SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Wednesday, August 5, 2009

GEMPAR!!



Secara peribadi saya tidak rasa lelaki yang disepak terajang semasa interogasi dalam video di atas merupakan Teoh Beng Hock. Tidak. Itu bukan dia. Orang yang berada di dalam video itu tidak lampai orangnya. Dan kulitnya sawo matang, tidak seperti kulit Beng Hock yang putih melepak.

Ah.. Saya bukannya mahu bertindak sebagai penyiasat kesahihan video itu seperti Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kesahihan pita Linggam atau juga bukannya saya mahu mengelpasti susuk tubuh di dalam video berkenaan. Biarkan. Biar siapa pun di dalam video itu aku tak peduli.

Tapi di mana ya video itu diambil. Kalau diikut dari slanga, pegawai penyiasat itu berbahasa Melayu Malaysia (bukan melayu Indonesia) manakala yang kena siasat pula juga berbahasa Melayu dengan slanga Cina. Video itu kalau tidak di Malaysia, maka di Singapura. Tak mungkin di Singapura, kesemua pegawai penyiasatnya adalah Melayu. Negara tu dah kurang orang Melayunya.

Walaupun pemuda di dalam gambar itu bukan Beng Hock, namun corak interogasi yang sebegitu amatlah bertentangan dengan undang-undang dan turut mencabul sifat-sifat kemansiaan.

Menurut Ronnie Klassen Pengarah Komunikasi PKR (Parti Keadilan Raykat) Sabah,

” Teoh’s untimely and mysterious death has shaken the nation at the same time exposed serious flaws in the investigative procedures of our law enforcement agencies.

“Death in custody not only reflects badly on the relevant authorities but also our nation as a whole and this may have a far-reaching impact on our country especially when foreign investors start losing confidence in this country.”

Beliau juga turut mengesahkan bahawa anak muda yang berada di dalam video tersebut adalah bukan Teoh Beng Hock anak muda yang jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam tempat terletaknya pejabat SPRM Selangor.

Katanya lagi di dalam komen ke atas artikelnya berjudul “Replace MACC With A Truly Independent One” , “Some unscrupulous characters have been circulating some very mischievous messages that the person in the video was the late Teoh Beng Hock,”

Komen beliau turut dinyatakan di dalam berita di MKini,”This malicious unwarranted act must stop henceforth. The person in question here was NOT Teoh Beng Hock as alleged by the sender of the sms.”

sam ahmad

No comments: