SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Tuesday, June 23, 2009

TEKSI DI IRAN


Di negara IRAN trdapat beberapa perkara yang unik untuk di kongsi bersama,perkara yang unik ini saya dapati dari rancangan NATIONAL GEOGRAFI sebentar tadi yang mengisahkan kehidupan rakyat iran.Memandangkan konflik pasca pilihanraya iran semestinya dunia memerhati negara republik islam itu.

Perkara yang menarik bagi saya adalah adanya siatem teksi khas untuk wanita sahaja.Teksi untuk wanita sahaja di sediakan memandangkan banyak masalah berlaku apabila pemandu lelaki penumpangnya wanita,banyak masalah kes pencabulan di laporkan.Jesteru itu kerajaan iran menyediakan teksi khas untuk wanita di gelarkan (WOMEN TAXI).Warna teksi untuk wanita berbeza dari teksi biasa,teksi untuk wanita berwarna hijau berbanding teksi biasa berwarna kuning.Teksi tersebut tidak di benarkan lelaki menjadi penumpang,pemandunya juga seorang wanita.Dengan adanya perkhidmatan seperti ini kes-kes pencabulan turun dengan mendadak.

Terdapat satu lagi keunikan bagi saya,mengenai PARLIMEN IRAN.Di dalam ramai-ramai ahli parlimen iran terdapat seorang AHLI PARLIMEN IRAN BERBANGSA YAHUDI.Bagi mereka ia tidak pelik, tetapi bagi kita sebagai orang luar dari negara iran merasakan suatu info atau pemngetahuan yang bagus untuk di kongsi.Di negara iran terdapat sekitar 25ribu orang yahudi dan mereka juga di benarkan beribadat tanpa ada sebarang masalah.Keadaan ini cukup berbeza dari apa yang di propagandakan oleh barat.Seorang AHLI PARLIMEN IRAN BERBANGSA YAHUDI bernama MERCEDE,beliau berkata ia menjadi AHLI PARLIMEN MEWAKILI PENDUDUK YAHUDI 25RIBU DI IRAN DAN SAYA TIDAK PERNAH MERASAKAN GANJIL KERANA IRAN JUGA NEGARA SAYA.BELAU JUGA MENGKRITIK NEGERA ISRAEL KERANA MEMBUNUH RAKYAT PALESTINE YANG TIAK BERDOSA.TAMBAH BELIAU LAGI,ITULAH BEZANYA ANTARA YAHUDI DAN ZIONIS.

UNTUK PEMIMPIN UMNO,BERANI KE TEGUR PEMIMPIN UMNO?BEZAKAN DI ANTARA AHLI UMNO DAN PEMIMPIN UMNO.

HIDUP HARAPAN

KUBUR DI SINGAPURA..

Berikut adalah Kawasan Perkuburan Islam di Singapura

Hakikat yang tak dapat ditolak, pusara ni semua memang sangat cantik.
Malah teramat-amat cantik. Tentu ada antara korang yang terniat nak ada
kubur macam ni bila dah KO nanti. Tapi mengapa kubur-kubur sebegini
dikatakan haram? Baca artikel di bawah.


Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:


Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,


“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur
(di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan
diatasnya.”


(Hadith Riwayat Imam Muslim)


Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama
jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam
kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam
upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh
mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan
berbangga..


Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar
(marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah
shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang
ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat
dimurkai Allah subhanahuwata’ ala.


Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.


wALLAHua’lam. .





Monday, June 22, 2009

UG BERKUBUR..

Ketika ini puak-puak yang setuju UG semestinya sedang bungkus pakaian untuk melarikan diri,puak-puak nie mungkin akan meninggalkan negeri pantai timur,pergi ke MADAGASCA mengikut jejak langkah THAK SIN mencari suaka politik.Bagi aku perancang UG sudah dapat menduga nasib yang bakal mereka tempuhi,nak balik kawasan pun tak boleh oi..

Lebih baik duduk rumah menguap aje lagi bagus,terimalah kenyataan semua parti di dalam PR memerlukan antara satu sama lain,jangan berangan nak jadi hero tak di dendang.Sudahla puak-puak UG,mana-mana yang dah tak cakap dengan kawan kerana UG nie berbaiklah semula.UG dan berkubur,g la lepak sama-sama tak payah nak bermasam muka,bukan elok pun muka macam tu.tp...yang ini elok yob..

TERKINI,PRO UG MENANGIS



TERKINI : Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno/Barisan Nasional yang disifatkan suatu fitnah dan tindakan untuk menggugat kekuatan mereka.

Dalam satu kenyataan media yang diedarkan di Parlimen sebentar tadi, ia menyifatkan idea itu sebagai fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, ia menyatakan Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan BN bagi membincangkan isu yang membabitkan kepentingan negara.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan," menurut kenyataan yang ditandatangani pemimpin tiga parti terbabit iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul hadi Awang dan Lim Kit Siang.

KEPADA PUAK-PUAK YANG SETUJU DENGAN UG PASTI AKAN MENANGIS WAAAAAWAAAAAAAAAAA WAAAAAAAAWAAAAAAAAWA WAAW WAA

NASIB UMNO DI DUBUR SAIFUL BUKHARI AZLAN


Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Julai.

Sementara itu, tarikh perbicaraan permohonan untuk mendapatkan dokumen dan bahan bukti yang berkaitan akan bermula pada 1 Julai ini.

Keputusan itu dibuat oleh hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Zabidin hari ini dijadual untuk mendengar permohonan Anwar supaya mahkamah memerintahkan pendakwaan menyediakan semua dokumen berhubung dengan tuduhan liwat itu.

Bagaimanapun menurut peguam Anwar, R. Sivarasa pihaknya telah menerima empat dokumen rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV), laporan kimia, kenyataan saksi Anwar dan laporan perubatan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dari pengawai penyiasat minggu lalu tetapi masih menunggu dokumen lain.

"Perbicaraan hari ini terpaksa ditangguhkan pada 1 Julai kerana masih ada dokumen dan barangan kes yang masih belum dibekalkan oleh pihak pendakwaan.

"Memang mereka telah memberi dokumen yang mereka katakan, tapi bagi kita apa yang mereka bagi tak memenuhi keperluan undang-undang seperti dibawah Seksyen 5, 51 dan 51 A kanun acara jenayah.," katanya ketika ditemui media.

Pada Rabu lalu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memfailkan permohonan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Dalam permohonan yang difailkan oleh peguamnya, S.N.Nair, Anwar, 62, juga memohon perintah membatal dan membebaskan beliau dan sebuah perintah menangguh perbicaraan kes liwatnya yang ditetapkan dari 1 hingga 24 Julai ini.

Beliau menamakan Pendakwa Raya sebagai responden dalam permohonan tersebut.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, 23, di Unit 1151, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lepas.

Kami telah melaporkan sebelum ini bahawa laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang diperakukan oleh 3 pakar mengesahkan tidak ada bukti Saiful Bukhari Azlan diliwat sebagaimana yang didakwa oleh beliau, kata peguamabela Datuk Sri Anwar Ibrahim, Sivarasa Rasiah.

Justeru pihak pembelaan yakin laporan itu bersama bukti- bukti lain akan menunjukkan tuduhan liwat terhadap Anwar adalah tidak benar dan rekaan semata- mata.

Bercakap kepada media di satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, peguam Sivarasa dan seorang lagi peguam Anwar, Amir Hamzah Arshad berkata pendakwaraya perlu membuktikan wujudnya penetrasi untuk menyabit kesalahan Anwar Ibrahim.

“Bukti terpenting dalam mana-mana dakwaan rogol atau liwat adalah bukti mengesahkan berlakunya penetrasi. Namun, tidak ada penemuan klinikal yang mencadangkan adanya liwat dan tidak ada kesan luka mempertahankan diri pada tubuh pesakit,” kata Amir Hamzah.

Laporan perubatan HKL itu bertarikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan.

Laporan HKL ini seraya menguatkan lagi laporan awal dari Hospital Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) yang turut mengesahkan tidak ada penetrasi keatas tubuh Saiful Bukhari Azlan.

Saiful membuat laporan polis kononnya beliau diliwat oleh Anwar beberapa hari selepas bertemu dengan Perdana Menteri Najib Razak.

Najib ketika itu sedang mengarahkan kempen untuk menumpaskan Anwar pada pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh.

Najib menggunakan laporan polis itu sebagai modal politik namun rakyat menolak fitnah berkenaan. Anwar menang dengan majoriti besar di Permatang Pauh dan diangkat menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.

Meskipun tuduhan liwat itu amat rapuh sebagaimana yang terbukti dengan dua laporan pihak perubatan, Najib merestui tindakan Peguam Negara Gani Patail membawa pertuduhan terhadap Anwar ke mahkamah.

Peguam Amir Hamzah berkata persiapan pembelaan untuk Anwar kini perlu dilengkapkan dengan bukti dan dokumen tertentu yang belum diserahkan pihak kerajaan.

HOT HOT

Dahulu Anwar Ibrahim dijatuhkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno selepas buku “100 Dalil Mengapa Anwar Tidak boleh jadi PM” di keluarkan.

Buku tersebutlah punca Anwar diperlakukan dengan kejam dan akhirnya merengkok dalam penjara selama 6 tahun.

Semalam saya menerima email dari seseorang yang tidak dikenali iaitu email yang sama menghantar link video mengenai Rosmah. Email tersebut bertajuk “100 Dalil Mengapa Najib tak boleh jadi PM“. Ditinggalkan link yang membawa kita kesebuah blog yang mempaparkan sebahagian daripada buku tersebut

Setelah diselidiki ia iadalah buku yang pernah diterbitkan beberapa tahun lalu, tetapi menurut email yang dihantar menyatakan buku ini sedang peringkat akhir akan dicetak sebanyak puluhan ribu naskah untuk edaran percuma.


Nampaknya serangan terhadap Najib bertambah serius... dengan cara kempen taktik dan wang yang dibelanjakan nampaknya 'geng dalam Umno' yang menyerangnya amat serius

CHEGUBARD


KES ANWAR DI TANGGUH

KUALA LUMPUR 22 Jun – Perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya diadakan di Mahkamah Tinggi di sini mulai 1 Julai ditangguhkan kepada 8 Julai.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan tarikh tersebut bagi mendengar dua permohonan lain yang dikemukakan oleh Anwar.

Hakim tersebut menetapkan 1 Julai untuk mendengar permohonan Anwar supaya dibekalkan dengan dokumen dan barangan berkaitan kes liwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Mahkamah juga akan mendengar pada 8 Julai ini permohonan Ketua Pembangkang tersebut untuk membatalkan pertuduhan liwat yang dihadapinya. - Utusan

NI BARU PERMULAAN....kita tengok rentetan ceritera selepas ini