SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Thursday, January 13, 2011

CEERITA RAMAS MERAMAS LA PULAK....

Seorang jurusolek mendakwa beliau dihujani pelbagai teks pesanan ringkas (SMS) lucah dan juga ugutan selepas membuat aduan bahawa seorang ahli politik di Perak mencabul kehormatannya pada sambutan menjelang tahun baru.

SMS berkenaan dihantar melalui beberapa nombor telefon bimbit yang tidak dikenali - ada yang menyarankan supaya hubungan seks diadakan dengan wanita itu dan ada pula yang mengugut untuk merogolnya.

“Dia terima SMS itu selepas buat laporan polis. Wanita itu kemudiannya membuat laporan polis kedua berhubung SMS berkenaan,” kata peguamnya, Leong Cheok Keng, ketika dihubungi.

“Ada antara SMS itu menggunakan huruf 'F' dalam perkataan bahasa Inggeris.”

Jurusolek itu pada dalam laporannya berkata pada kejadian 31 Disember tahun lalu, ahli politik yang terkenal itu meramas buah dadanya di sebuah kelab di Ipoh.

“Laporan polis dengan jelas menyatakan dia dicabul oleh ahli politik tertentu. Sekarang kes sedang disiasat dan pihak berkuasa akan menentukan sama ada mendalkwa atau tidak individu berkenaan,” kata Leong.

Menurut beberapa laporan media, Ketua Polis Perak, Mohd Shukri Dahlan mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas.

Leong juga menafikan bahawa vwanita itu telah menerima pampasan dari ahli berkenaan supaya menutup kes tersebut.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit… DI MANA JAMALUDDIN JARJIS?.... kah kah kah..

woit… RAIS YATIM DI MANA?.... kah kah kah..

woit…. RAHIM THAMBI DI MANA?.... kah kah kah..

kah kah kah…NAJIB RAZAK DI MANA?.... kah kah kah…

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit…. ZUL NORDIN DIMANA?.... kah kah kah..

kah kah kah…. ADA TANDA TANDA BISUL….. kah kah kah

nota:
ini mesti dari party pas
malam itu tersalah masuk
kah kah kah

kalau pkr atau dap
mesti dah ada nama
kah kah kah

LENGGGONGGGGG APA MACAM
ADA BAIK MCA DI SANA?
kah kah kah

Inilah keja pemimpin ONE MALAYSIA,SIAPA MP LENGGGGONNGGG?????

ZUL NORDIN DI BIDAS

Dari Anak Sungai Derhaka

Kebelakangan ini kita melihat beberapa orang MP Bebas yang dulunya bersama PKR begitu galak menyerang PKR, tindakan mereka itu kelihatan seperti tindakan orang yang sedang lemas di dalam air yang akan berpaut pada apa saja yang terapung dan melintas dihadapan mereka untuk terus hidup.. biarpun yang dipaut itu adalah tahi sekalipun.

Ini adalah jawapan balas dari Dr.Samarudin Rejab,Timbalan Ketua Cabang PKR Segambut untuk Zulkifli Nordin dalam isu sapina Karpal sebagai saksi kes tuduhan liwat terhadap DS Anwar Ibrahim..


Zul Nordin:Jangan Memalukan Profesion Peguam Dengan Kedangkalan Tuan!

Oleh Samarudin Md Rejab
10 Januari 2011

Shakespeare pernah menyatakan bahawa “the World’s is a stage and we are all the Actors” (Dunia ini adalah sebuah pentas dan kita semua adalah Pelakonnya).

Tetapi di sekitar ‘pentas’ dunia perundangan Mahkamah Tinggi di Tingkat 5, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bermula dari awal 2010 hingga kini, kita hanya merupakan Pemerhati yang menyaksikan pementasan “Kes Konspirasi Politik Najib terhadap Anwar Ibrahim”. Kita bukan Pelakon-Pelakon nya.

“Kes Konspirasi Politik Najib” melibatkan Pelakon-pelakon yang telah diterima sebagai sah, bertauliah, dan berwibawa-pihak Pendakwaan, pihak Pembelaan,pihak Mahkamah Tinggi, Pengadu Saiful Bokhari Azlan, dan beberapa Saksi-saksi pihak Pendakwaan dan kelak Saksi-saksi dari pihak Pembelaan.

Baru-baru ini ada di antara kita sebagai Pemerhati telah dengan lantang dan tegas meminta supaya Pelakon pihak Pembelaan yang utama iaitu Encik Karpal Singh disapena sebagai saksi kerana beliau mempunyai bukti kukuh pada tahun 1997 mengenai “Kes Konspirasi Politik Mahathir terhadap Anwar Ibrahim” . Ini beerti lakonan Karpal Singh sebagai Peguambela ditukar kepada lakonan baru sebagai Saksi didalam “Kes Konspirasi Politik Najib Terhadap Anwar Ibrahim”.

Mengikut Ahli2 Parlimen Wee Kok Keong (Wangsa Maju), Datuk Zahrain Mohd. Hashim (Bayan Baru), dan Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru), Karpal Singh pernah memberi komen bersabit dengan tuduhan Pegadu Azizan Abu Bakar terhadap Anwar Ibrahim didalam ‘Kes Konspirasi Politik Mahathir” pada tahun 1997. Pada tahun berikutnya gelombang dan pergerakan Reformasi mula merebak di Indonesia dan Malaysia.

Pada bulan September, Dato Seri Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri telah mengambil tindakan memecat Timbalannya , Dato Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan meliwat dan seterusnya mengenakan beberapa pertuduhan salahguna kuasa dan liwat. Dato Seri Anwar Ibrahim telah di hukum penjara selama enam tahun diatas penyalahan guna kuasa. Untuk pertuduhan liwat, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada 2 .September,2004 bahawa beliau ( Anwar Ibrahim) tidak bersalah.

Persoalannya sekarang ialah ‘Adakah alasan atau cadangan untuk sapena Karpal sebagai Saksi didalam “kes Konspirasi Politik Najib” itu kukuh dan munasabah?” atau “Cuma merupakan publisiti murahan atau hanya menyalahgunakan proses Mahkamah?”

Pertamaya, ia melibatkan dua kes yang berasingan iaitu “ Kes Konspirasi Politik Mahathir” pada tahun 1998 (Public Prosecutor v Dato Seri Anwar Bin Ibrahim, High Court, FT Criminal Trial Nos 45-48-98;45-51-98) yang melibatkan antara lain Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali, dan “Kes Konspirasi Politik Najib” pada tahun 2010 yang melibatkan Pegadu Saiful Bokhari Azlan. Untuk “Kes Konspirasi Politik Mahathir”, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan pada 1998 inter alia bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah diatas tuduhan meliwat pengadu Azizan Abu Bakar.Semasa perbicaraan pertama di Mahkamah Tinggi ,sepuluh (10) Saksi Utama telah dipanggil oleh pihak Pendakwaan dan duabelas(12) Saksi utama oleh pihak pembelaan. Pihak Pendakwaan tidak menyenaraikan Karpal Singh sebagai Saksi walaupun dua Saksi utama Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali berjumpa dengan beliau pada 1997. Kenyataan beliau didalam Parlimen terkandung didalam Hansard bertarikh 22.Oktober,1997.

Perbicaraan “Kes Konspirasi Politik Najib” masih berjalan dan kini ditahap keterangan oleh Saksi-Saksi dari pihak Pendakwaan . Sekiranya didalam “Kes Konspirasi Politik Mahathir” pada tahun 1998, Karpal tidak disinaraikan sebagai Saksi langsung,”bagaimana pula Karpal akan disapenakan sebagai Saksi untuk Kes Konspirasi Politik Najib?” Ini tidak masuk akal.

Kedua, peruntukan prosedur jenayah dan juga preseden-preseden yang ada menunjukkan bahawa Saksi-Saksi dipanggil dikhususkan untk kes-kes yang berasingan dan berkenaan sahaja. Sebagai contoh, sinarai Saksi untuk kes kecurian ayam berbeza sinarai Saksi untuk kecurian itek. Saksi untuk kecurian ayam tidak akan di panggil atau disapina untuk perbicaraan kecurian itek melainkan Saksi yang berkenaan mempunyai maklumat atau keterangan yang material berkenaan kecurian itek . Dalam konteks ini Karpal tidak perlu disapena untuk menjadi Saksi “Kes Konspirasi Politik Najib” sebab Pengadu Saiful Bokhari Azlan tidak pernah berjumpa beliau dan member keterangan atau maklumat bersabit dengan tuduhan terhadap Anwar Ibrahim sebagaimana yang dilakukan oleh Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali.

Ketiga, pada hemat saya Karpal merupakan seorang Peguamcara dan Peguambela yang berwibawa dan mempunyai reputasi yang amat baik. Perlantikannya sebagai Peguambela kepada Anwar Ibrahim tidak langsung melanggar apa-apa peruntukan Peraturan (Amalan dan Etika ) Profesion Guaman 1978. Beliau juga merupakan seorang Ahli Parlimen yang “Senior”. Beliau nescaya arif bahawa apa-apa kenyataan atau keterangan yang dibuat didalam Parlimen dan didapati didalam Hansard tertakluk pada “Parliamentary Immunity”. Dalam konteks ini, sekiranya permohonan sapina dibuat ia hanya menimbulkan konflik perundangan ( conflict of laws).

Oleh itu pementasan “Kes Konspirasi Politik Najib” akan diteruskan juga. Temanya sama, aliran ceritanya sama,dan latarbelakangnya pun sama. Hanya Pelakon-Pelakon utamanya telah berubah- Yang Arif Augustine S Paul kepada YA Dato Mohamad Zainal, AG Tan Sri Mokhtar Abdullah kepada Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Aris Rizal Christopher Fernando, dll. kepada Peguam Karpal Singh ,dll…

Dr.Samarudin Rejab
Peguam

Wednesday, January 12, 2011

TAHNIAH HJ WAN SALLEH...

Salam to all

Selepas pemilihan 2010 yang lalu PARTI KEADILAN RAKYAT di katakan dilanda krisis,bukan hanya lawan tetapi kawan juag memandang sinis apa yang berlaku.Apa pun ia seudah berlalu,setiap apa yang berlaku di jadikan pengajran dan pengalaman untuk masa hadapan.Namun sedikit sebanyak pahat yang berbunyi itu adalah lumrah berpolitik.Memandangkan PRU 13 SEMAKIN HAMPIR adalah lebih baik di rapatkan saf kepimpinan demi agenda rakyat

Kini telah berlaku rombakkan KABINET PARTI KEADILAN RAKYAT setelah pemilihan 2010 berlangsung sperti yang di ketahui umum siapa yang menang TIMBALAN PRESIDEN dan siapa yang menang JAWATAN NAIB PRESIDEN..Sebelah petang tadi di khabarkan PARTI KEADILAN RAKYAT telah memutuskan individu-individu tertentu untuk memimpin PARTI di setiap negeri di seluruh MALAYSIA.Untuk negeri KEDAH.PARTI KEADILAN RAKYAT memutuskan untuk melantik HJ WAN SALLEH sebagai PENGURUSI MAJLIS PIMPINAN NEGERI.Ini bermakna HJ WAN SALLEH menggantikan YB AHMAD KASSIM setelah menyandang jawatan tersebut lebih kurang dua tahun.Siapapun yang di lantik menggantikan orang yang terdahulu jika cara pentadbiran serta pengurusan PARTI tidak cekap.Langkah PARTI KEADILAN RAKYAT melantik HJ WAN SALLEH di lihat sesuai dengan keadaan ketika ini,kerana di kedah terdapat YB yang bermasalah dan perlu di tangani dengan baik.Sikap berlemah lembut sudah berlalu,kini tindakkan tegas perlu di jalankan agar segalam kemelut dan masalah di dalam PARTI KEADILAN KEDAH dapat di selesaikan.Jika nak di huraikan di sini isu-isu panas yang timbul mungkin tidak perlu,cuma satu dua isu yang perlu di ingatkan oleh MPN yang baru kerana ia terus menerus merosakkan parti.Sebegai contoh isu AHLI MAJLIS yang mempunyai MASALAH SOSIAL,MASALAH YB KEADILAN YANG HIDUP SEGAN MATI LAGI TAK MAU,MASALAH MKK yang tidak cukup ilmu dan kefahamn tentang parti dan banyak lagi.

Jika masalah-masalah yang asas di atas dapat di selesaikan oleh PENGURUSI MPN yang baru, tepatlah pilihan pucuk pimpinan di atas.Dalam PARTI KEADILAN tidak perlu pemimpin yang bermuka-muka mahupun lemah untuk berdebat dan terlalu banyak mengalah.Ini bukannya ciri-ciri yang baik untuk di contohi.Persoalannya kini siapakah yang akan memenuhi jawatan BIRO POLITIK KEADILAN KEDAH yang jelas sama sekali perlu ada pembaharuan bukannya pembekuan.Selepas ini HJ WAN SALLEH perlu menyenaraikan struktur pimpinan PKR KEDAH yang baru.Saya sebagai rakyat di bawah melihat PKR KEDAH perlu di barisi oleh individu-individu yang mempunyai daya juang yang tinggi sebelum di lantik untuk mengisi jawatan-jawatan di dalam PKR KEDAH.Janganlah pula di lantik orang-orang yang kurang ciri-ciri kepimpinan mahupun ilmu sebagai seorang ahli politik.Individu yang bakal membarisi kepimpinan PKR KEDAH perlulah orang yang bersih dari gejala yang tidak sihat seperti rasuah dan sebagainya,kerana sudah ada KETUA-KETUA CABANG yang cuba gunakan kedudukan untuk melakukan aktiviti yang tidak sihat.Jesteru itu perkara yang sebeginilah HJ WAN SALLEH perlu selami dan teliti agar tidak menjadi bahana kepada PKR KEDAH di masa hadapan.

Akhir kata.....TAHNIAH HJ WAN SALLEH

Merak buih

Monday, January 10, 2011

SENARAI PENGURUSI MPN PARTI KEADILAN RAKYAT

Pengerusi MPN : Perlis – Johari Shafie

Kedah – Wan Salleh Wan Isa

Perak – Dr Mohd Nor Manuty

Wilayah Persekutuan – Dr Idris Ahmad

N Sembilan – Datuk Kamarul Bahrin Abbas

Johor – Dato’ Chua Jui Meng

Melaka – Shamsul Iskandar Mohd Akin

Pahang – Datuk Fauzi Abdul Rahman

Terengganu – Azan Ismail

Kelantan – Abdul Aziz Kadir

Sabah – Syeikh Pajuddin Nordin Tajawi

Sarawak – Baru Bian

Wednesday, January 5, 2011

LANTIKLAH AKU......APA LA HAMPA NIE 12 TAHUN DAH AKU BERJUANG

PARTI KEADILAN RAKYAT hari ini mengambil langkah bijak dengan menghantar surat tunjuk sebab kepada GOBALAKRISNAN,lucunya apabila gobala mengambil masa yang lama untuk membalas surat tersebut hehehhe.Kenapa perlu salahkan AZMIN ALI?Mungkin cerita tahun 2000 masih bermain di minda GOBALA.

Gobala PERLU MELIHAT KEPADA DIRINYA SENDIRI,kenapa perlu menuding jari kepada orang lain.Ini sifat yang tidak harus ada di dalam diri seorang pemimpin.Isu peribadi perlu di kesampingkan agar ia di lihat kita ini waras dan cerdik di dalam mengeluarkan kenyataan.Isu KUIL HINDU di SELANGOR di jadikan platform untuk menjadi HERO.Kenapa GOBALA sibuk dio negeri SELANGOR sedangkan GOBALA AHLI PARLIMEN PADANG SERAI terletak di dalam negeri KEDAH.Isu rakyat di PADANG SERAI perlu di titik beratkan,dalam pada masa yang sama banyak rungutan terhadap GOBALA di PADANG SERAI.Persoalan utama timbul adalah,APAKAH RELEVENNYA DSAI DENGAN ISU KUIL HINDU TERSEBUT.Ia timbul selepas GOBALA TIDAK DI LANTIK NAIB PRESIDEN LANTIKKAN.PARTI KEADILAN pula melantik N SURENDREN dan tidak melantik GOBALA.Sebenarnya isu POKOK ADALAH 'LANTIKLAH AKU' faham-faham sajalah.

Krisis GOBALA di KEDAH tidak kurang hebatnya,menurut sumber GOBALA sering mendatangkan MASALAH.PARTI KEADILAN belajar daripada kesilapan yang lepas jadi pemilihan N SURENDREN itu bertepatan dengan keadaan POLITIK SEMASA bukan diukur siapa lama dan siapa baru.Jangan selalu menggunkan tiket SENIORITY kerana ia menyusahkan.Apakah jaminan lamanya kita dalam parti dapat memberi pembaharuan atau pun menjayakan AGENDA PARTI itu sendiri.Lainlah jika baru jadi AHLI PKR tak sampai 5 BULAN NAK JADI CALON PRU 13 itu perlu di perhalusi.

HIDUP HARAPAN

Sunday, January 2, 2011

GOBALA DAH DI PECAT?



Anggota Palimen Padang Serai N.Gobalakrishnan ketika sidang media mengenai pemecatannya daripada Parti Keadilan Rakyat(PKR) di pejabatnya di Paya Besar,Lunas,di sini hari ini.

jeebond

UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP GOBALA DI PADANG SERAI

Sebentar tadi telah di adakan satu sidang media di PADANG SERAI,kali ini sidang media tersebut berkisar prilaku GOBALA yang semakin hari semakin celaru.Di ketuai oleh TIMBLAN KETUA CABANG PKR PADANG SERAI JOHARI ISMAIL di adakan di dalam suasana aman dan tenteram dan tanpa gangguan.

Turut hadir adalah mantan2 calon KETUA CABANG PKR PADANG SERAI yang bertanding pada pemilihan yang lalu.Perkara pokok di dalam sidang media tersebut iaitu AJK CABANG PKR PADANG SERAI akan mengadakan UNDI TIDAK PERCAYA terhadap GOBALA dalam masa terdekat.GOBALA menang jawatan KETUA CABANG PKR PADANG SERAI akan berhadapan PROSES UNDI TIDAK PERCAYA di kalangan AJK beliau sendiri

Tamparan hebat ini sudah di duga kerana mereka yang menyokong GOBALA sebelum ini sudah tidak lagi sependapat dengan beliau.Isyarat jelas kepada GOBALA supaya keluar daripada PADANG SERAI semakin kuat kedengaran.Di khabarkan akan di adakan satu demontrasi untuk menghalau GOBALA keluar daripada PADANG SERAI akan di lakukan.Memangdangkan GOBALA juga bukannya anak tempatan,maka jalan terbaik pulanglah ke kawasannya sendiri..

HIDUP HARAPAN

Gambar sekitar sidang media akan di upload secepat mungkin...