SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Saturday, January 21, 2012

BUAH LIMAU DAN KAD UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU CINA


Hari ini berlangsung program penyerahan buah limau di sekitar PARLIMEN PADANG SERAI.Program bermula sekitar jam 9 pagi dan berakhir jam 12 tengahari.Program tersebut di hadiri oleh KETUA AMK KEDAH dan SENATOR SAIFUL IZHAM RAMLI.Tujuan program sebegini di lakukan kerana ia memupuk semangat persaudaraan di antara masyarakat dan PARTI KEADILAN RAKYAT.Walaupun buah tangan yang diberikan tidak seberapa jika hendak di bandingkan dengan apa yang di berikan oleh UMNO BARISAN NASIONAL,namun ia cukup menunjukkan bahawa PARTI KEADILAN RAKYAT sentiasa dekat dengan hati rakyat.

Episod duka dan hitam yang di tinggalkan ADUN LUNAS dan MP PADANG SERAI telah mengkhianati pengundi PR tetapi tidak sedikit pun melemahkan JENTERA PARTI KEADILAN RAKYAT di PARLIMEN PADANG SERAI khususnya JENTERA AMK PADANG SERAI.Berbekalkan BUAH LIMAU dan KAD UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU CINA program hari ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

HIDUP HARAPAN

Fitnah II: Rayuan AG bukti penganiayaan politik terhadap Anwar- peguam

KUALA LUMPUR 20 Jan: Peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair berkata, tindakan peguam negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan kes fitnah II, membuktikan penganiayaan politik terhadap ketua pembangkang itu.

Beliau mengulas keputusan Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar dari pertuduhan liwat, 9 Januari lalu.

Dalam satu kenyataan segera lewat petang tadi, Sankara berkata beliau belum secara rasmi dimaklumkan perkara itu oleh pihak pendakwa.

“Bagaimanapun jika benar, maka itu adalah paling disesali dan kejam kerana hakim perbicaraan telah menyatakan dengan ringkas, dalam keputusannya yang bukti penting (perbicaraan) sudah “diusik “.

“Maka asas kes pendakwaan sudah termusnah, menyebabkan sebarang rayuan, tidak kira berapa kali, adalah satu tindakan terakhir dan sia-sia.

“Nampaknya ia adalah satu kes penganiayaan politik terhadap Anwar dan bukan tujuan pendakwaan,” tegas beliau.

Tarik balik notis rayuan

Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran mendesak Tan Sri Abdul Ghani Patail menarik balik notis rayuan tersebut.

Ini kerana katanya, tindakan itu jelas berniat jahat dan dibuat atas arahan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

“Jika mereka enggan menarik balik, mereka (Umno-BN) bakal berdepan mala petaka pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang kerana rakyat sudah muak dengan kezaliman Umno dan Najib terhadap Anwar,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Beliau juga berkata rayuan itu menunjukkan konspirasi berterusan Najib terhadap Anwar menjelang PRU akan datang.

“Sudah pasti kita mengecam sekeras-kerasnya tindakan Ghani ini,” katanya lagi.

Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman berkata beliau mendapati tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.

Keputusan itu disambut baik badan-badan perundangan di Malaysia dan luar negara, serta dialukan oleh pemimpin dan masyarakat antarabangsa.

Wednesday, November 2, 2011

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Kedah

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Kedah dan Pulau Pinang

3 November 2011 (Khamis)

Program 1) Kedah

7.30 – 10.00 malam – Rumah Terbuka Deepavali Negeri Kedah

Lokasi: Perkarangan Tapak Karnival, Cinta Sayang Resort, Sungai Petani

Tetamu:

1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2. YAB Dato’ Seri Azizan Abdul Razak

3. YB S Manikumar

4. Exco-exco Kerajaan Kedah

5. Pimpinan Pakatan Rakyat

PIKET MTUC..............JOM JOIN!!!!!!!!!!!!!!1

Friday, October 21, 2011

PANAS DI UIA !!!!!!!!!!!!!!


Beberapa orang pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) manakala orang awam dihalang daripada memasuki bangunan tersebut.

Menurut seorang pengawal keselamatan, selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk.

"Hanya sidang media jam 12 tengahari sahaja dibenarkan, selepas itu orang awam tak dibenarkan masuk, nak sembahyang Jumaat pun tak boleh.

"Kami terima arahan tak benarkan orang awam dan media masuk hari ini,” kata pengawal keselamatan itu.

Tindakan itu dipercayai bagi membantutkan usaha kumpulan mahasiswa yang mahu berdemonstrasi terhadap UIA yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.

Sementara itu, wartawan Abdul Rahim Sabri yang tiba di UIA sejak pagi tadi, melaporkan kira-kira 700 mahasiswa sedang berhimpun membantah penggantungan Abdul Aziz.

Perhimpunan itu berlansung di perkarangan masjid UIA selepas solat Jumaat.

Mereka melaungkan “Hidup Ilmu”, “Lawan Kezaliman”, “Bebas Aziz Bari” dan menuntut kebebasan akademik di universiti khususnya di kampus berkenaan.

Mereka berhimpun untuk menyokong dan mendokong Abdul Aziz dan mendesak universiti membatalkan hukuman penggantungan kepada pakar pelembagaan itu.

Sewaktu mereka hendak berarak menghantar memorandum, berlaku kekcohan apabila pengawal keselamatan universiti cuba menghalang mereka menghantar memorandum kepada rektor UIA, menyebabkan berlakunya tolak menolak berlaku.

Semalam UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

PELABURAN PERJUANGAN


Gendang pilihanraya semakin hampir nampaknya,mak bermulalah perlumbaan untuk menjadi calon.Berusaha itu tidak salah tetapi jangan sampai melampaui batas dan norma kehidupan.Bercakap isu calon mahupun pengorbanan jelek rasanya nak teruskan,ia kerana ada ahli politik yang menganggap perjuangan mahupun berpolitik ni di samakan pelaburan.Mungkin ia lebih untung dari SKIM CEPAT KAYA yang berada di malaysia.

Apabila merasakan diri sudah banyak berkorban wang ringgit sudah ada yang meminta balasan.Perjuangan tidak mudah,jika mudah sudah tentu ramai orang lain juga akan turut sama berjuang.Ini yang di katakn keikhlasan di dalam melakukan kerja dan juga berpolitik amat di tuntut.Bukannya dengan nada angkuh lagi riak saya 'saya telah mengorbankan 30k kepada parti'.Jika itu yang telah dikeluarkan.so what?......nak jadi calon untuk cover balik duit yang telah di keluarkan?ini yang di namakan barah yang boleh merosakkan sesebuah parti jika atas pimpinan di peringkat atasan mahupun bawahan berfikiran sebegini.

Perlu diingatkan bahawa perjuangan bukannya SKIM CEPAT KAYA yang menjanjikan pulangan.Perjuangan ini murni,seharusnya ia perlu di baja dengan kesungguhan dan bukannya habuan sebagai calon mahupun kedudukan.Bukan jaminan jika berjuangn semestinya kemenangan hadir dalam sekelip mata.Sedarlah wahai politikus yang sedang bermain catur,jika hendak melabur di dalam perjuangan...ambillah duit itu melaburlah ke tempat lain..kerana perjuangan tidak perlukan manusia seperti anda yang mahukan keuntungan politik daripada keikhlasan dalam perjuangan.

PERGILAH MAIN JAUH-JAUH!

HIDUP HARAPAN

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM BERADA DI SERDANG