Rakyat sudah semakin matang dan semakin bersedia untuk berdepan dengan umno dan kelicikan mereka.Tetapi satu "setback" terbesar dan terpenting kepada rakyat sekiranya DSAI dihantar kembali ke penjara atas kesalahan yang cukup jelas direka reka oleh umno.Untuk itu,rakyat juga harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang terburuk ini
SEMARAK REFORMASI
LAGU SELOKA KEDAH
Tuesday, September 9, 2008
RAKYAT MENGHARAP....
Sebelum melelapkan mata saya sempat juga masuk ke laman web you tube untuk melihat sekiranya ada sahabat yang upload rancangan hujah tv9 sebentar tadi kerana saya ketinggalan menonton rancangan tersebut,tidak mengapa kerana belum ada tetapi saya memilih untuk melihat dan mendengar rancangan hujah d tv9 minggu lepas kerana seorang sahabat telah upload rakaman tersebut ,merujuk kepada rancangan hujah yang minggu lepas membawa dua orang ahli penal seorang penganalisis politik yang tak ingin saya ingat namanya dan seorang lagi iaitu profesor AHMAD FAIZ dari uum.Saya tertarik untuk mengulas kerana di dalam perbincangan dalam rancangan hujah itu bertajuk (fanatik penyokong kepada pemimpin).Dalam sudut parti politik sememangnya ada penyokong yang fanatik dan ada penyokong yang sekadar menyokong tetapi tidak fanatik dalam pada itu ada yang tidak menyokong dan semestinya tidak fanatik tetapi hanya simpati.Hujah daripada penganalisis politik yang tak ingin saya ingat nama beliau berkata DSAI tidak bertanggung jawab apabila mengeluarkan kenyataan kerana mengumumkan 16 SEP 2008 pakatan rakyat memerintah MALAYSIA,bagi saya kenyataan DSAI itu bersifat mewakili rakyat bawahan dan membawa sejuta harapan rakyat untuk melihat perubahan,adakah ini tindakkan tidak bertanggungjawab?masalah kerajaan BEE END tidak kuat sekarang itu persoalan lain tetapi kenyataan yang di buat oleh beliau amat memalukan saya sebagai rakyat biasa melihat seorang penganalisis politik berkata begitu mungkin kerana betapa sayang beliau kepada UMNO mungkin.Rakyat bukan fanatik kepada DSAI bagi saya kerana DSAI antara pemimpin yang di harapkan rakyat,bukan fanatik cuma rakyat mengharapkan DSAI dapat melakukan perubahan sedangkan kita juga mengakui untuk merubah MALAYSIA bukan di bahu DSAI sahaja tetapi kepada pemimpin2 lain juga namun rata2 rakyat mengharapkan DSAI mengepalai pakatan rakyat untuk merubah MALAYSIA.Kenyataan2 yang dangkal oleh sesetengah pemimpin amat meloyakan saya kerana mereka menghalakan cara untuk mencapai matlamat.Pada PRU12 rakyat telah menunjukkan bahawa mereka tidak ingin lagi hidup di bawah BEE END namun ada juga penipuan mereka kekal juga di PUTRAJAYA walaupun tidak mendapat 2/3.Pengundi akan melakukan proses pemilihan 4 tahun sekali di MALAYSIA tetapi KERAJAAN sekarang ternyata hampeh(bahasa org selatan)menyebakan kita tak mampu lagi tunggu 4 tahun akan datang.Jadi proses 16 SEPT 2008 ini di harapkan berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan dari pihak yang hilang kuasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment