Rakyat sudah semakin matang dan semakin bersedia untuk berdepan dengan umno dan kelicikan mereka.Tetapi satu "setback" terbesar dan terpenting kepada rakyat sekiranya DSAI dihantar kembali ke penjara atas kesalahan yang cukup jelas direka reka oleh umno.Untuk itu,rakyat juga harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang terburuk ini
SEMARAK REFORMASI
LAGU SELOKA KEDAH
Saturday, May 19, 2012
GELOMBANG UAI
Fenomena UIA sedang menular ketika ini di seluruh malaysia.Walaupun sy tidak bersempatan ke GURUN semalam tetapi kehangatan sambutan terhadap cermah agama oleh USTAZ AZHAR IDRUS sememangnya menakjubkan.Kalah org berpolitkik bercermah kehadiran mencecah puluhan ribu.Biarpun latar belakang hadirin yang hadir bermacam2 fahamn politk,namun ia menggambar rakyat pada hari ini dahaga satu kefahaman islam yang jelas dan juga seorang tokoh ulama yang seakan-akan neutral.Berbeda dengan perspektif orang politik yang semestinya akan menggabungkan elimen tertentu untuk mendapat political millage.
Apa pun kehadiran UAI ini menggemparkn MALAYSIA tetapi tidak di hebohkn oleh TV3 SUKU dan seangkatan dengannya.TV3 tidaka kan memebri liputan yang meluas kepada UAI kerana ada juga komen beliau menghentam kepimpinan NAJIB RAZAK,ini yang tinyak menyedapkan hati para pemimpin UMNO.Nescaya pemimpin UMNO kedah juga tahu akan kehadiran UAI semalam.Di kahbarkan 3 km dari SURAU PERWAJA terdapat satu program lagi yang menjemput beberapa kumpulan nasyid.Program tersebut di adakan pada tarikh dan waktu yang sama CERAMAH UAI berlangsung.Ini mungkin percubaan mengurangkan jumlah kehadiran orang ramai.
UMNO KEDAH pastinya tidak tidur lena kali ini,ia kerana kehadiran yang mencecah 30k rata2nya penduduk di dalam negeri kedah dan kebanyakkannya penyokong PR.Jika kita masih ingt ketika zaman MAHATHIR memeirntah selepas DSAI di pecat,masakan ada tempat kuliah yang pelik semstinya di serbu ataupun ustaz2 di soal siasat polis,sehinggakan SAR juga menjadi mangsa ketika itu.Cuba kita bayangkan jika UAI terkenal di ZAMN MAHATHIR MEMERINTAH nescaya UAI akan turut di soal siasat dan sebagainya,dengan kehadiran orang ramai yang terlalu ramai semestinya merisaukn pimpinan UMNO.Tapi apakan daya najib lagi risau KES SCOPINE di MAHKAMAH PERANCIS.Najib tak sempat untuk berfikir perkara yang belaku di dalam MALAYSIA,nak harapkan MUHYIDDIN?TPM sendirpun harap NAJIB bungkus sekali dengan rosmah.
Rumusannya di sini rakyat negeri kedah mempunyai asas agama yang baik dan ini akan menyukarkan UMNO untuk merampas semula KEDAH dari TANGAN PR...kita merancang tuhan juga merancang..tapi perancangan allah sebaik-baik perancangan.
hidup harapan
Asas FGVH Lemah, IPO Didorong Politik Bukan Ekonomi
KEADILAN mengulangi pendirian kami bahawa FELDA kini adalah terlalu dipolitikkan. Berdasarkan analisis terkini, kami percaya bahawa IPO ini didorong oleh politik dan bukannya berdasarkan kekukuhan kewangan FGVH. Kami merujuk kepada laporan semalam dari Wall Street Journal mengenai IPO FGVH, di mana kebimbangan telah dibangkitkan mengenai keuntungan FGVH kerana profil pokok kelapa sawit yang tersangat teruk.
Pada amnya, sesuatu syarikat akan cuba IPO di bursa apabila ia berada dalam kedudukan yang kukuh (untuk mendapatkan penilaian maksimum) atau apabila masa hadapan kewangan syarikat tersebut adalah ternampak sangat cemerlang. Bisnes FGVH bukanlah berada didalam kedudukan yang kukuh dan masa hadapan untuk pertumbuhan yang tinggi adalah sangat terhad. Prospektus IPO mendedahkan bahawa kedudukan sebenar FGVH di dalam pengurusan perladangan adalah memang lemah.
Pada asasnya, profil umur pokok sawit FGVH mendedahkan bahawa lembaga pengarah FELDA tidak memberi tumpuan sewajarnya kepada pengurusan penanaman pokok. Sangat mengejutkan adalah 53% daripada pokok-pokok sudah tua, 31% muda dan tidak matang dan hanya 16% pokok sawit pada tahap matang perdana. Bayangkan sebuah syarikat yang berprestasi hanya pada tahap 16% daripada potensi sebenarnya membuat percubaan IPO.
Sebagai perbandingan am, sebuah ladang yang sihat diurus dengan baik akan mempunyai profil pokok berusia 7% pokok tua, dan 15% muda dan belum matang dan 78% matang perdana.
FGVH perlu menanam balik dan menunggu selama sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum majoriti pokok pokok sawitnya menjadi matang perdana. Jadi jika anda membeli saham FGVH pada hari ini, kemungkinan besar anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum FGVH pulih ke tahap pengurusan perladangan yang baik.
Oleh demikian, jika pada asasnya FGVH memang tidak bersedia untuk IPO kerana pengurusan ladang yang lemah, mengapa pula Kerajaan dan FELDA tergesa-gesa untuk menyenaraikan?
FELDA dan kerajaan perlu menjawab mengapa mereka begitu gila sangat mengejar IPO ini. Adakah IPO ini sebenarnya satu corporate exercise yang didorong politik dan disokong oleh lembaga pengarah yang kual berpolitik? Adakah dorongan utama bertujuan untuk memperkayakan bank, dan penasihat, pengarah-pengarah FELDA dan juga untuk menyediakan pembayaran durian runtuh kepada peneroka untuk membeli sokongan politik di dalam pilihan raya yang akan datang? IPO FGVH adalah satu IPO yang sebesar RM10.2 billion, ianya yang kedua di dunia tahun ini dan pihak bank dan penasihat kepada IPO ini akan untung yuran berpuluh-puluh juta ringgit.
KEADILAN menuntut dari FELDA dan kerajaan satu pendedahan yang terperinci mengenai yuran-yuran yang bakal diterima oleh pihak bank dan penasihat, hasil daripada IPO ini yang tidak masuk akal.
WONG CHEN,
PENGERUSI BIRO PELABURAN DAN PERDAGANGAN
16 MEI 2012
Thursday, May 10, 2012
BUKU CERITA KAK WAN BERADA DI PASARAN
Buku yang bertajuk CERITA KAK WAN yang telah di bukukn boleh dapatkan daripada saya,buku ini berkisar kisah kehidupan DATIN SERI WAN AZIZAH dari kecil sehingga hari ini.Suka dan duka melalui detik mencabar DSAI di penjarakan juga di ceritakan di dalam buku tersebut...
Hasil jualan ini juga akan di gunakan sebagai dana PRU 13 yang bakal tiba tidak lama lagi..
Jika berminat hubungi saya 012 4419349(WAN)...........KHIDMAT POS TURUT DI GUNAKAN KEPADA PELANGGAN YANG DI LUAR KAWASAN...
Monday, April 30, 2012
WAJAH MANGSA KEKEJAMAN POLIS......LIHATLAH
Inilah yang di namakan negara kuku besi,guna polis untk mempertahan kan kuasa.Rakyat di layan sebegini sedangkn pemimpin umno yang rasuh masih bebas.Ini bukti kekejaman pihak polis ke ats peserta demontrasi bersih 3.0.Pemuda ini datang ke KL dengan niat yang baik dan tidak sedikit pun menyimpan hasrat untuk bertumbuk mahupun bertempur dengan pihak polis,namun inilah yang beliau terima.Media arus perdana tidak menyiarkn berita ini yang ada hanya berita polis di pukul....Inilah negara tercinta MALAYSIA TANAH AIRKU...
Saturday, April 21, 2012
Wednesday, April 11, 2012
BAJU BERSIH 3.0...SEDIA MENERIMA TEMPAHAN
Subscribe to:
Posts (Atom)




