SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Saturday, February 7, 2009

REFORMASI KE 2

Reformasi Kedua di Kuala Kangsar
Petikan Telaah Politik Sat Feb 07, 09 6:16:25 am MYT
Setelah lebih sepuluh tahun reformasi berkaitan pemecatan Anwar Ibrahim, kali ini berlaku peristiwa seumpamanya berkaitan pemecatan tidak sah Nizar Jamaluddin.
Iklan





Jika gelombang reformasi tahun 1998 berlaku di Kuala Lumpur kemudian merebak ke seluruh negara, reformasi kali ini berlaku di Kuala Kangsar dan bakal merebak ke seluruh Perak, malah mungkin ke seluruh negara. Sekiranya reformasi sebelum ini kerana tidak puas hati dengan Dr Mahathir Mohamad, reformasi kali ini disebabkan tidak puas hati dengan Sultan Perak dan pimpinan Umno. Yang sama, kedua-dua reformasi itu tercetus disebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang membuak-buak terhadap ketidakadilan.
Dalam reformasi tahun 1998, Dr Mahathir yang mengukir nama baiknya hampir 18 tahun sekali tersalah tindakannya, nama beliau menjadi busuk dan dibenci oleh ramai rakyat Malaysia.
Demikianlah juga Sultan Perak yang telah memerintah hampir 25 tahun sebagai Sultan yang dihormati, sekali beliau bertindak secara tidak adil rakyat Perak kiri dan kanan sudah mula mencemuh.
Dikatakan Sultan Perak dan Raja Muda begitu terkejut dengan reaksi rakyat Perak menentang tindakan baginda.
Baginda menyangka bahawa rakyat Perak akan akur dengan keputusannya, tetapi peristiwa di Kuala Kangsar ini sememangnya di luar dugaan baginda. Kedudukan baginda sama seperti kedudukan Dr Mahathir pada tahun 1998.
Baginda Raja Muda Nazrin yang menaiki takhta dengan melangkaui giliran pastinya terkejut keretanya telah dibaling batu oleh para penunjuk perasaan. Baginda yang sejak sehari dua ini bertitah dengan tulus dan mulus menyatakan peranan Raja yang mesti mendukung keadilan, dapat melihat sendiri apabila rakyat memberontak setelah dirasakan Raja tidak adil dan berpihak.
Sehari dua ini kalau baginda turun kepada rakyat, tidak mustahil peristiwa yang berlaku kepada Bush akan turut berlaku kepada baginda. Cuma rakyat Perak mungkin tidak baling kasut sebab ramai di kalangan mereka yang tidak berkasut cuma berselipar. Kalau rakyat Perak membaling selipar apalagi jenis selipar jamban, maka sudah tentu Raja Nazrin akan rasa lebih terhina.
Demikianlah juga ayahanda Baginda Sultan Azlan, baginda juga pasti terkejut apabila rakyat sudah berani mempertikaikan kewibawaan baginda. Dalam laman-laman web kutukan demi kutukan telah dilempar kepada Sultan Azlan. Malah lebih mengejutkan lagi dalam web rasmi Sultan Perak, rakyat telah mencaci nista baginda di dalam buku pelawat web tersebut.
Perkataan-perkataan yang dilempar kepada Dr Mahathir, kini dilemparkan pula kepada Sultan Azlan. Sambutan 25 tahun baginda di atas takhta telah dicemari dengan kemarahan rakyat. Sepanjang 25 tahun baginda dihormati, kali ini rakyat tidak lagi menghormati baginda malah dicaci nista oleh mereka.
Dalam artikel kami yang lalu, kami telah menyatakan kalau Sultan Perak memilih untuk untuk menerima pandangan BN, maka sejarah hitam akan terpalit dalam 25 tahun pemerintahan baginda. Rakyat sekarang bukan lagi rakyat yang tidak bijak. Mereka telah mendapat ilmu setaraf dengan baginda, malah mungkin lebih.
Rakyat hari ini telah menolak propaganda media sebagaimana yang dilakukan dalam pilihan raya umum dan dua pilihanraya kecil yang lalu. Mereka telah mendapat berita dari pelbagai sumber.
Minda politik mereka telah beranjak kepada minda politik kelas pertama seperti di negara maju. Golongan yang sebaya dengan Baginda Sultan Perak ramai yang telah kembali menemui Allah, justeru rakyat baginda sekarang benar-benar telah berubah.
Peringatan yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS, supaya Sultan Perak meneliti keputusan baginda supaya selaras dengan kehendak rakyat seharusnya diberi perhatian. Sekiranya tidak peristiwa yang berlaku hari ini adalah natijahnya. Lebih daripada itu, sebagaimana yang disebutkan oleh Mursyidul Am PAS, kemungkinan sistem beraja di negara ini akan turut menjadi sejarah sebagaimana yang telah berlaku di negara-negara lain.
Tindakan baginda dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk di kalangan vateran Umno sendiri seperti Dr Mahathir, Tengku Razaleigh dan Rais Yatim. Demikian juga dengan SUHAKAM, turut mempertikaikan pembentukan kerajaan BN yang tidak sah ini.
Reformasi kali kedua ini mewarisi semangat reformasi kali pertama. Rakyat bangun menyatakan bantahan atas ketidakadilan. Kali ini mereka tidak mempedulikan siapa, kerana jelas kemarahan mereka ditujukan kepada Sultan Perak selain daripada pimpinan Umno.
Biarpun media massa memainkan peranan untuk mengelirukan rakyat bahawa Nizar dan penentang keputusan Sultan ini sebagai derhaka, hari ini telah diterima umum derhaka kepada kezaliman itu sesuatu yang mulia.
Zaman feudalisme dunia dan negara ini telah lama berlalu. Sekiranya Hang Tuah dan Hang Jebat menjadi calon Menteri Besar Perak sekarang, rakyat hari ini akan memilih Hang Jebat.
Sebagaimana propaganda media memburuk Anwar dan mewajarkan tindakan Dr Mahathir semasa reformasi 1998 tidak ditelan oleh rakyat, maka dipercayai propaganda media pada kali ini juga tidak akan berkesan.
Betapa lagi kalau Pakatan Rakyat bertindak bijak sepertimana tindakan mereka tahun 1998 yang lalu. Kalaupun kerajaan haram BN tidak tumbang, nama pemimpin mereka termasuklah nama Istana Perak akan terus buruk di mata rakyat.
Hari ini bukan sekadar zaman feudal telah berlalu, tetapi zaman politik perkauman juga hampir tamat. Faktor ini akan menjadikan reformasi kali kedua ini mungkin lebih berjaya. Cuma mungkin bahangnya hanya dirasai di Perak tidak di negeri yang lain. - telaahpolitik.blogspot.com_

KENYATAAN KU LI

KENYATAAN TENGKU RAZALEIGH HAMZAH“ Dato’ Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah dari aspek perundangan dan perlembagaan melainkan jika beliau meletak jawatan atau disingkirkan melalui undi tidak percaya di persidangan Dewan Undangan Negeri. Tiada sebarang “provision” atau keizinan dalam perlembagaan boleh menyingkirkannya dari jawatan tersebut dengan apa cara sekalipun termasuklah melalui “petitions” atau tindakan di mahkamah mahupun melalui arahan dari mana-mana pihak berkuasa. “Kerajaan sedia ada terjelma berasaskan dua prinsip utama yang termaktub dalam perlembagaan secara sah “legitimate” dan mutlak bukan terasas dengan kezaliman atau kekejaman menurut undang-undang rimba. “Kerajaan yang sah (legitimate) memperolehi kuasa dari kepercayaan dan kerelaan rakyat berserta pemimpin dipilih menerusi pilihanraya bebas dan adil. Untuk mengetahui sah dan mutlaknya sesabuah kerajaan samada di Sabah, Sarawak atau Perak mahupun di mana – mana negeri hanyalah melalui pilihanraya untuk mendapatkan mandat rakyat. Inilah asas amalan kita atas nama “demokrasi berperlembagaan”. “Dalam sistem demokrasi berparlimen, pembentukkan atau pembubaran sesabuah kerajaan yang dilakukan tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan atau bertentangan dengan kehendaknya merupakan penghakisan perlaksanaan undang-undang (rule of law) memungkinkan tertubuhnya kerajaan yang tidak sah. “Menyentuh persoalan sah atau tidak perlantikan mahupun pemecatan jawatan ketua kerajaan (Perdana Menteri ataupun Menteri Besar) Perlembagaan menetapkan hanya kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat .atau Dewan Undangan Negeri sahaja penentu mutlak dan tidak boleh dilakukan di luar dewan atau melalui pengumuman, desakan, siaran media mahupun sebarang cara yang tidak dihalalkan oleh perlembagaan. ”Kuasa mutlak hanya diperolehi melalui hala cara menurut perlembagaan dan tidak secara paksa atau adanya elemen “jual beli” mahupun sogokkan. Inilah perundangan bagi membolehkan kita menubuhkan kerajaan, negara dan masyarakat . Teramat sukar untuk saya bayangkan kesan kepada pemilikan kuasa yang diperolehi diluar paksi perundangan. “ jelas Tengku Razaleigh.

TAK HILANG CUMA BERCUTI.......

Sewaktu desas-desus BN cuba menumbangkan Kedah selepas kejayaan di Perak, seorang exco kerajaan negeri V Arumugam dikatakan "tidak hilang, sebaliknya sedang bercuti".
"Beliau bercuti lima hari. Kalau tidak salah saya, bermula Khamis, semalamlah," kata Dr Hamdan Mohamed Khalib. Exco sukan dan kesenian itu bagaimanapun menafikan rakannya di majlis mesyuarat negeri itu mengambil cuti sakit seumpama dua bekas exco Perak, Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Osman Jailu sebelum memutuskan keluar PKR dan menyokong BN.
Ditanya lokasi percutian exco perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Kedah itu bercuti, Dr Hamdan bekata beliau difahamkan tempatnya di dalam negara. Wakil rakyat PAS itu diminta mengulas laporan akhbar berbahasa Cina hari ini yang mendakwa Arumugam (foto) tidak boleh dihubungi – dan keadaan membuka ruang spekulasi kemungkinan wakil rakyat PKR Bukit Selambau akan melompat parti.
Laporan itu menyemarakkan lagi cakap-cakap bahawa Arumugam akan meninggalkan PKR bagi melengkap projek merampas kuasa di negeri itu seperti yang dilakukan BN di Perak minggu ini.
Dihubungi Malaysiakini petang ini, Dr Hamdan berkata kerajaan Kedah masih dapat menghubungi Arumugam setakat ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Dawai itu berkata, cubaan membeli Adun-adun Pakatan di negeri itu bermula sejak awal apabila gabungan PAS-PKR-DAP itu menumbangkan BN dalam pilihanraya umum lalu. Bagaimanapun, tambah beliau, usaha itu "tidak pernah berjaya sampai sekarang".
Dr Hamdan turut menafikan terdapat usaha mengurung Adun mereka sama ada daripada PKR atau DAP bagi mengelakkan mereka melompat kepada BN. Usaha Malaysiakini menghubungi Arumugam setakat ini tidak berjaya.
Sementara itu, ahli parlimen PKR Padang Serai, N Gobalakrishnan juga menafikan kehilangan Adun Bukit Selambau. "Semalam saya ada cakap dengan dia. Dia orang yang ada prinsip dan tahu bahawa PKR dan Pakatan mempunyai prinsip," katanya, juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR. Sehubungan itu, beliau percaya Arumugam akan terus bersama Pakatan dan tidak akan melompat ke parti lawan. Ditanya sama ada kegagalan Arumugam hadir dalam perasmian daerah baru Pokok Sena semalam merupakan tanda beliau akan melompat parti, Gobalakrishnan menjawab ringkas: "Saya pun tidak datang."
Isnin lalu, Arumugam melaporkan kepada polis dengan dakwaan ada tawaran wang dan ugutan agar meninggalkan PKR, termasuk terhadapnya, keluarga dan pegawainya. Semalam, di saat kerajaan Perak di ambang kejatuhannya, Pakatan Rakyat di Kedah mengadakan satu mesyuarat tergempar membincangkan perkembangan di negeri jirannya itu. Gabungan tersebut diura-urakan mengawal ketat beberapa Adun yang dianggap "berisiko tinggi" untuk melompat parti.
Malaysiakini difahamkan wakil-wakil rakyat yang dispekulasikan itu – Tan Wei Xu (Bakar Arang), Mohd Radzhi Salleh (Lunas) dan Lim See Nee (Kulim) – kini diletakkan dalam pengawasan rapi kepemimpinan Kedah dan Pakatan

WEB DYMM SULTAN PERAK DI TUTUP

WEB DYMM SULTAN PERAK DI TUTUP HARI INI,SATU LAGI SEJARAH AKAN BERLAKU DI DALM NEGARA MALAYSIA DAN NEGERI PERAK APABILA SULTAN PERAK DI BAWA KE MAHKAMAH,IA DI AKUI OLEH KARPAL SIGH MALAM TADI.PAKATAN RAKYAT PULA AKAN MENCABAR PENUBUHAN KERAJAAN BARU PERAK DI BAWAH DR ZAMBRI JELAGA ABD KADIR.DARI SEKARANG SUASANA POLITIK DI PERAK AKAN BERUBAH DAN SENTIASA DI DLAM KEADAAN TERUMBANG AMBING..TUNGGU APA AKAN JADI KEPADA DUA ORANG ADUN BEBAS YANG DI HADAPAK KE MAHKAMAH ATAS KES RASUAH DAN SOGOKKAN SEKS..TUNGGGUUUUUUUUUUUUUUUUU.

Friday, February 6, 2009

Selama ini patik amat menyanjung tinggi institusi beraja. Tetapi hari ini patik amat kecewa. sebagai melayu yang tok nenek patik seorang pejuang, maaf, sampai bila-bila patik tak akan percaya pada manusia yang bergelar raja dan sultan yang diamanahkan menjadi ketua yang adil.Kami rakyat jelata tak seistimewa golongan raja, ibarat mentimun, digolek durian luka, tergolek atas durian pun luka. Cuma diakhirat besok kami mengharapkan pengadilan yang seadil-adilnya.Buat pertama kali hari ini , airmata patik membasahi bumi tanpa patik sedari, di manakah lagi tempat kami rakyat marhaen mengadu nasib di bumi melayu ini. Thursday, February 5th 2009 - 07:27:54 AM

sumber:marhaen


INI ANTARA KOMEN YANG TERDAPAT DI DALAM BUKU PELAWAT DYMM SULTAN PERAK..

MB BARU PERAK


MB BARU PERAK,SELESAI MENGANGKAT SUMPAH JAM 4 PETANG SEBENTAR TADI...BERJANGGUT,MULUT BERJELAGA,RAMBUT TAK BANYAK DAH,KETURUNAN MAMAK,ADUN PANGKOR...ACARA MEMBALAS DENDAM AKAN BERMULA..

MASJID UBUDIAH KUALA KANGSAR

SELEPAS SOLAT JUMAAT RAKYAT MEMBUAT DEMONTRASI DI HADPAN MASJID DAN MENGAHALANG KEMASUKKAN DEF2 TERHORMAT KE ISTANA KUALA KANGSAR..FRU SEPERTI BIASA MELEPASKAN GAS PEMEDIH MATA,KIRA2 6000 ORANG MENYERTAI PERHIMPUNANA TERSEBUT.HADIAH UNTUK RAKYAT PERAK PENCABULAN HAK DAN GAS PEMEDIH MATA...BOLEH SABAR LAGI KA??????????