SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Friday, February 6, 2009

SALINAN SURAT MB PERAK KEPADA SULTAN AZLAN SHAH

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-LahPaduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan
Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.
Assalamualaikum
Ampun Tuanku,
Dengan hormat dan takzimnya patik merafa’kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.
Ampun Tuanku,
MERAFA’ SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Patik merafa’ sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:
1. Artikel XVI(6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”. Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.
2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahawa ADUN bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi ADUN. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga ADUN berkenaan bukannya ADUN untuk kawasan-kawasan tersebut di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan Mahkamah dalam kes tersebut.
Ampun Tuanku,
Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demokrasi dan Raja Berperlembagaan Patik dengan ini merafa’ sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.
Ampun Tuanku,
Patik dengan ini merafa’ sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta Patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.
Ampun Tuanku,
Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin
Ampun Tuanku,
Patik dengan segala hormat takzimnya;Bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat
YAB Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin JamaluddinMenteri Besar Perak Darul Ridzuan

Thursday, February 5, 2009

GAME OVER.....MACAM MANA DENGAN KERAJAAN KEDAH???

Berakhir sudah satu episod yang bersejarah telah tercatat di dalam dunia politik MALAYSIA hari ini.Tumbangnya kerajaan pakatan rakyat PERAK dengan cara yang cukup menyayatkan hati.Walaupun tiada kematian ataupun pertumpahan darah tetapi ia menjadi satu suasana yang tidak akn tenteram di negeri-negeri yang tidak mempunyai majoriti 2/3,termasuk KEDAH dan SELANGOR.Sehingga kini telah kedengaran hingga ke WEB MALAYSIAKINI bahawa kerajaan KEDAH PANIK dengan keadaan yang berlaku di PERAK.Pastinya kecewa rakyat PERAK yang memangkah PR ketika 8 MAC,hak mereka dirampas sebegini rupa sungguh tidak beradap. Boleh di anggap BN ini PENAKUT!Ketika 16 sept di hebahkan PR akan mengambil MALAYSIA,maka bunyi suara2 UMNO mengatakan lompat melompat ini tidak baik dan sesiapa yang melompat adalah pengkhianat amanah rakyat sama juga orang menerima mereka yang lompat,SEKARANG SIAPA YANG PENGKHIANAT AMANAH RAKYAT?BN ini sememangnya tidak cakap tak serupa bikin.Keadaan di kedah masih suspend di harap tiada ADUN atau EXCO pula akan hilang,kita tak boleh mengurung atau menyekat kebebasan mereka untuk ke mana-mana mereka ingin pergi tetapi KERAJAAN KEDAH PERLU PANTAU dan apabila sudah nampak anasir UMNO atau BN telah masuk dan menggoncangkan BATU 9 atau WISMA DARUL AMAN maka cepat-cepat lah pergi ke ISTANA ANAK BUKIT.Satu sumber yang di ketahui kerajaan kedah akan bertahan hingga 15 FEB 2009 sahaja,HARAP PERKARA INI TIDAK BETUL.Ini satu ujian sebelum KITA MENDAPAT PUTRAJAYA.LAWAN TETAP LAWAN

MASA UNTUK BUKTIKAN KITA INI PEJUANG..

Hari ini 5 hb FEB 2009 akan tercatat sejarah di dalam hidup saya yang lahir pada tahun 1984 menhadapi suatu keadaan politik yang tidak menentu,pertama kali dalam hidup sebuah KERAJAAN NEGERI akan bertukar tangan tanpa di adakan pilihanraya.Seingat saya pada 1998 ketika itu saya tingkatan 2 melihat suasana politik kurang tenteram juga cuma ia berbeza dengan hari ini.Ketika 1998 hanya berkisar mengenai pemecatan DSAI dari kerajaan dan UMNO ia tidak melibatkan acara lompat melompat seperti sekarang.Bertuah rasanya dapat merasai keadaan yang tidak menentu walaupun saya bukan berada di negeri PERAK tetapi ia juga memberi kesan kepada seluruh penyokong PR mahupun ahli PARTI POLITIK di dalam PAKATAN RAKYAT.

Menunggu siang hari 5 hb FEB 2009 di rasakan cukup lama.ia akan mencatat satu sejarah baru di dalam lanskap politik MALAYSIA memperlihatkan TPM MALAYSIA ketika ini KALUT untuk merampas PERAK,berjaya atau tidak ia terletak di tangan TUANKU SULTAN PERAK untuk menentukan adakan di istiharkan BN kerajaan baru ataupun SULTAN PERAK membuat keputusan untuk membubarkan DUN PERAK.Semua ini akan terjawab siang hari nanti cuma kita sebagai penyokong,simpatisen,aktivis reformasi dan ahli2 PR supaya terus berdoa agar kuasa di tentukan oleh rakyat melalui PILIHANRAYA umum negeri PERAK.

Di sini terselit banyak pengajaran untuk PR,terutamanya MENGENAI PEMILIHAN CALON,PENGAGIHAN JAWATAN.dan juga hubungan sesama PARTI PR agar saling bertolak ansur dan hormat menghormati sesama ADUN.Kita juga tidak mengetahui apa yang ada di dalam hati ADUN-ADUN yang keluar dari PR,mungkin sedikit menyesal atau terpaksa berbuat demikian, tidak pun ketika ini mereka telah tidur menanti untuk di lantik sebagai EXCO KERAJAAN BN di PERAK.Pada ketika kita menunggu keputusan dari SULTAN PERAK jangan pula kita menyalahkan mana-mana pihak apabila ini berlaku,JIKA NAK SALAHKAN MAT MONGGOL itu saya setuju tetapi menyalahkan pemimpin MANA-MANA parti di dalam PR itu adalah bagi saya tidak wajar,masa sekarang kita cek balik kesilapan dan kealpaan kita di dalam menguruskan PR,ia perlu di ambil iktibar oleh negeri PR lain seperti KEDAH,SELANGOR,PULAU PINANG dan KELANTAN.

Menyentuh mengenai NEGERI KEDAH yang berotensi mengikut jejak langkah PERAK,dalam hal ini PR KEDAH KHUSUSNYA perlu peka dan mengesan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan PR KEDAH SEGERA MENGATASINYA.Perkara yang sebegini perlu di ambil berat oleh MB KEDAH.Sudah ada kedengaran dan desas desus mengatakan akan ada ADUN lompat di kedah tak tahu dalam acara apa mungkin lompat bergalah.Sindrom ADUN gagal di kesan harus di elakkan kerana BN cukup mahir dalam ilmu hilang menghilangkan ini tidak mahu menular di KEDAH,mungkin sudah kedengaran di harap ia tidak berlaku,ketika ini lah hendak membuktikan kita berjuang untuk kebebasan dan pembaharuan atau kerana duit ringgit.Walaupun ada di kalangan ADUN PR di kedah mempunyai HUTANG,hutang ini berlaku ketika ADUN ini tidak menajadi WAKIL RAKYAT lagi tetapi perkara sebegini akan menggangu kerana BN khususnya UMNO akan tawar menawar dengan sejumlah wang yang banyak, sedikit sebanyak akan mengugat kesetian seseorang ADUN,ini masanya jika ADUN itu sebagai pejuang rakyat atau pun tidak.SEMOGA KEDAH KEKAL UTUH DI BAWAH PR,jika kelihatan kurang utuh dan bergoyang bubar sahaja DUN KEDAH kita berentap semula untuk mendapat mandat dari rakyat,mungkin para-para AHLI MAJLIS TIDAK SUKA KERANA TAKUT HILANG JAWATAN.SIAPA TAHU MUNGKIN MINGGU INI HARI TERANHIR SEBAGAI AHLI MAJLIS.SEMOGA KEPUTUSAN SULTAN PERAK MEMBERI KELEBIHAN KEPADA PR..LAWAN TETAP LAWAN.

HIMPUNAN SELAMATKAN KERAJAAN PR PERAK

Sebaran Media5 Februari 2009
Perhimpunan Selamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Hari ini (5 Feb)
Perhimpunan 100 ribu rakyat akan diadakan hari ini (5 Feb) pada jam 7 malam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua Menteri Besar Negeri Pakatan Rakyat, bagi menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan menuntut agar hak rakyat dikembalikan.
Berikut adalah mesej khas dari Datuk Seri Anwar Ibrahim buat semua penyokong Pakatan Rakyat:
“Pertahankan Kuasa Rakyat - Saya bersama Menteri Besar dan Pakatan Rakyat esok Khamis 7:30 malam di Ipoh. Saya yakin, Insyallah rakyat yang menentukan.”
Semua penyokong Pakatan Rakyat dan aktivis diminta hadir untuk memberi sokongan

Wednesday, February 4, 2009

DUN PERAK BUBAR HARI INI?

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka akan dibubarkan dalam masa terdekat jika Sultan memberikan perkenan kepada kerajaan Pakatan Rakyat itu untuk memanggil pilihanraya negeri secara mengejut. Difahamkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berusaha menghadap Sultan Azlan Shah untuk memaklumkan keputusan terkini selepas tiga wakil rakyat kerajaan negeri itu berpaling tadah.Bagaimanapun tiada butiran lengkap tentang status pertemuan dengan baginda. Difahamkan Mohd Nizar sedang menunggu untuk dipanggil menghadap Sultan Perak.Beberapa pemimpin kanan PAS dan wakil-wakil rakyat Pakatan yang dihubungi Malaysiakini enggan mengulas buat masa sekarang.Difahamkan tiga Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Pakatan Rakyat, termasuk Timbalan Speaker Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) telah menulis surat, memaklumkan meninggalkan gabungan tersebut pagi ini.Dua Adun PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) keluar parti beberapa hari ini lalu - menimbulkan krisis mendebarkan di negeri itu.Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kini tinggal 29 daripada 59 kerusi di DUN. Tiga bekas Adun kerajaan campuran itu kini menjadi wakil rakyat bebas dan dipercayai akan menyokong BN, membolehkan parti itu merampas tampuk kerajaan dengan majoriti tipis satu kerusi

SAMBAR HELANG

LEBIH 10 tahun dulu, kem Pemuda UMNO dibom pada jam 2 pagi. Anak-anak muda yang sedang tidur ketika itu dibawa masuk ke dalam beberapa buah lori sebelum dicampakkan di beberapa lokasi -- termasuklah di kebun kelapa sawit -- di sekitar kem di Ulu Kenas, Perak itu. Ada yang memakai seluar tanpa baju. Ada juga yang berkain pelikat dan t-shirt saja. Pendek kata, semuanya sehelai sepinggang. Tanpa wang. Tanpa apa-apa bekalan.Dalam gelap malam itu, mereka diarahkan untuk menyelamatkan seorang ketua yang disembunyikan di Kuala Kangsar, Bandar Diraja. Mereka terpaksa berjalan kaki merentasi kebun dan kampung. Apabila haus, mereka singgah dan meminta segelas air dari orang kampung. Perjalanan dari Ulu Kenas ke Kuala Kangsar penuh dengan ranjau dan duri.Beberapa orang terpaksa terjun ke sungai yang mengalir deras apabila diserbu musuh. Basah dan bercalar badan. Sekitar Asar, barulah kesemua berjaya menyelamatkan ketua mereka. Di tengah-tengah hujan, mereka bersama-sama ketua tersebut berjalan kaki dari Kuala Kangsar pulang ke kem di Ulu Kenas.Di tengah-tengah hujan lebat di Ulu Kenas, salah seorang daripada mereka menadah tangan berdoa. Mengalir air mata kesemua di situ. Dan mereka berpelukan antara satu sama lain sambil menangis teresak-esak.Keesokan harinya, Timbalan Presiden UMNO datang bagi menyampaikan amanat. Tidak ada protokol. Tidak ada bunga manggar. Tidak ada sambutan. Dia datang, masuk ke dewan dan terus menyampaikan ucapan. Tidak ada kata-kata aluan. Tidak ada VIP.Selepas ucapan itu, Timbalan Presiden memeluk erat Ketua Pemuda UMNO dengan cukup lama; seolah-olah tidak ada apa-apa pun yang dapat memisahkan mereka.Hari ini, Timbalan Presiden UMNO itu menjadi Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Manakala Ketua Pemuda UMNO itu adalah calon Naib Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bagan Datoh. Ahli-ahli Pemuda UMNO yang menjalani latihan "Ops Sambar Helang" itu juga berpecah kepada dua. Sebahagian dalam UMNO, manakala sebahagian lagi dalam PKR.Persaingan "menyelamatkan ketua" berulang lagi. Kali ini bukan lagi dalam latihan, tetapi adalah realiti. Ia boleh menukar tangan sebuah kerajaan negeri seperti yang pernah berlaku di Sabah dulu. Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mengetuai ops menukar kerajaan di Sabah dulu tentunya tahu bahawa itu bukanlah mustahil.Kedua-dua pihak tahu strategi masing-masing. Mereka boleh menjangkakan percaturan pasukan lawan. Kalau saya yang tak aktif politik ini pun dapat membacanya, inikan pula mereka yang berada di medan pertempuran.Adakah Kerajaan Negeri Perak akan bertukar tangan? Mungkin ya, mungkin juga tidak. Saya tidak dapat menjawabnya. Dari semasa ke semasa saya mendengar "khabar angin" orang itu dan orang ini akan melompat parti. Oleh kerana saya bukanlah seorang wartawan, maka saya tidak melaporkannya di blog ini. Saya hanyalah seorang pemerhati yang berminat menganalisis strategi yang digunakan oleh kedua-dua belah pihak.Bagaimanapun, apa yang sedang berlaku sekarang hanya melariskan Panadol Actifast -- ubat sakit kepala -- di Perak. Seorang kawan bergurau, "Panadol Actifast dah habis di Ipoh

Tuesday, February 3, 2009

INDAHNYA DUNIA POLITIK

Indahnya dunia politik kepada manusia yang bernasib baik mahupun murah rezeki di dalam politik.Ada juga menjadi mangsa politik hingga tidak mampu lagi berpolitik dengan cara yang telus dan demokrasi.Politik adalah satu cara mendapatkan kuasa untuk memerintah di dalam sesebuah pertubuhan mahupun negara,di dalam dunia sekarang bidang politik di lihat sebagai satu cara ataupun kaedah untuk mendapat kuasa,jika kuasa dapat di genggam maka ia akan menjadi indah tetapi jika tidak berjaya ia akan menyalahkan dunia politik.Sememangnya kuasa itu berhantu tambah pula kuasa politik sememangnya berhantu dan dapat mengubah sikap sesorang itu sekelip mata berubah,sebagai contoh apabila calon pilihanraya berkempen ke hulu ke hilir dalam keadaan itu calon tersebut banyak benda yang di tidak tahu,tetapi keesokkannya apabila ia sudah menang ia akan tahu segalanya walaupun sebenarnya ia tidak tahu(bodoh sombong).Ini yang di katakan indah dan berhantu kepada yang menang di dalam dunia politik,menyalahkan dunia politik apabila kalah.