Surat Peguam Menjelaskan Intimidasi tehadap keluarga Anwar
PDF
Emel
14 Julai 2008
Our client Dato Seri Anwar Ibrahim will not appear at IPK KL today as reported in the press yesterday. On Saturday 12th July, AFTER our client has voluntarily agreed to present himself to IPK KL on Monday 14th July at 2 pm, the police in contravention of the voluntary agreement, went about harassing and intimidating his staff members and family members the next day, in attempting to serve an order under Sec 111 CPC. This was totally unnecessary given that we were all in an unconditional agreement, in advance, that our client will appear at IPK KL at 2pm today. Our client has duly protested the uncalled for behaviour of the police and have sent a letter indicating the same, to the police yesterday at 5 pm. Below is a copy of the same for your reference. Sankara Nair Counsel for Dato Seri Anwar Ibrahim __________________________________________________Ruj. Tuan: Ruj. Kami: SNN/DSAI/08 (Crim) Tarikh : 13-7-2008 Ybg DATUK MOHD BAKRI BIN MOHD ZININ PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA BUKIT AMAN 50560 KUALA LUMPUR Faks: 03-22731326 Ybhg Datuk, PER: DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM Dengan segala hormatnya kami merujuk perkara di atas di mana kami mewakili penama di atas. 2. Kami telah diarahkan bahawa lebih kurang pada lewat pagi 12-7-2008 (Sabtu) DSP Jude Pereira dari pejabat tuan telah menghubungi peguam kami Encik S N Nair meminta anakguam kami Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menghadirkan dirinya ke IPK Kuala Lumpur pada 13-7-2008 (Ahad) untuk tujuan pengambilan keterangan. 3. Peguam kami Encik S N Nair selepas berbincang dengan anakguam kami yang berada di Pulau Pinang telah memberitahu DSP Jude bahawa anakguam kami akan hadir pada 14-7-2008 (Isnin) jam 2.00 petang di IPK Kuala Lumpur dan oleh itu suatu persefahaman baik telah dicapai oleh kedua-dua pihak seperti yang dipersetujui dari awal. 4. Tetapi, kami telah dimaklumkan oleh DSP Jude lebih kurang jam 9.30 malam pada 12-7-2008 (Sabtu) bahawa pihak polis telah pergi ke rumah anakguam kami di Segambut Dalam Kuala Lumpur dan telah cuba untuk menyerahkan suatu perintah di bawah s. 111 Kanun Acara Jenayah di bawah nama anakguam kami kepada salah seorang yang berada di rumah anakguam kami. 5. Peguam kami Encik S N Nair membantah kepada DSP Jude bahawa ianya adalah suatu serahan yang tidak teratur dan tiada keperluan untuk mengeluarkan perintah tersebut kerana anakguam kami telah akujanji untuk hadir seperti persefahaman baik yang telah dipersetujui di perenggan 3 di atas. 6. Walaupun perkara di perenggan 5 di atas telah diberitahu kepada pihak polis, kami telah dimaklumkan sekali lagi oleh anak kepada anakguam kami bahawa lebih kurang pada tengahari 13-7-2008 (Ahad) sepasukan pegawai polis telah pergi ke rumah anakguam kami di Segambut Dalam dan telah mengganggu (‘harrass’) dan telah menuntut keluarganya menerima penyerahan perintah tersebut walaupun telah diberitahu bahawa keluarganya tidak mempunyai kuasa untuk menerima perintah tersebut kerana perintah tersebut telah dialamatkan secara kediri anakguam kami. Sepasukan pihak polis tersebut juga telah enggan untuk meninggalkan rumah anakguam kami dan oleh itu telah menyebabkan keluarga anakguam kami berada di dalam ketakutan dan intimidasi yang mana secara keseluruhannya adalah tidak perlu. 7. Berdasarkan kepada di atas, anakguam kami merasa terlalu kecewa dengan sikap tidak professional dan tindakan-tindakan intimidasi pihak polis walaupun telah mencapai persefahaman baik untuk bekerjasama sebelum ini. 8. Anakguam kami sekarang ini ingin menyatakan bahawa kecuali pihak polis bertindak secara professional dan mematuhi persefahaman baik tersebut dan undang-undang, anakguam kami bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis. 9. Walau apa pun, anakguam kami mengulangi kedudukan beliau bahawa anakguam kami bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis sekiranya pihak polis tidak mengganggu beliau atau mengintimidasi keluarganya dan tidak memungkiri persefahaman baik tersebut. 10. Kami selaku peguambela anakguam kami akujanji akan mengemukakan anakguam kami sekiranya kesemua syarat di perenggan 9 di atas dipenuhi oleh pihak polis dan kami memohon agar suatu tarikh baru ditetapkan supaya anakguam kami boleh hadir ke IPK Kuala Lumpur untuk memberi keterangan di bawah keadaan yang tidak membahayakan mana-mana pihak. Di dalam keadaan intimidasi yang dilakukan oleh pihak polis seperti ini, anakguam kami tidak dapat menghadirkan ke IPK Kuala Lumpur pada 14-7-2008 sehingga keadaan intimidasi ini lenyap sama sekali. Anakguam kami ingin memaklumkan bahawa beliau pada hari Rabu 16-7-2008 akan hadir ke pejabat Agensi Anti-Rasuah untuk memberi keterangan. 11. Sekali lagi kami mengulangi bahawa anakguam kami bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis tetapi tidak di dalam keadaan adanya intimidasi dan gangguan dari pihak polis. Kami memohon agar pihak polis bertindak secara professional selaras dengan slogan baru Polis Diraja Malaysia. Sekian, terima kasih. Yang benar, S N NAIR & PARTNERS s.k. anakguam Menteri Kementerian Dalam Negeri, Malaysia Putrajaya Faks: 03-88891713 SUMBER;www.partikeadilarakyat.org
Rakyat sudah semakin matang dan semakin bersedia untuk berdepan dengan umno dan kelicikan mereka.Tetapi satu "setback" terbesar dan terpenting kepada rakyat sekiranya DSAI dihantar kembali ke penjara atas kesalahan yang cukup jelas direka reka oleh umno.Untuk itu,rakyat juga harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang terburuk ini
SEMARAK REFORMASI
LAGU SELOKA KEDAH
Monday, July 14, 2008
Friday, July 11, 2008
ANTARA DEBAT DAN 2010
Adakah debat diantara DSAI dan SHABEREY CHEEK dapat di adakan?itu yang menjadi persoalan samaada program debat itu diteruskan atau di batalkan dalam masa terdekat.Dari satu sudut pihak kerajaan cuba mencabar DSAI supaya menyatakan formula yang dikatakan mampu untuk menurunkan harga minyak.Tajuk debat pada hari tersebut adalah(HARI INI TUBUH KERAJAAN,ESOK TURUN HARGA MINYAK)satu MALAYSIA sedia maklum bahawa siapakah DSAI seorang yang bijak menjawab pelbagai soalan dan mahir dalam pidato,tak guna kita menyangkal kehebatan DSAI dengan pidato yang hebat,dari satu sudut apabila DSAI muncul di TV political millage DSAI akan terus meningkat kerana sebelum ini rakyat susah untuk melihat berliau berucap panjang di dalam TV kalau ada pun mungkin setengah minit,berbeza ketika era DSAI menjadi TIMBALAN PERDANA MENTERI tidak menghairankan kita apabila beliau muncul di TV. Dalam keadaan BARISAN NASIONAL menggap DSAI ini sebagai ancaman tetapi dalam pada itu juga beliau di jemput untuk berdebat di TV,ADAKAH INI SUATU BENDA YANG PELIK??Implikasinya apabila DSAI muncul di TV sememangnya rakyat akan lihat perbezaan antara DSAI dan juga MENTERI PENERANGAN,semestinya ada perbezaan dari segi pertuturan,ketokohan dan karisma sebagai pemimpin.Di atas kertas sememangnya MENTERI PENERANGAN akan kalah apabila berdebat di tambah pula tajuk yang di kenakan sememangnya menjadi buah mulut rakyat mengenai keyakinan mereka di atas janji DSAI.Seakan memberi ruang kepada DSAI untuk memberi penjelasan dan meyakinkan rakyat dengan apa yang di bawa sekarang khususnya wadah PKR.DI pihak SHABERY CHEEK pula mungkin MENTERI PENERANGAN ini ingin menjadi hero dikalangan pemimpin kerajaan dengan berdebat dengan PEMIMPIN reformasi dan PAKATAN RAKYAT.MENTERI PENERANGAN ini juga di khabarkan menperjudikan jawatan beliau sekiranya kalah di dalam debat tersebut,kalau kita survey dari sekarang rakyat akan mengatakan DSAI akan menang.Adakah gila menperjudikan jawatan semata kerana kekalahan di dalam perdebatan.Mungkin SHABERY CHEEK sememangnya tidak lagi mahu menjadi MENTERI PENERANGAN atau sengaja mengadakan progarm ini supaya rakyat tidak akan terkejut apabila DSAI menjadi PM selepas PAKLAH,ini semua bukan mustahi!Mengenai pengemuman PAK LAH untuk menyerahkan jawatan PM kepada DSNTR pada buln JUN 2010 memberikan gambaran bahawa keberatan untuk melepaskan jawatan oleh PAK LAH sememangnya di kesan,ataupun ada insan lain yang akan menggantikan PAK LAH dalam masa terdekat,jika ada insan lain yang akan menjadi PM maka terkuburlah hasrat DSNTR menjadi PM,sesungguhnya kerusi TIMBALAN PERDANA MENTERI panassssss.Setiap apa yang berlaku di dalam poltik negara sama ada di rancang atau pun di takdirkan ia berlaku.
Tuesday, July 8, 2008
PROTES
PROTES,PROTES,PROTES.adakah tercapai matlamat?setiap apa yang berlaku harus dijadikan iktibar oleh semua pihak dan juga menjadi pengajaran kepada semua.TURUN,TURUN,TURUN BN.
Friday, July 4, 2008
KENYATAAN ANGKATAN MUDA KEADILAN
KENYATAAN MEDIA4 Julai 2008
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berterusan mengulangi pembohongan beliau kepada rakyat mengenai hubung kait beliau dengan mendiang Altantuya Sharibuu dan juga keterlibatan beliau sebagai dalang di dalam fitnah terbaru melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Setelah pendedahan menggemparkan yang dibuat oleh penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Abdul Razak Baginda, P. Balasubramaniam mengenai hubungan Najib dan Altantuya dan ditambah pula dengan penarikbalikan Akuan Bersumpah yang dikatakan berlaku pada hari ini di dalam masa kurang daripada 24 jam telah membangkitkan lebih banyak tandatanya daripada jawapan mengenai kesahihan penafian Najib Razak bahawa beliau tidak kenal Altantuya.
Keengganan isteri Najib pula, Rosmah Mansor untuk mengheret Raja Petra Kamaruddin ke mahkamah di atas Akuan Bersumpah yang dibuat Raja Petra mengenai keterlibatan Rosmah di dalam pembunuhan mendiang Altantuya juga mewujudkan spekulasi yang sangat serius, apakah benar yang beliau sememangnya terlibat.
Pengakuan Najib bahawa beliau juga turut bertemu Saiful Bukhari Azlan beberapa hari sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful juga sekaligus membenarkan dakwaan AMK sebelum ini bahawa konspirasi untuk memalitkan imej dan kareer politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut melibatkan Najib dan kuncu-kuncunya.
Justeru, siri-siri penipuan ini adalah satu petanda negatif bagi imej seorang Timbalan Perdana Menteri yang kelihatan seringkali cuba melarikan diri daripada persoalan-persoalan yang melibatkan integriti dan maruah negara.
Berdasarkan kepada perkembangan terbaru ini, AMK ingin menggesa agar Najib meletakkan jawatan kerana integriti dan kewibawaan beliau dipertikaikan dan pastinya akan memberikan implikasi negatif kepada imej Negara di mata dunia dan pelabur-pelabur asing.
AMK juga mencabar supaya Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambil tindakan sewajarnya dengan menggantung tugas Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. agar beliau boleh disiasat dan didakwa jika terbukti beliau bersalah.
AMK mendesak supaya tindakan yang disarankan diambil pada kadar segera agar imej negara tidak terus terpalit dengan pelbagai masalah kerana kepimpinan yang lemah dan bankrap moral.
SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKINKetuaAngkatan Muda KeADILan Malaysia........SUARAKEADILAN 4 JULY 2008

Wednesday, July 2, 2008
LAPORAN POLIS DSAI TERHADAP MUSA HASSAN DAN GHANI PATAIL
Saya, Anwar bin Ibrahim, (No K/P: 470810-07-5095), sesungguhnya di sini membuat laporan polis berikut berdasarkan maklumat yang telah saya perolehi baru-baru ini.
1. Laporan ini adalah berkaitan dengan siasatan terdahap serangan fizikal yang dilakukan ke atas saya oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor (“Rahim Noor”) pada 20hb September 1998. Saya percaya Tan Sri Rahim Noor, selepas didakwa, telah mengaku bersalah atas tuduhan serangan fizikal tersebut. Saya telah membuat laporan polis berkenaan serangan fizikal tersebut pada 27.9.98.
2. Berkaitan dengan penyiasatan terhadap serangan fizikal tersebut, saya percaya bahawa Pegawai Penyiasat, ACP Mat Zain bin Ibrahim (sekarang Datuk Mat Zain) telah melakukan satu penyiasatan yang mendalam dan menyeluruh dan menyediakan satu kertas siasatan (“IP”) yang telah kemudiannya pada Oktober 1998, menyerahkannya kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Mokhtar Abdullah (“Tan Sri Mokhtar”) serta pasukannya yang antaranya termasuklah Peguam Negara sekarang Tan Sri Gani Patail untuk tindakan lanjut.
3. Kertas siasatan tersebut telah menyimpulkan bahawa Tan Sri Rahim Noor adalah pelaku serangan fizikal tersebut ke atas saya. Kertas tersebut telah membuat kesimpulan setelah siasatan menyeluruh dilakukan, dengan mengambilkira laporan perubatan daripada pakar forensik daripada Hospital Kuala Lumpur seperti Dr. Ab. Halim Haji Mansar dan Dr. Zahari bin Noor dan kenyataan dari sekurang-kurangnya 60 orang saksi. Laporan perubatan tersebut menyimpulkan bahawa kesan kecederaan yang dilakukan ke atas saya adalah konsisten dengan satu serangan fizikal.
4. Walaupun kandungan kertas siasatan dan lapuran perubatan yang tersedia, Tan Sri Mokhtar dengan bantuan Peguam Negara hari ini dan, Tan Sri Gani Patail telah mendapatkan khidmat seorang pegawai perubatan bernama Dr. Abdul Rahman bin Yusof (Dr. Abdul Rahman).
5. Dr. Abdul Rahman dalam satu laporan tidak bertarikh menyediakan laporan kedua yang menyentuh “lakonan semula tempat kejadian” pada 14 Disember 2008. Saya percaya bahawa “lakonan semula tempat kejadian” tersebut tidak pernah berlaku.
6. Adalah satu fakta yang tidak disangkalkan bahawa laporan perubatan Dr Abdul Rahman berhubung serangan yang dilakukan terhadap saya disediakan tanpa langsung melakukan pemeriksaan fizikal ke atas saya terlebih dahulu.
7. Walaupun sudah ada kertas siasatan dan laporan kesihatan yang lengkap, Tan Sri Mokhtar dalam kenyataan akhbarnya bertarikh 5 Januari 1999, menerima pandangan yang diberikan oleh Dr. Abdul Rahman mengenai apa yang dikatakan sebagai “perkara-perkara tidak konsisten” dalam laporan perubatan doktor-doktor lain yang telah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas saya.
8. Kenyataan akhbar Tan Sri Mokhtar juga menyatakan siasatan yang telah dijalankan tidak dapat mengenalpasti individu atau mereka yang menyebabkan kecederaan ke atas saya. Ini sesungguhnya bercanggah dengan laporan siasatan yang selesai dilakukan menjelang Oktober 1998 yang menyimpulkan bahawa Rahim Noor menyerang saya. Tan Sri Mokhtar dan pasukannya dengan itu telah secara sengaja mengelirukan masyarakat. Apabila siasatan polis menjadi tidak lengkap, orang ramai menjadi resah dan menuntut ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja. Tan Sri Mokhtar juga telah membuat kenyataan palsu bahawa kertas siasatan telah diserahkan kepada beliau hanya pada 19.11.98. Saya percaya Tan Sri Gani Patail ada makluman penuh tentang kenyataan palsu yang terkandung dalam kenyataan akhbar tersebut.
9. Saya juga percaya Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail telah hadir di Bukit Aman pada 20 September 1998 dan mengetahui mengenai serangan Tan Sri Rahim Noor terhadap saya. Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani selanjutnya menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadap saya dari pengetahuan umum sehinggalah mata saya yang lebam dan kecederaan yang saya alami didedahkan di mahkamah.
10. Saya percaya kedua-dua Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani Patail secara aktif terlibat dalam menyediakan lapuran kedua tidak bertarikh oleh Dr. Abdul Rahman yang telah membuat kesimpulan palsu dan pelik seperti “the pattern and nature of the injuries are not consistent with a direct blow” [“bentuk dan ciri kecederaan adalah tidak konsisten dengan pukulan secara langsung”], “accidental nature of the injuries could not be ruled out” [“kemungkinan kecederaan ini disebabkan oleh kemalangan tidak boleh ditolak”] dan “self-inflicted nature of the injury should be considered” [kemungkinan kecederaan disebabkan perbuatan sendiri harus diberikan pertimbangan”]. Mereka mengarahkan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan lapuran kedua ini dan bertindak di bawah pengarahan dan/atau bersama Tan Sri Mokhtar Abdullah.
11. Semua fakta-fakta ini menunjukkan Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Gani Patail dan SAC II Datuk Mat Zain bin Ibrahim (individu, yang menurut Dr. Abdul Rahman dalam lapurannya, telah mengiringi beliau ke sel di Bukit Aman di mana saya ditahan dan terlibat dalam apa yang didakwa ‘lakonan semula tempat kejadian’) telah berpakat dengan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan lapuran kedua ini. Ini telah dilakukan agar lapuran polis saya bertarikh 27.9.98 mengenai serangan tersebut akan dikira sebagai lapuran polis palsu dan saya boleh didakwa, atau sekurang-kurangnya merosakkan kredibiliti saya bagi memberi kesan buruk terhadap pembelaan saya dalam kes-kes jenayah yang mana saya telah didakwa melakukan ‘korupsi’ dan liwat bagi membolehkan saya didapati bersalah.
12. Saya ingin menyatakan bahawa Tan Sri Gani Patail adalah pegawai pendakwa kanan yang membantu Tan Sri Mokhtar dalam membuat pendakwaan ke atas saya. Tan Sri Musa Hassan adalah Pegawai Penyiasat dalam pendakwaan terhadap saya. Saya juga percaya, satu tindakan yang tidak pernah dibuat sebelum ini telah diambil apabila satu bilik operasi khusus telah disediakan di Bukit Aman untuk menguruskan pendakwaan saya dan di mana mereka akan berjumpa secara kerap.
13. Ini bukanlah kali pertama dakwaan mengenai pemalsuan bukti dibuat berkaitan Tan Sri Gani Patail. Saya dimaklumkan bahawa dalam keputusan Mahkamah Persekutuan Zainur bin Zakaria v Public Prosecutor [2001] 3 MLJ, Steve Shim, Hakim Besar, dalam penghakiman beliau menyatakan bahawa “… was he not justified, on a prima facie basis, in complaining that Tan Sri Gani Patail’s conduct at the meeting on 2.10.1998 was an attempt to get Nalla to fabricate evidence in order to perfect charges against him for other alleged sexual offences?”
Perkataan “he” dan “him” dalam ayat di atas merujuk kepada diri saya.
14. Berkenaan perkara di atas, saya merujuk kepada dokumen berkenaan bagi membantu siasatan polis:
1. Kenyataan akhbar Tan Sri Mokhtar yang dibuat pada 5.1.99. 2. Nota prosiding dalam lapuran Suruhanjaya DiRaja berkaitan keterangan Dr Abdul Rahman 3. Laporan Kesihatan kedua yang dibuat oleh Dr. Abdul Rahman yang terkandung dalam lapuran Suruhanjaya.
15. Saya memohon diadakan satu siasatan baru terhadap pemalsuan bukti yang mana saya telah dinasihati sebagai satu kesalahan di bawah seksyen 192 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 7 tahun. Saya memohon agar setiap individu yang terlibat dalam menyediakan laporan kedua oleh Dr Abdul Rahman ini iaitu Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Dr. Rahman dan Datuk Mat Zain bin Ibrahim disiasat secara terperinci agar kebenaran diperolehi dan sebarang salah laku dihukum.
ANWAR BIN IBRAHIM
1 Julai 2008
(M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com )

Tuesday, July 1, 2008
KENYATAAN EZAM
Mengulas dakwaan dan siasatan kes liwat bekas ketuanya itu, Mohamad Ezam berkata "hanya penuduh, tertuduh dan Allah sahaja yang mengetahuinya." Bagaimanapun beliau tidak bersetuju tindakan mengaibkan seseorang dalam kes seumpama ini, tambahnya SUMBER MALAYSIA KINI 01 JUL 08 /11.50AM
Adakah ini konspirasi?
Satu MALAYSIA terkejut dengan berita kemungkinan DSAI akan di tangkap,itulah yang di katakan kuasa sms(sistem pesanan ringkas)kerana berjaya memberi input yang cepat dan berita sensasi semalam dengan begitu pantas satu MALAYSIA gempar.Itulah telekomunikasi yang canggih menyebabkan seluruh rakyat malaysia mengetahui berita ini.Persoalan timbul di kotak fikiran saya bahawa adakah ini suatu pakatan jahat atau konspirasi ke dua dalam sejarah MALAYSIA setelah pada tahun 1998 berlaku konspirasi jahat menyebabkan DSAI di humban ke dalam penjara selam 6 tahun.Kali ini saya menerima berita di dalam keadaan yang berbeza iaitu adakah ini konspirasi BARISAN NASIONAL atau konspirasi hendak menjatuhkan NAJIB TUN RAZAK sendiri.Pada pendapat saya kebanyakkan masyarakat akan menuding jari kepada NAJIB TUN RAZAK menjadi mastermind di dalam kisah seorang pembantu khas DSAI melaporkan kepada pihak polis bahawa dia telah di liwat oleh de factor PARTI KEADILAN itu.Semua orang akan mengatakan bahawa NAJIB yang mengatur segalanya kerana beliau ingin menjadi perdana menteri selepas PAKL LAH.Adakah benar najib yang menjadi mastermind??ini menjadi persoalan.Atau ada pihak dari dalan UMNO sendiri mahupun telah mengatur untuk memburukkan NAJIB di mata masyarakat.Kerana budak saiful bergambar di PEJABAT TIMB PERDANA MENTERI itu di rancang atau pun kebetulan?Selain itu pula gambar budak SAIFUL ini bersama AZALINA OSMAN,ini juga kemungkinan orang najib.Gambar bersama SHAHRIL SAMAD mungkin ini orang NAJIB juga.Pandangan masyarkat kepada NAJIB akan menjadi negatif termasuk dakwaan RPK dengan kenyataan bersumpah mengenai pembabitan ROSMAH di dalam pembunuhan ALTANTUYA dan di campur dengan cerita liwat yang hangat di perkatakan bahkan bukan sahaja di kedai kopi malah tempat suri rumah membeli ikan di lorong belakang rumah turut menceritakanhal ini.Ini sebagai teori atau andaian oleh saya terhadap isu liwat ini.Apa pun badan kehakiman perlu lebih adil di dalam mengadili sesuatu kes yang berprofil tinggi.
Subscribe to:
Posts (Atom)