SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Wednesday, May 20, 2009

GEMPAR..


MENGIKUT SATU SUMBER MENGATAKAN BAHAWA GAMBAR INI DI AMBIL DI SABAH.IA BERLAKU KERANA ORANG UMNO SENDIRI TIDAK BERPUAS HATI DENGAN PIMPINAN UMNO SABAH.

SERPIHAN HENDRAF TUBUH PARTI POLITIK


Kumpulan serpihan Hindraf telah menubuhkan sebuah parti politik kaum India - Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) tetapi menafikan ia ada sebarang kaitan dengan BN.

Bekas penyelaras Hindraf, RS Thanenthirran, yang mengetuai parti tersebut, mengesahkan hari ini bahawa MMSP didaftarkan dua bulan lalu.

Mendaftar parti politik baru memang sukar di Malaysia. Contohnya, pendaftaran Parti Sosialis Malaysia (PSM) hanya diluluskan baru-baru selepas 10 tahun berusaha - tetapi Thanenthirran menunjukkan sijil kelulusannya di sidang akhbar tersebut (kiri).

Walaupun diluluskan dalam tempoh yang singkat, beliau bagaimanapun menafikan Makkal Sakti akan cenderung menyokong kerajaan BN.

Bekas penyelaras Hindraf, RS Thanenthirran, yang mengetuai parti tersebut, mengesahkan hari ini bahawa MMSP didaftarkan dua bulan lalu.

Mendaftar parti politik baru memang sukar di Malaysia. Contohnya, pendaftaran Parti Sosialis Malaysia (PSM) hanya diluluskan baru-baru selepas 10 tahun berusaha - tetapi Thanenthirran menunjukkan sijil kelulusannya di sidang akhbar tersebut (kiri).

Walaupun diluluskan dalam tempoh yang singkat, beliau bagaimanapun menafikan Makkal Sakti akan cenderung menyokong kerajaan BN.

"Kita akan bekerjasama dengan mana-mana parti tanpa mengira sama ada ia dari Pakatan Rakyat atau BN. Jika mereka membawa manfaat kepada masyarakat India, kita akan sokong mereka tanpa sebarang syarat," katanya, sambil menegaskan bahawa ia tidak semestinya bekerjasama dengan MIC.

Bercakap dalam sidang akhbar di Petaling Jaya, Thanenthirran juga berkata tidak sesiapa pun yang membiayai parti tersebut.

"Jika mereka hendak bagi kita wang, kita akan ambil... kerana kita tidak boleh bergerak jika kita tidak ada wang," tegasnya.

TUAN PENYAPU DI GANTUNG

DUN SELANGOR GANTUNG KHIR TOYO SETAHUN - mkini

Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah menggantung ketua pembangkang dan bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo daripada menghadiri sidang DUN selama setahun.

Tindakan itu diambil ekoran kegagalan beliau menghadiri siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor Mac lalu berhubung perbelanjaan dana agensi kerajaan negeri.

Jawatankuasa itu - di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor - juga mendapati beliau bersalah terhadap tiga tuduhan membuat kenyataan yang menghina legitimasi Selcat, dalam media dalam dalam blognya

Tuesday, May 19, 2009

ANWAR IBRAHIM GEGAR TAMAN MEDAN

EMPAT PENJURU DI PRK PENANTI?


KENAPA CALON BEBAS KEBANYAKKANNYA MISAI MACAM TU,KETIKA PRK BUKIT SELAMBAU ADA (TOK MISAI)
info terkini : 4 borang pencalonan telah dibeli setakat hari ini

KAK MIN OH KAK MIN


Hari ini dalam sejarah BARISAN NASIONAL tidak akan meletakkan calon pada PRK PENANTI.Biarpun pelbagai andaian di berikan namun keputusan ini melihatkan BARISAN NASIONAL terutamanya UMNO dah tak macam UMNO dahulu.UMNO kini dah jadi PARTI untuk cari projek dan parti untuk kroni sahaja.UMNO kini lebih penakut dari UMNO dahulu,jadi tidak peliklah apabila TUN MAHATHIR mengatakan UMNO perlu bertanding kalau tidak UMNO akan di lihat takut kalah.Orang utara kata"TAK DAK TELOQ"MAHATHIR faham sebab dia orang kedah.

Selesai sudah BARISAN NASIONAL umum tak akan meletakkan calon,timbul pula calon bebas nak masuk bertanding.Nama pun sama dengan NAMA ISLAM ALTANTUYA (AMINAH ABDULLAH.AMINAH ini semestinya tidak akan menarik diri kerana ia akan di dorong oleh beberapa orang bekas bekas bekas bekas orang PKR.Tidak perlu di sebut lagi nama hamba allah itu yang akan membantu KAK MIN semasa berkempen.Individu-individu yang akan membantu KAK MIN ini semestinya dari kalangan bekas bekas bekas PKR,tetapi kali ini mungkin tidak ada ceramah untuk bekas bekas bekas PKR lagi.Muka-muka ini akan di gunakan untuk mencemuh DSAI dan pimpinan PKR yang lain.Kita jangan pula lupa KAK MIN juga bekas bekas bekas PKR.

Tinggal 4 hari lagi untuk proses penamaan calon di adakan,sehingga kini hanya KAK MIN sahaja yang mengambil borang pencalonan di pejabat SPR selain calon PKR DR MANSOR OSMAN.Selain daripada mereka tidak ada lagi,tetapi mungkin HJ P AKIM pula ada hati nak bertanding apa salahnya.Contoh kejayaan calon BEBAS ketika PRK BUKIT SELAMBAU harus di jadikan iktibar oleh KAK MIN dan raka-rakan bekas bekas PKR.Calon bebas sebanyak 13 orang di BUKIT SELAMBAU TIDAK DAPAT MENGURANGKAN UNDI UNTUK PAKATAN RAKYAT MALAHAN MENINGKAT.Lebih baik KAK MIN ambik duit DEPOSIT CALON agihkan kepada kawan-kawan yang menjadi bekas bekas bekas PKR.Semestinya jika KAK MIN bertanding bukan setakat WANG DEPOSIT HILANG malahan maruah dan kerier politik KAK MIN AKAN BERKUBUR bersama pengundi hantu yang tidak dapat muncul di PENANTI.Sudahlah KAK MIN ini bukan masa hendak tunjuk ego,yang untung BUKAN KAK MIN tetapi bekas bekas PKR akan mengutip keuntungan.

Monday, May 18, 2009

TERKINI,BN TAK BERTANDING DI PENANTI

BARISAN NASIONAL TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK TIDAK BERTANDING DI PRK PENANTI.PERTAMA KALI DALAM SEJARAH BN TAKUT KALAH DAN MENJADI PENGECUT.