Rakyat sudah semakin matang dan semakin bersedia untuk berdepan dengan umno dan kelicikan mereka.Tetapi satu "setback" terbesar dan terpenting kepada rakyat sekiranya DSAI dihantar kembali ke penjara atas kesalahan yang cukup jelas direka reka oleh umno.Untuk itu,rakyat juga harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang terburuk ini
SEMARAK REFORMASI
LAGU SELOKA KEDAH
Sunday, May 18, 2008
Peralihan kuasa
Peralihan kuasa sesuatu dinasti atau kerajaan selalunya berlaku dalam dua keadaan samaada aman dan kurang aman,walaupun peralihan kuasa hanya di peringkat bahagian mahupun cawangan mana2 parti politik.Apabila kuasa di tukar maka yang sudah tiada kuasa akan merasa penangan betapa kuatnya ada kuasa.Dalam dunia poltik peralihan kuasa memang berlaku biarpun mengambil masa 10 tahun ataupun 50 tahun lamanya tetapi masa akan sampai berlaku peralihan.Kumpulan yang hilang kuasa akan masuk ke dua tempat iaitu peti ais atau peti besi tetapi bergantung kepada kebijaksanaan bermain politik untuk mengelak di masukkan kedalam peti sejuk atau peti besi.Itu lah dunia politik yang penuh dengan tipu muslihat dan penipuan yang cukup dasyat,untuk mereka yang baru masuk ke dunia politik selepas pasca pilihanraya supaya bersiap sedia dengan baju kalis peluru dan kulit muka yang penuh berutu.Sikap tak mahu lepaskan jawatan ada salah satu penyakit menyebabkan terganggu proses peralihan adakalanya proses tersebut perlu untuk kelancaran sesuatu pertubuhan atau parti politik,usia tua memang mencerminkan tahap kematangan politik dan cara menari di gelanggang politik namun adakalanya usia tua seseorang menjadi beban dan badi kepada orang yang lebh muda,usia tua juga selalunya menghalang kemajuan sesuatu pertubuhan atau pari poltik tak kira lah sama ada PARTI UMNO,DAP,PAS atau PKR.Peralihan kuasa dari peringkat muda juga perlu untuk memperkasakan parti atau menukar pemimpin yang mandom dengan kata lain kurang bermaya kepada ketua yang lebih berkelayakkan dan bertenaga.Cuma persetujuan untuk peralihan kuasa harus mendapat persetujuan dari akar umbi ada beberapa keadaan perlu mendapat kata sepakat sesama ahli di bawah.Tanpa ahli di bawah siapalah kita di atas ini,oleh itu peralihan kuasa perlu bagi merubah dari yang lama ke baru supaya kitaran kuasa dapat menjadi realiti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment