Kedudukan dia antara BN dan PR tidak jauh bezanya,dengan isu arak dan lain2 lagi menyebabkan peratus semakin mengecil.Faktor isu dan taktik saat akhir memainkan peranan yang mampu merubah peratus sokongan pengundi.Jika peratus sokongan ini kekal hingga ke hari pengundian nescaya PR mampu menang dengan majoriti 1000 undi.Tetapi jika ia berubah dan terus berubah sehingga hari pengundian maka ia akan menyebabkan keadaan genting akan berlaku.
Bagi saya faktor isu dan perang saraf saat akhir mampu merubah keadaan.Ia bergantung juga kepada kecekapan PENGARAH STARTEGI di dalam mencorak.Jika salah percaturan buruk padahnya kepada PKR(PR).Angka ini senentiasa berubah-ubah mengikut keadaan semasa.
Kerja kempen untuk PKR perlu di pertingkatkan dan pendekatan mengikut kesesuaian semasa.KATA TUN MAHATHIR 'MENANG SATU UNDI PUN DI KIRA MENANG JUGA'
hidup harapan
Rakyat sudah semakin matang dan semakin bersedia untuk berdepan dengan umno dan kelicikan mereka.Tetapi satu "setback" terbesar dan terpenting kepada rakyat sekiranya DSAI dihantar kembali ke penjara atas kesalahan yang cukup jelas direka reka oleh umno.Untuk itu,rakyat juga harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang terburuk ini
SEMARAK REFORMASI
LAGU SELOKA KEDAH
Tuesday, April 20, 2010
DUN KEDAH AKAN DI BUBARKAN
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak khuatir jika masih ada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada pakatan pembangkang bertindak keluar parti sehingga menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PAS itu.
Sebaliknya beliau telah bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ianya benar-benar berlaku.
"Saya dengar macam-macam cerita sehingga sudah ada di antara Adun Umno yang bercakap siapa bakal menteri besar, tetapi saya langsung tidak khuatir, kerana jika ini (lompat parti) benar-benar berlaku, saya akan bubar DUN dan kita pulang semula kepada rakyat untuk menjadi hakim," katanya kepada Bernama hari ini.
Azizan diminta mengulas desas-desus yang semakin kuat kedengaran bahawa beberapa lagi wakil rakyat pakatan pembangkang di Kedah akan keluar parti sehingga menyebabkan kerajaan negeri hilang majoriti.
Sehingga kini kerajaan yang dipimpin pakatan pembangkang itu sudah kehilangan dua wakil rakyatnya apabila dua Adun daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Mohammad Radzhi Salleh (Lunas) dan Tan Wei Shu (Bakar Arang) bertindak keluar parti.
Kedua-duanya mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas.
Kerajaan Kedah kini menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN. Daripada jumlah itu PAS menguasai 16 kerusi, PKR (3 kerusi) dan DAP satu kerusi.
Barisan Nasional mempunyai 14 kerusi termasuk Kota Siputeh yang masih berada pada peringkat Mahkamah Rayuan selepas Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail tidak mengiktiraf Datuk Abu Hasan Sarif sebagai wakil rakyat kawasan itu.
Mahkamah Tinggi sebelum itu memutuskan DUN Kota Siputeh sebagai kosong berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah selepas Abu Hasan didapati gagal menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut.

Monday, April 19, 2010
BOLEH JALAN LA......

"Kami telah jangkakan beliau keluar parti, sebab itu kami tidak memilihnya sebagai calon".
Ia adalah reaksi spontan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat (gambar) mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.
"Kami telah menjalankan kaji selidik mengenai latar belakang dan kami dapati beliau bukan seorang calon yang baik. Kenapa bukan calon yang baik? ..saya tidak bercadang mendedahkannya. Sebab itu kenapa kami tidak memilihnya," kata ketua penerangan PKR, Latheefa Koya.
Latheefa berkata, mereka sudah mendengar khabar angin bahawa pakar bedah itu mahu keluar daripada parti itu apabila bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim diumumkan sebagai calon parti bagi pilihan raya kecil ini Selasa lalu.
"Kami tidak terkejut. Jadi kami telah membuat keputusan yang tepat untuk tidak memilih beliau," katanya di Kuala Kubu Baru di sini hari ini.
Dr Halili, anak jati Hulu Yam di sini dan pernah menjadi doktor peribadi kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tetapi sebaliknya kepimpinan parti itu memilih Zaid.
Keputusan Dr Halili itu adalah perkembangan terbaru dalam rentetan tindakan pemimpin bahagian dan wakil rakyat PKR untuk keluar parti itu tahun ini.
Bagaimanapun, Latheefa berkata, tindakan keluar parti itu tidak memberi sebarang kesan kepada PKR dalam menghadapi pilihan raya kecil Hulu Selangor. - Bernama
PECAH TEMBELANG
Plan Datuk Salehuddin Hashim sebenarnya ialah ialah supaya Dr Halili Rahmat dicalonkan sebagai calon PKR, kemudian meminta Halili melompat agar BN menang tanpa bertanding. Tetapi plan itu gagal kerana telah dibocorkan ke pengetahuan pemimpin PKR lebih awal. Siapa yang bocorkan? Cakap siang pandang2, cakap malam dengar2, Salleh.
FB/AZIZI
FB/AZIZI
TERKINI....
Menurut sumber terbaru KETUA CABANG PKR HULU SELANGOR akan menuruti jejak DR HALILI...berita ini belum dapat di sahihkan tapi makin bertiup kencang....berita terbaru akan menyusul.....
Subscribe to:
Posts (Atom)