Rakyat sudah semakin matang dan semakin bersedia untuk berdepan dengan umno dan kelicikan mereka.Tetapi satu "setback" terbesar dan terpenting kepada rakyat sekiranya DSAI dihantar kembali ke penjara atas kesalahan yang cukup jelas direka reka oleh umno.Untuk itu,rakyat juga harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang terburuk ini
SEMARAK REFORMASI
LAGU SELOKA KEDAH
Sunday, October 7, 2012
MUSA AMAN DAH TAK AMAN
Kaji selidik Merdeka Centre mendapati para pengundi Sabah gembira dengan prestasi Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak akan tetapi kedudukan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, jatuh menjunam.Kedudukan Najib tetap kukuh dengan sokongan sebanyak 75 peratus, tetapi kedudukan Musa turun daripada 60 peratus berbanding November 2009 menjadi 45 peratus pada bulan September lalu, sekaligus memberi petunjuk kerajaan Barisan Nasional (BN) akan berhadapan halangan sukar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Majoriti pengundi sebanyak 57 peratus yang terlibat dalam kaji selidik juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan prestasi ekonomi Sabah.
Firma penyelidikan bebas tersebut berkata bahawa kepuasan pengundi terhadap kerajaan negeri kekal positif pada 56 peratus tetapi angka tersebut juga mengalami penurunan enam peratus daripada 62 peratus pada bulan November 2009.
Namun, populariti Musa yang menurun nampak membimbangkan memandangkan kaji selidik Merdeka Center menunjukkan penurunan tersebut adalah melibatkan dikalangan pengundi bumiputera muslim yang dianggap sebagai tulang belakang kepada Umno.
Dikalangan pengundi bumiputera muslim, kedudukan Musa jatuh daripada 72 peratus pada November 2009 berbanding 51 peratus pada bulan lepas.
Manakala kepuasan pengundi kepada Najib kekal tinggi, dengan 75 peratus maklumbalas memihak kepada beliau jatuh sedikit berbanding 77 peratus yang dicatatkan pada November 2009.
Kesimpulan kaji selidik ini menunjukkan bahawa jentera BN perlu bergantung kepada populariti Presiden Umno untuk memenangi semula majoriti kerusi di negeri itu.
Sabah dan Sarawak adalah negeri yang sangat penting bagi BN dan Pakatan Rakyat (PR) kerana kedua-dua perlu memenangi sebanyak mungkin kerusi di dua negeri tersebut jika mahu menawan Putrajaya pada PRU nanti.
Pada PRU 2008, BN kehilangan undi popular di semenanjung Malaysia dan penganalisis berkata sentimen tersebut akan kekal sama menjelang pilihan raya akan datang dalam beberapa bulan ini.
BN pastinya berhasrat untuk mengekalkan undi Sabah dan Sarawak sebagai simpanan tetap mereka memandangkan pilihan raya kali ini dijangkakan yang paling sengit dalam sejarah negara.
“Pada pandangan kami, perbezaan ketara terhadap persepsi pengundi ke atas kepimpinan utama politik dan kerajaan negeri mencerminkan sentimen ‘Sabah-sentrik’ yang ditunjukkan oleh pengundi. Ia juga menunjukkan bahawa pengundi mempunyai harapan berbeza terhadap kepimpinan politik di pelbagai peringkat,” kata Merdeka Centre dalam kenyataan media disertakan dengan keputusan kaji selidik.
Dalam bahagian pertama kaji selidik yang dikeluarkan awal minggu ini, Merdeka Centre mendapati hanya 54 peratus pengundi yang ditinjau pada September tahun lepas merasakan Sabah sedang menuju ke landasan yang betul berbanding 66 peratus pada November 2009.
Antara lima faktor penurunan tersebut termasuklah isu pendatang tanpa izin, rasa tidak puas hati dengan kepimpinan politik, kos hidup yang tinggi, dan “persepsi” bahawa Sabah masih “ketinggalan” dalam pembangunan ekonomi dan infrastruktur.
Thursday, October 4, 2012
YB SAIFUDIN NASUTION AKAN BERADA DI PADANG SERAI
CERAMAH POLITIK
TARIKH ; 6 OKT 2012
HARI ; SABTU
LOKASI ; TAMAN KERANJI (DEPAN ESSO)
WAKTU ; 9 MALAM
PENCERAMAH; YB DATO SAIFUDIN NASUTION
AZMAN NASRUDIN
N SURENDREN
...SIMON OII
ANJURAN AMK PDG SERAI DAN PENYELARAS DUN LUNAS
Wednesday, October 3, 2012
PRO M UIA SAPU BERSIH
Calon pro-Mahasiswa menggondol kesemua 26 kerusi dalam dalam pengundian semula yang dijalankan secara manual hari ini di kampus Universiti Islam Antarabangsa.
Seorang jurucakap kumpulan mahasiswa itu, Mohd Hafizuddin M Noor berkata, pengaruh pro-Mahasiswa meningkat di kampus itu dengan pertambahan tiga lagi kerusi, berbanding 23 kerusi pada tahun lalu.
Menurutnya, calon yang menang itu, termasuk 12 kerusi di kampus UIA Kuantan, diumumkan oleh wakil jawatankuasa pilihan raya kampus masing-masing di setiap fakulti.
Baki lima kerusi merupakan kerusi untuk calon antarabangsa.
UIA merupakan kubu terakhir yang dimenangi oleh pro-Mahasiswa.
Sebelum ini mereka memenangi pilihan raya di kampus Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pengundian semula hari ini dijalankan selepas keputusan pada hari pengundian 25 September digantung ekoran masalah teknikal apabila jumlah undi direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi. -mk
BUKAN TALIFON PINTAR YANG ANAK MUDA MAHU.....
Anak muda hari ini di lihat seperti lubuk emas oleh UMNO,dahulu anak muda langsung tidak di pandang oleh umno sehinggakan satu ketika anak muda di lihat ekstrem dan juga memberontak.Kini keadaan sudah berubah,apabila umno hampir habis nyawa barulah umno perasan bahawa anak muda perlu untuk memenangkan mereka.Tapi sayang,semuanya sudah terlambat bagi umno sebab orang muda rata2 sudah condong kepada PR yang di lihat sebagai KERAJAAN BARU bakal mengagantikan KERAJAAN BARISAN NASIONAL
UMNO berusaha untuk memenangkan hati orang muda, sehinggakan BAJET 2013 yang di bentangkn oleh NAJIB RAZAK memberi keutaman kepada orang muda.Pada mulanya rasa seperti tidak percaya tetapi realitinya UMNO baru sedar dari mimpi.Anak muda di gula2kan dengan rebet rm200 untuk pembelian talifon pintar dan juga BRIM RM 250 kepada ank muda yang belum berkahwin tetapi semuanya akan di mulakan tahun depan.
Dari luar memanglah di lihat baik kepada orang muda tetapi apa yang di berikan hanyalah retorik politik pancing undi yg sama sekali tidak membawa apa-apa kebaikan kepada ank muda.Untuk talifon pintar berapakah harganya?semestinya rm1000 ke atas,jika rebet rm200 anak muda masih perlu mengeluarkan paling sedikit rm 800..berapa ramai anak muda yang mampu beli talifon pintar?selepas itu pula bukan semua kedai yang di benarkn untuk menguruskan rebet tersebut dan bukan semua talifon pintar boleh di beli di kedai-kedai biasa malah kerajaan akan menetapkan kedai yang tertentu untuk berurusan pembelian.Maksudnya talifon pintar perlu di beli daripada kedai tertentu dan bukan semua kedai talifon di malaysia,pakej paksaaan adalah anak muda perlu melanggan talian tetap,prabayar tidak di terima.
Siapa yang untung dalam keadaan ini?pihak yang untung semestinya kedai talifon dan syarikat telekomunikasi,ia boleh meningkatkan hasil jualan,namun siapa yang bersusah payah mengeluarkan duit?berapa ramai anak muda yang mampu mengeluarkan rm800 untuk beli talifon pintar?
UMNO gagal mengetahui apakan yang ANK MUDA mahukan....
Apa yang ank muda mahukan?anak muda mahukan peluang pekerjaan yang banyak bukannya di kuasai warga asing,lihat berapa ramai graduan yang masih gagal mendapat pekerjaan yang sesuai dan tidak kurang juga yang menganggur.Anak muda perlu rumah apabila sudah berumah tangga,lihat sekarang harga rumah semakin hari semakin meningkat.Semestinya anak muda akan rasa terbeban apabila gagal membeli rumah.Anak muda mahukan harga kereta di turunkn supaya mereka mampu untuk membeli kereta yang berkualiti.
NAJIB terlalu lemah zahir dan batin untuk menyelesaikan masalah anak muda.Mungkin umno sengaja buat-buat tidak faham masalah orang muda.Anak muda adalah cermin masa depan sesebuah negara.Negara itu akan berjaya jika anak mudanya berjaya namun sebaliknya negara itu akan musnah juga kerana anak muda
HIDUP ANAK MUDA
HIDUP HARAPAN
Tuesday, October 2, 2012
TURUNKN HARGA KERETA
Bermula 24 Ogos 2012, pasukan “Turunkan Harga Kereta” dari KEADILAN akan mula menjelajah tempat-tempat terpilih di Lembah Klang dan seluruh negara sebagai sebahagian dari Jelajah Turunkan Harga Kereta. Selain mengedarkan risalah dan pelekat kereta kempen di tempat-tempat ini, pimpinan KEADILAN akan turut sama menaiki kereta rasmi ini dan menyampaikan penerangan kaedah menurunkan harga kereta yang dicadangkan KEADILAN.
KEADILAN juga akan mengadakan forum “Turunkan Harga Kereta” yang melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat di Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bharu, Alor Setar, Kota Kinabalu dan Kuching bermula 2 September 2012 untuk menerangkan dengan lebih terperinci mekanisme menurunkan harga kereta. Maklumat lanjut bagi setiap forum akan diumumkan dari semasa ke semasa di laman Facebook kempen.
KEADILAN yakin desakan menurunkan harga kereta adalah satu tuntutan yang disokong sebahagian besar rakyat Malaysia.
Logo kempen yang dipilih dipastikan tidak melambangkan unsur politik supaya semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan politik boleh bersatu dan bersetuju bahawa masanya telah tiba untuk memastikan harga kereta di Malaysia tidak membebankan rakyat.
Kami menyeru semua rakyat Malaysia membantu promosi kempen ini dengan menghiasi laman Facebook dan Twitter mereka dengan logo “Turunkan Harga Kereta” bermula hari ini.
YB NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN
NAJIB KECUT SEMALAM
Anwar bidas PM tiada di dewan ketika bajet dibahas.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas perdana menteri yang tiada di Dewan Rakyat sewaktu beliau membahaskan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.
"Secara tradisinya menteri kewangan akan hadir di dewan sewaktu perbahasan.
Hendak debat (dia) tak berani.
Hendak bahas di Parlimen dia tak datang," kata Anwar sewaktu memulakan perbahasannya sekitar jam 11.40 pagi tadi.
Menurut Anwar, Najib sebaliknya hanya membiarkan penyokong-penyokong kerajaan mempertahankan bajet itu.
Namun tambahnya, mereka bukan anggota jemaah menteri, tidak tahu perangkaan yang dipetik mereka sendiri dan hanya bergantung kepada statistik yang diberikan Jabatan Statistik Negara.
Beliau berkata demikian sewaktu membidas MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mencelah dan mendakwa kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang jauh lebih banyak daripada cukai dikutip dari negeri-negeri Pakatan.
"Permatang Pauh (Anwar) boleh persoal angka-angka ini tetapi ia datang daripada Jabatan Statistik," katanya.
Anwar kemudian menjawab yang statistik sentiasa boleh dimanipulasi dan dibohongi.
"Tidak benar pendapatan Selangor kurang daripada belanjawan. Ia tidak logik dari segi ekonomi, dari mana wang itu diperolehi?" kata Anwar. -mk
Subscribe to:
Posts (Atom)