SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Sunday, June 29, 2008

TERPAKSA?DIPAKSA?SUKARELA?ATAU....


Saya mendapat sms daripada seorang pemimpin politik utara mengatakan bahawa DSAI akan di tangkap atas dakwaan meliwat pembantu khas beliau.Sebaik sahaja di kejutkan denganberita tersebut bermual dari semalam talifon saya tak henti di hujai sms daripada kawan2 yang terperanjat dengan berita terbaru itu.Kurang satu jam satu malaysia telah mengetahui berita panas ini.Gambar di atas sebelah kiri berbaju biru itu adalah saiful bukhri azlan adalah orang yang membuat laporan polis terhadap DSAI mengatakan bahawa beliau telah di liwat oleh DSAI.Sememangnya rakyat semakin muak dengan tuduhan sebegini rupa,mungkin skrip 1998 akan berulang menunjukkan pemerintah di dalam keadaan terdesak.Kita tidak mengetahui adakan laporan yang di buat oleh saiful bukhri ini kerana di reka cerita,di paksa?terpaksa?atau sudah di rancang dari dulu diantara najib dan saiful?semua ini dapat di rungkai tak lama lagi.

Friday, June 27, 2008

ULAR DAN EZAM

Begitulah kesudahan seorang bekas reformis akhirnya pulang jua kepangkuan UMNO yang di kasihi.Daripada sekarang ezam telah sah di kahwinkan semula denga UMNO yang sekian lama mereka berpisah,berpisah kerana terpaksa dan buka kerelaan hati.Itulah ungkapan EZAM ketika berceramah di BANDAR TUN RAZAK dengan mengatakan bahawa beliau bukan keluar dari UMNO tetapi di pecat,maka tak salah untuk dia kembali kerana ia di pecat bukan keluar parti dan kata ezam lagi dia hanya keluar keadilan tetapi dia tak pernah keluar UMNO,cuma bagi saya ezam telah maki hamun umno dari pimpinan atas hingga bawah bahkan bersumpah tak akan kembali kepada UMNO.Sekarang EZAM akan di jadikan bullet UMNO supaya menyerang DATO SERI ANWAR IBRAHIM dari segenap sudut dan tak akan tinggal walau seinci pun ruang yang ada untuk menyerang.Kata EZAM beliau keluar KEADILAN bukan kerana merajuk tetapi hanya kurang senang dengan muka-muka baru yang menghiasi MPT KEADILAN dan banyak hero baru yang timbul.Membawa diri kerana kurang senang?adakah sama dengan definasi merajuk?dalam keadaan sekarang jika kita terserempak dua makhluk tuhan serentak,sebelah kanan EZAM sebelah kiri ular sawa jadi makhluk mana yang akan kita pukul dahulu buat masa sekarang?pukul sebelah kanan kerana ia lebih merbahaya dan tidak boleh di percayai.

Tuesday, June 24, 2008

BERBASIKAL

MP PAKATAN RAKYAT mencipta satu sejarah apabila 4 orang MP PAKATAN RAKYAT berbasikal datang ke parlimen,mereka terdiri daripada MP PDG SERAI(N GOBALAKRISNAN)MP KULIM BANDAR BHARU(ZULKIFLI NORDIN)MP BATU(TIAN CHUA)MP PETALING JAYA SELATAN(HEE LOY SIAN).Walaupun tindakkan mereka mendapat kritikkan terutama dari pada MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI NAZRI AZIZ(SI BOTAK) menganggap bahawa berbasikal ini seperti budak-budak.Adakah seorang MENTERI boleh mengeluarkan kata-kata begitu menggambarkan kecetekkan akal fikiran seorang menteri BARISAN NASIONAL.Berbasikal adalah cara untuk mengenali keperitan rakyat menjalani kehidupan seharian dalam keadaan harga petrol yang melambung tinggi.Rakyat bersusah payah untuk hidup tetapi pemimpin BARISAN NASIONAL mencela orang yang berbasikal sedangkan rakyat yang susah hanya berbasikal untuk pergi sesuatu tempat kerana rakyat tidak mampu untuk membeli kenderaan seperti motosikal.Kita cuba menyelami kepayahan rakyat selepas harga petrol di naikkan,keadaan cukup teruk melihatkan banyak keluarga terpaksa ikat perut di sebabkan harga barang menjadi mahal dan nilai duit menjadi kecil untuk berbelanja.Kebanyakkan golongan bapa terpaksa menaiki motosikal untuk berjimat demi untuk anak-anak mereka dan juga keluarga,kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan kita terpaksa berjimat tetapi adakan pemimpin2 BARISAN NASIONAL berjimat cermat di kala rakyat di himpit kesusahan?

Tuesday, June 17, 2008

DI AMBANG PILIHANRAYA KECIL

Keputusan mahkamah menunjukkan bahawa petisyen yang di lakukan oleh bekas calon PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU saudara AZIZ SHEIKH FADZIR di terima untuk di bicarakan,mahkamah pilihanraya di ALOR STAR telah menolak pemohonan pembatalan pertisyen oleh MP KULIM BANDAR BHARU ZULKIFLI NORDIN menyebabkan ia di terima untuk di bicarakan.Walau bagaimanapun kita mengharapkan keputusan yang adil dan mengikut lunas2 di dalam sistem kehakiman,iaitu tiada campur tangan kuasa excecutif di dalam perbicaraan ini.Apa pun keputusannya nanti semoga kepada pihak yang menang akan melakukan yang terbaik dan bagi pihak yang kalah dapat muhasabah diri tentang kesilapan yang kita lakukan semasa berkempen dan sebagainya.

Friday, June 6, 2008

Kulim Bandar Bharu

Hari ini rakyat MALAYSIA di rundung malang, LAH telah mengumukan harga minyak baru sememangnya amat menyukarkan bagi rakyat.Tetapi ada satu pkara perlu juga di ambil iaitu pada 16hb JUN 2008 adalah hari membuat keputusan mengenai petisyen yang di di buat oleh SPR terhadap MP KULIM BANDAR BHARU saudara ZULKIFLI NORDIN.Keputusan petisyen tersebut sedikit sebanyak dapat di hidu sebelum 16hb JUN 2008.Beberapa tindakkan polis menghantar sekitar 200 orang SPECIAL BRANCH(SB) ke kawasan parlimen KULIM BANDAR BHARU adalah beberapa petanda mengenai keputusan petisyen pada 16hb JUN 2008.Selain itu juga dalam 2 bulan kebelakangan ini UMNO KEDAH telah menghantar 10 orang PUTERI UMNO untuk berkhusus di BTN(BIRO TATA NEGARA)di KUALA LUMPUR.Dari sumber yang di percayai di dalam khusus tersebut di ajar cara bagaimana hendak menghadapi pilihanraya kecil dan cara menipu di dalam pengiraan undi untuk kawasan PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU.Petanda2 ini boleh membawa ke arah pilihanraya kecil melibatkan DATO SERI ANWAR IBRAHIM bertanding di KULIM BANDAR BHARU.Walaupun keputusan petisyen belum di ketahui tetapi gerak kerja UMNO telah berjalan seolah2 mereka tahu akan keputusan petisyen tersebut.KULIM dan CHEROK TOKKUN hanya di pisahkan dengan bukit sahaja di kenali sebagai BUKIT MERTAJAM.Kedudukkan KULIM yang begitu hampir dengan CHEROK TOKKUN memberi satu formula kepada DATO SERI ANWAR IBRAHIM untuk bertanding di KULIM BANDAR BHARU.Adakan ini akan menjadi satu kenyataan?marilah kita menunggu keputusan petisyen pada 16hb JUN di mahkamah tinggi ALOR STAR.

Sunday, June 1, 2008

BIARKAN IA BERLALU

Seperti mana lembutnya tajuk di atas itulah peraaan saya mengenai kemasukkan saudara EZAM ke pangkuan UMNO semula,EZAM telah keluar daripada parti PKR lebih kurang 2 TAHUN YANG LALU dan beliau menubuhkan satu pertubuhan NGO bergelar GERAK.Ada juga sahabat2 dari PAKATAN RAKYAT menyertai gerak atas dasar perjuangan yang sama seperti mereka menentang rasuah.Tetapi GERAK tak bertahan lama kerana EZAM menyertai UMNO,itulah manusia yang banyak berdusta akhirnya pendustaan mereka tidak boleh di lindung lagi,sumpah keramat telah menjadi sampah dan kerana ikutkan hati maruah sanggup di gadaikan.Semoga berjaya wahai EZAM MD NOOR dan kawan2 di harapkan anda akan mengenal di antara perjuangan dan sifat merajuk.