Ramlee: Err Sudin, ini bacanya apa macam...bacanya..?
Sudin : Alif Mim Nun Wau...Alif tendang Wau...Sarkis daaa...
Azizi : Ei apa daa sarkis.
Ramlee: Tulisnya begitu panjang, bacanya sikit sarkas?
Sudin : Yang panjang tu bunga saje, yang pendek itu la...sarkas. Tak gheti?
Ramlee : Tulis pakai bunga?
Sudin : Habis, takkan hutang saje pakai bunga.
*********************
Ramlee : Apa da engkau bilang, diorang makan sini tidur sini, mana diorang nak pergi ni?
Sudin : Ini sarkis sudah jinak, sudah berapa lama diorang traning...
Seumur hidup, saya pernah sekali menyaksikan pertunjukan sarkas. Sekitar awal 80-an. Bapa membawa ibu dan kami sekeluarga menyaksikannya semasa rombongan sarkas itu datang ke daerah kami di selatan negeri Pahang.
Selain lagak2 ngeri dan aksi akrobat yang bergayut dari satu palang ke satu palang, ada juga pertunjukan binatang2 buas seperti singa, harimau, gajah, beruk dan singa. Semuanya jinak dan patuh mengikut arahan tuannya. Nak lawan tak berani kerana tali cemeti menanti. Dan tidak sah kalau mana2 pertunjukan sarkas jika tidak dihiburkan dengan lawak2 badut. Walaupun sekadar lawak slapstik dan nampak semacam memperbodohkan diri, cukup la dengan standard orang kampung macam kami masa itu.
Begitu popolarnya budaya sarkas ketika itu, ia menjadi santapan kami setiap pagi Hari Raya mahu pun pada hari Krismas. Tunggu sahajalah selepas habis rancangan kanak2 Rasa Sayang - apa khabar Pak Cik Jamal? Semoga sihat dalam perlindungan Allah - rancangan sarkas akan ke udara. Sekarang, jarang dah sarkas datang ke tempat terpencil begini. Di kaca2 tv pun barangkali dah tiada, saya agak lah. Siapa nak tengok RTM1 zaman ni?
Mungkin antara sebabnya, orang dah tidak hairan dengan sarkas. Sarkas ada di mana2 dalam kehidupan seharian kita. Kalau kita terjah dalam dunia politik pun begitu, watak2 binatang buas tapi jinak dan badut2 sentiasa kita jumpa.
Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja isu permit akhbar yang menghantui Suara Keadilan, Harakah mahu pun Roket. Suara Keadilan bermula dengan isu Felda Bankrap yang menjadi muka depan akhbar berkenaan sekitar satu dua minggu lepas.
Menteri yang berkait, Ahmad Maslan mula2 hagas bukan main. Beliau mendabik dada megah kononnya berupaya menangkis soalan2 berkaitan penyusutan rezab tunai Felda yang dikemukakan pembangkang dalam sidang Parlimen. Wataknya berubah 180 darjah bila isu ini diulas oleh akhbar2 Suara Keadilan, Roket dan Harakah.
Terkesima.
Meroyan.
Menggelabah tak tentu hala. Lalu keluarlah tindakan beliau nak saman Suara Keadilan RM200 juta. Tidak apa lah hak dia nak saman, saman sahajalah.
Tapi apa kena mengena fitnah dengan menggantung permit akhbar? Biarlah mahkamah yang tentukan.
Isu ini mudah difahami. Soal bankrap atau tidak bukan soal utama. Yang penting, mengapa rezab tunai Felda menyusut begitu teruk, hampir RM3 bilion dalam masa 5 tahun? Belum lagi diambil kira perolehan lebih dari RM5 billion Felda dalam tempoh yang sama. Apa Felda tak kutip buah ke dari 2004 hingga 2009? Tak ada kelapa sawit berbuah langsung?
Soalnya sudah ada tanda2 bahawa kantong Felda sudah semakin kering. Bolehkah disanggah fakta ini? Siapa yang keringkan? Lebih banyak terdedah penyelewengan atau salah urus Felda, lagi terancam kedudukan UMNO. Bukankah 45 parlimen Umno melibatkan tanah2 Felda, itu 'fix deposit' namanya.
Lambungan Ahmad Maslan ini segera disambut Hishamudin Tun Husin, menteri yang jaga KDN. Berselindung di sebalikAktaPenerbitan dan Percetakan 1984, KDN telah menggantung Suara Keadilan dari diterbitkan.
Pada masa yang hampir serentak Harakah, lidah rasmi PAS diberi 2 surat tunjuk sebab, berkaitan kandungan, kegagalan menghantar salinan keluaran ke KDN dan jualan kepada bukan ahli. Ia disertai dengan ugutan untuk tidak memperbaharui permit.
Sekarang bermulalah peranan sarkas2 jinak UMNO. Amaran dari SU Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al Quran, KDN, Dato' Zaitun Abdul Samad mengingatkan bahawa Harakah dan Suara Keadilan berdepan tindakan jika beroperasi tanpa lesen.
Tidak seperti bila Anwar Ibrahim diserang secara berturut-turut oleh Utusan Malaysia, dari isu beliau dikatakan kesal dan memohon maaf kepada Yahudi Amerika, membayar CNN untuk diwawancara ataupun tuduhan blogger dari New York kononnya beliau agen CIA. Ternyata, semuanya adalah fitnah untuk membunuh karier politik beliau. Atau pun, mainan cauvinis yang selalu dilagu-lagukan akhbar tersebut, tak terdengar sekali pun peringatan atau amaran KDN terhadap akhbar milik UMNO itu. Jangan tanya soal prinsip kebenaran atau kebertanggungjawaban. Ia dah lama masuk dalam bakul
sampah.Double standard KDN memang lama dah diperhati. Permit Harakah misalnya telah lama dipohon, tetapi masih tiada jawapan. Terhadap akhbar2 oposisi, lajunya tindakan KDN macam Charlie Chaplin, bila kena kat akhbar proksi pemerintah, KDN jadi penyu.
Begitu sarkasnya institusi UMNO ini boleh dilihat dalam tindak balas SPRM terhadap P.Balasubramaniam dan Raja Petra. Mula-mula berdegar nak pergi ke London mengambil keterangan dengan bersyarat peguam Bala tidak dibenarkan hadir. Kendur sedikit bila peguam Bala, Americk Sidhu mengingatkan tindakan itu menyalahi undang2 Britain. Cuba lihat kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdull. Akhirnya SPRM jadi singa jinak, tak jadi pergi ke London, soalan2 hanya dipos pakai currier!!! Singa dah jadi jinak...siapa
tuannya?Begitu pun walaupun jinak, singa, harimau tetap singa dan harimau. Kalau ada keraguan, lihat sahaja apa sudah terjadi dengan kartunis Zunar. Malang sungguh arwah Tun Razak. Bapa berjuang berhabisan melawan komunis, tidak mengetahui yang anaknya begitu fobia dengan kartun.
Tiga majalah Zunar, Perak Darul Kartun, 1Funny Malaysia dan Isu Dalam Kartun menjadi mangsa pengharaman, berdasarkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Alasannya, seperti yang dipetik Malaysiakini 24 Jun lepas oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam,"...mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasarkerajaan. Ia tidak sesuai untuk bacaan umum dan sekiranya dibiarkan ia boleh memudaratkan ketenteraman awam".
Ada pertikaian di sini. Watak singa, harimau mungkin tidak begitu sesuai. Watak badut barangkali. Iya lah, bolehkah kartun "memudaratkan ketenteraman awam"?
Saya tertanya2 juga di antara 3 serangkai Bujang Lapok ini, mengapa Sudin masih tidak mendapat pengiktirafan sebagaimana yang diperolehi Ramlee atau pun Aziz.
Dialog di atas tidak ada kena mengena dengan pendirian politik mana2 pelakon terbabit. Mereka hanya mengikut skrip. Paling kurang, penulis skrip kalau tidak pun pengarah atau pun penerbit yang perlu UMNO kenakan tindakan. Takkanlah UMNO terlalu naif sangat untuk memahami perkara ni.
Tapi, begitulah cara UMNO berfikir.Kalau ada sekelompok warga Felda yang sanggup berjemur berdemontrasi di depan pejabat Keadilan, ataupun membakar akhbar Suara Keadilan, apa yang nak dihairankan. Mereka mungkin keliru atau mungkin tak tahu. Tak kenal siapa pembela dan siapa pengkhianat. Dah gurunya mengajar yang gitar itu biola, anak muridnya kata piano. Huhhh...sama-sama bodoh rupanya.
Oleh : Teratai Liar
2 comments:
yang hg dok mrh sangat kat felda ngan umno tu pasai pa! kami yg bernaung di bawah felda berkepimpinan umno haram tak kalut pun... duit tu mungkin depa buat berniaga untuk menaikkan harga saham KPF dgn lebih tinggi lagi untuk warganya seperti kami ni anak peneroka FELDA...
najib mau merasionalkan subsidi?
wakaka...
tu kat Felda tu pun subsidi jugak
subsidi politik UMNO
Post a Comment