SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Monday, September 15, 2008

MAKIN CELARU


Semakin hari PARTI UMNO MAKIN CELARU begitulah impian PARTI BUKAN KERAJAAN supaya UMNO terus reput dan lumpuh di dalam arena politik MALAYSIA.Hari ini MENTERI PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyerahkan keputusan sama ada mengekalkan beliau di dalam kabinet atau memecatnya susulan kenyataan berani dari menteri berkenaan.Keadaan UMNO kian parah apabila TIMB PERDANA MENTERI menyatakan isu peralihan kuasa di serahkan kepada bahagian UMNO untuk menentukan proses ini,memberi tamparan yang hebat kepada PAK LAH seolah2 ada pakatan menjatuhkan beliau di antara MUHYIDIN DAN JUGA NAJIB RAZAK.ZAID IBRAHIM juga menimbulkan masalah dengan mengeluarkan kenyataan bahawa ISA hanya untuk pengganas dan komunis sahaja,sememangnya kenyataan ini menampakkkan kecelaruan mereka kian parah menyebabkan tokak menokak di antara mereka,ZAID IBRAHIM juga ingin meletak jawatan juga sekiranya beliau di anggap menentang dasar kerajaan mengenai kenyataan beliau. Sekarang pakat2 letak jawatan lebih senang PR ambil alih..TAK GITU........

Saturday, September 13, 2008

MENGAPA DI TANGKAP WARTAWAN SIN CHUI DAILY?

Persoalan ini timbul gara2 penahanan wartawan akhbar sin chui daily di bawah akta keselamatan dalam negeri semalam,walaupun kita semua sedia maklum yang mensensasikan isu ini adalah KETUA BAHAGIAN BUKIT BENDERA DATO AHMAD ISMAIL.Ini yang di tangkap adaah wrtawan yang melaporkannya.Ini yang dikatakan MALAYSIA melalui suatu zaman GELAP dan menjalankan hukum rimba.Individu yang mencetuskanperbalahan politik di biarkan tanpa di ambil tindakkan yang sewajarnya,DATO AHMAD ISMAIL di gantung keahlian selama 3 tahun dalam UMNO itu adalah hukuman dalam parti beliau tetapi di mata masyrakat apa hukumannnya?Adegan cabar mencabar oleh orang politik harus di hentikan danmereka inilah yang patut di tahan,pergeseran UMNO PP dan PARTI GERAKKAN SEHINGGA UMNO PP MENGAMBIL TINADAKKAN MENGOYAK GAMBAR BEKAS KETUA MENTERI PULAU PINANG KHOO SOO KOON ADAKAH INI PERKARA BIASA?sudah tentu ini menimbulkan keadaan kurang senang masyarakat cina di MALAYSIA.Sepatutnya DATO AHMAD ISMAIL juga perlu di dakwa dan di humban ke dalam ISA kerana membangkitkan isu perkauman.Jelas sekali tindakkan KEMENTERIAN DALAM NEGERI lebih kepada menakutkan rakyat bawahan yang saban hari di buli dan di bodohkan oleh SURAT KHABAR UTUSAN dan TV3 SUKU.

Friday, September 12, 2008

RPK D TAHAN BAWAH ISA


Raja blogger RAJA PETRA KAMARUDDIN di tahan di rumah beliau sekitar jam 1.30 tghr,RPK di tahan di bawah akta keselamatan dala negeri(ISA)..sehingga sekarang masih belum tahu ke mana beliau di bawa pergi...

Wednesday, September 10, 2008

TERDESAK....

Betapa terdesaknya pihak kerajaan untuk menghalang perancangan parti bukan kerajaan untuk ambil alih kuasa pada 16 SEPT 2008,cubaan memindahkan kes liwat DSAI ke mahkamah tinggi dan campur tangan dari peguam negara iaitu GHANI PATAIL di dalam kes DSAI.Ini menunjukkannya bahawa tindakkan terdesak untuk menggagalkan program 16SEPT 2008.Kes DSAI d tangguhkan ke tarikh 24SEPT 2008.

ADAKAH KITA DIUJI LAGI?

Pagi nanti DSAI akan ke mahkamah untuk mendengar sebutan semula kes liwat,pada jam 10 pagi satu MALAYSIA akan tertumpu ke satu tempat iaitu mahkamah yang mengadili DSAI.Samalah kita menunggu keputusannya, adakah kita akan di uji lagi?

Tuesday, September 9, 2008

GERAKKAN APA LAGI YANG DI TUNGGU

Suatu keadaan yang memihak kepada parti bukan kerajaan iaitu berlakunya pergeseran di antara PARTI GERAKKAN dan UMNO PULAU PINANG,saya berkata PARTI GERAKKAN dan bukan PARTI GERAKKAN PULAU PINANG kerana UMNO PULAU PINANG khususnya bermasalah dengan PARTI GERAKKAN MALAYSIA dan isu yang di mainkan UMNO PP sememangnya tidak patut sama sekali mungkin inilah sebenarnya sikap UMNO.Dikatakan pemimpin UMNO adalah pemimpin MELAYU tetapi kenyataan itu nyata tersimpang jauh menyebabkan UMNO sekarang bermasalah.Contoh yang tidak baik di tunjukkan oleh UMNO iaitu dengan mengoyak gambar pemangku presiden PARTI GERAKKAN membuktikan UMNO sebenarnya telah menunjukkan diri beliau yang sebenarnya,rakyat seperti kita jangan tertipu dengan mainan UMNO yang akan kehilangan kuasa,mereka akan melakukan apa saja demi kuasa dan kedudukkan mereka yang diambang kemusnahan.Sikap sengaja melaga2kan pimpinan selain melayu dan mungkin mereka ingin melihat negara kita tidak tenteram dan mengharapkan orang MELAYU kembali kepada umno.Percaturan ini mejoroti rakyat MALAYSIA faham dan kita sebagai rakyat perlu bijak menilai dan menimbang di dalam membuat keputusan.PARTI GERAKKAN telah memutuskan hubungan dengan UMNO PP TAPI ADAKAH TINDAKKAN ITU MEMADAI?BAGI SAYA KELUAR SAJA DARI BARISAN NASIONAL...

RAKYAT MENGHARAP....

Sebelum melelapkan mata saya sempat juga masuk ke laman web you tube untuk melihat sekiranya ada sahabat yang upload rancangan hujah tv9 sebentar tadi kerana saya ketinggalan menonton rancangan tersebut,tidak mengapa kerana belum ada tetapi saya memilih untuk melihat dan mendengar rancangan hujah d tv9 minggu lepas kerana seorang sahabat telah upload rakaman tersebut ,merujuk kepada rancangan hujah yang minggu lepas membawa dua orang ahli penal seorang penganalisis politik yang tak ingin saya ingat namanya dan seorang lagi iaitu profesor AHMAD FAIZ dari uum.Saya tertarik untuk mengulas kerana di dalam perbincangan dalam rancangan hujah itu bertajuk (fanatik penyokong kepada pemimpin).Dalam sudut parti politik sememangnya ada penyokong yang fanatik dan ada penyokong yang sekadar menyokong tetapi tidak fanatik dalam pada itu ada yang tidak menyokong dan semestinya tidak fanatik tetapi hanya simpati.Hujah daripada penganalisis politik yang tak ingin saya ingat nama beliau berkata DSAI tidak bertanggung jawab apabila mengeluarkan kenyataan kerana mengumumkan 16 SEP 2008 pakatan rakyat memerintah MALAYSIA,bagi saya kenyataan DSAI itu bersifat mewakili rakyat bawahan dan membawa sejuta harapan rakyat untuk melihat perubahan,adakah ini tindakkan tidak bertanggungjawab?masalah kerajaan BEE END tidak kuat sekarang itu persoalan lain tetapi kenyataan yang di buat oleh beliau amat memalukan saya sebagai rakyat biasa melihat seorang penganalisis politik berkata begitu mungkin kerana betapa sayang beliau kepada UMNO mungkin.Rakyat bukan fanatik kepada DSAI bagi saya kerana DSAI antara pemimpin yang di harapkan rakyat,bukan fanatik cuma rakyat mengharapkan DSAI dapat melakukan perubahan sedangkan kita juga mengakui untuk merubah MALAYSIA bukan di bahu DSAI sahaja tetapi kepada pemimpin2 lain juga namun rata2 rakyat mengharapkan DSAI mengepalai pakatan rakyat untuk merubah MALAYSIA.Kenyataan2 yang dangkal oleh sesetengah pemimpin amat meloyakan saya kerana mereka menghalakan cara untuk mencapai matlamat.Pada PRU12 rakyat telah menunjukkan bahawa mereka tidak ingin lagi hidup di bawah BEE END namun ada juga penipuan mereka kekal juga di PUTRAJAYA walaupun tidak mendapat 2/3.Pengundi akan melakukan proses pemilihan 4 tahun sekali di MALAYSIA tetapi KERAJAAN sekarang ternyata hampeh(bahasa org selatan)menyebakan kita tak mampu lagi tunggu 4 tahun akan datang.Jadi proses 16 SEPT 2008 ini di harapkan berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan dari pihak yang hilang kuasa.