SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Thursday, February 2, 2012

PARTI 'KITA' BELI POLISI INSURANS AWAL

Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) akan dibubarkan melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM) tidak lama lagi, kata presidennya Datuk Zaid Ibrahim.Dalam laman blog beliau, Zaid berkata pembubaran itu bertujuan menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa mereka tidak memihak kepada pembangkang.
“(Ini) terutama dengan beberapa anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka yang mengkritik Pakatan Rakyat.


“Mereka telah melakukan perbuatan ini secara berterusan. Ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan semata-mata mahu memalukan dan mencemuh pihak pembangkang,” katanya.

Parti itu yang berusia setahun bulan lalu ditubuhkan selepas Zaid meninggalkan PKR secara tergesa-gesa berhubung dakwaan salah-laku dalam pemilihan parti itu.

KITA bahagian Melaka dibubarkan pada 11 Januari lalu dengan 60 daripada ahli mereka memilih menyertai PKR.



Menurut bekas pengerusi parti KITA Melaka, Leftenan Kolonel (B) Hashim Puteh, tindakan itu diambil berikutan ahli merasakan beberapa perkara telah terkeluar daripada perjuangan asal parti.

KL TO DAY

No comments: