SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Tuesday, May 26, 2009

AMINAH MENDAHULUI


Melihat kepada perkembangan calon bebas AMINAH ABDULLAH ini menunjukkan AMINAH mendahului.Bukan mendahului untuk menang tetapi mendahului di kalangan 3 calon bebas.Calon bebas NAI KHAN ARI berpusat di telok wang dan KAMARUL RAMIZU berpusat di atas awan,sampai sekarang tak jumpa lokasi.Aminah berjaya mempopularkan diri beliau dengan mendakwa dan menfitnah PKR dengan harapan beliau akan mendapat publisiti murahan.

Sidang media yang di hadiri oleh 3 sekeluarga itu mendakwa telah di tawarkan 80 ribu oleh PKR supaya tidak bertanding sebagai calon bebas.Lawak bodoh yang di timbulkan AMINAH ini menyebabkan ia kian popular,popular kerana fitah bukan popular kerana ketokohan atau kebijakkan dalam berpolitik.

Ketika AMINAH mendahului 2 orang calon bebas yang lain, kita jangan lupa siapa penasihat AMINAH ini.Adakah penasihat AMINAH ini orang yang bekas bekas bekas PKR?adakah orang UBN?adakah idea AMINAH sendiri?selepas ini NAI KHAN ARI dan RAMIZU perlu membuat suatu isu yang boleh mempopularkan diri sebagai calon.RAMIZU mungkin terkenal dengan P.I.S PARTI IMAN SEMALAYSIA.Mungkin selepas ini parti PIS RAMIZU akan menjadi parti kompen PPP yang kain bergolak.cepat cepat cipta isu bagi popular macam AMINAH ABDULLAH(KAK MIN).

ANWAR TAWAR UNTUK MASUK KEADILAN.....

Hari ini calon cap kunci yang bertanding di Pilihanraya Kecil Penanti 'Kak Minah' telah membuat pendedahan yang dia ditawarkan oleh Anwar Ibrahim menjelang PRK Penanti. Kak Minah dalam sidang medianya yang dihadiri oleh anak perempuan dan suaminya mendakwa Anwar terpaksa membuat tawaran kerana kekuatan yang ada padanya dan ketakutan yang Dr. Mansor akan kalah.

Tawaran Anwar yang kononya dibawa oleh seorang ahli MPT yang berasal di Pulau Pinang dan pembantu kepada exco Kerajaan negeri yang berketurunan cina ini menawarkan :

RM80,000
tawaran jawatan YDP MPSP
dengan syarat masuk keADILan dan kemungkinan akan ditawarkan bertanding dengan tiket keADILan kerana potensi Kak Minah untuk menang Pilihanraya lebih besar dari maka kalau Kak Minah menang maka Kak Minahlah calon Timbalan Ketua menteri yang paling layak......
Teman wartawan yang menyerahkan bukti perbualan yang dimaksudkan tersebut turut tergelak dengan fakta 'tawaran' tersebut. Tentu ramai turut merasa lucu dengan tawaran tersebut.

Ingat lagi Anifah Aman juga pernah kata Anwar Ibrahim pernah tawar dia jadi Timbalan Perdana Menteri dan lepas itu senyap lepas kena cabar buktikan dakwaanya.

Ingat lagi Hasan Malek yang kononya mendakwa didatangi duta kecil Anwar Ibrahim untuk buat tawaran 'berjuta'. che'GuBard juga pernah cabar Hasan Malek (ahli Parlimen Kuala Pilah) yang mendakwa dirinya akan dilantik Najib sebagai Menteri Negeri Sembilan supaya buktikan tawaran yang didakwanya...namun Hasan Malek terus senyap bisu lepas itu. Untuk baca mengenai lawak Hasan Malek ini sila klik tajuk dibawah.

benarkah Mohamad akan ditukar dengan Hassan
sidang media khas Hasan Malek dibeli ?
akhirnya jumpa dengan agen yang nak beli Hasan
siapalah yang nak beli Hasan Malek
tunggu sahajalah siapa lagi nak buat kenyataan ditawar Anwar Ibrahim.

Dalam kempen pilihanraya kali ini kita masih menanti strategi biasa yang belum digunakan iaitu ahli Pakatan Rakyat keluar parti .......

Sebenarnya tak payah susah payah nafi kes Aminah ini tetapi hanya perlu kesian melihatnya.

SIAPA KAK MIN?

SIAPA Aminah Abdullah ? Beliau adalah salah seorang calon bebas yang akan bertanding di PRK Dun Penanti nanti. Beliau adalah bekas pimpinan PKR P.Pinang yang ditolak oleh PKR P.Pinang termasuk suaminya lantas keluar dari PKR. Beliau sememangnya seorang ahli yang senior dan lama bergiat di dalam PKR iaitu semasa era reformasi lagi. Beliau menyatakan bahawa Presiden PKR sendiri boleh mengesahkan bahawa beliau adalah `pejuang' lama di dalam PKR berbanding dengan Pengerusi Perhubungan PKR P.Pinang sekarang. Tetapi beliau lupa, di dalam perjuangan, `lama' bukan bererti bagus dan hebat. Kadangkala yang `lama' itu lah pembawa `karat' kepada perjuangan. Pada saya, Aminah Abdullah adalah pembawa `karat' kepada PKR.


Oleh sebab itu, Aminah langsung tiada idea untuk menambah baik perjuangan PKR sewaktu beliau berada di dalam parti PKR. Jika sekadar hadir berhimpun atau berdemontrasi, budak-budak bekerja `despatch' pun ramai yang menyertai perhimpunan. Tanyalah ahli-ahli PKR khususnya di P.Pinang, berapa ramai yang kenal Aminah ini. Saya juga sentiasa mengikuti perkembangan PKR di seluruh negeri bermula dari era reformasi, bermula dengan nama ADIL, kemudiannya dikenali sebagai KeADILan seterusnya kini PKR. Nama Aminah langsung tidak saya kenali sehinggalah beliau keluar dari PKR dan menjadi calon bebas. Bagi saya nama Nora atau Norazimah lebih wajar dikenang sebagai pejuang di kalangan wanita daripada Aminah walaupun kini Nora tidak lagi bersama PKR tetapi berjuang bersama PKR di dalam PAS.

Terbaru, Aminah menunjukkan kononnya sebahagian bukti yang beliau ada tentang sogokan rasuah oleh PKR kepada beliau. Bukti rakaman audio telah ditunjukkan kepada wartawan baru-baru ini untuk menunjukkan PKR benar-benar menagih jasa dan khidmatnya kembali. Bahkan, PKR kononnya menawarkan kepada beliau untuk jawatan TKM 1 P.Pinang. Hendak termuntah dan loya tekak saya bila memikirkan Aminah ingin ditawarkan jawatan tersebut. Bukan saya hendak menghina atau merendah-rendahkan Aminah, tetapi beliau seharusnya sedar diri beliau siapa sebelum `merepek dan merapu' tidak tentu pasal. Mengapa beliau menunjukkan bukti tersebut kepada wartawan terlebih dahulu, mengapa tidak terus melaporkan kepada pihak berkuasa? Mengapa masih tertunggu-tunggu? Bertindaklah pantas jika dakwaan itu benar, jangan sampai rakyat menggelarnya sebagai `pelacur politik' yang murahan. Saya teringat kisah beberapa tahun dahulu, terdapat rakaman audio perbualan telefon yang dianggap `feeling' antara DS Anwar dengan isteri Azmin Ali. Itu juga kononnya sebagai bukti menunjukkan skandal DS Anwar bersama isteri orang. Tetapi, apakah yang berlaku kepada bukti-bukti tersebut? Bagaimana pula dengan bukti-bukti video (CCTV) bergambar (bukan audio semata-mata) yang jelas menunjukkan perbuatan rasuah yang berlaku di Kedah sepertimana yang telah didedahkan oleh DS Anwar di dalam Parlimen? Jika bukti video pun tidak disiasat, tentulah ganjil bukti audio semata-mata boleh diterima.

Dunia politik di negara kita ini sudah terlalu ramai `pelacur politik' yang murahan samada lelaki dan perempuan. Kesemuanya ini akan `berdagang' apabila musim pilihanraya sahaja. Saya percaya dakwaan Aminah ini akan senyap dan hilang selepas pilihanraya Dun Penanti nanti. Bermacam-macam dakwaan muncul ketika menjelang pilihanraya dan ianya akan hilang selepas itu. Dakwaan Aminah ini sepantas kilat diulas oleh mantan MB selangor yang pernah menunjukkan `kehebatan'nya membongkar kisah lembu korban di Selangor. Sememangnya antara Aminah dan Khir Toyo banyak persamaannya. Siapa Khir Toyo yang mahu bercerita soal maruah PKR ? Semenjak bila Khir Toyo ada maruah ? Ahli-ahli Umno sendiri tahu siapa Khir Toyo. Mungkin `Mickey Mouse' pun kenal siapa Khir Toyo ini. Kerajaan Selangor di bawah pemerintahannya dahulu sangat berminat dengan `Mickey Mouse' dan penyapu. Nampaknya, Aminah ada pembela kuat iaitu Khir Toyo. Selepas ini, mungkin Raja Sesumpah serta rakan-rakan seperti Lokman Noor Adam akan mengangkat Aminah sebagai pejuang terhebat.

Saya mendapat tahu melalui blog Chegubard, ramai di kalangan wartawan yang mendapat salinan audio yang diberikan oleh Aminah tersebut ketawa besar bila mendengar bahan bukti berkenaan. Wartawan yang dikatakan ramai menulis di dalam akhbar media perdana sendiri pun merasa lucu dengan apa yang Aminah lakukan sepertimana lucunya mereka apabila mendapat bukti pendedahan surat DS Anwar kepada Tun Mahathir yang telah didedahkan oleh raja sesumpah sewaktu PRK Parlimen K. Terengganu baru-baru ini. Mungkin Aminah adalah anak murid raja sesumpah tetapi masih belum tamat pengajian lagi.

Kadangkala timbul rasa simpati terhadap Aminah yang begitu bersungguh-sungguh untuk melihat PKR berkubur. Jika mahu tunjuk bukti pun, mengapa perlu bersyarat agar PKR sanggup dibubarkan? Apakah tujuan syarat-syarat tersebut dan apa kena mengena dengan bukti yang kononnya beliau ada? Kini beliau adalah calon bebas dan beliau boleh dedahkan bukti-bukti yang beliau ada di merata pelusuk bumi Penanti, tetapi bukti itu tidak akan ke mana selagi Aminah kecut perut untuk melaporkannya ke pihak berkuasa. Saya bertambah simpati jika Aminah hilang depositnya nanti di PRK Dun Penanti, kemudiannya terpaksa pula membayar saman akibat tindakan bodoh beliau itu.

PKR telah masak dengan berbagai tuduhan oleh pihak-pihak yang cemburu dengan kebangkitan parti tersebut. Mereka gagal untuk meruntuhkan kerjasama padu PKR dengan PAS dan DAP. Sumpah laknat Saiful ternyata memakan tuan. Pendedahan surat DS Anwar kepada Tun Mahathir juga menjerat diri. Memfitnah Fairus Khairuddin juga gagal untuk mengkucar kacirkan PKR. Kini, Aminah terus mencuba dengan modal basi yang lapor dek zaman itu.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

Monday, May 25, 2009

KAK MIN OH KAK MIN

JANGAN TERLALU SELESA

Umno takut untuk kalah namun masih nak tunjuk gah.... Semalam Pemuda Umno Malaysia turun ke Penanti untuk membuat program penerangan. Lokasi sekitar 'Lubuk Meriam' dengan barisan penceramah 'hebatnya' seperti Lokman Adam.

Tajuk ceramah semalam semata - mata membelasah parti keADILan dan Anwar Ibrahim. Bermacam macam cerita fithnah tanpa fakta dihamburkan. Paling lucu menurut Lokman "Pemuda Umno jangan cepat rasa kecil, kita mesti bangga kerana Pemuda Keadilan nampak hebat kerana di barisi oleh bekas pemuda Umno yang dididik dengan hebat"....

cheGuBard tak perasan pula bila pernah masuk Umno ....hahahahaa....

Menurut seorang teman pengendali laman pro Umno menyatakan semalam, beberapa teman 'pejuang cyber' Umno sudah mula berada di Penanti.

Rupanya Najib mula mula ingat tak nak masuk tanding sebab nak elak kena belasah...tetapi nampaknya sejak semalam keadaan berbeza...ternyata Najib tetap menjadi sasaran maka beberapa team telah diturunkan oleh Umno untuk 'counter' serangan. Dijangkakan 'team pcywar' Umno akan memulakan tugasnya secepat mungkin.

Hati - hatilah kepada petugas Pakatan Rakyat, jangan terlalu selesa.

PROGRAM UNTUK PENGUNDI DUN PENANTI



Program BENGKEL SAFETY RIDING akan di adakan pada 26 MEI 2009 jam 4.30.Program ini menarik apabila akan di adakan khidmat percuma penukaran minyak enjin motosikal.Ia terbuka kepada 100 motosikal cub yang pertama sahaja.Dalam pada itu terdapat acara pertunjukkan skill dari pelumba profesional terdiri daripada bekas pelumba cub prix YASIR SAID.

Sunday, May 24, 2009

PEJABAT DAP DI SERBU POLIS

Ceramah di Bukit Berapit, Bukit Mertajam turut dihadiri Sdr Lim Guan Eng, Dato’ Seri Nizar, Dr Lee Boon Chye dan sudah pastinya calon Keadilan Sdr Mansor Osman. Dalam ucapan tersebut saya mengecam tindakan pihak polis yang menyerbu Ibu Pejabat DAP di Petaling Jaya petang tadi.

Serbuan tersebut yang dibuat tanpa sebarang waran geledah dan dipercayai bermotifkan kepentingan politik umno-bn merupakan satu penghinaan ke atas Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang. Saya menggesa agar pihak polis dengan memohon maaf di atas tindakan yang membelakangkan undang-undang serta dengan segera memulangkan harta yang dirampas

ANWAR IBRAHIM