SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Monday, April 19, 2010

Tuhan Selamatkan PKR Dari Dikencing Halili

TUHAN Maha Kaya dan Maha Mengetahui. Kalau Tuhan ingin menolong sesuatu pihak mudah saja, cukup bagi-Nya dengan mengatakan kun fayakun, jadi maka jadilah. Pengumuman Dr Halili Rahmat keluar darip PKR dan menyertai Umno hari ini adalah atas kehendak Tuhan.

Langkah Dr Halili dilihat pahit untuk ditelan, tetapi kalau diselami ia bertimbun dengan rahmat. Tuhan mengawalkan Halili menyertai Umno sebelum beliau menjadi ahli parlimen atau dalam keadaan beliau sudah menjadi ahli parlimen.

Apa kata, kalau beliau dipilih jadi calon Hulu Selangor dan kemudian menyertai Umno, tentu luka hati pentoyong dan ahli PKR makin parah. Sungai Coh, Ampang Pecah di Kuala Kubu Baru akan menjadi merah kerana disimbah darah kekecewaan ahli. Ahli akan menangis atas tindakan itu kelak.

Apabila Tuhan mengawalkannya membawa Halili ke dalam Umno ini bermakna Tuhan tidak mahu ahli PKR dan Pakatan Rakyat merasai kesedihan atasnya lebih parah lagi. Sekurang-kurangnya dengan Tuhan membuka pintu hati Halili menyertai Umno ia membolehkan ahli PKR cepat mencaari ubat membaluti kelukaan itu. Terima kasih kepada Halili.

Saya cukup yakin dan dari sumber yang diperolehi kenapa beliau tidak dipilih sebagai calon kerana sudah ada keraguan dan kesetiaan beliau kepada parti. Itulah yang menjadi dilema kepada Anwar Ibrahim dalam menimbangkan Halili dan calon lain menjadi calon. Anwar juga sudah tahu ke mana sahabat akribnya itu. Dan ia tidak menghirankan kalau Ezam Mohd Noor yang dikembangbiakkan oleh Anwar pun boleh meninggalkan dan mencerca Anwar sambil berlari ke rumah Umno apa dengan Halili dan orang-orang sejenis dengannya.

Apa lah Halili berbanding dengan Ezam dan lain-lain. Seorang pakar bedah saraf boleh dan pakar membedah tetapi dia tidak pakar dalam menilai saraf politik. Saya sebelum ini pun tidak pernah menulis dan mencatat nama Dr Halili ini menunjukkan nama itu hama dalam kamus politik saya.

Yang tinggal dalam Keadilan adalah mereka yang kental. Mereka yang suci hati dan nekad berjuang untuk melakukan perubahan demi rakyat. Pun begitu kesetiaan seseorang tidak boleh diukur. Hari ini mungkin setiap esok mungkin memungkiri segala persetriaan. Itulah manusia. Mereka yang rapuh, lemah semangat dan tidak tahan diugut dengan api perjuangan, akan menggeletar dan mengaku kalah kepada musuh.

Terima kasih kepada Halili kerana bersikap gentlemen menyertai Umno tidak dalam mendapat mandat rakyat. Pasti ahli PKR akan lebih kecewa kalau beliau bertindak seperti beberapa yang lain setelah berjaya memasuki ke parlimen yang dihampar karpet merah oleh rakyat kemudian berak dan kencingnya atas laluan itu.

Dalam usaha menganggui semangat dan jentera PKR saya percaya selepas ini calon bebas Melayu itu akan mengistyharkan diri dan menyokong Umno. Hari ini Chandran sudah berbuat demikian. Membatalkan niat dan menyatakan sokongan kepada MIC. Dari awal sudah diduga kenapa dan mengapa Johan Mat Diah menyertai pilihan raya berkenaan ia adalah strategi dan motif yang jelas.

Orang sudah tahu di mana akar politiknya. Ia bertunjang di Shah Alam Selangor. Kalau akar tunjuang sudah buruk sudah pasti akar cabang, akar rambut dan ranting serta daun-daun pokok berkenaan semuanya akan buruk dan akan layu yang mana akhirnya pokok itu akan menyembah bumi.

Saya percaya ahli PKR dan Pakatan Rakyat sudah memahi tribulasi ini. Makanya hadapilah hari-hari mendatang yang tersisa selama enam hari saja lagi dengan penuh semangat dan keyakinan kepada perjuangan yang tidak berbelah bahagi. Percayalah apa yang berlaku hari ini, esok dan lusa itu semua menandakan kedudukan UBN hari ini sdah benar-benar terdesak.

Ahli PKR dan penyokong Pakatan Rakyat perlu menjadikan tindakan berpaling tadah Halili itu sebagai penyunting semangat abru untuk berkerja lebih kuat lagi demi kemenangan PKR.

Ingatlah kemenangan sejati ialah bila kita mampu mempertahankan prinsip dan setia janji kepada rakyat bukannya bersikap hipokrit untuk melepaskan diri dan membalas dendam atas kekecewaan kerana sesuatu sebab. [*** 12:15 t/hati 18/04/10]

mso

GAMBAR PANAS....PECAH RAHSIA 25 TAHUN DULU



Masa nie aku baru umur setahun hahahah...inilah yang di katakan one beer for umno

BEKAS SU AGOUNG PKR JADI DALANG?

Mengikut sumber yang baru masuk,bekas SU AGUNG PKR terlibat di dalam proses keluar PKR pagi ini.Sebentar tadi BENDAHARI PKR HULU SELANGOR HALILI RAHMAT telah keluar PKR dan masuk UMNO...keluar cepat lagi bagus......

CALON BEBAS TARIK HAND BREAK...........


V S Chandran, bekas Timbalan Ketua MIC Hulu Selangor, sebagaimana dijangka dikatakan memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Chandran dijangka akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini, sekali gus mengurangkan persaingan kepada pertemuan tiga penjuru.

Mana-mana calon yang hendak bertanding perlu memaklumkan pendirian mereka kepada SPR sebelum 12 tengah malam ini.

Berdasarkan maklumat SMS diterima The Malaysian Insider, beliau dijadual mengadakan sidang media selepas itu.

Bagaimanapun usaha mendapatkan pengesahan langsung daripada Chandran gagal tetapi pembantu-pembantunya mengesahkan perkara ini.

“Ya, betul Chandran telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding kerana sebab-sebab tertentu,” kata sumber.

PANASSSS...FRUST TAK JADI CALON KOT...

Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat mengumumkan keluar parti dan menyertai Umno.

Mujur mamt nie tak jadi calon,kalau jadi calon menang semestinya dia pun jadi katak...lagipun selepas 1999 dia nie dah sloop.Biasa la tak tahan dolat keekek

Sunday, April 18, 2010

KEMBALI UPDATE....BAJU T-SHIRT BERHANTU..

Kalau di ikutkan sememangnya tidak mempunyai kesempatan untuk update blog,tetapi atas rasa tanggungjawab makan segala urusan biz akan di bekukan selama hari berkempen PRK HULU SELANGOR..sealam baru balik dari pusat penamaan calon.....

Terdapat satu cerita untuk di kongsi untuk kawan-kawan yang tidak berkesempatan untuk pergi.Cerita dimana saya dan kawan-kawan semalam hampir di tangkap bersama CG BARD di pusat penamaan calon PRK HULU SELANGOR.

Kami sekumpulan bersama SAAM(SOLADIRITI ANAK MUDA MALAYSIA) bergerak daripada tempat kami berkumpul sekitar jam 7.45.Tibanya kami ke KUALA KUBU BARU lebih kurang 8.30 pagi dan disambut dengan kesesakkan jalan raya yang baru terjadi.Bergerak di dalam kumpulan sebanyak 10 buah kereta menyebabkan perjalanan kami di ekori oleh individu yang tidak di kenali.

Setibanya kami di sana kami memasuki kawasan penamaan calon secara beramai an di perhatikan oleh pihak polis dari awal lagi.Kami semua memakai baju hitam dan di baju tersebut tertulis 'SIAPA ARAHBUNUH ALTANTUYA' sememangnya kami tahu risiko yang bakal di tangung.Semasa kami berkumpul ada seorang pemuda telah memberitahu kami bahawa ada sekumpulan polis sudah bersedia untk menangkap kami,yang utama akan di berkas adalah CG BARG.Kami terus di kepung oleh polis yang memakai vest hijau dan berpakaian biasa..

Tak semua penyokong PR sedar bhawa kami telah di kepung,CG BARG di arahkan supaya menanggalkan baju ataupun terbalikkan baju tersebut.Tetapi kami semua tetap berdegil dan mepersolkan tindakkan polis.Selepas itu kejadian tersebut telah di sedari oleh penyokong yang lain dan suasan menjadi tegang,acara memaki polis telah bermula.Suasanaenjadi panas dan terus panas.Kami terus di kepung dan kami juga mengepung cg bard agar tidak di tangkap,ramai orang terus menghimpit anggota polis berlaku tolak menolak.

Akibat tidak tahan dengan laungan 'reformasi' dari penyokong pakatan,polis cuba merampas pembesar suara dan pasa masa yang sama kami memebawa cg bard bergerak ke satu pentas ceramah iaitu di atas jeep.Suasan tegang memuncak apabila polis di halang dan di tolak.Satu keadaan yang tidak kami duga apabila orang ramai telah menghalang dan menolak polis,jumlah polis lebih 30 orang itu telah di tolakdan hampir terjatuh.Terdapat juga seorang penyokong yang bertengkar dgn seorang polis dan hamir berlaku tumbuk menumbuk.Memang tidak di duga tindakkan berani penyokong PR menyebabkan polis di usir dan di halang.Selepas kejadian itu keadaan terus panas dan acara ceramah di mulakan dengan penuh semangat.....

Rakyat sudah berani menghalang polis,mak cik-mak cik dan kakak-kakak juga sudah menjadi naik sheik dan memaki polis tanpa belas kasihan,kadang-kadang fikir padan muka juga heehe...

Liputan secara live dari HULU SELANGOR akan di lakukan






Friday, April 9, 2010

PENGUMUMAN

Salam to all.

Untuk makluman kawan-kawan blog ini akan di update semula dalam masa 2 minggu akan datang...Terima kasih..