SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Tuesday, October 21, 2008

SELAMAT KEMBALI

Salam pejuangan,salam reformasi kepada semua dan belum terlambat untuk ucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir dan batin.Minta maaf kurang membuat update kerana kesibukkan urusan tahunan.Sepanjang bulan syawal banyak cerita yang di kumpulkan untuk di kongsi bersama terutama cerita2 di plitik di utara.Di dalam kesibukkan kita menyambut syawal tempoh hari kita perlu menilai diri kita adakah puasa kita pada tahun ini diterima oleh ALLAH,atau pun sekadar puasa menahan lapar dan dahaga tidak mendapat keberkatan.semoga puasa kita semua mendapat keberkatan oleh ALLAH TAALA.Cerita di KEDAH ada yang menarik untuk di ketahui mengenai usaha yang berterusan yang di lakukan oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan kerajaan PR di KEDAH.Dalang semua ini bermula dari beberapa ahli PKR BAHAGIAN SELATAN KEDAH yang kebanyakkannya tidak berpuas hati dengan apa yang di berikan oleh KERAJAAN NEGERI kepada mereka,di antara mereka ini telah menjadi AHLI MAJLIS dan juga ahli mesyuarat beberapa anak syarikat kerajaan negeri (GLC).Biarpun usaha mereka ini sudah di ketahui pucuk pimpinan PKR negeri namun tindakn belum menampakkan kesiriusan perkara ini,ini benda bukan main2 dan bukan cobaan tetapi benar sehingga ada di kalangan MPT ada bukti yang jelas untuk memecat mereka ini sebelum menjadi petualang kepada PKR KEDAH khususnya.Mereka2 yang terlibat ini ada di antaranya sudah lanjut usia tetapi meletakkan kepentingan peribadi di hadapan sanggup bersekongkol dengan mereka yang ingin merosakkan PKR dan hubungan dengan PAS.Saya sedia maklum sememanagnya PAS ada buat silap dalam beberapa hal tetapi kita perlu berbincang di dalam mencari jalan penyelesaian bukan mengugut dan sebagainya.Semoga mereka ini dapat meninggalkan PKR secepat mungkin bagi menyucikan PKR dari najis2 yang di bawa oleh mereka ini...

No comments: