SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Tuesday, April 20, 2010

WANITA PKR PULAK KELUAQ...CEPAT-CEPAT KELUAQ


Lebih ramai pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpaling tadah dan mengumumkan tindakan mereka keluar parti itu dan menyertai UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Kali ini giliran pemimpin wanita Perak yang terdiri daripada Ketua Penerangan Wanita, Soraya Sulaiman dan Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai, Roshanita Mohd. Basir.


Soraya, yang juga Ketua Wanita PKR Tanjong Malim dan Roshanita membuat pengumuman itu di Rumah Wanita Umno Perak di Hulu Selangor yang terletak di Kampung Masjid Sungai Selisik

Kedua-dua mereka menjelaskan tindakan itu didorong oleh rasa tidak puas dengan kepincangan pentadbiran parti selain tidak dapat menerima kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menentukan hala tuju parti secara bersendirian.

Turut keluar parti ialah suami Roshanita, Saghazali Abdul Kadir.

Majlis pengumuman itu turut disertai oleh Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Semalam, PKR dikatakan menerima tamparan hebat apabila Bendahari Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.


Dr Halili Rahmat merupakan seorang pakar bedah saraf dan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi doktor peribadi ketua umum PKR itu.

Sebelum ini, beliau disebut-sebut antara yang disenaraikan untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Melompat parti adalah sesuatu yang lumrah khususnya ketika pilihan raya kecil tetapi sejauh ia mempengaruhi keputusan tidak diketahui.mkini

JADUAL PENASIHAT EKONOMI SELANGOR

MAKLUMAN MEDIA

Tarikh: 19 April 2010

Saudara dan saudari,

Sukacita dimaklumkan YB Penasihat Ekonomi Negeri Selangor menjemput saudara/saudari ke program-program berikut dan kehadiran saudara/saudari akan memeriahkan lagi majlis.

1. MAJLIS PERASMIAN LADANG DOLE SEBIRO OLEH Y.A.B TAN SRI DATO’ SERI ABD KHALID IBRAHIM DATO’MENTERI BESAR SELANGOR

Tarikh: 20 April 2010 (Selasa)

Masa: 2.30 Petang – 6.00 Petang

Tempat: Di Laman 9, PKNS Bernam Jaya, Hulu Selangor

Pada majlis tersebut, YB Dato’ Seri Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bersama YAB Dato’ Menteri Besar akan membuat lawatan kerja ke Ladang Pisang Dole Sebiro yang merupakan ladang pisang terbesar di Malaysia. Dole Sebiro adalah wakil pengeluar tunggal tempatan yang dipilih oleh Dole Inc yang merupakan syarikat pengeluar pisang dan buah-buahan terbesar di dunia yang menguasai saluran pasaran dan tekonologi pertanian .

Majlis dianjurkan untuk melancarkan dan meraikan hasil tuaian pertama Ladang Pisang Dole Sebiro yang merupakan ladang pisang terbesar di Malaysia. Majlis akan menghimpunkan pekerja-pekerja Ladang Dole serta rakyat tempatan yang dijangkakan seramai 2,000 orang akan hadir.

Kit media akan diedarkan kepada pihak media sebaik sebelum majlis bermula.

2. MAJLIS PERHIMPUNAN PIMPINAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR

Tarikh: 21 April 2010 (Rabu)
Masa: 9 pagi
Tempat: : Auditorium Dato’ Abdul Hamid, Bandar Utama, Batang Kali, Hulu Selangor

Pada majlis tersebut, YB Dato’ Seri Penasihat Ekonomi Negeri Selangor akan menyampaikan ucaptama dalam menjana ekonomi melalui inovasi pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan turut menerima memorandum dari pimpinan PBT yang menyenaraikan masalah utama PBT untuk diberi tumpuan khas oleh Kerajaan Negeri selepas ini.

Majlis ini akan dihadiri oleh 300 jemputan terdiri daripada Pimpinan Tertinggi Majlis Daerah/Perbandaran/Bandaraya serta Ahli-ali Majlis Pihak Berkuasa Tempatan daripada seluruh Negeri Selangor.

Kit media akan diedarkan kepada pihak media sebaik sebelum majlis bermula.

Sekian, terima kasih.

PEJABAT PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR

Semua mantan PM kecuali Pak Lah minum arak


BN digesa menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak - kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.


Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.

"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.

"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.

Bercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."


"Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.

Bagaimanapun, Mustafa memberi jaminan, PAS tidak akan mengikut rentak parti lawan dengan mengambil pendekatan yang sama kerana strategi tersebut "orang PAS tidak pernah buat".

"Tidak, tidak, tidak. Maknanya nak beri tahu, kalau PAS nak main isu ini, dah lama dulu PAS boleh main. Tetapi PAS tak buat, kita jaga etika.

"Tetapi saya nak bagi tahu, kamu (Umno) main isu Zaid ini, kalau kita (PAS) hendak main, kita boleh sebut.

"Ini apa yang kamu buat dulu, sekarang pun kamu masih terus (terlibat)," katanya ketika disoal sama ada PAS akan mengikut rentak yang sama dengan Umno selepas ini.

Ditanya sama ada PAS mahu menjadikan isu tersebut sebagai "peluru terakhir" dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor kali ini, Mustafa sambil ketawa berkata:

"Tengoklah kalau (mereka) agas (sombong) sangat."

Katanya, isu melibatkan peribadi silam Zaid sengaja dimainkan Umno kerana parti itu tidak mempunyai sebarang lagi itu untuk "memukul" Zaid. mkini

tu dia aihhh

PARTI SNAP SERTAI PAKATAN RAKYAT


Parti Nasional Sarawak (Snap) secara rasmi menjadi anggota keempat Pakatan Rakyat, - menjelang pilihan raya kecil parlimen Sibu pada 16 April ini.


Mengumumkan kemasukan Snap hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tugas pertama parti itu ialah menyokong calon DAP yang akan bertanding di kerusi berkenaan.

Pengumuman calon Pakatan itu akan dibuat pada 27 April.

Snap adalah antara parti tertua di Sarawak dan pernah menjadi anggota parti pemerintah Barisan Nasional sebelum menjadi parti pembangkang.

Mereka tidak mempunyai sebarang kerusi di dewan undangan negeri Sarawak.

Ahad lalu, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan berjumpa di Sibu bagi memeteraikan kerjasama berkenaan.

Pada pilihan raya umum 2008, kekurangan penyelarasan menyaksikan pertandingan lebih dua penjuru di antara Snap, DAP dan PKR - satu tindakan yang memberi kelebihan kepada BN.

MP BN DI HADAPKAN KE MAHKAMAH SYARIAH


Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mukhtar Radin dan isteri Zizie Ezzete mengaku salah di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, atas dakwaan bernikah tanpa kebenaran.

Bung didakwa kerana berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, manakala Zizie didakwa dengan tuduhan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah terlebih dahulu.

Mahkamah menetapkan 18 Mei ini untuk hukuman. Kedua-dua mereka diikat jamin RM500 setiap seorang.

Pasangan pengantin baru itu hadir pada jam 8 pagi, turut didakawa lima saksi pernikahan termasuk dua saudara lelaki Zizie, atas dakwaan bersubahat dalam pernikahan itu.

Bung yang juga seorang ahli perniagaan bernikah dengan pelakon jelita itu pada 16 Disember lalu. -SH

KALAU NAK JADI CALON BN MESTI KENA CIUM TANGAN HAHHA

AYUH ANAK MUDA RAPATKAN SAF


Gambar sidang media Dr. Halili, keluar parti, jika diteliti gambar ini hahahaaa.... jelas ia sidang media orang di sebelah Halili bukan dia.....

Bila dapat sms subuh semalam menyatakan Halili akan keluar parti, selamba sahaja cheGuBard jawab 'Alhamdunillah...'

Siapa yang siap kata konon kata Dr. Halili ialah calon terbaik Hulu Selangor...? Kononya Anwar silap pilih Zaid dan kalau pilih Halili senang nak menang... hahahaaa... senang apa senang lompat ? Ingat kemenangan ramai sebelum ini kerana rakyat bukan kerana siapa dan siapa.... Jika kita rasa individu lebih besar dari perjuangan maka silalah cari pintu keluar.... alasan tidak susah pakailah alasan apa sahaja. Sudah tersedai buku menu alasan gunakan sahaja salah satu ada ambil beberapa seperti Anwar tidak bela Islam dalam isu Allah, Anwar anti Melayu atau paling tidak Anwar tidak tanya sudah sarapan atau belum hahahaaaaa....

Sebelum ini cheGuBard dan kawan - kawan sering dituduh tak ada disiplin.... hahahaaaa sekurang kurangnya time perang cheGuBard faham untuk fokus dan tak lari balik sebab tak dapat makan..... tak apa simpan dulu lepas pilihanraya kita sembur....

Biarlah ini proses pembersihan cuma kesian dekat Anwar, cheGuBard bukan 'Anwaris', cheGuBard sering bertelagah dengan Anwar dalam banyak perkara dalam mesyuarat pusat bukan menikus macam sesetengah orang dan hanya banyak cakap belakang Anwar itu dan Anwar ini tetapi bila depan Anwar cium tangan tetapi bila 'offer' besar blah.... cium tangan Anwar bodek tetapi kerja tak buat.....

Kepada Anak Muda Malaysia ayuh kita rapatkan 'saf' perjuangan kita kayuh juga walau payah... bukan kerana Anwar tetapi kerana 'perubahan' yang kita sama citakan demi masa depan negara.

cuma siapa lagi nak istihar keluar yer...??? lepas pilihanraya Hulu Selangor ini jumlah keluar akan lebih ramai dari jumlah ahli nampaknya..... hahahaha

Najib dinasihati APCO guna tema BN Mampu berubah di Hulu Selangor...hahaha berubah apa ? Kempen beli pun tetap sama cuma berubah dari segi nilai kali ini besar sikit.