SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Wednesday, April 6, 2011

TAK HANTAR PENYATA KEWANGAN PILIHANRAYA 2006


Mula-mula denga berita mengatakan PAS menang tanpa bertanding bagaikan tak percaya,tetapi setelah mendapa penjelasan dari teman-teman ternyata memang tak boleh percaya kerana SPR terlalu telus dan cekap poooraahhhhh!

Sebut sahaja isu penyata kewangan pilihanraya semestinya perkara ini pernah berlaku kepada beberapa individu di dalam PARTI KEADILAN RAKYAT.Seingatan saya masalah yang timbul ketika penamaan calon PRU 12 2008 iaitu ada calon gagal menyerahkan penyata kewangan pada pilihanraya yang lalu pilihanraya ke 11 2004,semestinya calon-calon ini pernah bertanding pada PRU 11 dan tidak menghantar penyata kewangan tersebut kepada SPR.Jika mengikut syarat yang di tetapkan pencalonan semestinya di tolak dengan serta merta.

Isu penyata kewangan kali ini hebat apabila ADIK TAIB MAHMUD sendiri gagal menyerahkan penyata kewangan pilihanraya 2006,tetapi SPR seperti biasa CEKAP lagi BERSIH tetap menerima ADIK TAIB MAHMUD sebagai CALON PRN 2011 sebentar tadi.Ini yang di katakan SPR juga PARTI KOMPONEN BN yang baru.Di fahamkan penyata kewangan tersebut di hantar juga OLEH BN tetapi ketika WAKTU MENCECAH JAM 130 TGHR.SPR memang hebat dan terlalu telus sehinggakan sanggup menunggu sehingga pukul 1 tengahri.

Biar apapun yang kita maki kepada SPR,mereka tetap kebal dan tidak akan mengaku salah waiman sebesar zarah pun meraka tetap betul.Begitulah demokrasi di MALAYSIA pada hari ini semakin hari semakin parah,itu pun ada juga pihak yang nak berbaik-baik dengan UMNO BARISAN NASIONAL.Kebetulan pula masalah yang berlaku sebentar tadi di DUN N 15 MUARA TUANG yang melibatkan CALON PAS.Memasuki hari pertama kempen PRN SARAWAK, bersedialah kita dengan propaganda yang mula di mainkan secara kritikal dan dasyat di TV1,TV3 dan seangkatan denganya.

Di saat PR ka di serang habis habisan bermual hari ini,maka di sinilah kita mengharapkan peranan dan inisiatif penyokong dan pendokong PR untuk membantu.Gunakan kelebihan BUKU JINGGA yang kita punyai untuk membuat serangan balas kepada UMNO BARISAN NASIONAL...LAWAN TETAP LAWAN

HIDUP HARAPAN

UMNO KEDAH BUAT APA NI?



Ini yang di katakan 'BN MENANG KEDAH SENANG'?...Dokumen ini di dedahkan ketika SIDANG DUN KEDAH yang terbaru..

SEBAHAGIAN SENARAI CALON YANG BERTANDING DI DUN SARAWAK

Kongsi 40N065: SENADIN: SARAWAK: 22,432

1. Michael Teo Yu Keng (PKR)
2. Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)

Penyandang: Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,173
Majoriti: 4,799

N08: SATOK: SARAWAK: 10,431

1. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
2. Ahmad Nazib Johari (PKR)

Penyandang: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,222
Majoriti: 2,798

N010: PENDING: SARAWAK: 29,488

1. Prof Dr Sim Kui Hian (BN-SUPP)
2. Violet Yong (DAP)

Penyandang: Violet Yong (DAP)
Undi diperolehi: 11,632
Majoriti: 4,372

N011: BATU LINTANG: SARAWAK: 27,833

1. Sih Hua Tong (BN-SUPP)
2. See Chee How (PKR)
3. Soo Lina (Bebas)

Penyandang: Voon Lee Shan (DAP)
Undi diperolehi: 8,806
Majoriti: 3,407

N045: BUKIT ASSEK: SARAWAK: 26,926

1. Hii Tiong Huat (Bebas)
2. Chieng Huong Toon (BN-SUPP)
3. Wong Ho Leng (DAP)

Penyandang: Wong Ho Leng (DAP)
Undi diperolehi: 10,380
Majoriti: 4,751

N056: BALEH: SARAWAK: 11,287

1. Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS)
2. Bendindang ak Manjah (PKR)

Penyandang: Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS)
Undi diperolehi: 5,330
Majoriti: 4,802

N054: PELAGUS: SARAWAK: 15,322

1. Stanley Nyitar @ Unja ak Malang (BN-PRS)
2. Edward Sumbang ak Asun (PKR)
3. George ak Lagong (Bebas)

Penyandang: Larry Sng Wei Shien (BN-PRS)
Undi diperolehi: 5,965
Majoriti: 3,239

N049: NANGKA: SARAWAK: 14,197

1. Dr Annuar Rapaee (BN-PBB)
2. Norisham Mohamed Ali (PKR)

Penyandang: Awang Bemee Awang Ali Basah (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,202
Majoriti: 4,815

N063: PIASAU: SARAWAK: 16,600

1. Ling Sie Kiong (DAP)
2. Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)

Penyandang: Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,573
Majoriti: 3,918

N04: PANTAI DAMAI: SARAWAK: 14,104

1. Suhaimi Selamat (Bebas)

2. Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)

3. Wan Zainal Abidin Wan Senusi (PKR)

Penyandang: Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,217
Majoriti: 2,164

N047: BAWANG ASSAN: SARAWAK: 16,743

1. Alice Lau Kiong Yieng (DAP)

2. Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)

Penyandang: Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,804
Majoriti: 2,504


N048: PELAWAN: SARAWAK: 28,808

1. Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)

2. David Wong Kee Woan (DAP)

Penyandang: Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,375
Majoriti: 263

N066: MARUDI: SARAWAK: 13,093

1. Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP)

2. Michael Ding Tuah (Bebas)

3. Gerang ak Dagom (PKR)

4. Edwin Dundang ak Bugak (SNAP)

Penyandang: Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,954
Majoriti: 4,284


N070: BA'KELALAN: SARAWAK: 6,958

1. Baru Bian (PKR)

2. Willie Liau (BN-SPDP)

Penyandang: Balang Rining (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 2,064
Majoriti: 475

N09: PADUNGAN: SARAWAK: 23,576

1. Dominique Ng Kim Ho (Bebas)

2. Wong King Wei (DAP)

3. Sim Kiang Chiok (BN-SUPP)

Penyandang: Dominique Ng Kim Ho (PKR)
Undi diperolehi: 8,002
Majoriti: 1,417

N051: BALINGIAN: SARAWAK: 11,792

1. Suriati Abdullah (PKR)

2. Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB)

3. Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas)

Penyandang: Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,393
Majoriti: 5,726

N036: SEMOP: SARAWAK: 8,891

1. Abdullah Saidol (BN-PBB)

2. Ong Chung Siew (PKR)

3. Ajiji Fauzan (Bebas)

Penyandang: Datuk Mohamad Asfia Awang Nasar (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,479
Majoriti: 3,226

PEGAWAI KASTAM PULA MATI DI BANGUNAN SPRM


Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, dan dibebaskan dengan ikatjamin dua hari lalu, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibunegara pagi ini.

Mangsa tersebut difahamkan adalah seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

Sementara itu, Star Online melaporkan bahawa pegawai berkenaan difahamkan balik semula ke pejabat SPRM hari ini untuk menemui pegawai penyiasat.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata pengarah penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Menurutnya, mayat pegawai kastam itu ditemui di tingkat bawah bangunan tersebut pada jam 10.15 pagi.

MKINI

Tuesday, April 5, 2011

SEJARAH TELAH MEMBUKTIKAN


Malaysia kembali KECOH apabila video seks yang di katakan melibatkan DSAI di muat turun ke YOUTUBE.Namun ia seudah di tarik balik sebentar tadi.Bermacam analisis dan teori di ketengahkan selepas video tersebut di sebarkan melalui internet.Secara peribadi saya tidak berkesempatan untuk melihat video tersebut di youtube,tetapi melalui blog-blog sahabat yang lain dan komen daripada mereka yang sempat menonton video tersebut terdapat jawapan yang senada.Bermaksud mereka yang melihat dan menonton video tersebut yang telah di editkan itu menyatakan 'ITU BUKAN DSAI'.

Sudah di ketahui umum bahawa pelakon di dalam video lucah tersebut terdapat perbezaan yang ketara untuk di samakan dengan DSAI.Lainlah jika kita mngikuti BLOG ANTI PKR yang bersungguh-sungguh menyakinkan bahawa DSAI adalah orang yang melakukan adegan SEKS tersebut.

Rancangan dan tuduhan fitnah seperti ini sebernarnya tidak pernah sunyi daripada perbualan orang MELAYU dahulu hingga sekarang.Jika di ungkapkan kembali cerita-cerita sejarah yang melibatkan HANG TUAH,MAHSURI,SANG RAJUNA TAPA dan banyak lagi.Contohnya HANG TUAH juga pernah di fitnah,dengan tuduhan HANG TUAH melakukan hubungan sulit dengan GUNDIK RAJA sehinggakan HANG TUAH DI HUKUM BUNHUH,selepas itu sejarah tercipta HANG JEBAT menuntut bela dan berlaku pergaduh antara HANG TUAH dan HANG JEBAT.Lagenda MAHSURI juga di fitnah sehinggakan di hukum SULA sehingga mati,fitnah yang menimpa MAHSURI juga berkisar mengenai seks.Sama juga SANG RAJUNA TAPA di fitnah dengan tuduhan berkelakuan sumbang dengan gundik raja.Semua ini telah menjadi lipaan sejarah dan menjadi sebahagian pengajaran

Jika di teliti sejak dari dahulu lagi fitnah menjadi asam garam orang melayu dari dahulu hingga sekarang.Tida hairanlah jika zaman sekarang dengan kemudahan IT banyakknya tuduhan yang bersifat fitnah berleluasa,apatah lagi ia melibatkan orang politik yang tidak pernah sunyi.Marilah kita lihat apakan kesudahan tuduhan-tuduhan terhadap DSAI akan berakhir....

HIDUP HARAPAN

BEKAS KETUA AMK KEDAH MENJADI AHLI DEWAN NEGARA


ALOR SETAR, 5 April: Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah yang bersidang semalam telah meluluskan perlantikan Naib Pengerusi Perhubungan PKR Kedah, Saiful Izham Ramli (gambar) sebagai Ahli Dewan Negara berkuatkuasa 21 Mei nanti.

Usul pelantikan beliau telah dibawa oleh Datuk Seri Azizan Abdul Razak (PAS-Sungai Limau) dan disokong oleh Datuk Ir Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit) bagi menggantikan Senator Zamri Yusof apabila tempoh perlantikannya berakhir kelak.

Saiful pada sesi pemilihan parti yang baru lalu telah dipilih menerajui PKR Cabang Merbok setelah penyandang yang juga Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din tidak mempertahankan jawatannya.

Pada pilihan raya umum (PRU) ke-11, buat pertama kalinya beliau telah dipilih untuk bertanding menentang calon Barisan Nasional, Datuk Zainuddin Maidin di kerusi Parlimen Merbok tetapi tewas dengan majoriti 15,162 undi.

Azizan ketika mengemukakan usul tersebut turut merakamkan penghargaan rakyat di negeri itu kepada Zamri yang memberikan perkhidmatan cemerlang sepanjang tempoh memegang jawatan tersebut.

Sementara itu, Dun Kedah turut dimaklumkan tentang perlantikan semula Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Yusof Hussin bagi tempoh sepenggal lagi berkuatkusa pada tarikh yang sama.

Monday, April 4, 2011

KEADILAN BERTANDING 47 KERUSI DI SARAWAK?


SIBU: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan bertanding di 47 buah kerusi Dewan Undangan Negeri bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke 10, 16 April ini.

Perkara itu diumumkan pada majlis pengumuman calon dan penyerahan watikah bagi zon Sarawak Tengah dan utara yang diadakan di sebuah hotel di sini sebentar tadi.

Keadilandaily difahamkan sebanyak 4 kerusi lagi masih diperingkat rundingan oleh Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali di Kuching.

Ketua umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, KEADILAN bersama rakan Pakatan Rakyat dari Pas dan Dap akan memberikan saingan sengit kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya tersebut.

“Kita akan bersungguh-sungguh berkempen dan memberikan penerangan kepada penduduk Sarawak untuk memberikan dokongan kepada Pakatan Rakyat.

“Pilihan Raya Sarawak kali ini merupakan sejarah kerana buat pertama kalinya Barisan Nasional diberikan tentangan paling sengit,” kata anwar dalam ucapannya.

Hadir pada majlis tersebut ialah dua Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Fuziah Salleh bersama-sama Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian.

Program yang serupa turut diadakan bagi kawasan sarawak selatan yang dikendalikan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

Berita lanjut menyusul

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10555