SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Friday, April 22, 2011

KENAPA AZIZ BARI KRITIK PRESIDEN PAS?


TEMERLOH, 21 April: Kenapa PAS dikritik pedas oleh beberapa orang penulis, penganalisis politik dan juga blogger sejurus selepas kegagalan parti menawan sebarang kerusi di Sarawak?

“Kerana kekecewaan yang amat sangat terhadap sistem politik negara, berleluasanya rasuah, salah tadbir, salahguna kuasa dan perlanggaran undang-undang dan peraturan yang terang-terang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional, maka lahirnya pelbagai kritikan pedas beberapa penulis, penganalisis politik dan blogger terhadap PAS.

“Barangkali inilah juga yang menyebabkan terlahirnya pandangan pedas daripada Dr Aziz Bari, kerana keinginan melihat Barisan Nasional tumbang hari ini dan terlahirlah sebuah kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih baik,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Manketika mengulas kritikan penganalisis politik, Dr Abdul Aziz Bari terhadap PAS dan Presiden, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata besar kemungkinan kerana Aziz lebih “menyayangi” (menaruh harapan tinggi) PAS serta kegagalan parti dalam beberapa pilihan raya kecil dan juga pilihan raya negeri Sarawak dan didorong dengan kebosanan yang meluap-luap terhadap Barisan Nasional, Aziz telah mengkritik PAS dan Hadi sejurus kegagalan parti untuk menawan sebarang kerusi Dun di Bumi Kenyalang.

“Beliau tidak menyerang DAP atau PKR mungkin kerana beliau lebih sayangkan PAS berbanding parti lain.

“Sebagai seorang yang amat pakar dan matang dalam analisa politik negara, sebagai contoh, beliau tentu faham akan impak politik yang terpaksa dihadapi oleh PAS dan PKR di kawasan majoriti Melayu dan Islam apabila Umno dan BN memainkan isu perkauman, justeru Baru Bian diumumkan akan dilantik sebagai Ketua Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang.

“Akan tetapi, mungkin kerana kebosanannya kepada BN yang meluap-luap - sehinggakan beliau merasakan bahawa PAS tidak sepatutnya kalah dalam pertandingan ini. Apabila kita tewas, sudah tentu beliau kecewa kerana harapan tingginya pada PAS,” terangnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau juga menjelaskan adalah mudah untuk Tuan Guru Abdul Hadi menjadi tumpuan pengkritik apabila parti tidak dapat mencapai apa yang dihajatkan, namun beliau menasihatkan supaya para pengkritik turut menghargai jasa yang ditumpahkan oleh mereka dalam perjuangan PAS dan memberi cadangan penambaikan agar mereka yang tercedera tidak tersinggung dan mereka yang masih belum hilang kepenatan akan berasa sedikit terhibur.

“Tentulah mereka yang bertungkus-lumus berusaha untuk memenangi sebuah perjuangan tidak akan sama dengan mereka yang membuat ulasan selepas mengetahui keputusan,” katanya.

Tambahnya, penasihat yang baik ialah mereka yang mencadangkan sesuatu sebelum berlaku, dan pengkritik yang mengulas sesuatu selepas berakhir sesuatu pilihan raya dengan menyatakan, ‘sekiranya itu dan sekiranya ini’ walaupun penting, namun sudah tentu tidak banyak membantu jika dibandingkan dengan seorang penasihat.

“Yang pasti kritikan itu lahir kerana keghairahan yang tinggi untuk melihat tumbangnya BN,” ulasnya secara positif.

KETUA POLIS NEGARA DI KEJARKAN KE HOSPITAL

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dikejarkan ke Hospital Pantai di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Ismail, 58, dimasukkan ke hospital itu pada kira-kira jam 10.30 pagi selepas menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Beliau dilaporkan tiba-tiba rebah dan mengadu keletihan.

Sementara itu, Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Robiah Abd Ghani yang dipetik Bernama berkata pemeriksaan doktor mendapati Ismail hanya kepenatan dan berada dalam keadaan stabil.

"Pada penghujung majlis itu, Tan Sri mengadu pening, tidak sedap badan dan rasa mahu pitam sebelum beliau dikejarkan ke sini.

"Pemeriksaan doktor mendapati beliau tidak sakit dan tiada apa yang tidak kena cuma kepenatan, malah beliau boleh bercakap seperti biasa," katanya kepada pemberita di perkarangan pusat perubatan itu.

Beliau berkata doktor juga meminta Ismail untuk berehat di dalam wad buat beberapa hari bagi pemantauan lanjut.

Dalam pada itu, isteri Ismail Puan Sri Suriati Md Sobri yang enggan ditemuramah pemberita hanya memberitahu yang suaminya sedang berehat.

MKINI

Monday, April 18, 2011

Polis sahkan bukan Anwar?

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bahawa lelaki di dalam video bukan Datuk’ Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh BN dan media milik mereka.

Bernama melaporkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berkata bahawa siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

“Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah,” kata Acryl seperti yang dipetik Bernama.

Pengedar dan pemilik video lucah itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Dengan kenyataan ini, polis dengan sendirinya mengesahkan bahawa pelakon dalam video tersebut bukan Anwar.


keadilandaily

Sunday, April 17, 2011

Kemenangan 15 kerusi satu pencapaian cemerlang- Wan Azizah


KUCHING: Kejayaan Pakatan Rakyat menggandakan bilangan kerusi di Sarawak dengan memenangi 15 buah kerusi yang ditandinginya merupakan satu pencapaian cemerlang, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, kejayaan itu juga bukti penerimaan rakyat Sarawak terhadap KEADILAN dan Pakatan Rakyat, biarpun terpaksa berdepan serangan Barisan Nasional yang berterusan memperkudakan jentera kerajaan.

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya negeri Sarawak ini (yang) menjurus kepada dua sistem. Sepanjang kempen kali ini, kita melihat rakyat Sarawak begitu prihatin terhadap isu yang dibangkitkan,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN di Satok, malam tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamad Azmin Ali dan wakil rakyat Batu Lintang yang baru, See Chee How.

Wan Azizah mengucapkan tahniah kepada rakyat Sarawak kerana berani melakukan perubahan dengan memilih KEADILAN di tiga kawasan iaitu Ba;kelalan, Batu Lintang dan Krian.

Tiga kawasan DUN itu mencatatkan keputusan cemerlang apabila KEADILAN berjaya memperoleh kemenangan dengan majoriti besar.

“Alhamdulillah, kita telah melakukan dengan begitu baik sekali,” katanya sambil menambah kemenangan ini menunjukkan betapa parti KEADILAN membawa aspirasi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.

Terdahulu sebelum itu, Baru Bian menjelaskan persaingan kali ini tidak mudah, tambahan keseluruhan jentera kerajaan Pusat termasuk dari Menteri dari Sabah dikerah ke kawasannya untuk berkempen.

“Semua tempat dimasuki dengan membawa projek bernilai jutaan ringgit. Tetapi kita berasa gembira kerana tsunami politik sampai juga ke Sarawak. Melihat kepada jumlah undi popular, saya yakin peratusannya akan meningkat.

“Ini merupakan tanda bahawa orang Sarwak sedang maju ke depan dan memberi keyakinan kepada KEADILAN untuk bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak,” katanya.

Dalam pada itu Baru menambah, kekalahan SNAP dan kehilangan deposit di banyak tempat merupakan tanda jelas bahawa sistem poltik dua parti telah diterima dan disokong.

Beliau menegaskan akan terus memperjuangkan isu tanah tanah adat, tanah kampung sama ada orang Asal dan bukan orang Asal di negeri ini.

Menyentuh sikap pengundi di pedalaman, Baru yakin perubahan tetap akan berlaku sekiranya maklumat disampaikan dengan jelas.

Saturday, April 16, 2011

RUMAH PANJANG DI JAGA PETUGAS PR

Petugas PR bertungkus mempertahankan benteng terakhir mereka dari dicerobohi BN yang sedang giat menyogok pengundi. Seperti biasa di akhir-akhir masa kempen BN akan menyogok pengundi dengan wang bagi memastikan pengundi memangkah BN esok. Petugas PR sudah mula mengambil tempat masing-masing di kesemua rumah panjang dan kampung-kampung di Sarawak bagi memantau kegiatan haram BN yang tidak pernah takut dan segan untuk merasuah pengundi.




Menurut sumber dalaman PR petugas-petugas ini telah ditempatkan di semua rumah panjang di mana jumlahnya lebih dari satu orang untuk satu rumah panjang. Petugas ini ada yang terdiri dari penghuni rumah panjang itu sendiri atau penduduk kampung yang tinggal berdekatan dengan rumah panjang tersebut. Mereka sudahpun dilatih dan diajar tentang undang-undang pilihanraya bagi menangkap sesiapa juga yang cuba merasuah penduduk kampung dan rumah panjang.




Untuk esok PR sudah pun mengatur rancangan untuk memastikan kegiatan membeli dan menjual undi tidak berlaku di kawasan pengundian atau kawasan berdekatan.




Sumber dalaman itu memberitahu bahawa BN akan melancarkan gerakan menyogok pengundi besar-besaran mulai malam ini sehingga tamat pengundian esok. Petugas-petugas diluar pusat pengundian sudah pun dilantik di semua Dun. Selain itu Polling Agent juga sudah pun ditaklimatkan tentang tugas-tugas bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya penipuan semasa proses pengundian.




Manakala petugas Counting Agent pula telah dilatih supaya faham bagaimana untuk memantau proses pengiraan dan penjumlahan. Mereka semua telah ditaklimat tentang kemungkinan penipuan-penipuan yang biasa dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.




Pendekata BN tidak mempunyai ruang untuk menipu, menyogok dan mengugut jika petugas PR benar-benar menjalankan tanggungjawab dengan komited, berani dan berstrategi.

N 05 DEMAK LAUT BERGEGAR


Kalau sebelum ini kita menyaksikan ceramah-ceramah anjuran DAP telah banyak menggegarkan bandar-bandar seperti Miri, Sibu dan Kuching tetapi kini 'gegaran' yang berlaku hampir diseluruh kawasan pilihanraya di Sarawak tak kira kawasan Cina, Dayak mahupun Melayu.Memang tidak dinafikan ceramah DAP paling mendapat sambutan dari rakyat, malah melihat pada skala kehadiran orang ramai diceramah-ceramah DAP tidak keterlaluan jika dikatakan DAP mampu menyapu bersih kesemua kerusi yang mereka tandingi.

Ceramah PKR terutama dikawasan Dayak juga mendapat sambutan hangat oleh orang ramai.Isu tanah NCR terus mendapat perhatian dikawasan Dayak walaupun BN cuba dan berjanji untuk menyelesaikan isu tersebut, namun tekad kaum Dayak untuk berubah dari BN kepada PR sukar dihalang lagi.Ini memberi keyakinan kepada PR untuk menafikan majoriti 2/3 BN pada PRN Sarawak kali ini semakin jelas untuk dicapai.
Bagi kawasan Melayu terutama kawasan yang ditandingi oleh PAS dan PKR, 'gegaran' juga telah mula dirasakan.PAS yang meletakkan calon dienam kawasan pilihanraya,juga mampu meraih sokongan rakyat pada ceramah mereka.Bukan sahaja orang Melayu, malah masyarakat Cina juga sudah tidak malu-malu lagi untuk memakai baju berlambangkan PAS sebagai tanda sokongan mereka kepada perjuangan PAS serta PR.Tidak pernah berlaku dalam mana-mana PRN Sarawak sebelum ini dimana pemimpin PAS iaitu TGNA berceramah diatas pentas DAP dan mendapat sambutan yang diluar jangkaan dari masyarakat cina.Perkara seperti inilah yang amat menakutkan pemimpin BN kerana ianya mampu untuk meledakan 'tsunami politik' seperti yang berlaku semasa PRU 12 lalu.


Malam semalam, PKR kawasan N5 Demak Laut telah mengadakan program 'Malam Puisi Demak Laut'.Program yang disertai oleh calon PKR Demak Laut saudara Ali Hossen bersama Naib Presiden PKR YB Nurul Izzah telah mendapat sambutan diluar jangkaan kerana hampir 2000 orang telah hadir pada program tersebut.Bukan sahaja melayu tetapi cina juga datang untuk memberi sokongan.Seperti ceramah PKR lain sebelum ini yang sentiasa mendapat gangguan dari BN, program tersebut juga menerima gangguan dari belia BN bermotosikal.Kalau ceramah atau program anjuran BN belum tentu mendapat sambutan seperti itu walaupun BN membawa artis-artis terkenal bersama mereka untuk menari perhatian.

Untuk pengundi di N5 Demak Laut, marilah kita bersam-sama dengan Dayak dan Cina untuk berubah dan seterusnya menumbangkan kerajaan BN pinpinan Taib yang hanya mementingkan kekayaan kroni-kroni sendiri sahaja.Isu-isu seperti peluang pekerjaan,gaji yang rendah,lot rumah yang hanya diberi status TOL serta isu masjid baharu bagi penduduk kpg Muara Tebas adalah isu-isu lama dan hanya akan disuarakan semasa pilihanraya sahaja.Isu masjid baharu yang diminta oleh penduduk kpg Muara Tebas sebenarnya sudah terlalu lama disuarakan dan YB sebelum ini telah berjanji untuk membina masjid baharu itu sejak dua PRN lalu.Kini setelah hampir 10 tahun penduduk Muara Tebas dijanjikan sekali lagi oleh pemimpin BN untuk membina masjid jika BN kekal memerintah.


Sekarang adalah masa paling sesuai untuk menukar kerajaan kerana kaum cina dan dayak telah menunjukan kesungguhan mereka dan bagi kita kaum melayu, marilah kita bersama-sama mereka untuk menumbangkan Taib Mahmud.Terjemahkan kehadiran kita diceramah-ceramah kepada undi yang mampu menyumbang kemenangan calon PKR dan Pakatan Rakyat.Bagi kaum pemuda yang banyak mendapat meklumat dari ceramah, bagitahu kepada ibubapa atau mereka yang tidak hadir keceramah bahawa mereka telah dibodohkan oleh TV3 dan Utusan Sarawak, minta dan rayu mereka agar mengubdi calon Pakatan Rakyat.

Selamat mengundi kepada warga N5 Demak Laut serta seluruh warga Sarawak yang layak mengundi.UNDILAH PAKATAN RAKYAT!!!

http://mykampungku.blogspot.com/

"

Friday, April 15, 2011