SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Friday, July 4, 2008

KENYATAAN ANGKATAN MUDA KEADILAN

KENYATAAN MEDIA4 Julai 2008
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berterusan mengulangi pembohongan beliau kepada rakyat mengenai hubung kait beliau dengan mendiang Altantuya Sharibuu dan juga keterlibatan beliau sebagai dalang di dalam fitnah terbaru melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Setelah pendedahan menggemparkan yang dibuat oleh penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Abdul Razak Baginda, P. Balasubramaniam mengenai hubungan Najib dan Altantuya dan ditambah pula dengan penarikbalikan Akuan Bersumpah yang dikatakan berlaku pada hari ini di dalam masa kurang daripada 24 jam telah membangkitkan lebih banyak tandatanya daripada jawapan mengenai kesahihan penafian Najib Razak bahawa beliau tidak kenal Altantuya.
Keengganan isteri Najib pula, Rosmah Mansor untuk mengheret Raja Petra Kamaruddin ke mahkamah di atas Akuan Bersumpah yang dibuat Raja Petra mengenai keterlibatan Rosmah di dalam pembunuhan mendiang Altantuya juga mewujudkan spekulasi yang sangat serius, apakah benar yang beliau sememangnya terlibat.
Pengakuan Najib bahawa beliau juga turut bertemu Saiful Bukhari Azlan beberapa hari sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful juga sekaligus membenarkan dakwaan AMK sebelum ini bahawa konspirasi untuk memalitkan imej dan kareer politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut melibatkan Najib dan kuncu-kuncunya.
Justeru, siri-siri penipuan ini adalah satu petanda negatif bagi imej seorang Timbalan Perdana Menteri yang kelihatan seringkali cuba melarikan diri daripada persoalan-persoalan yang melibatkan integriti dan maruah negara.
Berdasarkan kepada perkembangan terbaru ini, AMK ingin menggesa agar Najib meletakkan jawatan kerana integriti dan kewibawaan beliau dipertikaikan dan pastinya akan memberikan implikasi negatif kepada imej Negara di mata dunia dan pelabur-pelabur asing.
AMK juga mencabar supaya Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambil tindakan sewajarnya dengan menggantung tugas Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. agar beliau boleh disiasat dan didakwa jika terbukti beliau bersalah.
AMK mendesak supaya tindakan yang disarankan diambil pada kadar segera agar imej negara tidak terus terpalit dengan pelbagai masalah kerana kepimpinan yang lemah dan bankrap moral.
SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKINKetuaAngkatan Muda KeADILan Malaysia........SUARAKEADILAN 4 JULY 2008

No comments: