Sepanjang hari ini, selepas selesai tugasan yang diberi parti membantu ADUN PKR Bukit Selambau, bila saja ada waktu terluang, saya cuba mengikuti setiap perbincangan dan komen-komen di laman-laman web dan blog tentang isu terpanas minggu ini, ie keriuhan tentang dakwaan kononnya sdr Jamaluddin dan Capt Osman akan melompat parti ke dalam UMNO.
Saya agak sedih dengan sikap sesetengah teman pimpinan dan para pengunjung laman-laman web serta blog ini begitu mudah dan cepat menghakimi kedua mereka, tanpa tahu apa fakta sebenar atau apa cerita sebaliknya. Pertimbangan emosi jelas menguasai pertimbangan akal yang rasional. Malah ada yang tergamak melemparkan kata-kata kesat menghina keduanya, sedangkan mereka langsung tidak mengenali sdr Jamal atau Capt Osman!!!!
Saya mengenali kedua mereka sejak awal gerakan Reformasi bermula. Jatidiri perjuangan kedua mereka adalah antara yang paling kukuh dari kalangan teman-teman lain!! Bahkan sdr Jamal (yang sering dihina oleh teman-teman di laman-laman blog sebagai bekas posmen cabuk!!) adalah antara individu pejuang yang paling komited dan antara yang paling banyak menghabiskan wang ringgit dan harta demi perjuangan. Beliau adalah antara anak didik Alahyarham Cikgu Khalil Shah yang paling rapat dan disenangi arwah. Buat pengetahuan teman-teman yang baru setahun jagung dalam perjuangan reformasi, arwah cikgu Khalil adalah Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Perak yang pertama, dan bersama-sama sdr Jamal, merupakan antara pejuang-pejuang awal yang menubuh dan menggerakkan PKR Perak! Arwah juga adalah abang kandung yang sulong kepada menteri besar Perak sekarang, sdr Dato' Seri Nizar!
Pasti ada yang tidak kena! Pasti ada benda lain yang membayangi sebab sebenar episod terbaru ini. Bagi saya, ini adalah satu tragedi perjuangan yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Sdr Jamal yang saya kenal sejak lebih 10 tahun bersama dalam satu wadah, bukan begini orangnya! Wang bukan masalah bagi beliau! Bahkan kepada yang menohmah beliau menerima jutaan ringgit, saya nasihatkan mereka segera beristighfar dan memohon maaf kepada beliau! Kalau ada ahli atau pimpinan PKR Perak yang punya masalah kewangan, dialah antara yang paling awal membantu! For a 'brainless posmen cabuk' as claimed by some, he's a damn good businessman!! Saya faham bagaimana pedihnya ditohmah menjual perjuangan!!!
Sepanjang tempoh 10 bulan lalu, sejak kita mengambilalih amanah memerintah Perak, saya berpeluang saban kali bertemu dan berbincang dengan kedua mereka di Ipoh, terutama bila membicarakan tentang pentadbiran kerajaan negeri dan sikap negatif kakitangan awam Melayu (Perak Civil Service) di negeri Perak. Sering juga saya mendengar keluhan dan rintihan hati mereka yang risaukan tentang halatuju pentadbiran kerajaan negeri yang sering diancam oleh UMNO dan BN Perak. Butirannya biarlah saya simpan dulu untuk dibicarakan kemudian.
Apapun, bagi yang gemar menghentam tanpa usul periksa, tanpa tahu apa cerita sebenar, tanpa kenal siapa sdr Jamal dan Capt Osman, saya mohon muhasabahlah diri sendiri. Ini saya tujukan pada semua, tak kira penyokong atau pemimpin parti!! Saya yakin mereka tidak akan meninggalkan parti dan perjuangan! UMNO bukan pilihan mereka! Prinsip perjuangan bukan sebegitu murah untuk digadaikan! JANGAN CEPAT MELATAH!! Jangan biarkan UMNO terus mengelirukan kita dengan perang saraf licik sehingga kita akhirnya akan kehilangan dua teman yang setia dan sejati dalam perjuangan. Doa saya moga Allah buka pintu kebenaran seluas-luasnya demi kesetiaan dan pengorbanan yang sudah lama mereka curahkan!SaifulAhli Majlis Pimpinan TertinggiParti Keadilan Rakyat
Rakyat sudah semakin matang dan semakin bersedia untuk berdepan dengan umno dan kelicikan mereka.Tetapi satu "setback" terbesar dan terpenting kepada rakyat sekiranya DSAI dihantar kembali ke penjara atas kesalahan yang cukup jelas direka reka oleh umno.Untuk itu,rakyat juga harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang terburuk ini
SEMARAK REFORMASI
LAGU SELOKA KEDAH
Tuesday, February 3, 2009
Monday, February 2, 2009
ADUN BUKIT SELAMBAU DI UGUT
Kenyataan AkhbarYB Arumugam a/l Vengatarakoo,Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau,merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman2hb Februari, 2009Sidang media ini dipanggil untuk menerangkan beberapa perkembangan terbaru yang serius yang melibatkan isu-isu politik yang berunsurkan jenayah yang sedang berlaku di negeri Kedah, yang melibatkan saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah.Satu repot polis telah dibuat hari ini merangkumi semua kes-kes ugutan jenayah terhadap saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah, dan juga terhadap keselamatan keluarga saya sejak dari 8hb Mac, 2008. Ianya juga melibatkan semua ugutan terhadap pegawai-pegawai dan bekas-bekas pegawai saya. Ke semua ini adalah bertujuan bagi mengugut saya untuk bersetuju berpindah parti dari Parti Keadilan Rakyat ke Barisan Nasional.Antara insiden-insiden yang melibatkan ugutan jenayah adalah cubaan menculik saya pada 17/10/2008, mengugut saya melalui pegawai saya melalui beberapa panggilan telefon yang antaranya pada 31/3/2008, mengugut keselamatan keluarga saya, insiden memecahkan cermin kereta rasmi exco kerajaan negeri model Proton Perdana no BKL 4000 dengan meninggalkan nota ugutan yang diikat pada seketul bata pada 17/12/2008, dan juga menghantar beberapa beberapa individu untuk memujuk saya keluar dari Parti Keadilan Rakyat, yang terbaru sekali beberapa hari yang lalu, dengan beberapa tawaran lumayan.Perkembangan peristiwa yang menimpa 2 orang teman exco PKR di Perak telah menyebabkan saya tampil untuk membuat kenyataan akhbar ini. Saya khuatir, sekiranya saya tidak tampil ke hadapan untuk membuat pernyataan secara terbuka ini, keselamatan dan ketenteraman saya dan keluarga saya akan terus diganggu, diugut secara jenayah serta dipujuk untuk memastikan saya berpindah parti.Saya juga mendesak agar pihak polis akan segera membuat siasatan terhadap ke semua laporan-laporan polis yang telah saya buat sejak Mac, 2008 dan mengambil tindakan segera dan tegas bagi menjamin keselamatan saya dan keluarga saya. Ini semua akan membolehkan saya mampu berkhidmat dengan lebih baik dan berkesan selaku ahli exco kerajaan negeri Kedah dan ahli dewan undangan negeri Bukit Selambau, tanpa sebarang gangguan terhadap saya dan keluarga saya. Sekian, terimakasih,Arumugam a/l Vengatarakoo,Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau,merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
PENGAJARAN KEPADA INDIVIDU YANG SUDAH BERADA DI STARTING GRID
Pengajaran dan peringatan kepada mereka-mereka yang ada hati nak mlompat mahupun secara paksa atau rela hati,kejadian yang berlaku di PERAK cukup untuk merimaskan perut pendokong reformasi mahupu penyokong PR.Tak kurang juga sms YANG saya terima seolah-olah menyalahkan PKR apa yang berlaku kerana 2 EXCO yang bermasalah itu dari parti PKR.Ia belum cukup mencerminkan kesalahan harus di letakkan kepada PKR,ia harus di perincikan terdahulu sebelum membuat sesuatu keputusan menyalahkan mana2 pihak.Timbul cerita di PERAK maka berlarutan pula ke negeri jiran tetangga PERAK sebelah utara,uniknya apa yangberlaku di KEDAH ini bukan satu yang nak lompat mungkin lebih dari dua yang akan lompat,harap tak jadi la!JIKA IA BERLAKU JUGA MAKA AKAN ADA PRK DI SELATAN KEDAH mungkin PRK LUNAS akan berulang.Dalam keadaan sekarang mungkin niat insan-insan ini terbantut apabila mengenangkan mereka pernah menandatangani surat aku janji seperti 2 EXCO PERAK.Bersiap siaga ke BEHRANG dan CHANGKAT JERING.
Sunday, February 1, 2009
BERITA TERKINI..............
Dua ahli dewan undangan Perak - Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu yang diberitakan kini berada di Pekan, Pahang akan berhenti.Surat berhenti dari menjadi wakil rakyat telah mereka tanda tangani ketika mereka mendapat mandat dari rakyat untuk menjadi wakil rakyat di kawasan masing-masing pada bulan March lalu.Surat berhenti ini ada di dalam simpanan kerajaan Perak.Pilihanraya Kecil akan diadakan di kedua-dua tempat ini untuk menggantikan kerusi yang telah di kosongkan...TUKAR TIUB
SUDAH 5 HARI DUA EXCO PERAK DI CULIK
IPOH, 1 Feb: Kerajaan negeri Perak menuduh kemungkinan besar dua anggota Exco mereka 'diculik' oleh pihak-pihak tertentu dalam usaha untuk menggugat kerajaan negeri itu.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin berkata, kedua-duanya sudah lima hari hilang dan tidak menyertai mesyuarat Exco terakhir minggu lalu.
Kenyataan ini dibuat beliau selepas mesyuarat Pakatan Rakyat Perak pagi ini bagi membincangkan kehilangan kedua-duanya sejak lima hari lalu.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar ketika dihubungi berkata, jika kedua-duanya menyertai BN sekalipun, kerajaan Pakatan di Perak masih kekal.
"Kita masih majoriti satu kerusi. Kalau BN berjaya mendapatkan seorang lagipun, kerajaan Perak akan kekal sebagai kerajaan minoriti sehinggalah ia dijatuhkan melalui sidang Dewan Undangan Negeri," katanya kepada Siasah.
Bagi beliau, dengan mood yang ada pada rakyat sekarang, agak pelik tindakan Umno mahu membeli kedua-dua Exco itu.
Ini kerana, walaupun kedua-duanya boleh dipujuk dan dibeli dengan isu dakwaan rasuah yang mereka hadapi tetapi langkah itu tidak akan menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan kerana Umno memerlukan sekurang-kurangnya tiga Adun untuk menjadikannya majoriti dalam Dun Perak.
"Untuk mendapatkan yang ketiga memang sukar bagi Umno sekarang tambahan dengan mood yang ada di kalangan rakyat negara ini.
"Lainlah kalau Umno bertindak begitu semata-mata untuk membalas dendam ekoran penyertaan (Datuk) Nasarudin (Hashim) ke PKR," kata Kamarudin.
Sementara itu, ramai tidak yakin Umno akan berusaha mendapatkan kedua-dua Exco itu menyertainya kerana jika Umno berbuat demikian terlalu jelas caranya iaitu memberikan janji untuk tidak mendakwanya di mahkamah ekoran dakwaan rasuah ke atas mereka berdua.
"Umno sudah buruk dengan isu rasuah. Jika dia cuba dapatkan kedua-dua Exco itu, semakin jelaslah kepada rakyat Umno memang rasuah dan peranan SPRM akan dipertikaikan," kata seorang penganalisa politik.
Namun, dengan (Datuk Seri) Najib (Razak) sendiri memimpin Umno Perak dia akan berbuat apa sahaja untuk menaikkan semula moral ahli-ahli Umno yang jatuh teruk sekarang, katanya lagi.
Posted by Siasah at 8:09 PM
Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin berkata, kedua-duanya sudah lima hari hilang dan tidak menyertai mesyuarat Exco terakhir minggu lalu.
Kenyataan ini dibuat beliau selepas mesyuarat Pakatan Rakyat Perak pagi ini bagi membincangkan kehilangan kedua-duanya sejak lima hari lalu.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar ketika dihubungi berkata, jika kedua-duanya menyertai BN sekalipun, kerajaan Pakatan di Perak masih kekal.
"Kita masih majoriti satu kerusi. Kalau BN berjaya mendapatkan seorang lagipun, kerajaan Perak akan kekal sebagai kerajaan minoriti sehinggalah ia dijatuhkan melalui sidang Dewan Undangan Negeri," katanya kepada Siasah.
Bagi beliau, dengan mood yang ada pada rakyat sekarang, agak pelik tindakan Umno mahu membeli kedua-dua Exco itu.
Ini kerana, walaupun kedua-duanya boleh dipujuk dan dibeli dengan isu dakwaan rasuah yang mereka hadapi tetapi langkah itu tidak akan menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan kerana Umno memerlukan sekurang-kurangnya tiga Adun untuk menjadikannya majoriti dalam Dun Perak.
"Untuk mendapatkan yang ketiga memang sukar bagi Umno sekarang tambahan dengan mood yang ada di kalangan rakyat negara ini.
"Lainlah kalau Umno bertindak begitu semata-mata untuk membalas dendam ekoran penyertaan (Datuk) Nasarudin (Hashim) ke PKR," kata Kamarudin.
Sementara itu, ramai tidak yakin Umno akan berusaha mendapatkan kedua-dua Exco itu menyertainya kerana jika Umno berbuat demikian terlalu jelas caranya iaitu memberikan janji untuk tidak mendakwanya di mahkamah ekoran dakwaan rasuah ke atas mereka berdua.
"Umno sudah buruk dengan isu rasuah. Jika dia cuba dapatkan kedua-dua Exco itu, semakin jelaslah kepada rakyat Umno memang rasuah dan peranan SPRM akan dipertikaikan," kata seorang penganalisa politik.
Namun, dengan (Datuk Seri) Najib (Razak) sendiri memimpin Umno Perak dia akan berbuat apa sahaja untuk menaikkan semula moral ahli-ahli Umno yang jatuh teruk sekarang, katanya lagi.
Posted by Siasah at 8:09 PM
ADA YANG MENANTI UNTUK LOMPAT
Sekiranya berlaku kemasukkan DUA EXCO PERAK ini ke dalam UMNO ADAKAH KERAJAAN PR AKAN TUMBANG?dari segi matematiknya belum lagi kerana PR ada kelebihan satu kerusi lagi namun ia bergantung kepada keadaan,jika DATO NASA kembali ke pangkuan UMNO maka jatuhlah KERAJAAN PR PERAK.Melalu sumber yang di ketahui dalam keadaaan sekarang ada 3 ADUN UMNO bersedia bila-bila masa untuk masuk PKR,jika benar dua EXCO PERAK masuk UMNO akan ada 3 ADUN UMNO sertai PKR dalam pada masa yang sama.Cuba kita sorotkan kembali,ada pun benar 2 EXCO ini hendak ,ingin dan sudah pasti ingin sertai UMNO kenapa sudah 3 hari berita ini di sebarkan masih TIDAK ADA berita atau pengumuman?Ini sudah masuk hari yang ke empat.Adakah NAJIB terperangkap?terperangkap jika 2 EXCO PERAK masuk UMNO TAPI DALAM MASA YANG SAMA 3 ADUN UMNO MASUK PKR,jadi keja sia-sia DUA EXCO itu sertai UMNO,KELEBIHAN 4 KERUSI KEPADA PR.Ini yang di namakan POLITIK yang penuh dengan taktik dan strategi amat sukar di ramal.Sekarang MASING-MASING MENUNGGU TINDAKKAN seterusnya,apa yang menggagalkan UMNO apabila DATO NASA ADUN BOTA menyertai PKR menyebabkan plan NAJIB tidak menjadi,ini yang berlaku.Tidak mungkin UMNO AKAN MELENGAHKAN PENGISTIHARAN 2 EXCO PERAK MASUK UMNO,pasti ada masalah menyebabkan perkara itu tak berlaku.DSAI dan NAJIB MASING-MASING punya pengalaman dan strategi kita tunggu apa akan jadi siang nanti....suspend...................
Subscribe to:
Posts (Atom)
