SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Tuesday, June 24, 2008

BERBASIKAL

MP PAKATAN RAKYAT mencipta satu sejarah apabila 4 orang MP PAKATAN RAKYAT berbasikal datang ke parlimen,mereka terdiri daripada MP PDG SERAI(N GOBALAKRISNAN)MP KULIM BANDAR BHARU(ZULKIFLI NORDIN)MP BATU(TIAN CHUA)MP PETALING JAYA SELATAN(HEE LOY SIAN).Walaupun tindakkan mereka mendapat kritikkan terutama dari pada MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI NAZRI AZIZ(SI BOTAK) menganggap bahawa berbasikal ini seperti budak-budak.Adakah seorang MENTERI boleh mengeluarkan kata-kata begitu menggambarkan kecetekkan akal fikiran seorang menteri BARISAN NASIONAL.Berbasikal adalah cara untuk mengenali keperitan rakyat menjalani kehidupan seharian dalam keadaan harga petrol yang melambung tinggi.Rakyat bersusah payah untuk hidup tetapi pemimpin BARISAN NASIONAL mencela orang yang berbasikal sedangkan rakyat yang susah hanya berbasikal untuk pergi sesuatu tempat kerana rakyat tidak mampu untuk membeli kenderaan seperti motosikal.Kita cuba menyelami kepayahan rakyat selepas harga petrol di naikkan,keadaan cukup teruk melihatkan banyak keluarga terpaksa ikat perut di sebabkan harga barang menjadi mahal dan nilai duit menjadi kecil untuk berbelanja.Kebanyakkan golongan bapa terpaksa menaiki motosikal untuk berjimat demi untuk anak-anak mereka dan juga keluarga,kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan kita terpaksa berjimat tetapi adakan pemimpin2 BARISAN NASIONAL berjimat cermat di kala rakyat di himpit kesusahan?

No comments: