SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Monday, November 5, 2012

UPKO AKAN KELUAR BN???

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok menafikan dakwaan bekas Timbalan Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Bumburing bahawa parti itu hampir-hampir meninggalkan Barisan Nasional (BN). Beliau mengesahkan bahawa majlis tertinggi Upko telahpun membincangkan perkara itu tetapi parti memutuskan untuk terus kekal dalam BN.
“Ada pihak yang mahu bercakap tentang perkara ini, jadi kami membangkitkannya kepada Majlis Tertinggi, dan Majlis Tertinggi kemudian berbincang. “Majoriti menyuarakan supaya kami terus bersama BN disebabkan apa yang dilaksanakan oleh BN berhubung RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah) dan sebagainya. Jadi saya boleh mengesahkan bahawa perkara itu ada dibincangkan tetapi parti memutuskan untuk tidak bersetuju,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen Upko bahagian Penampang di sini, Ahad.

Dompok (gambar), yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, diminta mengulas mengenai kenyataan Bumburing semalam, menegaskan dakwaan sebelum ini oleh bekas Naib Presiden parti Datuk Maijol Mahap bahawa pemimpin Upko memutuskan untuk keluar daripada BN dan menyertai pakatan sebelum mereka (bekas pemimpin) keluar daripada parti dan mengikrarkan sokongan kepada pakatan pembangkang.
Maijol baru-baru ini dipetik sebagai berkata soal untuk keluar itu tidak berlaku kerana Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk mengumumkan penubuhan RCI mengenai isu pendatang tanpa izin dan peningkatan luar biasa dalam jumlah penduduk Sabah.
Ketika menolak dakwaan itu, Dompok berkata: “Mereka berbohong atau mereka tidak memberi kenyataan yang tepat kepada media”.
“Perkara ini tidak mungkin benar kerana parti mengadakan mesyuarat, kami membangkitkannya dan tiada apa untuk kami sembunyikan. Saya rasa semua orang tahu kami ada bermesyuarat,” katanya.