SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Monday, January 19, 2009

HADIAH TAHUN BARU KEPADA BARISAN NASIONAL


Hadiah yang cukup bermakna kepada BN sudah pun di perolehi pada 17 hb jan 2009,ini merupakan hadiah yang cukup bernilai dan bersejarah tak mungkin di lupakan petugas dan juga para pengampu orang kaya BN sampai bila2.Sepatutnya BN tidak mendapat hadiah tahun baru dengan cara begini tetapi memandangkan calon yang di ketengahkan sememangnya gedebe maka hadiah itu paling layak.Bukan setakat calon yang gedebe MB TERENGGANU juga gedebe. Melihatkan poster MB,NAJIB dan juga WAN FARIB seakan2 mereka ini adik beradik,cuma kulit MB sedikit kelabu mungkin selalu main di tepi pantai.Aku berada di KUALA TERENGGANU selama 6 hari selama itulah mata aku ini asyik melihat wajah NAJIB,MAT SAID dan WAN FARID sedikit pula gambar PAK LAH.Kalau nak kira handsome PAK LAH YANG PALING KACAK itu hakikat cuma di sini menimbulkan macam2 andaian.Dari segi kehangatan kempen janganlah kita samakan seperti PRK PERMATANG PAUH kerana PRK P 036 ada keistimewaan yang tersendiri sehinggakan kadang2 rasa macam tak ada PRK tetapi suasana itu berubah sedikit apabila tiba malam 17 hb di sebabkan kehadiran penyokong dari luar telah masuk ke KUALA TEENGGANU merubah suasana sedikit panas walaupun tiupan angin timur masih ada.

Secara keseluruhan perjalanan kempen kurang memuaskan hati kerana PAS TERENGGANU serta PKR TERENGGANU masih terbawa2 taktik lama tetapi adakalanya KETUA AMK TERENGGANU FARIZ MUSA cuba menghangatkan suasana usaha begeni sungguh saya minati, pujian harus di berikan kepada keseluruhan jentera AMK MALAYSIA yang senentiasa mahukan keadaan yang panas dan tegang.Tidak hairan kenapa PKR TERENGGANU lemah ia terjadi di sebabkan pemimpin di atas perlu melihat ke bawah dan jangan sombong,ia berlaku kepada kumpula saya sendiri yang langsung tidak dihormati oleh PPN TERENGANU.PAS TERENGGANU pula seperti biasa style lama rentak lama dan juga lagu lama yang dimainkan tetapi syukur pengundi cina menyebelahi PR kali ini.Kemenangan ini bukan kerana PAS sahaja tetapi IA MELIBATKAN SELURUH PARTI PR di dalam usaha memenangakan PR di wakili oleh PAS,masakan PAS BOLEH BERSENDIRIAN JIKA TIDAK DI BANTU OLEH PKR dan DAP.Ini jelas apabila kehadiran DSAI pada 4 hari terakhir menampakkkan sedikit peningkatan dari segi peratus dan sumber tertentu bahawa PR leading pada kadar 57% 43% kadar itu kian berkurangan apabila DSAI pulang awal pada jam 4.30 PETANG 16 HB JAN 2009 MENURUN SEHINGGA 51% 49%.Sehinggan hari pengundian rating itu kekal sehingga 12 tengah hari, jika peratus keluar mengundi 80% ke atas PR akan kalah tetapi peratus keluar undi hanya 79% INI MENUNJUKKAN PENGUNDI HANTU GAGAL MENGUNDI MENGIKUT PERANCANGAN.Majoriti 2631 memberi gambaran bahawa sememangnya rakyat sudah TOLAK BN masuk ke dalam sungai bersama BIG MAMA tenggelam .

Untuk ABD WAHID B ENDUT di ucapkan tahniah di atas kemenangan anda,terima kasih juga kepada seluruh jentera PR iaitu PKR,PAS dan DAP di dalam memenangkan PR di PRK P 036 KUALA TERENGGANU.

No comments: