SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Wednesday, September 2, 2009

SIDANG DUN PERAK:BUKAN DI BAWAH POKOK DAH...


Selepas gagal masuk ke bangunan sekretariat kerajaan negeri (SUK) pagi tadi, para ADUN Pakatan Rakyat mengadakan sidang DUN di bilik ballroom Hotel Heritage di Ipoh.

Nama ADUN yang telah 'dipecat' atau telah 'meletak jawatan' seperti Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan tiga ADUN yang mengisytiharkan diri sebagai calon bebas, tidak diletak pada meja di situ.

ADUN Pakatan duduk di sebelah kanan Speaker V Sivakumar (tempat ADUN parti pemerintah duduk). Empat lagi ADUN Pakatan tidak kelihatan - tiga ditangkap pagi tadi dan seorang lagi sedang mengerjakan umrah.

Usul pertama diluluskan sebulat suara - yang mengesahkan laporan jawatankuasa hak dan kebebasan DUN mengenai:


1. (Speaker BN) Datuk R Ganesan, yang bukan seorang ADUN, yang masuk ke dewan DUN tanpa kebenaran speaker dan enggan keluar sewaktu sidang 7 Mei lalu, apabila diperintah berbuat demikian oleh speaker (Sivakumar).

2. (Bekas timbalan speaker) Hee Yit Fong, yang keluar DAP dan didakwa bertindak sebagai speaker, dan mempengerusikan sidang DUN (pada 7 Mei) dan menjalankan pengundian yang memilih Ganesan sebagai speaker.

3. Meluluskan keanggotaan tiga jawatankuasa legislatif — hak dan keistimewaan, arahan tetap dan perakauanan awam — dengan pencalonan seorang anggota BN bagi setiap jawatankuasa.

Satu usul tergempar diluluskan mengecamkan tindakan polis pagi ini dan juga peranan yang dimainkan oleh pentadbiran BN menghalang ADUN dari memasuki dewan juga diluluskan.

SIDANG DUN PERAK:3 DI TAHAN

Sorang Adun dikasari polis sehingga terpaksa menerima rawatan kecemasan di hospital apabila polis menghalang Sesi Kedua Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di Ipoh pagi tadi.

Adun Malim Nawar Keshvinder Singh di pukul di kepala sebelum ditahan bersama dua Adun lain dan seorang wartawan apabila polis menggunakan kekerasan untuk menghalang sidang DUN itu di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Dua Adun lain yang ditahan ialah Datuk Ngah Koo Ham (Setiawan) dan Chan Ming Khai (Simpang Pulai) manakala wartawan yang disasarkan polis ialah dari akhbar Nanyang Siang Pau.

Keshvinder kini terpaksa menerima rawatan kecemasan di hospital.

Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat berkata polis menghalang sidang DUN itu tanpa mengeluarkan warta yang sah sepertimana termaktub dalam undang-undang.

Nizar berkata tindakan polis itu salah dan melanggari undang-undang serta prinsip keadilan.

Nizar berkata Speaker DUN, Sivakumar telah mengeluarkan Surat Pekeliling kepada semua ADUN untuk menghadirkan diri pada sidang DUN hari in, selaras dengan peruntukan undang-undang tubuh negeri.

Walaubagaimanapun, polis, dipercayai atas arahan Umno-BN, bertindak mengadakan sekatan jalan bagi menghalang 28 ADUN Pakatan Rakyat dan Speaker berarak ke Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk bersidang.

Pergelutan berlaku antara ADUN dan pihak polis sebelum polis bersenjatakan pistol mengheret dan menangkap tiga ADUN dan wartawan terbabit.

Nizar berkata Pakatan Rakyat tidak memusuhi polis tetapi hanya menolak taktik Umno-Barisan Nasional untuk menafikan hak rakyat atas keperluan mengadakan sidang DUN itu mengikut keperluan Perlembagaan Negeri.

“Kami meminta polis membenarkan kami berarak ke Bangunan Perak bagi menjalankan tugas kami sebagai wakil rakyat. Jadi kami minta polis turut bekerjasama dengan kami kerana kami adalah dipilih oleh rakyat,” katanya ketika sedang mencuba untuk berarak lebih dekat ke Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Polis bagaimanapun enggan memberi kerjasama dan sebaliknya mengeluarkan perintah melarang sesiapa daripada berada dalam linkungan 30 meter dari pagar Bangunan Perak Darukl Ridzuan.

Sekumpulan penyokong Umno berpakaian serba kuning kemudian berhimpun di sebalik barisan polis. Dengan perlindungan polis, mereka melaungkan slogan pro-istana dan anti Pakatan Rakyat.

Polis seterusnya mengeluarkan arahan untuk menangkap siapa sahaja yang berkeras berarak ke Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Melihat keghairahan polis untuk bertindak kasar ke atas ADUN Pakatan Rakyat, kerajaan pimpinan Nizar mengambil keputusan untuk mengadakan sidang itu di Hotel Heritage yang berhampiran.

Tuesday, September 1, 2009

DUN KOTA SEPUTEH KEKAL MILIK BN...WAKAKAKKAKA

SPR telah mengeluarkan kenyatan hari ini memutuska bahawa kerusi DUN KOTA SEPUTEH kekal MILIK BN.Keputusan yang sudah diduga ini mengambil masa hampir sehari untuk memutuskannya.Maka KERUSI DUN KOTA SEPUTEH kekal milik ONE MALAYSIA....Mana-mana bilik gerakka yang dah buka tu tutup balik hehehheeh.....Rugi la orang KOTA SEPUTEH kalau tidak boleh jadi ANAK EMAS....

BEKAS KETUA HAKIM MENINGGAL DUNIA


Tun Hamid Omar, bekas ketua hakim negara yang kontroversi, meninggal dunia hari ini selepas diserang angin ahmar sebelumnya.

Hamid, 80, dianggap kontroversi kerana peranannya dalam prosiding memecat Tun Salleh Abas pada 1988.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pagi ini Hospital Gleneagles di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Kisah penghuni Kampung Chulaborn 12


Kampung Chulaborn 12, atau Ban Chulaborn Patana 12, di Thailand bukanlah sebuah kampung biasa. Ia terletak jauh di dalam sebuah hutan, dengan pekan terdekat ialah Shukrin, kira-kira sejam memandu.

Jarak kampung tersebut dari pekan Golok ialah kira-kira 70 kilometer, tetapi kerana keadaan jalan yang tidak elok dan berbukit, menyebabkan perjalanan ke situ mengambil masa hampir dua jam.

Dan penduduk kampung tersebut adalah 'tetamu khas kerajaan Thailand' kerana mereka adalah bekas anggota Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya (KPM).

Kampung itu sebelum ini merupakan pangkalan kem rejimen tersebut dan selepas perjanjian damai antara PKM, kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989, mereka dibenarkan untuk terus menetap di situ.

Ketika itu, kampung berkenaan didiami kira-kira 260 orang, sebahagian besarnya anggota KPM dan keluarga masing-masing.


Hari ini, jumlah mereka bertambah kepada 460 orang, termasuk tambahan keluarga dan orang luar, dan mereka masih dibimbing oleh 'pelindung' mereka - Abdullah CD dan isterinya Suriani Abdullah.

"Ini adalah sebuah kampung yang cantik dan aman. Semua yang kami perlukan ada di sini. Hampir tiada langsung kejadian jenayah," kata ketua kampung berusia 52 tahun itu, bekas anggota komunis, Dome Za, dalam loghat Melayu Thai.

20 bekas veteran komunis

"Walaupun saya seorang ketua kampung, tetapi kami masih mendapatkan nasihat dari Abdullah dan Suriani mengenai pentadbiran kampung ini," tambahnya.

Kira-kira 20 pemimpin veteran komunis, semuanya rakan Abdullah, mendiami kampung tersebut. Hampir kesemuanya berasal dari Malaya.

Mereka menganggotai Rejimen ke-10 pada bulan Mei 1949 dan kemudiannya berpindah ke sempadan Thai-Malaya pada 1953, dan kekal di hutan tersebut sehingga perjanjian damai ditandatangani pada 1989.

Tetapi mengapa bekas pejuang gerila ini tidak pulang ke kampung halaman mereka?

Abdullah dan Suriani, yang telah beberapa kali melawat Malaysia, termasuk menghadap Sultan Perak, mahu menetap di kampung tersebut.


"Di sini tempat tinggal kami... Keluarga kami dan rakan-rakan kami juga tinggal di sini," kata Abdullah kepada Malaysiakini.

"Saya juga menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri serta beberapa lagi undang-undang di Malaysia. Saya tidak mahu mereka menangkap saya dengan mengguna apa juga alasan remeh," katanya ketawa sambil menepuk pahanya.

Anak kelahiran Sg Siput

Pengaruh pasangan tersebut di kampung berkenaan amat jelas sekali tetapi ia memang dapat difahami kerana mereka merupakan yang memimpin regimen tersebut selama bertahun-tahun mereka berjuang di hutan.

"Kami sedar bahawa masanya telah tiba bagi generasi muda untuk mengambil kepimpinan di sini. Kami juga sedar bahawa Abdullah dan Suriani semakin berusia dan tidak sesihat dahulu lagi," kata Dome.

"Kami pasti kehilangan mereka kelak bila kedua-duanya tiada lagi bersama kami, tetapi saya rasa kami akan dapat meneruskan kehidupan di sini," katanya.

Bagi yang lainnya, seperti pejuang veteran gerila, Asi (foto, kiri), Abdullah dan Suriani umpama ibu dan bapa mereka.


"Saya menyertai pergerakan itu ketika berusia 11 tahun dan saya telah mengenali mereka sejak saya berusia 13 tahun," kata Asi yang kini berusia 70 tahun dan dilahirkan di Sungai Siput dari keluarga India.

"Saya tidak dapat bayangkan kehidupan saya jika tidak tinggal di sini," kata Asi yang sudah berkahwin dengan seorang anggota komunis Thai dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Selepas perjanjian damai, setiap anggotpa komunis yang mahu pulang ke Malaysia diberi RM300 sebulan selama tiga tahun oleh kerajaan Malaysia.

Jadi kampung angkat

Manakala mereka yang memilih untuk terus menetap di kampung itu, menerima bantuan kewangan dari kerajaan Thi sebanyak 540 baht (kira-kira RM54) sebulan selama tiga tahun, bersama sebuah rumah dan tanah seluas enam ekar.

"Kerajaan Thailand telah banyak membantu kami dan masih terus memberi sokongan," kata ketua kampung itu lagi

Tambahnya, Putera Thai, Chulaborn Mahidol menjadikannya sebagai kampung angkat dari 1993 hingga 2004 dan dalam tempoh tersebut, kampung ini mendapat bekalan air dan elektrik.

Hari ini, hampir kesemua rumah di situ mempunyai peti televisyen yang disambung ke batang antena panjang untuk mendapat siaran yang lebih terang. Satu dua rumah mempunyai akses internet dengan menggunakan penerima satelit.

Juga terdapat sebuah klinik kerajaan di situ dengan seorang pembantu hospital pada setiap hari bekerja.

Sebuah muzium yang mempamerkan sejarah perjuangan Rejimen ke-10 merupakan tempat yang wajib dilawati tetapi ia memerlukan bantuan kewangan untuk terus beroperasi.

Mereka juga mempunyai sebuah sekolah rendah untuk kanak-kanak kampung tersebut dan kampung-kampung berhampiran. Pengambilan tahun ini berjumlah seramai 88 murid.

Melangkah ke menara gading

"Enam pelajar dari kampung kami sedang menuntut di universiti di Thailand, Mereka merupakan kumpulan pertama melangkah ke universiti. Juga terdapat kira-kira 100 kanak-kanak dari sini yang belajar di sekolah menengah di luar kampung ini, sama ada di Narathiwat atau di tempat lain di selatan Thai, kata Dome.

Anaknya adalah salah seorang daripada mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Sebahagian besar penduduk itu mengusahakan tanah mereka dengan tanaman getah dan pokok-pokok buah-buahan tetapi mengadu hasil tidak memuaskan kerana terlalu banyak buah dihasilkan dan hasil getah pula tidak seberapa kerana keadaan cuaca.

"Namun, kami masih boleh memanggil tempat ini sebagai kampung halaman kami. Di Malaysia, kami tidak ada apa-apa... hanya nama buruk ekoran pembohongan kerajaan terhadap sumbangan kami, walaupun kami telah berjuang menggadai nyawa untuk Malaya," kata seorang pejuang veteran gerila, Shukor Ismail, 80.

"Walaupun saya tidak ada kaitan darah di sini... semua ini adalah teman seperjuangan saya, rakan saya dan saya mahu bersama mereka hingga ke akhir hayat," katanya.

Namun, bagi Shukor, Malaya adalah negaranya, "saya cintakan Malaysia, jika tidak, masakan saya berjuang dan sanggup menggadai nyawa saya untuknya," tambahnya.

Bagaimanapun, kata Shukor, beliau lebih selesa menetap di Thailand sekarang.

"Bukan kerana mereka menjaga kami dengan baik tetapi juga kerana bimbang bagaimana penerimaan terhadap kami jika kami pulang (ke Malaysia).

"Kerana sebab itulah, kami tidak mahu pulang ke Malaysia, kampung halaman yang kami cintainya," katanya dengan nada sedih dan kecewa.

Dan itu juga merupakan sentimen hampir kesemua veteran komunis di kampung tersbut walaupun ada antara mereka yang sering menghubungi keluarga mereka di Malaysia.

malaysiakini

SAMA TAPI TAK SERUPA

SAMA TAPI TAK SERUPA,itulah ungkapan yang sesuai sesudah perhimpunan aman mendesak 'ADUN BEBAS LUNAS LETAK JAWATAN'.Perhimpunan tersebut mengingatkan semual ketika di saat awal kedatangan radzi di lunas sehinggakan ada pihak telah menunjukkan protes terhadap calon luar yang bertanding di DUN LUNAS.Perkataan 'CALON LUAR' itu merujuk kepada RADZI yang asalnya orang JITRA dan datang di LUNAS untuk bertanding pilihanraya semata-mata.Dua gambar yang akan saya paparkan ini menceritakan bahawa sememangnya sudah ramai yang ragui identiti RADZI tetapi apabila masa mengundi hanya PARTI MENJADI TUNJANG dan bukan batang tubuh radzi,ketika itu letaklah tunggul kayu pun menang di LUNAS.
SEBELUM PILIHANRAYA PRU 12 8 MAC 2008SELEPAS PILIHANRAYA PRU 12 8 MAC 2008......

VIDEO:PERHIMPUNAN AMAN DESAK RADZI SALLEH LETAK JAWATAN