SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Wednesday, October 13, 2010

IBRAHIM ALI HILANG GELARAN 'DATUK'

Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.


Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'Datuk' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan.

Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

“Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.


Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka,” katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini.

Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bagi.

“Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,” katanya.

Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.

MALAYSIAKINI

Monday, October 11, 2010

PANASS......ABD RAHMAN PALIL


Apabila terdapat dakwaan menyatakan wujudnya seorang Ahli Dewan Undangan Negeri melindungi suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, maka pelbagai tandatanya timbul, yang yang utama: Siapa ADUN tersebut?

Di dalam beberapa kes "orang hilang" dan kes terbaru iaitu pembunuhan Datuk Sosilawati bersama dengan tiga yang lain, didapati ianya menunjukkan tentang penglibatan suspek dalam urusan tanah dan malaysikini hari ini mendedahkan tentang wujudnya penglibatan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Abdul Rahman Palil di dalam sekurang-kurangnya satu syarikat yang di jalankan oleh suspek pembunuhan kejam berkenaan.

Penglibatan Abdul Rahman Palil sebagai seorang Pengarah di dalam syarikat yang dijalankan suspek menimbulkan persoalan sajuh manakah perlindungan politik yang telah dinikmati oleh suspek sebelum penahanannya.

Malaysiakini hari ini ada melaporkan:




The involvement of a former Selangor exco member in the business dealings of at least one of the suspects in the Banting murders has raised questions of how much political backing the lawyers implicated in the case enjoyed before their arrest last month.

According to Companies Commission of Malaysia (CCM) documents obtained by Malaysiakini, former Selangor exco member and Sementa state assemblyperson Abdul Rahman Palil was a director in Ample Quality Sdn Bhd along with one of the suspects in the murder of cosmetics millionaire Sosilawati Lawiya and three others.



Abdul Rahman Palil pernah di dalam tahun 2006 diberikan notis bankrap sewaktu beliau masih seorang exco Selangor.

Selain itu Abdul Rahman Palil dikatakan telah mengaut keuntungan berlipat kali ganda di dalam kes penjualan tanah di dalam kes PKFZ. Hal ini pernah didedahkan oleh Exco Dewan pemuda Pas Perak.



Exco Dewan Pemuda PAS Perak, Saudara Mohd Hafez Sabri mendakwa tidak mustahil Umno mengaut rasuah yang lebih besar dari skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dinilaikan RM12 billion sekarang, bersandarkan pada beberapa kes yang melibatkan ‘orang penting dalam Umno dan MCA sebelum ini.

Menurut beliau , “Sebelum ini, kita banyak membincangkan watak-watak pemimpin MCA, sehingga menenggelamkan watak sebenar (serta) kepentingan politik Umno itu sendiri. Keyakinan saya, Umno lebih banyak mendapat faedah dari skandal PKFZ terbabit berdasarkan beberapa pendedahan sebelum ini.”

“(Antaranya) membabitkan Dato’ Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor/Umno) iaitu Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) menjual tanah hanya RM3 sekaki persegi kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB). Kemudian, beliau (Rahman) juga selaku Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) bersetuju untuk membeli (semula) tanah tersebut daripada KDSB dengan harga RM25 sekaki persegi.” jelasnya.

“Ini bermakna dia (Rahman) dapat keuntungan 8 kali ganda (lebih kurang RM1.8 billion, termasuk faedah) dari skandal pembelian tanah tersebut.” jelasnya.

Beliau juga mempersoal kengganan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas demi membongkar penyelengan serta rasuah di PKFZ itu.

“Kalau Dato’ Najib serius, seharusnya ia mendahulukan laporan PAC dalam sidang Parlimen depan seterusnya membentuk sebuah suruhanjaya diraja yang bebas. Skandal rasuah itu melibatkan beberapa individu dalam Lembaga (PKA) sendiri, bagaimana sebuah jawatan kuasa di bawahnya boleh melaporkan sesuatu tentang ‘Tuan Lembaga’nya sendiri. Ia sesuatu yang mustahil dan diragui.”


Malah di dalam pilihanraya yang lalu, Abdul Rahman Palil telah didakwa bahawa beliau telah membeli calon PKR bagi membolehkannya menang tanpa bertanding di DUN Sementa pada hari pencalonan tersebut. Ketua Pemuda PKR Kapar Suzaimi Salam yang diumumkan untuk bertanding di kerusi DUN Sementa melawan Abdul Rahman Palil gagal hadir dan dikatakan bercuti di Port Dickson.

Justeru itu, rakyat seluruhnya mengharapkan satu siasatan penuh dilakukan untuk mempastikan setakat mana wujud perlindungan politik yang diberikan oleh bekas exco kerajaan Selangor berkenaan kepada suspek sehingga sudah sekalian ramai menjadi mangsanya.

GREENBOC..

Thursday, October 7, 2010

PEMILIHAN 2010:KELEMAHAN YANG BOLEH DI PERBAIKI

Ketika ini berakhir sudah pemilihan PKR 2010 yang mempeliihatkan beberapa kecacatan yang boleh di perbaiki.Apa pun pemilihan kali ini mencipta satu sejarah tersendiri di dalam lanskap politik MALAYSIA.Mahu tidak mahu PARTI KEADILAN RAKYAT adalah parti yg pertama melakukan proses pengundian bersifat satu ahli satu undi,ia dapat di jalankan walaupun ada kelemahan yg perlu di perbaiki.

Berakhirnya pemilihan perngkat cabang,maka bermulalah era baru kepimpnan yg di plih di setiap cabang.Ujan dan homework yang perlu d selesaikan oleh KETUA CABANG yang baru,KETUA PEMUDA dan tidak ketinggalan KETUA WANTA yang baru akan di perhatikan oleh setiap ahli dan pimpinan cabang masing2.Soal pengurusan cabang dan juga pentadbiran perlu di titik beratkan agar ketua-ketua yang baru ini di lihat berkesan d dalam mentadbir.Soal menang kalah sudah menjadi kenangan,kepada yang menang teruskan kerja kerana banyak mata akan memerhati.

Berbalik kepada isu kontroversi perjalanan pemilihan yang di lihat perlu di perbaiki dengan kadar yang segera.Sememangnya PARTI KEADLAN RAKYAT menyediakan saluran untuk membuat bantahan tetapi adakalanya tidak dapat memuaskan hati banyak pihak.Terdapat beberapa kelemahan di dalam pemilihan PART KEADILAN RAKYAT yang perlu di ambl perhatian agar tidak berulang,seperti kekurangan pengawas ketika proses pemilhan,maksudnya di sini pengawas pemilihan dari luar kawasan yang bertandng,adalah lebih baik dari negeri yang lain.Masalah ini berlaku di beberapa cabang yang mengadakan pemilihan,iaitu pengawasnya terdiri daripada AJK cabang yg bersebelahan cabang yang membuat pemilihan.Sebangai CONTOH pemlihan cabang PADANG SERAI diadakan,pengawas yang bertugas pula kebanyakkannya daripada CABANG KULIM BB.Untuk mudah d fahami cabang PADANG SERAI dan KULIM BB berjiran,semestinya ia menmbulakn ketidakpuasan hati.Ditambah pula ada beberapa dakwaan yang tdak perlu di jelaskan di sini.

Ketegasan pengawas adakalanya di persoalkan,mungkn ini kali pertama dan kita dapat menerima ni sebagai proses pembelajaran yang berguna di masa hadapan.Ini dua perkara yang perlu di ambl perhatan oleh JPP untuk d perbetulkan semoga pemilihan yang akan datang bertambah kualiti dan tersusun.Banyak lagi kelemahan yang tidak perlu saya jelaskan di sini mungkin akan menimbulkan kontrovesi bagi sesetengah pihak.Bagi saya sekalung perhargaan kepada semua AHLI KEADILAN di seluruh MALAYSA yang menjalankan tanggungjawab sebagai ahli dengan baik.

Untuk KETUA-KETUA CABANG yang baru,selamat bekerja dan jangan lupa bahawa barisan andalah yang akan mengharungi PRU13 bersama pmpinan cabang masing-masing....

AKAN DI KEMASKINI SEPERTI BIASA MULAI 8 OKTOBER 2010

Wednesday, August 11, 2010

SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN

GLC OH GLC

Di dalam kita mengharungi gelombang menentang KERAJAAN BN,kita sebagai manusia tidak terlepas membuat kesilapan.Mungkin kesilapan di lakukan tanpa sedari dikala mengecapi kemenangan PRU12 yang lalu.Mahu tidak mahu sedikit teguran dan kritikan perlu dilemparkan supaya ia tidak terus di buai mimpi indah.

Fenomena sebelum PRU12 semestinya semua orang maklum,betapa susahnya kita sebagai pejuang menentang pemerintah yang punya segala kemudahan di peringkat NEGERI mahupun KERAJAN PUSAT.Kini sebarionya berbeza sama sekali.kali ini sudah boleh menggunkan dewan,stdium dan lain2 kemudahan yang tidak pernah diimpikan dahulu.Setelah semua itu di perolehi semestinya timbul masalah perebutan kuasa yang tidak kesudahan.Tetapi itu lumrah sesebuah parti politik yang berpolitik 24jam tanpa henti.

Cuma yang menyedihkan ada juga pihak yang terlupa akan kesusaahan kawan-kawan di bawah.Kesusahan dari segi ekonomi dan lain-lain lagi.Bercakap bab melupakan kesusahan kawan-kawan ini,sebagai pemimpin di atas kita perlu memhami apa itu intigriti dan apa itu peluang.Di kedah sebagai contoh ada sesetengah pimpinan di atas mempunyai 7 dan 8 GLC dalam satu masa,ini sebernya memeranjatkan pimpinan di bawah dan merasakan ia satu gaya politik tidak sihat telah dan sedang berlaku.Tidak perlu menyebut PARTI A atau PARTI B,cuma ia perlu di hindari samada daripada di kesan oleh rakyat.

Apa salahnya jika peluang yang itu di bahagikan samarata dengan pimpinan di bawah yang juga ada peranan ketika PRU12.Jangan pula di bahagikan seperti cerita P RAMLEE NUJUM PAK BELALANG.Kadang-kadang kita berasa pelik adakah pemimpin seperti ini perlu dilabelkan sebagai 'PEMIMPIN CAKAP TAK SERUPA BIKIN'.Apabila berucap bukan main,apabila implimantasinya lain jadinya.Sudahlah jangan bersikap berpura-pura sedangkan rakyat tahu apa yang pemimpin lakukan.Jika di fikirkan kembali sepatutnya pemimpin yang bolot 7 dab 8 GLC seperti harus di keluarkan dari parti,kerana ia akan menjadi BARAH yang bakal menular jika ia tidak di bendung dengan baik.

Ini adalah sebahagian masalah yang timbul di kalangan pimpinan parti yang menang di KEDAH,jangan lupa bahawa pimpinan di bawah dan rakyat juga tahu apa yang pimpinan di atas lakukan.Janganlah kerana elaun-elaun di dalam GLC tersebut,kita hilang pertimbangan dan lari daripada prinsip keadilan dan perjuang.

Friday, July 23, 2010

KENA BANKRAP DULU BARU BOLEH MAJU

Mula2 teman bingung jugak memikirkan rasional ni. Mana boleh nak capai Wawasan 2020 sedangkan setahun sebelum tu negara kita dah jadi bankrap, macam yang Idris Jala cakap tu. Tetapi bila memikirkan bahawa kajian2 yang dibuat PEMANDU tu bukanlah bertaraf sembang kedai kopi, teman tak jadilah nak sanggah.

Hal2 subsidi ini kerajaan dah buat kajian lama dah. Ia dibuat dalam makmal. Bukan makmal yang bedah tikus macam kat sekolah2 tu. Makmal Rasionalisasi Subsidi. Kalau kajian pasal ekonomi pun pakai makmal, dah tentu kajian ni kajian yang saintifik dan bersifat empirikal. Hang pa penyokong Pekatan Rakyat tau ke makna empirikal ni? Pi tanya kat orang2 UMNO. Depa paham. Hang pa tau apa, tau buat ceramah, maki hamun, fitnah bole la.

Kalau tengok kenyataan kerajaan, RM750juta dapat diselamatkan hasil pelarasan harga 5 sen untuk petrol, 10sen sekg LPG, 25 sen sekg gula. Tentulah mana cukup nak tampung defisit perbelanjaan negara. Kalau nak bina Istana Negara baru kat Putrajaya tu sajer dah lebih RM800juta, berapa sangat nak boleh cover. Tu belum campur Sime Darby rugi RM900 juta lebih. Tak pasal-pasal kerajaan terpaksa bagi pampasan RM700 juta kat syarikat ni. Pos Malaysia pun rugi jugak RM227 juta. Tak tau la kot lepas harga stem dah naik 100% tahun depan boleh untung balik.

Pendek cerita, RM750 juta tu memang tak cukup. Itu pasal lah hang pa jangan terkejut beruk, meroyan tak tentu pasal. Baru naik 5 sen dah kecoh. Cuba tengok sikap penyokong2 UMNO dalam hal ini. Depa rasional. Cool jer. Macam kata Idris Jala, pakej naik 5 sen ni hanya sebahagian jer dari Program Merasionalisasi Subsidi, ia adalah sebahagian dari MEB. Jadi kalau lepas ni subsidi diselaraskan lagi atau kerajaan buat GST hang pa jangan berlakon buat2 terkejut pulak. Sekali lagi contohi lah sikap penyokong Umno. Depa tetap sabar dan istiqamah menyokong kerajaan.

Apa yang teman nak kongsi, fenomena duit susut sebelum negara menjadi jadi maju bukan luar biasa. Rasionalnya, kerajaan ambik duit tu untuk melabur dalam bentuk aset2 dan cabang2 perniagaan lain. Contohnya Felda. Duit tunai yang susut dekat RM3 bilion tu bukan membazir. Kerajaan pakai balik buat program tanam semula. Adapun RM600 juta yang buat pinjaman untuk peneroka2 membaiki rumah2 bukan kena faedah pun. Cuma 2.5% buat kos pengurusan dan proses aje.

Felda zaman sekarang jangan nak disamakan dengan Felda zaman arwah Tun Razak baru buat dulu. Zaman berubah, kita kena ikut peredaran masa la, kalau tak mahu ketinggalan. Tengok macam mana walaupun Felda ada tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, tanah saja RM220 juta. Tanah tu sengaja tak dibangunkan dulu. Biar nilainya meningkat. Sebaliknya Felda buat menara baru kat kawasan Segitiga Emas, dekat dengan KLCC. Baru tinggi nilainya. Itu pun Felda tak mau berhutang, bayar cash RM662 juta kat Naza TTDI pasal tak mahu menyusahkan generasi akan datang (PM Najib kata RM642 juta kat Parlimen 2008 dulu, teman tak pasti mana satu betul).

Dulu tanggungjawab Felda bantu warga Melayu miskin, bagi depa tanah untuk diusahakan.Sekarang atas nama korporat depa dah boleh tolong kerajaan Sabah RM250 juta, buat MRSM RM120 juta, bantu kerajaan Pahang naik taraf bekalan air RM200 juta. Maklum la sekarang dah ada Felda Global Ventures, boleh melabur projek ternak kerbau kat India atau buat minyak bunga matahari kat US dan Kanada. Tak banyak, guna modal RM800 juta saje. Mula2 memang la nampak susut duit tu, tapi kalu untung nanti, siapa yang akan dapat nikmat? Bukan penyokong2 Umno sahaja, hang pa la dulu sibuk nak jadi ahli lembaga pengarah GLC.

Baru2 ni kecoh pasal saman ekor. Dah buat salah lalu lintas kena saman bayar aje la. Orang Umno tak kecoh pun. Dah la kerajaan nak buat judi bola hang pa tak bagi. Tu semua sumber duit tu. Betul la kata orang2 Umno, hang pa ni tau mengutuk ajer.

Tu pun jangan, nak tawan Putrajaya. Baru perintah 4 negeri dah tak tau nak jaga. Benda kecik macam pasir pun tak tau nak urus.

Dulu masa Khir Toyo perintah Selangor dulu kerajaan negeri untung berjuta2. Tak pecaya? Carilah dalam arkib2 Utusan ke Berita Harian. Tu pun kerajaan negeri masa tu buat tak berapa pandang. Pasal perolehan kerajaan negeri berlambak2. Kayanya kerajaan negeri Selangor tu melimpah ruah, sampai penduduk2 Sabak Bernam pakai gigi gemas. Kebetulannya Khir Toyo tu memang doktor gigi, tu yang boleh buat mahligai RM24 juta tuh. Bininyer boleh ajak kawan pi jalan2 kat Disneyland. Nak harap duit gaji Menteri Besar aje mana cukup yobbb....

Maaf le kalau teman melalut sampai cerita doktor gigi pulak. Pendek ceritanya, walau pun nampak negara kita macam nak bankrap, tapi tak usah la kita nak gelabah puyuh. Sebelum senang, kenalah bersusah dulu. Tengok Jerman atau Jepun. Negara depa lingkup kesan Perang Dunia II, tapi boleh bangkit balik jadi kuasa besar ekonomi dunia. Korea Selatan pernah berperang dengan saudaranya di Utara tapi boleh maju daripada kita jugak. Yang penting ialah menunjukkan kesetiaan kita kepada negara dan kerajaan kita.

Jadilah warga negara yang patuh. Jangan la diikut sangat dengan pembangkang2 ni. Anwar Ibrahim tu, macam2 agen dia jadi. Dari muda sampai ke tua. Agen Muammar Ghadafi, ejen Barat, ejen Cina, ejen Yahudi, ejen CIA.

Jangan la diikut kata bidalan Melayu zaman bahari, ikut rasmi Pak Kaduk menang sorak kampung tergadai. Sebab hang pa berbaik2 dengan bangsa lain, bangsa Melayu jugak yang rugi nanti. Memang la masa tu dia tak sebut DAP, India, Cina ni. Cerdiknya orang Melayu masa tu, dia tak cakap terang2. Pak Kaduk bukan gadai kampungnya kerana berjudi. Hang pa dah kena tipu dengan DAP, PAS, PKR dan Anwar Ibrahim. Inilah propaganda halus Yahudi. Dia kan ajen Yahudi!!!!??? HIDUP MELAYU!!!

teratai liar

PANASSSSSSSSS

Dakwaan ‘cinta’ Saiful, DPP hantui pasukan pendakwa kes liwat Anwar

Dakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwa kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam hubungan 'romantik' dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan mula menghantui pendakwa raya, tetapi status staf muda berkenaan masih belum diputuskan.

Pasukan pendakwa raya belum memutuskan sama ada akan menggugurkan rakan mereka itu apabila perbicaraan disambung semula pada 2 Ogos ini.

Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin awal hari ini mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan mereka, sedang menjalin “hubungan romantik” dengan Saiful, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.

Mohd Yusof enggan mengatakan sama ada anggota wanita itu akan digugurkan kelak.

“Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini.

“Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pasukan saya dan kita akan melihat pada 2 Ogos ini sama ada dia akan bersama pasukan kami atau tidak,” kata Mohd Yusof kepada The Malaysian Insider.

Mohd Yusof menekankan, peranan staf itu adalah kecil memandangkan dia bukan “anggota rasmi” dalam pasukan itu apabila kes itu mula didengar.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina Latif.

Saiful dan Farah belum dapat dihubungi untuk reaksi.

Kata Mohd Yusof, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.

“Jadi, saya tidak boleh mengatakan dia telah digugurkan daripada pasukan ini kerana dia sebenarnya bukan sebahagian daripada pasukan saya, tidak seperti (timbalan pendakwa raya) Noorin (Badaruddin) atau Wong (Chiang Kiat), atau diri saya.

“Dia dibawa untuk membantu tetapi kini kami ada sekurang-kurangnya tiga peguam yang boleh melakukan kerja-kerja menghimpunkan (data) dan kadangkala Noorin juga mengambil nota,” katanya.

Selain itu menurut beliau, anggota berkenaan juga pendakwa raya yang turut mengendalikan kes-kes lain.

“Jika kami memutuskan untuk tidak menyertakan dia dalam pasukan kami, ia adalah kerana kami boleh mengendalikan kes ini tanpa dia... ini kerana dia juga ada kes lain untuk dikendalikan,” kata Mohd Yusof lagi.

Mohd Yusof sambil berkata beliau tiada maklumat mengenai tuduhan terbaru ini, apa yang dilakukan oleh anggota pasukannya adalah urusan peribadi.

“Saya tidak periksa kehidupan peribadi mereka... jadi saya tidak tahu. Saya tidak boleh komen. Apakah anda boleh percaya Raja Petra? Dia selaku menyebarkan khabar angin,” katanya.

“Saya memberitahu anda yang ini... saya perlu menemui anggota pasukan saya (terlebih dahulu) dan saya akan kembali kepada anda. Bagaimanapun dia bukan bahagian penting dalam pasukan saya, dia hanya akan membantu kami bila kami memerlukannya,” tegas Mohd Yusof.

Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes liwat Anwar, Ketua Pembangkang, ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh, memperolehi cuti sakit selama dua minggu.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. -TMI