SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Tuesday, January 20, 2009

CERAMAH PERDANA SOLIDARITI UMMAH BERSAMA PALESTINE



Ceramah solidariti ummah bersama PALESTINE di adakan di SUNGAI PETANI KEDAH.Program tersebut bertempat di perkarangan MASJID AR-RAHMAN(MASJID PEKAN) SUNGAI PETANI pada 16 hb JAN 2009 jam 9 malam.Di dalam pada masa yang sama kutipan derma untuk membantu saudara kita di PALESTINE juga di adakan, RM6464.50 berjaya di kumpulkan dan di serahkan kepada wakil PALESTIN iaitu saudara ISMAIL.Program ini hasil inisiatif oleh AMK KEDAH,DEWAN PEMUDA PAS KEDAH dan TERAS.

Monday, January 19, 2009

HADIAH TAHUN BARU KEPADA BARISAN NASIONAL


Hadiah yang cukup bermakna kepada BN sudah pun di perolehi pada 17 hb jan 2009,ini merupakan hadiah yang cukup bernilai dan bersejarah tak mungkin di lupakan petugas dan juga para pengampu orang kaya BN sampai bila2.Sepatutnya BN tidak mendapat hadiah tahun baru dengan cara begini tetapi memandangkan calon yang di ketengahkan sememangnya gedebe maka hadiah itu paling layak.Bukan setakat calon yang gedebe MB TERENGGANU juga gedebe. Melihatkan poster MB,NAJIB dan juga WAN FARIB seakan2 mereka ini adik beradik,cuma kulit MB sedikit kelabu mungkin selalu main di tepi pantai.Aku berada di KUALA TERENGGANU selama 6 hari selama itulah mata aku ini asyik melihat wajah NAJIB,MAT SAID dan WAN FARID sedikit pula gambar PAK LAH.Kalau nak kira handsome PAK LAH YANG PALING KACAK itu hakikat cuma di sini menimbulkan macam2 andaian.Dari segi kehangatan kempen janganlah kita samakan seperti PRK PERMATANG PAUH kerana PRK P 036 ada keistimewaan yang tersendiri sehinggakan kadang2 rasa macam tak ada PRK tetapi suasana itu berubah sedikit apabila tiba malam 17 hb di sebabkan kehadiran penyokong dari luar telah masuk ke KUALA TEENGGANU merubah suasana sedikit panas walaupun tiupan angin timur masih ada.

Secara keseluruhan perjalanan kempen kurang memuaskan hati kerana PAS TERENGGANU serta PKR TERENGGANU masih terbawa2 taktik lama tetapi adakalanya KETUA AMK TERENGGANU FARIZ MUSA cuba menghangatkan suasana usaha begeni sungguh saya minati, pujian harus di berikan kepada keseluruhan jentera AMK MALAYSIA yang senentiasa mahukan keadaan yang panas dan tegang.Tidak hairan kenapa PKR TERENGGANU lemah ia terjadi di sebabkan pemimpin di atas perlu melihat ke bawah dan jangan sombong,ia berlaku kepada kumpula saya sendiri yang langsung tidak dihormati oleh PPN TERENGANU.PAS TERENGGANU pula seperti biasa style lama rentak lama dan juga lagu lama yang dimainkan tetapi syukur pengundi cina menyebelahi PR kali ini.Kemenangan ini bukan kerana PAS sahaja tetapi IA MELIBATKAN SELURUH PARTI PR di dalam usaha memenangakan PR di wakili oleh PAS,masakan PAS BOLEH BERSENDIRIAN JIKA TIDAK DI BANTU OLEH PKR dan DAP.Ini jelas apabila kehadiran DSAI pada 4 hari terakhir menampakkkan sedikit peningkatan dari segi peratus dan sumber tertentu bahawa PR leading pada kadar 57% 43% kadar itu kian berkurangan apabila DSAI pulang awal pada jam 4.30 PETANG 16 HB JAN 2009 MENURUN SEHINGGA 51% 49%.Sehinggan hari pengundian rating itu kekal sehingga 12 tengah hari, jika peratus keluar mengundi 80% ke atas PR akan kalah tetapi peratus keluar undi hanya 79% INI MENUNJUKKAN PENGUNDI HANTU GAGAL MENGUNDI MENGIKUT PERANCANGAN.Majoriti 2631 memberi gambaran bahawa sememangnya rakyat sudah TOLAK BN masuk ke dalam sungai bersama BIG MAMA tenggelam .

Untuk ABD WAHID B ENDUT di ucapkan tahniah di atas kemenangan anda,terima kasih juga kepada seluruh jentera PR iaitu PKR,PAS dan DAP di dalam memenangkan PR di PRK P 036 KUALA TERENGGANU.

Saturday, January 17, 2009

SELESAI TEMPOH KEMPEN

Tiada apa yang mampu di ungkapkan sekarang hanya doa yang dapat di lakukan,segala usaha dirasakan terbaik telah di lakukan menampakkan tidak cukup untuk kita menang.Terus terang saya katakan dalam keadaan ini kita ketinggalan namun siapa tahu keputusannya siang nanti.Faktor kemeriahan di pondok panas juga akan memainkan peranan ketika hari pengundian walau apa pun kita perlu optimis di dalam perjuangan.Sekiranya kita mengalami kekalahan jadikan ia sebagai pengajaran yang berguna di masa2 akan datang.Terutamanya pengajaran harus di ambil oleh PAKATAN RAKYAT NEGERI TERENGGANU di dalam mengurus dan merangka strategi menghadapi pilihan raya umum atau kecil sekali pun.

Friday, January 16, 2009

MASIH 50 50

Esok hari pengundian PRK P 036 KUALA TEENGGANU bermula,segala tohmahan atau isu yang di ketengahkan akan di terjemahkan pada esok hari.Suasa yang pelik berlaku kelmarin erana tiada kelibat VVIP BN sekitar KUALA TERENGGANU,adakah mungkin mereka sudah tahu akan keputusan PRK ini.Melihat kepada keghairahan para penyokong sememangnya sejuk cuma hanya strategi yang berkesan dapat mengatasi kesejukan tiupan angin timur,indictor yang boleh di jadikan panduan iaitu pada sebelah malam ini kita akan dapat menilai kemenangan tahap pertama bermula dari tengah malam ini.Sejak semalam kemasukan penyokong dari luar sudah ketara dan juga kemasukan pengundi hantu BN telah masuk lebih awal.Sebelah pagi hari ini DSAI telah mengadakan dialog bersama penduduk di DUN BANDAR di dalam kawasan bandar KUALA TERENGGGANU sambutan yang baik di berikan tetapi tidak sehebat PRK PERMATANG PAUH tetapi penduduk KUALA TERENGGANU boleh di kartegorikankan HALF URBAN memandangkan persekitaran agak ketinggalan di beberapa tempat sedangkan TERENGGANU negeri yang mempunyai hasil MAHSUL BUMI yang banyak.Kempen yang di jalankan oleh PASTI PAS seperti biasa dan masih menggunakan cara tradisional tanpa ada pembaharuan,ia dapat di lihat dari gerak kerja yang mereka lakukan masih di tahap dulu jadi tidak menjadi persoalan mengapa TERENGGANU hanya mendapat 8 kerusi DUN satu PARLIMEN.Bantuan dari PARTI PKR dan juga DAP dapat membantu untuk memenangi hati pengundi bukan MELAYU jika di harapakn PAS mungkin dah lama down,terlalu banyak yang tidak boleh menyebabkan kempen susah untuk di gerakkan secara menyeluruh..SEMOGA KEMENANGAN MILIK PR

Thursday, January 15, 2009

MENGAPA PKR TERENGGANU MASIH TENGGELAM PUNCA?

PKR TERENGGANU pada ketika ini masih dibayangi oleh rentak PARTI PAS di dalam berkempen,kita semua sedia maklum bahawa PKR adalah satu PARTI khusus kepada mana2 kaum tetapi ia terbuka kepada semua komposisi kaum namun kita lihat sehingga hari yang ke lapan tempoh berkempen di dalam PRK KUALA TERENGGANU melihatkan seolah2 PKR tiada identiti.Terus terang saya katakan bahawa PKR TERENGGANU masih di takok lama dan tidak berani menonjolkan imej PKR itu sendiri.MENGAPA TAKUT UNTUK TONJOLKAN IMEJ PKR?terlalu banyak perkara yang tidak boleh,itu dan ini tak boleh.Adakah selama ini kita mengikut peraturan kita boleh mengekalkan pemerintahan TERENGGANU di bawah PAS PADA 1999-2004.Masalah lagu yang di mainkan oleh beberapa petugas PKR KEDAH ketika sebelum ceramah sebelah malam mendapat teguran katanya bising,atau kalau nak mainkan lagu boleh tetapi nasyid.Nasyid tak salah cuma kita berada di dalam DUN BANDAR satu kawasan yang komposisi kaum bercampur MELAYU dan CINA jadi apa salahnya kita mainkan lagu yang boleh mendekatkan mereka dengan PKR mahupun tempat ceramah,jika kita mainkan lagu nasyid mungkin kaum CINA tak akan hampir dengan ceramah PKR di KUALA TERENGGANU.KebetulanPKR ada lagunya bertajuk ARUS PERJUANGAN,adakah salah petugas PKR KEDAH memainkan lagu tersebut,sedangkan bermula penamaan calon sehingga 10 hb tidak ada ceramah yang di adakan di pejabat PPN TERENGGANU,selepas itu AMK KEDAH khususnya di arahkan supaya mengadakan ceramah di situ bermula pada 11 hb sehingga hari jumaat barulah tempat itu mendapat tumpuan,PPN TERENGGANU perlu tahu identiti PARTI PKR bukan di bayangi rentak PAS.

Wednesday, January 14, 2009

SEKITAR PRK KUALA TERENGGANU


























































































































































LARANGAN TERBARU

Larangan menampal poster calon2 yang bertanding di PRK P 036 di kereta2 adalah suatu peraturan yang bodoh dan juga penakut,arahan yang di keluarkan oleh SPR menampakkkan bahawa BARISAN NASIONAL di ambang kekalahan.Bermacam2-macam peraturan baru yang di gubal sempena PRK KUALA TERENGGANU,sikap SPR yang menjadi pak turut pemerintah di dalam membuat peraturan adalah mengecewakan rakyat.Suasana di KUALA TERENGGANU KURANG MERIAH kerana peraturan peraturan yang di kenakan menjejaskan kemeriahan PRK.Sepanjang hidup saya selama 2o tahun ini tidak pernah sekali pun PRK yang sebegegini suram di campur pula angin yang sentiasa bertiup menambahkan kesuraman.Tiada kenderaan yang membawa bendera,tiada hiruk pikuk dengan hon kereta,tiada semangat nak buat kerja kadang2 rasa.Nampaknya cubaan mengagalkan suasana yang semestinya milik PR berjaya di lakukan.Hanya tinggal 2 hari sahaja untuk berkempen maka usha gigih penting untuk memenangkan hati pengundi KUALA TERENGANU,walaupun ada kalanya kita tidak sependapat di dalam beberapa hal tetapi kita TETAP PR.