersebut.
AMK Johor bertindak menurunkan semua benner tersebut setelah semua PEMUDA balaci UMNgOk ini selesai memasangnya.

Namun AMK Johor berbesar hati menyerahkan semula benner ini semua kepada mereka jika mereka mahu. Kepada PEMUDA balaci UMNgok kalu kamu anak meLAYU?!! bole datang ke Kem AMK untuk ambil semula semua benner2 tersebut.

Malam ini sekali lagi kami AMK johor akan berjaga utk memastikan kerja terkutuk UMNgOk haram jadah ni dapat di kawal.

Mereka juga dijangka akan menggerakkan 1 demostrasi BODOH membantah lokasi program PKR yg dijadualkan esok. Ternyata mereka cukup takut dengan gelombang yg bakal menhanyutkan mereka di Johor ini. Lokasi yg dimaksudkan adalah tanah milik individu seluas 6 ekar yg bakal di gunakan utk program ceramah pada malam selepas selesai Konvensyen PKR Johor esok.

AMK Johor juga akan berdepan dengan demonstrasi bodoh UMNgOk pada esok hari. Kami akan terus BERJUANG..UMNO.!!mari kita berentap dengan adat dan tatasusila politik..

Apabila pengishtiharan perang dilaungkan, kami akan LAWAN, bila kami LAWAN, kami akan LAWAN sampai MENANG…

LAWAN TETAP LAWAN!!!

Ketua Penerangan AMK Cabang Batu Pahat

Sunday, November 22, 2009

BEKAS PRESIDEN PRM DI PELAWA SERTAI PKR

Selaku ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN dengan ini mempelawa Saudara Hassan Karim untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat. Sejarah dan pengalaman perjuangan beliau amat berguna jika digabungkan dengan tenaga muda dalam KEADILAN demi merialisasikan perjuangan yang lebih besar demi kepentingan rakyat terbanyak.

Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Abdul Karim meletakkan jawatannya berikutan usul beliau agar PRM memohon menyertai Pakatan Rakyat ditolak.
Keputusan meletkkan jawatan itu dibuat Hassan dalam satu surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agong PRM, Koh Swe Yong baru-baru ini.

Kongres Nasional PRM kali ke-41 pada 15 November dii Kuala Lumpur baru-baru ini menolak cadangan Hassan agar PRM memohon menyertai Pakatan Rakyat.

Cadangan itu dibuat oleh Hassan melalui Ucapan Dasar Presiden. Hassan telah menjadi Presiden PRM selama 5 tahun dan lebih 31 tahun sebagai ahli PRM.

(Gambar: Hassan letak jawatan Presiden PRM untuk bersama Pakatan Rakyat)

PRM dihidupkan semula oleh Hassan dan para penyokongnya selepas pimpinan PRM sebelum itu, Dr Syed Husin Ali dan rakan-rakannya memutuskan untuk bergabung dengan Parti Keadilan Nasional (PKN).

Pergabungan antara PRM dan PKN telah membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Baru-baru ini, Dr Syed Husin telah dilantik sebagai senator oleh Dewan Negeri Selangor.

"Saya tiada pilihan lain sebagai seorang pemimpin yang bermaruah melainkan satu pilihan sahaja iaitu meletak jawatan sebagai Presiden PRM, ahli Jawatankuasa Pusat dan semua jawatan saya di dalam parti berkuatkuasa serta merta," kata Hassan dalam suratnya itu.

Hassan juga mengambil keputusan untuk meninggalkan PRM ekoran peristiwa tersebut.

"Memandangkan saya ingin memberi kerjasama dan sokongan yang kuat kepada Pakatan Rakyat dan tidak mahu tindakan-tindakan saya itu nanti akan menjejaskan kedudukan dan pendirian pimpinan PRM maka saya dengan hati yang amat berat mengambil keputusan meninggalkan Parti Rakyat Malaysia yang saya sayangi ini dengan berkuatkuasa serta merta juga," tulis Hassan dalam surat yang dihantar kepada media itu.