SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Tuesday, October 2, 2012

TURUNKN HARGA KERETA

Bermula 24 Ogos 2012, pasukan “Turunkan Harga Kereta” dari KEADILAN akan mula menjelajah tempat-tempat terpilih di Lembah Klang dan seluruh negara sebagai sebahagian dari Jelajah Turunkan Harga Kereta. Selain mengedarkan risalah dan pelekat kereta kempen di tempat-tempat ini, pimpinan KEADILAN akan turut sama menaiki kereta rasmi ini dan menyampaikan penerangan kaedah menurunkan harga kereta yang dicadangkan KEADILAN. KEADILAN juga akan mengadakan forum “Turunkan Harga Kereta” yang melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat di Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bharu, Alor Setar, Kota Kinabalu dan Kuching bermula 2 September 2012 untuk menerangkan dengan lebih terperinci mekanisme menurunkan harga kereta. Maklumat lanjut bagi setiap forum akan diumumkan dari semasa ke semasa di laman Facebook kempen. KEADILAN yakin desakan menurunkan harga kereta adalah satu tuntutan yang disokong sebahagian besar rakyat Malaysia. Logo kempen yang dipilih dipastikan tidak melambangkan unsur politik supaya semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan politik boleh bersatu dan bersetuju bahawa masanya telah tiba untuk memastikan harga kereta di Malaysia tidak membebankan rakyat. Kami menyeru semua rakyat Malaysia membantu promosi kempen ini dengan menghiasi laman Facebook dan Twitter mereka dengan logo “Turunkan Harga Kereta” bermula hari ini. YB NIK NAZMI NIK AHMAD PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN

1 comment:

rental mobil bandung said...

salam! dari kami di Bandung Indonesia kami adalah rental mobil/kereta yang ada di kota bandung