SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Wednesday, August 5, 2009

SELSEMA BABI SEMAKIN MEMBIMBANGKAN DI MALAYSIA,APA TINDAKKAN KERAJAAN?

Hari ini sahaja 2 kmaian terbaru di MELAKA,bermakna sudah 11 kematian secara keseluruhannya.Apakah tindakkan kerajaan ketika ini?kebanyakkan yang mati melibatkan murid sekolah dan guru.Brbagai lapisan umur telah mati di MALAYSIA akibat daripada selsema babi,kerajaan di lihat buat slumber saja macam tak ada apa-apa.Nak tunggu beratus mati baru nak tutup semua sekolah ka?

Kerajaan perlu berani di dalam mengambil langkah pencegahan bukannya selindung fakta sebenar dari rakyat,di malaysia sekarang setiap hari semua hospital dan klinik di seluruh malaysia di penuhi orang ramai saban hari terutama pada waktu malam.Masalah selsema menghantui rakyat malaysia ketika ini,walaupun bukan semua selsema adalah selsema babi tetapi ia menimbulkan suasana cemas dan takut.Di kedah juga sudah ada kes selsema babi tercatat dan menunggu hari untuk meningkat dan meningkat.Apa kerajaan dah buat?tidak guna kawal di lapangan terbang sedangkan kes tempatan semakin bertambah.Bermakna kawal di pintu masuk negara pun selsema babi tetap menular di malaysia.

Negara yang teruk di landa selsema babi seperti MEXICO telah mengenakan tindakkan larangan keluar rumah dan tutup semua sekolah dan universiti.Itu di antara tidakkan yang drastik demi menjaga nyawa rakyat MEXICO.Tetapi MENTERI KESIHATAN MALAYSIA MAT SEMBAB slumber saja macam tak ada apa-apa,selepas itu suruh PEPERIKSAAN SPM,PMR da UPSR di teruskan agar tidak menggangu pelajaran pelajar.Mana lebih penting nyawa manusia atau pelajaran?nyawa tidak boleh di tukar ganti,ilmu boleh di timba dan belajar.Kerajaan BN hari ini sememangnya sudah tidak layak memerintah..kerajaan expied.

Bila di landa musibah ajak la rosmah n geng buat solat tolak bala,tapi aku rasa mesti cari geng masjid punya...haaa geng masjid banyak orang pas.Cari orang PR jugak,kalau tak percaya kita tunggu bila selsema babi dah semakin teruk mesti NAJIB ajak NIK AZIZ mintak doa pada tuhan semoga selamatkan MALAYSIA.

HIDUP HARAPAN

GEMPAR!!



Secara peribadi saya tidak rasa lelaki yang disepak terajang semasa interogasi dalam video di atas merupakan Teoh Beng Hock. Tidak. Itu bukan dia. Orang yang berada di dalam video itu tidak lampai orangnya. Dan kulitnya sawo matang, tidak seperti kulit Beng Hock yang putih melepak.

Ah.. Saya bukannya mahu bertindak sebagai penyiasat kesahihan video itu seperti Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kesahihan pita Linggam atau juga bukannya saya mahu mengelpasti susuk tubuh di dalam video berkenaan. Biarkan. Biar siapa pun di dalam video itu aku tak peduli.

Tapi di mana ya video itu diambil. Kalau diikut dari slanga, pegawai penyiasat itu berbahasa Melayu Malaysia (bukan melayu Indonesia) manakala yang kena siasat pula juga berbahasa Melayu dengan slanga Cina. Video itu kalau tidak di Malaysia, maka di Singapura. Tak mungkin di Singapura, kesemua pegawai penyiasatnya adalah Melayu. Negara tu dah kurang orang Melayunya.

Walaupun pemuda di dalam gambar itu bukan Beng Hock, namun corak interogasi yang sebegitu amatlah bertentangan dengan undang-undang dan turut mencabul sifat-sifat kemansiaan.

Menurut Ronnie Klassen Pengarah Komunikasi PKR (Parti Keadilan Raykat) Sabah,

” Teoh’s untimely and mysterious death has shaken the nation at the same time exposed serious flaws in the investigative procedures of our law enforcement agencies.

“Death in custody not only reflects badly on the relevant authorities but also our nation as a whole and this may have a far-reaching impact on our country especially when foreign investors start losing confidence in this country.”

Beliau juga turut mengesahkan bahawa anak muda yang berada di dalam video tersebut adalah bukan Teoh Beng Hock anak muda yang jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam tempat terletaknya pejabat SPRM Selangor.

Katanya lagi di dalam komen ke atas artikelnya berjudul “Replace MACC With A Truly Independent One” , “Some unscrupulous characters have been circulating some very mischievous messages that the person in the video was the late Teoh Beng Hock,”

Komen beliau turut dinyatakan di dalam berita di MKini,”This malicious unwarranted act must stop henceforth. The person in question here was NOT Teoh Beng Hock as alleged by the sender of the sms.”

sam ahmad

BEZA GAS PEMEDIH MATA



Perbezaan ke atas kedua-dua kelongsong peluru gas pemedih mata ini amat ketara,ia dapat di lihat dari segi standard dan ketulinan gas pemedih mata yang di gunakan.Gas pemedih mata ini di dapati ketika perhimpunan GMI pada 1 hb ogos 2009.Mungkin dua jenis gas pemedih mata ini menunjukkan bahawa ia buatan sendiri dan satu lagi yang di benarkan mengikut kesesuian.Mengapa perlu ada perbezaan?seolah-olah pihak keselamatan menggunakan gas pemedih mata buatan sendiri,salah di sisi undang-undang bukan?begitulah nasib rakyat MALAYSIA hidup di bawah pentadbiran ONE MALAYSIA.

HIDUP HARAPAN

LIHAT GAMBAR INI


Tuesday, August 4, 2009

PEMIMPIN UMNO MASUK PKR??

Berita gempar baru masuk, para pemimpin tinggi UMNO masuk PKR. Mereka adalah Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Shahrir Samad, Datuk Azmi Khalid dan Ruhanie Ahmad dari blog popular Kuda Kepang.

Namun berita tersebut masih lagi khabar angin, belum ada sesiapa yang dapat sahkan.

KuLi yang sebelum ini dipelawa oleh Datuk Zaid Ibrahim untuk masuk PKR melalui blog MyZaidIbrahim, walaubagaimanapun menolaknya juga melalui satu artikel di The Malaysian Insider.

Artikel yang berjudul “Why I shall not be accepting Zaid’s offer” menyebut, “I am not in Umno because I “harbour hope of saving Umno” in its present incarnation. I remain because the cause for which Umno was formed, and the principles which guided its promotion, has not gone away just because we have lost our way 60 years later, and they need to be upheld.”

Jika kita teliti artikel tersebut, kita akan ketahui bahawa Ku Li komited kepada perubahan, jadi khabar angin yang mengatakan bahawa Ku Li akan masuk PKR tidak boleh kita tolak bulat-bulat.

Seorang pembaca yangm emberi komentar, mempertikaikan kemasukan Isa Samad ke dalam PKR. Beliau ragu-ragu dengan berita ini, berkemungkinan ia hanyalah cuma khabar angin.

Kata Haji, “[...] tapi isa samad - what the heck he want to join PKR, can’t get along with najib ? kita tunggu dan lihat , may be it is bull(tipu) too .”

Beliau juga bimbang kalau-kalau PKR jadi seperti UMNO dan melabelkan PKR sebagai parti Anwar Ibrahim. “will PKR be the neo of UMNO plus neo MCA plus neoMIC?? atau parti Negara - cita cita tak kesampaian Dato Onn atau apa yang mungkin nak dibuat Burhanudin Helmi sebelum beliau jd leader PAS… , ahh it is Anwar Ibrahim party anyway… , Anwar you know Anwar, ingat Mahathir pikir dia je yg boleh gulai malaysia”

sam ahmad

SINDROM MEDIA TAK TAHU KIRA


Sindrom tak tahu kira oleh media membuatkan kita merasa muak dengan pembohongan.Media kerajaan standard la dengan mengatakan hanya 1000 sahaja yang hadir,selepas itu pula Media-media yang lain juga mengalami sindrom tak tahu kira seperti ASTRO AWANI yang mengatakan 5000 sahaja yang hadir di dalam perhimpunan ISA baru-baru ini.TV3 jangan cakaplah adik beradik TV1 saja.Ini semua memperbodohkan dan menipu sedangkan semua orang menyaksikan rakaman dan gambar2 perhimpunan tersebut melebihi apa yang media gambarkan.Zaman media penakut sudah kembali sedangkan PM ONE MALAYSIA sendiri di awal pemerintahan ingin memertabatkan media.

Pada awal adanya ASTRO AWANI kita semua mengharapkan ia menjadi satu saluran yang sekurang-kurangnya dapat mengimbangi media penipu seperti TV1 dan TV3 namun kebelakangan ini meleset.Sudah mula kelihatan fakta di ambil hanya sebelah pihak dan lebih mengfokuskan PM ONE MALAYSIA daripada berita rakyat.ASTRO AWANI sebuah stesen TV berbayar dan juga siaran tv swasta yang tidak terlibat dengan kerajaan tetapi seolah-olah menjadi separuh TV kerajaan,bukan semua rakyat menyokong kerajaan.Orang ramai melanggan ASTRO kerana sudah muak dengan siaran kerajaan yang selalu menipu,terkini ASTRO pun lebih kurang sahaja.Dengan perkataan yang sesuai untuk astro "HAMPEH"

HIDUP HARAPAN

BAPA ALTANTUYA KE PERMATANG PASIR?

Kenyataan Anwar Ibrahim mengenai ada permintaan untuk KEADILAN letak calon di Permatang Pasir disambut gempita oleh media milik regim Bn. Umpama orang kelemasan yang akan capai apa saja isu untuk dimanipulasi.

Anwar berkata benar ...ada permintaan....apa salahnya ? Dalam Pakatan Rakyat kita bebas menyatakan pendapat, namun ia bakal diputuskan oleh Majlis Presiden yang dianggotai oleh semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Umno sekali lagi tidak selesa medan yang dipilih Allah untuk berlaku pertarungan bukan medan selesa bagi Umno. Namun kepada Pakatan Rakyat juga jangan cepat selesa.

Walaupun Umno Pulau Pinang yang diketuai oleh bukan anak Pulau Pinang kerana krisis dalaman dan kekurangan tokoh tempatan tetap bersikap bongkak dan sombong. Datuk Zahid Hamidi selaku pengerusi Umno P.Pinang mengatakan keyakinan akan menang di Permatang Pasir.

Di peringkat Bahagian Umno lebih realistik. Ketua Bahagian Datuk Jalil yang menyedari hakikat hampir mustahil untuk Umno menang telah umum tidak akan bertanding, sebaliknya Pemuda telah mencadangkan Ketua Pemuda Umno P.Pauh, Cikgu Zaidi untuk menjadi calon BN. Bagi Pakatan Rakyat yang kemungkinan besar akan menurunkan calon dari PAS akan berdepan dengan siapa sahaja yang diturunkan Bn, tetapi kalau Zaidi menjadi calon ia amat dialukan kerana mengikut 'bisik-bisik' anak tempatan punya banyak perkara tidak selesai denganya.

Zahid menyatakan isu pembangunan fizikal mungkin bukan isu utama sebaliknya tumpuan akan diberikan kepada isu spiritual. Apa pun isu Ahmad Zahid harus menjawab isu pertemuan dengan Menteri Pertahan Israel yang jelas mengkhianati umat Islam dunia dan rakyat pro kebebasan seluruh dunia, kedengaran juga cerita Amir Bazli mangsa jenayah Ahmad Zahid Hamidi juga akan muncul ketika kempen Pilihanraya nanti.

Yayasan Altantuya yang berpusat di Bangkok juga sedang mengusahakan 'lawatan khas' bapa dan keluarga Altantuya ke kawasan pilihanraya itu nanti ketika kehangatan kempen