SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Tuesday, October 21, 2008

SELAMAT KEMBALI

Salam pejuangan,salam reformasi kepada semua dan belum terlambat untuk ucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir dan batin.Minta maaf kurang membuat update kerana kesibukkan urusan tahunan.Sepanjang bulan syawal banyak cerita yang di kumpulkan untuk di kongsi bersama terutama cerita2 di plitik di utara.Di dalam kesibukkan kita menyambut syawal tempoh hari kita perlu menilai diri kita adakah puasa kita pada tahun ini diterima oleh ALLAH,atau pun sekadar puasa menahan lapar dan dahaga tidak mendapat keberkatan.semoga puasa kita semua mendapat keberkatan oleh ALLAH TAALA.Cerita di KEDAH ada yang menarik untuk di ketahui mengenai usaha yang berterusan yang di lakukan oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan kerajaan PR di KEDAH.Dalang semua ini bermula dari beberapa ahli PKR BAHAGIAN SELATAN KEDAH yang kebanyakkannya tidak berpuas hati dengan apa yang di berikan oleh KERAJAAN NEGERI kepada mereka,di antara mereka ini telah menjadi AHLI MAJLIS dan juga ahli mesyuarat beberapa anak syarikat kerajaan negeri (GLC).Biarpun usaha mereka ini sudah di ketahui pucuk pimpinan PKR negeri namun tindakn belum menampakkan kesiriusan perkara ini,ini benda bukan main2 dan bukan cobaan tetapi benar sehingga ada di kalangan MPT ada bukti yang jelas untuk memecat mereka ini sebelum menjadi petualang kepada PKR KEDAH khususnya.Mereka2 yang terlibat ini ada di antaranya sudah lanjut usia tetapi meletakkan kepentingan peribadi di hadapan sanggup bersekongkol dengan mereka yang ingin merosakkan PKR dan hubungan dengan PAS.Saya sedia maklum sememanagnya PAS ada buat silap dalam beberapa hal tetapi kita perlu berbincang di dalam mencari jalan penyelesaian bukan mengugut dan sebagainya.Semoga mereka ini dapat meninggalkan PKR secepat mungkin bagi menyucikan PKR dari najis2 yang di bawa oleh mereka ini...

Friday, September 26, 2008

Adakah PAK LAH?

Di dalam keadaan masyarakat MALAYSIA terutama yang beragama ISLAM sedang sibuk membuat persiapan menjelangnya hari raya kita janganlah lupa kepada mangsa2 kekejaman ISA yg masih merengkok di dalam penjara tanpa perbicaraan dan apakah perasaan anak2 mereka ketika ini,semestinya kerinduan kepada ayah2 mereka sukar di bendung lagi.Selain itu juga kita sebagai rakyat MALAYSIA PERLU berfikir apakah pada malam raya akan datang adakah PAK LAH yang berucap seperti kebiasaan nya di MALAYSIA PERDANA MENTERI akan berucap sempena hari raya pada malam raya,tetapi kali ini adakah kita akan lihat PAK LAH jua akan berucap atau sudah di ganti dengan orang yang baru sebagai PERDANA MENTERI,adakah yang berucap pada malam raya adalah DATO NAJIB TUN RAZAK? ATAU DATO SERI ANWAR IBRAHIM? atau pun PAK LAH juga..sebelum hari raya akan ada detik bersejarah sama2 kita tunggu dengan penuh sabar..

Wednesday, September 24, 2008

CUB PRIX


Baru2 ini saya berkesempatan untuk menonton rancangan rakaman perlumbaan cub prix di tv9,perlumbaan berlangsung di hadapan stadium SULTAN MIRZAN ZAINAL ABIDIN TERENGGANU.Sepanjang perlumbaan agak menarik dengan aksi2 pelumba jatuh yang saya nantikan,cuma kehadiran penonton agak kurang.Pelumba kebanyakkannya berlumba untuk team yang di taja oleh syrikat2 besar yang terkenal seperti dari PETRONAS,SHELL dan lain2.HARIAN METRO juga tidak ketinggalan untuk menaja para pelumba dan juga pasukan.Walaupun sukan bermotor ini tidak sama seperti bidang politik dan perniagaan tetapi ia juga menerima kesan daripada kelemahan pengurusan hasil negara jesteru itu melemahkan ekonomi MALAYSIA dan membebankan rakyat.Saya mengulas dari sudut kos selenggara meningkat menyebabkan orang yang tidak mempunyai dana yang cukup untuk menyertai cub prix contohnya,ketika tahun 1996 dan 1997 ekonomi MALAYSIA NAIK dengan baik.Pada ketika itu suasana industri permotoran sememangnya bagus dan ketika saya sekolah menengah dapat melihat para pelumba dari pasukan2 kampung ataupun di katakan pasukan(persendirian)banyak menyertai dan kehadiran penonton sememangnya ramai.Sekarang sukan permotoran di monopoli oleh mereka yang berduit dalam kata lain yang kaya terus kaya yang susah papa kedana,begitulah MALAYSIA sekarang. Biar pun ia hanya sukan CUB PRIX tetapi ia tetap memberi kesan kepada industri permotoran di negara kita.Pengurusan yang tidak cekap dan banyak kebocoran menyebabkan kita semua menghadapi masalah bah kan anak muda yang berminat dengan sukan permotoran juga terbatas apabila hasil negara tidak di uruskan dengan baik.

Sunday, September 21, 2008

KG LINDUNGAN RAJA

Kelmarin seharian saya masuk ke kawasan kampung untuk memberi bantuan kepada fakir miskin menjelang hari raya,bebekalkan bantuan yang di taja oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu YAYASAN AMAN.Badan bukan kerajaan ini begitu sinonim dengan PERTI KEADILAN RAKYAT(PKR) kerana presidennya adalah BEKAS AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH.Program berjalan lancar seperti yang dirancangkan,bantuan di sampaikan oleh KETUA ANGKATAN MUDA KEDAH,KETUA KAMPUNG LINDUNGAN RAJA danAHLI MAJLIS MPKK.Selain program bantuan kepada fakir miskin di adakan juga sumbangan duit raya kepada kanak2 di KAMPUNG LINDUNGAN RAJA SEDIM KEDAH DARUL AMAN.Setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat di dalam program tersebut.

Wednesday, September 17, 2008

SUDAH TUKAR KA.........

Beginilah senario politik MALAYSIA yang di ancam taufan IKE dan taufan itu akan menyerang BARISAN NASIONAL tidak lama lagi.Hari ini terjadinya proses ayam peralihan kuasa menteri sesama menteri,mungkin tukar suka sama suka iaitu MENTERI KEWANGAN MENJADI MENTERI PERTAHANAN dan MENTERI PERTAHANAN MENJADI MENTERI KEWANGAN,menarik bukan..banyak muslihat di dalam penukaran potfolio menteri masing2.Dalam pada itu juga mungkin PERDANA MENTERI ingin melihat proses penukaran kerajaan OLEH PR di dalam keadaan aman dan makmur,mungkin kerana apabila kuasa PERTAHANAN terletak di tangan TIMB PERDANA MENTERI sedangkan TIMB PERDANA MENTERI tak akan menjadi PERDANA MENTERI kerana ia terlepas kepada DSAI.Orang yang marah selalunya hilang pertimbangan dan akan melakukan benda yang pelik2...ini pendapat saya sajalah.

Tuesday, September 16, 2008

Yang ini makin celaru

Perbalahan di dalam PARTI PAS agak kritikal dalam keadaan sekarang,dalam kegelisahan UMNO dan BEE END PAS juga tak kurang juga semak samun perut aku di buatnya.Masalah yang di timbulkan oleh pesuruhjaya PAS TERENGGANU AL SYEIKH MUSTAFA ALI dengan mengeluarkan kenyataan meragukan ketulusan beliau bersama PAS.Saya sempat mendengar luahan akar umbi mengenai kenyataan yang di keluarkan oleh AL SYEIKH MUSTAFA ALI tak kurang juga akra umbi PAS MEMAKI HAMUN sampai saya pun terkejut.Begitu marah meeka dgn MUSTAFA ALI.Sedangkan TOK GURU sendiri pun mengeluarkan kenyataan mengkritik MUSTAFA ALI dengan kenyataan ini.Namun ada juga pihak yang kurang senang dengan tindakkan TOK GURU sehinga sanggup mengata yang bukan2 di dalam BLOG PERSENDIRIAN.Ada pula yang mempertikaikan kuasa TOK GURU SEBAGAI MURSIDUL AM PAS,buakn orang lain orang PAS yang agak terkenal juga berkaitan penulisan dan BLOG.Yang di pertahankan individu yang ada tanjak menghancurkan dan menggagalkan usaha MEMBENTUK KERAJAAN oleh PR dalam pada itu TOK GURU juga di persalahkan.Pada pendapat saya sikap iri hati di kalanagn pimpinan PAS menyebabkan terjadinya suasan tak tenteram dalam PAS.Terjadi dua kumpulan sekarang di dalam PAS yang pertama kumpulan yang PRO ANWAR IBRAHIM dan REFORMASI dan kumpulan ke dua pro kepada PRESIDEN PARTI,kedua2 kumpula ini ada ramai pengikut dan perbezaan cara pemikiran dan tindakkan amat menyerlah,kumpulan yang pro ANWAR agak muda dan segar bugar dan kumpulan yang kedua ini kebanyakkan pangkat TOK dan TOK WAN.Orang muda selalu tidak sependapat dgn ORANG YANG TUA selalu terjadinya perbalahan.Semoga perbalahn mereka ini tidak berlarutan dan berpanjangan walaupun GOLONGAN TOK dan TOK WAN kureng senang dengan tidakkan ANWAR PERINTAH MALAYSIA TAPI GOLONAGN TOK WAN LA AKAN OFER DIRI NAK JADI MENTERI KABINET DAPUR NANTI...SAMA2 KITA TUNGGU...