SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Saturday, October 31, 2009

AGAK DAH KEPUTUSANNYA

“Lembaga disiplin dan kesemua AJK memutuskan Hasan Ali tidak bersalah dalam tuduhan menjalinkan kerjasama dengan UMNO. Namun begitu, PAS menegaskan kesemua pihak semua tidak lagi menimbulkan satu persepsi yang menghala ke arah kerjasama dengan UMNO.

PINKTURTLE

RAHSIA MESYUARAT KHAS SUDAH BOCOR...

Salam kepada semua. Semua orang tahu, mesyuarat khas semalam diadakan kerana respons dari TG Nik Aziz di dalam blognya. Satu kenyataan media disediakan oleh Mustafa Ali untuk TG Hadi Awang di sini.

Tetamu istimewa Mesyuarat Khas

Kenyataan media itu mempunyai 2 isi. Pertama, menyindir TG Nik Aziz kerana menggunakan blog untuk menyampaikan hasrat hatinya, lalu arahan dikeluarkan bahawa Pimpinan PAS jangan lagi menggunakan media baru(internet dan Blog) dalam isu yang berbangkit sekarang ini. Sebenarnya arahan itu khas untuk TG Nik Aziz. Itu sebab pimpinan PAS lain boleh guna media baru untuk pertahankan diri.

Bukti bergambar dimana 3 Pimpinan PAS di atas berjumpa dengan blogger. Pertemuan itu berlaku pada 26 Oktober 2009. Sedangkan kenyataan media dibaca pada 25 oktober 2009.

Kedua, isi kenyataan media itu adalah memanggil satu mesyuarat khas membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh TG Nik Aziz di dalam blognya. Maka secara tidak langsung, kita semua mengiktiraf TG Nik Aziz sebagai tetamu istimewa di dalam meeting khas malam tadi. Sebagai tetamu istimewa, kita kenalah layan tetamu kita dari awal hingga ke akhir. Sebab dia tetamu, kita hormat dia. Tetapi TG Nik Aziz tidak dilayan sebegitu. Acara akhir malam tadi iaitu sidang akhbar selepas meeting tidak menampilkan TG Nik Aziz. Sepatutnya beliau wajib hadir dalam PC tersebut kalaupun tidak berucap untuk sesi soal jawab dengan wartawan. TG Nik Aziz yang menyebabkan mesyuarat malam tadi tercetus. Beliau tetamu meeting tu. Tetapi bila Press Confrence, tetamu khas tidak dijemput. Kurang ajar.

Anda semua nak tahu mengapa situasi itu terjadi ?? Meh sini den dedahkan butiran mesyuarat malam tadi. Sumber ?? Dinding bilik mesyuarat la. Ha HA HA. Lawak. Lawak. Penulis terpaksa merahsiakan sumber penulis.

For the truth, majoriti 40 AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri bersetuju Hasan Ali digugurkan. Majoriti bersetuju setelah melihat sendiri beberapa bukti dan visual rundingan dalam gelap antara beberapa pemimpin UMNO dan Hasan Ali sendiri. Kekeliruan terjadi kerana Hasan Ali sahaja yang disabitkan kesalahan itu, walhal Mustafa Ali dan Nasarudin Mat Isa juga dilihat terbabit berdasarkan bukti-bukti berkaitan.

Hasan Ali jadi kambing hitam ??

Majoriti yang berada di dalam bilik mesyuarat bersetuju dengan pemecatan serta-merta Hasan Ali. Mustafa Ali tidak bersetuju. Cover member sendiri maa. Mustafa Ali memberi alasan PAS akan dipandang serong oleh wartawan selepas ini." 70 orang wartawan berkubu di luar sana, nanti apa kata orang kampung", kata Mustafa Ali. Woii mangkuk !!! 1Malaysia pandang PAS serong sekarang ni.

Mustafa Ali mencadangkan satu jawatankuasa displin yang diketuai oleh Ust Abu Bakar Chik untuk menyiasat Hasan Ali. Siasat apa lagi bai. Bukti depan mata. Mustafa Ali kata dengan tertubuhnya jawatankuasa displin khas ini, ia mampu meredakan ketegangan banyak pihak. Tetapi majoriti melawan cadangan Mustafa Ali. Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik kerana ia pilihan majoriti untuk menjadi ketua jawatankuasa displin tersebut.

Jawatankuasa Siasatan

Meeting semalam juga telah melantik saudara Hanipa Maidin untuk mempengerusikan satu jawatankuasa khas yang dinamakan Jawatankuasa Siasatan bagi menyiasat mana-mana lagi pemimpin PAS yang bikin skandal gelap dengan UMNO dalam usaha menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Tetapi, semasa sidang akhbar selepas meeting, Mustafa Ali mengarahkan Presiden PAS TG Hadi supaya tidak mendedahkan jawatankuasa sisatan itu. Apa kes ?? Hanipa Maidin pun nak glamer gak.

Mustafa Ali dilihat sedaya upaya menyelamatkan Hasan Ali. Member tu banyak hutang, ekau nak selamatkan jugak ?? Sukati ekau la labu. Nasarudin Mat Isa ?? Hahaha, mamat tu semalam dilihat banyak berpeluk tubuh kerana takut tembelangnya selama ini dengan UMNO akan turut dipersoalkan oleh 2 jawatankuasa khas yang baru dibentuk malam tadi.

Resolusi atau Revolusi ??

Dari pemerhatian penulis, TG Hadi sudah tidak memainkan peranannya sebagai Presiden sebuah organisasi. Beliau dikuasai oleh beberapa orang yang kesemuanya dari PAS Terangganu. TG Hadi juga dilihat selalu keletihan yang amat sangat. Lihat sahaja sidang akhbar semalam. Suara beliau tidak berapa betul menyatakan sesuatu perkataan dan serak kelesuan. Penulis faham bahawa Presiden PAS ini terlalu banyak beban tugas yang digalas beliau. Menjadikan beliau disoriented dan vertigo lantas mudah dimanupulasi oleh keadaan. TG Hadi bukan muda belia lagi. Beliau selalu menyerahkan tugas-tugas penting Parti kepada beberapa kerat orang yang semuanya dari geng-geng PAS Terangganu. Lantas menjadikan beliau mudah dimanupulasi oleh Mustafa Ali dan Ust Harun Taib.

Semasa chatting dengan blogger Ummuasiah , beliau hairan kenapa dari EGM/Muktamar Khas boleh tukar menjadi Mesyuarat Khas dan akhirnya menjadi Seminar Khas pada 7 Disember 2009. Penulis pun hairan sama. Den chatting dengan ummuasiah ketika beliau dalam court maa. Menyompek lagi tu. Kesimpulan penulis dari observation itu ialah bertapa liciknya Pimpinan PAS menipu rakyat Malaysia demi menjaga dan menyelamatkan kepentingan beberapa kerat orang. Konon nak jaga parti. Siaplah engkorang semua PRU-13 nanti. Ingat pengundi ni bodoh macam tahun 50-an.

Demi untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat dan PAS, EGM perlu juga diadakan bagi mendapat keseluruhan mandat dari ahli-ahli PAS untuk membuang pemimpin yang dimaksudkan. Itu jalan yang sepatutnya dirintis. Lihat orang cina, berani mengadakan EGM untuk buang pimpinan atasan mereka demi survival. Apa kuasa yang ada pada seminar 7 Disember nanti ?? Tiada kuasa pape. Membazir dan membuang masa. Itu sudah pasti. Sedangkan rakyat mahukan Pemimpin PAS yang buat skandal dengan UMNO yang korup dan munafik dijatuhkan. Itu yang patut dilaksanakan.

Ust Harun Taib adalah ular dalam semak. Aktiviti "Unity Government"nya hampir tidak dapat dikesan. Tetapi terbongkar juga. Harun Taib boleh tuduh TG Nik Aziz tidak menulis artikel yang menyebabkan meeting khas berlaku malam tadi. Dia kata orang lain yang buat. Siapa pulak yang tergamak buat aksi begitu. Sudah tentulah blog tok guru, tok guru yang menulis. Paling kuat yang menaip adalah pembantu-pembantu TG Nik Aziz. Tolong taip sahaja. Nampak niat Harun Taib adalah bersangka jahat pada TG Nik Aziz dengan mengatakan TG Nik Aziz ini dimanupulasikan oleh pembantu-pembantunya. Ini youtube kenyataan Harun Taib :

PAS perlu membebaskan diri dari cengkaman PAS Terangganu di peringkat Pusat/Persekutuan. PAS Terangganu sudah ternyata gagal semasa 2 PRU lepas iaitu PRU 2004 dan PRU 2008 dalam menawan Terangganu. Kenapa kita mahukan orang-orang yang gagal diperingkat negeri, mentadbir peringkat Pusat ?? 1Malaysia tidak faham tentang anologi ini. Paling terbaik dan demi menyelamatkan Pakatan Rakyat dan PAS dari kalah teruk untuk PRU-13, ahli-ahli PAS perlu berani menyingkirkan TG Hadi, Harun Taib, Mustafa Ali, Hasan Ali, Dr. Samsuri(S/U Politik Presiden) dan Idris Ahmad demi menjamin kelangsungan survival PAS dalam huru-hara politik Malaysia.

Jadi sekarang adakah anda sudah mengetahui mengapa TG Nik Aziz tidak menghadiri sidang akhbar selepas mesyuarat khas malam tadi ?? Anda sendiri boleh buat kesimpulan sendiri. Jangan jadikan diri anda mudah diajar dan dieksploitasi oleh mereka-mereka yang kononnya adalah pimpinan. Mereka-mereka itu hipokrit. Mereka penipu. Setelah mendapat undi anda, mereka akan lupakan kita lalu memboroikan perut dengan wang, kuasa dan tahta yang diperolehi dari perit jerih dan titik peluh kita. Lakukan perubahan dan tolak kesemua pemimpin yang mengkhianati kita semua. Mulakan dari sekarang !!!

http://baganutama.blogspot.com

Friday, October 30, 2009

KEMATIAN BERGANDA KEM ONE MALAYSIA

Sedih akibat kematian anaknya, N Dina Deve yang mati akibat jambatan runtuh dalam promram 1 Malaysia, bapa kanak-kanak malang itu, T Nathan, 45 meninggal dunia pagi tadi.

Akibat kematian anaknya, Nathan yang terlalu sedih tidak lalu makan atau minum sehingga terpaksa menerima kemasukan air melalui drip dilengannya.

Pagi tadi, Nathan meninggal di rumahnya di Mambang Diawan, dekat sini selepas beberapa hari menanggung kesedihan.

nota:
inilah mangsa ke empat dalam kempen 1 malaysia
hari ini hari ke empat. langsung tidak ada disebut
siapakaah si kontrektor yang bertanggung jawab
membuat jambatan gantung ini.

kalau di eropah si kontrektor bukan sahaja juburnya
akan dibakar malah akan di tahan atas tuduhan membunuh.

di negara yang mengakui islam ini – siasatan akan dijalankan
hanya untuk meredakan kemarahan bukan untuk mencari
siapa yang bertanggung jawab.

kotrektor ini patut di tangkap.
yang meluluskan projek ini wajib di tangkap.

siasatan wajib dijalankan bukan kerana dendam.

yang telah mati tetap mati. apa yang perlukan dilakukan
bukan hukuman tetapi melihat bagaimana projek ini lulus,
siapa meluluskan, siapa jurutera, siapa penjual simin – besi jenis
apa – semua ini penting untuk mengelakkan ianya berlaku lagi.

inilah cara bagaimana masyarakat eropah menyusun tamadun
mereka sehinggakan hampir seluruh dunia ingin memiliki beg
luis vuitton dan kereta bmw kah kah kah.

(tt)

LIABILITI DALAM PAS

Mesyuarat khas PAS yang telah diadakan semalam telah mengambil 3 keputusan yang dikatakan dibuat secara sebulat suara.

Pertama:
PAS akan tetap komited bersama Pakatan Rakyat dan akan memainkan peranan lebih aktif dalam usaha untuk memantap dan memperkukuh Pakatan Rakyat

Kedua:
Jawatankuasa disiplin parti yang diketuai oleh Tuan Ibrahim Tuan Man akan menyiasat PAS Selangor atas semua tuduhan-tuduhan yang membabitkan permasalan PAS dalam Pakatan Rakyat Selangor.

Ketiga:
Satu seminar politik akan diadakan bagi menggantikan EGM seperti yang disarankan oleh TG Nik Aziz. Ia akan disertai oleh semua perwakilan dari seluruh negara yang dijangka akan diadakan pada 7 November depan. Ia bertujuan bagi mengeratkan hubungan ahli sesama pemimpin PAS serta mendidik semua ahli ke arah memperkukuh Pakatan Rakyat.

Daripada 3 resolusi yang telah dicapai, hari ini aku nak sentuh tentang resolusi yang kedua. Mengapa?? Sebab kebanyakan masalah yang timbul ialah masalah yang berpunca daripada tindak tanduk PAS Selangor yang diketuai oleh PJnya iaitu Hassan Ali.

Persoalannya adalah mengapa baru sekarang keputusan diambil untuk menyiasat semua dakwaan serta pertuduhan ke atas PAS Selangor khususnya Hassan Ali. Yalah… setelah TG Nik Aziz bersuara baru nak bertindak? Apakah pucuk pimpinan PAS tidak peka akan luahan hati akar umbi serta keluhan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat terhadap tindak tanduk PJ PAS Selangor.

Terang lagi bersuluh, apa yang dilakukan oleh Hassan Ali bertentangan dengan semangat setiakawan Pakatan Rakyat. Tak payahlah diterangkan satu persatu, apa tindak tanduk sumbang yang Hassan Ali dah buat. Bak kata TG Hj Hadi, bacalah sendiri akhbar. Semuanya ada terpampang di dalam akhbar.

Aha… tau pun yang Satu Malaysia dah tahu masalah yang ditimbulkan Hassan Ali. Jadi mengapa tindakan tidak diambil dari dulu lagi? Bukankah Jawatankuasa Disiplin PAS ini sudah lama wujud. Kenapa setelah dijolok secara kuat oleh TG Nik Aziz baru nak bertindak?

Ini menunjukkan pucuk pimpinan PAS tidak pandai mengurus masalah sehingga masalah tersebut telah memberi kesan dan persepsi negatif pada imej PAS dan prestasi Pakatan Rakyat terjejas teruk. Rakyat terutama pengikut dan penyokong PAS mempunyai persepsi bahawa apa yang Hassan Ali buat, mendapat restu daripada pucuk pimpinan PAS Pusat. Kata orang Melayu… diam itu tanda setuju.

Umum…, khasnya yang non-muslim, melihat semua ini dengan perasaan jelek dan mula rasa curiga terhadap keikhlasan PAS yang mendokong slogan PAS For All. Apakah PAS masih istiqamah dengan semangat setiakawan dan kerjasama untuk berjuang bersama-sama Pakatan Rakyat bagi menumbangkan regim UBN. Atau…, itu hanya tinggal omong-omong kosong?

PAS Selangor telah menyusahkan kerajaan Pakatan Rakyat, yang dianggotainya, di negeri sendiri dan PAS Pusat pula, dilihat tidak pandai mengurus dan menangani masalah, hasil kerja tangan orang mereka. Itulah ironiknya, bagaimana PJ PAS Selangor yang menjadi sebahagian daripada kerajaan Pakatan Rakyat boleh bertindak menikam rakan sendiri.

Apakah dia cuba menunjukkan imej yang kononnya dia islamik sangat atau cuba hendak menengak dan mempertahankan Islam? Bukan tak boleh, tapi tunggulah dulu tumingnya agar tepat. Buatlah dengan cara yang lebih berhemah. Di sinilah, Hassan Ali yang ada PHD, kelihatan bodoh dalam membuat tindakan. Dia mengaku dirinya sebagai pakar motivasi tetapi pakar motivasi yang tak tahu strategi. Kalaulah skil motivasinya dan strategi ini berjalan seiring…. alangkah cantiknya.

Sepatutnya, dia menyerlahkan kesederhaan dalam Islam, tetapi malangnya, dia bertindak sebaliknya. Tindak tanduknya telah menimbulkan rasa ngeri non-musim terhadap Islam. Apakah kita mahu PAS dilihat sebagai parti Islam yang ekstrim? Dan… itulah yang telah berjaya dilakukan oleh PJ PAS Selangor, Hassan Ali.

Kesannya, PAS dan Pakatan Rakyat telah menerima tamparan hebat apabila golongan non-muslim yang dulunya berdoyon-doyon menyokong kita, kini mula menjauhkan diri. Apakah mereka merajuk, sudah jelak dan serik dengan sikap hipokrit pemimpin PAS khususnya di Selangor.

Mereka rasa diperdaya…. mereka rasa dipergunakan!!! Mereka hanya diperlukan ketika para pemimpin ini, mahu merebut kuasa. Selepas PAS mendapat kuasa, para pemimpinnya mula besar kepala dan tunjuk belang serta tunjuk kuasa. Mereka mula tamak kuasa sehingga sanggup mengkhianati rakyat yang menaikkan mereka ke puncak kuasa. Malah, mereka juga sanggup mengkhianati janji serta kerjasama yang telah bentuk hasil persetujuan bersama.

Inilah bukti yang Hassan Ali gagal sebagai seorang pemimpin yang tidak bijak berpolitik terutama dalam mengharungi politik yang bermasyarakat plural. Oleh itu, jangan haraplah untuk meraih kemenangan sekira masih dipilih sebagai calon pada PRU 13 nanti. Tak sudi dan tak sior rakyat bukan-Melayu… non-muslim nak mengundi kamu!!

Setelah serangan demi serangan dibuat oleh Hassan Ali, imej kerajaan Pakatan Rakyat Selangor seolah-olah telah dicederakan. Apabila sudah cedera, maka mudahlah bagi UBN untuk mensasarkan topedo mereka untuk menyerang kita. Dan itulah yang berlaku sekarang. Apa yang dilakukan oleh Hassan Ali adalah serius. Lantaran itu, tindakan tegas perlu diambil ke atasnya. Tapi, apa yang PAS Pusat dan JK Disiplin buat??

Sepatutnya, Jawatankuasa Disiplin PAS, awal-awal lagi mengambil tindakan terhadap Hassan Ali tetapi ia gagal memainkan peranannya. Macam pahat dengan penukul. Dah kena katuk, baru lah nak bertindak. Tak proaktif lansung!!

Sekarang, kita tunggu dan lihat, apakah tindakan yang akan diambil ke atas PAS Selangor dan orang yang bertanggungjawab mencetuskan kontroversi-kontroversi tersebut?? Sekiranya masalah ini tak ditangani dengan bijak, Hassan Ali, sekiranya dipilih menjadi calon dalam PRU 13 nanti, pasti akan kecundang. Tak sior non-muslim mengundi dia!!

Nasib yang sama akan menimpa para pemimpin PAS yang lain, walaupun mereka tak bersalah, malah komited dengan janji perjuangan Pakatan Rakyat. Kerana nila setitik, habis susu satu belanga akan dicampakkan. Apakah ini yang para pemimpin atasan PAS mahukan??

Sebab itu, sebelum ini berlaku, dua tiga kerat yang bermasalah ini patut kita humbankan jauh-jauh. Mereka ialah liabiliti yang akan menjadi mimpi ngeri bagi PAS/Pakatan Rakyat.

Kepada Hassan Ali… jika ada maruah, bertanggungjawablah terhadap kerosakan yang telah dibuat ke atas imej PAS dan bebanan masalah yang telah diletakkan ke bahu kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Kamu boleh meringankan bebanan ini dengan berundur secara terhormat. Dengan cara itu anda akan lebih dihormati. Saranan ini juga ditujukan kepada mereka yang sewaktu dengannya.

Jangan lagi jadi liabiliti… undur dan pergi!!!

PERAKEXPRESS

Thursday, October 29, 2009

PERJUANGAN TAK SEMUDAH A B C

Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui bahawa parti pembangkang utama itu sedang berdepan dengan masalah dalaman ekoran peletakan jawatan beberapa pemimpin utamanya.

"Kekecewaan yang diluahkan oleh sebilangan rakan dan ahli parti ada asasnya...," katanya hari ini.

Sejak dua hari lalu, PKR menerima tamparan ekoran peletakan jawatan naib presidennya Datuk Jeffrey Kitingan dan timbalan ketua Wanita Sabah, Christina Liew serta desas-desus mengenai kemungkinan setiausaha agung Datuk Salehuddin Hashim juga akan meletak jawatan.

Salehuddin bagaimanapun menafikan beliau telah meletak jawatan.

Jeffrey dan Liew meletak jawatan kerana kecewa dengan keputusan pimpinan tinggi PKR berkaitan beberapa isu - yang terbaru berhubung pelantikan Ahmad Thamrin Jaini sebagai pengerusi PKR Sabah yang baru.

"Rombakan kepimpinan PKR telah menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan tertentu.

"Saya sepenuhnya menyedari bahawa tidak semua akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat kepimpinan parti serta menghargai betapa sukarnya kami untuk membuat keputusan dengan meneliti setiap pandangan yang disampaikan, termasuk daripada cabang-cabang yang menjadi tulang belakang parti, di samping memastikan parti mencapai matlamatnya," kata Dr Wan Azizah dalam satu kenyataan.

"Sememangnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengecewakan selepas pilihan raya umum Mac lalu.

"Perjuangan politik kepartian terbukti berhadapan dengan jalan berliku, dan permuafakatan politik tidaklah menjelma sekelip mata," tambahnya.

Dr Wan Azizah berkata lagi, PKR akan menempuh saat sukar "untuk mencipta kesimbangan kepimpinan yang terbaik dan strategi yang ampuh untuk mengangkat mereka ke tahap perjuangan seterusnya."

"Sepanjang itu, kita telah menempuh pelbagai cabaran serta menemui bakat-bakat baru yang komited dengan perjuangan parti.

"Kita perlu bekerja kuat untuk mencapai apa yang dicita-citakan dan keputusan yang dibuat minggu ini dibuat selepas mendapat mandat dan berdasarkan semangat musyawarah dalam parti," katanya.

Dr Wan Azizah tidak menyebut secara terperinci bentuk masalah tersebut, tetapi kegelisahan dalam parti muncul susulan peranan yang dimainkan oleh pendatang baru Datuk Zaid Ibrahim - bekas menteri Umno yang menyertai PKR empat bulan lalu.

Ia juga dipercayai berkaitan dengan perebutan jawatan timbalan presiden PKR. Naib presiden Azmin Ali dan Zaid masing-masing dilihat berpotensi mengisi jawatan tersebut nanti yang kini disandang oleh Dr Syed Husin Ali.

Dr Wan Azizah memberi jaminan kepada para penyokong parti itu bahawa PKR akan berusaha untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

"...saya sedia berbincang dengan semua pihak didasari rasa hormat, persefahaman dan iltizam menegakkan keadilan.

"Masa hadapan negara ini, perjuangan kita serta Pakatan Rakyat tidak bergantung kepada mana-mana individu.

"Saya menyeru agar semua berpegang teguh dan tetap bersabar memastikan kejayaan perjuangan kita demi rakyat Malaysia," katanya.

DATIN SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN PARTI KEADILAN RAK
YAT

TERKINI ADUN PELABUHAN KLANG ISTIHAR BEBAS


Seorang lagi wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu dan menjadi ADUN bebas - kali ini di Selangor selepas dua di Perak awal tahun ini dan seorang di Kedah pada Ogos.

ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah, sejak beberapa bulan lalu menimbulkan spekulasi bakal menyertai Umno, membuat pengumuman itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Beliau sejak sekian lama menimbulkan masalah dalam parti itu apabila didakwa tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat di situ.

Pagi ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengusulkan kepada PKR agar mendesak Badrul Hisham melepaskan jawatan wakil rakyat.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar hari ini, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

Tindakan Badrul Hisham ini mencemarkan lagi imej PKR yang kini sedang bergelut dengan beberapa konflik dalaman yang negatif berhubung kepemimpinan di Sabah dan juga spekulasi peletakan jawatan Setiausaha Agungnya Datuk Salehuddin Hashim

LETAKLAH JAWATAN WAHAI ADUN PERLABUHAN KLANG


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat usul kepada Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat menyarankan supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah meletakkan jawatan.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata usul berkenaan dibuat atas keprihatinan kerajaan negeri terhadap aduan penduduk Pelabuhan Kelang mengenai prestasi Badrul Hisham.

Walaupun diberikan surat tunjuk sebab sebelum ini, Badrul gagal memperbaiki prestasi kerja beliau selain enggan membuka semula Pusat Khidmat beliau untuk penduduk setempat.

Badrul juga enggan berjumpa dengan pimpinan kerajaan negeri ataupun parti dan tidak melayan panggilan telefon atau SMS yang dihantar kepada beliau mengenai isu berkenaan, kata Nik Nazmi.

“Datuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil keputusan untuk menyatakan kepada Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat agar YB Badrul diminta letak jawatan kerana gagal menunjukkan prestasi yang baik selaku wakil rakyat Pelabuhan Klang,” katanya.

Nazmi berkata kerajaan negeri telah menerima banyak aduan mengenai mutu kerja Badrul sebelum ini.

“Kerana banyak aduan, kita telah memberi surat tunjuk sebab, apabila dia (Badrul) membalas surat tunjuk sebab, dia menyatakan kesedian untuk berjumpa. Tetapi sampai hari ini kita cuba berjumpa dengan dia tetapi tidak berjaya, tidak dapat menghubungi beliau malah penduduk pun sukar untuk berjumpa dengannya,” kata Nik Nadzmi.

“Jadi sebab itu kita ambil keputusan untuk minta dia letak jawatan,” katanya.

Nik Nazmi berkata usul berkenaan tidak dibawa ke Speaker Dewan kerana Menteri Besar tidak mahu memecat Badrul sebaliknya hanya mahu beliau meletakkan jawatan secara sukarela.

Menurutnya kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab kerana ia hanya mengekang usaha kerajaan negeri dalam memajukan Selangor. -TVS

Wednesday, October 28, 2009

AZIZ BARI BERKATA-KATA LAGI......


Saya menyinggung politik dalam Pas kerana saya melihat parti ini penting dalam Pakatan Rakyat. Dan Pakatan pula penting dalam politik baru Malaysia. Seterusnya politik baru ini kritikal dalam membina sistem dua parti yang akan menentukan sama ada perlembagaan kita dapat diperkasakan atau terus dimanipulasi untuk kepentingan politik sebagaimana yang kita saksikan selama ini.

Sesiapa yang menafikan bahawa perlembagaan telah dikembirikan selama 52 tahun ini adalah jahil dan menipu dirinya sendiri. Selain tindakan UMNO, istana dan mahkamah dalam krisis politik di Perak apa yang dilakukan sejak merdeka juga sebenarnya telah menghambat perkembangan kemerdekaan. Jika ada yang tidak percaya silalah teliti laporan Suruhanjaya Reid dan draf yang mereka sediakan dan bandingkan dengan dokumen perlembagaan yang ada hari ini. Kaji juga keputusan-keputusan mahkamah sejak merdeka.

Memang Pakatan belum tentu tidak jadi macam Barisan Nasional. Tapi saya fikir kita perlu realistik dan beri mereka peluang. Jika mereka gagal kita akan letakkan kembali Barisan di tempatnya sekarang. Dalam sistem demokrasi yang kita amalkan ini sahaja cara yang kita boleh lakukan.

Inilah gambar besar yang kita harus perhatikan. Bukan soal remeh temeh yang para pencacai politik cuba paparkan dalam blog-blog mereka. Apakah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah nyanyuk dan menyusukan kera di hutan tidak relevan. Begitu juga dengan mereka yang cuba menonjolkan betapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi mangsa dan perlunya orang baik ini dipertahankan.

Rakyat yang sedar kepentingan negara tidak bicara soal individu. Kita bicara soal arah dan masa depan negara. Tentang perlunya sistem negara ini diperbetulkan. Proses ini sudah pasti panjang dan berliku. Apa yang berlaku dalam Pas adalah salah satu daripada mata rantainya. Proses sama sudah bermula dalam PKR. Ini baik. Tak perlulah kita bertengkar tentang namanya. Kalau nak kata krisis pun katalah. Yang penting ia ubat yang akan menyembuhkan penyakit-penyakit yang ada.

UMNO baru sahaja mendapat suntikan baru dan ia pastinya tak senang dengan perkembangan itu. UMNO mahu Pas terus kekal dengan bisul yang sekarang cuba diubati oleh Nik Aziz. Sebab itu media miliknya ramai-ramai mengatakan bahawa krisis Pas dan PKR itu adalah tanda bahawa musuh ketat mereka sudah mula buang tabiat. Sebagaimana orang Pas dan PKR mengejek pergelutan dalam UMNO. Sebagai rakyat yang prihatin kepada hidup mati negara kita tidak harus terjebak dengan gelagat dan permainan ahli-ahli politik seperti mereka. Kita perlu fokus kepada gambar besar tadi. Kita perlu lupakan soal-soal yang tidak wujud dan remeh seperti kedudukan dan perpaduan Melayu, Islam dan macam-macam lagi. Lagipun sejak bila yang UMNO prihatin sangat dengan Melayu dan Islam ini?

Gambar besar yang dikatakan tadi merujuk kepada imej Pas dan ini berkait dengan persepsi rakyat kepada parti itu. Dalam senario dan landskap yang ada sekarang Pas cuma boleh mendapat sekitar 40 peratus undi Melayu. Ini bermakna ia perlu mengekalkan sokongan bukan Melayu jika hendak mengekalkan kedudukannya sekarang. Ini bukan soal menjual maruah Melayu dan Islam. Sebaliknya ia adalah cabaran kepada Pas bagaimana hendak menjelaskan konsep-konsep negara kebajikan dan Pas untuk semua yang telah dimulakannya. Abdul Hadi gagal di sini. Atau memang tidak mampu. Dalam keadaan sebegitu dia dan kawan-kawannya sembunyi-sembunyi berkira dengan UMNO.

Kita tak peduli apa namanya. Kita juga tak peduli sama ada mereka masih lagi meneruskannya atau tidak. Yang jelas aktiviti itu telah membolehkan UMNO memberikan ciuman maut buat Pas dan sekarang virusnya merebak dalam parti. Ia menyebabkan syak wasangka dan menimbulkan kemarahan bukan Melayu. Abdul Hadi dan kumpulannya perlu ingat bahawa UMNO mahu memujuk bukan Melayu dan sekiranya Pas boleh digambarkan berada bersamanya itu sudah cukup baik. Dalam keadaan itu hanya tinggal DAP dan PKR sahaja yang perlu ditangani.

Imej Pas sudah tercalar dan Nik Aziz sebagai seorang pemain yang licik dapat menghidunya. Abdul Hadi dan kawan-kawannya semacam terlupa siapa yang mengundi mereka dalam PRU ke 12. Jika tidak masakan Datuk Dr Hassan Ali terus berdegil dan cuba menjaringkan gol sendiri! Saya sudah beritahu bahawa beliau boleh lakukan apa yang dibuatnya itu. Tapi kenalah letak jawatan dan jadi penyokong kerajaan sahaja.

Sehingga ini nampaknya usaha Nik Aziz belum disekat secara rasmi meskipun ada suara-suara yang mempersoalkan. Tak kiralah apa cara dan namanya. Muktamar khas atau sekadar mesyuarat majlis syura atau mesyuarat jawatankuasa agung membincangkan isu itu. yang penting persepsi rakyat diperbetulkan sebelum pilihan raya kecil yang akan dating. Dalam senario politik yang ada sekarang pastinya UMNO gian hendak bertanding. Saya fikir orang Pas dan Pakatan takut sekarang. Saya dapat tahu Nasrudin Hassan ada berkata tidak takut berlengan di Bagan Pinang. Tetapi inikah jenis kepemimpinan yang hendak kita pamerkan?

Oleh kerana isu besar yang hendak ditangani berkait dengan imej dan persepsi saya fikir elok Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pecat Hassan Ali dari kerajaan kerana kesalahannya cukup besar dan cukup jelas: melanggar perlembagaan negara dan negeri. Memang ini tak pernah dilakukan oleh UMNO Barisan. Tetapi inilah yang hendak ditunjukkan; yakni bahawa Pakatan serius dalam mendaulatkan perlembagaan yang menjadi tunjang dan nadi kepada demokrasi dan apa sahaja yang bersifatkan merakyatkan di negara ini. Saya tak fikir ada siapa yang boleh menghalang. Lagipun bukankah telah ada ketetapan yang menyekat gelagat seperti yang dilakukan oleh Hassan Ali itu? Di sisi undang-undang itu kuasa mutlak Khalid. Kalau Khalid tidak buat dia boleh dipersalahkan kerana tidak menjunjung perlembagaan.

Berbalik kepada Pas Datuk Seri Azizan Razak dikatakan tidak berminat. Mungkin itu cara orang politik: malu tapi mahu. Lagipun takkan dia hendak kata mahu. Pas perlu paksa Azizan. Lagipun dalam parti ramai yang kuat-kuat dan bertenaga. Khalid Samad contohnya. Dan ramai lagi.

Oleh sebab yang menjadi masalah ialah imej maka mereka yang terpalit dengan imej-imej yang negatif itu kenalah berundur. Ini bukan soal sudah tak buat kerja itu atau sudah bertaubat. Yang penting imej parti sudah rosak dan dalam politik hukumannya ialah letak jawatan dan beri laluan kepada orang lain. Saya tahu orang Pas ada yang marah. Tetapi mereka kena fikir bahawa itulah risiko yang perlu diambil apabila parti dirakyatkan. Dahulu mereka ejek UMNO. Sekarang baru mereka tahu susahnya mentadbir parti yang besar. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah ada orang Pas yang berfikir seperti zaman Pas masih parti kecil dahulu. Mereka inilah yang gagal meletakkan keutamaan. Bagi mereka yang berfikiran sempit ini apa sahaja cadangan untuk memperbaiki parti akan dilihat sebagai agenda anasir UMNO yang menyusup ke dalam parti.

Apakah Pas akan pecah? Saya tak fikir begitu. Dan saya tak fikir saya yang kerdil ini boleh menggoncang Pas. Lainlah kalau Pas ini harimau kertas. Sejarah politik ini cukup jelas bahawa parti serpihan tak lama. Pas bukan parti serpihan. Kalau pemimpin tertentu disingkirkan pun saya tak fikir akan ada yang ikut. Mungkin mereka akan merajuk beberapa hari. Lepas itu mereka akan balik. Kalau dalam UMNO pun begitu apalagi dalam Pas. Lagipun para pemimpin bermasalah yang disebut oleh Nik Aziz itu bukan hero; kebanyakannya sakit nak menang pilihan raya. Jadi kalau letak jawatan atau disingkirkan pun tidak akan ada kesan pada parti. Orang Pas tak perlulah percaya ramalan dan analisis media UMNO.

Ada juga yang mempersoalkan tidakkah penyingkiran bermakna membelakangkan keputusan perwakilan muktamar yang membuat pemilihan? Saya fikir ini tidak timbul kerana kita bukan mempertikaikan keputusan pemilihan. Kita mengatakan ada di antara yang terpilih telah gagal. Dan kita cadangkan supaya diminta berhenti atau letak jawatan. Kalau Pas berdegil dan tidak mahu membuat anjakan tunggulah keputusan rakyat nanti.

Apakah perubahan drastik itu semestinya menyelesaikan kelesuan? Kita tidak tahu. Tetapi apa yang penting sesuatu perlu dilakukan kerana jika Pas tidak berbuat apa-apa ia telah melakukan dua kesalahan; yakni sudah sedar ada sesuatu yang tak kena tetapi tidak berbuat apa-apa. Apa pun pemimpin baru itu akan diadili juga. Tidakkah kita beroperasi dalam sistem demokrasi?

GB

Monday, October 26, 2009

SAMSENG MATA LASER


SAMSENG DIUPAH KAWAL SIDANG DUN PERAK – malaysiakini

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Mohammad Nizar Jamaluddin membuat "rayuan peribadi" kepada Sultan Perak supaya membatalkan sidang bajet Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana beliau bimbang berlaku kekecohan jika ia diteruskan.

Nizar mendakwa beliau mendengar dari sumber-sumber tidak sah tetapi boleh dipercayai bahawa Umno akan mengupah 15 orang "samseng" untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN bagi menghalang "berlaku sebarang kekecohan dari pihak kami".

Dakwanya lagi, apa yang membimbangkan beliau ialah 15 orang samseng ini telah diarahkan supaya mensasar dan memukul lima ADUN bukan Islam dari Pakatan.

Menurut Nizar lagi, satu sumber memberitahu beliau bahawa lima ADUN Pakatan itu ialah Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), S Kesavan (Hutang Melintang), A Sivasubramaniam (Buntong) and Thomas Su (Pasir Pinji).

KAH KAH KAH…

woit… DAH MULA PAKAI SAMSENG PULAK… kah kah kah…

kah kah kah… MULA MULA PAKAI PERANGKAP … KES RASUAH… kah kah kah…

kah kah kah… BILA RAKYAT MARAH… PAKAI SAMSENG PULAK…kah kah kah…

woit… INI LAH CONTONHYA … RAKYAT DAHULU DI TIPUKAN….kah kah kah...

kah kah kah... RAJA GOPAL DI NOBATKAN… kah kah kah…

(TT)

Sunday, October 25, 2009

GOTONG ROYONG PERDANA

Pagi tadi berlansung gotong rotong perdana peringkat negeri KEDAH di adakan,ia di lakukan di kawasan taman perumahan TAMAN SERAI WANGI dan kawasan sekitar.Program anjuran KERAJAAN NEGERI KEDAH ini mendapat kerjasama baik daripada MPKK dan juga penduduk setempat.Saya turut sertai program gotong rotong tersebut,berikut gambar yang sempat di ambil ketika program di jalankan.






SAMSENG GANTI BENTARA

LUMUT,24 Okt :- Sidang pada 28hb Oktober ini kami diberitahu oleh orang dalaman yang rapat dengan kami bahawa bentara lama telah diberhentikan dan dilantik 15 bentara baru dari kalangan samseng Umno, demikian penegasan MB Perak Pakatan Rakyat, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang media selepas merasmikan Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak di Markaz PAS bt8 Lekir disini pagi tadi.




Katanya jika ini berlaku besar kemungkinan katanya dengan alasan kami akan buat kecoh,mereka merancang selamatkan Adun BN dan mengunci bilik dan melanyak kami."Kami hanya boleh masuk jam 10 pagi, sebenarnya nak masuk bila-bila masa kepada Adun. Keselamatan dikatakan tidak membenarkan Adun bawa rakan, kamera dan perakam video. Mereka nak mengekalkan kerajaannya dengan apa cara sekalipun " kata Ds. Nizar."Ganesan tidak ada kuasa panggil sidang.


Kami datang sebab Speaker Sivakumar panggil. Kami pertikaikan perlantikan Ganesan, dia juga tidak meletakkan jawatan peguam yang sah sehingga 7hb Ogos,dia tidak ada intergriti untuk memimpin DunPerak.." kata Ds. Nizar lagi.Beliau juga mengulangi komitmen semua Adun Pakatan Rakyat untuk hadir sidang walaupun kami diugut oleh Zambry dan PM 1 Malaysia.


Dalam sidang akhbar yang sama, Exco Kerajaan PR Perak, Dato' Ngeh Khoo Ham menjelaskan keputusan Mahkamah Speaker Sivakumar mendapat perintah memeriksa keputusan SPR tidak membenarkan pengundian di Jelapang, Behrang dan Changkat Jering, ini bermaksud ketiga-tiga mereka bukan Adun termasuk Hee yang mempengerusikan pelantikan Ganesan lagi tidak sah, haram seharamnya.
cina islam

Saturday, October 24, 2009

BILBORD TULISAN JAWI SUKAR DIFAHAMI GOLONGAN MUDA DI KEDAH


Saya bersyukur kepada ilahi kerana hayat kerajaan PR Kedah terus bernadi, walaupun ada usaha segelintir orpotunis politik berusaha menjatuhkan kerajaan Kedah.


Saya tidak menafikan tulisan jawi adalah tulisan yang bersifat islamiah. Namun begitu penggunaan tulisan tersebut amat terbatas sekali, terutama apabila kerajaan Malaysia menghapuskan penggunaan tulisan ini diketika Khir Johari menjadi Menteri pelajaran pada waktu itu.

Setelah sekian lama tulisan jawi dipandang sepi oleh ramai masyarakat islam dinegara ini, muncul sebuah kerajaan PR yang di menteri besarkan oleh Azizan Razak cuba mengembalikan kegemilangan tulisan jawi dengan langhkah awal menggunakan tulisan tersebut sebagai tulisan utama pada papan iklan besar dan promosi2 kerajaan negeri Kedah. Saya mengucapkan tahniah dan syabas diatas usaha kerajaan negeri walaupun ramai anak muda tidak memehami langsung maksud tulisan tersebut walaupun tulisan sebesar kereta Kancil 660.

Saya tidak menafikan langsung usaha ini,tetapi ia patut dimulakan dengan pendidikan dan pemahaman tulisan jawi terlebih dahulu di kalangan masyarakat sebelum tulisan jawi dijadikan tulisan utama pada bill board dan banting2 kerajaan negeri.

Kita mesti memikirkan matlamat papantanda itu diwujudkan bukan untuk dijadikan hiasan ditepi2 jalan.Saya perhatikan terdapat papantanda sekarang dinegeri Kedah menggunakan tulisan jawi sedangkan ramai dikalangan masyarakat kita tidak memahaminya apatah lagi bukan Islam.Saya akui kerajaan PR Kedah yang didominasi oleh PAS lebih Islam daripada kerajaan P. Pinang dan Selangor,namun janganlah sampai membazir wang rakyat dengan papantanda yang sukar difahami oleh orang ramai.

Saya cadangkan,kerajaan kedah menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan utama dan meletakkan tulisan jawi dibawahnya.Rakyat yang tidak boleh membaca tulisan jawi tidak dapat belajar dengan cara tersebut,seperti kita melihat tulisan Cina dan India sekian lama tetapi tidak dapat memahaminya sehingga sekarang walaupun telah melihatnya berpuluh tahun,kerana kita tidak mempelajarinya.

Masih ada banyak cabang lain yang boleh menunjukan kita ,menjunjung syiar Islam seperti membuka lebih banyak kelas fardhuain dan kelas ilmu pada waktu malam secara percuma kepada orang ramai.

cokolat angin

BIAR PAS BERPECAH-NIK AZIZ

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika cadangannya supaya
PAS mengadakan muktamar agung luar biasa boleh mencetuskan perpecahan di kalangan anggota partinya.

Katanya beliau sedia berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti daripada terus menimbulkan tanda tanya berhubung cadangan beberapa pemimpin tertinggi parti berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan kecelaruan dalam parti.

Katanya, beliau bosan dengan gelagat beberapa pemimpin yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan yang disifatkan sesekali timbul dan sesekali tenggelam.

"Ini untuk mengelakkan orang tertanya-tanya dan teraba-raba, dan tergantung tanpa diambil sesuatu tindakan.

"Sedangkan kita (PAS) sebuah parti Islam, maka saya kena buat sesuatu untuk menentukan kedudukan pemimpin, termasuk presiden sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, dekat Kota Bharu semalam.

Beliau mengesahkan mengemukakan pandangan itu dalam laman blognya kelmarin kerana kecewa dengan sikap beberapa pemimpin yang sering menimbulkan masalah dalam parti kerana membangkitkan isu kerajaan perpaduan sedangkan PAS sudah membuat keputusan muktamad tidak akan bekerjasama dengan Umno atas dasar politik.

Ini kerana, katanya, ia telah diputuskan dalam muktamar agung parti itu tahun lepas.

Ditanya sama ada muktamar luar biasa itu boleh menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti, menteri besar Kelantan menegaskan:

"Nak pecah, pecah gi lah, apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar.

Menurutnya cetusan cadangan supaya mengadakan muktamar biasa itu lahir daripada artikel penganalisis politik Dr Aziz Bari dan teguran rombongan daripada Sabah dan Sarawak yang mempersoalkan beberapa kerat pemimpin PAS yang condong kepada Umno berikutan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Saya sedih kerana ada pemimpin yang tidak menghormati keputusan muktamar agung itu, dan saya tidak suka orang tegur parti dan pemimpin saya, tanpa saya berbuat sesuatu, senyap," katanya.

Menurutnya, soal untuk mengadakan muktamar luar biasa atau apa bentuk sekalipun ia terpulang kepada parti kerana baginya beliau sudah berpuas hati dapat menyuarakan perasaannya dalam menangani isu itu. BERNAMA

Friday, October 23, 2009

TGHH N GENG PERLU BERUNDUR

Politik itu persepsi. Kekadang rakyat dikelirukan antara pemikiran politik dan pemikiran parti politik. Bahkan tidak semua pemimpin parti politik memahami maksud politik. Tetapi sejak era reformasi lebih kurang 10 tahun yang lalu, rakyat semakin faham akan peranan parti politik dalam politik Malaysia. BN semakin lemah. Tidak pernah UMNO mengemis melutut sebegitu rupa memohon simpati rakyat. Tidak pernah PAS mengecapi kejayaan yang begitu besar dalam pilihanraya. Tidak pernah terbayang yang PAS dan DAP boleh berkawan melalui orang tengah PKR.

Semuanya ini berlaku dalam tempoh 10 tahun. Rakyat bertambah yakin dengan gandingan yang dinamakan PR. Rakyat dengan tidak berkira sangat tentang latar belakang agama dan bangsa telah bersepakat menyetujui yang DSAI sebagai PM selewat-lewatnya pada PRU 13.

DAP melangkah gagah dengan berjaya menidakkan pengaruh MCA dan Gerakan. PAS juga telah berjaya mentarbiahkan pengikutnya supaya selesa mengundi calon bukan Islam. PKR pula berjaya menambat hati penyokong UMNO dan MIC untuk mengundi PKR, PAS dan DAP. Inilah kejayaan yang tidak boleh dinafikan. Kesannya, UMNO amat gentar untuk menghadapi PRU 13. UMNO mula memperlihatkan bahawa UMNO itu sebuah parti yang mahu memahami citarasa rakyat. UMNO mula melakukan perubahan demi perubahan. Dan yang menarik, pimpinan utama PAS terus menyalak dan menganggap perubahan ini sebagai gimik.

Di ketika UMNO sedang merawat lukanya, PAS mula menunjukkan simpati. Bahkan beberapa pimpinan utama PAS telah berjaya diperangkap oleh UMNO. Rakyat marhaen bertambah hairan apabila pemimpin-pemimpin ini masih terus degil dan sombong tanpa meminta maaf di atas ketelanjuran mereka. Bahkan suara dan pidato mereka semakin berbelit-belit seperti UMNO. Tahniah kepada UMNO kerana dalam sakit masih mampu menghuru-harakan PR melalui PAS.

Saya berpandangan, jikalau Presiden PAS sayangkan masa depan PAS, silalah berundur. Pendekatan politik di Malaysia hari ini tidak sama dengan pendekatan politik 20 tahun yang lalu. Pemimpin politik harus terus segar dan sentiasa bersedia dengan pemikiran yang sesuai mengikut suasana semasa. TGNA di Kelantan walaupun telah lanjut usia, pemikiran dan ketajaman akalnya lebih hebat daripada Tuan Presiden. Tidak malukah Tuan Presiden yang berbadan besar diherdik oleh seorang tua yang bertubuh kecil?

Kami rakyat marhaen mengharapkan PR memerintah Malaysia. Tidak ada gunanya PKR dan DAP kuat jikalau PAS tidak bersama. Bermakna, selagi Presiden PAS terus degil untuk mengungguli kerusi presiden, bukan PAS sahaja yang sakit, tetapi PKR dan DAP juga akan demam menghadapi UMNO.

Janganlah Presiden PAS menjadi seperti Samy Vellu yang mahu mati sebagai Presiden MIC. Jadilah seperti Pak Lah yang berundur sebelum UMNO merempat. Jadilah pesara politik yang disegani oleh kawan dan lawan. Biarlah PAS disusun semula. Apakah PAS milik ulama? Apakah tokoh-tokoh lain seperti MB Nizar dan Husam Musa tidak boleh memimpin PAS? Apakah Tuan Ibrahim Tuan Man tidak boleh diharap untuk menjadi Presiden PAS yang baru? Tetapi jikalau Nasharudin Mat Isa dan Nasrudin Tantawi masih mahu bertanding dan menang pula, usahlah diharap lagi yang PR akan memerintah Malaysia pada PRU 13.

Saya bukan ahli PAS yang aktif. Saya bukan perwakilan atau pemegang jawatan dalam PAS. Saya adalah pengundi biasa yang hanya menyumbang satu undi untuk PR. Mungkin satu undi saya ini tidak diperlukan oleh PAS. Maklumlah PAS disokong oleh rakan barunya UMNO! -Dango Mamamat

PAS PERLU BERANI..


Gelombang krisis kepimpinan PAS ketika ini sudah berlarutan,ia berpajangan selepas teka teki UG dan di sambung ketika MUKTAMAR PAS baru-baru ini.Satu persatu masalah yang timbul dan yang terbaru saranan TOK GURU NIK AZIZ supaya di adakan EGM untuk menggantikan pemimpin yang bermasalah.Jika EGM berjaya di lakukan oleh PAS bererti PAS BERGERAK satu tapak kehadapan dan nampak berani.Krisis MCA pula di lihat tidak berjaya di selesaikan melalui EGM akhir sekali kedua-dua pemimpin MCA iaitu ONG EE KEAT dan CHUA SIO LEK di tolak oleh perwakilan,adakah perwakilan PAS akan mengikut jejak langkah MCA dengan menolak kedua-dua pemimpin iaitu PRESIDEN dan TIMBALAN PRESIDEN.

Di dalam politik segalanya mungkin dan mungkin terjadi,masalah yang di tiumbulkan DR HASSAN ALI di SELANGOR sememstinya tidak menyenangkan TOK GURU NIK AZIZ dan sedikit sebanyak menjejaskan hubungan di dalam PAKATAN RAKYAT itu sendiri.Ketika muktamar pas di baru-baru ini kebanyakkan perwakilan PAS tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku sehinggakan di KAWASAN PARLIMEN BACHOK di naikkan banner mendesak nasarudin mat isa meninggalkan BACHOK.Ini antara tindakkan yang berani dan menjadi wajah baru kepada pas untuk mengharungi dunia politik yang semakin mencabar.PAS perlu berani membuat perubahan walaupun yang hendak di tukar itu PRESIDENNYA sendiri demi survival PAS.

Idea di adakan EGM oleh TOK GURU NIK AZIZ perlu di perhalusi oleh semua ahli pas demi kepentingan keseluruhan PARTI PAS dan juga PAKATAN RAKYAT.Kemingkinan besar PAKATAN RAKYAT akan mendaftar menjadi sebuah parti yang berdaftar dan bukan sekadar hanya persefahaman di atas kertas.Kali ini PAKATAN RAKYAT mempunyai perlembagaan dan dasar yang jelas untuk menggantikan BARISAN NASIONAL,maka PAS perlu membersihkan imej mereka bermula dengan isu UG dan belajar menerima teguran untuk kebaikan bersama.Kenyataan yang di keluarkan oleh PROFESOR AZIZI BARI perlu di kaji dan bukannya mengherdik serta memarahi orang yang menegur,apabila di tegur baru kita sedar di mana kesilapan kita.PRK BAGAN pinang sebenarnya kemuncak krisis PAS kerana apa yang berlaku kepada PAS sebelum PRK BAGAN PINANG telah di terjemahkan oleh pengundi BAGAN PINANG,kemerosotan pengundi bukan melayu juga perlu di titik beratkan untuk panduan menjelang PRK 13 akan datang.

BULUH MAS JADI BULUH BETONG

Dua beranak yang merupakan pengarah Syarikat Buluhmas Enterprise Sdn Bhd semalam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berasingan di Klang bagi 69 pertuduhan terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram melibatkan RM22 juta.

Azmi Ame Hamzah, 26, menghadapi 38 pertuduhan melakukan kegiatan itu dari 3 Mac 2008 hingga 6 Jan tahun ini manakala bapanya Ame Hamzah Mat Atar, 51, menghadapi 31 pertuduhan melakukan kegiatan itu dari 15 Mei 2008 hingga 6 Jan lepas, mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Mereka berdua yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu didakwa menggunakan hasil daripada kegiatan itu untuk membeli sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional, membeli beberapa rumah kedai di Kedah dan Terengganu, membayar deposit kenderaan dan kereta mewah, membeli unit-unit amanah dan sebuah banglo di Terengganu.

Azmi juga menghadapi dua lagi pertuduhan iaitu menerima deposit tanpa lesen yang sah dari 14 Dis 2006 hingga 13 Okt 2008 dan dari 14 April 2008 hingga 13 Okt 2008 mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM10 juta atau kedua-duanya.

Hakim Yong Zarida Sazali membenarkan Azmi diikat jamin RM200,000 bagi kesemua tuduhan dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah selain perlu melapor diri di balai polis Tanjung Karang pada setiap satu haribulan sehingga kes selesai.

Hakim Datuk Anita Harun pula membenarkan Ame Hamzah diikat jamin RM350,000 dan perlu melapor diri di Balai Polis Tanjung Karang pada setiap satu haribulan sehingga kes selesai.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 21 Dis untuk sebutan semula kes manakala kedua-dua beranak itu diwakili peguam Mohd Yunus Sharif. BERNAMA

Thursday, October 22, 2009

AZIZ SAHABAT SEJATI-HANIPA


Saya boleh memahami betapa marahnya Ustaz Idris Ahmad terhadap tulisan Dr Aziz Bari di dalam Sinar Harian bertarikh 19/10/2009 ('Pengajaran dari Bagan Pinang').

Saya percaya Ustaz Idris tidak bermaksud memperkecilkan kehebatan Prof Aziz Bari yang kita tahu seorang Profesor yang bukan sahaja mendalam ilmunya tetapi amat berani dan lantang menyatakan kebenaran.

Kekerasan sahabat saya Ustaz Idris Ahamd menyanggah tulisan Dr Aziz Bari bagi saya mungkin terbit dari keletihan beliau berkempen secara intensif di Bagan Pinang.

Sudahlah penat berkempen dan berhadapan pula dengan samseng-samseng Umno dan seterusnya mengalami kekalahan yang besar tiba-tiba Dr Aziz Bari pula mengkritik PAS.

Tidak dinafikan saya rasa bukan sahaja Ustaz Idris malahan mungkin ramai juga pemimpin PAS yang lain yang turut berkongsi sentimen seperti Ustaz Idris.

Saya juga pemimpin PAS Pusat. Namun saya tidak sama sekali marah jauh sekali melenting dengan teguran dan kritikan Prof Aziz Bari. Malahan sebagai pemimpin PAS saya benar-benar berterima kasih dengan teguran dan kritikan beliau.

Saya yakin tulisan beliau tidak mempunyai unsur mala fide (niat jahat). Tulisan tersebut, bagi saya, lahir dari hati suci beliau untuk melihat supaya PAS membuat koreksi diri agar tidak kecundang dalam pilihan raya yang akan datang.

Tulisan itu saya yakin lahir dari satu pengamatan beliau yang amat panjang tentang beberapa insiden yang berlaku dalam PAS yang diketahui umum.

Pemimpin gerakan Islam Al-Nahdah, Tunisia yang kini hidup dalam buangan di London, Rashid Ghanouchi pernah menyatakan di dalam satu tulisannya bahawa kesilapan paling besar gerakan Islam ialah adalah ketidaksediaan atau keberatan untuk bermuhasabah dan dimuhasabah.

Orang bijaksana berkata kawan yang sebenar adalah kawan yang sudi menegur kita jika dia melihat kita melakukan kesilapan. Kawan yang buruk pula adalah kawan yang hanya mendiamkan diri malahan menyokong pula meskipun dia tahu kita melakukan kesilapan.

Saya tidak kata tulisan Dr Aziz Bari adalah sempurna dan saya juga yakin beliau juga tidak berpendapat teguran dan kritikan beliau adalah sempurna. Tidak dinafikan kenyataan beliau bahawa "Hasan (Hasan Ali) dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokonng mereka" agak menyenakkan sesetengah pemimpin PAS.

Namun jika kita melihat dari perspektif lain, salahkah jika Dr Aziz Bari sebagai pihak di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu.

Politik, orang kata adalah berkaitan persepsi. Saya percaya bukan sahaja Dr Aziz Bari malahan ramai lagi rakyat Malaysia yang lain yang juga mempunyai persepsi seperti Dr Aziz Bari iaitu persepsi bahawa sesetengah pemimpin PAS adalah pro Umno.

Kerana kesan bahaya persepsi sebegitulah yang menyebabkan Muktamar PAS berhempas pulas membuat ketetapan dan penegasan bahawa PAS tidak akan ada hubungan dengan Umno dan akan terus bersama Pakatan Rakyat. Kalau kita tidak mahu dilihat dan dikritik pro Umno janganlah buat perkara-perkara yang menyebabkan orang ramai membuat tanggapan bahawa kita adalah pro Umno.

Adakah persepsi lahir begitu sahaja? Salah ke jika orang-orang di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu setelah mereka melihat apa yang berlaku di dalam PAS � melalui tindak tanduk, kenyataan dan gelagat sesetengah pemimpin PAS.

Bagi saya sudah sampai masanya pemimpin PAS, mengambil istilah kata Khairy Jamaluddin, keluar dari 'siege mentality' (mentaliti terkongkong). Sila lihat di luar sana, orang ramai sedang memerhatikan kita !!!

Salahkah kita menjadi pendengar yang baik (good listener) demi kebaikan parti yang kita sayangi ini.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Aziz Bari. Prof, percayalah bagi saya kamu adalah sahabat yang sejati. -Hanipa Maidin

GREENBOC

TERKINI.....PRK BATU?

MP BATU TIAN CHUA TELAH DI JATUHI HUKUMAN PENJARA 6 BULAN DAN DI DENDA RM3000.00 OLEH MAHKAMAH MAJISTRET KUALA LUMPUR SEBENTAR TADI,DI ATAS TUDUHAN "GIGIT POLIS".INI BERMAKNA STATUS TIAN CHUAN SEBAGAI MP BATU GUGUR DAN BESAR KEMUNGKINAN PRK PARLIMEN BATU PERLU DI ADAKAN.....TETAPI PROSES RAYUAN AKAN DI JALANKAN, MUNGKIN MENGAMBIL MASA YANG LAMA....

Wednesday, October 21, 2009

ZAID IBRAHIM KOMITED BERSAMA PR


Datuk Zaid Ibrahim berkata keputusan beliau mengambil cuti daripada tugasan harian parti untuk tempuh enam bulan hanya semata-mata untuk merealisasikan penubuhan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik yang mendokong nilai-nilai asas yang sama.

Justeru beliau menolak cubaan media arus perdana dan pimpinan Umno kononnya bercadang meninggalkan KEADILAN.

"Dalam tempuh enam bulan saya berharap dapat meningkatkan usaha untuk memantapkan Pakatan Rakyat. Saya kini sibuk menyiapkan rangka dasar persetujuan bersama Pakatan Rakyat yang bakal dibentangkan pada Konvensyen Khas Pakatan Rakyat Disember ini," kata Zaid.

"Saya akan terus bekerja kuat untuk menterjemahkan prinsip perjuangan parti dan Pakatan bagi kebaikan rakyat," tambah beliau.

Zaid berkata hubungan beliau dengan semua pemimpin Pakatan terutamanya KEADILAN adalah baik dan menekankan bahawa beliau tetap komited menjadikan Pakatan Rakyat "satu gagasan politik alternatif yang kuat dan berwawasan."

"Kita mahu menggantikan BN sebagai kerajaan pusat dan sudah tentunya banyak kerja perlu dilakukan. Langkah pertama ialah konvensyen Disember dan saya melihat ia sebagai satu langkah amat penting untuk mencarta perjalanan perjuangan Pakatan seterusnya," tambah bekas Menteri Undang-Undang itu. -TVA

Tuesday, October 20, 2009

APO KONO KETUA PENERANGAN PAS NIE....


Saya membaca sanggahan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustadz Idris Ahmad terhadap pandangan Prof Dr Abdul Aziz Bari dan mendapat sanggahan Ketua Penerangan PAS itu kesasar dan lansung tidak sepatutnya disiarkan oleh Harakahdaily.

Pertama, tidak ada di dalam pandangan Prof Abdul Aziz Bari yang menyatakan Ustadz Abdul Hadi itu sebagai pro-UMNO.

Abd Aziz hanya menyatakan


"Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam Pas."

Apa yang disampaikan oleh Abd Aziz adalah persoalan "watak" dan "perwatakan" Abdul Hadi yang menyamai watak Tun Abdullah Ahmad Badawi yang diketahui umum lembab, suka tidur, bangang, mudah dipengaruhi orang lain dan pemalas.

Justeru itu kenyataan Idris yang menyatakan Abd Aziz "melabelkan seorang dalam kepimpinan PAS ada yang pro Umno adalah tuduhan yang berat" adalah kesasar dan lansung terpesong dari itipati persepsi Abd Aziz mengenai watak Abd Hadi.

Apakah justifikasi Idris membuat tuduhan sedemikian atau telah terasa pedasnya cili apabila tergigit di hujung lidah?

Lain-lain sanggahan Idris diabaikan kerana ia lansung tidak relevan dan kesasar dari apa yang sepatutnya dituliskan.

Ramai ahli PAS selama ini mengkagumi pandangan Abd Aziz yang berterus terang dan berani mengkritik pimpinan PAS, seperti beliau berterus terang dan berani mengkritik kerajaan Malaysia dan hakim-hakim mahkamah yang membuat keputusan yang selalu terbabas dari neraca kebenaran dan keadilan, tetapi kita hairan mengapa Idris melenting apabila Presiden parti yang melantiknya sebagai Ketua Penerangan PAS dikritik.

Apakah sindrom ampu dan terhutang budi masih belum lekang seperti ampu dan terhutang budi Roslan Mohd Shahir kepada Pesuruhjaya PAS Selangor yang telah melantiknya sebagai Ketua Penerangan PAS Selangor?

Umum mengetahui mengenai sikap Abd Hadi yang meragukan apaila beliau telah mengutarakan gagasan Unity Government (UG), namun ahli-ahli merasa lega apabila beliau telah kembali sedar untuk mengakui fakta bahawa UMNO bukan parti yang boleh dibuat baik dengannya, seperti pandangan yang kerap dilontarkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Dan ahli-ahli PAS gembira apabila gagasan UG ditutup dan dikuburkan.

Tetapi persoalan kini ialah persoalan professionalisme di dalam kerja, persoalan efisyien dan efektif di dalam menjalankan amanah, persoalan kredibiliti dan integriti sebagai bukan sahaj pemimpin tetapi "pengurus" sebuah jemaah untuk membawa jemaah ke mercu kemceerlangan.

Abd Hadi dilihat tidak berkeupayaan menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Di dalam banyak ketika beliau lebih banyak menumpukan perhatian di dalam program-program luar negara daripada menjaga dan menumpukan fokus terhadap hal-ehwal parti yang beliau diamanahkan menjadi presidennya.

Terkini Abd Hadi menyatakan PAS rela kalah kerana yang dikejarkan oleh PAS adalah "mardhatillah" (keredhaan Allah).

Semudah itu untuk meletakkan alasan sedangkan mardhatillah itu urusanNya yang kita perlu ketahui bahawa Allah telah mensyaratkan kita untuk "bekerja bersungguh-sungguh" di dalam sesuatu urusan jika keredhaanNya menjadi buruan.

Dalam hadith Baginda saw telah bersabda (lihat al-Baihaqi, Bab al-Amanah, Hadith 5313 & 5315 1990:334-335):

Bermaksud: Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu membuat suatu kerja dengan itqan (berkualiti).

Bermaksud: ...Allah suka seseorang pekerja apabila bekerja ia sentiasa membaiki mutu (prestasi) perkhidmatannya.

Kini, sudahkan pimpinan PAS, terutama Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agong dan Ketua Penerangannya telah melaksanakan tuntutan hadith di atas sedangkan kita dimaklumkan bahawa Presiden selama ini begitu banyak kali mengabaikan tugas-tugasnya selaku ketua jemaah apabila hanya mementingkan program-program di luarnegara yang lebih menjurus kepada penaikan populariti?

Apa program yang PAS boleh dibanggakan yang dihasilkan oleh barisan tertinggi PAS ketika ini sedangkan post-mortem Bagan Pinang itu sendiri mengambil masa hanya setalah lebih seminggu baru hendak ditubuhkan jawatankuasa menkajinya?

Apakah itu bukan kelembapan namanya?

Belum lagi saya tonjolkan hal-hal lain terutama dalam bab ekonomi, sosial, perundangan malah poltik sendiri yang menampakkan PAS parti yang tidak bermaya sehingga ungkapan, "PAS sebagai kerajaan yang dinanti" hanya ucapan retorika yang diucapkan oleh si Jenin yang pemalas!

Sewaktu seorang pesakit sedang nazak, sepatutnya sekalian doktor berusaha untuk membantu dan mencari jalan bagi mempastikan kelansungan hidup pasien, agar amanah terlaksana.

Tetapi di dalam kes Bagan Pinang, saya ingin bertanya Ustadz Idris berapa kali pimpinan tertinggi PAS telah bertemu membincangkannya?

Sedangkan kisah yang pernah dilalui oleh umat Islam tatkala kalah di Perang Uhud, hanya tak sampai satu hari post-mortem dilakukan dan umat Islam telah bangun kembali keesokannya untuk menebus maruah yang tercalar ekoran kekalahan tersebut.

Justeru itu tidak salah Abd Aziz menyatakan memang Presiden (dan saya menambah sekalian barisan pimpinan tertinggi) PAS lembab dan pemalas seperti Tun Abdullah yang telah hampir menghancurkan negara. Saya bertanggungjawab di atas dakwaan tersebut kerana sememangnya gerak kerja pemimpin tertinggi PAS di bagan Pinang begitu mengecewakan.

Saya ingin bertanya berapa hari Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agong dan Ketua Penerangannya berada di Bagan Pinang?

Maaf cakap, ada para blogger nampaknya lebih hebat dari Ketua Penerangan PAS sendiri kerana mereka lebih bersungguh-sungguh untuk menyampaikan risalah kebenaran di sana waktu itu tanpa mengenal penat lelah dengan ada yang meninggalkan rumahtangga dan kerja, tetapi usaha mereka tidak pernah mendapat pengiktirafan dari pimpinan tertinggi PAS.

Sudah menjadi resam pimpinan tertinggi PAS, pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar, malas tak boleh ditegur.

GREENBOC

JOHOL...?

Hari ini Malaysiakini melaporkan mengenai penafian Umno mengenai bakal adanya PRK di dua kawasan di Negeri Sembilan.

Perkara ini pernah cheGuBard tulis dalam blog ini dan ulas dalam ceramah.

Kawasan yang pertama ialah kawasan DUN Johol dalam parlimen Kuala Pilah. Wakil Rakyatnya Datuk Roslan Md Yusu, yang kini gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat kerana menderita sakit barah. Menurut sumber yang rapat dengan beliau, Roslan yang pada awalnya mengalami barah postat namun selepas pembedahan membuang sel kanser postat, sel kanser tersebut menjangkit ke tulang dan beliau kini menghadapi kanser tulang tahap serius. Lebih serius lagi beliau mengalami kecederaan tulang (belakang) sebelum ramadhan lepas dan kini hanya terlantar.

Banyak rungutan kedengaran di kawasan beliau dimana beliau payah ditemui dan banyak kes masalah rakyat tertangguh.

Dalam laporan Malaysiakini penafian akan berlaku pilihanraya kecil di DUN Johol dibuat oleh Datuk Hassan Malek selaku Timbalan Ketua Bahagian Kuala Pilah. Dalam kenyataan penafian tersebut kononya isu perletakan jawatan (mengosongkan kerusi) kerana masalah kesihatan dan gagal menemui rakyat tidak timbul kerana kononya jentera Umno yang lain termasuk Hassan sendiri sering ke Johol untuk membantu.

Menurut satu lagi sumber dalaman Umno sememangnya ADUN Johol sudah menghantar permohonan perletakan jawatan tetapi masih 'tertahan' di peringkat atasan. Namun kemingkinan kemenangan Bagan Pinang akan sedikit memberanikan Umno.

che'GuBard mendoakan yang terbaik buat Roslan (ADUN Johol). Namun berpendapat demi keadilan kepada pengundi Johol sewajarnya beliau yang sudah tidak larat menjalankan tugas dibenar mengundur diri dan kuasa diberikan semula kepada pengundi untuk memilih pengganti mereka. Adalah satu kezaliman jiga kepada Roslan apabila beliau yang sedang menderita sakit dan seharusnya menumpukan perhatian kepada perjuangan kesihatan beliau masih dipaksa terperangkap dengan masalah politik.

che'GuBard juga meminta semua jentera khususnya jentera setempat agar tidak termakan penafian Umno mengenai PRK DUN Johol kerana Umno sendiri sudah mengaktifkan bilik gerakan mereka di dalam Johol malah jauh dari itu ada beberapa pemimpin Umno setempat sudah mula melobi untuk menjadi calon PRK Johol.

Satu lagi kawasan kemungkinan diadakan PRK di Negeri Sembilan ialah Lenggeng, di mana ADUN Lenggeng, YB Mustafa Salim sedang dalam kes perbicaraan rasuah. Kes tersebut cukup mudah, fakta kes ialah Mustafa meminta wang dari kontraktor. Kontraktor tersebut telah membuat aduan kepada SPRM. SPRM telah memberikan wang (perangkap) untuk diserahkan oleh kontraktor tersebut kepada Mustafa. Ketika penyerahan SPRM telah menyerbu dan menangkap Mustafa bersama wang.

Namun bagi cheGuBard kemungkinan kawasan DUN Lenggeng untuk berdepan PRK agak tipis. SPRM dan mahkamah akan dipergunakan untuk melewatkan proses pensabitan atau kemungkinan membebaskan Mustafa.

Kena ingat tarikh akhir untuk diadakan PRK ialah 8 mac 2010. Undang - undang Pilihanraya Malaysia selepas tiga tahun dari tarikh PRU maka tidak akan diadakan PRK walaupun apa alasan. Maka Bn akan pastikan semua wakil rakyatnya yang sakit di pasang segala jenis wayar penyambung hayat sekurang - kurangnya akan bernafas sehingga 8 Mac depan dan yang masuk kes mahkamah akan dilewatkan prosesnya sehingga tarikh itu juga.

KENAPA PR DI PERAK TUMBANG?

Kita semua tahu apa yang berlaku di Perak. Tetapi ramai yang tidak tahu, mengapa ia berlaku.

Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008.

Kedua-dua Sultan dinegeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.

Jurang masa selama seminggu itu telah memberika masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.

Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini.

Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.

Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.

Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.

Dan ini menyebabkan Sultan murka. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.

Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan. Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.

Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.

Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.

Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.
Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.

Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.

1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.

2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan - Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.

4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).

5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.


Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.

Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.

Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.

Sekarang, kita berharap, rakyat Perak tahu apa yang berlaku.


(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal Raja Petra “Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak” yang disiarkan di Malaysia Today)

PAS LIABILITI PAKATAN RAKYAT?

Pengajaran dari Bagan Pinang

Oleh Prof Ab Aziz Bari

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang yang berlangsung, 11 Oktober lalu, sudah pun diketahui keputusannya. Kemenangan calon Barisan Nasional, Tan Sri Mohd Isa Samad memang dijangkakan meskipun kegagalan calon Pas yang mewakili Pakatan Rakyat, Zulkefly Mohamad Omar, untuk mengurangkan undi majoriti Barisan Nasional (BN) agak memeranjatkan.

Pelbagai analisis dibuat dan saya tidak mahu menambah apa-apa. Saya sekadar hendak mengungkap beberapa perkara yang penting daripada sudut perlembagaan khususnya dan sistem politik umumnya. Hal-hal ini penting kerana selain menjadi tema dan mauduk utama ruangan ini, itu semua penting dalam membina sebuah Malaysia yang adil, telus dan sistematik walau siapa dan apa pun warna politik kita. Saya ada menyebut betapa kewujudan sebuah sistem dua parti yang mantap penting bagi memperkasa ideal perlembagaan kita. Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.

Berbalik kepada Bagan Pinang apa yang kita lihat ialah betapa wakil rakyat – yakni Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) – pada hakikatnya dianggap sebagai 'pegawai kebajikan'. Walaupun ini tidak salah tanggapan dan imej memberi kesan yang besar kepada kedudukan dan peranan wakil rakyat berkenaan dan kualiti dewan perundangan kita. Dan seterusnya ini memberi kesan langsung kepada kualiti undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) kita. Begitu juga dengan fungsi dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.

Ada kemungkinan pengundi dalam DUN Bagan Pinang, kerana ia adalah pilihan raya kecil dan tidak memberi kesan kepada kedudukan Kerajaan Negeri, mahu mengingatkan Pakatan supaya lebih berhati-hati dan memberi perhatian kepada masalah dan kebajikan rakyat. Ada pihak yang mengatakan bahawa Ahli Parlimen Teluk Kemang yang merangkum DUN berkenaan gagal memainkan peranan. Ini mungkin benar. Tetapi apakah ini cukup kuat untuk mereka memenangkan calon Barisan yang diketahui korup, yang hanya dikatakan ‘teknikal’ oleh pemimpin utamanya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pun tidak suka calon itu meskipun selepas keputusan diumumkan Mahathir berubah dan turut bergembira dengan keputusan di Bagan Pinang itu.

Keputusan pilihan raya kecil itu menyebabkan sesetengah pihak kesal dan sedih kerana kemenangan besar itu menandakan sikap pengundi yang semacam tidak kisah dengan soal integriti dan kebersihan calon. Apatah lagi mengingat bahawa calon Pas adalah seorang yang begitu aktif dalam isu-isu umum, termasuk alam sekitar dan kes pelupusan sampah Broga. Dalam pada itu sebagaimana di tempat-tempat lain khidmat Barisan bukanlah sempurna, di sana sini banyak juga kegagalan dan kelemahan pentadbiran Mohd Isa sewaktu beliau menjadi Menteri Besar dahulu. Begitu juga dengan pentadbiran sekarang di bawah Datuk Seri Mohamad Hassan.

Hal ini memberi gambaran bahawa kemenangan besar Barisan itu adalah kerana kawasan itu memang kubu UMNO. Sebab itulah ada pihak yang berkata bahawa parti itu tidak harus terlalu seronok kerana apa yang terjadi di Bagan Pinang itu tidak semestinya aliran umum yang akan mendominasi politik negara.

Walau apa pun imej Pakatan yang dipaparkan dalam media yang dikuasai Barisan juga tidak membantu. Imej yang dipaparkan membayangkan betapa gabungan ini rapuh dan tidak berupaya mengambil tempat Barisan. Secara kebetulan itulah kesimpulan yang dibuat oleh Merdeka Center dalam tinjauan lapangan yang diselesaikannya pada awal bulan ini: sekitar 43 peratus dari pengundi berdaftar yang diselidikinya tidak yakin kepada kemampuan Pakatan untuk memerintah di peringkat persekutuan.

Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali atau menyingkirkannya terus. Dalam beberapa portal berita Hasan dilihat sebagai liabiliti kepada Pakatan umumnya dan Pas khususnya. Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam Pas seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.

Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam Pas. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan salah Hasan itu secara terbuka. Tindakan dan perangai Hasan itu memang pelik kerana adalah mustahil seorang pegawai tadbir beliau tidak faham konsep tanggung jawab bersama dan bezanya dengan kedudukan penyokong kerajaan.

Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam Pas yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti. Secara perlahan-lahan lulusan syariah Universiti Al-Azhar dan sarjana undang-undang perbandingan Universiti Kent itu mula dilihat sebagai mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Mohd Fadzil Noor yang meninggal dunia pada 2002.

Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda Pas dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi Pas di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu. Ini menyedihkan kerana selain pernah memerintah dari 1999-2004 Pas juga mentadbir negeri itu dari 1959-1961.

Perubahan kepemimpinan penting bukan saja untuk Pas, tetapi juga dalam konteks mereformasikan sistem kita. Perubahan mendasar hanya akan berlaku sekiranya ada kerajaan baru di peringkat persekutuan. Kita semua maklum Barisan tidak akan berbuat apa-apa kepada SPR dan undi pos umpamanya. Begitu juga dengan kedudukan perkhidmatan awam umumnya dan pasukan polis khususnya. Perubahan-perubahan ini amat penting jika kita mahu Malaysia membuat perubahan sebagaimana yang mula kelihatan di Indonesia selepas dua penggal Susilo Bambang Yudiyono memimpin negara. Jika tidak kita akan terus ketinggalan dan menggigit jari.

Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika Pas kekal dengan kapten yang ada ini mungkin akan berkurang. Sejumlah 21 peratus pengundi yang masih berada di atas pagar kemungkinan besar akan berpihak kepada BN dan untuk memperkasa demokrasi di Malaysia akan gagal lagi.

Friday, October 16, 2009

BOLEH JALAN LA ADUN BEBAS...DAH AGAK DAH MESTI TUTUP PUNYA


Akhirnya seperti yang ramalkan oleh ramai pemerhati politik, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri telah menutup siasatan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas (ADUN), Mohammad Radzhi Salleh berhubung dakwaan beliau membuat tuntutan tidak munasabah ketika memegang jawatan Exco kerajaan negeri.

Razhi yang telah mengisytihar diri keluar PKR dipercayai telah diperalatkan oleh BN dengan menggunakan SPRM untuk memberi tekanan terhadapnya supaya meninggalkan PKR dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil bebas sebelum nama beliau "dibersihkan" oleh SPRM untuk melompat terus sebagai ahli UMNO.

Namun, dakwaan bahawa Umno mendapat talian hayat baru dengan pengisytiharan tersebut adalah meleset sama sekali apabila satu persatu pekong Radzhi mula didedahkan oleh mereka yang mengenali diri beliau khususnya dalam media internet.

"Saya tak fikir, dengan menggunakan Adun yang bermasalah ini, Umno BN boleh mendapat undi. Calon mereka sendiri (Rohaizat) pun bermasalah, itu memperbodoh pengundi namanya. Tapi ianya tidak pelik, sebab pada saya Umno memang tengah desprate (terdesak) sekarang," ujar Lateefa Koya, Ketua Penerangan PKR.

Mohd Radzhi dikatakan mempunyai beberapa rekod buruk sebelum menjadi Adun lagi termasuk semasa dia bertugas di Pejabat Pos Universiti Utara Malaysia (UUM).

Dia juga dikatakan mengalami masalah rumahtangga serius.

Sepanjang bergelar wakil rakyat pula, dia dikatakan jarang berada dikawasan dan sering mengabaikan masyarakat di kawasannya.

Prestasinya yang lemah semasa menjawat jawatan dalam kerajaan negeri itu juga turut diadu masyarakat setempat sehingga beberapa amaran diberikan kerajaan negeri kepadanya agar meningkatkan prestasi kerja.

Hairannya, dalam keadaan gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dan juga exco, beliau masih mengemukakan tuntutan perbelanjaan melampau kepada kerajaan negeri sehingga membawa dirinya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM, namun kini SPRM mengambil sikap membersihkan nama beliau kerana ada perancangan lain di belakang tindakan SPRM itu.

Sebenarnya, jawatan Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia yang disandangnya juga didakwa digunakan lebih kepada dirinya sendiri berbanding untuk berkhidmat kepada rakyat.

Semasa menjawat jawatan itu, dia didakwa telah membeli harta, memiliki kilang dan kedai makan.

Ramai yang berpendapat, beberapa masalah termasuk masalah disiplin dengan kerajaan pakatan Kedah, masalah perkahwinannya di Thailand dan masalah berdepan siasatan SPRM berhubung tuntutan melampau telah menyebabkan dirinya dalam keadaan tersepit.

Ruang tersebut telah digunakan Umno bagi "memanfaatkan" Adun Lunas ini sebagaimana yang dilakukan terhadap dua Adun PKR di Perak sebelum ini.

Tindakannya meletakkan sebab 'tidak percaya kepada pucuk pimpinan parti' untuk keluar PKR dilihat sebagai alasan semata-mata.

"Yang saya hairan kenapa SPRM yang sebelum ini kata akan siasat kes itu tetapi tiba-tiba kata tiada kes lepas dia (Radzhi) umum keluar PKR, semacam ada perundingan dan tawaran tertentu bagi menutup kes ini pula," ujar Lateefa.

Seperti yang didedahkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media malam tadi, bahawa pihaknya telah lama mengesan wujud cubaan menggunakan Radzhi untuk menarik beberapa lagi Adun pakatan lain supaya menyertai BN tetapi gagal.

Beberapa bulan lalu katanya, dia mendapat aduan dari beberpa orang Adun mengatakan dipujuk oleh Radzhi supaya berpindah kepada Umno dan akan dibayar dengan jumlah yang tinggi.

Dengan rekod yang dimiliki Radzhi, ternyata Umno tidak mudah menggunakan bekas Adun PKR itu sebagai peluru kempen memburukkan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat khasnya PKR gambira dengan tindakan bekas Adun mereka itu dari terus menjadi duri dalam dagung dan memburukkan imej parti dengan sikap dan rekod yang dimilikinya.


greenboc

HIJAU KUNING MULA CHEROIIIII

Pada hari selasa yang lalu berakhir sudah perjuangan pasukan bola sepak KEDAH DARUL AMAN apabila gagal ke suku akhir piala MALAYSIA.Memang bola sepak tak masuk dalam arena politik tetapi sedikit sebanyak ia ada kesan ke atas dunia politik.Kerana bola sepak satu negara boleh cuti untuk tengok perlawanan bola sepak,contohnya seperti di negara BRAZIL.Pada tahun 2002 BRAZIL layak ke final piala dunia menentang GERMAN, ketika itu semua perniagaan atau pekerjaan di hentikan di BRAZIL kerana memberi laluan kepada rakyat BRAZIL untuk menyaksikan perlawanan tersebut dan BRAZIL menjuarai piala dunia pada tahun 2002 dengan jaringan dua kosong.Begitulah bola sepak yang senentiasa mencuri tumpuan setiap penduduk di dunia ini.Tambahan pula di MALAYSIA setiap malam minggu anak-anak muda akan berkumpul di kedai nasi kandar bagi menoton perlawanan EPL mahupun LA LIGA SEPANYOL dan lain-lain lagi.


Kini penyokong setia hijau kuning semestinya berduka cita apabila KEDAH terkandas kali ini,siapa yang harus di persalahkan?pemain?jurulatih?ataupun pengurusan?banyak jawapan yang boleh di berikan,kejutan demi kejutan sudah berlaku di dalam pasukan KEDAH,jurulatih KEDAH AZRAI HOOR telah meletakkan jawatan hari ini dan berpindah untuk melatih skuad harimau muda.Yang pastinya nasib pasukan KEDAH akan terus di rundung malang akan ada pemain yang meninggalkan pasukan demi meneruskan karier bola sepak masing-masing.

Apa tindakkan EXCO BELIA DAN SUKAN?tengok saja ka?buat tak tau saja ka?semuanya terarah kepada pengurusan,di khabarkan berlaku konflik di antara pengurusan dan juga MB KEDAH.Sejauh mana kebenarannya tak pasti tetapi KERAJAAN KEDAH perlu mengambil langkah untuk memulihkan bola sepak kedah selepas ini.Politik politik juga bab bola orang PAS dan UMNO boleh jadi kawan.Jika MB tidak mampu pikul tugas selaku pengurus lebih baik di serahkan kepada pihak yang lebih layak.Ketepikan politik untuk memulihkan semangat pemain.Bagi saya tak guna kalau nak berpolitik hingga ke padang bola yang jadi mangsa pemain dan peminat.Janganlah nanti peminat akan berkata"DULU BAWAH BN BOLA OK SAJA, LA NIE BAWAH PAS KEDAH TAK KUAT DAH"jangan terkejut kerana bola undi untuk PAS mahupun PR akan merosot.Bagi anak muda yang sukakan bola sepak semestinya akan merasai perbezaan ini.Jadi EXCO yang terlibat jangan dok wat cheroyyyy.....

Tuesday, October 13, 2009

PAS FOR PAS?

Kekalahan yang pertama di alami oleh PR pada hari ahad yang lalu sedikit sebanyak membuka lembaran baru di dalam politik.Kita perlu akur dan menerimakekalahan ini untuk kebaikan masa hadapan,ini juga bukan tanda kebangkitan UMNO untuk kembali di hati rakyat.Mungkin persepsi penganalisi politik berjiwa BN akan berkata "INI TANDA UMNO KEMBALI DI TERIMA RAKYAT" bagi saya sebagai orang baru di dalam dunia politik menganggap bahawa keadaan ini lumrah di dalam politik ada naik turun,faktor kawasan juga perlu di ambilkira dan juga parti yang bertanding juga menjadi faktor lembaran baru politik selepas 11 hb okt 2009.

Sikap berlapang dada itu baik dan amatberguna di dalam kita berpolitik mahupun berjuang,kerana teguran demi teguran dan kritikkan demi kritikan akan di lontarkan,sebagai pencinta keadilan kita perlu dengar dan muhasabah diri.Mengaku sajalah prestasi PR khususnya PAS tak berapa baik kebelakangan ini,ketika di MANIK URAI pada malam kiraan undi semua penyokong ketaq sebab tak sangka begitu tipis majoritinya,kali ini di BAGAN PINANG penyokong sudah bersedia untu menghadapai kekalahan tetapi bukan dengan majoriti 5435,terkejut la semua penyokong.

Saya berada di lapangan ketika hari mengundi dan sehari sebelum hari mengundi,ternyata apa yang saya bayangkan sebelum menaiki kereta dari kulim ternyata meleset.Cara berkempen dari PAS adalah cara lama dan tidak agresif(old fashion).Walaupun kita sudah mengetahui sukar untuk mendapat kemenangan tetapi usaha itu penting.Jangalah terlalu berserah kepada takdir sedangkan kita belum berusaha bersungguh-sungguh.

Bagi saya PR terutamanya PAS perlu rebranding untuk menghadapi era politik baru,sikap ego kadang-kadang menyelebungi sesetengah pimpinan pas yang sebenarnya tidak ada apa yang perlu di banggakan.Isu pimpinan PAS selongor sememangnya memberi kesan kepada pengundi bukan islam untuk mengundi pas,beberapa kenyataan pimpinan pas selangor sering kali mengelirukan penyokong dan juga pengundi.Di khabarkan juga calon pas bagan pinang gagal menjawab beberapa soalan serta pimpinan pas tidak membuat coverup di atas kelemahan tersebut.Masalah pimpinan PAS seperti kaduk naik junjung selepas PRU 12 sering kali menimbulkan keadaan kurang senang di kalangan pengundi sehinggakan ada yang menyatakan pas tak seperti sebelum PRU 12,banyak yang dah berubah,mungkin perkataan paling sesuai adalah PAS FOR PAS NOT PAS FOR ALL.

Pendekatan yang baik serta strategi yang berkesan perlu ada di dalam menghadapi setiap PRK.Masih ada ruang untuk PR khususnya PAS untuk memperbetulkan keadaan yang sudah mula bergetar.

HIDUP HARAPAN

PAS, you need to find your way back fast!

5435! 5435 from 2333, an increase of 133% in majority votes. Yes, I hope PAS was humbled by that number, and this loss is worse than UMNO's loss in Permatang Pasir (4551 votes).

Honestly PAS, don't you feel sad? After spending over 50 years in Malaysia being attacked by UMNO/BN day-in-day-out as the extremist Islamic party; to being able to overcome that perception on March 2008; only to lose it all 19 months later in Bagan Pinang? You were supposed to be on your way to replace UMNO as the biggest party in Malaysia. Have you asked yourself, what has gone so wrong?

1. Stop the blaming game. Take it as it is, and find the answers from within

Don't blame the voters.
Don't try to blame it Tan Sri Isa's popularity either.

The fact that you lost with a bigger majority to a tainted candidate like him, regardless whether Bagan Pinang was his stronghold or not, there must be something VERY wrong about you.

Why did 75% voters in Bagan Pinang voted against you? Ok, perhaps you wanted to say they had 4600 postal votes in hand. Fine, let's take out the 4600 votes then. Yet you still lost by 3413 votes to 2,578 votes.

So, don�t even try to pin it on postal votes as well.

But the question remains, why did 57% of ground voters in Bagan Pinang voted against you across all races?

How come voters in Bagan Pinang viewed PAS's candidate in such low quality, that he was not even given the chance to beat Rohaizat's (the disbarred lawyer) score? To voters, by hook or by crook, whether it was a crook or a hook, they had to choose one before 5pm, and PAS certainly failed miserably to provide them with enough reasons to at least show some support for PAS's candidate.

So, what went wrong? Was it due to a campaign strategy gone wrong? Or was it due to the dented image of PAS caused by controversial statements from its own leaders?

2. Campaign strategy of exposing Isa Samad�s bad records.

Attacking Isa Samad's past record as a MB was a very unintelligent move. Come on lar, for 22 years he was the MB, there must be so much that he had done right, compared to his wrongs, right? If his money politics scandal did not deter people from nominating him, what makes you think people will hate him for his past failed projects? Even for a very successful corporate leader, there must be some broken projects under his belt along the way.

You cannot underestimate the number of voters in Bagan Pinang that Isa Samad had helped directly and indirectly during his tenure as MB. Your actions of exposing Isa's failed projects as a MB would certainly piss them off and set off a chain reaction of disgust.

Mind you, 22 years was a very long tenure, even the baby that was born on Isa's 1st year as a MB has turned into a eligible voter in Bagan Pinang today! Most of the people grew up into eligible voters under Tan Sri Isa�s leadership.

PAS�s campaign strategists forgot about those young voters who benefited from MB Isa while their parents were struggling to send them to schools or universities in the past 22 years.

How would those parents of these young voters feel when they see PAS puts up so many posters about Isa Samad's past which to them, were not comparable to the good deeds he had done as a MB? I believe they would have told their children (the young voters) something like this: "PAS was no where to be seen when your father or mother was struggling to feed you. MB Isa helped us before. Don't vote for PAS because they had smeared Isa's name as MB."

Instead of attacking Isa�s past, PAS should have adopt the psychology attack strategy in wooing the young ones in Bagan Pinang by increasing their political awareness. By playing the sentiments over Isa�s candicacy against their morale barometer and religion beliefs would have driven more young voters over to PAS.

The young voters (in the age of internet) were way easier to convince compared to their parents. Once we were able to convince the young ones, they could have go back and shared with their parents about the country's future if they were to vote for BN. They could have convinced their parents that a vote for BN is a vote to endorse their corruption practice and their super lousy way of governing the country. They could have set off a chain reaction to make people accept PAS and PR as the better party for Malaysia.

This wrong strategy by PAS had drove an extra 1,551 votes to BN instead of reducing the majority. There's a valuable lesson to be learnt here by PAS's think-tank and election strategists.

3. Confusing Signals from PAS

Fortunately for PAS, you need not to look far, as the answers were staring right in your face. The answers were so clear that there's something wrong with PAS when Zulkefly Omar could not answer these questions (below) posted by TheNutGraph (on 7 Oct 2009 http://www.thenutgraph.com/zulkefly-omars-dilemma):

a. What is his stand on concert banning, as called for by central PAS Youth against both Danish soft-rock band Michael Learns to Rock and US R&B diva Beyonce Knowles.? b. What is his stand on the open sale of alcohol? c. What is his position on the whipping sentence dropped on Kartika Sari Dewi Shukarnor?

Have you give it a thought on why Zulkefly Omar (ZO) refused or could not offer any answers to the 3 questions above? Was it his fault to not able to answer those questions?

Perhaps....

i. 1st possibility - ZO did not know what was the real party's stand on those 3 issues.

Whenever PAS-DAP-PKR met and came out with the statement "the matters were solved" at then end of the meeting, he did not know exactly what they really meant by the word "solved" because PR never explained how the matter was solved. PAS did not explain what was their final stand on those issues. If ZO was confused about his party's stand, I believed the voters were even more confused.

Whenever there�s a controversial statement made by a certain PAS leaders, PAS top leaderships never responded quickly enough to counter those statements.

More often than not, they let those controversial statements to float around until enough damage was done before stepping in. Most of the time, they would tell everyone that �The matter is now closed� without telling us exactly what�s their final stand was. In the end, the people are left alone to judge PAS�s stand on their own, and this is bad for the party.

ii. 2nd possibility - ZO had the answers to the above questions, but he knew his answers were going to piss off Pakatan Rakyat leaders or the non-Muslim voters so he decided to stay mum.

But can you blame ZO for not answering? Who dug up those holes for him to walk in? PAS itself dug the hole subconsciously for playing the rat race with UMNO to prove who is more Islamic between them.

For instance, in the beer fiasco, PAS Selangor was probably trying to prove themselves they are the real protector of Islam instead of UMNO. It was just a mind game without strategy to prove a useless point using the wrong way.

Why PAS's top leadership never thought of using the signboards "Judi adalah haram di sisi agama Islam" hanging in the 4D gambling shops as an example to do some real study? If those signboards cannot deter a Muslim from betting, does it really matter if those beers are sold in the Muslim-majority area?

Is there a need to prove PAS is more Islamic than UMNO by playing such high-stakes game? Is there a need to be caught up in this game while getting yourself being cornered politically?

4. Something is terribly wrong with the people perception of PAS lately.

Subconsciously, after a series of victory in Peninsular by-elections, PAS has lost track on its real focus. They did not realize they had started playing with empty rhetoric, meaningless slogans while trying hard to label UMNO as a corrupted party. During these times, PAS did not do anything to improve itself, instead they are actually regressing to the old PAS.

Since March 08, PAS has stopped putting in more effort into turning 'PAS for ALL' slogan into actions. They hallucinated that the non-Muslims votes are going to stay with them as long as 'PAS for ALL' slogan is chanted everyday like the 1Malaysia slogan. They forgot about the 'value of the people believing' in 'PAS for ALL' slogan was the recipe why people across racial divides decided to vote for them in all previous by-elections.

PAS's internal bickering since the unity government fiasco had sent a variety of confusing signals about PAS's real identity to the rakyat. �The benefit of the doubts� that the rakyat gave to PAS on the past few by-elections are now gone for good.

PAS has to restart to brand themselves all over again. Rhetoric and slogans can only last so long as they refused or ignorant to learn from current UMNO's predicament.

5. Who are the real you, PAS?

If you happened to forget who you are, PAS, allow me to remind you.

PAS is a multi racial party who fights for Islam. You are not a Malay party like UMNO, but you are just a party dominated by Malays.

So, now how does PAS want to show its Islamic side to be accepted by all MALAY-sians?

The rakyat knows that PAS and Islam is inseparable. Therefore, fighting for Islam is completely acceptable to non-Muslims. The only problem is that lately it seemed very evident to the non-Muslims that PAS put more focus on petty issues rather than the big picture in their fight for Islam, which is to emphasis on fighting corruption, "kebajikan awam", fairness and transparency in all PR state's government.

PAS, you need to find your way back fast! Remember "PAS for ALL" was your best selling slogan, now you just have to focus to put it into actions. It is just that simple!

You paid a very cheap price in Bagan Pinang to realise that something has gone wrong in your struggle and focus. You should be glad that "Status-quo" is the cheapest price to lose an election for a good wake-up call!

Penulis adalah seorang Pemuda bukan Muslim yang sangat suka kepada PAS tetapi kadang-kadang mempunyai pandangan tersendiri terhadap parti Islam ini. _