SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Wednesday, March 16, 2011

GOBI BERI MASA 7 HARI KEPADA SAIFUDDIN?

Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan (gambar) hari ini menuntut Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail memohon maaf atas kenyataannya yang mendakwa Gobalakrishnan dibayar untuk keluar PKR. Bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR itu menyerahkan surat tuntutan itu kepada Saifuddin, yang juga anggota Parlimen Machang di ruang rehat anggota Dewan Rakyat di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita, Gobalakrishnan berkata beliau memberi tempoh tujuh hari mulai hari ini kepada Saifuddin untuk meminta maaf dan jika Setiausaha Agung PKR itu gagal berbuat demikian, beliau akan menyamannya RM12 juta.

“Kenyataan Saifuddin di Parlimen pada 10 Mac lalu mengenai tindakan (saya) keluar parti selepas dibayar menjejaskan maruah dan integriti (saya), selain menyebabkan (saya) dipandang serong.

Justeru, saya memberi tempoh tujuh hari kepada Saifuddin untuk memohon maaf atau akan disaman sebanyak RM12 juta,” katanya.

Khamis lalu, Saifuddin dalam sidang akhbar di lobi Parlimen mendakwa beberapa anggota parti itu, termasuk beberapa bekas wakil rakyatnya meninggalkan parti itu kerana dorongan habuan yang lumayan.

Beliau turut mendakwa Gobalakrishnan telah dapat menjelaskan bayaran pajakan tanah syarikat miliknya Embun Megah Sdn Bhd di Lojing, Kelantan kepada Kumpulan

Pertanian Kelantan Bhd dengan nilai RM1.4 juta menerusi dua cek bank yang masing-masing bernilai RM700,000 bertarikh 12 Jan lepas dan RM701,250 bertarikh 15 Mac ini.

Saifuddin malah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat mengenai kemampuan kewangan Gobalakrishnan.

Sementara itu, Saifuddin ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak akan memohon maaf kepada Gobalakrishnan dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang yang akan diambil terhadapnya.

“Saya tidak akan memohon maaf. Saya serahkan kepada peguam R. Sivarasa untuk tindakan lanjut,” katanya.

kl today

1 comment:

Anonymous said...

SUDAHLAH MACHA! ORANG KENAL SIAPA MACHA........KALU LU TARAK ANGKAT ITU WANG, APA PASAI LU MAU KECOH?